際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Menurut Cohen dan Manion 1996, metodologi ditakrifkan sebagai pendekatan yang
digunakan dalam penyelidikan bagi mengumpul data. Metodologi bermaksud ilmu-ilmu yang
diguanakn untuk memperolehi kebenaran dengan menggunakan carian tatacara tertentu bagi
mencari kebenaran, bergantung dengan realiti yang dicari dimana ilmu itu terdiri daripada lima
prinsip iaitu keteraturan, sebab, munasabah, kesederhanaan dan pengalaman yang dapat diaamati.
Dalam kajian ini, metodologi kajian merupakan salah satu elemen yang sangat
dititikberatkan bagi memastikan keputusan kajian boleh dipercayai dan mempunyai
kesahihan.Metodoligi kajian ini juga membincangkan berkenaan kaedah kajian, reka bentuk
kajian, populasi kajian, alat, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisan data.
Dalam kaedah metodologi ini, terbahagi kepada beberapa bab kecil di mana 3.2
menerangkan dengan jelas corak kajian kemudian diikuti dengan 3.3 yang membincangkan
kaedah pengumpulan data kajian. Seterusnya 3.4 menerangkan tentang populasi kajian dan
kaedah sampel yang digunakan.3.5 pula adalah penerangan yang lebih mendalam tentang alat-
alat yang digunakan semasa kajian dijalankan. Kaedah menganalisis data diterangkan dalam 3.6
dan 3.7 pula menerangkan kesimpulan keseluruhan bab ini.
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian digunakan bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang
berkaitan.Dalam kajian ini penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif.Reka bentuk kajian
adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Ini adalah bersesuaian
dengan apa yang ingin dikaji iaitu perubahan cara hidup, aktiviti penjimatan kos seharian dan
bebanan yang mempengaruhi pelajar PSP yang tinggal di rumah sewa. Kaedah tinjauan dipilih
kerana kaedah ini membolehkan maklumat akan diperolehi dengan lebih jelas dari semasa ke
semasa. Kaedah soal selidik ini dipilih kerana ianya dapat menjimatkan kos, masa dan juga
maklumat yang diperolehi dapat mengganbarkan reaksi serta pendapat responden yang sebenar
melalui soalan yang dijawab di dalam borang soal selidik.
3.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Merujuk kepada keseluruhan responden dalam kajian ini, pengkaji telah memilih dan
menggunakan dua jenis sumber untuk mengumpul semua maklumat bagi menjalankan kajian
ini.Sumber yang digunakan ialah data primer dan data sekunder.
3.3.1 Data Primer
Data primer merupakan data yang dikumpul oleh pengkaji sendiri untuk digunakan dalam
menjalankan kajian.Data primer juga dikenali sebagai data utama.Di dalam kajian, pengkaji
memperolehi data melalui pengeluaran borang soal selidik dengan 100 orang responden yang di
kenalpasti.Setiap borang soal selidik mengandungi soalan-soalan yang bertujuan untuk
mendapatkan semua maklumat supaya dapat mencapai objektif dan menjawab pernyataan
masalah.
Selain itu, data primer juga diperolehi melalui temubual daripada beberapa orang pelajar
Politeknik Seberang Perai yang tinggal di rumah sewa.Temubual yang dijalankan adalah
bertujuan untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci yang digunakan sebagai bukti
kukuh dalam penyataan masalah untuk isi kandungan yang lebih tepat dalam penyelidikan ini.
Menurut Zulkarnaian Zakaria (2011), data primer ialah data yang dikumpulkan oleh
penyelidik sendiri khusus untuk tujuan penyelidikannya sendiri. Pada kebiasaannya, data tersebut
dikumpulkan melalui pemerhatian, temu duga atau borang soal selidik yang diedarkan kepada
responden.
3.3.2 Data Sekunder
Data sekunder merupakan data yang telah sedia ada atau idea yang diperolehi daripada
mana-mana sumber yang digunakan semula untuk dibuat kajian.Data sekunder adalah data
tambahan yang di perolehi daripada sumber bertulis.Menurut kamus dewan edisi keempat,
sekunder bermaksud yang kedua, yang terbit atau terhasil daripada sesuatu yang asas atau utama.
Data sekunder adalah data yang diperolehi daripada sumber-sumber luaran seperti surat
khabar, majalah, jurnal, artikel, buku, internet dan sebagainya. Data-data ini penting untuk
dijadikan sokongan kepada sesuatu pernyataan dan mengukuhkan sesuatu keputusan.
3.4 POPULASI DAN SAMPEL
Populasi merupakan individu atau responden yang berada dalam satu kelompok yang
dikaji.Semua yang berada di dalam satu kelompok ini dikenali sebagai populasi.Sampel pula
merupakan sebahagian kecil dari populasi yang dipilih mengikut prosedur.Pemilihan sampel
yang sesuai dikenalpasti terhadap populasi yang besar dengan menggunakan kaedah-kaedah
yang tertentu.
Di dalam kajian ini, populasi adalah terdiri daripada pelajar Politeknik Seberang
Perai(PSP). Dalam menjalankan kajian, sampel yang dipilih adalah terdiri daripada pelajar PSP
yang tinggal dirumah sewa dan terdiri daripada pelbagai bangsa Melayu, Cina, India dan lain-
lain.Sampel ini dipilih secara rawak.Kaedah pensampelan yang digunakan adalah pensampelan
convenience.Kajian ini memerlukan pengkaji mengedarkan 100 borang soal selidik kepada
responden tersebut. Tujuan sampel ini dipilih adalah untuk menjimatkan kos dan kekangan masa
pengkaji bagi menyiapkan kajian ini. Disamping itu, kaedah ini amat sesuai digunakan dalam
melakukan kajian kerana maklumat yang diperolehi terus dari responden, cepat dan mudah
diperolehi. Setiap sampel dari populasi berkebarangkalian sesuai digunapakai jika populasi yang
dikehendaki mempunyai sifat seragam atau hampir sama dengan adanya data-data yang
diperolehi daripada responden, pengkaji boleh membuat laporan yang lebih efisyen dan
bersistematik.
3.4.1 Jenis-jenis Persampelan
Jenis-jenis persampelan terbahagi kepada dua iaitu kaedah persampelan kebarangkalian
dan kaedah persampelan bukan kebarangkalian.Pengkaji telah memilih untuk menggunakan
kaedah persampelan bukan kebarangkalian.Ini kerana, kaedah yang digunakan bergantung
sepenuhnya diatas kebijaksaan dan keperluan penyelidik.Sampel yang diperolehi melalui kaedah
ini tidak menggunakan tatacara pemilihan secara kebarangkalian.Oleh itu, kaedah ini mempunyai
kekurangan tertentu.Dengan ini, pengkaji perlu bijak dalam merancang untuk mengurangkan
permasalahan yang bakal dihadapi.
Pengkaji memilih kaedah persampelan bukan kebarangkalian iaitu persampelan
convenience. Persampelan ini merujuk kepada tatacara memilih elemen sampel dengan cara yang
paling memberi kemudahan kepada pengkaji. Sebagai contoh, dalam kajian yang dilakukan oleh
pengkaji yang Mengkaji Kenaikan Tarif Elektrik Bagi Persepsi Pelajar Politeknik Seberang
Perai(PSP) yang tinggal di Rumah Sewa dengan menggunakan kaedah convenience untuk
mendapatkan sampel, maka pengkaji boleh mendapatkan maklum balas seramai 100 orang
pelajar yang tinggal di rumah sewa. Kaedah ini biasanya dilakukan sekiranya pengkaji
memerlukan maklumat dari reponden yang ramai.Selain itu, kaedah ini turut digunakan oleh
pengkaji pada peringkat permulaan penyelidikan.
3.5 INSTRUMEN KAJIAN
Intrumen kajian merupakan alat yang membantu untuk mengumpul maklumat yang
diperlukan. Menurut Ahmad Madzah Ayob (2002), bagi satu kajian satu borang soal selidik yang
sama hendaklah digunakan untuk semua responden. Dalam kajian ini, pengkaji Mengkaji
Kenaikan Tarif Elektrik Bagi Persepsi Pelajar Politeknik Seberang Perai(PSP) yang tinggal di
Rumah Sewa di mana pengkaji menggunakan instrumen kajian berbentuk soal selidik.
Tujuannya adalah untuk memperolehi keseragaman di dalam jawapan yang diberikan oleh
reponden untuk memproses data ke dalam sistem Statistical Package for the Social Science
Version 13.0 (SPSS)
Pengkaji menggunakan data primer dan data sekunder untuk mendapatkan maklumat dan
rujukan.Data primer boleh diperolehi daripada pemerhatian, borang soal selidik yang diedarkan
kepada responden dan statistik. Manakala data sekunder diperolehi melalui laporan atau tesis
yang sedia ada, buku-buku dan majalah yang berkaitan mengenai Kenaikan Tarif Elektrik Bagi
Persepsi Pelajar Politeknik Seberang Perai(PSP) yang tinggal di Rumah Sewa.
3.5.1 Soal Selidik
Soal selidik merupakan satu cara kajian yang biasa digunakan untuk memperolehi
sesuatu maklumat primer. Di samping itu, ia merupakan satu ayat untuk mengumpul data
terutamanya data yang berhubung dengan ciri-ciri elemen yang disampelkan dari populasi
tertentu.
Borang soal selidik yang diberikan kepada responden adalah hasil rekaan penyelidik
sendiri yang diperolehi daripada pembolehubah bersandar iaitu persepsi pelajar PSP yang tinggal
di rumah sewa terhadap kenaikan tarif elektrik.Soal selidik adalah alat formal untuk
memperolehi maklumat secara langsung daripada responden mengenai perilaku responden.
Borang soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B yang
akan digunakan untuk mendapatkan maklumat serta data-data yang diperlukan dari responden
berkenaan kajian tersebut. Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar PSP yang tinggal di
rumah sewa.
3.5.1.1 Bahagian A
Ianya mengandungi beberapa soalan tertutup yang berkaitan dengan latar belakang
responden seperti jantina, umur, jabatan, semester dan bangsa.Setiap soalan dalam borang soal
selidik menggunakan kemahiran dichomotus di mana responden dikehendaki memilih hanya
pilihan yang ada sahaja.
3.5.1.2 Bahagian B
Manakala dalam borang soala selidik bahagian B mengandungi soalan-soalan yang
berkaitan dengan pemboleh ubah bersandar iaitu perubahan cara hidup, aktiviti penjimatan dan
bebanan di kalangan pelajar PSP yang tinggal di rumah sewa terhadap kenaikan tarif elektrik.
Dalam bahagian ini, terdapat 8 soalan yang telah dibina meliputi tiga objektif kajian ini.
3.6 ANALISA KAJIAN
3.6.1 Analisa Kajian Rintis
Penganalisisan data adalah proses sistematik yang merangkumi teknik stastik dan logik
untuk menerangkan dan menggambarkan ilustrasi dan menilai data yang diperolehi.
Dalam kajian ini, penganalisa data dibuat dengan menggunakan sistem khas iaitu
Statistical Package of the Social Sciences (SPSS).Kaedah ini digunakan untuk mencapai
objektif kajian yang dibuat serta menjawab semua pernyataan masalah yang di kemukakan.
Pilot Test ataupun dkenali sebagai kajian rintis merupakan kaedah yang di ambil oleh
pengkaji untuk membuat kajian berkenaan dengankadar kenaikan tarif elektrik dari segi persepsi
pelajar PSP yang tinggal di rumah sewa. Pengkaji menggunakan kaedah Reability Analysis dan
Alpha Cronbach. Sampel yang diambil ialah seramai 20 orang dan ia bertujuan untuk melihat
keberkesanan soalan yang diberikan kepada pengguna samada ia memberi tindak balas positif
ataupun negatif. Sekiranya keputusannya kurang daripada 0.6%, soalan yang berada di dalam
borang soal selidik perlu ditukar atau dihapuskan.Pengkaji perlu membuat soalan baru yang lebih
sesuai dengan responden. Menurut Fazlee bin Alias (2006), Alpha Cronbach yang melebihi 0.6
dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diedarkan kepada 100 responden.
3.6.2 Data Analisa Kekerapan
Analisa kekerapan merupakan populasi yang di pilih bagi menjalani kajian
tersebut.Mereka terdiri daripada golongan lelaki dan perempuan.Dalam kajian ini, pengkaji
memberi tumpuan kepada pelbagai jenis latar belakang antaranya adalah umur, jantina, jabatan,
semester dan bangsa.
3.6.3 Analisa Min
Tujuan analisa min adalah untuk menjawab objektif kajian yang dibuat yang merupakan
keputusan yang didapati hasil daripada kajian dan pengiraan pengkaji mengenai sesuatu faktor.
Min yang tinggi membawa makna faktor tersebut dapat mempengaruhi kadar penerimaan
sesuatu produk.

More Related Content

Bab 3 Business Research

  • 1. METODOLOGI 3.1 PENGENALAN Menurut Cohen dan Manion 1996, metodologi ditakrifkan sebagai pendekatan yang digunakan dalam penyelidikan bagi mengumpul data. Metodologi bermaksud ilmu-ilmu yang diguanakn untuk memperolehi kebenaran dengan menggunakan carian tatacara tertentu bagi mencari kebenaran, bergantung dengan realiti yang dicari dimana ilmu itu terdiri daripada lima prinsip iaitu keteraturan, sebab, munasabah, kesederhanaan dan pengalaman yang dapat diaamati. Dalam kajian ini, metodologi kajian merupakan salah satu elemen yang sangat dititikberatkan bagi memastikan keputusan kajian boleh dipercayai dan mempunyai kesahihan.Metodoligi kajian ini juga membincangkan berkenaan kaedah kajian, reka bentuk kajian, populasi kajian, alat, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisan data. Dalam kaedah metodologi ini, terbahagi kepada beberapa bab kecil di mana 3.2 menerangkan dengan jelas corak kajian kemudian diikuti dengan 3.3 yang membincangkan kaedah pengumpulan data kajian. Seterusnya 3.4 menerangkan tentang populasi kajian dan kaedah sampel yang digunakan.3.5 pula adalah penerangan yang lebih mendalam tentang alat- alat yang digunakan semasa kajian dijalankan. Kaedah menganalisis data diterangkan dalam 3.6 dan 3.7 pula menerangkan kesimpulan keseluruhan bab ini.
  • 2. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian digunakan bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang berkaitan.Dalam kajian ini penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif.Reka bentuk kajian adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Ini adalah bersesuaian dengan apa yang ingin dikaji iaitu perubahan cara hidup, aktiviti penjimatan kos seharian dan bebanan yang mempengaruhi pelajar PSP yang tinggal di rumah sewa. Kaedah tinjauan dipilih kerana kaedah ini membolehkan maklumat akan diperolehi dengan lebih jelas dari semasa ke semasa. Kaedah soal selidik ini dipilih kerana ianya dapat menjimatkan kos, masa dan juga maklumat yang diperolehi dapat mengganbarkan reaksi serta pendapat responden yang sebenar melalui soalan yang dijawab di dalam borang soal selidik. 3.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Merujuk kepada keseluruhan responden dalam kajian ini, pengkaji telah memilih dan menggunakan dua jenis sumber untuk mengumpul semua maklumat bagi menjalankan kajian ini.Sumber yang digunakan ialah data primer dan data sekunder. 3.3.1 Data Primer Data primer merupakan data yang dikumpul oleh pengkaji sendiri untuk digunakan dalam menjalankan kajian.Data primer juga dikenali sebagai data utama.Di dalam kajian, pengkaji memperolehi data melalui pengeluaran borang soal selidik dengan 100 orang responden yang di kenalpasti.Setiap borang soal selidik mengandungi soalan-soalan yang bertujuan untuk mendapatkan semua maklumat supaya dapat mencapai objektif dan menjawab pernyataan masalah. Selain itu, data primer juga diperolehi melalui temubual daripada beberapa orang pelajar Politeknik Seberang Perai yang tinggal di rumah sewa.Temubual yang dijalankan adalah bertujuan untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci yang digunakan sebagai bukti kukuh dalam penyataan masalah untuk isi kandungan yang lebih tepat dalam penyelidikan ini. Menurut Zulkarnaian Zakaria (2011), data primer ialah data yang dikumpulkan oleh penyelidik sendiri khusus untuk tujuan penyelidikannya sendiri. Pada kebiasaannya, data tersebut dikumpulkan melalui pemerhatian, temu duga atau borang soal selidik yang diedarkan kepada responden.
  • 3. 3.3.2 Data Sekunder Data sekunder merupakan data yang telah sedia ada atau idea yang diperolehi daripada mana-mana sumber yang digunakan semula untuk dibuat kajian.Data sekunder adalah data tambahan yang di perolehi daripada sumber bertulis.Menurut kamus dewan edisi keempat, sekunder bermaksud yang kedua, yang terbit atau terhasil daripada sesuatu yang asas atau utama. Data sekunder adalah data yang diperolehi daripada sumber-sumber luaran seperti surat khabar, majalah, jurnal, artikel, buku, internet dan sebagainya. Data-data ini penting untuk dijadikan sokongan kepada sesuatu pernyataan dan mengukuhkan sesuatu keputusan.
  • 4. 3.4 POPULASI DAN SAMPEL Populasi merupakan individu atau responden yang berada dalam satu kelompok yang dikaji.Semua yang berada di dalam satu kelompok ini dikenali sebagai populasi.Sampel pula merupakan sebahagian kecil dari populasi yang dipilih mengikut prosedur.Pemilihan sampel yang sesuai dikenalpasti terhadap populasi yang besar dengan menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu. Di dalam kajian ini, populasi adalah terdiri daripada pelajar Politeknik Seberang Perai(PSP). Dalam menjalankan kajian, sampel yang dipilih adalah terdiri daripada pelajar PSP yang tinggal dirumah sewa dan terdiri daripada pelbagai bangsa Melayu, Cina, India dan lain- lain.Sampel ini dipilih secara rawak.Kaedah pensampelan yang digunakan adalah pensampelan convenience.Kajian ini memerlukan pengkaji mengedarkan 100 borang soal selidik kepada responden tersebut. Tujuan sampel ini dipilih adalah untuk menjimatkan kos dan kekangan masa pengkaji bagi menyiapkan kajian ini. Disamping itu, kaedah ini amat sesuai digunakan dalam melakukan kajian kerana maklumat yang diperolehi terus dari responden, cepat dan mudah diperolehi. Setiap sampel dari populasi berkebarangkalian sesuai digunapakai jika populasi yang dikehendaki mempunyai sifat seragam atau hampir sama dengan adanya data-data yang diperolehi daripada responden, pengkaji boleh membuat laporan yang lebih efisyen dan bersistematik. 3.4.1 Jenis-jenis Persampelan Jenis-jenis persampelan terbahagi kepada dua iaitu kaedah persampelan kebarangkalian dan kaedah persampelan bukan kebarangkalian.Pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah persampelan bukan kebarangkalian.Ini kerana, kaedah yang digunakan bergantung sepenuhnya diatas kebijaksaan dan keperluan penyelidik.Sampel yang diperolehi melalui kaedah ini tidak menggunakan tatacara pemilihan secara kebarangkalian.Oleh itu, kaedah ini mempunyai kekurangan tertentu.Dengan ini, pengkaji perlu bijak dalam merancang untuk mengurangkan permasalahan yang bakal dihadapi. Pengkaji memilih kaedah persampelan bukan kebarangkalian iaitu persampelan convenience. Persampelan ini merujuk kepada tatacara memilih elemen sampel dengan cara yang paling memberi kemudahan kepada pengkaji. Sebagai contoh, dalam kajian yang dilakukan oleh pengkaji yang Mengkaji Kenaikan Tarif Elektrik Bagi Persepsi Pelajar Politeknik Seberang Perai(PSP) yang tinggal di Rumah Sewa dengan menggunakan kaedah convenience untuk mendapatkan sampel, maka pengkaji boleh mendapatkan maklum balas seramai 100 orang pelajar yang tinggal di rumah sewa. Kaedah ini biasanya dilakukan sekiranya pengkaji memerlukan maklumat dari reponden yang ramai.Selain itu, kaedah ini turut digunakan oleh pengkaji pada peringkat permulaan penyelidikan.
  • 5. 3.5 INSTRUMEN KAJIAN Intrumen kajian merupakan alat yang membantu untuk mengumpul maklumat yang diperlukan. Menurut Ahmad Madzah Ayob (2002), bagi satu kajian satu borang soal selidik yang sama hendaklah digunakan untuk semua responden. Dalam kajian ini, pengkaji Mengkaji Kenaikan Tarif Elektrik Bagi Persepsi Pelajar Politeknik Seberang Perai(PSP) yang tinggal di Rumah Sewa di mana pengkaji menggunakan instrumen kajian berbentuk soal selidik. Tujuannya adalah untuk memperolehi keseragaman di dalam jawapan yang diberikan oleh reponden untuk memproses data ke dalam sistem Statistical Package for the Social Science Version 13.0 (SPSS) Pengkaji menggunakan data primer dan data sekunder untuk mendapatkan maklumat dan rujukan.Data primer boleh diperolehi daripada pemerhatian, borang soal selidik yang diedarkan kepada responden dan statistik. Manakala data sekunder diperolehi melalui laporan atau tesis yang sedia ada, buku-buku dan majalah yang berkaitan mengenai Kenaikan Tarif Elektrik Bagi Persepsi Pelajar Politeknik Seberang Perai(PSP) yang tinggal di Rumah Sewa. 3.5.1 Soal Selidik Soal selidik merupakan satu cara kajian yang biasa digunakan untuk memperolehi sesuatu maklumat primer. Di samping itu, ia merupakan satu ayat untuk mengumpul data terutamanya data yang berhubung dengan ciri-ciri elemen yang disampelkan dari populasi tertentu. Borang soal selidik yang diberikan kepada responden adalah hasil rekaan penyelidik sendiri yang diperolehi daripada pembolehubah bersandar iaitu persepsi pelajar PSP yang tinggal di rumah sewa terhadap kenaikan tarif elektrik.Soal selidik adalah alat formal untuk memperolehi maklumat secara langsung daripada responden mengenai perilaku responden. Borang soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B yang akan digunakan untuk mendapatkan maklumat serta data-data yang diperlukan dari responden berkenaan kajian tersebut. Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar PSP yang tinggal di rumah sewa. 3.5.1.1 Bahagian A Ianya mengandungi beberapa soalan tertutup yang berkaitan dengan latar belakang responden seperti jantina, umur, jabatan, semester dan bangsa.Setiap soalan dalam borang soal selidik menggunakan kemahiran dichomotus di mana responden dikehendaki memilih hanya pilihan yang ada sahaja.
  • 6. 3.5.1.2 Bahagian B Manakala dalam borang soala selidik bahagian B mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan pemboleh ubah bersandar iaitu perubahan cara hidup, aktiviti penjimatan dan bebanan di kalangan pelajar PSP yang tinggal di rumah sewa terhadap kenaikan tarif elektrik. Dalam bahagian ini, terdapat 8 soalan yang telah dibina meliputi tiga objektif kajian ini.
  • 7. 3.6 ANALISA KAJIAN 3.6.1 Analisa Kajian Rintis Penganalisisan data adalah proses sistematik yang merangkumi teknik stastik dan logik untuk menerangkan dan menggambarkan ilustrasi dan menilai data yang diperolehi. Dalam kajian ini, penganalisa data dibuat dengan menggunakan sistem khas iaitu Statistical Package of the Social Sciences (SPSS).Kaedah ini digunakan untuk mencapai objektif kajian yang dibuat serta menjawab semua pernyataan masalah yang di kemukakan. Pilot Test ataupun dkenali sebagai kajian rintis merupakan kaedah yang di ambil oleh pengkaji untuk membuat kajian berkenaan dengankadar kenaikan tarif elektrik dari segi persepsi pelajar PSP yang tinggal di rumah sewa. Pengkaji menggunakan kaedah Reability Analysis dan Alpha Cronbach. Sampel yang diambil ialah seramai 20 orang dan ia bertujuan untuk melihat keberkesanan soalan yang diberikan kepada pengguna samada ia memberi tindak balas positif ataupun negatif. Sekiranya keputusannya kurang daripada 0.6%, soalan yang berada di dalam borang soal selidik perlu ditukar atau dihapuskan.Pengkaji perlu membuat soalan baru yang lebih sesuai dengan responden. Menurut Fazlee bin Alias (2006), Alpha Cronbach yang melebihi 0.6 dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diedarkan kepada 100 responden. 3.6.2 Data Analisa Kekerapan Analisa kekerapan merupakan populasi yang di pilih bagi menjalani kajian tersebut.Mereka terdiri daripada golongan lelaki dan perempuan.Dalam kajian ini, pengkaji memberi tumpuan kepada pelbagai jenis latar belakang antaranya adalah umur, jantina, jabatan, semester dan bangsa. 3.6.3 Analisa Min Tujuan analisa min adalah untuk menjawab objektif kajian yang dibuat yang merupakan keputusan yang didapati hasil daripada kajian dan pengiraan pengkaji mengenai sesuatu faktor. Min yang tinggi membawa makna faktor tersebut dapat mempengaruhi kadar penerimaan sesuatu produk.