1. 1
PERHIMPUNAN MAJLIS RESTU ILMU SK SERI KOTA 2016
TEKS PENGERUSI MAJLIS
Pengumuman
Mengumumkan perarakan masuk calon-calon UPSR tahun 2016
diiringi oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, Barisan
Penolong Kanan serta guru-guru Tahun 6 Sekolah Kebangsaan
Seri Kota.
Hadirin diminta untuk berdiri.
Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu
Negaraku dan Lagu Sekolah.
*Nyanyian lagu negaraku*
*Nyanyian lagu sekolah*
Hadiri dipersilakan duduk.
Kata-kata aluan
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Salam sembah pembuka bicara
Yang Berbahagia,
Encik Zulkhairi bin Ismail,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kota.
Yang Berusaha,
Encik Samsudin bin Mohd Yunus,
Penolong Kanan Pentadbiran
Yang berusaha
Puan Noor Azizah binti Zakaria
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang Berusaha,
Puan Nur Elena binti Abdullah
Penolong Kanan Kokurikulum
Yang Berusaha,
Tuan Haji Remli bin Muhammad
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Barisan guru seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
2. 2
Kata-kata aluan
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat Pencipta kerana di
atas limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul
pada hari ini bagi menghadiri perhimpunan rasmi serta majlis
restu ilmu UPSR tahun 2016 Sekolah Kebangsaan Seri Kota.
.
Bacaan Doa
Hadirin sekalian, bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi
ini, majlis mempersilakan Ustaz Faizul Fikar bin Othman bagi
mengetuai bacaan doa.
Majlis mempersilakan.
 Cue: Setelah selesai bacaan doa.
Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima
kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Ucapan Ketua
Murid
ï‚· Cue: Mohd Harith Arsyad Bin Mohd Bakri
Para hadirin yang dihormati,
Seterusnya, majlis menjemput saudara Mohd Harith Arsyad Bin
Mohd Bakri selaku ketua murid untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.
ï‚· Cue: setelah ucapan selesai.
Terima kasih diucapan kepada saudara Mohd Harith Arsyad Bin
Mohd Bakri atas ucapan yang diberikan.
Penyampaian
Ucapan GT1
- Cue: setelah GT1 bersedia
Hadirin yang dikasihi,
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Encik Ahmad Bakri
bin Zainuddin, Guru Tahap 1 Sekolah Kebangsaan Seri kota.
Majlis mempersilakan.
ï‚· Cue: setelah GT1 selesai.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas ucapan itu tadi.
3. 3
Penyampaian
Ucapan GT2
- Cue: setelah GT2 bersedia
Para hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Puan Norizan binti
Abdullah, Guru Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Seri kota.
Majlis mempersilakan.
ï‚· Cue: setelah GT2 selesai.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas ucapan itu tadi.
Ikrar Guru Oleh
PKP
Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Encik Samsudin bin Mohd Yunus, Penolong Kanan
Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Seri Kota untuk mengetuai
bacaan ikrar guru. Majlis mempersilakan.
(Semua guru diminta untuk berdiri dan sama-sama membacakan
ikrar)
ï‚· Cue: setelah ikrar selesai.
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan ikrar itu tadi.
4. 4
Ucapan Guru
Besar &
Penyampaian
Skroll Restu
Ilmu
Daun semulur di pekan sari
Batang jerami rebah ke bumi
Ucapan guru besar dinanti-nanti
Membuat majlis bertambah seri
Majlis menjemput Yang Berbahagia Encik Zulkhairi bin Ismail
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kota, bagi menyampaikan
ucapan.
Dengan penuh tunduk kasihnya, dipersilakan..
ï‚· Cue: setelah ucapan selesai.
Terima kasih atas ucapan yang diberikan.
Hadirin sekalian Majlis sekali lagi menjemput Yang Berbahagia,
Encik Zulkhairi bin Ismail serta diiringi barisan Penolong kanan
Sekolah Kebangsaan Seri kota untuk menyempurnakan
penyerahan skroll restu ilmu kepada wakil murid calon UPSR
tahun 2016.
ï‚· Cue: setelah penyerahan selesai.
Majlis merakam ucapan terima kasih atas penyempurnaan
penyerahan skroll restu ilmu itu tadi.
Persembahan
Lagu Suci
Dalam Debu
Dan Jasa
Bonda
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput semua murid tahun 6
untuk berdiri bagi menyanyikan lagu Azam Yang Suci dan Jasa
Bonda. Majlis mempersilakan.
ï‚· Cue: setelah nyanyian selesai.
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
5. 5
Sesi
Bersalaman
Majlis diteruskan lagi dengan sesi bersalam-salaman antara
calon-calon UPSR dengan semua guru. Untuk itu, majlis
mempersilakan semua guru untuk berdiri dan membentuk satu
barisan dihadapan dataran.
ï‚· Cue: setelah guru bersedia.
Dipersilakan murid tahun 6 Ibnu Sina.
ï‚· Cue: setelah hampir selesai.
Seterusnya, murid tahun 6 Ibnu Hayyan.
ï‚· Cue: setelah hampir selesai.
Seterusnya, murid tahun 6 Ibnu Khaldun.
ï‚· Cue: setelah hampir selesai.
Seterusnya, murid tahun 6 Ibnu Batuta.
ï‚· Cue: setelah semua selesai.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada barisan guru serta
calon-calon UPSR atas sesi bersalam-salaman itu tadi.
Pemberian
Pulut
Majlis diteruskan lagi dengan pemberian pulut kuning dan bunga
telur kepada calon-calon UPSR tahun 2016. Untuk itu, majlis
sekali lagi menjemput semua murid tahun 6 untuk tampil ke
hadapan bagi mendapatkan pulut kuning dan bunga telur.
Dipersilakan.
ï‚· Cue: setelah semua selesai.
Majlis mengucapkan terima kasih atas pemberian pulut kuning
dan bunga telur itu tadi.
6. 6
Penutup
Hadirin sekalian
Dengan berakhirnya pulut kuning dan bunga telur itu tadi, maka
berakhirlah majlis perhimpunan kita pada hari ini.
Bunga seroja di atas cemara
Jatuh sekuntum di atas para
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pinta
Di atas dahan burung tempua
Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Di lain masa bersua lagi
Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan dalam
pengendalian majlis pada hari ini, saya mewakili jawatankuasa
program dengan rendah hati memohon ampun dan maaf.
Sekian terima kasih dan salam hormat.
Pengumuman
Semua guru dijemput untuk menikmati jamuan ringan di bilik guru
selepas ini.
Terima kasih.