Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2 shikinabdaziz
油
Rangkaian pengajaran harian bahasa Melayu untuk tingkatan 2 membahas strategi pengajaran sajak "Warkah Kepada Generasi" melalui diskusi kelompok, pembacaan dan pembentangan kreatif mengenai makna dan pesan sajak tersebut menggunakan peralatan teknologi.
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah - SJHK3063FaFai S.
油
Sejarah ialah mata pelajaran teras yg wajib dipelajari oleh semua murid dlm KSSR melalui tahun 4 tahap 2.
Tujuan : menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran sejarah agar murid peroleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran sejarah.
Kurikulum sejarah bertujuan utk menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dlm pelaksanaannya di dlm dan di luar bilik darjah.
Matlamat kurikulum pendidikan sejarah : murid memahami tangkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yg patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.
- Peta Pemikiran merupakan satu set teknik penyusunan grafik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Peta Pemikiran dapat membantu murid melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis.
- Terdiri daripada 8 :
1. Peta Bulatan (The Circle Map)
2. Peta Buih (The Bubble Map)
3. Peta Buih Berganda (The Double Bubble Map)
4. Peta Pokok (The Tree Map)
5. Peta Dakap (The Brace Map)
6. Peta Alir (The Flow Map)
7. Peta Pelbagai Alir (The Multi Flow Map)
8. Peta Titi (The Bridge Map)
Rancangan pengajaran individu ( rpi ) kump 1Nurul Hanie
油
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah program yang dirancang khusus untuk memenuhi kebutuhan pembelajaran murid-murid berkebutuhan khusus. RPI dirancang oleh tim yang terdiri dari guru, orang tua, dan profesional terkait untuk menetapkan tujuan, strategi pengajaran, dan kriteria penilaian bagi setiap murid. Tujuan utama RPI adalah memfasilitasi proses pembelajaran murid secara efektif.
Dokumen tersebut memberikan peraturan dan petunjuk tentang acara lari berpagar dan lari berhalangan, termasuk jarak standar, jumlah dan jarak pagar/halangan, ketinggian pagar, dan cara melompat pagar/halangan yang benar.
Etika profesional keguruan membahasakan tanggung jawab guru terhadap pelajar, diri sendiri, sekolah, masyarakat, dan profesi keguruan. Guru bertanggung jawab untuk mengajar dengan baik, menjadi teladan yang baik, dan memastikan kemajuan pelajar, serta berperanan dalam pembangunan sekolah dan masyarakat. Akauntabilitas keguruan adalah penting untuk meningkatkan martabat profesi pendidikan.
Dokumen tersebut memberikan panduan mengenai asas-asas merejam lembing, termasuk teknik memegang dan merejam lembing, latihan asas, keselamatan, peraturan pertandingan, dan spesifikasi lembing. Dokumen tersebut memberikan informasi mengenai langkah-langkah dasar untuk mempelajari sukan merejam lembing.
Dokumen tersebut merangkum sejarah dan peraturan lontar peluru, termasuk kawasan pertandingan, cara mengukur jarak lontaran, fizikal peluru, fasa-fasa lontar, gaya-gaya lontar, dan latihan yang perlu dilakukan. Ia juga membincangkan peraturan pertandingan dan kategori umur peserta.
Ringkasan dokumen tersebut adalah:
(1) Ucapan adalah bentuk komunikasi sehala dimana penonton hanya mendengar, dan biasanya terdapat dalam majlis-majlis khas;
(2) Terdapat beberapa jenis ucapan seperti rasmi dan tidak rasmi, dengan ciri-ciri tertentu seperti bahasa mudah difahami dan struktur yang jelas;
(3) Format ucapan mesti memiliki unsur pembukaan, isi, dan penutup.
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019RAMLAH BINTI A. RANI
油
Manual ini khusus untuk panduan sahaja. Calon tidak dibenarkan sama sekali menyalin atau meniru contoh esei yang terdapat dalam manual ini. Semua maklumat dalam manual ini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran Majlis Peperiksaan Malaysia.
- Peta Pemikiran merupakan satu set teknik penyusunan grafik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Peta Pemikiran dapat membantu murid melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis.
- Terdiri daripada 8 :
1. Peta Bulatan (The Circle Map)
2. Peta Buih (The Bubble Map)
3. Peta Buih Berganda (The Double Bubble Map)
4. Peta Pokok (The Tree Map)
5. Peta Dakap (The Brace Map)
6. Peta Alir (The Flow Map)
7. Peta Pelbagai Alir (The Multi Flow Map)
8. Peta Titi (The Bridge Map)
Rancangan pengajaran individu ( rpi ) kump 1Nurul Hanie
油
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah program yang dirancang khusus untuk memenuhi kebutuhan pembelajaran murid-murid berkebutuhan khusus. RPI dirancang oleh tim yang terdiri dari guru, orang tua, dan profesional terkait untuk menetapkan tujuan, strategi pengajaran, dan kriteria penilaian bagi setiap murid. Tujuan utama RPI adalah memfasilitasi proses pembelajaran murid secara efektif.
Dokumen tersebut memberikan peraturan dan petunjuk tentang acara lari berpagar dan lari berhalangan, termasuk jarak standar, jumlah dan jarak pagar/halangan, ketinggian pagar, dan cara melompat pagar/halangan yang benar.
Etika profesional keguruan membahasakan tanggung jawab guru terhadap pelajar, diri sendiri, sekolah, masyarakat, dan profesi keguruan. Guru bertanggung jawab untuk mengajar dengan baik, menjadi teladan yang baik, dan memastikan kemajuan pelajar, serta berperanan dalam pembangunan sekolah dan masyarakat. Akauntabilitas keguruan adalah penting untuk meningkatkan martabat profesi pendidikan.
Dokumen tersebut memberikan panduan mengenai asas-asas merejam lembing, termasuk teknik memegang dan merejam lembing, latihan asas, keselamatan, peraturan pertandingan, dan spesifikasi lembing. Dokumen tersebut memberikan informasi mengenai langkah-langkah dasar untuk mempelajari sukan merejam lembing.
Dokumen tersebut merangkum sejarah dan peraturan lontar peluru, termasuk kawasan pertandingan, cara mengukur jarak lontaran, fizikal peluru, fasa-fasa lontar, gaya-gaya lontar, dan latihan yang perlu dilakukan. Ia juga membincangkan peraturan pertandingan dan kategori umur peserta.
Ringkasan dokumen tersebut adalah:
(1) Ucapan adalah bentuk komunikasi sehala dimana penonton hanya mendengar, dan biasanya terdapat dalam majlis-majlis khas;
(2) Terdapat beberapa jenis ucapan seperti rasmi dan tidak rasmi, dengan ciri-ciri tertentu seperti bahasa mudah difahami dan struktur yang jelas;
(3) Format ucapan mesti memiliki unsur pembukaan, isi, dan penutup.
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019RAMLAH BINTI A. RANI
油
Manual ini khusus untuk panduan sahaja. Calon tidak dibenarkan sama sekali menyalin atau meniru contoh esei yang terdapat dalam manual ini. Semua maklumat dalam manual ini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran Majlis Peperiksaan Malaysia.
Komunikasi Saintifik merupakan kursus kemahiran maklumat yang memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai sumber-sumber maklumat yang terdapat di perpustakaan seperti katalog GEMILANG, Portal e-Jurnal, dan repositori institusi. Pelajar turut didedahkan kepada kaedah pencarian tajuk perkara melalui sumber rujukan pengkatalogan iaitu Library of Congress Subject Headings. Kursus ini memerlukan pelajar membuat tugasan berdasarkan kandungan sesi pembelajaran.
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan bulig95547989
油
2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf
1. TERHAD
TERHAD
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu
(Penulisan Esei Ilmiah)
Semester 3
PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk panduan sahaja. Semua maklumat dalam manual ini tidak boleh
diterbitkan semula tanpa kebenaran Majlis Peperiksaan Malaysia.
Manual ini terdiri daripada 11 halaman bercetak.
息 Majlis Peperiksaan Malaysia 2023
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
2. TERHAD
2 TERHAD
Panduan Penulisan Esei Ilmiah Bahasa Melayu
Senarai kandungan
Senarai kandungan mestilah lengkap, disusun mengikut turutan, dan menepati halaman.
Penghargaan
(a) Penghargaan mestilah mengandungi maklumat lengkap mengenai nama individu, badan-badan
tertentu, atau pihak yang terlibat dalam proses penulisan esei ilmiah.
(b) Maklumat berkenaan mestilah tersusun kemas mengikut turutan daripada yang paling penting
kepada yang kurang penting.
1.0 PENGENALAN
Dalam bahagian ini akan dihuraikan aspek latar belakang kajian dan definisi konsep.
1.1 Latar Belakang
(a) Latar belakang kajian hendaklah berkaitan dengan tajuk.
(b) Latar belakang kajian hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya satu pernyataan
masalah atau isu kajian.
(c) Panjang latar belakang kajian antara 1-1遜 halaman.
1.2 Definisi Konsep
Definisi konsep hendaklah diambil daripada rujukan yang berwibawa (termasuk pendapat
tokoh).
2.0 OBJEKTIF KAJIAN (Setiap esei ilmiah mesti mengandungi objektif kajian)
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:
(a) Pelajar mestilah menyatakan objektif kajian, bukan objektif penulisan.
(b) Objektif mestilah khusus, boleh diukur, dan boleh dicapai.
(c) Pelajar mestilah memberikan dua atau tiga objektif kajian sahaja.
(d) Objektif yang ditulis mestilah menggunakan kata kerja berdasarkan
Taksonomi Bloom, contohnya mengenal pasti, mengumpul dan
mengelaskan, menjelaskan, menghuraikan, membincangkan,
membandingkan, membezakan, menilai, memberi pandangan, mengkritik,
mencipta/menghasilkan, merumus, dan sebagainya.
(e) Penulisan objektif kajian mestilah menggunakan sistem abjad, iaitu (a), (b), (c) dan seterusnya.
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini adalah untuk...
(a) Pelajar mesti mengemukakan dua atau tiga kepentingan kajian (bergantung kepada tajuk
kajian).
(b) Pelajar perlu menyatakan kegunaan hasil kajian, contohnya:
(i) Untuk menambah dokumentasi
(ii) Untuk dijadikan sebagai sumber rujukan
(iii) Untuk dijadikan panduan dalam pengajaran
(c) Kepentingan kajian mestilah realistik dengan kajian pelajar.
Apakah kegunaan hasil kajian?
Pernyataan objektif mesti mengandungi
ayat pendahuluan.
Pernyataan kepentingan mesti mengandungi ayat pendahuluan.
Apakah yang hendak
dikaji?
3. TERHAD
3 TERHAD
4.0 SKOP KAJIAN
Pernyataan tentang perkara yang difokuskan dalam kajian.
Contohnya: Fokus kajian adalah pada aspek vokal.
5.0 BATASAN KAJIAN
(a) Pernyataan tentang had data
(b) Batasan dari segi lokasi kajian
(c) Batasan dari segi tempoh/masa
(d) Batasan dari segi informan/responden/subjek:
dari segi asal/jantina/tempat tinggal/pendidikan
6.0 KAEDAH KAJIAN (bergantung kepada tajuk dan kesediaan pelajar)
Dalam bahagian ini, kaedah pemerolehan data dan kaedah penganalisisan data akan dihuraikan.
6.1 Pemerolehan Data
Pelajar mestilah menjelaskan cara data dikumpulkan, contohnya: Merakamkan perbualan
orang Negeri Sembilan.
(a) Kaedah Lapangan
(i) Teknik pemerhatian
Kaedah ini boleh digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini digunakan
untuk memerhatikan perlakuan individu atau kumpulan orang atau kawasan yang
dikaji.
(ii) Teknik temu bual
Kaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah
secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan atau pangkat dalam
sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat. Temu bual ini menyentuh maklumat
yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus. Temu bual secara tidak formal ialah temu
bual yang diadakan dengan orang persendirian. Kaedah ini kebiasaannya
menggunakan alat perakam suara untuk merakam perbualan dan kemudiannya hasil
rakaman itu digunakan untuk menganalisis temu bual tersebut.
(iii) Teknik soal selidik
Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat
dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan calon
menjalankan kajian mereka. Calon boleh mereka bentuk borang soal selidik yang
sesuai dengan tajuk kajian dan memenuhi objektif kajian. Borang itu boleh diedarkan
secara rawak kepada responden di kawasan kajian.
(iv) Teknik rakaman
Pelajar boleh mendapatkan data dengan cara merakam perbualan dengan responden/
subjek.
(b) Kaedah Analisis Teks/Kandungan
(i) Analisis teks
Analisis teks ialah suatu kaedah penyelidikan berteraskan proses menganalisis
kehidupan sosial dengan mentafsirkan kata-kata dari dokumen teks. Analisis ini
digunakan untuk memperoleh data segar mengenai sesuatu gejala dalam masyarakat
berdasarkan pemerhatian melalui teks/kandungan sesuatu bahan. Antara contoh
dokumen teks yang biasanya menjadi data yang digunakan dalam analisis ini adalah
seperti buku, majalah, surat khabar, surat, laporan, dan risalah. Analisis boleh
dijalankan melalui kaedah manual atau melalui janaan komputer.
Apakah yang ingin dibuat dalam kajian?
Apakah had/batasan kajian?
Huraian kaedah kajian
mesti mengandungi ayat
pendahuluan.
4. TERHAD
4 TERHAD
(ii) Analisis kandungan
Analisis kandungan ialah kaedah penyelidikan berteraskan proses menganalisis
kehidupan sosial dengan mentafsirkan kata-kata dan imej dari dokumen teks dan
sebarang dokumen lain yang dapat membekalkan maklumat teks, seperti filem, seni,
muzik, produk budaya, dan pelbagai media, (contohnya media sosial). Seperti analisis
teks, analisis kandungan juga boleh dijalankan melalui kaedah manual atau melalui
janaan komputer.
(c) Analisis korpus
Analisis korpus ialah kaedah penyelidikan berteraskan proses menganalisis kehidupan
sosial dengan mentafsirkan kata-kata dari dokumen teks berasaskan janaan komputer
secara khusus. Data diperoleh daripada pangkalan data korpus yang besar (dikenali sebagai
data raya) yang boleh didapati secara percuma ataupun secara berbayar. Antara contoh
pangkalan data korpus percuma yang boleh digunakan adalah seperti data daripada
pangkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka, data klasik daripada pangkalan Malay
Concordance Project, data peribahasa dan pantun daripada laman web ATMA
(malaycivilization.com), serta data terbuka daripada laman web webcorp.com. Setiap
pangkalan data membekalkan berbilion kata daripada pelbagai data teks, seperti teks buku,
majalah, surat khabar, surat, laporan, dan risalah. Berbanding menggunakan kaedah
manual, kaedah analisis korpus berasaskan janaan komputer ini sangat memudahkan proses
memperoleh dan menganalisis data kerana kaedah ini membantu pengkaji mengenal pasti
data, mendapatkan data, dan menstruktur data dengan lebih mudah, untuk membantu
kerja-kerja penganalisisan data. Penggunaan data korpus akan membantu pengkaji untuk
memperoleh data yang banyak, contoh terbaik yang banyak, statistik data yang dapat
menggambarkan fenomena kebahasaan yang lebih baik, dan melancarkan proses analisis
kerana dibantu oleh data yang alami (natural) yang dapat mewakili bahasa penggunana
sebenar.
6.2 Penganalisisan Data
Pelajar mestilah menjelaskan cara data dianalisis, contohnya: Data akan dianalisis dengan
mempersembahkan perkataan-perkataan dalam jadual. Kekerapan dan min digunakan untuk
menganalisis data.
7.0 DAPATAN KAJIAN
Dalam bahagian ini akan dihuraikan dapatan kajian.
(a) Persembahan dapatan kajian mestilah berdasarkan susunan objektif kajian
(b) Pernyataan tentang dapatan yang di luar objektif kajian yang ditetapkan
(c) Menyatakan sama ada objektif kajian itu dicapai atau tidak
8.0 RUMUSAN KAJIAN
Pelajar dikehendaki membuat kesimpulan tentang fakta daripada dapatan kajian. Pelajar seharusnya
merumuskan fakta daripada dapatan kajian, bukannya menyenaraikan fakta itu semula.
9.0 PENUTUP
(a) Menyimpulkan kajian secara keseluruhannya
(b) Menyatakan saranan untuk kajian selanjutnya/seterusnya
Huraian dapatan kajian mesti
mengandungi ayat pendahuluan.
5. TERHAD
5 TERHAD
BIBLIOGRAFI (Tajuk ini tidak perlu diberikan nombor.)
(a) Penulisan bibliografi mestilah mengikut Gaya Dewan (rujuk Lampiran 1).
(b) Pelajar hendaklah menyatakan sekurang-kurangnya lima rujukan.
(c) Bibliografi boleh terdiri daripada
(i) buku
(ii) artikel
(iii) e-book dan jurnal dalam talian
(d) Pelajar boleh menggunakan sumber Internet yang berwibawa, iaitu mengandungi
(i) nama penulis/pengarang
(ii) tahun/tarikh
*Contoh sumber Internet yang tidak berwibawa: Wikipedia
NOTA AKHIR (Tajuk ini tidak perlu diberikan nombor.)
LAMPIRAN (Tajuk ini tidak perlu diberikan nombor.)
Peringatan:
Jika esei ilmiah calon tidak mengandungi komponen OBJEKTIF KAJIAN, METODOLOGI KAJIAN,
dan DAPATAN KAJIAN, calon akan GAGAL.
6. TERHAD
6 TERHAD
PANDUAN PENULISAN BIBLIOGRAFI
1 Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis, editor, atau penyusun
(b) Tahun terbit
(c) Judul
(d) Bilangan jilid
(e) Edisi dan terbitan
(f) Tempat terbit
(g) Nama penerbit
Format:
Nama, Tahun. Judul buku. Tempat terbit: Penerbit.
Contoh: Oleh seorang penulis
A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Contoh: Oleh dua orang penulis
Mohd Baidi Bahari dan Rahmat Awang, 1989. Panduan Mengguna Ubat.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Contoh: Oleh tiga orang penulis
Anderson, J., Durston, Berry H. dan Poole, Millicent, 1971. Thesis and
Assigment. Edisi Kedua. New Delhi: Wiley Eastern Private Limited.
Contoh: Oleh lebih daripada tiga orang penulis
Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan
Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Contoh: Rujukan sekunder
Hasmidar Hassan. Penginterpretasian Peribahasa dan Hubungannya dengan Kemahiran
Berfikir: Analisis Berdasarkan Teori Relevans. Dalam Jurnal Bahasa 16:1, 94-119,
2016.
2. Karya Terjemahan
Maklumat dan susunan adalah seperti untuk karya asli dengan tambahan.
(a) Nama penterjemah
(b) Keterangan bahasa teks asal dalam tanda kurung
Contoh:
Arena Wati, 1992. Wheels Within Wheels. Diterjemah oleh Hawa Abdullah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Melayu)
Morgan, Sally, 1992. Merunut Akar. Diterjemah oleh Ajikik. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Inggeris)
Lampiran 1
7. TERHAD
7 TERHAD
3. Kamus dan Ensiklopedia
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Judul
(b) Jilid
(c) Tahun
(d) Edisi dan cetakan
(e) Tempat terbit
Contoh:
Kamus Dwibahasa, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 1, 1995. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Karya yang diusahakan oleh Badan, Institusi, atau Jawatankuasa
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama negeri
(b) Nama Badan atau Institusi atau Jawatankuasa
(c) Tahun terbit
(d) Judul
(e) Tempat terbit
(f) Nama penerbit
Contoh:
Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 1994. Laporan Ekonomi
1994/1995. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993. Laporan Tahunan 1993. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Majalah
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis
(b) Tajuk rencana
(c) Kata singkatan dlm.
(d) Judul majalah
(e) Bilangan keluaran
(f) Jilid
(g) Halaman
(h) Tarikh terbit
Contoh:
Kemala. Gagasan Hadiah Sastera ASEAN dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm.
142-143, Mac 1977.
8. TERHAD
8 TERHAD
6. Jurnal
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis
(b) Tajuk rencana
(c) Kata singkatan dlm.
(d) Judul jurnal atau kependekannya yang popular penggunaannya
(e) Jilid
(f) Bilangan keluaran
(g) Halaman
(h) Tarikh terbit
Contoh:
Abdullah Yusoff. Fikiran, Persekitaran, dan Pembentukan Isyarat Orang Pekak.
Dlm. Jurnal Dewan Bahasa 39:7, hlm. 587-596, Julai 1995.
Zaba, Modern Development dlm. JMBRAS 12:3, hlm. 142-162, 1940.
7. Surat khabar atau Buletin
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis
(b) Tajuk rencana
(c) Kata singkatan dlm.
(d) Nama surat khabar atau buletin
(e) Tarikh terbit
Contoh:
Zaharuddin Mohd. Ali. PM: Maju Tanpa Mengorbankan Moral
dlm. Utusan Malaysia, 21 April 1995.
8. Monograf
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis, editor, atau penyusun
(b) Tahun terbit
(c) Judul
(d) Nama siri
(e) Jilid
(f) Bilangan
(g) Tempat terbit
(h) Penerbit
Contoh:
Khalid M. Hussain dan N. Siahaan (ed.), 1979. Sumbangan Prof. J. Gonda
terhadap Penyelidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. (Penerbitan Ilmiah no. 3).
9. TERHAD
9 TERHAD
8. Latihan Ilmiah
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis
(b) Tahun
(c) Tajuk
(d) Peringkat pengajian
(e) Tempat
Contoh:
Kamaruzzaman Abdul Kadir, 1975. Dunia Kemala dalam Timbang Terima dan
Meditasi. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Sastera. Jabatan Pengajian Melayu,
Universiti Malaya.
9. Kertas Data
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis
(b) Tahun
(c) Tajuk
(d) Jenis bahan
(e) Tempat
(f) Bentuk bahan dalam tanda kurung
Contoh:
Sanat Md. Nasir, 1979. Bentuk Pasif Bahasa Malaysia: Satu Kajian Polar
Keseringan dan Struktur. Kertas data. Jabatan Pengajian Melayu,
Universiti Malaya. (Stensilan).
10. Kertas Kerja
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis
(b) Tahun
(c) Tajuk
(d) Jenis bahan
(e) Nama seminar, persidangan, kursus, bengkel
(f) Tempat
(g) Tarikh
Contoh:
Othman Putih, 1991. Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang: Pencapaian dan
Arah Masa Depan. Kertas kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua.
Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991.
10. TERHAD
10 TERHAD
11. Nota Ceramah, Kuliah, atau Syarahan
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama pensyarah
(b) Tahun
(c) Tajuk
(d) Sumber nota
(e) Tempat
(f) Tarikh
Contoh:
Artwood, Joyce, 1986. Editors in Publishing. Kumpulan nota ceramah yang
disampaikan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 20-24 Mei 1986.
12. Wawancara
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Bahan berakam
Contoh:
Wawancara secara rakaman antara penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku
Setiausaha Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian
Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka,
pada jam 11 pagi, 15 Disember 1980.
(b) Bahan tidak berakam
Contoh:
Wawancara secara bebas antar penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku
Setiausaha Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian
Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, pada jam 11
pagi, 15 Disember 1980.
13. Bahan Alat Pandang Dengar (APD)
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Tajuk
(b) Tahun
(c) Bentuk bahan dalam tanda kurung
(d) Nama pengarah
(e) Tempat terbit
(f) Penerbit
(g) Bilangan bahan
(h) Tempoh
(i) Lokasi
Contoh:
Pentas Opera, 1989. (Pita video). Zakaria Ariffin (Pengarah). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. 1 pita:130 min:VHS.
Amok, 1995. (Filem). Adman Salleh (Pengarah). Kuala Lumpur: Nizarman (M)
Sdn. Bhd.
Lagu-lagu Nyanyian oleh Kumpulan Harmoni, 1981. (Pita kaset). Kuala Lumpur:
EMI (Malaysia). 1 pita: 60 min.
11. TERHAD
11 TERHAD
14. Bahan Internet
Penulisan rujukan bahan dari sumber Internet mestilah mengandungi maklumat seperti yang
berikut:
1. Nama pengarang
2. Tahun
3. Tarikh dicapai
4. Alamat laman sesawang
Contoh:
Hasmidar Hassan. Penginterpretasian Peribahasa dan Hubungannya dengan Kemahiran
Berfikir: Analisis Berdasarkan Teori Relevans. Dalam Jurnal Bahasa 16:1, 94-119,
2016. Diakses pada 27 Mac 2018, daripada http://www.mycite.my/en/advanced-
search/result
Wan Kamal Mujani dan Noranizah Yusuf. 2010. Islam dan missionari di Sarawak: Kesan
terhadap pendidikan pada zaman Crown Colony 18411941. Sosiohumanika 3(2):
219242. Diakses pada 26 Mac 2012, daripada
http://www.sosiohumanikajpssk.com/sh_files/File/05.wan.ukm. sosio.nov.2010.pdf
15. Contoh Penulisan Bibliografi
BIBLIOGRAFI
Buku
Anderson, J., Durston, Berry H. dan Poole, Millicent, 1971. Thesis and Assignment. Edisi Kedua. New
Delhi: Wiley Eastern Private Limited.
Arena Wati, 1992. Wheels Within Wheels. Diterjemah oleh Hawa Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Melayu)
A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Jurnal/Makalah dalam Jurnal:
Noriah Mohamed dan Hasnida Chekha. 2009. Jenis dan penggunaan kata ganti nama diri dalam bahasa
Urak Lawoi di Pulau Lipek, Thailand. Jurnal Bahasa 9(1): 7599.
Bahan Internet:
Wan Kamal Mujani dan Noranizah Yusuf. 2010. Islam dan missionari di Sarawak: Kesan terhadap
pendidikan pada zaman Crown Colony 18411941. Sosiohumanika 3(2): 219242. Diakses pada 26
Mac 2012, daripada http://www.sosiohumanikajpssk.com/sh_files/File/05.wan.ukm.
sosio.nov.2010.pdf