LMCP1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam
Tajuk: Pelan Pembangunan Bandar Bangi-Kajang
Tema: Kelestarian dan Kesejahteraan Bandar
Tugasan ini merupakan kerja berkumpulan yang terdiri daripada Noor Shahirah binti Mohamad Rodzi, Nur syadza binti Dzulkifli dan Nurul Jannah binti Arajle
LMCP1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam
Tajuk: Pelan Pembangunan Bandar Bangi-Kajang
Tema: Kelestarian dan Kesejahteraan Bandar
Tugasan ini merupakan kerja berkumpulan yang terdiri daripada Noor Shahirah binti Mohamad Rodzi, Nur syadza binti Dzulkifli dan Nurul Jannah binti Arajle
BANDAR GEMILANG : BANDAR BARU BANGI DAN KAJANG
AHLI KUMPULAN:
AIDA RASYIQAH BINTI ZULKIFLI (A156110)
NOOR SYAHIZAN BINTI MOHD ASHRI (A155520)
HAJAR ASYIKIN BINTI MOHAMMAD ZOLKARNAIN (A160833)
2. BANDAR BARU BANGI
– Bandar Baru Bangi berasal daripada sebuah ladang kelapa sawit, West Country Estate yang
berkeluasan 5,118 ekar dan mula dibangunkan pada tahun 1974 setelah proses pengambilan
tanah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan mulai tahun 1972-1978. Proses
pengambilannya dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan seksyen 1 yang
melibatkan pembinaan rumah kos rendah, sederhana dan tinggi yang berjumlah 200 unit. Kerja-
kerja membangunkan kawasan ini berakhir pada 2007, dengan pembinaan 11,040 unit kediaman,
308 unit kedai, 43 unit kilang dan sebuah kompleks pejabat.[1]
– Perancangan bandar satelit ini yang juga merupakan bandar kedua terbesar selepas Bandaraya
Shah Alam, adalah berdasarkan perancangan bersepadu yang dijangka mampu meneruskan
pembangunan yang bukan sahaja dapat menampung kediaman 60,000 orang penduduk, tetapi
juga menyediakan aktiviti komersil, perindustrian, perniagaan, institusi latihan, rekreasi dan
pendidikan. Ini adalah sesuai dengan saranan Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada masa itu,
untuk mengubah perspektif masyarakat, dan ekonomi Malaysia daripada Pertanian kepada
Industri. Dengan itu, Ladang-ladang kelapa sawit dalam daerah Hulu Langat ini dipilih sebagai
kawasan penempatan baru.
3. – Berkonsepkan Bandar dalam taman, kawasan lapang seluas 82 ekar dilengkapi dengan sistem dua
lengkongan jalan besar dan lorong-lorong jalan kaki dan berbasikal yang menyambungkan aktiviti-
aktiviti di antara satu sektor dengan yang lain. Bandar Baru Bangi juga telah dibahagikan kepada 16
Seksyen.
– Sebuah universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia telah dirancang pembinaannya untuk
membentuk suatu institusi yang mendokong cita-cita dan aspirasi masyarakat Melayu, dan
mengukuhkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Universiti ini mempunyai misi untuk
menghasilkan graduan-graduan bertaraf dunia daripada pendidikan berteraskan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar selain menjadi pemangkin kepada pembangunan setempat - Bandar Baru Bangi.
8. – PADA AKHIR KATA,BERIKUT MERUPAKAN PENILAIAN TEMPAT TINGGAL
SAYA DI BANDAR BARU BANGI(BBB) DENGAN BERPANDUKAN
PARAMETER YANG TELAH DIBERIKAN.
– SESUNGGUHNYA,PERANCANGAN BANDAR AMAT PENTING TERHADAP
EKONOMI,ALAM SEKITAR DAN SOSIAL.