際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Interaksi Antara Pelbagai Tamadun (Melayu, Cina, India,Jepun,Eropah).
PENGENALAN
- Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat
berbilang ras atau etnik.
- Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun
- Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi antara tamadun.
Interaksi Tamadun India dan China
- Rekod sejarah China, berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 S.M.
- Jalan Sutera yang menjadi laluan para pedagang - saluran interaksi
- Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke
China
- Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau
Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.
Kesan:
1.Penyebaran Agama Buddha
- Dibawa masuk ke China kurun pertama masihi
- Maharaja hantar wakil ke India utk fahami & mendalami ajaran
- Disesuaikan dgn tradisi budaya masyarakat Cina; doktrin Daoisme & Konfusianisme
- Sami dr China menetap di India & pelajari kitab Buddha (bahasa Sanskrit & Pali)
- Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka)
2. Sains dan Teknologi
- Dari China - pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan & kompas
- Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India
- Dari India - teknologi India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah
diterjemah ke bahasa Cina ahli astronomi India pernah berkhidmat di China sistem kalendar lunar
Cina yang baru
- Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina
3.Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian
- Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit - dipelajari melalui ajaran
Buddhisme
- Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan
Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre.
- Seni muzik India  alat muzik Cina yg berasal dari India :- pipa dan konghou
INTERAKSI TAMADUN MELAYU  TAMADUN INDIA
- Bermula seawal abad ke-3 SM
- Bhn bertulis dari India - ada menyebut ttg Malayadvipa (Semenanjung Melayu)
- Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu - bagi dapatkan emas
- Suvarnabhumi (tanah emas)  gelaran diberi kpd Tanah Melayu
Kesan:
1.Penyebaran Agama
- Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang
sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme.
- Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu
kerajaan Chola ketika menguasai Kedah.
2.Sistem Pemerintahan
- konsep Dewaraja (dlm bhs Sanskrit yang bermakna God King) - konsep ketuhanan agama Hindu
yg membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan dgn kedudukan serta status Raja sbg jelmaan
Tuhan
- Upacara pertabalan - bg mengekalkan status tinggi Raja
- Panca Persada yg spt Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha.
3.Struktur Masyarakat
- Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat pemisahan jelas
golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn golongan rakyat biasa.
- Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat
Melayu
4.Adat resam dan Budaya
- Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu:-
amalan jampi & mentera
- Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga,
bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi,
- Masyarakat India Chittyan memperlihatkan persamaan dgn kebudayaan Melayu
5. Bahasa
- Pengaruh bahasa Sanskit
- Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu
Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) buktikan pengaruh bhs Saskrit
dlm bhs Melayu kuno yg digunakan ketika itu
- Batu Bersurat Terengganu, selain drp perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari bahasa
Sanskrit
Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit(Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan Baru)
Bhakti = bakti
Bhumi = bumi
Dosa = dosa
Drohaka = derhaka
Maharddhika = merdeka
Prakara = perkara
Rupa = rupa
Samicra = mesra
Tathapi = tetapi
Vela = bila
6.Kesusasteraan
- Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata
Hikayat Seri Rama dpt inspirasi drp E.Ramayana
- Epik Mahabharata diberi wajah tempatan - Hikayat Pendawa Lima, H.Pandawa, H.Panda Delima &
H.Sang Boma
- Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja &
menyelitkan unsur epik & mitos
- Turut diadaptasikan dlm wayang kulit
INTERAKSI TAMADUN MELAYU  TAMADUN CINA
- Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan diplomatik dgn
China & para pedagang Kedah berdagang ke China
- Kedah - pusat perhentian utama bg sami Buddha dr China yg belayar melalui Selat Melaka utk ke
India sekitar tahun 250 M
- Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dgn China penting agar Melaka
selamat dr ancaman musuh
- Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sbg pemerintah kjn Melaka oleh
Maharaja China
- Maharaja China hantar puterinya, Hang Li Po utk dikahwinkan dgn Sultan Mansur Syah.
- Kelompok yg berasal drp keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai Baba
dan Nyonya @ Peranakan
- Awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British & penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku
pertambahan bilangan orang Cina - golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sbg Cina Selat
@Straits Chinese
Kesan:
1. Penyebaran Agama
- Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan dtg dari Tanah Besar China ekoran hbg
perdagangan
- Islam yg dtg melalui para pedagang dr Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dgn
penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082).
2. Warisan Cina Peranakan
- Dikenali sebagai Baba dan Nyonya.
- Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
- Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan Hokkien
- Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan
guna tangan
- Pakaian kebaya dan kain sarong
3. Kebudayaan
- Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari
negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta
makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu.
- Adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah
4. Perubatan dan Teknologi
- Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan yin dan yang
- Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit seperti asma,
anemia dan kanser.
- Teh Cina ataupun green tea
- Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan
- Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan, lilin
TAMADUN EROPAH-TAMADUN LAIN
Perkataan Eropah berasal daripada Europe  berhubung kait dengan lagenda.
- Europa  anak perempuan Raja Tyre dari pantai Phoenicia (hari ini dikenali sbg Lubnan) jatuh hati
dengan Raja Zeus (yg menjelma sbg lembu jantan), dilarikan ke Crete
Konotasi  dgn melarikan puteri dari Phoenicia ke Crete  memindahkan pencapaian tamadun-
tamadun lama Asia dari timur ke koloni di Laut Aegean (Davies, 1996)
Tamadun Eropah
Empat zaman yang nyata tamadun Eropah:
1)Zaman Silam/Klasik (Yunani, Graeco-Rom; 3000 s.m)
2)Zaman Kebudayaan Aegean (Greek)
3)Zaman Penguasaan Yunani  Iskandar Zulkarnain
4)Zaman Graeco-Rom/Helenistik
-Zaman Pertengahan : Awal (476 m)
-Kejatuhan Empayar Rom & kemunculan Krjn orang Gasar Charlemagne.
- Sist. Feudalisme, perkembangan agama Kristian pesat
Zaman Pertengahan : Kemuncak & Akhir (1050 m)
Kegemilangan politik, ekonomi & sosial.
- Zaman Awal Moden (1500 m)
Gerakan Renaisans & Reformasi diikuti  Revolusi Sains.
- Zaman Moden (1800 m hingga hari ini).
- Zaman penyerlahan  revolusi Perancis 1789.
- Revolusi Perindustrian England 1780an.
INTERAKSI CHINA DAN JEPUN
Berlaku secara aman.
Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh Tamadun Jepun.
Dari segi agama dan tulisan
- agama Buddha diperkembangkan dalam Tamadun Jepun. (Agama Shinto)
- Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun. (Hiragama Kalakana)
Perkembangan intelektual dan kesusasteraan.
- Upacara seperti upacara minum teh dan seni taman.
- Struktur pembinaan bandar.
- Ajaran falsafah Konfusianisme seperti penekanan kepada institusi keluarga.
- Konsep mandat dari Syurga telah memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai
berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu.
- Sistem pemerintahan berpusat
Nilai-nilai Universal Antara Tamadun
1. KETERBUKAAN
-Prinsip bertolak ansur diamalkan dalam menggarap idea dari tamadun lain.
Sbg contoh tamadun Yunani berkongsi peradaban mereka dengan tamadun India,China,Iran.
-Contoh keterbukaan Islam menerima idea luar tetapi menapisnya terlebih dahulu.Kubah masjid
berasal dari seni bina Graeco-Roman
2. KESEJAGATAN
-Mengimbangi tamadun dengan sifat semulajadi manusia dan mengiktiraf keistimewaan manusia.
Cth:pengaruh falsafah Yunani terhadap Islam namun perbahasan tentang falsafah dan kekuatan akal
tidak dapat menandingi peranan wahyu dalam Islam.
-Keperluan manusia untuk hidup aman damai perlu diiktiraf oleh seluruh tamadun manusia.
PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN
- Perbezaan ketara adalah dalam aspek teologi.
- Persoalan etika kurang mencetuskan kontroversi antaranya:
1. Alam sekitar-hidup harmoni dengan alam.
2. Keluarga-asas pembentukan masyarakat
3. Komuniti-menentukan personaliti dan identiti manusia.
4. Kerajaan-moral/akhlak sangat penting,para sarjana spt Moh-Tze,Kautilya,Mawardi
membincangkannya dlm buku masing-masing
5. Ekonomi-moral semesta
6. Pendidikan-pembinaan sifat-sifat manusia
7. Kesihatan-pandangan dan pendekatan holistic
Friday, July 24, 2009
Sumbangan Islam Dalam Bidang Sains
by Anon
SUMBANGAN ISLAM DALAM BIDANG SAINS
Sains Islam telah memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam semua bidang sains
termasuklah biologi, kimia, astronomi dan lain-lain lagi. Umat Islam Sepanyol contohnya
telah menjadi teladan kepada masyarakat Eropah. Sebagai sebuah negara yang bertamadun
tinggi dan berilmu, kemajuan dalam bidang seni, sastera dan sains di Sepanyol tidak ada
tolok bandingnya di Seluruh Eropah.
Penuntut-penuntut datang dari semua pelusuk dunia termasuklah dari Perancis, Jerman dan
England untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang hanya ada di bandar-bandar negara
orang Islam seperti di Sepanyol. Dalam bidang Matematik, Ilmu Falak, Sains Hayat, Sejarah,
Falsafah dan undang-undang semuanya hanya dimonopoli dan dikuasai oleh Sepanyol sahaja.
Antara kejayaan cemerlang mereka dalam bidang keilmuan Islam adalah disebabkan oleh
keperluan mereka terhadap perkara berkenaan dalam perkara-perkara yang menyangkut soal
hukum-hakam syarak. Sebagai contohnya, umat Islam diwajibkan untuk mengerjakan
sembahyang fardu lima waktu dan puasa di bulan Ramadhan. Kewajipan ini amat berkait
rapat dengan ilmu pengetahuan Geografi dan Astranomi. Mereka diwajibkan lagi dengan
zakat. Ia amat berkait rapat dengan ilmu matematik dan perakaunan. Kewajipan ibadah Haji
pula amat berkaitan dengan ilmu pengangkutan, geografi dan kedoktoran.Umat Islam di
arahkan agar mempertahan negara dari serangan musuh. Dengan ini mereka perlulah
mendalami ilmu persenjataan dan peperangan dengan sebaik-baiknya agar Islam akan tetap
terus terpelihara. Mereka menuntut ilmu-ilmu yang ada hubungannya dengan hukum-hakam
Allah agar mereka dapat mengabdikan diri kepada Allah dengan cara yang lebih sempurna.
Sarjana Islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada tamadun dan
perkembangan sains dunia. Mereka menggunakan AL Quran dan As Sunnah sebagai sumber
rujukan utama dalam meneroka pelbagai bidang ilmu. Sarjana Islam juga memperolehi
pengetahuan menerusi penterjemahan dokumen yang dihasilkan oleh tamadun sebelumnya
bagi memantap dan memperkembangkan bidang ilmu berkenaan.
Peringkat pertama penterjemahan ditumpukan kepada ilmu yang boleh memberi penyelesaian
kepada masalah kehidupan harian seperti perubatan, astronomi, dan kimia.
Peringkat kedua penterjemahan mencakupi ilmu Mantik Yunani dan Matematik Hindu.
Antara penterjemah yang terkenal ialah Hunnaim Ibn Ishak (808 - 873M) Thabit Ibn Qurah
(834 - 901M) yang telah menterjemahkan buku Element karya Euclid ke Bahasa Arab.Salah
satu sumbangan Tamadun Islam dalam Matematik ialah sistem nombor yang digunakan pada
hari ini (1, 2, 3, .....9). Sarjana Al Khawarizmi (780 - 850 M)sentiasa diingati oleh ahli sains
kerana sumbangannya yang besar dalam ilmu Aljabar dan bukunya Al Jabr Waalmuqabala
sentiasa dirujuk. Al Battani mengemukakan kaedah pengiraan astronomi secara trigonometri.
Kaedah ini sentiasa dirujuk oleh tokoh astronomi Eropah sehingga abad ke tujuh belas, Para
sarjana Islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada tamadun dan
perkembangan Sains dan Teknologi hari ini. Hakikat ini jelas diperlihatkan dengan
terdapatnya lebih daripada suku juta manuskrip sarjana Islam dalam perpustakaan-
perpustakaan besar hari ini.
Untuk lebih jelas lagi sumbangan Islam dalam bidang sains cuba kita perhatikan sumbangan
mereka pada setiap ilmu sains seperti kimia, biologo, fizik, perubatan, botani, matematik,
astronomi, geografi dan pelayaran, kejuruteraan dan kesenian
Thursday, July 23, 2009
Sumbangan Tamadun
by Anon
KEAGUNGAN sesebuah empayar atau bangsa banyak bergantung pada pencapaiannya
dalam pelbagai bidang. Pencapaian ini, akhirnya menjadi sumbangan tamadun manusia
kepada peradaban dunia yang kekal mempengaruhi perjalanan masyarakat dunia sejak dulu
hingga kini.
Lihat bagaimana besarnya sumbangan tamadun dunia seperti Mesir, Mesopotamia (Babylon),
Yunani, Rom, Parsi, China, India, Jepun, Eropah dan paling penting, tamadun Islam dengan
keunggulannya berbanding tamadun lain yang pernah dibina dan dicatat dalam sejarah dunia.
Bagi Malaysia, dalam usaha menyusun perancangan untuk melayakkan kita mencapai taraf
masyarakat hadhari, 10 prinsip digariskan sebagai panduan mencapai matlamat itu. Antara
prinsip paling asas adalah keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi; kemerdekaan jiwa daripada
sebarang bentuk belenggu; penguasaan ilmu pengetahuan; keseimbangan pembangunan
ekonomi, keutuhan akhlak serta budaya dan keampuhan sistem pertahanan.
Prinsip ini juga yang mendasari tamadun Islam dan menjadikan ia berbeza dengan tamadun
lain di dunia.
Tiga ciri utama tamadun Islam adalah akidah suci dan kukuh kepada Allah; syariah yang
dijadikan panduan serta peraturan hidup dan akhlak mulia. Ciri itu yang membuatkan
pembinaan tamadun gemilang oleh umat Islam lebih bererti berbanding bangsa lain di dunia.
Tamadun Islam yang berasaskan prinsip suci, contohnya yang diwakili oleh Kerajaan Bani
Ummayyah (Damsyik: 41-133 Hijrah/ 661 -750 Masihi. dan Andalus: 139-423 Hijrah./756-
1031 Masihi) dan Bani Abbasiyyah (Baghdad: 132-656 Hijrah/750-1258 Masihi)
memperlihatkan keunggulan yang tidak terbanding.
Ilmu pengetahuan pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di
Damsyik berkembang dengan pesat dan meliputi bidang bahasa, sastera, sains, perubatan
serta ilmu agama seperti hadis, fiqh, tafsir dan tauhid. Antara kota yang menjadi tumpuan
perkembangan ilmu adalah Kufah dan Basrah di Iraq (ilmu bahasa serta sastera).
Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Andalus pula berkembang lebih pesat, selain
berjaya membina tamadun lebih besar dalam pelbagai aspek agama dan bukan agama.
Cordova menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah pada abad keempat Hijrah/10 Masihi.
Bangsa Eropah memperoleh manfaat daripada perkembangan ini.
Mereka berpeluang mempelajari banyak ilmu Islam yang berkembang di seluruh Andalus. Ia
bukan saja di Cordova, malah bandar lain seperti Seville, Toledo dan Granada.
Bagi Kerajaan Abbasiyyah pula, kegemilangannya juga setanding Bani Ummayyah di
Andalus.
Kota Baghdad seperti Cordova juga memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu
pengetahuan dan tamadun Islam, terutama pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-
Rasyid dan puteranya, al-Ma'mun. Kegemilangan zaman pemerintahan kedua-dua pemerintah
berwibawa ini mendorong sejarawan menamakannya Zaman Keemasan Kerajaan
Abbasiyyah.
Hal ini kerana, pada zaman itu, kegiatan ilmiah berkembang dengan amat pesat melalui
penulisan buku, penterjemahan, hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara maju
luar, termasuk di Eropah, India dan China secara meluas.
Hasil kegiatan ilmiah ini melahirkan ramai tokoh ulama, ahli bahasa, sastera dan tokoh dalam
bidang ilmu yang lain, termasuk bidang astronomi, astrologi, matematik, perubatan seni
muzik dan falsafah. Kesan dan pengaruh kegiatan ilmiah ini terhadap dunia luar amat besar.
Berbicara mengenai Baghdad yang diasaskan oleh al-Mansur pada 762 Masihi atau nama
asalnya Madinah al-Salam, tentunya tidak lupa untuk mengaitkannya sebagai salah satu ikon
utama tamadun Islam. Kedudukan penting Baghdad membanggakan, namun yang tragisnya,
kota itu kerap menjadi tumpuan misi kehancuran oleh manusia yang tidak bertamadun.
Serangan dan kemusnahan ke atas Baghdad bagaikan pita rakaman yang diulang berkali-kali.
Apa yang menyedihkan, keruntuhan Baghdad turut meruntuhkan bersama-samanya asas
keyakinan umat Islam bahawa mereka masih boleh membina tamadun berpandukan
kegigihan dan usaha keras generasi sebelumnya.
Kota agung kebanggaan Islam ini mengalami kehancuran buat pertama kalinya ketika
pemerintahan al-Mu鐃tasim (1258 Masihi) apabila Hulagu Khan, iaitu cucu Genghiz Khan
yang memimpin 200,000 tentera kejam Mongol menyerang Baghdad.
Khalifah, pembesar Baghdad serta umat Islam dibunuh dan mayat mereka dicampakkan ke
dalam Sungai Tigris. Bangunan yang menjadi mercu tanda kegemilangan Islam dirobohkan.
Demikian juga Baitul Hikmah, universiti dan madrasah yang menjadi nadi penggerak
perkembangan tamadun dunia pada zaman itu turut dimusnahkan. Sungai Tigris juga menjadi
saksi terpadamnya khazanah ilmu Islam yang dihumban ke dalamnya, lalu menukar airnya
menjadi lautan tinta yang pekat.
Kehancuran dan keruntuhan kota Baghdad sering diratapi oleh umat Islam sama ada pujangga
mahupun orang biasa. Ibn Juzayy (1321-1356/8 Masihi), sasterawan muda Andalus yang
dititah Sultan Abu 鐃Inan supaya bekerjasama dengan Ibn Battutah dalam penghasilan karya
Rihlah Ibn Battutah, turut memetik syair ilham Abu Tamam Habib ibn Aus.
Beliau seolah-olah dapat melihat sendiri tragedi yang menimpa Baghdad:
鐃Demi Allah, sesungguhnya tinggal di Baghdad seorang yang mengumumkan kematiannya.
鐃Tangisilah, tangisilah akan keruntuhan zamannya. Pada suatu masa dulu, ia tetap gemilang
walaupun peperangan menyala, lalu api dipadamkan, sedikit di segenap pelosoknya.
Manusia mengharapkan detik gemilangnya akan kembali tiba, tetapi kini, segala harapan
yang disimpan menjadi suram laksana wanita tua yang meninggalkan zaman mudanya dan
hilang kecantikan yang menghiasi dirinya.鐃
Dari satu aspek, kehancuran kota Baghdad dan kemusnahan ribuan monumen yang
melambangkan kegemilangan tamadun Islam zaman silam haruslah pula ditanggapi dengan
penuh keinsafan, bijaksana dan jiwa terbuka. Ada limpahan rahmat yang tidak terlihat oleh
pandangan mata di sebalik keruntuhan dan kehancuran kota warisan Islam serta monumen
yang melambangkan tamadun yang bermula sejak kurun ketujuh ini.
Keruntuhan Baghdad buat kesekian kalinya oleh Amerika Syarikat pada 12 April 2003
membawa rahmat Ilahi yang mungkin tidak terjangkau dek pemikiran manusia terbatas.
Kehancuran monumen berharga dan kemusnahan muzium serta perpustakaan (termasuk
perpustakaan al-Quran di Kementerian Wakaf Agama di sekitar kota Baghdad yang
menyimpan khazanah tidak ternilai harganya turut menghancurkan jiwa umat Islam seluruh
dunia.
Kita harus menerimanya dengan penuh reda dan insaf. Inilah cabarannya untuk kita umat
Islam, khususnya di Malaysia untuk kembali bangkit membina semangat dan kekuatan agar
berupaya membina tamadun gemilang, jika pun tidak setanding Baghdad.
Gagasan idea dicetuskan dan yang tinggal hanya kesungguhan untuk membuktikan bahawa
kita berkeupayaan menjadikan cita-cita murni ini bukan sekadar mimpi atau khayalan, tetapi
benar-benar suatu kenyataan.
Lebih penting, buktikan juga bahawa tamadun yang dibina itu tidak sesekali akan terikat
dengan tuntutan alam, sejarah mahupun resam dunia iaitu yang berada di puncak pasti akan
kembali ke tanah semula.
Dengan kata lain, kita mesti berusaha menghindari perkara negatif, hasil perbuatan sendiri
bagi memastikan pencapaian tamadun kita sentiasa berada pada tahap cemerlang dan
gemilang.
Thursday, November 20, 2008
TOPIK 1 & 2 : Pengenalan dan Konsep Asas Tamadun
TOPIK 1 : PENGENALAN ILMU TAMADUN DALAM PEMBINAAN TAMADUN
MELAYU
Pengenalan Tamadun
Sukar untuk menentukan takrif yang tepat tentang tamadun
sama ada dari perspektif barat ataupun Islam. Ia berpunca dari
kesukaran memilih istilah yang tepat bagi mengungkapkan
konsep tamadun.
Islam  madaniyyah- umran-hadarah-tamaddun
Barat - civilization-kebendaan- material
Definisi:
Pelbagai terminologi yang pernah digunakan berkaitan dengan pengertian tamadun. Hal ini
boleh dilihat melalui penggunaannya dalam bahasa-bahasa berikut:
Bahasa Inggeris
Pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Inggeris berkaitan dengan
pengertian tamadun seperti culture, renaissance, enlightment dan civilization.
Bahasa Arab
Sama seperti Bahasa Inggeris, pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa
Arab berkaitan dengan pengertian tamadun. Antaranya ialah al-umran, al-bunyan, ath-
thaqafah, al-hadharah, al-madaniyyah dan at-tamaddun.
Bahasa Melayu
Antara terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Melayu berkaitan dengan
pengertian tamadun ialah kebudayaan, peradaban, tamadun dan madani.
Apabila lahir terminologi al-tamaddun dalam bahasa Arab, maka lahirlah terjemahannya
dalam Bahasa Inggeris iaitu civilization. Bahasa Melayu meminjam terminologi Arab
menjadi tamadun dengan pengguguran satu d terminologi yang terakhir inilah yang popular
dan dominant penggunaannya dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu pada masa kini.
Menjelang tahun 1990-an, bahasa Melayu mula menggunakan terminologi baharu iaitu
madani sebagai tambahan kepada terminologi tamadun. Ia juga merupakan pinjaman
daripada terminologi Arab iaitu al-madaniah yang diperkenalkan oleh al-Farabi dalam abad
ke-11 Masihi yang lalu seperti mana yang terdapat dalam kitabnya As Siyasah al-Madaniyah.
SARJANA ISLAM
IBN KHALDUN- kemuncak pembangunan yang berkait dengan
peningkatan kemewahan,keindahan suasana dan minat kepada
pelbagai aspek industri.popular dengan istilah umran-hadarah
RASYID RIDHA- agama asas tamadun dengan unsur spiritual
sebagai tonggak
SAID HAWA- terbahagi dua, Islam dan Jahiliyah
SAYYID QUTB-kemajuan berteraskan syariat Allah SWT
bercirikan nilai moral Islam
ABU NASIR AL-FARABI-(MT 350 Hijrah) telah memperkenalkan istilah al-Madaniyah
dalam abad ke-11 Masihi dalam kitabnya as-Siyasah al-Madaniyah. Terminologi ini diambil
daripada akar kata Madinah iaitu negara Islam pertama yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w.
Madaniyah yang digambarkan oleh al-Farabi ialah pencapaian umat Islam di kota yang
berasaskan wahyu iaitu akidah, syariat dan akhlak.
SARJANA BARAT
Darcy Riberio dalam bukunya The Civilization Process berpendapat bahawa tamadun
mempunyai kaitan yang rapat sekali dengan perbandaran.
Clive Bell dalam bukunya Civilization and Old Finds menjelaskan bahawa tamadun
merupakan satu kriteria masyarakat. Hal ini bererti bahawa tamadun merupakan kata ukur
yang dapat menyukat atau menentukan tahap pencapaian sesuatu tamadun.
Karl Wittfogel dalam bukunya Approaches to Asian Civilization mendefinisikan tamadun
sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu negara.
Toynbee- sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran
atau produktiviti dan mempunyai empat elemen, ekonomi,politik,pengetahuan dan seni
KESIMPULAN
Takrifan yang diberikan oleh sarjana Islam lebih tepat dan menyeluruh daripada sarjana
barat.
Ini kerana sarjana barat kurang menekankan unsur keagamaan sebagai asas dan sumber
pembinaan sesuatu tamadun.
Sarjana Islam menjadikan unsur agama sebagai asas dan sumber utama dalam pembinaan dan
pencapaian sesuatu tamadun.
Sesungguhnya tamadun Islam itu paling istimewa, mengatasi dan dibezakan daripada
tamadun yang lain dalam dua faktor iaitu sumbernya (al-Quran dan as-Sunnah) dan asasnya
(akidah, syariat dan akhlak).
CIRI-CIRI TAMADUN
Kemajuan teknologi-besi,inovasi peralatan,matawang
Sistem pemerintahan dan ekonomi-bina empayar,penggabungan perbandaran
berdekatan,peningkatan hasil negara
Urbanisasi-pembentukan bandar baru
Organisasi sosial-sistem yang tersusun
Kepercayaan dan agama-dipengaruhi faktor agama
Tulisan dan bahasa-mempunyai sistem yang canggih
Budaya dan kesenian- mempengaruhi rakyat
MATLAMAT UMUM TITAS
Secara umumnya matlamat utama tamadun Islam ialah untuk mengangkat Islam sebagai al-
Deen iaitu satu cara hidup yang lengkap kepada manusia. Ia juga akan memaparkan keadilan
sistem pemerintahan Islam yang pernah ditegakkan pada zaman Nabi Muhammad SAW,
Khulafa AR-Rashidin dan pada zaman pemerintahan Islam yang seterusnya. Keadilan sistem
pemerintahan Islam pada zaman awal kebangkitan Islam dapat dibuktikan melalui fakta-fakta
sejarah yang telah disepakati oleh sejarawan. Ciri-ciri ketamadunan Islam yang telah
dipaparkan melalui sistem pemerintahan Islam daripada pelbagai zaman sewajarnya difahami
dan dihayati oleh semua generasi umat Islam dan bukan Islam.
OBJEKTIF TITAS- Menyatupadukan rakyat Malaysia dan menerapkan nilai-nilai murni
yang ada pada setiap tamadun di negara kita berteraskan tamadun Melayu.
- Meningkatkan persefahaman dan menimbulkan rasa hormat antara kaum di Malaysia.
- Membuka minda tentang Tamadun Dunia dan memahami aspek-aspek penting
ketamadunan.
- Merintis jalan ke arah pemikiran global, kritis, rasional dan terbuka.
- Pendedahan fikiran ke arah toleransi, kasih sayang dan keamanan sejagat.
- Pengisian minda ke arah mencapai Wawasan 2020.
TOPIK 2 : KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM
TAKRIF TAMADUN ISLAM
Berkisar di sebalik tiga istilah utama umran, hadarah,madaniyyah.
SARJANA ISLAM
Naquib Al Attas:
Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.
Di dukung oleh konsep tauhid dan kesatuan ummah
Al-Syirazi-perbincangan ttg sesuatu kekuasaan,kehebatan,kemakmuran,kemajuan sesuatu
bangsa,pemerintahan yang berilmu,beradab,kemajuan industri,pembangunan ekonomi
PRINSIP-PRINSIP TI
1. Memelihara agama
Fitrah semulajadi manusia hendakkan agama,manusia bebas memilih agama masing-
masing.
Firman Allah SWT.surah Al Baqarah
tiada paksaan dalam beragama
Menyerah diri kpd Allah dgn mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan larangan
2. Memelihara nyawa atau jiwa
Menjamin nyawa atau jiwa daripada pencerobohan manusia lain
Larangan membunuh dan membunuh diri
Firman AllahSurah Al Maidah 5:32
Barangsiapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau
kerana membuat bencana dalam negeri,maka ertinya orang itu telah membunuh manusia
seluruhnya.
3. Memelihara akal
Mengharamkan minuman keras
Firman Allah.Surah Al Maidah 5:90
Wahai org yang beriman,sesungguhnya minuman arak,berjudi,berkorban utk
berhala,mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji,termasuk perbuatan
syaitan.Maka jauhilah perbuatan itu,agar kamu mendapat keberuntungan..
4. Memelihara maruah dan keturunan
Mensyariatkan perkahwinan.
Poligami
Haramkan zina,pergaulan bebas lelaki perempuan
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami yang akan
memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka
satu dosa yang besar.
( Surah al-Israa 17:31 )
5. Memelihara harta
Firman Allah SWT
Dan tuntutlah apa yang didatangkan oleh Allah S.W.T kepada kamu untuk hari akhirat dan
janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Buatlah baik sebagaimana Allah berbuat baik
kepada kamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan.
Al-Qasas 28:77
Untuk memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi individu,
tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta seperti
jarum hinggalah sebesar-besarnya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat,
terjemahannya :
Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan
daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah.
( Surah al-Maaidah 5:38 )
6. Memelihara hak kebebasan
Hak Allah SWT:bebas dari taklid,alam bukti kewujudan Allah,bebas dari kesesatan
Hak Manusia: bebas bergerak,bebas bersuara,bebas berpersatuan,bebas beragama
SUMBER-SUMBER TI
1. AL-QURAN
Mukjizat yang menerangkan tatacara bagaimana manusia
yang diamanahkan oleh Allah SWT sebagai khalifah bagi
membentuk serta mentadbir alam sejajar dengan kehendak
Allah SWT
2. HADIS
Menjelaskan dan menerangkan perkara berkaitan perintah
Dan larangan Allah SWT di dalam Al-Quran
3. IJMAK,QIYAS,ISTIHSAN
4. AKAL FIKIRAN
5. PENEMUAN BARU
MATLAMAT TAMADUN ISLAM
1. Hubungan manusia dengan Allah SWT
Rukun Islam dan Rukun Iman
Ibadah umum dan ibadah khusus
Mematuhi syariat yang telah ditetapkan
2. Hubungan manusia dengan manusia
Sistem muamalah dan kemasyarakatan
Berdasarkan konsep manusia yang paling mulia disisi Allah adalah yang paling tinggi
takwanya
3. Hubungan manusia dengan alam sekitar
Manusia yang me
ngusahakan sesuatu yang boleh membawa kpd kesejahteraan di muka bumi melalui sumber
alam yang sedia ada
Tidak melakukan perkara yang merosakkan alam sekitar
http://titas-
haba.blogspot.com/search/label/Tamadun%20
Islam
http://titas-
haba.blogspot.com/search/label/Tamadun
%20Islam

More Related Content

Interaksi antara pelbagai tamadun

  • 1. Interaksi Antara Pelbagai Tamadun (Melayu, Cina, India,Jepun,Eropah). PENGENALAN - Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik. - Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun - Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi antara tamadun. Interaksi Tamadun India dan China - Rekod sejarah China, berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 S.M. - Jalan Sutera yang menjadi laluan para pedagang - saluran interaksi - Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China - Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan. Kesan: 1.Penyebaran Agama Buddha - Dibawa masuk ke China kurun pertama masihi - Maharaja hantar wakil ke India utk fahami & mendalami ajaran - Disesuaikan dgn tradisi budaya masyarakat Cina; doktrin Daoisme & Konfusianisme - Sami dr China menetap di India & pelajari kitab Buddha (bahasa Sanskrit & Pali) - Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka) 2. Sains dan Teknologi - Dari China - pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan & kompas - Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India - Dari India - teknologi India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina ahli astronomi India pernah berkhidmat di China sistem kalendar lunar Cina yang baru - Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina 3.Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian - Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit - dipelajari melalui ajaran Buddhisme - Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre. - Seni muzik India alat muzik Cina yg berasal dari India :- pipa dan konghou INTERAKSI TAMADUN MELAYU TAMADUN INDIA
  • 2. - Bermula seawal abad ke-3 SM - Bhn bertulis dari India - ada menyebut ttg Malayadvipa (Semenanjung Melayu) - Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu - bagi dapatkan emas - Suvarnabhumi (tanah emas) gelaran diberi kpd Tanah Melayu Kesan: 1.Penyebaran Agama - Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme. - Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah. 2.Sistem Pemerintahan - konsep Dewaraja (dlm bhs Sanskrit yang bermakna God King) - konsep ketuhanan agama Hindu yg membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan dgn kedudukan serta status Raja sbg jelmaan Tuhan - Upacara pertabalan - bg mengekalkan status tinggi Raja - Panca Persada yg spt Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha. 3.Struktur Masyarakat - Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn golongan rakyat biasa. - Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat Melayu 4.Adat resam dan Budaya - Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu:- amalan jampi & mentera - Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi, - Masyarakat India Chittyan memperlihatkan persamaan dgn kebudayaan Melayu 5. Bahasa - Pengaruh bahasa Sanskit - Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) buktikan pengaruh bhs Saskrit dlm bhs Melayu kuno yg digunakan ketika itu - Batu Bersurat Terengganu, selain drp perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari bahasa Sanskrit Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit(Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan Baru) Bhakti = bakti Bhumi = bumi Dosa = dosa Drohaka = derhaka
  • 3. Maharddhika = merdeka Prakara = perkara Rupa = rupa Samicra = mesra Tathapi = tetapi Vela = bila 6.Kesusasteraan - Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata Hikayat Seri Rama dpt inspirasi drp E.Ramayana - Epik Mahabharata diberi wajah tempatan - Hikayat Pendawa Lima, H.Pandawa, H.Panda Delima & H.Sang Boma - Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja & menyelitkan unsur epik & mitos - Turut diadaptasikan dlm wayang kulit INTERAKSI TAMADUN MELAYU TAMADUN CINA - Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan diplomatik dgn China & para pedagang Kedah berdagang ke China - Kedah - pusat perhentian utama bg sami Buddha dr China yg belayar melalui Selat Melaka utk ke India sekitar tahun 250 M - Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dgn China penting agar Melaka selamat dr ancaman musuh - Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sbg pemerintah kjn Melaka oleh Maharaja China - Maharaja China hantar puterinya, Hang Li Po utk dikahwinkan dgn Sultan Mansur Syah. - Kelompok yg berasal drp keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya @ Peranakan - Awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British & penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina - golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sbg Cina Selat @Straits Chinese Kesan: 1. Penyebaran Agama - Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan dtg dari Tanah Besar China ekoran hbg perdagangan - Islam yg dtg melalui para pedagang dr Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dgn penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082). 2. Warisan Cina Peranakan - Dikenali sebagai Baba dan Nyonya. - Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
  • 4. - Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan Hokkien - Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan guna tangan - Pakaian kebaya dan kain sarong 3. Kebudayaan - Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. - Adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah 4. Perubatan dan Teknologi - Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan yin dan yang - Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser. - Teh Cina ataupun green tea - Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan - Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan, lilin TAMADUN EROPAH-TAMADUN LAIN Perkataan Eropah berasal daripada Europe berhubung kait dengan lagenda. - Europa anak perempuan Raja Tyre dari pantai Phoenicia (hari ini dikenali sbg Lubnan) jatuh hati dengan Raja Zeus (yg menjelma sbg lembu jantan), dilarikan ke Crete Konotasi dgn melarikan puteri dari Phoenicia ke Crete memindahkan pencapaian tamadun- tamadun lama Asia dari timur ke koloni di Laut Aegean (Davies, 1996) Tamadun Eropah Empat zaman yang nyata tamadun Eropah: 1)Zaman Silam/Klasik (Yunani, Graeco-Rom; 3000 s.m) 2)Zaman Kebudayaan Aegean (Greek) 3)Zaman Penguasaan Yunani Iskandar Zulkarnain 4)Zaman Graeco-Rom/Helenistik -Zaman Pertengahan : Awal (476 m) -Kejatuhan Empayar Rom & kemunculan Krjn orang Gasar Charlemagne. - Sist. Feudalisme, perkembangan agama Kristian pesat Zaman Pertengahan : Kemuncak & Akhir (1050 m) Kegemilangan politik, ekonomi & sosial. - Zaman Awal Moden (1500 m) Gerakan Renaisans & Reformasi diikuti Revolusi Sains. - Zaman Moden (1800 m hingga hari ini). - Zaman penyerlahan revolusi Perancis 1789. - Revolusi Perindustrian England 1780an.
  • 5. INTERAKSI CHINA DAN JEPUN Berlaku secara aman. Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh Tamadun Jepun. Dari segi agama dan tulisan - agama Buddha diperkembangkan dalam Tamadun Jepun. (Agama Shinto) - Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun. (Hiragama Kalakana) Perkembangan intelektual dan kesusasteraan. - Upacara seperti upacara minum teh dan seni taman. - Struktur pembinaan bandar. - Ajaran falsafah Konfusianisme seperti penekanan kepada institusi keluarga. - Konsep mandat dari Syurga telah memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu. - Sistem pemerintahan berpusat Nilai-nilai Universal Antara Tamadun 1. KETERBUKAAN -Prinsip bertolak ansur diamalkan dalam menggarap idea dari tamadun lain. Sbg contoh tamadun Yunani berkongsi peradaban mereka dengan tamadun India,China,Iran. -Contoh keterbukaan Islam menerima idea luar tetapi menapisnya terlebih dahulu.Kubah masjid berasal dari seni bina Graeco-Roman 2. KESEJAGATAN -Mengimbangi tamadun dengan sifat semulajadi manusia dan mengiktiraf keistimewaan manusia. Cth:pengaruh falsafah Yunani terhadap Islam namun perbahasan tentang falsafah dan kekuatan akal tidak dapat menandingi peranan wahyu dalam Islam. -Keperluan manusia untuk hidup aman damai perlu diiktiraf oleh seluruh tamadun manusia. PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN - Perbezaan ketara adalah dalam aspek teologi. - Persoalan etika kurang mencetuskan kontroversi antaranya: 1. Alam sekitar-hidup harmoni dengan alam. 2. Keluarga-asas pembentukan masyarakat 3. Komuniti-menentukan personaliti dan identiti manusia. 4. Kerajaan-moral/akhlak sangat penting,para sarjana spt Moh-Tze,Kautilya,Mawardi membincangkannya dlm buku masing-masing 5. Ekonomi-moral semesta 6. Pendidikan-pembinaan sifat-sifat manusia 7. Kesihatan-pandangan dan pendekatan holistic
  • 6. Friday, July 24, 2009 Sumbangan Islam Dalam Bidang Sains by Anon SUMBANGAN ISLAM DALAM BIDANG SAINS Sains Islam telah memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam semua bidang sains termasuklah biologi, kimia, astronomi dan lain-lain lagi. Umat Islam Sepanyol contohnya telah menjadi teladan kepada masyarakat Eropah. Sebagai sebuah negara yang bertamadun tinggi dan berilmu, kemajuan dalam bidang seni, sastera dan sains di Sepanyol tidak ada tolok bandingnya di Seluruh Eropah. Penuntut-penuntut datang dari semua pelusuk dunia termasuklah dari Perancis, Jerman dan England untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang hanya ada di bandar-bandar negara orang Islam seperti di Sepanyol. Dalam bidang Matematik, Ilmu Falak, Sains Hayat, Sejarah, Falsafah dan undang-undang semuanya hanya dimonopoli dan dikuasai oleh Sepanyol sahaja. Antara kejayaan cemerlang mereka dalam bidang keilmuan Islam adalah disebabkan oleh keperluan mereka terhadap perkara berkenaan dalam perkara-perkara yang menyangkut soal hukum-hakam syarak. Sebagai contohnya, umat Islam diwajibkan untuk mengerjakan sembahyang fardu lima waktu dan puasa di bulan Ramadhan. Kewajipan ini amat berkait rapat dengan ilmu pengetahuan Geografi dan Astranomi. Mereka diwajibkan lagi dengan zakat. Ia amat berkait rapat dengan ilmu matematik dan perakaunan. Kewajipan ibadah Haji pula amat berkaitan dengan ilmu pengangkutan, geografi dan kedoktoran.Umat Islam di arahkan agar mempertahan negara dari serangan musuh. Dengan ini mereka perlulah mendalami ilmu persenjataan dan peperangan dengan sebaik-baiknya agar Islam akan tetap terus terpelihara. Mereka menuntut ilmu-ilmu yang ada hubungannya dengan hukum-hakam Allah agar mereka dapat mengabdikan diri kepada Allah dengan cara yang lebih sempurna. Sarjana Islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada tamadun dan perkembangan sains dunia. Mereka menggunakan AL Quran dan As Sunnah sebagai sumber rujukan utama dalam meneroka pelbagai bidang ilmu. Sarjana Islam juga memperolehi pengetahuan menerusi penterjemahan dokumen yang dihasilkan oleh tamadun sebelumnya bagi memantap dan memperkembangkan bidang ilmu berkenaan. Peringkat pertama penterjemahan ditumpukan kepada ilmu yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah kehidupan harian seperti perubatan, astronomi, dan kimia. Peringkat kedua penterjemahan mencakupi ilmu Mantik Yunani dan Matematik Hindu. Antara penterjemah yang terkenal ialah Hunnaim Ibn Ishak (808 - 873M) Thabit Ibn Qurah (834 - 901M) yang telah menterjemahkan buku Element karya Euclid ke Bahasa Arab.Salah satu sumbangan Tamadun Islam dalam Matematik ialah sistem nombor yang digunakan pada hari ini (1, 2, 3, .....9). Sarjana Al Khawarizmi (780 - 850 M)sentiasa diingati oleh ahli sains kerana sumbangannya yang besar dalam ilmu Aljabar dan bukunya Al Jabr Waalmuqabala sentiasa dirujuk. Al Battani mengemukakan kaedah pengiraan astronomi secara trigonometri. Kaedah ini sentiasa dirujuk oleh tokoh astronomi Eropah sehingga abad ke tujuh belas, Para sarjana Islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada tamadun dan perkembangan Sains dan Teknologi hari ini. Hakikat ini jelas diperlihatkan dengan terdapatnya lebih daripada suku juta manuskrip sarjana Islam dalam perpustakaan- perpustakaan besar hari ini. Untuk lebih jelas lagi sumbangan Islam dalam bidang sains cuba kita perhatikan sumbangan
  • 7. mereka pada setiap ilmu sains seperti kimia, biologo, fizik, perubatan, botani, matematik, astronomi, geografi dan pelayaran, kejuruteraan dan kesenian Thursday, July 23, 2009 Sumbangan Tamadun by Anon KEAGUNGAN sesebuah empayar atau bangsa banyak bergantung pada pencapaiannya dalam pelbagai bidang. Pencapaian ini, akhirnya menjadi sumbangan tamadun manusia kepada peradaban dunia yang kekal mempengaruhi perjalanan masyarakat dunia sejak dulu hingga kini. Lihat bagaimana besarnya sumbangan tamadun dunia seperti Mesir, Mesopotamia (Babylon), Yunani, Rom, Parsi, China, India, Jepun, Eropah dan paling penting, tamadun Islam dengan keunggulannya berbanding tamadun lain yang pernah dibina dan dicatat dalam sejarah dunia. Bagi Malaysia, dalam usaha menyusun perancangan untuk melayakkan kita mencapai taraf masyarakat hadhari, 10 prinsip digariskan sebagai panduan mencapai matlamat itu. Antara prinsip paling asas adalah keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi; kemerdekaan jiwa daripada sebarang bentuk belenggu; penguasaan ilmu pengetahuan; keseimbangan pembangunan ekonomi, keutuhan akhlak serta budaya dan keampuhan sistem pertahanan. Prinsip ini juga yang mendasari tamadun Islam dan menjadikan ia berbeza dengan tamadun lain di dunia. Tiga ciri utama tamadun Islam adalah akidah suci dan kukuh kepada Allah; syariah yang dijadikan panduan serta peraturan hidup dan akhlak mulia. Ciri itu yang membuatkan pembinaan tamadun gemilang oleh umat Islam lebih bererti berbanding bangsa lain di dunia. Tamadun Islam yang berasaskan prinsip suci, contohnya yang diwakili oleh Kerajaan Bani Ummayyah (Damsyik: 41-133 Hijrah/ 661 -750 Masihi. dan Andalus: 139-423 Hijrah./756- 1031 Masihi) dan Bani Abbasiyyah (Baghdad: 132-656 Hijrah/750-1258 Masihi) memperlihatkan keunggulan yang tidak terbanding. Ilmu pengetahuan pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Damsyik berkembang dengan pesat dan meliputi bidang bahasa, sastera, sains, perubatan serta ilmu agama seperti hadis, fiqh, tafsir dan tauhid. Antara kota yang menjadi tumpuan perkembangan ilmu adalah Kufah dan Basrah di Iraq (ilmu bahasa serta sastera). Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Andalus pula berkembang lebih pesat, selain berjaya membina tamadun lebih besar dalam pelbagai aspek agama dan bukan agama. Cordova menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah pada abad keempat Hijrah/10 Masihi. Bangsa Eropah memperoleh manfaat daripada perkembangan ini. Mereka berpeluang mempelajari banyak ilmu Islam yang berkembang di seluruh Andalus. Ia bukan saja di Cordova, malah bandar lain seperti Seville, Toledo dan Granada. Bagi Kerajaan Abbasiyyah pula, kegemilangannya juga setanding Bani Ummayyah di Andalus. Kota Baghdad seperti Cordova juga memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan tamadun Islam, terutama pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al- Rasyid dan puteranya, al-Ma'mun. Kegemilangan zaman pemerintahan kedua-dua pemerintah berwibawa ini mendorong sejarawan menamakannya Zaman Keemasan Kerajaan Abbasiyyah.
  • 8. Hal ini kerana, pada zaman itu, kegiatan ilmiah berkembang dengan amat pesat melalui penulisan buku, penterjemahan, hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara maju luar, termasuk di Eropah, India dan China secara meluas. Hasil kegiatan ilmiah ini melahirkan ramai tokoh ulama, ahli bahasa, sastera dan tokoh dalam bidang ilmu yang lain, termasuk bidang astronomi, astrologi, matematik, perubatan seni muzik dan falsafah. Kesan dan pengaruh kegiatan ilmiah ini terhadap dunia luar amat besar. Berbicara mengenai Baghdad yang diasaskan oleh al-Mansur pada 762 Masihi atau nama asalnya Madinah al-Salam, tentunya tidak lupa untuk mengaitkannya sebagai salah satu ikon utama tamadun Islam. Kedudukan penting Baghdad membanggakan, namun yang tragisnya, kota itu kerap menjadi tumpuan misi kehancuran oleh manusia yang tidak bertamadun. Serangan dan kemusnahan ke atas Baghdad bagaikan pita rakaman yang diulang berkali-kali. Apa yang menyedihkan, keruntuhan Baghdad turut meruntuhkan bersama-samanya asas keyakinan umat Islam bahawa mereka masih boleh membina tamadun berpandukan kegigihan dan usaha keras generasi sebelumnya. Kota agung kebanggaan Islam ini mengalami kehancuran buat pertama kalinya ketika pemerintahan al-Mu鐃tasim (1258 Masihi) apabila Hulagu Khan, iaitu cucu Genghiz Khan yang memimpin 200,000 tentera kejam Mongol menyerang Baghdad. Khalifah, pembesar Baghdad serta umat Islam dibunuh dan mayat mereka dicampakkan ke dalam Sungai Tigris. Bangunan yang menjadi mercu tanda kegemilangan Islam dirobohkan. Demikian juga Baitul Hikmah, universiti dan madrasah yang menjadi nadi penggerak perkembangan tamadun dunia pada zaman itu turut dimusnahkan. Sungai Tigris juga menjadi saksi terpadamnya khazanah ilmu Islam yang dihumban ke dalamnya, lalu menukar airnya menjadi lautan tinta yang pekat. Kehancuran dan keruntuhan kota Baghdad sering diratapi oleh umat Islam sama ada pujangga mahupun orang biasa. Ibn Juzayy (1321-1356/8 Masihi), sasterawan muda Andalus yang dititah Sultan Abu 鐃Inan supaya bekerjasama dengan Ibn Battutah dalam penghasilan karya Rihlah Ibn Battutah, turut memetik syair ilham Abu Tamam Habib ibn Aus. Beliau seolah-olah dapat melihat sendiri tragedi yang menimpa Baghdad: 鐃Demi Allah, sesungguhnya tinggal di Baghdad seorang yang mengumumkan kematiannya. 鐃Tangisilah, tangisilah akan keruntuhan zamannya. Pada suatu masa dulu, ia tetap gemilang walaupun peperangan menyala, lalu api dipadamkan, sedikit di segenap pelosoknya. Manusia mengharapkan detik gemilangnya akan kembali tiba, tetapi kini, segala harapan yang disimpan menjadi suram laksana wanita tua yang meninggalkan zaman mudanya dan hilang kecantikan yang menghiasi dirinya.鐃 Dari satu aspek, kehancuran kota Baghdad dan kemusnahan ribuan monumen yang melambangkan kegemilangan tamadun Islam zaman silam haruslah pula ditanggapi dengan penuh keinsafan, bijaksana dan jiwa terbuka. Ada limpahan rahmat yang tidak terlihat oleh pandangan mata di sebalik keruntuhan dan kehancuran kota warisan Islam serta monumen yang melambangkan tamadun yang bermula sejak kurun ketujuh ini. Keruntuhan Baghdad buat kesekian kalinya oleh Amerika Syarikat pada 12 April 2003 membawa rahmat Ilahi yang mungkin tidak terjangkau dek pemikiran manusia terbatas. Kehancuran monumen berharga dan kemusnahan muzium serta perpustakaan (termasuk perpustakaan al-Quran di Kementerian Wakaf Agama di sekitar kota Baghdad yang menyimpan khazanah tidak ternilai harganya turut menghancurkan jiwa umat Islam seluruh dunia. Kita harus menerimanya dengan penuh reda dan insaf. Inilah cabarannya untuk kita umat Islam, khususnya di Malaysia untuk kembali bangkit membina semangat dan kekuatan agar
  • 9. berupaya membina tamadun gemilang, jika pun tidak setanding Baghdad. Gagasan idea dicetuskan dan yang tinggal hanya kesungguhan untuk membuktikan bahawa kita berkeupayaan menjadikan cita-cita murni ini bukan sekadar mimpi atau khayalan, tetapi benar-benar suatu kenyataan. Lebih penting, buktikan juga bahawa tamadun yang dibina itu tidak sesekali akan terikat dengan tuntutan alam, sejarah mahupun resam dunia iaitu yang berada di puncak pasti akan kembali ke tanah semula. Dengan kata lain, kita mesti berusaha menghindari perkara negatif, hasil perbuatan sendiri bagi memastikan pencapaian tamadun kita sentiasa berada pada tahap cemerlang dan gemilang. Thursday, November 20, 2008 TOPIK 1 & 2 : Pengenalan dan Konsep Asas Tamadun TOPIK 1 : PENGENALAN ILMU TAMADUN DALAM PEMBINAAN TAMADUN MELAYU Pengenalan Tamadun Sukar untuk menentukan takrif yang tepat tentang tamadun sama ada dari perspektif barat ataupun Islam. Ia berpunca dari kesukaran memilih istilah yang tepat bagi mengungkapkan konsep tamadun. Islam madaniyyah- umran-hadarah-tamaddun Barat - civilization-kebendaan- material Definisi: Pelbagai terminologi yang pernah digunakan berkaitan dengan pengertian tamadun. Hal ini boleh dilihat melalui penggunaannya dalam bahasa-bahasa berikut: Bahasa Inggeris Pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Inggeris berkaitan dengan pengertian tamadun seperti culture, renaissance, enlightment dan civilization. Bahasa Arab Sama seperti Bahasa Inggeris, pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Arab berkaitan dengan pengertian tamadun. Antaranya ialah al-umran, al-bunyan, ath- thaqafah, al-hadharah, al-madaniyyah dan at-tamaddun. Bahasa Melayu
  • 10. Antara terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Melayu berkaitan dengan pengertian tamadun ialah kebudayaan, peradaban, tamadun dan madani. Apabila lahir terminologi al-tamaddun dalam bahasa Arab, maka lahirlah terjemahannya dalam Bahasa Inggeris iaitu civilization. Bahasa Melayu meminjam terminologi Arab menjadi tamadun dengan pengguguran satu d terminologi yang terakhir inilah yang popular dan dominant penggunaannya dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu pada masa kini. Menjelang tahun 1990-an, bahasa Melayu mula menggunakan terminologi baharu iaitu madani sebagai tambahan kepada terminologi tamadun. Ia juga merupakan pinjaman daripada terminologi Arab iaitu al-madaniah yang diperkenalkan oleh al-Farabi dalam abad ke-11 Masihi yang lalu seperti mana yang terdapat dalam kitabnya As Siyasah al-Madaniyah. SARJANA ISLAM IBN KHALDUN- kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan,keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri.popular dengan istilah umran-hadarah RASYID RIDHA- agama asas tamadun dengan unsur spiritual sebagai tonggak SAID HAWA- terbahagi dua, Islam dan Jahiliyah SAYYID QUTB-kemajuan berteraskan syariat Allah SWT bercirikan nilai moral Islam ABU NASIR AL-FARABI-(MT 350 Hijrah) telah memperkenalkan istilah al-Madaniyah dalam abad ke-11 Masihi dalam kitabnya as-Siyasah al-Madaniyah. Terminologi ini diambil daripada akar kata Madinah iaitu negara Islam pertama yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Madaniyah yang digambarkan oleh al-Farabi ialah pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu akidah, syariat dan akhlak. SARJANA BARAT Darcy Riberio dalam bukunya The Civilization Process berpendapat bahawa tamadun mempunyai kaitan yang rapat sekali dengan perbandaran. Clive Bell dalam bukunya Civilization and Old Finds menjelaskan bahawa tamadun merupakan satu kriteria masyarakat. Hal ini bererti bahawa tamadun merupakan kata ukur yang dapat menyukat atau menentukan tahap pencapaian sesuatu tamadun. Karl Wittfogel dalam bukunya Approaches to Asian Civilization mendefinisikan tamadun sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu negara.
  • 11. Toynbee- sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan mempunyai empat elemen, ekonomi,politik,pengetahuan dan seni KESIMPULAN Takrifan yang diberikan oleh sarjana Islam lebih tepat dan menyeluruh daripada sarjana barat. Ini kerana sarjana barat kurang menekankan unsur keagamaan sebagai asas dan sumber pembinaan sesuatu tamadun. Sarjana Islam menjadikan unsur agama sebagai asas dan sumber utama dalam pembinaan dan pencapaian sesuatu tamadun. Sesungguhnya tamadun Islam itu paling istimewa, mengatasi dan dibezakan daripada tamadun yang lain dalam dua faktor iaitu sumbernya (al-Quran dan as-Sunnah) dan asasnya (akidah, syariat dan akhlak). CIRI-CIRI TAMADUN Kemajuan teknologi-besi,inovasi peralatan,matawang Sistem pemerintahan dan ekonomi-bina empayar,penggabungan perbandaran berdekatan,peningkatan hasil negara Urbanisasi-pembentukan bandar baru Organisasi sosial-sistem yang tersusun Kepercayaan dan agama-dipengaruhi faktor agama Tulisan dan bahasa-mempunyai sistem yang canggih Budaya dan kesenian- mempengaruhi rakyat MATLAMAT UMUM TITAS Secara umumnya matlamat utama tamadun Islam ialah untuk mengangkat Islam sebagai al- Deen iaitu satu cara hidup yang lengkap kepada manusia. Ia juga akan memaparkan keadilan sistem pemerintahan Islam yang pernah ditegakkan pada zaman Nabi Muhammad SAW, Khulafa AR-Rashidin dan pada zaman pemerintahan Islam yang seterusnya. Keadilan sistem pemerintahan Islam pada zaman awal kebangkitan Islam dapat dibuktikan melalui fakta-fakta sejarah yang telah disepakati oleh sejarawan. Ciri-ciri ketamadunan Islam yang telah dipaparkan melalui sistem pemerintahan Islam daripada pelbagai zaman sewajarnya difahami dan dihayati oleh semua generasi umat Islam dan bukan Islam. OBJEKTIF TITAS- Menyatupadukan rakyat Malaysia dan menerapkan nilai-nilai murni yang ada pada setiap tamadun di negara kita berteraskan tamadun Melayu. - Meningkatkan persefahaman dan menimbulkan rasa hormat antara kaum di Malaysia.
  • 12. - Membuka minda tentang Tamadun Dunia dan memahami aspek-aspek penting ketamadunan. - Merintis jalan ke arah pemikiran global, kritis, rasional dan terbuka. - Pendedahan fikiran ke arah toleransi, kasih sayang dan keamanan sejagat. - Pengisian minda ke arah mencapai Wawasan 2020. TOPIK 2 : KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM TAKRIF TAMADUN ISLAM Berkisar di sebalik tiga istilah utama umran, hadarah,madaniyyah. SARJANA ISLAM Naquib Al Attas: Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Di dukung oleh konsep tauhid dan kesatuan ummah Al-Syirazi-perbincangan ttg sesuatu kekuasaan,kehebatan,kemakmuran,kemajuan sesuatu bangsa,pemerintahan yang berilmu,beradab,kemajuan industri,pembangunan ekonomi PRINSIP-PRINSIP TI 1. Memelihara agama Fitrah semulajadi manusia hendakkan agama,manusia bebas memilih agama masing- masing. Firman Allah SWT.surah Al Baqarah tiada paksaan dalam beragama Menyerah diri kpd Allah dgn mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan larangan 2. Memelihara nyawa atau jiwa Menjamin nyawa atau jiwa daripada pencerobohan manusia lain Larangan membunuh dan membunuh diri Firman AllahSurah Al Maidah 5:32 Barangsiapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri,maka ertinya orang itu telah membunuh manusia seluruhnya. 3. Memelihara akal Mengharamkan minuman keras Firman Allah.Surah Al Maidah 5:90 Wahai org yang beriman,sesungguhnya minuman arak,berjudi,berkorban utk berhala,mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji,termasuk perbuatan syaitan.Maka jauhilah perbuatan itu,agar kamu mendapat keberuntungan..
  • 13. 4. Memelihara maruah dan keturunan Mensyariatkan perkahwinan. Poligami Haramkan zina,pergaulan bebas lelaki perempuan Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka satu dosa yang besar. ( Surah al-Israa 17:31 ) 5. Memelihara harta Firman Allah SWT Dan tuntutlah apa yang didatangkan oleh Allah S.W.T kepada kamu untuk hari akhirat dan janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Buatlah baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan. Al-Qasas 28:77 Untuk memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi individu, tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta seperti jarum hinggalah sebesar-besarnya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya : Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah. ( Surah al-Maaidah 5:38 ) 6. Memelihara hak kebebasan Hak Allah SWT:bebas dari taklid,alam bukti kewujudan Allah,bebas dari kesesatan Hak Manusia: bebas bergerak,bebas bersuara,bebas berpersatuan,bebas beragama SUMBER-SUMBER TI 1. AL-QURAN Mukjizat yang menerangkan tatacara bagaimana manusia yang diamanahkan oleh Allah SWT sebagai khalifah bagi membentuk serta mentadbir alam sejajar dengan kehendak Allah SWT 2. HADIS Menjelaskan dan menerangkan perkara berkaitan perintah Dan larangan Allah SWT di dalam Al-Quran 3. IJMAK,QIYAS,ISTIHSAN 4. AKAL FIKIRAN
  • 14. 5. PENEMUAN BARU MATLAMAT TAMADUN ISLAM 1. Hubungan manusia dengan Allah SWT Rukun Islam dan Rukun Iman Ibadah umum dan ibadah khusus Mematuhi syariat yang telah ditetapkan 2. Hubungan manusia dengan manusia Sistem muamalah dan kemasyarakatan Berdasarkan konsep manusia yang paling mulia disisi Allah adalah yang paling tinggi takwanya 3. Hubungan manusia dengan alam sekitar Manusia yang me ngusahakan sesuatu yang boleh membawa kpd kesejahteraan di muka bumi melalui sumber alam yang sedia ada Tidak melakukan perkara yang merosakkan alam sekitar http://titas- haba.blogspot.com/search/label/Tamadun%20 Islam http://titas- haba.blogspot.com/search/label/Tamadun %20Islam