ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

A Menukarkan ayat

Lazimnya, aspek menukarkan ayat ini merujuk kepada kemampuan pelajar menukarkan

(a) ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah
(b) ayat cakap pindah kepada ayat ajuk , dan
(c) ayat cakap pindah kepada dialog.

Panduan menukarkan ayat

1 Sekiranya ayat cakap ajuk terdiri daripada ayat penyata, pelajar perlu memindahkan
  ayat penyata juga.
  Contoh: ¡°Alice menangis kerana kotak penselnya,¡± kata Mohan.
  Untuk menukarkan ayat di atas, pelajar boleh menggunakan frasa-frasa yang berikut:

                    menerangkan
                    menyatakan                          Alice menangis
        Mohan       menjelaskan        bahawa            kerana kotak
                    memberitahu                        penselnya hilang
                      berkata

2 Sekiranya ayat cakap ajuk berkenaan menggunakan ayat tanya, maka pelajar perlu

  memindahkan ayat tersebut kepada ragam ayat tanya juga.
  Contoh: ¡°Mengapa kamu menjerit?¡± tanya Mak Long kepada cucunya.
  Untuk menukarkan ayat di atas, pelajar boleh menggunakan frasa-frasa berikut.


             Mak          bertanya kepada      cucunya sebab
             Long           menanyakan          dia menjerit


3 Sekiranya ayat cakap ajuk berkenaan mengunakan ayat perintah, maka pelajar perlu
  memindahkan ayat tersebut kepada ragam ayat perintah.
  Contoh 1: ¡°Silalah masuk,¡± kata ibu kepada rakannya.
  Untuk menukarkan ayat di atas, pelajar boleh menggunakan frasa-frasa berikut:

                          mempersilakan
                                                 rakannya
              Ibu          menjemput
                                                  masuk
                           mempelawa

   Contoh 2: ¡°Jangan berenang di dalam sungai itu,¡± kata ayah kepada adik.
   Untuk menukarkan ayat di atas, pelajar boleh menggunakan frasa-frasa berikut:

                                            adik daripada
                          menegah
          Ayah                               berenang di
                          melarang
                                              sungai itu.

                                                                                       1
Contoh 3: ¡°Tolong tutupkan suis kipas,¡± kata ibu kepada kakak.
   Untuk menukarkan ayat di atas, pelajar boleh menggunakan frasa-frasa berikut:


            Ibu             meminta         kakak menutup
                                              suis kipas.




4 Pelajar perlu menukarkan kata ganti nama diri:
  (a) pertama tunggal, seperti aku, saya, beta kepada kata ganti nama diri ketiga ¨C

     nya, dia, baginda
     Contoh 1: ¡°Saya suka bermain bola,¡± kata Iqbal.
                Iqbal memberitahu bahawa dia suka bermain bola.
     Contoh 2: ¡°Dahi aku disengat tebuan,¡± beritahu Angel.
                Angel memberitahu bahawa dahinya disengat tebuan.
     Contoh 3: ¡°Beta akan bersantap sebentar lagi,¡± titah Sultan Mahmud.
                Sultan Mahmud bertitah bahawa baginda akan bersantap sebentar lagi.

  (b) pertama dan kedua jamak, seperti kami, kita dan kalian perlu ditukar kepada
      mereka
      Contoh: ¡°Kami berjaya memadamkan api kebakaran itu,¡± kata penduduk kampung.
              Penduduk kampung menjelaskan bahawa mereka berjaya memadamkan
              api kebakaran itu.

  (c) kedua tunggal, seperti anda, awak, engkau, kamu, puan, cik, tuan dan sebagainya
      kepada nama sebenar seseorang atau panggilan sseorang itu.
      Contoh 1: ¡°Anda perlu mengisi borang dengan lengkap,¡± kata Puan Shanti kepada
                pelajar-pelajarnya.
                Puan Shanti memberitahu pelajar-pelajarnya bahawa mereka perlu
                mengisi borang dengan lengkap.

5 Pelajar juga perlu menukarkan ganti nama tunjuk dan tempat, seperti ini, sini, dan
  begini kepada itu, situ, dan begitu.
  Contoh: ¡°Kuih ini dimasak oleh ibu,¡± kata Suraya.
           Suraya menjelaskan bahawa kuih itu dimasak oleh ibu.

6 Kata singkatan perlu ditukar kepada kata yang penuh.
  Contoh: ¡°Kak, ambilkan baju saya,¡± jerit Presha.
          Presha menjerit meminta kakak mengambilkan bajunya.


7 Gambaran emosi penutur harus dikedepankan.
  Contoh: ¡°Janganlah hamba dibunuh. Hamba tidak bersalah,¡±rayu pemuda itu dengan
          suara yang sedih.
                                                                                        2
Dengan suara yang sedih, pemuda itu merayu agar dia tidak dibunuh kerana
          dia tidak bersalah.




Latihan :
Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini menjadi ayat cakap pindah.

(i) ¡°Semasa saya berjoging tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan yang
    sedang tidur di tengah jalan,¡± kata Yusri kepada Saleh.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(ii) Kata Norman kepada Sarah, ¡°Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti
     awak akan mendapat sakit nanti.¡±

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________


(iii)     ¡°Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami
air,¡±     kata Erra.

_____________________________________________________________________


Tukarkan ayat cakap pindah di bawah ini kepada ayat cakap ajuk.

(i) Rahim berkata bahawa dia sudah lama tidak berjumpa dengan Ramlan dan
    menyatakan Ramlan semankin gemuk.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
(ii) Salmah berkata emaknya telah dihantar ke hospital pada hari semalamnya.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________



                                                                                       3
(iii)   Datuk Penghulu menyatakan bahawa padi di kawasannya sudah boleh mula
dituai.

_____________________________________________________________________




(iv)Ong Peng Sun menyatakan bahawa buah mangga itu sungguh manis.

_____________________________________________________________________


(v) Rosli menerangkan bahawa dia telah menziarahi neneknya di Hospital Kuala
    Lumpur.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________


Tugasan SPM
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian tulis petikan itu semula ke dalam
bentuk perbualan tanpa mengubah maksud asalnya.

       Azizi bertanya kepada Rasyidi tempoh dia mendiami taman perumahan
itu.Rasyidi memberitahu bahawa dia sudah tinggal di situ lebih kurang lima tahun.Azizi
kemudian bertanya kepada Rasyidi tentang semangat kejiranan antara penduduk di
kawasan itu.Rasyidi menjelaskan bahawa di kawasan itu hubungan antara jiran adalah
rapat dan akrab seperti hubungan sesama saudara mara sendiri.Sambil tersenyum Azizi
berkata bahawa kawasan kediaman seperti itulah yang dihajatinya selama itu.Rasyidi
menasihatinya dan berkata bahawa perkara yang penting ialah seseorang itu mesti
menjaga hubungan baik dan mengeratkan silaturahim serta mengelakkan perselisihan
sesama sendiri.Azizi mengiakan pendapat Rashidi dan mengucapkan terima kasih
sebanyak-banyaknya atas penjelasannya itu.
                                                                        (6 markah)


_______________________________________________________________________
_

_______________________________________________________________________
_

_______________________________________________________________________
_



                                                                                    4
_______________________________________________________________________
_

_______________________________________________________________________
_

_______________________________________________________________________
_

_______________________________________________________________________
_




Jawapan guru :
 i ¡°Semasa saya berjoging tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan yang
    sedang tidur di tengah jalan,¡± kata Yusri kepada Saleh.

   Yusri memberitahu Saleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia terserempak
   dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tepi jalan.

ii. Kata Norman kepada Sarah, ¡°Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti
   awak akan mendapat sakit.¡±

   Norman menasihati Sarah supaya jangan makan makanan yang mengandungi banyak
   lemak untuk mengelakkan penyakit.

iii.¡°Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air,¡±
     kata Erra.

                                                                                       5
Erra mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya kerana jalan
   raya ditenggelami air.

Jawapan Tukar Cakap Pindah kepada Cakap Ajuk
Tukarkan ayat cakap pindah di bawah ini kepada ayat cakap ajuk.

i. Rahim berkata bahawa dia sudah lama tidak berjumpa dengan Ramlan dan
   menyatakan Ramlan semankin gemuk.
   Rahim berkata, ¡°Sudah lama saya tidak berjumpa dengan kamu, Ramlan. Kamu
   ini semakin gemuk.¡±

ii. Salmah berkata emaknya telah dihantar ke hospital pada hari semalamnya.
    Salmah berkata, ¡°Emak saya telah dihantar ke hospital pada hari semalamnya.¡±

iii. Datuk Penghulu menyatakan bahawa padi di kawasannya sudah boleh mula dituai.
     Datuk penghulu berkata, ¡°Padi di kawasan saya sudah dituai.¡±


iv. Ong Peng Sun menyatakan bahawa buah mangga itu sungguh manis.
    Ong Peng Sun berkata, ¡°Buah mangga itu sungguh manis.¡±


v. Rosli menerangkan bahawa dia telah menziarahi neneknya di Hospital Kuala Lumpur.
    Rosli berkata, ¡°Saya telah menziarahi nenek saya di Hospital Besar Kuala
    Lumpur.




                                                                                      6
Tukarkan ayat cakap pindah di bawah ini kepada ayat cakap ajuk.

(vi)Rahim berkata bahawa dia sudah lama tidak berjumpa dengan Ramlan dan
    menyatakan Ramlan semankin gemuk.

    Rahim berkata, ¡°Sudah lama saya tidak berjumpa dengan kamu, Ramlan. Kamu
    ini semakin gemuk.¡±

(vii)   Salmah berkata emaknya telah dihantar ke hospital pada hari semalamnya.

    Salmah berkata, ¡°Emak saya telah dihantar ke hospital pada hari semalamnya.¡±

(viii) Datuk Penghulu menyatakan bahawa padi di kawasannya sudah boleh mula
dituai.

    Datuk penghulu berkata, ¡°Padi di kawasan saya sudah dituai.¡±

(ix)Ong Peng Sun menyatakan bahawa buah mangga itu sungguh manis.

    Ong Peng Sun berkata, ¡°Buah mangga itu sungguh manis.¡±

(x) Rosli menerangkan bahawa dia telah menziarahi neneknya di Hospital Kuala
    Lumpur.

    Rosli berkata, ¡°Saya telah menziarahi nenek saya di Hospital Besar Kuala
    Lumpur.




Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini menjadi ayat cakap pindah.

                                                                                   7
(i) Kata Azan, ¡°Pokok kelapa di belakang rumah Alif tumbang dan menimpa
    rumahnya.

        Azan memberitahu bahawa pokok kelapa kelapa di belakang rumahnya tumbang
        dan menimpa rumahnya.

(ii) ¡°Saya berjanji akan tidak akan buat jahat lagi,¡± kata Muis. ¡°Saya akan mematuhi
     semua peraturan projek ini,¡± sambungnya lagi.

        Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat dan akan mematuhi
        peraturan projek tersebut.

(iii)          ¡°Ular! Ular!¡± Mak Minah menjerit. ¡°Ada ular dekat pasu bunga besar itu,¡±
        katanya lagi.

        Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu bahawa
        terdapat ular berhampiran pasu bunga yang besar itu.


Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini menjadi ayat cakap pindah.

(i) Kata Julia, ¡°Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.¡±

        Julia mengatakan bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur selepas itu.

(ii) ¡°Kalau tak tahu jangan buat¡±, kata Cikgu Siti. ¡°Biar orang yang tahu saja
     membuatnya,¡± sambungnya lagi.

        Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan perkara yang tidak diketahui
        tetapi mintalah orang yang tahu sahaja melakukannya.

(iii)          Kata Erik, ¡°Rumah yang cantik itu memang menjadi idaman semua orang.¡±

        Erik mengatakan bahawa rumah yang cantik memang menjadi idaman semua orang.


Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini menjadi ayat cakap pindah.

(i) ¡°Jangan lupa membeli tepung apabila apabila awak ke kedai nanti,¡± kata emak
    Rosyam. ¡°Emak hendak buat karipap,¡± sambungnya lagi.

        Emak Rosyam meningatkan Rosyam supaya membeli tepung apabila dia ke kedai
        kerana dia hendak membuat kuih karipap.

(ii) Kata Farid, ¡°Banjir teruk di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas.

        Farid melaporkan bahawa banjir besar di Filipina mengakibatkan lima belas orang
        mati lemas.


                                                                                          8
(iii)         Kata Perdana Menteri, ¡°Semua kemudahan yang disediakan adalah untuk
        kegunaan semua orang.¡±

        Perdana menteri menerangkan bahawa kemudahan yang disediakan adalah untuk
        kegunaan semua orang.


Tukarkan ayat cakap pindah di bawah ini menjadi ayat cakap ajuk.

(i) Adi mengatakan bahawa hujan yang lebat telah membasahi baju dan seluarnya.


        Kata Adi, ¡°Hujan sangat lebat, habis baju dan seluar saya basah.¡±

(ii) Zila dan Niza mengatakan bahawa mereka sudah kenyang dan mengucapkan terima
kasih kerana dijemput.

        ¡°Kami sudah kenyang, terima kasih kerana menjemput kami,¡± kata Zila dan Niza.

(iii)      Pak Cik Hasbul mengatakan bahawa ketam yang baru ditangkap mempunyai
isi yang segar dan sedap dimakan kepada isterinya.

        ¡°Ketam yang baru ditangkap isinya segar dan memang sedap dimakan,¡± kata Pak
        Cik Hasbul kepada isterinya.


Tukarkan ayat cakap pindah di bawah ini menjadi ayat cakap ajuk.

(i) Darus mengatakan bahawa jika seseorang itu rajin bersenam maka badannya akan
    menjadi sihat.

        Kata Darus, ¡°Jika kita rajin bersenam, badan kita akan sentiasa sihat.¡±

(ii) Wan menasihati anaknya supaya berhati-hati ketika makan ikan terubuk kerana
     ikan itu mempunyai tulang yang banyak.

        ¡°Makan berhati-hati,¡± kata Wan kepada anaknya, ¡°Ikan terubuk itu banyak
        tulangnya,¡± sambungnya lagi.

(iii)          Kamil berkata kepada bapanya bahawa mereka tidak berjumpa hampir lima
tahun.

        Kata Kamil kepada bapanya, ¡°Sudah hampir tahun kita tak berjumpa.¡±


Tukarkan ayat cakap pindah di bawah ini menjadi ayat cakap ajuk.

(i) Izlan menerangkan bahawa Ramli telah melakukan kerja-kerja menangkap ikan
    sejak muda lagi.

                                                                                        9
¡°Dari muda-muda lagi hingga sekarang kerja Ramli menangkap ikan,¡± kata Izlan.

(ii) Nani mengatakan bahawa gadis itu ialah kacukan Melayu dan dan India kerana
     mempunyai mata yang besar dan bulat.

        Kata Nani, ¡°Gadis itu ialah kacukan Melayu dan India kerana mempunyai mata
        yang besar dan bulat.¡±

(iii)          Ah Seng mengemukakan cadangan supaya Azman mengecat keretanya
dengan         warna merah supaya kelihatan lebih bergaya.

        ¡°Awak mestilah mengecat kereta awak dengan cat merah supaya kelihatan lebih
        bergaya,¡± kata Ah Seng.


Tukarkan ayat cakap pindah di bawah ini menjadi ayat cakap ajuk.

(i) Cikgu Fauziah mengatakan bahawa bukan sayur sahaja menjadi makanan kura-
    kura, malahan haiwan itu juga memakan buah-buahan.

        Kata Cikgu Fauziah, ¡°Selain memakan sayur, kura-kura juga memakan buah-
        buahan.¡±

(ii) Haji Mail mengatakan bahawa ikan di dalam akuarium itu enam kilogram dan
     mengatakan bahawa dia tidak pernah melihat ikan sebesar itu.

        Kata Haji Mail, ¡°Saya agak ikan di dalam akuarium awak itu beratnya enam
        kilogram.¡± Sambungnya lagi, ¡°Besar betul, tak pernah saya lihat ikan sebesar itu.¡±

(iii)          Dr. Asrol menasihati Monu agar rajin memakan ubat supaya cepat sembuh.

        ¡°Rajin-rajinlah makan ubat supaya awak cepat sembuh,¡± kata Dr. Asrol kepada
        Monu.


Tukarkan setiap ayat cakap ajuk di bawah ini menjadi ayat cakap pindah.

(i) ¡°Cerita dalam novel ini sungguh menarik,¡± kata Hamzah kepada rakannya Hasnah.

        Hamzah berkata kepada rakannya Hasnah bahawa cerita dalam novel itu sungguh
        menarik.

(ii) Kata Cikgu Salmah kepada pelajarnya ¡°Buah betik mengandungi vitamin C.¡±

        Cikgu Salmah berkata kepada pelajarnya bahawa buah betik mengandungi
        vitamin C

(iii)          Juruhebah itu berkata, ¡°Lagu itu diminta oleh saudara Ahmad Jusuh dari
        Kelantan.¡±

                                                                                             10
Juruhebah itu menyatakan bahawa lagu ini diminta oleh saudara Ahmad Jusuh
    dari Kelantan.

(iv)Datuk Penghulu berkata kepada penduduk kampung itu, ¡°Bersatu kita teguh,
    bercerai kita roboh.¡±

    Datuk Penghulu berkata kepada penduduk kampung itu bahawa bersatu kita teguh,
    bercerai kita roboh.

(v) ¡°Semalam saya bermimpi bahawa saya menjadi puteri yang paling cantik di      dunia,¡±
kata Ramlah kepada kawannya.


    Ramlah berkata kepada kawannya bahawa pada malam semalamnya dia bermimpi
    menjadi puteri yang tercantik di dunia.


Tukarkan ayat cakap pindah di bawah ini kepada ayat cakap ajuk.

(xi)Rahim berkata bahawa dia sudah lama tidak berjumpa dengan Ramlan dan
    menyatakan Ramlan semankin gemuk.

    Rahim berkata, ¡°Sudah lama saya tidak berjumpa dengan kamu, Ramlan. Kamu
    ini semakin gemuk.¡±

(xii)   Salmah berkata emaknya telah dihantar ke hospital pada hari semalamnya.

    Salmah berkata, ¡°Emak saya telah dihantar ke hospital pada hari semalamnya.¡±

(xiii) Datuk Penghulu menyatakan bahawa padi di kawasannya sudah boleh mula
dituai.

    Datuk penghulu berkata, ¡°Padi di kawasan saya sudah dituai.¡±

(xiv)   Ong Peng Sun menyatakan bahawa buah mangga itu sungguh manis.

    Ong Peng Sun berkata, ¡°Buah mangga itu sungguh manis.¡±

(xv)   Rosli menerangkan bahawa dia telah menziarahi neneknya di Hospital Kuala
    Lumpur.

    Rosli berkata, ¡°Saya telah menziarahi nenek saya di Hospital Besar Kuala
    Lumpur.


Tukarkan setiap ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.

(i) Dia bertanya kepada rakannya, Sabri, ¡°Bilakah peperiksaan akhir tahun akan
    diadakan?¡±

                                                                                     11
Dia menanyakan soalan kepada rakannya, Sabri tentang masa peperiksaan        akhir
tahun yang akan diadakan.

(ii) Suhaimi bertanya kepada Zainal, ¡°Siapakah tetamu khas yang akan datang pada
     majlis pembukaan rasmi Hari Sastera itu?¡±

   Suhaimi menanyai Zainal tentang tetamu khas yang akan datang pada majlis
   pembukaan Hari Sastera itu.

(iii)    Noraini bertanya kepada Yusuf, ¡°Ke manakah kamu hendak pergi pagi-pagi
ini?¡±

   Noraini menanyai Yusuf tentang tempat yang hendak ditujuinya pagi-pagi ini.

(iv)Rusli bertanya kepada adiknya Ruslan, ¡°Mengapakah kamu tidak menghadiri kelas
tuisyen pada malam tadi?¡±

   Rusli menanyai adiknya Ruslan sebab dia tidak menghadiri kelas tuisyen pada malam
   sebelumnya.

(v) Hamidah bertanya kepada Suriani, ¡°Bagaimanakah kamu datang ke sini?¡±

   Hamidah menanyai Suriani tentang cara dia datang ke situ.


Tukarkan setiap ayat cakap pindah di bawah ini kepada ayat cakap ajuk.

(i) Budak itu menanyai datuknya cara Hang Tuah dan rakan-rakannya dapat
    membunuh lanun-lanun itu.

   Budak itu bertanya kepada datuknya, ¡°Bagaimana Hang Tuah dan rakan-rakannya
   dapat membunuh lanun-lanun itu?¡±

(ii) Orang yang baru datang itu menanyakan nama Datuk Penghulu di mukim itu.

   Orang yang baru datang itu bertanya, ¡°Siapakah Datuk Penghulu di mukim ini?¡±

(iii)        Bapa saudaranya ingin tahu tentang masa Rabitah akan tamat pengajiannya
di universiti.

   Bapa saudara Rabitah bertanya kepadanya, ¡°Bilakah pengajian kamu di universti
   akan tamat?¡±

(iv)Mak Cik Limah ingin tahu tentang tempat Ramlah bekerja pada masa itu.

   Mak Cik Limah bertanya kepada Ramlah, ¡°Di manakah tempat kamu bekerja pada
   masa ini?¡±

(v) Neneknya bertanya kepada Ramli tentang nama gadis pilihannya itu.

                                                                                     12
Neneknya bertanya kepada Ramli, ¡°Siapakah gadis pilihan kamu itu?¡±


Tukarkan setiap ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.

(i) Kata ibu kepada anaknya, Sarimah, ¡°Tolong ambilkan ibu segelas air suam kerana
    ibu hendak makan ubat ini.

   Ibu menyuruh anaknya Sarimah mengambilkannya segelas air suam kerana         ibunya
hendak makan ubat itu.

(ii) Pengacara majlis berkata, ¡°Tuan-tuan dan puan-puan, silalah masuk ke dalam dewan
sekarang. Upacara majlis akan dimulakan pada tepat pukul 8.30.¡±
     Pengacara majlis mempersilakan para hadirin lelaki dan perempuan masuk ke dalam
dewan pada masa itu juga. Upacara majlis akan dimulakan pada tepat pukul        8.30.

(iii) Cikgu Julia berkata, ¡°Semua peserta rombongan dikehendaki berada di sekolah
     selewat-lewatnya pada 7.50 pagi esok kerana bas rombongan akan bertolak pada
     pukul 8.00 tepat.¡±

   Cikgu Julia meminta semua peserta rombongan berada di sekolah selewat-
   lewatnya pada 7.50 pagi esoknya kerana bas rombongan akan bertolak pada pukul
   8.00 tepat.

(iv)¡°Sesiapa yang ingin memohon masuk ke sekolah berasrama penuh, sila isi borang
    yang dapat diperoleh di pejabat sekolah,¡± kata Cikgu Rohani kepada pelajar-
    pelajarnya.

   Cikgu Rohani mempelawa pelajar-pelajarnya yang ingin memohon masuk ke
   sekolah berasrama penuh supaya mengisi borang yang dapat diperoleh di pejabat
   sekolah.

(v) Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri berkata, ¡°Semua penduduk di
    Kampung Pantai Cicak hendaklah berpindah ke Dewan Serba Guna dengan segera
    kerana banjir yang sedang melanda kampung tersebut diramalkan akan menjadi
    lebih besar pada malam ini.¡±

   Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri telah meminta penduduk di Kampung
Pantai Cicak berpindah ke Dewan Serba Guna dengan segara kerana banjir yang melanda
kampung tersebut diramalkan akan menjadi lebih besar.

Tukarkan setiap ayat cakap pindah di bawah ini kepada ayat cakap ajuk.

(i) Juruacara majlis meminta semua peserta larian 4 X 400 meter berada di garisan
    permulaan dengan segera.

   Juruacara majlis mengumumkan, ¡°diminta berada di garisan permulaan dengan
   segera.


                                                                                     13
(ii) Puan Sarimah mempersilakan para tetamunya memakan hidangan yang telah
     disediakan itu.

   Puan Sarimah berkata, ¡°Saudara dan saudari, jemputlah menjamah hidangan yang
   disediakan ini.

(iii) Juruacara telah membuat rayuan kepada penonton-penonton yang berada di
     hadapan pentas supaya duduk untuk memberikan kemudahan kepada penonton-
     penonton yang berada di belakang supaya sama-sama dapat menonton persembahan
dengan selesa.

   Juruacara telah mengumumkan, ¡°Penonton-penonton yang berada di hadapan pentas
   diminta untuk memberikan kemudahan kepada penonton-penonton di belakang
   supaya supaya sama-sama dapat menonton persembahan dengan selesa.

(iv)Cikgu Sebastian telah meminta pelajarnya supaya jangan bising kerana kelas di
    sebelah sedang menjalani ujian.

   Cikgu Sebastian berkata kepada pelajarnya, ¡°Saya berharap kamu jangan bising
   kerana kelas di sebelah sedang menjalani ujian.¡±

(v) Ibu tunggal itu menasihati anaknya supaya belajar rajin-rajin untuk kesenangan
    pada masa depan.

   Ibu tunggal itu berkata kepada anaknya, ¡°Nak, belajarlah rajin-rajin untuk kesenangan
   pada masa depan.¡±


Tukarkan setiap ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.

(i) ¡°Aduh, bisanya patukan ular ini! Mengapakah lambat sangat hendak sampai ke
    hospital?¡± kata Salim kepada isterinya Normala.

   Salim mengaduh kesakitan kerana menahan kesakitan bisa patukan ular itu sambil
   mengajukan soalan kepada isterinya

(ii) ¡°Cis, bedebah! Berani engkau membuat huru-hara di kampung ini,¡± kata Hang
     Tuah kepada penjahat itu.

   Dengan perasaan marah, Hang Tuah mengeluarkan perkataan bedebah dan
   menyatakan bahawa penjahat itu berani membuat huru-hara di kampung itu kepada
   penjahat tersebut.

(iii) ¡°Kasihanilah saya encik! Saya tidak ada tempat hendak mengadu. Ibu dan bapa
     saya dah lama meninggal,¡± kata Jalil kepada orang itu.

   Jalil meminta dirinya dikasihani kepada orang itu sambil menyatakan bahawa dia
   tidak mempunyai tempat untuk mengadu kerana ibu dan bapanya sudah lama
   meninggal dunia.

                                                                                     14
(iv)¡°Tolong, tolong, tolong, pencuri meragut beg saya!¡± Ayu memekik sekuat-kuat
    hatinya.

   Ayu memekik-mekik sekuat-kuat hatinya kerana untuk meminta pertolongan kerana
   pencuri telah meragut begnya.

(v) ¡°Aduhai, malangnya nasib Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai!¡± kata
    orang kampungnya.

   Dengan perasaan yang sedih, orang kampung Pak Kaduk melahirkan perasaan
   kesalnya tentang nasib Pak Kaduk yang begitu malang kerana walaupun ayamnya
   menang, kampungnya tergadai.




                                                                                  15

More Related Content

What's hot (20)

Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
Peribahasa
Rezani Mohd
?
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLusKoleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
Amiruddin Abd Rahman
?
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
aina_athirah
?
Kata Hubung
Kata HubungKata Hubung
Kata Hubung
Ryzal Asyraff Harith
?
Kesalahan ejaan petikan
Kesalahan ejaan petikanKesalahan ejaan petikan
Kesalahan ejaan petikan
Amirah Amir
?
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diriKata ganti nama diri
Kata ganti nama diri
nashahrin
?
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
Contoh kertas 1&2 BM PT3 2019
LatiSigub
?
Imbuhan awalan mempe r
Imbuhan awalan mempe r Imbuhan awalan mempe r
Imbuhan awalan mempe r
ghazali76
?
Bina ayat gambar
Bina ayat gambarBina ayat gambar
Bina ayat gambar
´ÈÐÄ Chan
?
Kesusasteraan Melayu -Pelari muda
Kesusasteraan Melayu -Pelari mudaKesusasteraan Melayu -Pelari muda
Kesusasteraan Melayu -Pelari muda
theclementinerosemar
?
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF.pptx
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF.pptxAYAT AKTIF DAN AYAT PASIF.pptx
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF.pptx
ssuserf39e1a1
?
Subjek dan predikat
Subjek dan predikatSubjek dan predikat
Subjek dan predikat
Maizurah Rosle
?
CERPEN OREN (WATAK DAN PERWATAKAN)
CERPEN OREN (WATAK DAN PERWATAKAN)CERPEN OREN (WATAK DAN PERWATAKAN)
CERPEN OREN (WATAK DAN PERWATAKAN)
SUFINA SHUKRI
?
Kata bantu
Kata bantuKata bantu
Kata bantu
Kopi Ais
?
Latihan kata hubung pancangan keterangan
Latihan kata hubung pancangan keteranganLatihan kata hubung pancangan keterangan
Latihan kata hubung pancangan keterangan
Sazilah Sazie
?

Viewers also liked (8)

Nota & Latihan Cakap Ajuk dan Cakap Pindah shared dari KSSRѧϰ԰µØ
Nota & Latihan Cakap Ajuk dan Cakap Pindah shared dari KSSRѧϰ԰µØNota & Latihan Cakap Ajuk dan Cakap Pindah shared dari KSSRѧϰ԰µØ
Nota & Latihan Cakap Ajuk dan Cakap Pindah shared dari KSSRѧϰ԰µØ
´ÈÐÄ Chan
?
Latihan tanya nilai Pendidikan Moral SPM
Latihan tanya nilai Pendidikan Moral SPMLatihan tanya nilai Pendidikan Moral SPM
Latihan tanya nilai Pendidikan Moral SPM
Cheng Cheng Chai
?
Add Math (F5) Motion Along A Straigh Line Subtopic 9.1
Add Math (F5) Motion Along A Straigh Line Subtopic 9.1Add Math (F5) Motion Along A Straigh Line Subtopic 9.1
Add Math (F5) Motion Along A Straigh Line Subtopic 9.1
roszelan
?
Isu dan nilai Pendidikan Moral
Isu dan nilai Pendidikan Moral Isu dan nilai Pendidikan Moral
Isu dan nilai Pendidikan Moral
Cheng Cheng Chai
?
Probability distribution notes by Dr D K Madan and Dr Amit Manocha
Probability distribution notes by Dr D K Madan and Dr Amit ManochaProbability distribution notes by Dr D K Madan and Dr Amit Manocha
Probability distribution notes by Dr D K Madan and Dr Amit Manocha
Dinesh Madaan
?
Akta dan dasar Pendidikan Moral SPM
Akta dan dasar Pendidikan Moral SPMAkta dan dasar Pendidikan Moral SPM
Akta dan dasar Pendidikan Moral SPM
Cheng Cheng Chai
?
Normal distribution stat
Normal distribution statNormal distribution stat
Normal distribution stat
Pacurib Jonathan
?
Nota & Latihan Cakap Ajuk dan Cakap Pindah shared dari KSSRѧϰ԰µØ
Nota & Latihan Cakap Ajuk dan Cakap Pindah shared dari KSSRѧϰ԰µØNota & Latihan Cakap Ajuk dan Cakap Pindah shared dari KSSRѧϰ԰µØ
Nota & Latihan Cakap Ajuk dan Cakap Pindah shared dari KSSRѧϰ԰µØ
´ÈÐÄ Chan
?
Latihan tanya nilai Pendidikan Moral SPM
Latihan tanya nilai Pendidikan Moral SPMLatihan tanya nilai Pendidikan Moral SPM
Latihan tanya nilai Pendidikan Moral SPM
Cheng Cheng Chai
?
Add Math (F5) Motion Along A Straigh Line Subtopic 9.1
Add Math (F5) Motion Along A Straigh Line Subtopic 9.1Add Math (F5) Motion Along A Straigh Line Subtopic 9.1
Add Math (F5) Motion Along A Straigh Line Subtopic 9.1
roszelan
?
Isu dan nilai Pendidikan Moral
Isu dan nilai Pendidikan Moral Isu dan nilai Pendidikan Moral
Isu dan nilai Pendidikan Moral
Cheng Cheng Chai
?
Probability distribution notes by Dr D K Madan and Dr Amit Manocha
Probability distribution notes by Dr D K Madan and Dr Amit ManochaProbability distribution notes by Dr D K Madan and Dr Amit Manocha
Probability distribution notes by Dr D K Madan and Dr Amit Manocha
Dinesh Madaan
?
Akta dan dasar Pendidikan Moral SPM
Akta dan dasar Pendidikan Moral SPMAkta dan dasar Pendidikan Moral SPM
Akta dan dasar Pendidikan Moral SPM
Cheng Cheng Chai
?

Recently uploaded (7)

BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUANBUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
GOGASEAPDEVARDASGAND
?
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptxSAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
ATHHARDAIAM1
?
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
ellyaleem
?
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan bulipengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
g95547989
?
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA DAN PERLU DIATASI
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA  DAN PERLU DIATASIcabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA  DAN PERLU DIATASI
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA DAN PERLU DIATASI
ipgm1786
?
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi klMESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
ssuser13911c
?
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.pptTahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
ssuser5530e8
?
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUANBUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
GOGASEAPDEVARDASGAND
?
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptxSAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
ATHHARDAIAM1
?
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
ellyaleem
?
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan bulipengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
g95547989
?
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA DAN PERLU DIATASI
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA  DAN PERLU DIATASIcabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA  DAN PERLU DIATASI
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA DAN PERLU DIATASI
ipgm1786
?
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi klMESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
ssuser13911c
?
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.pptTahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
ssuser5530e8
?

Cakap ajuk dan cakap pindah

  • 1. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah A Menukarkan ayat Lazimnya, aspek menukarkan ayat ini merujuk kepada kemampuan pelajar menukarkan (a) ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah (b) ayat cakap pindah kepada ayat ajuk , dan (c) ayat cakap pindah kepada dialog. Panduan menukarkan ayat 1 Sekiranya ayat cakap ajuk terdiri daripada ayat penyata, pelajar perlu memindahkan ayat penyata juga. Contoh: ¡°Alice menangis kerana kotak penselnya,¡± kata Mohan. Untuk menukarkan ayat di atas, pelajar boleh menggunakan frasa-frasa yang berikut: menerangkan menyatakan Alice menangis Mohan menjelaskan bahawa kerana kotak memberitahu penselnya hilang berkata 2 Sekiranya ayat cakap ajuk berkenaan menggunakan ayat tanya, maka pelajar perlu memindahkan ayat tersebut kepada ragam ayat tanya juga. Contoh: ¡°Mengapa kamu menjerit?¡± tanya Mak Long kepada cucunya. Untuk menukarkan ayat di atas, pelajar boleh menggunakan frasa-frasa berikut. Mak bertanya kepada cucunya sebab Long menanyakan dia menjerit 3 Sekiranya ayat cakap ajuk berkenaan mengunakan ayat perintah, maka pelajar perlu memindahkan ayat tersebut kepada ragam ayat perintah. Contoh 1: ¡°Silalah masuk,¡± kata ibu kepada rakannya. Untuk menukarkan ayat di atas, pelajar boleh menggunakan frasa-frasa berikut: mempersilakan rakannya Ibu menjemput masuk mempelawa Contoh 2: ¡°Jangan berenang di dalam sungai itu,¡± kata ayah kepada adik. Untuk menukarkan ayat di atas, pelajar boleh menggunakan frasa-frasa berikut: adik daripada menegah Ayah berenang di melarang sungai itu. 1
  • 2. Contoh 3: ¡°Tolong tutupkan suis kipas,¡± kata ibu kepada kakak. Untuk menukarkan ayat di atas, pelajar boleh menggunakan frasa-frasa berikut: Ibu meminta kakak menutup suis kipas. 4 Pelajar perlu menukarkan kata ganti nama diri: (a) pertama tunggal, seperti aku, saya, beta kepada kata ganti nama diri ketiga ¨C nya, dia, baginda Contoh 1: ¡°Saya suka bermain bola,¡± kata Iqbal. Iqbal memberitahu bahawa dia suka bermain bola. Contoh 2: ¡°Dahi aku disengat tebuan,¡± beritahu Angel. Angel memberitahu bahawa dahinya disengat tebuan. Contoh 3: ¡°Beta akan bersantap sebentar lagi,¡± titah Sultan Mahmud. Sultan Mahmud bertitah bahawa baginda akan bersantap sebentar lagi. (b) pertama dan kedua jamak, seperti kami, kita dan kalian perlu ditukar kepada mereka Contoh: ¡°Kami berjaya memadamkan api kebakaran itu,¡± kata penduduk kampung. Penduduk kampung menjelaskan bahawa mereka berjaya memadamkan api kebakaran itu. (c) kedua tunggal, seperti anda, awak, engkau, kamu, puan, cik, tuan dan sebagainya kepada nama sebenar seseorang atau panggilan sseorang itu. Contoh 1: ¡°Anda perlu mengisi borang dengan lengkap,¡± kata Puan Shanti kepada pelajar-pelajarnya. Puan Shanti memberitahu pelajar-pelajarnya bahawa mereka perlu mengisi borang dengan lengkap. 5 Pelajar juga perlu menukarkan ganti nama tunjuk dan tempat, seperti ini, sini, dan begini kepada itu, situ, dan begitu. Contoh: ¡°Kuih ini dimasak oleh ibu,¡± kata Suraya. Suraya menjelaskan bahawa kuih itu dimasak oleh ibu. 6 Kata singkatan perlu ditukar kepada kata yang penuh. Contoh: ¡°Kak, ambilkan baju saya,¡± jerit Presha. Presha menjerit meminta kakak mengambilkan bajunya. 7 Gambaran emosi penutur harus dikedepankan. Contoh: ¡°Janganlah hamba dibunuh. Hamba tidak bersalah,¡±rayu pemuda itu dengan suara yang sedih. 2
  • 3. Dengan suara yang sedih, pemuda itu merayu agar dia tidak dibunuh kerana dia tidak bersalah. Latihan : Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini menjadi ayat cakap pindah. (i) ¡°Semasa saya berjoging tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan,¡± kata Yusri kepada Saleh. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ (ii) Kata Norman kepada Sarah, ¡°Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti awak akan mendapat sakit nanti.¡± _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ (iii) ¡°Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air,¡± kata Erra. _____________________________________________________________________ Tukarkan ayat cakap pindah di bawah ini kepada ayat cakap ajuk. (i) Rahim berkata bahawa dia sudah lama tidak berjumpa dengan Ramlan dan menyatakan Ramlan semankin gemuk. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ (ii) Salmah berkata emaknya telah dihantar ke hospital pada hari semalamnya. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 3
  • 4. (iii) Datuk Penghulu menyatakan bahawa padi di kawasannya sudah boleh mula dituai. _____________________________________________________________________ (iv)Ong Peng Sun menyatakan bahawa buah mangga itu sungguh manis. _____________________________________________________________________ (v) Rosli menerangkan bahawa dia telah menziarahi neneknya di Hospital Kuala Lumpur. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ Tugasan SPM Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian tulis petikan itu semula ke dalam bentuk perbualan tanpa mengubah maksud asalnya. Azizi bertanya kepada Rasyidi tempoh dia mendiami taman perumahan itu.Rasyidi memberitahu bahawa dia sudah tinggal di situ lebih kurang lima tahun.Azizi kemudian bertanya kepada Rasyidi tentang semangat kejiranan antara penduduk di kawasan itu.Rasyidi menjelaskan bahawa di kawasan itu hubungan antara jiran adalah rapat dan akrab seperti hubungan sesama saudara mara sendiri.Sambil tersenyum Azizi berkata bahawa kawasan kediaman seperti itulah yang dihajatinya selama itu.Rasyidi menasihatinya dan berkata bahawa perkara yang penting ialah seseorang itu mesti menjaga hubungan baik dan mengeratkan silaturahim serta mengelakkan perselisihan sesama sendiri.Azizi mengiakan pendapat Rashidi dan mengucapkan terima kasih sebanyak-banyaknya atas penjelasannya itu. (6 markah) _______________________________________________________________________ _ _______________________________________________________________________ _ _______________________________________________________________________ _ 4
  • 5. _______________________________________________________________________ _ _______________________________________________________________________ _ _______________________________________________________________________ _ _______________________________________________________________________ _ Jawapan guru : i ¡°Semasa saya berjoging tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan,¡± kata Yusri kepada Saleh. Yusri memberitahu Saleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tepi jalan. ii. Kata Norman kepada Sarah, ¡°Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti awak akan mendapat sakit.¡± Norman menasihati Sarah supaya jangan makan makanan yang mengandungi banyak lemak untuk mengelakkan penyakit. iii.¡°Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air,¡± kata Erra. 5
  • 6. Erra mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya kerana jalan raya ditenggelami air. Jawapan Tukar Cakap Pindah kepada Cakap Ajuk Tukarkan ayat cakap pindah di bawah ini kepada ayat cakap ajuk. i. Rahim berkata bahawa dia sudah lama tidak berjumpa dengan Ramlan dan menyatakan Ramlan semankin gemuk. Rahim berkata, ¡°Sudah lama saya tidak berjumpa dengan kamu, Ramlan. Kamu ini semakin gemuk.¡± ii. Salmah berkata emaknya telah dihantar ke hospital pada hari semalamnya. Salmah berkata, ¡°Emak saya telah dihantar ke hospital pada hari semalamnya.¡± iii. Datuk Penghulu menyatakan bahawa padi di kawasannya sudah boleh mula dituai. Datuk penghulu berkata, ¡°Padi di kawasan saya sudah dituai.¡± iv. Ong Peng Sun menyatakan bahawa buah mangga itu sungguh manis. Ong Peng Sun berkata, ¡°Buah mangga itu sungguh manis.¡± v. Rosli menerangkan bahawa dia telah menziarahi neneknya di Hospital Kuala Lumpur. Rosli berkata, ¡°Saya telah menziarahi nenek saya di Hospital Besar Kuala Lumpur. 6
  • 7. Tukarkan ayat cakap pindah di bawah ini kepada ayat cakap ajuk. (vi)Rahim berkata bahawa dia sudah lama tidak berjumpa dengan Ramlan dan menyatakan Ramlan semankin gemuk. Rahim berkata, ¡°Sudah lama saya tidak berjumpa dengan kamu, Ramlan. Kamu ini semakin gemuk.¡± (vii) Salmah berkata emaknya telah dihantar ke hospital pada hari semalamnya. Salmah berkata, ¡°Emak saya telah dihantar ke hospital pada hari semalamnya.¡± (viii) Datuk Penghulu menyatakan bahawa padi di kawasannya sudah boleh mula dituai. Datuk penghulu berkata, ¡°Padi di kawasan saya sudah dituai.¡± (ix)Ong Peng Sun menyatakan bahawa buah mangga itu sungguh manis. Ong Peng Sun berkata, ¡°Buah mangga itu sungguh manis.¡± (x) Rosli menerangkan bahawa dia telah menziarahi neneknya di Hospital Kuala Lumpur. Rosli berkata, ¡°Saya telah menziarahi nenek saya di Hospital Besar Kuala Lumpur. Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini menjadi ayat cakap pindah. 7
  • 8. (i) Kata Azan, ¡°Pokok kelapa di belakang rumah Alif tumbang dan menimpa rumahnya. Azan memberitahu bahawa pokok kelapa kelapa di belakang rumahnya tumbang dan menimpa rumahnya. (ii) ¡°Saya berjanji akan tidak akan buat jahat lagi,¡± kata Muis. ¡°Saya akan mematuhi semua peraturan projek ini,¡± sambungnya lagi. Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat dan akan mematuhi peraturan projek tersebut. (iii) ¡°Ular! Ular!¡± Mak Minah menjerit. ¡°Ada ular dekat pasu bunga besar itu,¡± katanya lagi. Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu bahawa terdapat ular berhampiran pasu bunga yang besar itu. Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini menjadi ayat cakap pindah. (i) Kata Julia, ¡°Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.¡± Julia mengatakan bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur selepas itu. (ii) ¡°Kalau tak tahu jangan buat¡±, kata Cikgu Siti. ¡°Biar orang yang tahu saja membuatnya,¡± sambungnya lagi. Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan perkara yang tidak diketahui tetapi mintalah orang yang tahu sahaja melakukannya. (iii) Kata Erik, ¡°Rumah yang cantik itu memang menjadi idaman semua orang.¡± Erik mengatakan bahawa rumah yang cantik memang menjadi idaman semua orang. Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini menjadi ayat cakap pindah. (i) ¡°Jangan lupa membeli tepung apabila apabila awak ke kedai nanti,¡± kata emak Rosyam. ¡°Emak hendak buat karipap,¡± sambungnya lagi. Emak Rosyam meningatkan Rosyam supaya membeli tepung apabila dia ke kedai kerana dia hendak membuat kuih karipap. (ii) Kata Farid, ¡°Banjir teruk di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas. Farid melaporkan bahawa banjir besar di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas. 8
  • 9. (iii) Kata Perdana Menteri, ¡°Semua kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan semua orang.¡± Perdana menteri menerangkan bahawa kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan semua orang. Tukarkan ayat cakap pindah di bawah ini menjadi ayat cakap ajuk. (i) Adi mengatakan bahawa hujan yang lebat telah membasahi baju dan seluarnya. Kata Adi, ¡°Hujan sangat lebat, habis baju dan seluar saya basah.¡± (ii) Zila dan Niza mengatakan bahawa mereka sudah kenyang dan mengucapkan terima kasih kerana dijemput. ¡°Kami sudah kenyang, terima kasih kerana menjemput kami,¡± kata Zila dan Niza. (iii) Pak Cik Hasbul mengatakan bahawa ketam yang baru ditangkap mempunyai isi yang segar dan sedap dimakan kepada isterinya. ¡°Ketam yang baru ditangkap isinya segar dan memang sedap dimakan,¡± kata Pak Cik Hasbul kepada isterinya. Tukarkan ayat cakap pindah di bawah ini menjadi ayat cakap ajuk. (i) Darus mengatakan bahawa jika seseorang itu rajin bersenam maka badannya akan menjadi sihat. Kata Darus, ¡°Jika kita rajin bersenam, badan kita akan sentiasa sihat.¡± (ii) Wan menasihati anaknya supaya berhati-hati ketika makan ikan terubuk kerana ikan itu mempunyai tulang yang banyak. ¡°Makan berhati-hati,¡± kata Wan kepada anaknya, ¡°Ikan terubuk itu banyak tulangnya,¡± sambungnya lagi. (iii) Kamil berkata kepada bapanya bahawa mereka tidak berjumpa hampir lima tahun. Kata Kamil kepada bapanya, ¡°Sudah hampir tahun kita tak berjumpa.¡± Tukarkan ayat cakap pindah di bawah ini menjadi ayat cakap ajuk. (i) Izlan menerangkan bahawa Ramli telah melakukan kerja-kerja menangkap ikan sejak muda lagi. 9
  • 10. ¡°Dari muda-muda lagi hingga sekarang kerja Ramli menangkap ikan,¡± kata Izlan. (ii) Nani mengatakan bahawa gadis itu ialah kacukan Melayu dan dan India kerana mempunyai mata yang besar dan bulat. Kata Nani, ¡°Gadis itu ialah kacukan Melayu dan India kerana mempunyai mata yang besar dan bulat.¡± (iii) Ah Seng mengemukakan cadangan supaya Azman mengecat keretanya dengan warna merah supaya kelihatan lebih bergaya. ¡°Awak mestilah mengecat kereta awak dengan cat merah supaya kelihatan lebih bergaya,¡± kata Ah Seng. Tukarkan ayat cakap pindah di bawah ini menjadi ayat cakap ajuk. (i) Cikgu Fauziah mengatakan bahawa bukan sayur sahaja menjadi makanan kura- kura, malahan haiwan itu juga memakan buah-buahan. Kata Cikgu Fauziah, ¡°Selain memakan sayur, kura-kura juga memakan buah- buahan.¡± (ii) Haji Mail mengatakan bahawa ikan di dalam akuarium itu enam kilogram dan mengatakan bahawa dia tidak pernah melihat ikan sebesar itu. Kata Haji Mail, ¡°Saya agak ikan di dalam akuarium awak itu beratnya enam kilogram.¡± Sambungnya lagi, ¡°Besar betul, tak pernah saya lihat ikan sebesar itu.¡± (iii) Dr. Asrol menasihati Monu agar rajin memakan ubat supaya cepat sembuh. ¡°Rajin-rajinlah makan ubat supaya awak cepat sembuh,¡± kata Dr. Asrol kepada Monu. Tukarkan setiap ayat cakap ajuk di bawah ini menjadi ayat cakap pindah. (i) ¡°Cerita dalam novel ini sungguh menarik,¡± kata Hamzah kepada rakannya Hasnah. Hamzah berkata kepada rakannya Hasnah bahawa cerita dalam novel itu sungguh menarik. (ii) Kata Cikgu Salmah kepada pelajarnya ¡°Buah betik mengandungi vitamin C.¡± Cikgu Salmah berkata kepada pelajarnya bahawa buah betik mengandungi vitamin C (iii) Juruhebah itu berkata, ¡°Lagu itu diminta oleh saudara Ahmad Jusuh dari Kelantan.¡± 10
  • 11. Juruhebah itu menyatakan bahawa lagu ini diminta oleh saudara Ahmad Jusuh dari Kelantan. (iv)Datuk Penghulu berkata kepada penduduk kampung itu, ¡°Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.¡± Datuk Penghulu berkata kepada penduduk kampung itu bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. (v) ¡°Semalam saya bermimpi bahawa saya menjadi puteri yang paling cantik di dunia,¡± kata Ramlah kepada kawannya. Ramlah berkata kepada kawannya bahawa pada malam semalamnya dia bermimpi menjadi puteri yang tercantik di dunia. Tukarkan ayat cakap pindah di bawah ini kepada ayat cakap ajuk. (xi)Rahim berkata bahawa dia sudah lama tidak berjumpa dengan Ramlan dan menyatakan Ramlan semankin gemuk. Rahim berkata, ¡°Sudah lama saya tidak berjumpa dengan kamu, Ramlan. Kamu ini semakin gemuk.¡± (xii) Salmah berkata emaknya telah dihantar ke hospital pada hari semalamnya. Salmah berkata, ¡°Emak saya telah dihantar ke hospital pada hari semalamnya.¡± (xiii) Datuk Penghulu menyatakan bahawa padi di kawasannya sudah boleh mula dituai. Datuk penghulu berkata, ¡°Padi di kawasan saya sudah dituai.¡± (xiv) Ong Peng Sun menyatakan bahawa buah mangga itu sungguh manis. Ong Peng Sun berkata, ¡°Buah mangga itu sungguh manis.¡± (xv) Rosli menerangkan bahawa dia telah menziarahi neneknya di Hospital Kuala Lumpur. Rosli berkata, ¡°Saya telah menziarahi nenek saya di Hospital Besar Kuala Lumpur. Tukarkan setiap ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah. (i) Dia bertanya kepada rakannya, Sabri, ¡°Bilakah peperiksaan akhir tahun akan diadakan?¡± 11
  • 12. Dia menanyakan soalan kepada rakannya, Sabri tentang masa peperiksaan akhir tahun yang akan diadakan. (ii) Suhaimi bertanya kepada Zainal, ¡°Siapakah tetamu khas yang akan datang pada majlis pembukaan rasmi Hari Sastera itu?¡± Suhaimi menanyai Zainal tentang tetamu khas yang akan datang pada majlis pembukaan Hari Sastera itu. (iii) Noraini bertanya kepada Yusuf, ¡°Ke manakah kamu hendak pergi pagi-pagi ini?¡± Noraini menanyai Yusuf tentang tempat yang hendak ditujuinya pagi-pagi ini. (iv)Rusli bertanya kepada adiknya Ruslan, ¡°Mengapakah kamu tidak menghadiri kelas tuisyen pada malam tadi?¡± Rusli menanyai adiknya Ruslan sebab dia tidak menghadiri kelas tuisyen pada malam sebelumnya. (v) Hamidah bertanya kepada Suriani, ¡°Bagaimanakah kamu datang ke sini?¡± Hamidah menanyai Suriani tentang cara dia datang ke situ. Tukarkan setiap ayat cakap pindah di bawah ini kepada ayat cakap ajuk. (i) Budak itu menanyai datuknya cara Hang Tuah dan rakan-rakannya dapat membunuh lanun-lanun itu. Budak itu bertanya kepada datuknya, ¡°Bagaimana Hang Tuah dan rakan-rakannya dapat membunuh lanun-lanun itu?¡± (ii) Orang yang baru datang itu menanyakan nama Datuk Penghulu di mukim itu. Orang yang baru datang itu bertanya, ¡°Siapakah Datuk Penghulu di mukim ini?¡± (iii) Bapa saudaranya ingin tahu tentang masa Rabitah akan tamat pengajiannya di universiti. Bapa saudara Rabitah bertanya kepadanya, ¡°Bilakah pengajian kamu di universti akan tamat?¡± (iv)Mak Cik Limah ingin tahu tentang tempat Ramlah bekerja pada masa itu. Mak Cik Limah bertanya kepada Ramlah, ¡°Di manakah tempat kamu bekerja pada masa ini?¡± (v) Neneknya bertanya kepada Ramli tentang nama gadis pilihannya itu. 12
  • 13. Neneknya bertanya kepada Ramli, ¡°Siapakah gadis pilihan kamu itu?¡± Tukarkan setiap ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah. (i) Kata ibu kepada anaknya, Sarimah, ¡°Tolong ambilkan ibu segelas air suam kerana ibu hendak makan ubat ini. Ibu menyuruh anaknya Sarimah mengambilkannya segelas air suam kerana ibunya hendak makan ubat itu. (ii) Pengacara majlis berkata, ¡°Tuan-tuan dan puan-puan, silalah masuk ke dalam dewan sekarang. Upacara majlis akan dimulakan pada tepat pukul 8.30.¡± Pengacara majlis mempersilakan para hadirin lelaki dan perempuan masuk ke dalam dewan pada masa itu juga. Upacara majlis akan dimulakan pada tepat pukul 8.30. (iii) Cikgu Julia berkata, ¡°Semua peserta rombongan dikehendaki berada di sekolah selewat-lewatnya pada 7.50 pagi esok kerana bas rombongan akan bertolak pada pukul 8.00 tepat.¡± Cikgu Julia meminta semua peserta rombongan berada di sekolah selewat- lewatnya pada 7.50 pagi esoknya kerana bas rombongan akan bertolak pada pukul 8.00 tepat. (iv)¡°Sesiapa yang ingin memohon masuk ke sekolah berasrama penuh, sila isi borang yang dapat diperoleh di pejabat sekolah,¡± kata Cikgu Rohani kepada pelajar- pelajarnya. Cikgu Rohani mempelawa pelajar-pelajarnya yang ingin memohon masuk ke sekolah berasrama penuh supaya mengisi borang yang dapat diperoleh di pejabat sekolah. (v) Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri berkata, ¡°Semua penduduk di Kampung Pantai Cicak hendaklah berpindah ke Dewan Serba Guna dengan segera kerana banjir yang sedang melanda kampung tersebut diramalkan akan menjadi lebih besar pada malam ini.¡± Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri telah meminta penduduk di Kampung Pantai Cicak berpindah ke Dewan Serba Guna dengan segara kerana banjir yang melanda kampung tersebut diramalkan akan menjadi lebih besar. Tukarkan setiap ayat cakap pindah di bawah ini kepada ayat cakap ajuk. (i) Juruacara majlis meminta semua peserta larian 4 X 400 meter berada di garisan permulaan dengan segera. Juruacara majlis mengumumkan, ¡°diminta berada di garisan permulaan dengan segera. 13
  • 14. (ii) Puan Sarimah mempersilakan para tetamunya memakan hidangan yang telah disediakan itu. Puan Sarimah berkata, ¡°Saudara dan saudari, jemputlah menjamah hidangan yang disediakan ini. (iii) Juruacara telah membuat rayuan kepada penonton-penonton yang berada di hadapan pentas supaya duduk untuk memberikan kemudahan kepada penonton- penonton yang berada di belakang supaya sama-sama dapat menonton persembahan dengan selesa. Juruacara telah mengumumkan, ¡°Penonton-penonton yang berada di hadapan pentas diminta untuk memberikan kemudahan kepada penonton-penonton di belakang supaya supaya sama-sama dapat menonton persembahan dengan selesa. (iv)Cikgu Sebastian telah meminta pelajarnya supaya jangan bising kerana kelas di sebelah sedang menjalani ujian. Cikgu Sebastian berkata kepada pelajarnya, ¡°Saya berharap kamu jangan bising kerana kelas di sebelah sedang menjalani ujian.¡± (v) Ibu tunggal itu menasihati anaknya supaya belajar rajin-rajin untuk kesenangan pada masa depan. Ibu tunggal itu berkata kepada anaknya, ¡°Nak, belajarlah rajin-rajin untuk kesenangan pada masa depan.¡± Tukarkan setiap ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah. (i) ¡°Aduh, bisanya patukan ular ini! Mengapakah lambat sangat hendak sampai ke hospital?¡± kata Salim kepada isterinya Normala. Salim mengaduh kesakitan kerana menahan kesakitan bisa patukan ular itu sambil mengajukan soalan kepada isterinya (ii) ¡°Cis, bedebah! Berani engkau membuat huru-hara di kampung ini,¡± kata Hang Tuah kepada penjahat itu. Dengan perasaan marah, Hang Tuah mengeluarkan perkataan bedebah dan menyatakan bahawa penjahat itu berani membuat huru-hara di kampung itu kepada penjahat tersebut. (iii) ¡°Kasihanilah saya encik! Saya tidak ada tempat hendak mengadu. Ibu dan bapa saya dah lama meninggal,¡± kata Jalil kepada orang itu. Jalil meminta dirinya dikasihani kepada orang itu sambil menyatakan bahawa dia tidak mempunyai tempat untuk mengadu kerana ibu dan bapanya sudah lama meninggal dunia. 14
  • 15. (iv)¡°Tolong, tolong, tolong, pencuri meragut beg saya!¡± Ayu memekik sekuat-kuat hatinya. Ayu memekik-mekik sekuat-kuat hatinya kerana untuk meminta pertolongan kerana pencuri telah meragut begnya. (v) ¡°Aduhai, malangnya nasib Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai!¡± kata orang kampungnya. Dengan perasaan yang sedih, orang kampung Pak Kaduk melahirkan perasaan kesalnya tentang nasib Pak Kaduk yang begitu malang kerana walaupun ayamnya menang, kampungnya tergadai. 15