BANDAR GEMILANG : BANDAR BARU BANGI DAN KAJANG
AHLI KUMPULAN:
AIDA RASYIQAH BINTI ZULKIFLI (A156110)
NOOR SYAHIZAN BINTI MOHD ASHRI (A155520)
HAJAR ASYIKIN BINTI MOHAMMAD ZOLKARNAIN (A160833)
LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
Ahli Kumpulan:
Intan Syazana binti Hazuki (A158650)
Nur Ain Nadhirah binti Mohamad Yusof (A157899)
Siti Noor Radiah binti Ismail (A160074)
Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut:
Dokumen tersebut membahas pelaksanaan Agenda Tempatan 21 di Bandar Baru Bangi, termasuk penilaian dan cadangan untuk meningkatkan lingkungan alam sekitar, pembangunan ekonomi, dan kesejahteraan masyarakat. Beberapa masalah yang diidentifikasi adalah pencemaran udara, jalan raya berlubang, potensi pelancongan yang belum dimanfaatkan, serta kemudahan awam
2. LATAR BELAKANG BANDAR BARU BANGI
• Bandar Baru Bangi berasal daripada sebuah ladang kelapa sawit, West Country Estate yang berkeluasan 5,118 ekar dan mula dibangunkan pada
tahun 1974 setelah proses pengambilan tanah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan mulai tahun 1972-1978. Proses
pengambilannya dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan seksyen 1 yang melibatkan pembinaan rumah kos rendah, sederhana
dan tinggi yang berjumlah 200 unit. Kerja-kerja membangunkan kawasan ini berakhir pada 2007, dengan pembinaan 11,040 unit kediaman, 308
unit kedai, 43 unit kilang dan sebuah kompleks pejabat.[1]
• Perancangan bandar satelit ini yang juga merupakan bandar kedua terbesar selepas Bandaraya Shah Alam, adalah berdasarkan perancangan
bersepadu yang dijangka mampu meneruskan pembangunan yang bukan sahaja dapat menampung kediaman 60,000 orang penduduk, tetapi
juga menyediakan aktiviti komersil, perindustrian, perniagaan, institusi latihan, rekreasi dan pendidikan. Ini adalah sesuai dengan saranan Tun
Abdul Razak, Perdana Menteri pada masa itu, untuk mengubah perspektif masyarakat, dan ekonomi Malaysia daripada Pertanian kepada
Industri. Dengan itu, Ladang-ladang kelapa sawit dalam daerah Hulu Langat ini dipilih sebagai kawasan penempatan baru.
• Berkonsepkan Bandar dalam taman, kawasan lapang seluas 82 ekar dilengkapi dengan sistem dua lengkongan jalan besar dan lorong-lorong
jalan kaki dan berbasikal yang menyambungkan aktiviti-aktiviti di antara satu sektor dengan yang lain. Bandar Baru Bangi juga telah dibahagikan
kepada 16 Seksyen.
• Sebuah universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia telah dirancang pembinaannya untuk membentuk suatu institusi yang mendokong cita-
cita dan aspirasi masyarakat Melayu, dan mengukuhkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Universiti ini mempunyai misi untuk
menghasilkan graduan-graduan bertaraf dunia daripada pendidikan berteraskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar selain menjadi
pemangkin kepada pembangunan setempat - Bandar Baru Bangi.
3. Alam Sekitar Ekonomi Sosial
1. Rekabentuk bandar
2. Kepelbagaian bio
3. Sampah
4. Eco-Footprint
5. Kawasan hijau
6. Perubahan cuaca
7. Kitar semula
8. Kualiti udara
1. Pekerjaan
2. Pengangkutan
3. Peluang Perniagaan
1. Pendidikan
2. Penjagaan kesihatan
3. Makanan