Tragedi peracunan Nabi setelah penaklukan Khaibar oleh seorang wanita Yahudi diyakini menyebabkan kewafatan Rasulullah sebagai syahid. Dokumen ini menjelaskan peristiwa-peristiwa terakhir Rasulullah sebelum wafatnya, termasuk haji terakhir, perang terakhir, dan sabda-Nya mengenai rasa makanan panggang saat perang Khaibar yang masih dirasakan hingga ajal menjemput. Ke
Ancaman keselamatan negara semakin meningkat dengan penangkapan militan asing baru-baru ini dan cubaan untuk menceroboh Sabah oleh kumpulan militan Kesultanan Sulu. Pemerdagangan manusia dan penyeludupan manusia juga menjadi isu utama yang mempengaruhi keamanan masyarakat dan meningkatkan masalah sosial. Kerjasama antara negara diperlukan untuk menangani masalah ini.
3. ? Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara
di antara tahun 1400 hingga tahun 1403.
? Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam.
Hal ini berubah pada tahun 1409, apabila Parameswara
berkahwin dengan puteri dari Pasai.
? Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan
Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.
? Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan
selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di
tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de
Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah
merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka.
? Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin
Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi
mewarisi Kesultanan Melaka.
4. ? Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan
sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir
yang berasal dari keturunan Srivijaya.
? Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bintan
bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek
dan menubuhkan kerajaan Singapura lama.
? Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf
sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja
China pada tahun 1366.
? Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang
Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri
Buana bermaksud ¡°Yang Dipertuan kepada tiga dunia¡±
melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang,
Bintan dan Temasek.
5. ? Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan
baginda yang memerintah Singapura iaitu,
Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 ¨C 1386),
Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 ¨C 1399) dan
yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara
(1399 ¨C 1401).
? Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang
Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot,
Sang Rajuna Tapa.
? Parameswara telah berjaya melarikan diri
menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu
untuk membuka ibu negeri yang baru.
6. ? Menurut ¡°Suma Oriental¡±, Parameswara ialah seorang
raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja
Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara
Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai
Mjeura (¡°orang yang berani¡±).
? Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke
Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam
(bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi
pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama
kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak
Siam tidak lama selepas itu.
? Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai
barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat
perlindungan yang baru.
7. ? Menurut Sejarah Melayu (¡°Malay Annals¡±) yang
dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565,
Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi
diganggu oleh biawak yang tidak terkira
banyaknya.
? Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok
juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka
cuba mendirikan runtuh dengan serta merta.
Kemudian Parameswara berpindah ke Sening
Ujong.
? Setelah berada di sana, beliau melantik seorang
menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya
beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan
persisiran pantai.
8. ? Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ
dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.
? Semasa berburu di muara Sungai Bertam,
Parameswara ternampak seekor pelanduk
menendang salah seekor daripada anjing-anjing
pemburunya.
? Parameswara tertarik dengan kegagahan
pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina
sebuah penempatan di kawasan tersebut.
? Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka)
yang diteduhnya, Parameswara menamakan
tempat itu ¡°Melaka¡±.
9. ? Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409
dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja
Iskandar Syah.
? Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai,
Indonesia.
? Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho
telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan
beliau untuk meneroka dunia.
? Pada 1411, Parameswara telah membuat
pelayaran melawat negara China dengan
rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk
pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo.
11. ? Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat
pada tahun 1414 dan diwarisi oleh
anaknya,Sultan Megat Iskandar Shah 1414-
1424.
? Baginda kemudian digantikan dengan putera
baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya
mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah,
Melaka" (1424-1444).
12. ? Pada kemangkatannya dalam tahun 1444,
beliau diganti oleh putera bongsunya dari
isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja
Ibrahim.
? Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah
oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar
Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja
Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran
"Sultan Abu Syahid".
13. ? Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri
pertama Tun Wati, menaiki takhta pada
tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan
Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan
mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi
negeri.
? Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh
Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti
Jawa, Borneo dan Filipina.
? Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada
ketika itu beragama Hindu.
? Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat
dua serangan ke atas Melaka.
14. ? Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui
darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh
Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh
dari Muar.
? Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua
pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut,
dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan
mereka dan kali ini, dengan mudah.
? Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak
lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu
Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan
gelaran "Bendahara Paduka Raja".
? Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan
merupakan tulang belakang kepada perkembangan
Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
16. ? Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad
ke-15.
? Megat Iskandar Shah yang juga merupakan
putera kepada Parameswara merupakan Sultan
Melaka yang pertama memeluk agama Islam.
? Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi
pusat penyebaran agama Islam. . Pada zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456)
Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi.
? Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang
Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun
Melaka
17. ? Faktor yang menyebabkan agama Islam dapat
berkembang di Melaka.
? Peranan Pedagang dari Sumatera - Pulau
Sumatera telah menerima Islam seawal abad ke-
13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah
berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama
Islam.
? Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di
samping berdagang di Melaka, mereka turut
menyebarkan agama Islam.
? Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus
Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh
pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz
dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri
Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.
18. ? Ada juga yang telah berkahwin dengan penduduk
tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang
subur di Melaka.
? Peranan Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam
rakyat turut mengikut jejak langkah dengan memeluk
agama Islam.
? Peranan Ulama - Pedagang-pedagang Islam yang
berdagang di Melaka turut membawa ulama bersama
mereka. Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di
Melaka dan mengajar di surau dan madrasah.
? Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta
meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat
golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama
Islam.
19. Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam
? Melaka menjadi pusat penyebaran dan
pengajian Islam serta tempat pertemuan
ulama dan pendakwah.
? Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan
sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk
bertanyakan hal-hal agama.
? Masjid, madrasah dan surau diwujudkan
untuk mempelajari agama dan membaca al-
Quran.
20. ? Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf.
Ahli tasawauf yang terkenal ialah Abdul Karim
Al-Jali yang mengarang kitab Insan Al-Kamil.
? Istana Melaka menjadi tempat menterjemah,
menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.
? Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat
Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali
Hanafiah.
? Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti
musyawarrah iaitu berbincang bersama
pembesar dalam urusan pentadbiran.
22. ? Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat
perdagangan baru
menggantikan Srivijayapada Abad ke-15, Melaka
telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar
kesan daripada faktor perdagangan yang semakin
berkembang pesat.
? Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di
Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan
kuasa besar lain seperti Siam dan Srivijaya.
? Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah
kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil
alih peranan pusat perdagangan yang dulunya
dipegang oleh Srivijaya.
23. ? Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari
Srivijaya ini telah mengangkat martabat
Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada
zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja
yang mampu untuk mengendalikan pusat
perdagangan yang cekap dan berupaya
menyediakan kemudahan infrastruktur yang
moden.
24. ? Keupayaan Melaka telah menyebabkan
sebilangan negeri yang dulunya berada di
bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah
meminta naungan dan perlindungan daripada
kekuasaan Melaka.
? Contoh negeri tersebut ialah
seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai
Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela
datang mendapatkan nobat daripada Melaka.
25. ? Manakala Pasai pula sebagai ¡®abang tua¡¯ dalam
perdagangan dan agama, sentiasa ¡®berkirim
salam¡¯ dengan Melaka.
? Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa
besar yang baru ialah Melaka telah dua kali
berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya
berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-
16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat
dengan Siam.
? Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja
berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam
perdagangan tetapi juga dari segi perluasan
wilayah.
26. ? Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai
sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga
bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau
pembeli barang-barangan, menjadi pengantara
menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk
Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar
barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke
tempat lain.
? Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya,
namun pencapaian Melaka adalah berbeza
daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan
tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang
menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan
pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini
27. ? Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki
takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka
menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal.
? Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka,
Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang
Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur
Shah.
? Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga
menghantarTun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring
ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka
pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
? Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada
peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu
hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina
dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali
sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
28. ? Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah,
empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya
dan terdiri daripada Semenanjung
Malaysia, Singapura, dan sebahagian
besar Sumatera.
? Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara
dan Majapahit di selatan.
? Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak
kawasan jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada
kurun ke-15.
? Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga
kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut
telah gagal.
30. ? Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi
Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan
merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia
Tenggara.
? Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka,
telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah.
Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami
rancangan jahat dan pilih kasih.
? Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi
beliau juga seorang mangsa keadaan.
Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat
pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki
takhta ketika masih kanak-kanak.
31. ? Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan
sebuah empayar luar negeri.
? Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18
buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di
Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama
yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih"
oleh orang tempatan.
? Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di
Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri,
disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah
kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang
Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis
diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
32. ? Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis
yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de
Albuquerque kembali ke Melaka.
? Albuquerque membuat beberapa permintaan
membina markas Portugis di Melaka tetapi
permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud
Shah.
? Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis
berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos.
Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri
kePahang di pantai timur di mana beliau gagal
dalam percubaannya mendapat pertolongan
daripada negara China.
33. ? Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke
selatan dan mengasaskan Kesultanan
Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada
Melaka.
? Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang
terletaknya berdekatan dengan Temasik
(Singapura), beliau terus menerima ufti dan
kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang
diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan
Melaka.
? Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan
Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka
34. ? Pada tahun 1525, Laksamana Hang
Nadim berjaya mengepung Kota A
Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa
membuat catuan makanan dari Goa.
? Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan
seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro
Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota
Bentan.
? Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar,
Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin
Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai
sebuah empayar yang berkuasa dan yang
mencapai keunggulannya pada abad ke-
18 dan ke-19.
35. ? Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud
Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh
orang-orang utara untuk menjadi sultan
mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan
Perak.
? Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun
kemudian di Kampar pada tahun 1526.