際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
PENULISAN DAPATAN KAJIAN E-LEARNING
Tema: Halangan Penggunaan E-Learning
Kajian Noraffandy Yahaya & Ling Ning Ning (2011) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia mendapati bahawa pengetahuan pelajar berkaitan e-learning adalah tinggi. Begitu juga
dengan dengan sikap kesediaan terhadap penggunaan e-learning juga tinggi. Namun berdasarkan
kajian ini, pengkaji mendapati bahawa tahap motivasi dalam penggunaan e-learning adalah
sederhana. Melalui analisis data yang diperoleh dari soal selidik didapati faktor motivasi berada
pada tahap yang sederhana adalah disebabkan oleh faktor capaian internet yang perlahan
menyebabkan tahap motivasi dalam penggunaan e-learning adalah sederhana. Emmanuel dan
Claude (2004) mengatakan motivasi adalah penting dalam menggalakkan pelajar menggunakan
e-learning. Penggunaan Motivated-Oriented Design iaitu memberi kuasa autonomi kepada
pelajar sendiri dan pada masa yang sama mengawal pelajar dalam elearning. Contohnya,
membenarkan mereka menyelesaikan masalah, membuat hipotesis, berinteraksi dan memainkan
peranan yang berbeza. Keputusannya, penggunaan kuasa autonomi telah menyebabkan motivasi
intrinsik pelajar bertambah dan pelajar Berjaya menggunakan e-learning secara langsung.
Menurut Faridah Binti Jamil @ Amat dan Zain Binti Retas (2011) dalam kajian bertajuk
Kesediaan Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian
Tinggi mendapati kajian menunjukkan tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan e-
learning adalah tinggi manakala aspek sikap dan motivasi terhadap penggunaan e-learning
adalah sederhana.Ini menunjukkan bahawa pelajar mengetahui penggunaan e-learning tetapi
pelajar perlu mengubah sikap dan meningkatkan motivasi dalam menggunakan e-learning. faktor
halangan seperti kemudahan internet di Politeknik tidak mencukupi, akses kepada elearning yang
perlahan dan sering mengalami gangguan talian internet menjejaskan kesediaan pelajar
menggunakan e-learning. Komitmen dari pihak pengurusan politeknik untuk mengatasi
kelemahan tersebut agar motivasi pelajar berada pada tahap yang tinggi. Bagaimanapun, pelajar
bersetuju bahawa galakan daripada pensyarah meyakinkan mereka menggunakannya
sebagaimana kajian yang dijalankan oleh Mohd Nihra e.t al,(2007) yang menyatakan bahawa
peranan pensyarah amat penting dalam meningkatkan keberkesanan penggunaan e-learning.
Menurut Muhammad Sukri Saud,Mohd Anuar Abdul Rahman, Ting Kung Shiung (2008)
Jabatan Pendidikan dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dalam
Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) mendapati tahap kecekapan diri
siswazah kursus Pendidikan Teknikal dan Vokasional adalah tinggi. Kecekapan diri siswazah
secara keseluruhannya mencatat nilai min 3.80. Terdapat empat halangan utama yang di kaji
dalam kajian ini iaitu halangan personaliti, halangan institusi, halangan teknologikal dan
halangan situasi. Halangan teknologikal adalah termasuk kepunyaan komputer yang mampu
mengakses internet(Gorard & Selwyn, 2000), konsisten untuk mengakses internet, kos komputer
dan kos pengaksesan internet (Kramarae, 2001; Pollard & Hillage, 2001), masalah teknikal
(Bischolf,2000), pengaksesan kepada teknologi (Schilke, 2001: Pollard & Hillage, 2001;
Williams, 20011) dan kebolehpercayaan teknologi. Halangan situasi adalah dikaitan dengan
situasi atau persekitaran seseorang itu berada (Schilke, 2001). Halangan institusi mengambil kira
dua aspek iaitu pengajar dan reka bentuk bahan pengajaran bagi e-pembelajaran (Schilke, 2001).
Sokongan organisasi dan reka bentuk pengajaran merupakan faktor yang penting dalam e-
pembelajaran.
Kajian oleh Mohd Anuar B. Abdul Rahman & Erda Yumiza Binti Ibrahim (2008) mendapati
sikap pelajar terhadap penggunaan e-pembelajaran pada tahap sederhana manakala kemahiran
mengakses pelajar adalah pada tahap tinggi. Walaubagaimanapun ini tidak bermakna mereka
langsung tidak berminat terhadap e-pembelajaran. Sesetengah pelajar masih lagi berminat untuk
melayari e-pembelajaran terutamanya untuk mendapatkan nota-nota kuliah. Ini menunjukkan
bahawa pelajar harus diberi penegasan oleh pensyarah terlebih dahulu agar mereka sentiasa
melayari e-pembelajaran.
Jurnal yang dirujuk
http://eprints.utm.my/11281/1/Penggunaan_E.pdf
http://eprints.utm.my/12147/1/JSS-2011-1-008.pdf
http://www.pmm.edu.my/jke3/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=144&Ite
mid=64
http://eprints.utm.my/6011/1/144-sukri.pdf

More Related Content

Penulisan dapatan kajian e-learning m20132001817

  • 1. PENULISAN DAPATAN KAJIAN E-LEARNING Tema: Halangan Penggunaan E-Learning Kajian Noraffandy Yahaya & Ling Ning Ning (2011) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia mendapati bahawa pengetahuan pelajar berkaitan e-learning adalah tinggi. Begitu juga dengan dengan sikap kesediaan terhadap penggunaan e-learning juga tinggi. Namun berdasarkan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa tahap motivasi dalam penggunaan e-learning adalah sederhana. Melalui analisis data yang diperoleh dari soal selidik didapati faktor motivasi berada pada tahap yang sederhana adalah disebabkan oleh faktor capaian internet yang perlahan menyebabkan tahap motivasi dalam penggunaan e-learning adalah sederhana. Emmanuel dan Claude (2004) mengatakan motivasi adalah penting dalam menggalakkan pelajar menggunakan e-learning. Penggunaan Motivated-Oriented Design iaitu memberi kuasa autonomi kepada pelajar sendiri dan pada masa yang sama mengawal pelajar dalam elearning. Contohnya, membenarkan mereka menyelesaikan masalah, membuat hipotesis, berinteraksi dan memainkan peranan yang berbeza. Keputusannya, penggunaan kuasa autonomi telah menyebabkan motivasi intrinsik pelajar bertambah dan pelajar Berjaya menggunakan e-learning secara langsung. Menurut Faridah Binti Jamil @ Amat dan Zain Binti Retas (2011) dalam kajian bertajuk Kesediaan Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi mendapati kajian menunjukkan tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan e- learning adalah tinggi manakala aspek sikap dan motivasi terhadap penggunaan e-learning adalah sederhana.Ini menunjukkan bahawa pelajar mengetahui penggunaan e-learning tetapi pelajar perlu mengubah sikap dan meningkatkan motivasi dalam menggunakan e-learning. faktor halangan seperti kemudahan internet di Politeknik tidak mencukupi, akses kepada elearning yang perlahan dan sering mengalami gangguan talian internet menjejaskan kesediaan pelajar menggunakan e-learning. Komitmen dari pihak pengurusan politeknik untuk mengatasi kelemahan tersebut agar motivasi pelajar berada pada tahap yang tinggi. Bagaimanapun, pelajar bersetuju bahawa galakan daripada pensyarah meyakinkan mereka menggunakannya sebagaimana kajian yang dijalankan oleh Mohd Nihra e.t al,(2007) yang menyatakan bahawa peranan pensyarah amat penting dalam meningkatkan keberkesanan penggunaan e-learning.
  • 2. Menurut Muhammad Sukri Saud,Mohd Anuar Abdul Rahman, Ting Kung Shiung (2008) Jabatan Pendidikan dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dalam Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) mendapati tahap kecekapan diri siswazah kursus Pendidikan Teknikal dan Vokasional adalah tinggi. Kecekapan diri siswazah secara keseluruhannya mencatat nilai min 3.80. Terdapat empat halangan utama yang di kaji dalam kajian ini iaitu halangan personaliti, halangan institusi, halangan teknologikal dan halangan situasi. Halangan teknologikal adalah termasuk kepunyaan komputer yang mampu mengakses internet(Gorard & Selwyn, 2000), konsisten untuk mengakses internet, kos komputer dan kos pengaksesan internet (Kramarae, 2001; Pollard & Hillage, 2001), masalah teknikal (Bischolf,2000), pengaksesan kepada teknologi (Schilke, 2001: Pollard & Hillage, 2001; Williams, 20011) dan kebolehpercayaan teknologi. Halangan situasi adalah dikaitan dengan situasi atau persekitaran seseorang itu berada (Schilke, 2001). Halangan institusi mengambil kira dua aspek iaitu pengajar dan reka bentuk bahan pengajaran bagi e-pembelajaran (Schilke, 2001). Sokongan organisasi dan reka bentuk pengajaran merupakan faktor yang penting dalam e- pembelajaran. Kajian oleh Mohd Anuar B. Abdul Rahman & Erda Yumiza Binti Ibrahim (2008) mendapati sikap pelajar terhadap penggunaan e-pembelajaran pada tahap sederhana manakala kemahiran mengakses pelajar adalah pada tahap tinggi. Walaubagaimanapun ini tidak bermakna mereka langsung tidak berminat terhadap e-pembelajaran. Sesetengah pelajar masih lagi berminat untuk melayari e-pembelajaran terutamanya untuk mendapatkan nota-nota kuliah. Ini menunjukkan bahawa pelajar harus diberi penegasan oleh pensyarah terlebih dahulu agar mereka sentiasa melayari e-pembelajaran. Jurnal yang dirujuk http://eprints.utm.my/11281/1/Penggunaan_E.pdf http://eprints.utm.my/12147/1/JSS-2011-1-008.pdf http://www.pmm.edu.my/jke3/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=144&Ite mid=64 http://eprints.utm.my/6011/1/144-sukri.pdf