ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
1 
MINGGU 2 
Linguistik sebagai Ilmu: konsep, subdisiplin, cabang, 
analisis dan manfaat
2 
KONSEP PENDEKATAN BAHASA 
Bahasa ialah bunyi ujaran, maka linguistik melihat bahasa sebagai 
bunyi. Yang primer ialah bahasa lisan, dan yang sekunder ialah 
bahasa tulisan. 
Bahasa bersifat unik, maka linguistik menggunakan lebih daripada 
satu kerangka untuk mengkaji bahasa. 
Bahasa merupakan satu sistem, maka linguistik melihat bahasa 
sebagai kumpulan unsur yang satu dan berhubungan. 
Bahasa dapat berobah, maka linguistik melihat bahasa sebagai 
sesuatu yang dinamis. 
Bahasa bersifat empiris, maka linguistik melihat bahasa secara 
deskriptif bukannya preskriptif.
3 
SUBDISIPLIN LINGUISTIK 
Bahasa sebagai objek linguistik merupakan fenomenon yang tidak 
terlepas daripada kegiatan bermasyarakat. Oleh sebab kegiatan ini 
sangat luas, maka subdisiplin linguistik itu juga menjadi sangat 
banyak. 
Subdisiplin linguistik dibuat melalui kriteria tertentu. Antara 
subdisiplin linguistik yang ditemukan ialah: 
linguistik umum 
linguistik deskriptif 
linguistik bandingan 
linguistik struktural 
linguistik antropologi 
…
4 
KELOMPOK SUBDISIPLIN LINGUISTIK 
Objeknya bahasa umum atau bahasa khusus. 
Objeknya bahasa pada masa tertentu atau bahasa sepanjang masa. 
Objeknya struktur dalaman bahasa atau struktur luaran bahasa. 
Objektifnya untuk keperluan teori atau gunaan. 
Teori atau aliran penganalisisan objeknya.
5 
OBJEKNYA BAHASA UMUM ATAU BAHASA KHUSUS 
Linguistik umum: linguistik yang teorinya mengkaji 
kaedah bahasa dan penyataannya secara umum. 
Linguistik khusus: linguistik yang mengkaji kaedah 
bahasa yang berlaku pada bahasa tertentu, atau rumpun 
bahasa tertentu. 
Kedua-dua pendekatan linguistik ini dapat digunakan 
terhadap keseluruhan sistem bahasa atau satu bahagian 
daripada sistem bahasa itu.
6 
OBJEKNYA BAHASA MASA TERTENTU ATAU 
SEPANJANG MASA 
Linguistik sinkronik: pengkajian bahasa pada masa yang 
terbatas. Dikenali juga sebagai linguistik deskriptif 
kerana keupayaannya memerikan bahasa seperti 
adanya. 
Linguistik diakronik: pengkajian bahasa pada masa yang 
tidak terbatas, iaitu dari mula bahasa itu wujud sehingga 
bahasa itu mati. Dikenali juga sebagai linguistik historis 
dan linguistik bandingan.
7 
>Linguistik pemerian: menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan 
memerikan struktur permukaan bahasa yang digunakan pada masa 
tertentu. 
Linguistik historis: menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan 
memerikan perkembangan struktur bahasa dari dini kewujudannya 
hingga kini. Dikenali juga dengan nama linguistik historis-komparatif. 
Linguistik bandingan: menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan 
memerikan perbedaan dan persamaan struktur bahasa. Hubungan 
sejarah dan kekerabatan bahasa itu diambil kira untuk mengenal pasti 
perbedaan dan persamaan struktur. Jika tujuannya untuk mencari 
sahaja, maka subdisiplin ini dinamakan linguistik konstrastif.
8 
OBJEKNYA STRUKTUR DALAMAN ATAU LUARAN 
linguistik dibahagikan kepada dua, iaitu linguistik mikro 
dan linguistik makro. 
linguistik mikro: objeknya struktur dan elemen bahasa itu 
sendiri, iaitu ciri hakiki daripada bahasa itu dengan tidak 
mengaitkannya dengan ilmu yang lain. 
linguistik makro: objeknya bahasa dalam hubungannya 
dengan faktor luar bahasa, iaitu kegiatan manusia dalam 
masyarakat. Bidang ini meliputi linguistik interdisiplin dan 
linguistik terapan.
9 
LINGUISTIK MIKRO 
Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, 
sintaksis, semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu 
seperti morfosintaksis dan leksikosemantik. 
fonologi: ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem 
kebahasaan. Fonologi bersinonim dengan fonemik. 
morfologi: struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya. 
sintaksis: satuan kata dan satuan lain di atas kata, hubungan antara 
satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi satuan 
ujaran. 
semantik: makna bahasa sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal 
ataupun konteks. 
leksikologi: leksikon atau kosa kata sesuatu bahasa dari pelbagai 
aspek.
10 
LINGUISTIK MIKRO 
Fonetik: Telaah bunyi bahasa dengan tidak 
menghiraukan sama ada bunyi itu 
bermakna atau tidak. 
Morfosintaksis: Struktur bahasa yang ada di 
persimpangan antara morfologi dengan 
sintaksis. 
Perbandingan Bahasa 
Teori Linguistik
11 
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG INTERDISIPLIN 
Bidang interdisiplin meliputi subbidang berikut: 
Fonetik Interdisiplin, Sosiolinguistik, 
Psikolinguistik, Etnolinguistik, Antropolinguistik, 
Filologi, Stilistik, Semiotik, Epigrafi, Paleografi, 
Etologi, Etimologi, Dialektologi, Falsafah 
Bahasa.
12 
Psikolinguistik: hubungan bahasa dengan perilaku dan akal budi 
manusia,dan kemampuannya berbahasa psikologi + linguistik. 
Antropolinguistik: hubungan bahasa dengan budaya, khususnya dari 
aspek penyelidikan antropologi budaya antropologi + linguistik. 
Stilistik: bahasa yang digunakan dalam karya kesusasteraan, yang 
tujuannya untuk melamar perasaan linguistik + kesusasteraan. 
Filologi: bahasa, kebudayaan, dan sejarah bangsa seperti yang terakam 
dalam bahan bertulis peninggalan naskhah kuno linguistik + sejarah + 
kebudayaan. 
Falsafah bahasa: kudrat hakiki dan kedudukan bahasa sebagai kegiatan 
manusia, serta dasar konsep dan teori linguistik linguistik + falsafah. 
Dialektologi: batas dialek dan bahasa dalam wilayah tertentu 
linguistik + geografi.
13 
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG INTERDISIPLIN 
Sosiolinguistik: Bahasa dari aspek penggunaannya dalam masyarakat, 
pengguna dan penggunaan bahasa, tempat penggunaan bahasa, tatatingkat 
bahasa, kontak bahasa, ragam bahasa… 
Fonetik Interdisiplin: Mempelajari bunyi bahasa dan kaitannya dengan ilmu 
yang lain. Misalnya ilmu Fizikal dan Muzik. 
Etnolinguistik: Mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan faktor etnis. 
Semiotik: Mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan lambang dan simbol. 
Epigrafi: Mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan tulisan kuno pada 
prasasti. 
Paleografi: Mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan pendeskripsian 
tulisan kuno, terutama dari abad pertengahan. 
Etologi: Mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan alat komunikasi yang 
dipergunakan oleh margasatwa. 
Etimologi: Mempelajari sejarah dan asal-usul kata.
14 
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG LINGUISTIK TERAPAN 
Linguistik terapan merangkumi subbidang 
berikut: 
Fonetik Terapan, Perancangan Bahasa, 
Pembinaan Bahasa, Pengajaran Bahasa, 
Penterjemahan, Grafonomi atau Ortografi, 
Grafologi, Leksikografi, Mekanolinguistik, 
Medikolinguistik, Sosiolinguistik Terapan 
(Pragmatik).
15 
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG LINGUISTIK TERAPAN 
Fonetik Terapan: Mempelajari bunyi bahasa dan penggunaannya dalam 
praktisnya. Misalnya olah vokal dalam seni drama dan seni muzik, dan 
untuk membetulkan bunyi bahasa kanak-kanak. 
Perancangan Bahasa: Mempelajari bahasa dalam konteks 
perkembangan bahasa. Misalnya aspek pembakuan bahasa. 
Pembinaan Bahasa: Mempelajari bahasa dalam konteks penggunaan 
bahasa yang baik dalam acuan kaedah dan pendekatan yang telah 
dikenal pasti dan diamalkan oleh penutur jati. 
Pengajaran Bahasa: Mempelajari bahasa ibunda, bahasa kedua atau 
bahasa asing mengikut pendekatan, kaedah dan teknik tertentu. 
Penterjemahan: Mempelajari bahasa untuk kepentingan 
pengalihbahasaan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain.
16 
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG LINGUISTIK TERAPAN 
Grafonomi: Mempelajari cara-cara mewujudkan bahasa dalam 
bentuk tulisan. Grafonomi atau Ortografi dinamakan juga sebagai 
ilmu ejaan. 
Grafologi: Mempelajari tulisan dengan tujuan untuk mengetahui 
sifat, nasib, kesesuaian dan keberuntungan penulis. 
Leksikologi: Mempelajari bahasa dalam konteks penulisan leksikon 
dalam bentuk kamus, ensiklopedia, dan tesaurus. Dinamakan juga 
sebagai ilmu perkamusan. Fokusnya pada cara penyusunan kamus. 
Mekanolinguistik: Mempelajari bahasa yang digunakan dalam 
penyusunan program mekanik. 
Medikolinguistik: Mempelajaribahasa untuk diterapkan dalam 
pengubatan. Misalnya pengubatan orang yang menghadapi tekanan 
perasaan yang serius, dan terapi perubatan untuk anak autis. 
Sosiolinguistik Terapan: Mempelajari bahasa dalam konteks 
penggunaan bahasa dalam komunikasi sosial, iaitu dengan 
mengambil kira situasi, maksud, status penutur…
17 
OBJEKTIFNYA KEPERLUAN TEORI ATAU GUNAAN 
Linguistik teori: menyelidik bahasa di luar bahasa untuk 
menemukan kaedah tertentu. 
linguistik gunaan: menyelidik bahasa dengan faktor di 
luar bahasa untuk memecahkan masalah praktis dalam 
masyarakat. Contoh: 
pengajaran bahasa, penyusunan teks, penterjemahan 
buku, penyusunan kamus, pembinaan bahasa nasional, 
penelitian sejarah, pemahaman dan penghayatan karya 
kesusasteraan, dan penyelesaian masalah politik
OBJEKTIFNYA TEORI ATAU ALIRAN PENGANALISISAN 
18 
OBJEKNYA 
Teori atau aliran yang popular dalam penyelidikan bahasa 
ialah linguistik: tradisional, struktural, transformasional, 
generatif semantik, relasional, sistematik… 
Bidang linguistik ini menyelidik selok-belok ilmu linguistik, 
dan meneliti pengaruh ilmu lain, dan pengaruh masyarakat 
terhadap bahasa, seperti: kepercayaan, adat istiadat, dan 
pendidikan.
19 
KESIMPULAN SUBDISIPLIN LINGUISTIK 
Bidang subdisiplin linguistik amat luas kerana objeknya, iaitu 
bahasa mempunyai jangkauan hubungan yang amat luas dan 
pelbagai dalam kehidupan manusia. 
Aktiviti baharu akan mewujudkan cabang linguistik baharu. Kini, 
komputer telah mewujudkan linguistik komputer atau 
mekanolinguistik. 
Inti linguistik hanyalah struktur dalaman bahasa, atau cabang 
linguistik mikro. Misalnya bidang penterjemahan memerlukan 
pengetahuan struktur kata, kalimat dan semantik, dan bidang 
leksikografi memerlukan pengetahuan fonologi, sistem ejaan, 
morfologi, sintaksis dan semantik.
20 
ANALISIS LINGUISTIK 
 Ferdinand de Saussure dikenali sebagai Bapa Linguistik 
Moden. Beliau memperkenalkan konsep hubungan 
sintagmatik dan hubungan asosiatif untuk memperkatakan 
hubungan satuan kata. 
 Hubungan sintagmatik bermaksud hubungan antara 
satuan bahasa dalam ayat konkrit tertentu. Misalnya ayat: 
* Yang merah itu buah hatiku 
 Ayat di atas mengandung 21 fonem, 6 kata, dan 2 fungsi 
sintaksis, iaitu subjek dan predikat. 
 Ini menunjukkan bahawa hubungan sintagmatik itu 
bersifat linear atau horizontal antara satuan yang menjadi 
unsurnya.
21 
HUBUNGAN ASOSIATIF 
Hubungan asosiatif bermaksud hubungan dalam bahasa tetapi tidak 
tampak dalam susunan ayat. Hubungannya akan lebih jelas apabila ayat 
itu dibandingkan dengan ayat yang lain. 
Dalam BM, terdapat banyak bentuk seperti yang berikut: mengahwini, 
mengahwinkan, perkahwinan, dikahwini, dikahwinkan, kaukahwini, 
terkahwini, berkahwin… 
Konsep asosiatif kemudiannya digantikan dengan nama paradigmatik. 
Paradigmatik memperluas maksud asosiatif, iaitu hubungan terjadi 
bukan sahaja pada peringkat morfologi, tetapi juga pada peringkat 
sintaksis. 
Firth menggunakan istilah struktur untuk menamakan konsep 
sintagmatik, dan sistem untuk menamakan konsep paradigmatik.
22 
STRUKTUR / SISTEM 
Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah ini 
dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu fonetik, fonologi, 
morfologi, sintaksis dan leksikon. 
Struktur ialah susunan bahagian ayat atau konstituen ayat yang 
bersifat linear. Ayat dapat dianalisis bahagiannya secara fonemis, 
morfemis, atau sintaksis. Konstituen itu dapat dibandingkan dengan 
bentuk yang lain. 
Hubungan antara konstituen itu dinamakan sistem. Misalnya 
kewujudan KKJ aktif atau KKJ pasif, atau kedudukan objek, ayat 
songsang, dan sebagainya. 
Struktur dapat dibedakan mengikut bentuk sistematik sesuatu 
bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alofon, morfemis, atau 
sintaksis.
23 
DISTRIBUSI 
Sistem menyangkut masalah distribusi. Distribusi bermaksud dapat 
atau tidaknya penggantian konstituen tertentu dalam ayat tertentu 
dengan konstituen lainnya. Contoh: 
* Orang itu mengait buah 
* Mahasiswa itu memetik bunga 
* Dia membawa bakul 
 Dalam BM, terdapat distribusi fonemis, morfemis, dan sintaksis. 
Contoh: 
Fonemis: penggantian fonem dengan fonem. Pasangan minimal: 
dari – lari, kipas – kapas, maka – maki… 
Morfemis: penggantian morfem dengan morfem: menjeling – 
dijeling, daya saing – daya juang, tunasusila – tunabusana… 
Sintaksis: penggantian kata dengan kata, frasa dengan frasa, 
klausa dengan klausa.
24 
ANALISIS KONSTITUEN TERDEKAT 
Analisis konstituen terdekat dikenali juga dengan nama analisis 
bawahan langsung, analisis unsur langsung atau analisis bawahan 
terdekat. 
Analisis ini merupakan teknik penganalisisan konstituen yang 
membina satuan bahasa, sama ada satuan kata, frasa, klausa 
ataupun ayat. 
Setiap satuan bahasa, diandaikan mengandung dua konstituen asas 
pembinaannya. Contoh: di jeling, alat tulis 
Satuan bahasa yang mengandung beberapa unsur akan menimbulkan 
masalah. Contoh: di jeling i di jeling i
25 
ANALISIS KONSTITUEN TERDEKAT 
Suami Minah yang nakal 
Suami Minah yang nakal 
> Analisis konstituen terdekat dapat memberikan manfaat untuk 
memahami satuan bahasa, di samping menghindari ketaksaan 
satuan bahasa yang terikat pada konteks wacana (konteks 
paragraf). Tanpa konteks wacana, tafsiran ganda mungkin terjadi.
26 
ANALISIS RANGKAIAN UNSUR 
Analisis rangkaian unsur (item) digunakan dalam bidang morfologi. 
Analisis ini mengatakan bahawa setiap satuan bahasa dibentuk 
daripada unsur lain. Contoh: 
tersenyum ter + senyum 
keindahan ke…an + indah 
gadis-gadis gadis + gadis 
menjalankan men…kan + jalan 
memperluas mem, per + luas
27 
ANALISIS PROSES UNSUR 
Analisis proses unsur mengatakan bahawa setiap satuan bahasa 
merupakan hasil daripada proses pembentukan. Contoh: 
tersenyum awalan + kata dasar 
keindahan apitan + kata dasar 
gadis-gadis reduplikasi kata dasar gadis 
membangun awalan + kata dasar 
pembangunan pe…an + membangun 
pembangunan daripada kata 
membangun, iaitu hal membangun 
atau proses membangun
28 
ANALISIS PROSES UNSUR 
pengembangan daripada kata kerja mengembangkan, 
(menjadikan besar) 
perkembangan daripada kata kerja berkembang atau 
memperkembang (menjadikan lebih 
berkembang) 
mengatakan daripada apitan men…kan + kata 
(menuturkan) dasar kata 
menyatakan daripada apitan men…kan + kata 
(menjadikan nyata) dasar nyata 
mengenal pasti daripada awalan me + kata majmuk 
kenal pasti
29 
MANFAAT LINGUISTIK 
Bagi ahli bahasa, pengetahuan linguistik dapat membantunya 
melaksanakan tugas dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. 
Bagi sasterawan, linguistik akan membantunya memahami karya 
kesusasteraan dengan berkesan kerana bahasa menjadi wadah 
penglahiran karya. 
Bagi guru bahasa, linguistik jati dan hubungan masyarakat dan 
budaya penting dalam pembinaan ketrampilan berbahasa, terutama 
dalam konteks bahasa merentas kurikulum. 
Bagi penterjemah, pengetahuan linguistik jati dan linguistik gunaan 
amat membantu dalam penghasilan karya terjemahan yang baik.
30 
MANFAAT LINGUISTIK 
Bagi penyusun kamus, pengetahuan linguistik dapat membantu 
dalam penghasilan kamus yang baik. Antara pengetahuan yang 
perlu ialah penentuan fonem, penentuan ejaan, pemahaman kata, 
struktur bahasa, makna (leksikal, gramatikal, kontekstual, 
idiomatikal), sosiologi bahasa, budaya bahasa, falsafah bahasa dan 
perbaikan bahasa. 
Bagi penyusun buku teks, pengetahuan linguistik juga perlu, 
terutama dari aspek penyusunan ayat yang tepat, dan pemilihan 
leksikon yang sesuai mengikut konteks. 
Bagi negarawan, penguasaan linguistik akan membantunya 
memperjuangkan ideologi dan konsep kenegaraan, di samping 
meredam gejolak sosial akibat perbedaan dan pertentangan 
bahasa.

More Related Content

Bbm3201 minggu02

  • 1. 1 MINGGU 2 Linguistik sebagai Ilmu: konsep, subdisiplin, cabang, analisis dan manfaat
  • 2. 2 KONSEP PENDEKATAN BAHASA Bahasa ialah bunyi ujaran, maka linguistik melihat bahasa sebagai bunyi. Yang primer ialah bahasa lisan, dan yang sekunder ialah bahasa tulisan. Bahasa bersifat unik, maka linguistik menggunakan lebih daripada satu kerangka untuk mengkaji bahasa. Bahasa merupakan satu sistem, maka linguistik melihat bahasa sebagai kumpulan unsur yang satu dan berhubungan. Bahasa dapat berobah, maka linguistik melihat bahasa sebagai sesuatu yang dinamis. Bahasa bersifat empiris, maka linguistik melihat bahasa secara deskriptif bukannya preskriptif.
  • 3. 3 SUBDISIPLIN LINGUISTIK Bahasa sebagai objek linguistik merupakan fenomenon yang tidak terlepas daripada kegiatan bermasyarakat. Oleh sebab kegiatan ini sangat luas, maka subdisiplin linguistik itu juga menjadi sangat banyak. Subdisiplin linguistik dibuat melalui kriteria tertentu. Antara subdisiplin linguistik yang ditemukan ialah: linguistik umum linguistik deskriptif linguistik bandingan linguistik struktural linguistik antropologi …
  • 4. 4 KELOMPOK SUBDISIPLIN LINGUISTIK Objeknya bahasa umum atau bahasa khusus. Objeknya bahasa pada masa tertentu atau bahasa sepanjang masa. Objeknya struktur dalaman bahasa atau struktur luaran bahasa. Objektifnya untuk keperluan teori atau gunaan. Teori atau aliran penganalisisan objeknya.
  • 5. 5 OBJEKNYA BAHASA UMUM ATAU BAHASA KHUSUS Linguistik umum: linguistik yang teorinya mengkaji kaedah bahasa dan penyataannya secara umum. Linguistik khusus: linguistik yang mengkaji kaedah bahasa yang berlaku pada bahasa tertentu, atau rumpun bahasa tertentu. Kedua-dua pendekatan linguistik ini dapat digunakan terhadap keseluruhan sistem bahasa atau satu bahagian daripada sistem bahasa itu.
  • 6. 6 OBJEKNYA BAHASA MASA TERTENTU ATAU SEPANJANG MASA Linguistik sinkronik: pengkajian bahasa pada masa yang terbatas. Dikenali juga sebagai linguistik deskriptif kerana keupayaannya memerikan bahasa seperti adanya. Linguistik diakronik: pengkajian bahasa pada masa yang tidak terbatas, iaitu dari mula bahasa itu wujud sehingga bahasa itu mati. Dikenali juga sebagai linguistik historis dan linguistik bandingan.
  • 7. 7 >Linguistik pemerian: menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan memerikan struktur permukaan bahasa yang digunakan pada masa tertentu. Linguistik historis: menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan memerikan perkembangan struktur bahasa dari dini kewujudannya hingga kini. Dikenali juga dengan nama linguistik historis-komparatif. Linguistik bandingan: menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan memerikan perbedaan dan persamaan struktur bahasa. Hubungan sejarah dan kekerabatan bahasa itu diambil kira untuk mengenal pasti perbedaan dan persamaan struktur. Jika tujuannya untuk mencari sahaja, maka subdisiplin ini dinamakan linguistik konstrastif.
  • 8. 8 OBJEKNYA STRUKTUR DALAMAN ATAU LUARAN linguistik dibahagikan kepada dua, iaitu linguistik mikro dan linguistik makro. linguistik mikro: objeknya struktur dan elemen bahasa itu sendiri, iaitu ciri hakiki daripada bahasa itu dengan tidak mengaitkannya dengan ilmu yang lain. linguistik makro: objeknya bahasa dalam hubungannya dengan faktor luar bahasa, iaitu kegiatan manusia dalam masyarakat. Bidang ini meliputi linguistik interdisiplin dan linguistik terapan.
  • 9. 9 LINGUISTIK MIKRO Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan leksikosemantik. fonologi: ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem kebahasaan. Fonologi bersinonim dengan fonemik. morfologi: struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya. sintaksis: satuan kata dan satuan lain di atas kata, hubungan antara satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi satuan ujaran. semantik: makna bahasa sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal ataupun konteks. leksikologi: leksikon atau kosa kata sesuatu bahasa dari pelbagai aspek.
  • 10. 10 LINGUISTIK MIKRO Fonetik: Telaah bunyi bahasa dengan tidak menghiraukan sama ada bunyi itu bermakna atau tidak. Morfosintaksis: Struktur bahasa yang ada di persimpangan antara morfologi dengan sintaksis. Perbandingan Bahasa Teori Linguistik
  • 11. 11 LINGUISTIK MAKRO: BIDANG INTERDISIPLIN Bidang interdisiplin meliputi subbidang berikut: Fonetik Interdisiplin, Sosiolinguistik, Psikolinguistik, Etnolinguistik, Antropolinguistik, Filologi, Stilistik, Semiotik, Epigrafi, Paleografi, Etologi, Etimologi, Dialektologi, Falsafah Bahasa.
  • 12. 12 Psikolinguistik: hubungan bahasa dengan perilaku dan akal budi manusia,dan kemampuannya berbahasa psikologi + linguistik. Antropolinguistik: hubungan bahasa dengan budaya, khususnya dari aspek penyelidikan antropologi budaya antropologi + linguistik. Stilistik: bahasa yang digunakan dalam karya kesusasteraan, yang tujuannya untuk melamar perasaan linguistik + kesusasteraan. Filologi: bahasa, kebudayaan, dan sejarah bangsa seperti yang terakam dalam bahan bertulis peninggalan naskhah kuno linguistik + sejarah + kebudayaan. Falsafah bahasa: kudrat hakiki dan kedudukan bahasa sebagai kegiatan manusia, serta dasar konsep dan teori linguistik linguistik + falsafah. Dialektologi: batas dialek dan bahasa dalam wilayah tertentu linguistik + geografi.
  • 13. 13 LINGUISTIK MAKRO: BIDANG INTERDISIPLIN Sosiolinguistik: Bahasa dari aspek penggunaannya dalam masyarakat, pengguna dan penggunaan bahasa, tempat penggunaan bahasa, tatatingkat bahasa, kontak bahasa, ragam bahasa… Fonetik Interdisiplin: Mempelajari bunyi bahasa dan kaitannya dengan ilmu yang lain. Misalnya ilmu Fizikal dan Muzik. Etnolinguistik: Mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan faktor etnis. Semiotik: Mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan lambang dan simbol. Epigrafi: Mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan tulisan kuno pada prasasti. Paleografi: Mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan pendeskripsian tulisan kuno, terutama dari abad pertengahan. Etologi: Mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan alat komunikasi yang dipergunakan oleh margasatwa. Etimologi: Mempelajari sejarah dan asal-usul kata.
  • 14. 14 LINGUISTIK MAKRO: BIDANG LINGUISTIK TERAPAN Linguistik terapan merangkumi subbidang berikut: Fonetik Terapan, Perancangan Bahasa, Pembinaan Bahasa, Pengajaran Bahasa, Penterjemahan, Grafonomi atau Ortografi, Grafologi, Leksikografi, Mekanolinguistik, Medikolinguistik, Sosiolinguistik Terapan (Pragmatik).
  • 15. 15 LINGUISTIK MAKRO: BIDANG LINGUISTIK TERAPAN Fonetik Terapan: Mempelajari bunyi bahasa dan penggunaannya dalam praktisnya. Misalnya olah vokal dalam seni drama dan seni muzik, dan untuk membetulkan bunyi bahasa kanak-kanak. Perancangan Bahasa: Mempelajari bahasa dalam konteks perkembangan bahasa. Misalnya aspek pembakuan bahasa. Pembinaan Bahasa: Mempelajari bahasa dalam konteks penggunaan bahasa yang baik dalam acuan kaedah dan pendekatan yang telah dikenal pasti dan diamalkan oleh penutur jati. Pengajaran Bahasa: Mempelajari bahasa ibunda, bahasa kedua atau bahasa asing mengikut pendekatan, kaedah dan teknik tertentu. Penterjemahan: Mempelajari bahasa untuk kepentingan pengalihbahasaan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain.
  • 16. 16 LINGUISTIK MAKRO: BIDANG LINGUISTIK TERAPAN Grafonomi: Mempelajari cara-cara mewujudkan bahasa dalam bentuk tulisan. Grafonomi atau Ortografi dinamakan juga sebagai ilmu ejaan. Grafologi: Mempelajari tulisan dengan tujuan untuk mengetahui sifat, nasib, kesesuaian dan keberuntungan penulis. Leksikologi: Mempelajari bahasa dalam konteks penulisan leksikon dalam bentuk kamus, ensiklopedia, dan tesaurus. Dinamakan juga sebagai ilmu perkamusan. Fokusnya pada cara penyusunan kamus. Mekanolinguistik: Mempelajari bahasa yang digunakan dalam penyusunan program mekanik. Medikolinguistik: Mempelajaribahasa untuk diterapkan dalam pengubatan. Misalnya pengubatan orang yang menghadapi tekanan perasaan yang serius, dan terapi perubatan untuk anak autis. Sosiolinguistik Terapan: Mempelajari bahasa dalam konteks penggunaan bahasa dalam komunikasi sosial, iaitu dengan mengambil kira situasi, maksud, status penutur…
  • 17. 17 OBJEKTIFNYA KEPERLUAN TEORI ATAU GUNAAN Linguistik teori: menyelidik bahasa di luar bahasa untuk menemukan kaedah tertentu. linguistik gunaan: menyelidik bahasa dengan faktor di luar bahasa untuk memecahkan masalah praktis dalam masyarakat. Contoh: pengajaran bahasa, penyusunan teks, penterjemahan buku, penyusunan kamus, pembinaan bahasa nasional, penelitian sejarah, pemahaman dan penghayatan karya kesusasteraan, dan penyelesaian masalah politik
  • 18. OBJEKTIFNYA TEORI ATAU ALIRAN PENGANALISISAN 18 OBJEKNYA Teori atau aliran yang popular dalam penyelidikan bahasa ialah linguistik: tradisional, struktural, transformasional, generatif semantik, relasional, sistematik… Bidang linguistik ini menyelidik selok-belok ilmu linguistik, dan meneliti pengaruh ilmu lain, dan pengaruh masyarakat terhadap bahasa, seperti: kepercayaan, adat istiadat, dan pendidikan.
  • 19. 19 KESIMPULAN SUBDISIPLIN LINGUISTIK Bidang subdisiplin linguistik amat luas kerana objeknya, iaitu bahasa mempunyai jangkauan hubungan yang amat luas dan pelbagai dalam kehidupan manusia. Aktiviti baharu akan mewujudkan cabang linguistik baharu. Kini, komputer telah mewujudkan linguistik komputer atau mekanolinguistik. Inti linguistik hanyalah struktur dalaman bahasa, atau cabang linguistik mikro. Misalnya bidang penterjemahan memerlukan pengetahuan struktur kata, kalimat dan semantik, dan bidang leksikografi memerlukan pengetahuan fonologi, sistem ejaan, morfologi, sintaksis dan semantik.
  • 20. 20 ANALISIS LINGUISTIK  Ferdinand de Saussure dikenali sebagai Bapa Linguistik Moden. Beliau memperkenalkan konsep hubungan sintagmatik dan hubungan asosiatif untuk memperkatakan hubungan satuan kata.  Hubungan sintagmatik bermaksud hubungan antara satuan bahasa dalam ayat konkrit tertentu. Misalnya ayat: * Yang merah itu buah hatiku  Ayat di atas mengandung 21 fonem, 6 kata, dan 2 fungsi sintaksis, iaitu subjek dan predikat.  Ini menunjukkan bahawa hubungan sintagmatik itu bersifat linear atau horizontal antara satuan yang menjadi unsurnya.
  • 21. 21 HUBUNGAN ASOSIATIF Hubungan asosiatif bermaksud hubungan dalam bahasa tetapi tidak tampak dalam susunan ayat. Hubungannya akan lebih jelas apabila ayat itu dibandingkan dengan ayat yang lain. Dalam BM, terdapat banyak bentuk seperti yang berikut: mengahwini, mengahwinkan, perkahwinan, dikahwini, dikahwinkan, kaukahwini, terkahwini, berkahwin… Konsep asosiatif kemudiannya digantikan dengan nama paradigmatik. Paradigmatik memperluas maksud asosiatif, iaitu hubungan terjadi bukan sahaja pada peringkat morfologi, tetapi juga pada peringkat sintaksis. Firth menggunakan istilah struktur untuk menamakan konsep sintagmatik, dan sistem untuk menamakan konsep paradigmatik.
  • 22. 22 STRUKTUR / SISTEM Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan leksikon. Struktur ialah susunan bahagian ayat atau konstituen ayat yang bersifat linear. Ayat dapat dianalisis bahagiannya secara fonemis, morfemis, atau sintaksis. Konstituen itu dapat dibandingkan dengan bentuk yang lain. Hubungan antara konstituen itu dinamakan sistem. Misalnya kewujudan KKJ aktif atau KKJ pasif, atau kedudukan objek, ayat songsang, dan sebagainya. Struktur dapat dibedakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alofon, morfemis, atau sintaksis.
  • 23. 23 DISTRIBUSI Sistem menyangkut masalah distribusi. Distribusi bermaksud dapat atau tidaknya penggantian konstituen tertentu dalam ayat tertentu dengan konstituen lainnya. Contoh: * Orang itu mengait buah * Mahasiswa itu memetik bunga * Dia membawa bakul  Dalam BM, terdapat distribusi fonemis, morfemis, dan sintaksis. Contoh: Fonemis: penggantian fonem dengan fonem. Pasangan minimal: dari – lari, kipas – kapas, maka – maki… Morfemis: penggantian morfem dengan morfem: menjeling – dijeling, daya saing – daya juang, tunasusila – tunabusana… Sintaksis: penggantian kata dengan kata, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa.
  • 24. 24 ANALISIS KONSTITUEN TERDEKAT Analisis konstituen terdekat dikenali juga dengan nama analisis bawahan langsung, analisis unsur langsung atau analisis bawahan terdekat. Analisis ini merupakan teknik penganalisisan konstituen yang membina satuan bahasa, sama ada satuan kata, frasa, klausa ataupun ayat. Setiap satuan bahasa, diandaikan mengandung dua konstituen asas pembinaannya. Contoh: di jeling, alat tulis Satuan bahasa yang mengandung beberapa unsur akan menimbulkan masalah. Contoh: di jeling i di jeling i
  • 25. 25 ANALISIS KONSTITUEN TERDEKAT Suami Minah yang nakal Suami Minah yang nakal > Analisis konstituen terdekat dapat memberikan manfaat untuk memahami satuan bahasa, di samping menghindari ketaksaan satuan bahasa yang terikat pada konteks wacana (konteks paragraf). Tanpa konteks wacana, tafsiran ganda mungkin terjadi.
  • 26. 26 ANALISIS RANGKAIAN UNSUR Analisis rangkaian unsur (item) digunakan dalam bidang morfologi. Analisis ini mengatakan bahawa setiap satuan bahasa dibentuk daripada unsur lain. Contoh: tersenyum ter + senyum keindahan ke…an + indah gadis-gadis gadis + gadis menjalankan men…kan + jalan memperluas mem, per + luas
  • 27. 27 ANALISIS PROSES UNSUR Analisis proses unsur mengatakan bahawa setiap satuan bahasa merupakan hasil daripada proses pembentukan. Contoh: tersenyum awalan + kata dasar keindahan apitan + kata dasar gadis-gadis reduplikasi kata dasar gadis membangun awalan + kata dasar pembangunan pe…an + membangun pembangunan daripada kata membangun, iaitu hal membangun atau proses membangun
  • 28. 28 ANALISIS PROSES UNSUR pengembangan daripada kata kerja mengembangkan, (menjadikan besar) perkembangan daripada kata kerja berkembang atau memperkembang (menjadikan lebih berkembang) mengatakan daripada apitan men…kan + kata (menuturkan) dasar kata menyatakan daripada apitan men…kan + kata (menjadikan nyata) dasar nyata mengenal pasti daripada awalan me + kata majmuk kenal pasti
  • 29. 29 MANFAAT LINGUISTIK Bagi ahli bahasa, pengetahuan linguistik dapat membantunya melaksanakan tugas dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bagi sasterawan, linguistik akan membantunya memahami karya kesusasteraan dengan berkesan kerana bahasa menjadi wadah penglahiran karya. Bagi guru bahasa, linguistik jati dan hubungan masyarakat dan budaya penting dalam pembinaan ketrampilan berbahasa, terutama dalam konteks bahasa merentas kurikulum. Bagi penterjemah, pengetahuan linguistik jati dan linguistik gunaan amat membantu dalam penghasilan karya terjemahan yang baik.
  • 30. 30 MANFAAT LINGUISTIK Bagi penyusun kamus, pengetahuan linguistik dapat membantu dalam penghasilan kamus yang baik. Antara pengetahuan yang perlu ialah penentuan fonem, penentuan ejaan, pemahaman kata, struktur bahasa, makna (leksikal, gramatikal, kontekstual, idiomatikal), sosiologi bahasa, budaya bahasa, falsafah bahasa dan perbaikan bahasa. Bagi penyusun buku teks, pengetahuan linguistik juga perlu, terutama dari aspek penyusunan ayat yang tepat, dan pemilihan leksikon yang sesuai mengikut konteks. Bagi negarawan, penguasaan linguistik akan membantunya memperjuangkan ideologi dan konsep kenegaraan, di samping meredam gejolak sosial akibat perbedaan dan pertentangan bahasa.