際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
PROJEK BANTING SEJARAH SK SENAWANG 2016
LATAR BELAKANG
I-Think Map (Thinking Map) adalah peta pemikiran. Mind Map adalah Peta Minda.
Maksud macam samakan? Tapi sebenarnya berbeza. Di semua sekolah sekarang semua
guru dan murid digalakkan menggunakan I-Think Map dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia hanya ada 8 bentuk tetap yang tidak boleh diubah dan mempunyai fungsi-
fungsi tertentu. Tujuannya agar murid boleh berfikir aras tinggi dan berfikir lebih inovatif.
Mind Map pula mempunyai pelbagai bentuk. Ia boleh berubah-ubah mengikut kreativiti,
citarasa dan mood murid. Ada juga mind map ciptaan Tony Buzan berbentuk sel saraf
neuron yang berselirat. Saya pula sukakan corak dan warna yang pelbagai. Maka terciptalah
peta minda sejarah tahun 4 ini. Ia bertujuan membantu murid mengulangkaji pelajaran
dengan cepat dan mudah agar murid sekolah rendah tidak terlalu tertekan mengingat fakta
sejarah.
Peta minda adalah alat untuk membantu kita berfikir dan belajar. Peta Minda yang
telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan
berguna untuk menjanakan idea dengan perkaitan.
Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah muka surat
yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan
struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah
kunci (key images).
Murid dapat melihat tajuk utama peta di tengah-tengah yang bercabang kepada
tajuk-tajuk kecil yang pula bercabang kepada perkataan atau kata-kunci dan rajah
kunci yang penting.
Projek Peta Minda Sejarah merupakan usaha untuk menanamkan minat murid
kepada mata pelajaran Sejarah. Projek ini juga merupakan salah satu strategi pembelajaran
di luar bilik darjah disamping boleh menceriakan dan mencantikkan kawasan sekolah.
OBJEKTIF :
1. Memudahkan pelajar mengingat fakta setelah mindanya dipetakan. Menambah
keupayaan dan kapasiti ingatan.
2. Dapat melihat keseluruhan bab dengan jelas. Dapat memahami segala fakta yang
berkaitan. Berupaya mengulangkaji pelajaran dengan pantas.
3. Melatih minda mencari jalan penyelesaian untuk melaksanakan sebarang kerja
secara bersistematik.
4. Dapat menyampaikan segala bentuk maklumat dengan jelas dan tepat.
RASIONAL :
 Memberi peluang kepada murid untuk menyukai mata pelajaran Sejarah
 Memberi peluang kepada murid untuk mengasah bakat dan kemahiran dalam
mencipta Peta Minda.
 Memberi peluang kepada murid untuk belajar di mana sahaja.
 Hasil kerja murid dapat dipamerkan dan ideanya akan digunakan oleh murid-murid
lain dalam tempoh 3 hingga 5 tahun yang akan datang.
 Memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran apabila murid telah mendapat
pembelajaran di luar bilik darjah.
 Peta Minda yang diletakkan di setiap bangunan sekolah akan menceriakan
persekitaran sekolah.
STRATEGI DAN PERANCANGAN PERLAKSANAAN PROJEK PETA MINDA
SEJARAH 2015
3 November 2015 Menghantar kertas kerja Projek Peta Minda Sejarah untuk mendapatkan
kelulusan pihak sekolah bagi melaksanakannya.
6 November 2015 Mesyuarat khas Panitia Sejarah membincangkan perlaksanaan Projek
Peta Minda serta agihan tugasan Pertandingan Peta Minda Sejarah.
9  13 November 2015 Pertandingan Peta Minda Sejarah
16 November 2015 Pemilihan Peta Minda terbaik dan layak untuk dipamerkan.
17-19 November 2015
Memurnikan Peta Minda agar kelihatan cantik dan menarik sebelum
dipamerkan
Januari 2016 Peta Minda dipamerkan di dinding bangunan sekolah.
PERTANDINGAN PETA MINDA SEJARAH 2015
1. Pertandingan ini adalah secara individu. Setiap murid dibekalkan dengan sehelai
kertas A3. Tiada tambahan kertas A3, sekiranya ingin menggunakan A4 juga
dibenarkan.
2. Murid perlu membuat peta minda mengikut Tajuk yang diberikan oleh guru kelas.
3. Guru membimbing murid untuk membuat peta minda agar maklumat yang diberi
adalah tepat. Peta minda adalah bercorak bebas mengikut kreativiti murid.
4. Murid dibenarkan untuk membuat peta minda di rumah agar hasilnya boleh
dibanggakan.
5. Kreatiria penilaian berdasarkan kepada kesempurnaan peta minda dari segi
kekreatifan, kekemasan dan yang paling penting amat menarik perhatian untuk
dilihat atau dibaca oleh sesiapa sahaja.
6. Guru Sejarah kelas tersebut adalah bertanggugjawab untuk memilih pemenang bagi
pertandingan ini. Senarai nama pemenang serta peta minda yang menang dan peta
minda yang berkualiti (jika ada) hendaklah diserahkan kepada En Zolhairi atau Pn
Rovinna untuk tidakkan selanjutnya.
7. Berikut adalah tajuk/unit mengikut kelas.
ANGGARAN PERBELANJAAN PROJEK PETA MINDA KAJIAN TEMPATAN.
Hadiah Pertandingan
Tahun 4
Johan  RM 10.00
Naib Johan  RM 8.00
Ketiga  RM 6.00
Jumlah - RM 24.00 X 7 kelas = RM 168.00
Tahun 5
Johan  RM 10.00
Naib Johan  RM 8.00
Ketiga  RM 6.00
Jumlah - RM 24.00 X 6 kelas = RM 144.00
Jumlah Hadiah RM 312.00
Peralatan Projek Peta Minda Kajian Tempatan
1. Kertas A3 - RM 25.00 X 2 rim = RM 50.00
2. Plastik liminate - RM 50.00 X 2 kotak = RM 100.00
3. Double sided tape (tebal) - RM 4.00 X 15 = RM 60.00
4. Paku dinding - RM 20 X 2 kg = RM 40.00
Jumlah Peralatan RM 250.00
JUMLAH KESELURUHAN = RM 562.00
Disediakan Oleh, Disahkan oleh,
... .
( ZOLHAIRI BIN ABDULLAH)
KETUA PANITIA SEJARAH
SK SENAWANG.
SENARAI JAWATANKUASA PROJEK PETA MINDA
SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SENAWANG 2015
PENASIHAT
TN SYED AAZMI B SYED KHAIDIR (TN. GURU BESAR)
PN RAVIDAH BT ABD KARIM (GPK HEM)
PN NOR LIDA BT AMINUDDIN (GPK KOKO)
PN NOR ASMAH BT YAACOB (GPK PK)
PENGERUSI
EN AHMAD MUJOR B MOHD SALLEHUDDIN ALI (GPK 1)
PENYELARAS
EN. ZOLHAIRI B. ABDULLAH
( KETUA PANITIA SEJARAH )
SETIAUSAHA
PN ROVINNA BT MOHD SALEH
BENDAHARI
PN AZWIYAH BT ABDUL AZIZ
BUKU PROGRAM
PN CHE ROS BT BADURAHMAN
PN SALHI BT OMAR
EN SHAHRULNIZAM B MOHD YUNOS
JURUFOTO
EN. CHUA KUANG CHAI

More Related Content

Projek banting sejarah sk senawang 2016

  • 1. PROJEK BANTING SEJARAH SK SENAWANG 2016 LATAR BELAKANG I-Think Map (Thinking Map) adalah peta pemikiran. Mind Map adalah Peta Minda. Maksud macam samakan? Tapi sebenarnya berbeza. Di semua sekolah sekarang semua guru dan murid digalakkan menggunakan I-Think Map dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia hanya ada 8 bentuk tetap yang tidak boleh diubah dan mempunyai fungsi- fungsi tertentu. Tujuannya agar murid boleh berfikir aras tinggi dan berfikir lebih inovatif. Mind Map pula mempunyai pelbagai bentuk. Ia boleh berubah-ubah mengikut kreativiti, citarasa dan mood murid. Ada juga mind map ciptaan Tony Buzan berbentuk sel saraf neuron yang berselirat. Saya pula sukakan corak dan warna yang pelbagai. Maka terciptalah peta minda sejarah tahun 4 ini. Ia bertujuan membantu murid mengulangkaji pelajaran dengan cepat dan mudah agar murid sekolah rendah tidak terlalu tertekan mengingat fakta sejarah. Peta minda adalah alat untuk membantu kita berfikir dan belajar. Peta Minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan idea dengan perkaitan. Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah muka surat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images). Murid dapat melihat tajuk utama peta di tengah-tengah yang bercabang kepada tajuk-tajuk kecil yang pula bercabang kepada perkataan atau kata-kunci dan rajah kunci yang penting.
  • 2. Projek Peta Minda Sejarah merupakan usaha untuk menanamkan minat murid kepada mata pelajaran Sejarah. Projek ini juga merupakan salah satu strategi pembelajaran di luar bilik darjah disamping boleh menceriakan dan mencantikkan kawasan sekolah. OBJEKTIF : 1. Memudahkan pelajar mengingat fakta setelah mindanya dipetakan. Menambah keupayaan dan kapasiti ingatan. 2. Dapat melihat keseluruhan bab dengan jelas. Dapat memahami segala fakta yang berkaitan. Berupaya mengulangkaji pelajaran dengan pantas. 3. Melatih minda mencari jalan penyelesaian untuk melaksanakan sebarang kerja secara bersistematik. 4. Dapat menyampaikan segala bentuk maklumat dengan jelas dan tepat. RASIONAL : Memberi peluang kepada murid untuk menyukai mata pelajaran Sejarah Memberi peluang kepada murid untuk mengasah bakat dan kemahiran dalam mencipta Peta Minda. Memberi peluang kepada murid untuk belajar di mana sahaja. Hasil kerja murid dapat dipamerkan dan ideanya akan digunakan oleh murid-murid lain dalam tempoh 3 hingga 5 tahun yang akan datang. Memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran apabila murid telah mendapat pembelajaran di luar bilik darjah.
  • 3. Peta Minda yang diletakkan di setiap bangunan sekolah akan menceriakan persekitaran sekolah. STRATEGI DAN PERANCANGAN PERLAKSANAAN PROJEK PETA MINDA SEJARAH 2015 3 November 2015 Menghantar kertas kerja Projek Peta Minda Sejarah untuk mendapatkan kelulusan pihak sekolah bagi melaksanakannya. 6 November 2015 Mesyuarat khas Panitia Sejarah membincangkan perlaksanaan Projek Peta Minda serta agihan tugasan Pertandingan Peta Minda Sejarah. 9 13 November 2015 Pertandingan Peta Minda Sejarah 16 November 2015 Pemilihan Peta Minda terbaik dan layak untuk dipamerkan. 17-19 November 2015 Memurnikan Peta Minda agar kelihatan cantik dan menarik sebelum dipamerkan Januari 2016 Peta Minda dipamerkan di dinding bangunan sekolah. PERTANDINGAN PETA MINDA SEJARAH 2015 1. Pertandingan ini adalah secara individu. Setiap murid dibekalkan dengan sehelai kertas A3. Tiada tambahan kertas A3, sekiranya ingin menggunakan A4 juga dibenarkan. 2. Murid perlu membuat peta minda mengikut Tajuk yang diberikan oleh guru kelas. 3. Guru membimbing murid untuk membuat peta minda agar maklumat yang diberi adalah tepat. Peta minda adalah bercorak bebas mengikut kreativiti murid. 4. Murid dibenarkan untuk membuat peta minda di rumah agar hasilnya boleh dibanggakan.
  • 4. 5. Kreatiria penilaian berdasarkan kepada kesempurnaan peta minda dari segi kekreatifan, kekemasan dan yang paling penting amat menarik perhatian untuk dilihat atau dibaca oleh sesiapa sahaja. 6. Guru Sejarah kelas tersebut adalah bertanggugjawab untuk memilih pemenang bagi pertandingan ini. Senarai nama pemenang serta peta minda yang menang dan peta minda yang berkualiti (jika ada) hendaklah diserahkan kepada En Zolhairi atau Pn Rovinna untuk tidakkan selanjutnya. 7. Berikut adalah tajuk/unit mengikut kelas. ANGGARAN PERBELANJAAN PROJEK PETA MINDA KAJIAN TEMPATAN. Hadiah Pertandingan Tahun 4 Johan RM 10.00 Naib Johan RM 8.00 Ketiga RM 6.00 Jumlah - RM 24.00 X 7 kelas = RM 168.00 Tahun 5 Johan RM 10.00 Naib Johan RM 8.00 Ketiga RM 6.00 Jumlah - RM 24.00 X 6 kelas = RM 144.00 Jumlah Hadiah RM 312.00 Peralatan Projek Peta Minda Kajian Tempatan 1. Kertas A3 - RM 25.00 X 2 rim = RM 50.00 2. Plastik liminate - RM 50.00 X 2 kotak = RM 100.00 3. Double sided tape (tebal) - RM 4.00 X 15 = RM 60.00 4. Paku dinding - RM 20 X 2 kg = RM 40.00 Jumlah Peralatan RM 250.00
  • 5. JUMLAH KESELURUHAN = RM 562.00 Disediakan Oleh, Disahkan oleh, ... . ( ZOLHAIRI BIN ABDULLAH) KETUA PANITIA SEJARAH SK SENAWANG. SENARAI JAWATANKUASA PROJEK PETA MINDA SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SENAWANG 2015 PENASIHAT TN SYED AAZMI B SYED KHAIDIR (TN. GURU BESAR) PN RAVIDAH BT ABD KARIM (GPK HEM) PN NOR LIDA BT AMINUDDIN (GPK KOKO) PN NOR ASMAH BT YAACOB (GPK PK) PENGERUSI EN AHMAD MUJOR B MOHD SALLEHUDDIN ALI (GPK 1) PENYELARAS EN. ZOLHAIRI B. ABDULLAH ( KETUA PANITIA SEJARAH ) SETIAUSAHA PN ROVINNA BT MOHD SALEH BENDAHARI PN AZWIYAH BT ABDUL AZIZ
  • 6. BUKU PROGRAM PN CHE ROS BT BADURAHMAN PN SALHI BT OMAR EN SHAHRULNIZAM B MOHD YUNOS JURUFOTO EN. CHUA KUANG CHAI