1. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KUIZ SAINS
1. Terdapat empat pasukan yang menyertai pertandingan kuiz sains iaitu pasukan
pari, belantik, biduk dan skorpio.
2. Setiap pasukan terdiri daripada 4 orang ahli yang terdiri daripada murid Tahun 4,
Tahun 5 dan dua orang murid Tahun 6.
3. Pertandingan kuiz sempena minggu PSS ini mengandungi 2 pusingan.
4. Bagi pusingan pertama, Masa yang diperuntukan untuk menjawab setiap soalan
adalah selama 30 saat.
5. Penjaga masa akan membunyikan loceng setelah soalan selesai dibacakan.
6. Penjaga masa akan membunyikan loceng setelah tamat 30 saat.
7. Setelah loceng kedua dibunyikan, wakil setiap pasukan perlu mengangkat
jawapan secara serentak.
8. Jika soalan yang dibacakan khas untuk murid Tahun 4, maka murid tahun
tersebut sahaja yang perlu menjawab soalan tersebut. Begitu juga untuk murid
Tahun 5 dan Tahun 6.
9. Pusingan kedua ialah pusingan siapa cepat. Peserta boleh menjawab sebaik
sahaja soalan selesai dibaca. Sekiranya jawapan yang diberi adalah salah, markah
kumpulan akan ditolak sebanyak 5markah.
10. Setiap soalan adalah bernilai 10 markah.
11. Keputusan hakim pertandingan adalah muktamad.