1. :
1. Gunakan dramatisasi.
Ajaklah murid-murid berpura-pura berada di sebuah bola
(sphere) atau kotak (prisma), merasakan sisi-sisinya,
hujung-hujungnya, dan sudutnya dan menyandiwarakan
secara sederhana masalah aritmatika seperti: Tiga katak
melompat dalam kolam.
2. Menggunakan anggota badan murid-murid.
Menyarankan agar murid-murid menunjukkan berapa
banyak kaki, mulut, dan sebagainya. Ketika diminta untuk
menampilkan tiga tangan, mereka akan memprotes
keras, dan kemudian menunjukkan berapa banyak tangan
yang mereka memiliki( membuktikan) ini. Kemudian
mengajak murid-murid untuk menampilkan nombor
dengan jari, dimulai dengan pertanyaaan sederhana,
Berapakah umur kamu? Kemudian murid menunjukkan
angka yang diminta guru. Selain itu guru menampilkan
angka dalam berbagai cara (misalnya, menunjukkan lima
dengan tiga pada jari tangan kiri dan dua di jari tangan
kanan).
3. Menggunakan permainan.
Melibatkan murid-murid bermain permainan yang
memungkinkan mereka untuk melakukan matematik
dalam pelbagai cara, termasuk pengurutan, menciptakan
bentuk simetri dan bangunan, membuat pola, dan
sebagainya. Kemudian memperkenalkan permainan jual-
beli di kelas, menunjukkan murid-murid permainan
membeli dan menjual mainan atau benda kecil, belajar
menghitung, aritmatik dan konsep ruang.
4. Menggunakan simulasi.
Mendorong murid-murid untuk menggunakan adegan
dan mainan untuk simulasi kejadian nyata, seperti tiga
2. kereta di jalan, atau misalnya, untuk menunjukkan ada
dua monyet di atas pohon dan dua di atas tanah.
5. Menggunakan cerita.
Bercerita tentang sebuah kisah menarik yang didalamnya
berisi konsep matematik. Jika perlu, cerita boleh diaksikan
khususnya untuk memperjelaskan konsep matematik.
6. Gunakan kreativiti murid.
Mencungkil idea murid tentang matematik yang harus
didiskusikan dengan mereka. Misalnya perbualan di
antara 2 seorang murid yang berumur 8 tahun,Fikirkan
angka terbesar yang kamu tahu, lalu tambah angka itu
dengan lima. Bayangkan kamu memiliki coklat sejumlah
angka itu. Wow, itu 5 angka lebih besar daripada angka
yang kamu tahu.
7. Menggunakan kemampuan penyelesaian masalah.
Menyuruh murid-murid untuk menjelaskan bagaimana
mereka mengetahui masalah-masalah seperti
mendapatkan bilangan gunting yang cukup untuk
kumpulan mereka atau berapa banyak makanan ringan
yang perlu disediakan jika seorang tetamu telah menyertai
sesuatu kumpulan. Guru mendorong mereka untuk
menggunakan jari-jari mereka sendiri atau apapun yang
mungkin berguna untuk menyelesaikan masalah.
8. Menggunakan pelbagai strategi.
Gunakanlah matematik di kelas bila-bila masa sahaja.
Guru boleh meminta murid menghitung jumlah murid-
murid yang hadir, menghitung meja dan kerusi, meminta
murid-murid mengeluarkan barangan yang mempunyai
nombor tertentu atau nama geometri yang disebut.
9. Menggunakan teknologi.
3. Cuba menggunakan kamera digital untuk mengambil
gambar hasil kerja murid, permainan dan aktiviti yang
dilakukan, dan kemudian menggunakan gambar tersebut
untuk membuat perbincangan dengan murid-murid,
perencanaan kurikulum, dan komunikasi dengan orang
tua. Gunakan juga teknologi lain, seperti komputer secara
bijak.
10.Gunakan ujian penilaian untuk mengukur
pencapaian murid-murid dalam matematik.
Menggunakan observasi, perbincangan dengan murid-
murid untuk membuat penilaian tentang pencapaian
pembelajaran murid-murid dalam matematik.Guru perlu
memikirkan keputusan yang perlu dibuat supaya murid-
murid dapat belajar dari pengalaman. Guru juga boleh
menggunakan program di dalam komputer untuk
membuat penilaian terhadap murid-murid secara
automatik.