際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
8
Most read
10
Most read
11
Most read
SKBL 6023 TEORI MORFOLOGI
TAJUK TUGASAN:
PROSES MORFOFONOLOGI TERHADAP KATA KERJA BAHASA
CLELA
DISEDIAKAN OLEH:
NOR HAZILA BINTI MAT LAZIM (P87314)
DISEDIAKAN UNTUK:
DR HARISHON BINTI RADZI
PUSAT PENYELIDIKAN KELESTARIAN SAINS BAHASA
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2016/2017
2
SENARAI SINGKATAN
CM class marker (prefix or suffix)
PRT present tense (kala kini)
PST past tense (kala lepas)
PERF perfektif
PV phrase verb (frasa kerja)
SENARAI ILUSTRASI
RAJAH 1 Peta Bahasa Clela
SENARAI JADUAL
JADUAL 1 Ciri-ciri Infleksi dan Derivasi
3
1.1 PENGENALAN
Nigeria merupakan sebuah negara yang terkenal dengan budaya dan bahasa yang bervariasi
serta pelbagai. Bahasa-bahasa utama yang dituturkan oleh rakyatnya adalah seperti Hausa,
Yoruba, Clela, Igbo, Edo, Fulfulde, Kanuri, Kambari, dan banyak lagi bahasa yang telah
digloskan dalam peta bahasa Nigeria. Perbincangan ini menumpukan terhadap salah satu
bahasa yang terdapat di negara tersebut iaitu, bahasa Clela seperti dalam Rajah 1 di bawah.
Nama Clela, disebut sebagai [払lela] berasal dari perkataan Lela yang merujuk
kepada tanah yang menjadi tempat tinggal orang Lelna (Aliero 2013). Bahasa Clela,
mempunyai kod ISO 639-3 [dri] tergolong dalam tujuh kumpulan bahasa lain seperti Niger-
Congo, Atlantic-Congo, Volta-Congo, Benue-Congo, Kainji, Western, dan Duka. Manakala,
Dettweiler (2012), Aliero (2013) dan Rowbory (2009) pula bersependapat bahawa bahasa
Clela terdiri dalam kumpulan Niger-Congo. Clela dikenali sebagai Dakarci oleh penutur
luar Hausa. Antara nama-nama lain yang digunakan secara silih berganti bagi bahasa Clela
ini adalah Cala-cala, Chilala, Chilela, Dakarkari, Dakakari, Dakkarkari, Kolela dan Lalawa1
.
Bahasa ini dianggarkan mempunyai 100 ribu penutur natif dan dituturkan oleh majoriti
penduduk emiriah Zuru, yang terletak di bahagian timur negeri Kebbi, Nigeria.
RAJAH 1: Peta Bahasa Clela
Sumber: The Languages of Nigeria (2014)
1
http://www.verbix.com/maps/language/Clela.html
4
Pola Kata Kerja dan Infleksi
Struktur susunan asas ayat atau klausa bagi bahasa Clela ialah Subjek-Kata Kerja-Objek
(SVO) seperti berikut:
Ayat FN subjek FK [FN objek]
FNsubjek boleh berbentuk Frasa Kata Nama penuh (seperti nama) atau kata ganti nama
(seperti u he). Sesetengah kata kerja, contohnya seperti nee give mempunyai dua objek
iaitu objek langsung dan objek tak langsung. Objek langsung diberikan peranan pemanfaat,
manakala objek tak langsung pula diberikan peranan tema dalam ayat (Payne 1997; Rowbory
2009).
Menurut Rowbory (2009: 3) frasa kerja bahasa Clela mengandungi kata kerja dasar2
yang mempunyai imbuhan akhiran dan klitik:
 -k bagi perfektif3
 -t bagi tujuan naratif
 -ine/ -ini (klitik) menandakan kata kerja dalam klausa subordinat
 -t bo (imbuhan akhiran + klitik) perfektif empatik dalam naratif
Imbuhan akhiran -k dan -t ditempatkan sebelum vokal akhir yang boleh muncul atau
tidak muncul apabila kata kerja akar4
diikuti oleh konsonan (sama ada daripada imbuhan
akhiran, klitik atau objek). Jika terdapat rangkap konsonan disebabkan proses berkenaan,
maka vokal a akan disisipkan antara rangkap konsonan berkenaan seperti contoh:
(1) -v hong na mamgas-k-叩 d'-op叩,
when-you hear you prepare-PERF-PV CM-iron.piece
Once you've prepared the piece
(2) s叩i n叩 m叩mgs-a d'-r辿m a d'-kemne
then you prepare-PV CM-tongue as CM-sweet
then you even up the tongue edge properly.
2
Kata kerja dasar merujuk kepada kata kerja yang telah menerima imbuhan infleksi atau klitik
3
Istilah perfektif bermaksud perbuatan atau kata kerja yang telah selesai dilakukan (Haspelmath & Sims
2013: 84)
4
Kata kerja akar merupakan kata kerja yang hanya terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak terdapat
padanya sebarang penambah (Asmah 2015: 134)
5
Berdasarkan contoh ayat (2), kata kerja akar m叩mgs-a menerima satu vokal di antara
rangkap konsonan apabila imbuhan akhiran -k diaplikasikan, dan seterusnya membentuk kata
kerja dasar mamgas-k-叩 seperti dalam contoh (1). Dalam ayat (2) di atas juga, kata kerja
m叩mgs-a prepare merujuk kepada kala kini, manakala kata kerja mamgas-k-叩 have
prepared dalam ayat (1) merupakan kala lepas atau dikenali sebagai perfektif, iaitu
perbuatan yang telah selesai dilakukan.
Pembentukan kata kerja yang mempunyai kala kini dan kala lepas dalam bahasa
Clela menunjukkan proses pengimbuhan infleksi5
. Imbuhan infleksi bermakna imbuhan
yang mempunyai tugas nahu tetapi tidak menukarkan golongan kata. Pengimbuhan infleksi
ini boleh disamakan dengan imbuhan infleksi kata kerja dalam bahasa Inggeris, iaitu apabila
kata kerja mengekspresikan nilai kala kini seperti (he/she) walks dan kala lepas seperti
contoh (he/she) walked. Haspelmath & Sims (2013) menyatakan kala menentukan keadaan
masa perbuatan itu dilakukan sama ada kala lepas, kini dan akan datang (present, past, future
tense). Selain itu, mereka telah menggariskan beberapa nilai infleksi (inflectional values)
yang membezakannya dengan proses derivasi. Jadual berikut menunjukkan perbezaan antara
infleksi dan derivasi.
JADUAL 1 Ciri-ciri Infleksi dan Derivasi
Infleksi Derivasi
(i) relevan terhadap sintaksis
(ii) pematuhan kepada nilai ekspresi
(iii) tiada had pengaplikasian
(iv) konsep yang sama dengan dasar
(v) berkaitan dengan maksud abstrak
(vi) maksud yang pelbagai (compositional)
(vii) diekspresikan pada pinggir kata
(viii) kurang alomorf dasar
(ix) tidak menukar golongan kata
(x) penyataan berbentuk kumulatif
(xi) tidak berulang-ulang
(i) tidak relevan terhadap sintaksis
(ii) tidak mempunyai kepatuhan nilai ekspresi
(iii) pengaplikasian yang terhad
(iv) konsep yang baru
(v) berkaitan dengan maksud konkrit
(vi) maksud tidak pelbagai (noncompositional)
(vii) diekspresikan berdekatan dengan akar
(viii) mempunyai lebih banyak alomorf dasar
(ix) kadang kala menukar golongan kata
(x) bukan penyataan yang kumulatif
(xi) berkemungkinan berulang-ulang
5
Fleksi atau infleksi merupakan proses penambahan imbuhan pada kata akar atau dasar (Kamus Dewan Edisi
Keempat 2015:413)
6
Dalam konteks ini, antara ciri yang ketara bagi membuktikan bahawa kata kerja
bahasa Clela ialah kedua-dua kata kerja yang berkala kini dan berkala lepas (walaupun
menerima imbuhan akhiran -kV) tidak menunjukkan apa-apa perubahan dari segi golongan
kata. Maksudnya, masing-masing tergolong dalam golongan kata yang sama, yakni kata
kerja. Infleksi berbeza dengan derivasi yang menukar golongan kata. Misalnya, kata kerja
minum, apabila menerima imbuhan akhiran -an, membentuk kata nama minuman dan perkara
ini menunjukkan berlaku perubahan dari segi golongan katanya.
Namun begitu, perbincangan ini hanya menumpukan terhadap pengimbuhan infleksi
kata kerja dalam bahasa Clela. Imbuhan infleksi yang berlaku terhadap kata kerja yang
berkala lepas dalam bahasa ini memotivasikan proses-proses fonologi yang terdiri daripada
lima iaitu pengimitasian vokal, pemanjangan vokal, pengguguran vokal akhir, metatesis dan
asimilasi. Proses-proses fonologi yang berlaku akan dijelaskan dengan menggunakan
kerangka teori Fonologi Generatif (1968) dan Teori Autosegmental (1976).
1.2 KOSA KAJIAN-KAJIAN LEPAS TERHADAP BAHASA CLELA
Kajian-kajian morfologi yang dilakukan terhadap bahasa ini adalah seperti Hoffman (1967),
Dettweiler (2012) dan Rowbory (2009). Hoffman menggariskan sistem golongan kata nama
Dakarkari dan menfokuskan hubungan antara imbuhan awalan (prefiks) dan imbuhan akhiran
(sufiks). Baba-Waziri (1990) dan Dettweiler (2012) menulis mengenai nahu bahasa ini.
Kedua-dua kajian berkenaan menyediakan gambaran terhadap morfologi dan sintaksis bahasa
Clela dalam frasa umum dan struktur klausa. Namun demikian, penelitian mereka terhadap
struktur morfologi bahasa ini masih lagi sempit. Penelitian Dettweiler (2012) berfokuskan
kepada aspek kala akan datang (future tense) bahasa Clela yang terdapat dalam klausa utama
dan klausa subordinat sesuatu ayat. Aspek kala akan datang diistilahkan sebagai imperfektif,
iaitu perbuatan yang belum selesai dilakukan dan direalisasikan oleh imbuhan awalan t-.
Manakala kajian Rowbory (2009) meneliti infleksi kata kerja bahasa ini dan
menumpukan terhadap kala, aspek dan modaliti. Seterusnya, kajian Aliero (2015)
membahaskan proses-proses morfofonologi yang berlaku terhadap kata nama bahasa ini.
Menurut kajian ini, penambahan imbuhan infleksi terhadap akar kata nama, iaitu melibatkan
proses penjamakan akan memotivasikan proses-proses fonologi tertentu seperti pengimitasian
vokal, metatesis, pemanjangan vokal, pengguguran vokal akhir, dan pengguguran konsonan
7
awal. Perbincangan ini juga akan membahaskan mengenai penambahan imbuhan infleksi -kV
terhadap kata kerja bahasa Clela.
1.3 PEMILIHAN DATA
Data yang dimanfaatkan dalam perbincangan ini diperolehi melalui tesis doktor falsafah
Aliero (2013) yang mengkaji aspek morfologi secara deskriptif bahasa Clela. Data-data yang
diterapkan dalam perbincangan ini dikupas dan dijelaskan secara berpada menggunakan dua
pendekatan yang dikemukakan oleh Chomsky & Halle (1968) dan Goldsmith (1976).
1.4 PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN
Perbincangan terhadap imbuhan infleksi kata kerja dalam bahasa Clela menerapkan dua
pendekatan iaitu Fonologi Generatif yang dikembangkan oleh Noam Chomsky dan Morris
Halle (1968) dan Teori Autosegmental Linear yang dimajukan oleh Goldsmith (1976).
Fonologi Generatif merupakan satu teori yang menyentuh tentang struktur bunyi bahasa.
Teori ini terhasil daripada penerapan fonologi bahasa Inggeris dalam buku karya agung
Chomsky dan Halle yang berjudul The Sound Pattern of English. Selain itu, teori ini juga
dikenali sebagai fonologi generatif linear yang menekankan pendekatan derivasi rumus atau
atur rumus (Zaharani 2013). Tujuan fonologi generatif ini ialah menformulasikan kecekapan
fonologi intrinsik seseorang penutur sebagai satu sistem rumus yang bertanggungjwab
melahirkan representasi fonetik daripada strutur permukaan sintaksis.
Manakala Teori Autosegmental (TA) diperkenalkan oleh Goldsmith dalam tesis
Ph.Dnya yang bertajuk Autosegmental Phonology pada tahun 1976. Teori ini merupakan
satu anjakan daripada fonologi generatif dan terbahagi kepada tiga model iaitu model X,
model KV, dan model Mora. Goldsmith memperkenalkan teori non-linear ini dalam
menganalisis beberapa bahasa di Afrika dengan menggunakan model X dan model KV. Pada
peringkat awal penonjolannya, teori ini diaplikasikan untuk menangani fenomena yang
berlaku dalam aspek fonologi, seperti pemanjangan kompensatori, fenomena kontur tona,
harmoni vokal, nasalisasi vokal dan sebagainya. Setelah berkembangnya teori ini, ia mula
diterapkan kepada aspek morfologi khususnya bagu menangani masalah fenomena yang
berhubung morfologi pola dan akar dalam bahasa Semitik, reduplikasi atau penggandaan
(Zaharani 2000). Analisis dalam perbincangan ini menerapkan salah satu model yang terdapat
dalam Teori Autosegmental, iaitu model X bagi menghurai proses pemanjangan vokal.
8
1.5 HASIL ANALISIS
Bahagian ini membincangkan aspek morfofonologi yang berlaku terhadap kata kerja bahasa
Clela. Kala lepas dalam bahasa Clela dikenal pasti melalui penambahan imbuhan akhiran
/-kV/ kepada kata kerja akar6
. Apabila imbuhan /-kV/ ini diimbuhkan kepada kata kerja akar
secara tidak langsung menyebabkan berlakunya proses-proses fonologi tertentu seperti
pengimitasian vokal, pemanjangan vokal, pengguguran vokal, metatesis dan asimilasi.
Glos yang diberikan dalam perbincangan ini adalah dalam bahasa Inggeris supaya perbezaan
antara kala kini dan kala lepas bagi kata kerja bahasa Clela dapat ditunjukkan secara jelas.
Selain itu, bahasa Clela juga mempunyai fenomena imbuhan infleksi kata kerja yang sama
dengan kata kerja kala lepas bahasa Inggeris.
1.5.1 Pengimitasian vokal
Pengimitasian vokal ataupun turut dikenali sebagai harmoni vokal7
. Mengikut Zaharani
(1993: 30), harmoni vokal dimaksudkan sebagai bunyi vokal dalam sesuatu suku kata itu
mengalami perubahan atau penyesuaian dari segi fitur tertentu disebabkan pengaruh daripada
satu vokal satu suku kata lain dalam satu perkataan yang sama. Proses fonologi ini
dikategorikan dalam kelas asimilasi atau dengan lebih tepat lagi dalam jenis vokal
berasimilasi dengan fitur vokal. Kelas asimilasi bagi harmoni vokal ini dinamakan asimilasi
jarak jauh (long distance assimilation) iaitu dua segmen menjadi sama walaupun tidak
bersebelahan (Zsiga 2013: 236). Dalam bahasa Clela, segmen vokal akhir bagi kata kerja
akar diimitasikan pada kata kerja kala lepas. Antara vokal-vokal yang diimitasi ialah
/e/,/a/,/i/,/o/, dan /o/ seperti yang dihitamkan dalam senarai (1) di bawah.
Kata Kerja Glos Pengimitasian Vokal Glos
(1) a. b竪k辿 jump over b竪k辿-k竪 jumped over
b. hw竪r叩 rest/relax hw竪r叩-k rested/relaxed
c. m竪g store away m竪g- k stored away
d. kw狸d鱈 bend down kw狸d鱈-k狸 bent down
e. ky嘆r坦 pierce/bore ky嘆r坦-k嘆 pierced/bored
6
Kata kerja akar merujuk kepada kata kerja asal bahasa Clela yang mempunyai kala kini.
7
Menurut Ellison (1992) antara bahasa lain yang mempamerkan harmoni vokal adalah seperti bahasa Finland
(Finnish), Hungari, Turki, pelbagai bahasa Mongolia dan beberapa bahasa Afrika seperti Yoruba dan Okpe.
9
Pengimitasian vokal dalam kata kerja infleksi seperti dalam senarai (1) di atas
merupakan ciri umum bagi subgolongan bahasa Niger-Congo. Misalnya, dalam bahasa Igbo,
pegimitasian vokal menyebabkan penambahan penanda kala lepas /-rV/ kepada sesetengah
kata kerja akar bahasa berkenaan (Iloene 2007; Mbah & Mbah 2012). Bahasa Clela
mengalami proses pengimitasian vokal yang sama seperti bahasa Igbo. Pengimitasian yang
berlaku menyebabkan berlakunya penambahan penanda kala lepas /-kV/ terhadap kata kerja
dasar bahasa ini. Antara vokal-vokal yang diimitasikan dalam segmen vokal akhir kata kerja
akar ialah /e/, /a/, /a/, /i/ dan /o/. Di bawah menunjukkan rumus pengimitasian vokal atau
harmoni vokal dalam bahasa Clela.
(2) V [+H] / __ #
1.5.2 Pemanjangan Vokal
Menurut Zsiga (2013:244) suatu segmen panjang boleh menjadi pendek, iaitu merujuk
kepada pemendekan vokal, dan segmen pendek boleh menjadi panjang, iaitu merujuk kepada
proses pemanjangan vokal. Pemanjangan vokal yang berlaku dalam suatu bahasa dinamakan
sebagai pemanjangan kompensatori (compensatory lengthening). Infleksi kata kerja kala
lepas bahasa Clela juga melibatkan proses pemanjangan vokal, dan dikenal pasti apabila
vokal pendek kata kerja monosilabik diartikulasikan sebagai panjang pada bentuk perfektif.
Hal ini berlaku dipengaruhi integriti slot output yang mempunyai strtuktur suku kata KVV
KV atau KVK KV.
Kata Kerja Glos Perfektif Glos
(3) a. hy deny hya-k叩 had denied (statement)
b. p炭 boil p炭u-k湛 boiled
c. t叩 finish t叩a-k finished/be over
d. t坦 leave t坦o-k嘆 left/gone
e. w buy wa-k bought
f. ky湛 press down ky湛u-k湛 pressed down
g. da touch lightly d叩a-k叩 touched lightly
h. z坦o forge z坦o-k叩 forged
i. pya trim cut away pya-k trimmed cut away
j. z嘆l叩 bath z嘆l-k叩 bathed
10
Contoh penggunaan kata kerja kala lepas dalam ayat
(4) a. u-too ko
he go-PST
he has gone
b. u waa-ka gwele deede
she buy-PST goat yesterday
she bought a goat yesterday
(5) -V V / __ -kV # t a a / ka #
X X X a a a
Analisis terhadap pemanjangan vokal menggunakan Model X Teori Autosegmental
ditunjukkan dalam (5) di atas. Berdasarkan rumus berikut, vokal pendek dalam kata kerja
akar monosilabik mengalami pemanjangan apabila diikuti oleh imbuhan akhiran -kV yang
menandakan kala lepas kata kerja dalam bahasa Clela. Dalam contoh analisis di atas, berlaku
pemanjangan vokal pendek /a/ dalam kata kerja apabila diimbuhkan imbuhan akhiran -kV
(-ka).
1.5.3 Pengguguran Vokal Akhir
Pengguguran vokal akhir kata kerja akar hanya beroperasi apabila kata kerja akar tidak
mempunyai struktur suku kata KVK KV dan tidak berakhir dengan urutan likuida8
atau
nasal9
. Namun begitu, perlu dijelaskan bahawa proses metatesis akan berlaku jika struktur
kata kerja terdiri daripada KVK KV dan berkahir dengan urutan nasal atau likuida. Data (6)
di bawah menunjukkan pengguguran vokal akhir kerana struktur katanya melanggari syarat
struktur suku kata KVK KV, dan tidak berakhir dengan urutan likuida mahupun nasal. Oleh
yang demikian, vokal-vokal akhir pada kata kerja akar yang terdiri daripada /a/, /e/ mesti
digugurkan.
8
Likuida mewakili istilah yang merujuk kepada bunyi lateral l dan rotik r dalam bahasa-bahasa di dunia dan
merupakan bunyi sonoran (Davenport & Hannahs 2013)
9
Antara contoh bunyi nasal dalam bahasa Clela ialah konsonan m dan n
11
Kata kerja Glos Perfektif Glos
(6) a. gg叩 tie g叩g-k tied
b. h竪n竪 see h辿n-k竪 saw
c. b叩lt boil b叩lt-k boiled
d. pn throw p叩n-k threw (a stick)
e. s叩pt wash s叩pt-k washed (parts of the body)
f. d嘆og叩 come back return d嘆og-k但 came back returned
g. wkt叩 turn(immediately) wkt-k turned (immediately)
Contoh penggunaan kata kerja dalam ayat:
(7) a. na gag-ka o akoma
we tie-PST his hand
We have tied his hand with a rope
b. a-u hen-ke me u wakt-ka
when-he see-PST me he turn-PST
Then he saw me, he immediately turned back
c. neta nam-ka hi gyozi-ne
woman grind-PST guinea corn red-DET
The woman ground the red guinea corn
Rumus bagi pengguran vokal /a/ dan /e/ dalam suku kata akhir ditunjukkan seperti berikut:
(8) /a/  / __ kV #
/e/  / __ kV #
1.5.4 Metatesis
Metatesis merupakan istilah Greek bermaksud transposisi atau bertukar tempat iaitu di
mana dua segmen bertukar susunan, kebanyakannya dalam bentuk bunyi atau suku kata.
(Zsiga 2013). Secara umumnya, metatesis terbahagi kepada dua jenis iaitu:
i. Metatesis hampir (Adjacent metathesis/local metathesis)
ii. Metatesis jarak jauh (Non-adjacent metathesis/long-distance metathesis)
12
Metatesis hampir (adjacent methatesis or local methathesis) melibatkan penukaran dua
atau lebih bunyi yang berhampiran manakala metatesis jarak jauh (Non-adjacent
metathesis/long-distance methatesis) pula melibatkan dua atau lebih penukaran bunyi yang
berjauhan, Namun begitu, hanya metatesis jenis hampir (adjacent metathesis/local
methatesis) sahaja yang ditemukan dalam kata kerja bahasa Clela. Syarat bagi metatesis
hampir berlaku dalam bahasa Clela dengan syarat akar kata kerja bermula dengan struktur
(K)VK dan suku kata terakhir berakhir dengan urutan nasal/likuida-vokal10
.
Kata kerja Glos Perfective Glos
(9) la> al a. bkl叩 lock b叩k叩l-k locked (gate door)
b. w叩kl rot wk叩l-k rotted completely
c. k竪kl辿 laugh k竪k叩l-k竪 laughed
ma> am d. kw鱈rm subside/extinguish kw鱈r叩m-k subsided/extinguished
e. g坦nm slap g坦n叩m-k slapped
f. m叩cm improve m叩cm-k improved (in health)
g. t坦rm嘆 gulp swallow t坦r叩m-k gulped swallowed
na> an h. r坦bn play r嘆b叩n-k played
i. r坦kn become mature r嘆k叩n-k became matured
ra> ar j. b叩kr split b叩k叩r-k split (into pieces)
k. p叩tr twist together pt叩r-k twisted together
Contoh penggunaan kata kerja yang berkala kini dan kala lepas dalam ayat (10) dan (11):
(10) a. u bakla dgweda
he lock-PRT door/gate
He locks the door gate
(11) b. u bakal-ka dgweda
he lock-PST door/gate
He locked the door
10
Proses metatesis ini juga turut berlaku dalam penjamakan kata nama bahasa Clela. Sebagai contoh,
ma > am, iaitu /srm + n/ berubah menjadi output [srmn] (Aliero 2015)
13
(12) /g坦nm + kV/ INPUT
/gonm + k/ [g坦n叩mk] METATESIS
Deskripsi Struktural
/g o n m  + k / g 坦 n 叩 m k 
1 2 3 4 5 6 7 1 2 3 5 4 6 7
OUTPUT : [g坦n叩mk] Kala lepas
Rumus (12) di atas mewakili metatesis hampir yang berlaku apabila urutan suku kata
akhir KV dalam kata kerja akar bertukar menjadi VK sebelum imbuhan akhiran -kV.
Metatesis bagi urutan nasal/likuida-vokal dalam senarai (9) seperti [la] dan [al], [ma] dan
[am], [na] dan [an], [ra] dan [ar] menunjukkan pola sonoran merupakan ciri kebahasaan
bahasa Clela. Selain itu, Aliero (2015) mendakwa vokal [a] dan [u] mendahului likuida atau
nasal [m] dan [l] dalam metatesis kerana vokal lebih sonoran berbanding likuida dan nasal.
1.5.5 Asimilasi
Schane (1992) menjelaskan bahawa asimilasi sebagai perubahan bunyi konsonan atau vokal
yang dipengaruhi oleh segmen berhampiran, biasanya yang konsonan atau vokal yang
bersebelahan dengan segmen berkenaan. Sesuatu konsonan itu mungkin mengambil fitur
daripada sesuatu vokal, sesuatu vokal mungkin mengambil fitur daripada sesuatu konsonan,
satu konsonan mungkin mempengaruhi konsonan yang lain, atau satu vokal mungkin
memberi kesan kepada vokal yang lain. Dalam pada itu, Bickel dan Nichols (2007)
berpendapat proses asimilasi merupakan ciri yang kerap dalam rangkaian morfologi, iaitu
melibatkan penyebaran fitur fonologi merentasi sempadan pembentukan kata. Dalam bahasa
Clela, asimilasi bersuara berlaku apabila imbuhan akhiran /-kV/ diimbuhkan kepada kata
kerja akar yang mempunyai suku kata akhir bunyi velar bersuara /-gV/. Dengan kata lain,
apabila kata kerja akar berakhir dengan konsonan velar bersuara /-gV/ sebelum penanda kala
lepas, dua proses morfofonologi yang berlaku yakni pengguguran vokal dan asimilasi
konsonan.
Kata Keja Glos Perfektif Asimilasi Glos
(13) a. b湛g-湛 fly b湛g-k湛  b湛kk湛 flew
b. h竪g-辿 give away h竪g-k辿  h竪kk辿 gave way
14
c. k湛g-炭 bend down k湛g-k炭  k湛kk炭 bent down
d. m嘆g-嘆 borrow m坦g-k嘆  m坦kk嘆 borrowed
e. s嘆g-坦 insert s嘆g-k坦  s嘆kk坦 inserted
f. v湛g-湛 uproot v湛g-k湛  v湛kk湛 uprooted
g. mg- offer mg-k  mkk offered
h. z嘆g- pack z嘆g-k  z嘆kk packed
Berdasarkan data di atas, pengguguran vokal pada suku akhir berlaku dahulu sebelum
berlakunya proses asimilasi konsonan. Antara vokal-vokal yang digugurkan ialah /u/, /e/, /o/,
dan /a/. Berikut menunjukkan analisis rumus bagi pengguguran vokal dalam suku kata akhir
bahasa Clela.
(14) /u/  / _ kV #
/e/  / _ kV #
/o/  / _ kV #
/a/  / _ kV #
Setelah berlakunya proses pengguguran vokal tersebut, proses asimilasi konsonan
pula yang berlaku. Proses asimilasi konsonan terjadi apabila konsonan bersuara /g/
berasimilasi dengan konsonan tak bersuara /k/. Hal ini berlaku disebabkan rangkap konsonan
/k/ seperti dalam contoh [b湛kk湛] itu bersesuaian dari segi penyuaraan. Rumus bagi proses
asimilasi konsonan berkenaan ditunjukkan seperti dalam rumus (15) di bawah:
(15) /g/ [k] / __ kV#
1.6 KESIMPULAN
Perbincangan ini telah membahaskan infleksi kata kerja dalam bahasa Clela. Apabila
berlakunya pengimbuhan infleksi dalam kata kerja dasar, secara tidak langsung mengaktifkan
proses-proses fonologi seperti pengimitasian vokal, pemanjangan vokal, pengguguran vokal
akhir, metatesis dan juga asimilasi. Proses-proses fonologi yang berlaku dihuraikan
menggunakan pendekatan teori agar mencapai kepadaan eksplanatori yang tinggi. Selain itu,
perbincangan ini membuktikan bahawa bahasa Clela mempunyai nilai infleksi dan
mengukuhkan dakwaan-dakwaan para pengkaji lepas yang telah meneliti infleksi kata kerja
bahasa ini.
15
RUJUKAN
Aliero, M.A. 2013. Aspects of The Morphology of Clela. Tesis Sarjana, University of
Ghana.
Aliero, M. A. 2015. Morphophonological Processes of the Clela Noun. Ghana
Journal of Linguistics 4 (1): 1-14.
Asmah Haji Omar. 2015. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Baba-Waziri, Ibrahim (1992). A Historical Sketch of Clela. In Ayo Bomgboshe,
Language and Contact in Africa. (LICCA, Nigeria). Ibadan: University of Ibadan.
Dettweiler, Stephen H. 2012. Clela Grammar Sketch. Manuscript. Zuru.
Dettweiler, S. 2012. Future Time in Clela, a Kainji Language of Nigeria. World Congress of
African Linguistics.
Davenport, M & Hannah, S.J. 2013. Introducing Phonetics and Phonology. NewYork:
Routledge.
Chomsky, N. A & Halle, M. 1968. The Sound Pattern of English. New York:Harper and
Row.
Ellison, T.M. 1992. Learning Vowel Harmony. https://pdfs.semanticscholar.org/df61/
045868969de58e7c9a697bdc76f375c91bb7.pdf?_ga=2.163953782.81534020.149706
4472-1366449969.1495376178 [10 Jun 2017].
Goldsmith, J. 1976. Autosegmental Phonology. Tesis Sarjana, Massachusetts Institute of
Technology.
Haspelmath, M & Sims A, D. 2013. Understanding Morphology. New York: Routledge.
Payne, T. 1997. Describing Morphosyntax. Cambridge: University Press.
Iloene, Modesta I. 2007. Igbo Morphology. Dlm O. Yusuf (pnyt.) Basic Linguistics for
Nigerian Languages Teachers. Port Harcourt: M. and J. Grand Orbit
Communications, 181-194.
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mbah, Boniface M. and Mbah Evelyn E. 2012. Phonological Features of Verb Compounds
in Igbo. Journal of West African Languages, XXXIX.2:99-114
Rowbory, Jonathan. David. 2009. A Focussed Study of Clela Verb Inflection. Tesis
Sarjana Nairobi Evangelical Graduate School of Theology.
Schane, S.A. 1992. Fonologi Generatif. Terj.Zaharani Ahmad & Nor Hashimah Jalaluddin.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Survey Department, Language Development Facilitators Nigeria. The Languages of Nigeria.
Map (paper and electronic). Prod. Nigeria Bible Translation Trust. Jos: SIL
International, April 2014.
Zaharani Ahmad. 1993. Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaharani Ahmad. 2000. Penggandaan Separa Bahasa Melayu: Satu Analisis Autosegmental.
Jurnal Dewan Bahasa 44 (7): 722-736.
Zaharani Ahmad. 2013. Aspek Fonologi Bahasa Melayu daripada Derivasi Rumus kepada
Tatatingkat Kekangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zsiga, E. C. 2013. The Sounds of Language: An Introduction to Phonetics and Phonology.
West Sussex: Wiley-Blackwell.
Ad

Recommended

Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
maee68
Tydcytd
Tydcytd
wahyu adi negara
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
RATIEQAH NAJEEHAH
Makalah kajian berbahasa
Makalah kajian berbahasa
talitaalutfiyah
Linguistik perbandingan
Linguistik perbandingan
ruzita zieta
Transformasi makalah tugas morfosintaksis undip - kelompok 6
Transformasi makalah tugas morfosintaksis undip - kelompok 6
fandy_kusuma
tugasan morfologi
tugasan morfologi
fitri norlida
Nota morfologi
Nota morfologi
Carmelita Cassandra
Morfologi
Morfologi
Atykah Aura
Tipe dan konstruksi verba bahasa prancis
Tipe dan konstruksi verba bahasa prancis
BLOSID (blog and slideshare)
LINGUISTIK HISTORIS KOMPARATIF Leksikostatistik Bahasa Melayu Deli dengan B...
LINGUISTIK HISTORIS KOMPARATIF Leksikostatistik Bahasa Melayu Deli dengan B...
Undergraduate Degree Alumnae
Transformasi
Transformasi
Didik Santoso
Transformasi
Transformasi
fandy_kusuma
Diktat yunani
Diktat yunani
Kirenius Wadu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Ahmad NazRi
Subtitution dan Ellips
Subtitution dan Ellips
Sodik Sumadi
Bab 1-parts-of-speech
Bab 1-parts-of-speech
Anja Siregar
Morfologi bahasa
Morfologi bahasa
kunmartih
Transformasi generatif tambahan
Transformasi generatif tambahan
mujahidah khilafah (Shintia Minandar)
Morfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa Indonesia
Darwis Maulana
Makalah morfologi
Makalah morfologi
gittaleviana
Struktur morfologi bahasa indonesia
Struktur morfologi bahasa indonesia
Mencari ridho alloh di dunia untuk bekal di akhirat
STYLISTICS: What is rhetoric
STYLISTICS: What is rhetoric
Nor Hazila Mat Lazim
Re kapreza 14
Re kapreza 14
Nor Hazila Mat Lazim
Tentatif program kapreza 2014
Tentatif program kapreza 2014
Nor Hazila Mat Lazim
Laporan kapreza
Laporan kapreza
Nor Hazila Mat Lazim
Laporan kapreza
Laporan kapreza
Nor Hazila Mat Lazim
Kapreza 1314 paperwork
Kapreza 1314 paperwork
Nor Hazila Mat Lazim
Pembuktian
Pembuktian
Nor Hazila Mat Lazim
Kebudayaan Indonesia (1)si... marsa.pptx
Kebudayaan Indonesia (1)si... marsa.pptx
hendry519722

More Related Content

What's hot (14)

Morfologi
Morfologi
Atykah Aura
Tipe dan konstruksi verba bahasa prancis
Tipe dan konstruksi verba bahasa prancis
BLOSID (blog and slideshare)
LINGUISTIK HISTORIS KOMPARATIF Leksikostatistik Bahasa Melayu Deli dengan B...
LINGUISTIK HISTORIS KOMPARATIF Leksikostatistik Bahasa Melayu Deli dengan B...
Undergraduate Degree Alumnae
Transformasi
Transformasi
Didik Santoso
Transformasi
Transformasi
fandy_kusuma
Diktat yunani
Diktat yunani
Kirenius Wadu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Ahmad NazRi
Subtitution dan Ellips
Subtitution dan Ellips
Sodik Sumadi
Bab 1-parts-of-speech
Bab 1-parts-of-speech
Anja Siregar
Morfologi bahasa
Morfologi bahasa
kunmartih
Transformasi generatif tambahan
Transformasi generatif tambahan
mujahidah khilafah (Shintia Minandar)
Morfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa Indonesia
Darwis Maulana
Makalah morfologi
Makalah morfologi
gittaleviana
Struktur morfologi bahasa indonesia
Struktur morfologi bahasa indonesia
Mencari ridho alloh di dunia untuk bekal di akhirat

More from Nor Hazila Mat Lazim (7)

STYLISTICS: What is rhetoric
STYLISTICS: What is rhetoric
Nor Hazila Mat Lazim
Re kapreza 14
Re kapreza 14
Nor Hazila Mat Lazim
Tentatif program kapreza 2014
Tentatif program kapreza 2014
Nor Hazila Mat Lazim
Laporan kapreza
Laporan kapreza
Nor Hazila Mat Lazim
Laporan kapreza
Laporan kapreza
Nor Hazila Mat Lazim
Kapreza 1314 paperwork
Kapreza 1314 paperwork
Nor Hazila Mat Lazim
Pembuktian
Pembuktian
Nor Hazila Mat Lazim
Ad

Recently uploaded (10)

Kebudayaan Indonesia (1)si... marsa.pptx
Kebudayaan Indonesia (1)si... marsa.pptx
hendry519722
INFORMATIKA KELA VII SISTEM KOMPUTER.pptx
INFORMATIKA KELA VII SISTEM KOMPUTER.pptx
LaRahman2
Bab 3 Archaebacteria dan Eubacteria.pptx
Bab 3 Archaebacteria dan Eubacteria.pptx
WiraRahardi
Protista: Karakteristik dan Peran mereka
Protista: Karakteristik dan Peran mereka
WiraRahardi
PDP KREATIF GURU MENGAJAR SEMUA MURID SERONOK BELAJAR.pdf
PDP KREATIF GURU MENGAJAR SEMUA MURID SERONOK BELAJAR.pdf
g58549564
Disparitas dalam praktik dan implementasinya.pptx
Disparitas dalam praktik dan implementasinya.pptx
bongkristin8
(Revisi PPT) Referat Patogenesis Melasma_Muhammad Yusuf Ditto Pratama.pdf
(Revisi PPT) Referat Patogenesis Melasma_Muhammad Yusuf Ditto Pratama.pdf
Ilycysalll
Metode penelitian KUALITATIF: dasar, konsep, pendekatan dan analisis datanya
Metode penelitian KUALITATIF: dasar, konsep, pendekatan dan analisis datanya
Syahyuti Si-Buyuang
Mutasi Gen & Mutasi Kromosom dalam genetika
Mutasi Gen & Mutasi Kromosom dalam genetika
WiwitProbowati2
Diversitas-Evolusi-Hewan-Vertebrata-dan-Invertebrata.pptx
Diversitas-Evolusi-Hewan-Vertebrata-dan-Invertebrata.pptx
desriyantisafitri39
Kebudayaan Indonesia (1)si... marsa.pptx
Kebudayaan Indonesia (1)si... marsa.pptx
hendry519722
INFORMATIKA KELA VII SISTEM KOMPUTER.pptx
INFORMATIKA KELA VII SISTEM KOMPUTER.pptx
LaRahman2
Bab 3 Archaebacteria dan Eubacteria.pptx
Bab 3 Archaebacteria dan Eubacteria.pptx
WiraRahardi
Protista: Karakteristik dan Peran mereka
Protista: Karakteristik dan Peran mereka
WiraRahardi
PDP KREATIF GURU MENGAJAR SEMUA MURID SERONOK BELAJAR.pdf
PDP KREATIF GURU MENGAJAR SEMUA MURID SERONOK BELAJAR.pdf
g58549564
Disparitas dalam praktik dan implementasinya.pptx
Disparitas dalam praktik dan implementasinya.pptx
bongkristin8
(Revisi PPT) Referat Patogenesis Melasma_Muhammad Yusuf Ditto Pratama.pdf
(Revisi PPT) Referat Patogenesis Melasma_Muhammad Yusuf Ditto Pratama.pdf
Ilycysalll
Metode penelitian KUALITATIF: dasar, konsep, pendekatan dan analisis datanya
Metode penelitian KUALITATIF: dasar, konsep, pendekatan dan analisis datanya
Syahyuti Si-Buyuang
Mutasi Gen & Mutasi Kromosom dalam genetika
Mutasi Gen & Mutasi Kromosom dalam genetika
WiwitProbowati2
Diversitas-Evolusi-Hewan-Vertebrata-dan-Invertebrata.pptx
Diversitas-Evolusi-Hewan-Vertebrata-dan-Invertebrata.pptx
desriyantisafitri39
Ad

Proses Morfofonologi Terhadap Kata Kerja Bahasa C'lela

  • 1. SKBL 6023 TEORI MORFOLOGI TAJUK TUGASAN: PROSES MORFOFONOLOGI TERHADAP KATA KERJA BAHASA CLELA DISEDIAKAN OLEH: NOR HAZILA BINTI MAT LAZIM (P87314) DISEDIAKAN UNTUK: DR HARISHON BINTI RADZI PUSAT PENYELIDIKAN KELESTARIAN SAINS BAHASA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2016/2017
  • 2. 2 SENARAI SINGKATAN CM class marker (prefix or suffix) PRT present tense (kala kini) PST past tense (kala lepas) PERF perfektif PV phrase verb (frasa kerja) SENARAI ILUSTRASI RAJAH 1 Peta Bahasa Clela SENARAI JADUAL JADUAL 1 Ciri-ciri Infleksi dan Derivasi
  • 3. 3 1.1 PENGENALAN Nigeria merupakan sebuah negara yang terkenal dengan budaya dan bahasa yang bervariasi serta pelbagai. Bahasa-bahasa utama yang dituturkan oleh rakyatnya adalah seperti Hausa, Yoruba, Clela, Igbo, Edo, Fulfulde, Kanuri, Kambari, dan banyak lagi bahasa yang telah digloskan dalam peta bahasa Nigeria. Perbincangan ini menumpukan terhadap salah satu bahasa yang terdapat di negara tersebut iaitu, bahasa Clela seperti dalam Rajah 1 di bawah. Nama Clela, disebut sebagai [払lela] berasal dari perkataan Lela yang merujuk kepada tanah yang menjadi tempat tinggal orang Lelna (Aliero 2013). Bahasa Clela, mempunyai kod ISO 639-3 [dri] tergolong dalam tujuh kumpulan bahasa lain seperti Niger- Congo, Atlantic-Congo, Volta-Congo, Benue-Congo, Kainji, Western, dan Duka. Manakala, Dettweiler (2012), Aliero (2013) dan Rowbory (2009) pula bersependapat bahawa bahasa Clela terdiri dalam kumpulan Niger-Congo. Clela dikenali sebagai Dakarci oleh penutur luar Hausa. Antara nama-nama lain yang digunakan secara silih berganti bagi bahasa Clela ini adalah Cala-cala, Chilala, Chilela, Dakarkari, Dakakari, Dakkarkari, Kolela dan Lalawa1 . Bahasa ini dianggarkan mempunyai 100 ribu penutur natif dan dituturkan oleh majoriti penduduk emiriah Zuru, yang terletak di bahagian timur negeri Kebbi, Nigeria. RAJAH 1: Peta Bahasa Clela Sumber: The Languages of Nigeria (2014) 1 http://www.verbix.com/maps/language/Clela.html
  • 4. 4 Pola Kata Kerja dan Infleksi Struktur susunan asas ayat atau klausa bagi bahasa Clela ialah Subjek-Kata Kerja-Objek (SVO) seperti berikut: Ayat FN subjek FK [FN objek] FNsubjek boleh berbentuk Frasa Kata Nama penuh (seperti nama) atau kata ganti nama (seperti u he). Sesetengah kata kerja, contohnya seperti nee give mempunyai dua objek iaitu objek langsung dan objek tak langsung. Objek langsung diberikan peranan pemanfaat, manakala objek tak langsung pula diberikan peranan tema dalam ayat (Payne 1997; Rowbory 2009). Menurut Rowbory (2009: 3) frasa kerja bahasa Clela mengandungi kata kerja dasar2 yang mempunyai imbuhan akhiran dan klitik: -k bagi perfektif3 -t bagi tujuan naratif -ine/ -ini (klitik) menandakan kata kerja dalam klausa subordinat -t bo (imbuhan akhiran + klitik) perfektif empatik dalam naratif Imbuhan akhiran -k dan -t ditempatkan sebelum vokal akhir yang boleh muncul atau tidak muncul apabila kata kerja akar4 diikuti oleh konsonan (sama ada daripada imbuhan akhiran, klitik atau objek). Jika terdapat rangkap konsonan disebabkan proses berkenaan, maka vokal a akan disisipkan antara rangkap konsonan berkenaan seperti contoh: (1) -v hong na mamgas-k-叩 d'-op叩, when-you hear you prepare-PERF-PV CM-iron.piece Once you've prepared the piece (2) s叩i n叩 m叩mgs-a d'-r辿m a d'-kemne then you prepare-PV CM-tongue as CM-sweet then you even up the tongue edge properly. 2 Kata kerja dasar merujuk kepada kata kerja yang telah menerima imbuhan infleksi atau klitik 3 Istilah perfektif bermaksud perbuatan atau kata kerja yang telah selesai dilakukan (Haspelmath & Sims 2013: 84) 4 Kata kerja akar merupakan kata kerja yang hanya terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak terdapat padanya sebarang penambah (Asmah 2015: 134)
  • 5. 5 Berdasarkan contoh ayat (2), kata kerja akar m叩mgs-a menerima satu vokal di antara rangkap konsonan apabila imbuhan akhiran -k diaplikasikan, dan seterusnya membentuk kata kerja dasar mamgas-k-叩 seperti dalam contoh (1). Dalam ayat (2) di atas juga, kata kerja m叩mgs-a prepare merujuk kepada kala kini, manakala kata kerja mamgas-k-叩 have prepared dalam ayat (1) merupakan kala lepas atau dikenali sebagai perfektif, iaitu perbuatan yang telah selesai dilakukan. Pembentukan kata kerja yang mempunyai kala kini dan kala lepas dalam bahasa Clela menunjukkan proses pengimbuhan infleksi5 . Imbuhan infleksi bermakna imbuhan yang mempunyai tugas nahu tetapi tidak menukarkan golongan kata. Pengimbuhan infleksi ini boleh disamakan dengan imbuhan infleksi kata kerja dalam bahasa Inggeris, iaitu apabila kata kerja mengekspresikan nilai kala kini seperti (he/she) walks dan kala lepas seperti contoh (he/she) walked. Haspelmath & Sims (2013) menyatakan kala menentukan keadaan masa perbuatan itu dilakukan sama ada kala lepas, kini dan akan datang (present, past, future tense). Selain itu, mereka telah menggariskan beberapa nilai infleksi (inflectional values) yang membezakannya dengan proses derivasi. Jadual berikut menunjukkan perbezaan antara infleksi dan derivasi. JADUAL 1 Ciri-ciri Infleksi dan Derivasi Infleksi Derivasi (i) relevan terhadap sintaksis (ii) pematuhan kepada nilai ekspresi (iii) tiada had pengaplikasian (iv) konsep yang sama dengan dasar (v) berkaitan dengan maksud abstrak (vi) maksud yang pelbagai (compositional) (vii) diekspresikan pada pinggir kata (viii) kurang alomorf dasar (ix) tidak menukar golongan kata (x) penyataan berbentuk kumulatif (xi) tidak berulang-ulang (i) tidak relevan terhadap sintaksis (ii) tidak mempunyai kepatuhan nilai ekspresi (iii) pengaplikasian yang terhad (iv) konsep yang baru (v) berkaitan dengan maksud konkrit (vi) maksud tidak pelbagai (noncompositional) (vii) diekspresikan berdekatan dengan akar (viii) mempunyai lebih banyak alomorf dasar (ix) kadang kala menukar golongan kata (x) bukan penyataan yang kumulatif (xi) berkemungkinan berulang-ulang 5 Fleksi atau infleksi merupakan proses penambahan imbuhan pada kata akar atau dasar (Kamus Dewan Edisi Keempat 2015:413)
  • 6. 6 Dalam konteks ini, antara ciri yang ketara bagi membuktikan bahawa kata kerja bahasa Clela ialah kedua-dua kata kerja yang berkala kini dan berkala lepas (walaupun menerima imbuhan akhiran -kV) tidak menunjukkan apa-apa perubahan dari segi golongan kata. Maksudnya, masing-masing tergolong dalam golongan kata yang sama, yakni kata kerja. Infleksi berbeza dengan derivasi yang menukar golongan kata. Misalnya, kata kerja minum, apabila menerima imbuhan akhiran -an, membentuk kata nama minuman dan perkara ini menunjukkan berlaku perubahan dari segi golongan katanya. Namun begitu, perbincangan ini hanya menumpukan terhadap pengimbuhan infleksi kata kerja dalam bahasa Clela. Imbuhan infleksi yang berlaku terhadap kata kerja yang berkala lepas dalam bahasa ini memotivasikan proses-proses fonologi yang terdiri daripada lima iaitu pengimitasian vokal, pemanjangan vokal, pengguguran vokal akhir, metatesis dan asimilasi. Proses-proses fonologi yang berlaku akan dijelaskan dengan menggunakan kerangka teori Fonologi Generatif (1968) dan Teori Autosegmental (1976). 1.2 KOSA KAJIAN-KAJIAN LEPAS TERHADAP BAHASA CLELA Kajian-kajian morfologi yang dilakukan terhadap bahasa ini adalah seperti Hoffman (1967), Dettweiler (2012) dan Rowbory (2009). Hoffman menggariskan sistem golongan kata nama Dakarkari dan menfokuskan hubungan antara imbuhan awalan (prefiks) dan imbuhan akhiran (sufiks). Baba-Waziri (1990) dan Dettweiler (2012) menulis mengenai nahu bahasa ini. Kedua-dua kajian berkenaan menyediakan gambaran terhadap morfologi dan sintaksis bahasa Clela dalam frasa umum dan struktur klausa. Namun demikian, penelitian mereka terhadap struktur morfologi bahasa ini masih lagi sempit. Penelitian Dettweiler (2012) berfokuskan kepada aspek kala akan datang (future tense) bahasa Clela yang terdapat dalam klausa utama dan klausa subordinat sesuatu ayat. Aspek kala akan datang diistilahkan sebagai imperfektif, iaitu perbuatan yang belum selesai dilakukan dan direalisasikan oleh imbuhan awalan t-. Manakala kajian Rowbory (2009) meneliti infleksi kata kerja bahasa ini dan menumpukan terhadap kala, aspek dan modaliti. Seterusnya, kajian Aliero (2015) membahaskan proses-proses morfofonologi yang berlaku terhadap kata nama bahasa ini. Menurut kajian ini, penambahan imbuhan infleksi terhadap akar kata nama, iaitu melibatkan proses penjamakan akan memotivasikan proses-proses fonologi tertentu seperti pengimitasian vokal, metatesis, pemanjangan vokal, pengguguran vokal akhir, dan pengguguran konsonan
  • 7. 7 awal. Perbincangan ini juga akan membahaskan mengenai penambahan imbuhan infleksi -kV terhadap kata kerja bahasa Clela. 1.3 PEMILIHAN DATA Data yang dimanfaatkan dalam perbincangan ini diperolehi melalui tesis doktor falsafah Aliero (2013) yang mengkaji aspek morfologi secara deskriptif bahasa Clela. Data-data yang diterapkan dalam perbincangan ini dikupas dan dijelaskan secara berpada menggunakan dua pendekatan yang dikemukakan oleh Chomsky & Halle (1968) dan Goldsmith (1976). 1.4 PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN Perbincangan terhadap imbuhan infleksi kata kerja dalam bahasa Clela menerapkan dua pendekatan iaitu Fonologi Generatif yang dikembangkan oleh Noam Chomsky dan Morris Halle (1968) dan Teori Autosegmental Linear yang dimajukan oleh Goldsmith (1976). Fonologi Generatif merupakan satu teori yang menyentuh tentang struktur bunyi bahasa. Teori ini terhasil daripada penerapan fonologi bahasa Inggeris dalam buku karya agung Chomsky dan Halle yang berjudul The Sound Pattern of English. Selain itu, teori ini juga dikenali sebagai fonologi generatif linear yang menekankan pendekatan derivasi rumus atau atur rumus (Zaharani 2013). Tujuan fonologi generatif ini ialah menformulasikan kecekapan fonologi intrinsik seseorang penutur sebagai satu sistem rumus yang bertanggungjwab melahirkan representasi fonetik daripada strutur permukaan sintaksis. Manakala Teori Autosegmental (TA) diperkenalkan oleh Goldsmith dalam tesis Ph.Dnya yang bertajuk Autosegmental Phonology pada tahun 1976. Teori ini merupakan satu anjakan daripada fonologi generatif dan terbahagi kepada tiga model iaitu model X, model KV, dan model Mora. Goldsmith memperkenalkan teori non-linear ini dalam menganalisis beberapa bahasa di Afrika dengan menggunakan model X dan model KV. Pada peringkat awal penonjolannya, teori ini diaplikasikan untuk menangani fenomena yang berlaku dalam aspek fonologi, seperti pemanjangan kompensatori, fenomena kontur tona, harmoni vokal, nasalisasi vokal dan sebagainya. Setelah berkembangnya teori ini, ia mula diterapkan kepada aspek morfologi khususnya bagu menangani masalah fenomena yang berhubung morfologi pola dan akar dalam bahasa Semitik, reduplikasi atau penggandaan (Zaharani 2000). Analisis dalam perbincangan ini menerapkan salah satu model yang terdapat dalam Teori Autosegmental, iaitu model X bagi menghurai proses pemanjangan vokal.
  • 8. 8 1.5 HASIL ANALISIS Bahagian ini membincangkan aspek morfofonologi yang berlaku terhadap kata kerja bahasa Clela. Kala lepas dalam bahasa Clela dikenal pasti melalui penambahan imbuhan akhiran /-kV/ kepada kata kerja akar6 . Apabila imbuhan /-kV/ ini diimbuhkan kepada kata kerja akar secara tidak langsung menyebabkan berlakunya proses-proses fonologi tertentu seperti pengimitasian vokal, pemanjangan vokal, pengguguran vokal, metatesis dan asimilasi. Glos yang diberikan dalam perbincangan ini adalah dalam bahasa Inggeris supaya perbezaan antara kala kini dan kala lepas bagi kata kerja bahasa Clela dapat ditunjukkan secara jelas. Selain itu, bahasa Clela juga mempunyai fenomena imbuhan infleksi kata kerja yang sama dengan kata kerja kala lepas bahasa Inggeris. 1.5.1 Pengimitasian vokal Pengimitasian vokal ataupun turut dikenali sebagai harmoni vokal7 . Mengikut Zaharani (1993: 30), harmoni vokal dimaksudkan sebagai bunyi vokal dalam sesuatu suku kata itu mengalami perubahan atau penyesuaian dari segi fitur tertentu disebabkan pengaruh daripada satu vokal satu suku kata lain dalam satu perkataan yang sama. Proses fonologi ini dikategorikan dalam kelas asimilasi atau dengan lebih tepat lagi dalam jenis vokal berasimilasi dengan fitur vokal. Kelas asimilasi bagi harmoni vokal ini dinamakan asimilasi jarak jauh (long distance assimilation) iaitu dua segmen menjadi sama walaupun tidak bersebelahan (Zsiga 2013: 236). Dalam bahasa Clela, segmen vokal akhir bagi kata kerja akar diimitasikan pada kata kerja kala lepas. Antara vokal-vokal yang diimitasi ialah /e/,/a/,/i/,/o/, dan /o/ seperti yang dihitamkan dalam senarai (1) di bawah. Kata Kerja Glos Pengimitasian Vokal Glos (1) a. b竪k辿 jump over b竪k辿-k竪 jumped over b. hw竪r叩 rest/relax hw竪r叩-k rested/relaxed c. m竪g store away m竪g- k stored away d. kw狸d鱈 bend down kw狸d鱈-k狸 bent down e. ky嘆r坦 pierce/bore ky嘆r坦-k嘆 pierced/bored 6 Kata kerja akar merujuk kepada kata kerja asal bahasa Clela yang mempunyai kala kini. 7 Menurut Ellison (1992) antara bahasa lain yang mempamerkan harmoni vokal adalah seperti bahasa Finland (Finnish), Hungari, Turki, pelbagai bahasa Mongolia dan beberapa bahasa Afrika seperti Yoruba dan Okpe.
  • 9. 9 Pengimitasian vokal dalam kata kerja infleksi seperti dalam senarai (1) di atas merupakan ciri umum bagi subgolongan bahasa Niger-Congo. Misalnya, dalam bahasa Igbo, pegimitasian vokal menyebabkan penambahan penanda kala lepas /-rV/ kepada sesetengah kata kerja akar bahasa berkenaan (Iloene 2007; Mbah & Mbah 2012). Bahasa Clela mengalami proses pengimitasian vokal yang sama seperti bahasa Igbo. Pengimitasian yang berlaku menyebabkan berlakunya penambahan penanda kala lepas /-kV/ terhadap kata kerja dasar bahasa ini. Antara vokal-vokal yang diimitasikan dalam segmen vokal akhir kata kerja akar ialah /e/, /a/, /a/, /i/ dan /o/. Di bawah menunjukkan rumus pengimitasian vokal atau harmoni vokal dalam bahasa Clela. (2) V [+H] / __ # 1.5.2 Pemanjangan Vokal Menurut Zsiga (2013:244) suatu segmen panjang boleh menjadi pendek, iaitu merujuk kepada pemendekan vokal, dan segmen pendek boleh menjadi panjang, iaitu merujuk kepada proses pemanjangan vokal. Pemanjangan vokal yang berlaku dalam suatu bahasa dinamakan sebagai pemanjangan kompensatori (compensatory lengthening). Infleksi kata kerja kala lepas bahasa Clela juga melibatkan proses pemanjangan vokal, dan dikenal pasti apabila vokal pendek kata kerja monosilabik diartikulasikan sebagai panjang pada bentuk perfektif. Hal ini berlaku dipengaruhi integriti slot output yang mempunyai strtuktur suku kata KVV KV atau KVK KV. Kata Kerja Glos Perfektif Glos (3) a. hy deny hya-k叩 had denied (statement) b. p炭 boil p炭u-k湛 boiled c. t叩 finish t叩a-k finished/be over d. t坦 leave t坦o-k嘆 left/gone e. w buy wa-k bought f. ky湛 press down ky湛u-k湛 pressed down g. da touch lightly d叩a-k叩 touched lightly h. z坦o forge z坦o-k叩 forged i. pya trim cut away pya-k trimmed cut away j. z嘆l叩 bath z嘆l-k叩 bathed
  • 10. 10 Contoh penggunaan kata kerja kala lepas dalam ayat (4) a. u-too ko he go-PST he has gone b. u waa-ka gwele deede she buy-PST goat yesterday she bought a goat yesterday (5) -V V / __ -kV # t a a / ka # X X X a a a Analisis terhadap pemanjangan vokal menggunakan Model X Teori Autosegmental ditunjukkan dalam (5) di atas. Berdasarkan rumus berikut, vokal pendek dalam kata kerja akar monosilabik mengalami pemanjangan apabila diikuti oleh imbuhan akhiran -kV yang menandakan kala lepas kata kerja dalam bahasa Clela. Dalam contoh analisis di atas, berlaku pemanjangan vokal pendek /a/ dalam kata kerja apabila diimbuhkan imbuhan akhiran -kV (-ka). 1.5.3 Pengguguran Vokal Akhir Pengguguran vokal akhir kata kerja akar hanya beroperasi apabila kata kerja akar tidak mempunyai struktur suku kata KVK KV dan tidak berakhir dengan urutan likuida8 atau nasal9 . Namun begitu, perlu dijelaskan bahawa proses metatesis akan berlaku jika struktur kata kerja terdiri daripada KVK KV dan berkahir dengan urutan nasal atau likuida. Data (6) di bawah menunjukkan pengguguran vokal akhir kerana struktur katanya melanggari syarat struktur suku kata KVK KV, dan tidak berakhir dengan urutan likuida mahupun nasal. Oleh yang demikian, vokal-vokal akhir pada kata kerja akar yang terdiri daripada /a/, /e/ mesti digugurkan. 8 Likuida mewakili istilah yang merujuk kepada bunyi lateral l dan rotik r dalam bahasa-bahasa di dunia dan merupakan bunyi sonoran (Davenport & Hannahs 2013) 9 Antara contoh bunyi nasal dalam bahasa Clela ialah konsonan m dan n
  • 11. 11 Kata kerja Glos Perfektif Glos (6) a. gg叩 tie g叩g-k tied b. h竪n竪 see h辿n-k竪 saw c. b叩lt boil b叩lt-k boiled d. pn throw p叩n-k threw (a stick) e. s叩pt wash s叩pt-k washed (parts of the body) f. d嘆og叩 come back return d嘆og-k但 came back returned g. wkt叩 turn(immediately) wkt-k turned (immediately) Contoh penggunaan kata kerja dalam ayat: (7) a. na gag-ka o akoma we tie-PST his hand We have tied his hand with a rope b. a-u hen-ke me u wakt-ka when-he see-PST me he turn-PST Then he saw me, he immediately turned back c. neta nam-ka hi gyozi-ne woman grind-PST guinea corn red-DET The woman ground the red guinea corn Rumus bagi pengguran vokal /a/ dan /e/ dalam suku kata akhir ditunjukkan seperti berikut: (8) /a/ / __ kV # /e/ / __ kV # 1.5.4 Metatesis Metatesis merupakan istilah Greek bermaksud transposisi atau bertukar tempat iaitu di mana dua segmen bertukar susunan, kebanyakannya dalam bentuk bunyi atau suku kata. (Zsiga 2013). Secara umumnya, metatesis terbahagi kepada dua jenis iaitu: i. Metatesis hampir (Adjacent metathesis/local metathesis) ii. Metatesis jarak jauh (Non-adjacent metathesis/long-distance metathesis)
  • 12. 12 Metatesis hampir (adjacent methatesis or local methathesis) melibatkan penukaran dua atau lebih bunyi yang berhampiran manakala metatesis jarak jauh (Non-adjacent metathesis/long-distance methatesis) pula melibatkan dua atau lebih penukaran bunyi yang berjauhan, Namun begitu, hanya metatesis jenis hampir (adjacent metathesis/local methatesis) sahaja yang ditemukan dalam kata kerja bahasa Clela. Syarat bagi metatesis hampir berlaku dalam bahasa Clela dengan syarat akar kata kerja bermula dengan struktur (K)VK dan suku kata terakhir berakhir dengan urutan nasal/likuida-vokal10 . Kata kerja Glos Perfective Glos (9) la> al a. bkl叩 lock b叩k叩l-k locked (gate door) b. w叩kl rot wk叩l-k rotted completely c. k竪kl辿 laugh k竪k叩l-k竪 laughed ma> am d. kw鱈rm subside/extinguish kw鱈r叩m-k subsided/extinguished e. g坦nm slap g坦n叩m-k slapped f. m叩cm improve m叩cm-k improved (in health) g. t坦rm嘆 gulp swallow t坦r叩m-k gulped swallowed na> an h. r坦bn play r嘆b叩n-k played i. r坦kn become mature r嘆k叩n-k became matured ra> ar j. b叩kr split b叩k叩r-k split (into pieces) k. p叩tr twist together pt叩r-k twisted together Contoh penggunaan kata kerja yang berkala kini dan kala lepas dalam ayat (10) dan (11): (10) a. u bakla dgweda he lock-PRT door/gate He locks the door gate (11) b. u bakal-ka dgweda he lock-PST door/gate He locked the door 10 Proses metatesis ini juga turut berlaku dalam penjamakan kata nama bahasa Clela. Sebagai contoh, ma > am, iaitu /srm + n/ berubah menjadi output [srmn] (Aliero 2015)
  • 13. 13 (12) /g坦nm + kV/ INPUT /gonm + k/ [g坦n叩mk] METATESIS Deskripsi Struktural /g o n m + k / g 坦 n 叩 m k 1 2 3 4 5 6 7 1 2 3 5 4 6 7 OUTPUT : [g坦n叩mk] Kala lepas Rumus (12) di atas mewakili metatesis hampir yang berlaku apabila urutan suku kata akhir KV dalam kata kerja akar bertukar menjadi VK sebelum imbuhan akhiran -kV. Metatesis bagi urutan nasal/likuida-vokal dalam senarai (9) seperti [la] dan [al], [ma] dan [am], [na] dan [an], [ra] dan [ar] menunjukkan pola sonoran merupakan ciri kebahasaan bahasa Clela. Selain itu, Aliero (2015) mendakwa vokal [a] dan [u] mendahului likuida atau nasal [m] dan [l] dalam metatesis kerana vokal lebih sonoran berbanding likuida dan nasal. 1.5.5 Asimilasi Schane (1992) menjelaskan bahawa asimilasi sebagai perubahan bunyi konsonan atau vokal yang dipengaruhi oleh segmen berhampiran, biasanya yang konsonan atau vokal yang bersebelahan dengan segmen berkenaan. Sesuatu konsonan itu mungkin mengambil fitur daripada sesuatu vokal, sesuatu vokal mungkin mengambil fitur daripada sesuatu konsonan, satu konsonan mungkin mempengaruhi konsonan yang lain, atau satu vokal mungkin memberi kesan kepada vokal yang lain. Dalam pada itu, Bickel dan Nichols (2007) berpendapat proses asimilasi merupakan ciri yang kerap dalam rangkaian morfologi, iaitu melibatkan penyebaran fitur fonologi merentasi sempadan pembentukan kata. Dalam bahasa Clela, asimilasi bersuara berlaku apabila imbuhan akhiran /-kV/ diimbuhkan kepada kata kerja akar yang mempunyai suku kata akhir bunyi velar bersuara /-gV/. Dengan kata lain, apabila kata kerja akar berakhir dengan konsonan velar bersuara /-gV/ sebelum penanda kala lepas, dua proses morfofonologi yang berlaku yakni pengguguran vokal dan asimilasi konsonan. Kata Keja Glos Perfektif Asimilasi Glos (13) a. b湛g-湛 fly b湛g-k湛 b湛kk湛 flew b. h竪g-辿 give away h竪g-k辿 h竪kk辿 gave way
  • 14. 14 c. k湛g-炭 bend down k湛g-k炭 k湛kk炭 bent down d. m嘆g-嘆 borrow m坦g-k嘆 m坦kk嘆 borrowed e. s嘆g-坦 insert s嘆g-k坦 s嘆kk坦 inserted f. v湛g-湛 uproot v湛g-k湛 v湛kk湛 uprooted g. mg- offer mg-k mkk offered h. z嘆g- pack z嘆g-k z嘆kk packed Berdasarkan data di atas, pengguguran vokal pada suku akhir berlaku dahulu sebelum berlakunya proses asimilasi konsonan. Antara vokal-vokal yang digugurkan ialah /u/, /e/, /o/, dan /a/. Berikut menunjukkan analisis rumus bagi pengguguran vokal dalam suku kata akhir bahasa Clela. (14) /u/ / _ kV # /e/ / _ kV # /o/ / _ kV # /a/ / _ kV # Setelah berlakunya proses pengguguran vokal tersebut, proses asimilasi konsonan pula yang berlaku. Proses asimilasi konsonan terjadi apabila konsonan bersuara /g/ berasimilasi dengan konsonan tak bersuara /k/. Hal ini berlaku disebabkan rangkap konsonan /k/ seperti dalam contoh [b湛kk湛] itu bersesuaian dari segi penyuaraan. Rumus bagi proses asimilasi konsonan berkenaan ditunjukkan seperti dalam rumus (15) di bawah: (15) /g/ [k] / __ kV# 1.6 KESIMPULAN Perbincangan ini telah membahaskan infleksi kata kerja dalam bahasa Clela. Apabila berlakunya pengimbuhan infleksi dalam kata kerja dasar, secara tidak langsung mengaktifkan proses-proses fonologi seperti pengimitasian vokal, pemanjangan vokal, pengguguran vokal akhir, metatesis dan juga asimilasi. Proses-proses fonologi yang berlaku dihuraikan menggunakan pendekatan teori agar mencapai kepadaan eksplanatori yang tinggi. Selain itu, perbincangan ini membuktikan bahawa bahasa Clela mempunyai nilai infleksi dan mengukuhkan dakwaan-dakwaan para pengkaji lepas yang telah meneliti infleksi kata kerja bahasa ini.
  • 15. 15 RUJUKAN Aliero, M.A. 2013. Aspects of The Morphology of Clela. Tesis Sarjana, University of Ghana. Aliero, M. A. 2015. Morphophonological Processes of the Clela Noun. Ghana Journal of Linguistics 4 (1): 1-14. Asmah Haji Omar. 2015. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Baba-Waziri, Ibrahim (1992). A Historical Sketch of Clela. In Ayo Bomgboshe, Language and Contact in Africa. (LICCA, Nigeria). Ibadan: University of Ibadan. Dettweiler, Stephen H. 2012. Clela Grammar Sketch. Manuscript. Zuru. Dettweiler, S. 2012. Future Time in Clela, a Kainji Language of Nigeria. World Congress of African Linguistics. Davenport, M & Hannah, S.J. 2013. Introducing Phonetics and Phonology. NewYork: Routledge. Chomsky, N. A & Halle, M. 1968. The Sound Pattern of English. New York:Harper and Row. Ellison, T.M. 1992. Learning Vowel Harmony. https://pdfs.semanticscholar.org/df61/ 045868969de58e7c9a697bdc76f375c91bb7.pdf?_ga=2.163953782.81534020.149706 4472-1366449969.1495376178 [10 Jun 2017]. Goldsmith, J. 1976. Autosegmental Phonology. Tesis Sarjana, Massachusetts Institute of Technology. Haspelmath, M & Sims A, D. 2013. Understanding Morphology. New York: Routledge. Payne, T. 1997. Describing Morphosyntax. Cambridge: University Press. Iloene, Modesta I. 2007. Igbo Morphology. Dlm O. Yusuf (pnyt.) Basic Linguistics for Nigerian Languages Teachers. Port Harcourt: M. and J. Grand Orbit Communications, 181-194. Kamus Dewan Edisi Keempat. 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mbah, Boniface M. and Mbah Evelyn E. 2012. Phonological Features of Verb Compounds in Igbo. Journal of West African Languages, XXXIX.2:99-114 Rowbory, Jonathan. David. 2009. A Focussed Study of Clela Verb Inflection. Tesis Sarjana Nairobi Evangelical Graduate School of Theology. Schane, S.A. 1992. Fonologi Generatif. Terj.Zaharani Ahmad & Nor Hashimah Jalaluddin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Survey Department, Language Development Facilitators Nigeria. The Languages of Nigeria. Map (paper and electronic). Prod. Nigeria Bible Translation Trust. Jos: SIL International, April 2014. Zaharani Ahmad. 1993. Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaharani Ahmad. 2000. Penggandaan Separa Bahasa Melayu: Satu Analisis Autosegmental. Jurnal Dewan Bahasa 44 (7): 722-736. Zaharani Ahmad. 2013. Aspek Fonologi Bahasa Melayu daripada Derivasi Rumus kepada Tatatingkat Kekangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zsiga, E. C. 2013. The Sounds of Language: An Introduction to Phonetics and Phonology. West Sussex: Wiley-Blackwell.