Dokumen tersebut membahas mengenai latihan dan pembangunan sumber daya manusia. Ia menjelaskan maksud dan perbedaan antara latihan dan pembangunan serta peranannya bagi individu dan organisasi. Dokumen ini juga menjelaskan berbagai jenis latihan seperti latihan di luar kerja, latihan sambil bekerja, pembelajaran mandiri, latihan perantis, simulasi, latihan penginstitusian, e-learning, dan kajian
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Weiss Lee
?
Contoh(3) Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Tajuk: Persepsi Masyarakat Terhadap Pengamalan Adat Resam Perkahwinan Di Kampung Baru Sungai Chua, Kajang
Batu bersurat dari zaman Srivijaya ditemukan pada tahun 1904 di Jambi yang bertarikh 692 M berisi sumpahan bagi mereka yang tidak setia kepada raja dan berbuat jahat, mirip dengan prasasti lain dari Srivijaya.
[Ringkasan]
1) Dokumen menjelaskan struktur ekonomi Malaysia yang terbahagi kepada tiga sektor utama iaitu sektor pertanian, perindustrian dan perkhidmatan serta sumbangan masing-masing sektor terhadap KDNK dan guna tenaga.
2) Ia juga menerangkan faktor-faktor yang mendorong perubahan struktur ekonomi negara daripada bergantung kepada sektor pertanian ke arah perindustrian dan perkhidmatan.
3) Perubahan
Dokumen ini membahas pedoman keserasian vokal dalam bahasa Melayu. Terdapat 18 pola keserasian vokal utama yang melibatkan dua huruf vokal terakhir dalam kata dasar, dan beberapa pengecualian untuk kata pinjaman dari bahasa Jawa dan Inggris.
Pemerdagangan manusia adalah aktiviti haram yang melibatkan pergerakan manusia secara haram. Untuk mengatasinya, perlu ada penguatkuasaan undang-undang yang ketat, kawalan keselamatan persempadanan, koordinasi antara negara, mengehadkan kuota buruh asing, dan pendidikan kepada generasi muda.
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Weiss Lee
?
Contoh(3) Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Tajuk: Persepsi Masyarakat Terhadap Pengamalan Adat Resam Perkahwinan Di Kampung Baru Sungai Chua, Kajang
Batu bersurat dari zaman Srivijaya ditemukan pada tahun 1904 di Jambi yang bertarikh 692 M berisi sumpahan bagi mereka yang tidak setia kepada raja dan berbuat jahat, mirip dengan prasasti lain dari Srivijaya.
[Ringkasan]
1) Dokumen menjelaskan struktur ekonomi Malaysia yang terbahagi kepada tiga sektor utama iaitu sektor pertanian, perindustrian dan perkhidmatan serta sumbangan masing-masing sektor terhadap KDNK dan guna tenaga.
2) Ia juga menerangkan faktor-faktor yang mendorong perubahan struktur ekonomi negara daripada bergantung kepada sektor pertanian ke arah perindustrian dan perkhidmatan.
3) Perubahan
Dokumen ini membahas pedoman keserasian vokal dalam bahasa Melayu. Terdapat 18 pola keserasian vokal utama yang melibatkan dua huruf vokal terakhir dalam kata dasar, dan beberapa pengecualian untuk kata pinjaman dari bahasa Jawa dan Inggris.
Pemerdagangan manusia adalah aktiviti haram yang melibatkan pergerakan manusia secara haram. Untuk mengatasinya, perlu ada penguatkuasaan undang-undang yang ketat, kawalan keselamatan persempadanan, koordinasi antara negara, mengehadkan kuota buruh asing, dan pendidikan kepada generasi muda.
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi klssuser13911c
?
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
1. DASAR BRITISH DAN KESANNYA
TERHADAP EKONOMI NEGARA
Oleh:
SAFIAH ZAKARIA
2. ?Dasar pentadbiran British di Tanah Melayu bertujuan
memaksimumkan keuntungan kewangan
?Kemunculan bandar baru merupakan kesan fizikal yang
dibawa oleh penjajahan British.
?Kesan penjajahan juga melibatkan aspek sosial.
?Ianya wujud apabila British membawa masuk buruh asing
ke Tanah Melayu.
3. ?Bermaksud perubahan daripada pekan kecil atau
kampung kepada sebuah bandar.
?Proses pembandaran berlaku akibat perkembangan
ekonomi yang pesat.
?Pekan yang berhampiran dengan kawasan perlombongan
akan mengalami pertambahan penduduk.
?Perkembangan perlombongan telah menambah fungsi
bandar.
?Antara bandar yang wujud ekoran kegiatan
perlombongan bijih ialah:
? Kuala Lumpur
? Taiping
? Ipoh
? Seremban
5. ?Bandar yang baru muncul berfungsi sebagai pusat
perniagaan dan pusat pentadbiran serta dilengkapi
dengan kemudahan infrastruktur.
?Kebanyakan penghuninya terdiri daripada masyarakat
China berbanding India dan Melayu.
?Masyarakat Melayu terikat dengan kawasan
perkampungan.
?Manakala masyarakat India pula tertumpu di kawasan
ladang getah.
?Perkembangan sistem pengangkutan dan ekonomi turut
mempengaruhi kewujudan bandar baru.
?Perkembangan Kuala Lumpur membabitkan pembangunan
infrastruktur terutamanya jalan raya dan jalan kereta api
utama
6. ?Pengeluaran bijih timah dan getah menjadikan pelabuhan
Klang,Melaka dan Pulau Pinang muncul sebagai bandar
pelabuhan penting di Tanah Melayu.
?Bandar Kuching muncul sebagai pusat pengumpulan dan
pengeksportan gambir serta lada hitam sejak 1840-an
?Pembinaan infrastruktur oleh British lebih tertumpu di
kawasan yang boleh memberi keuntungan ekonomi
kepada mereka.
?Oleh itu pantai barat Tanah Melayu lebih diutamakan
berbanding kawasan pantai timur Tanah Melayu.
7. ? Tanah Melayu dapat menarik minat imigran dari China
dan India kerana
? kekayaan sumber alam.
? Kemakmuran ekonomi
? Kestabilan politik
? Galakan pihak penjajah British
? Kemasukan imigran China dan India menyebabkan:
?Wujudnya masyarakat berbilang kaum di Tanah
Melayu.
?Berlakunya pertambahan penduduk secara mendadak.
8. ? Kewujudan masyarakat berbilang kaum menyebabkan
berlakunya perbezaan petempatan dan pekerjaan seperti:
?Orang Melayu yang menjalankan kegiatan pertanian
tinggal di luar bandar.
?Orang China yang menjalankan kegiatan perlombongan
dan perniagaan tinggal di bandar.
?Orang India yang menjalankan kegiatan menoreh getah
tinggal di ladang getah atau estet.
? petempatan dan jenis pekerjaan yang berbeza mengikut
kaum menyebabkan kesepaduan dan interaksi antara kaum
tidak wujud pada zaman penjajahan British.
? Keadaan ini menyulitkan proses perpaduan nasional di
negara kita selepas merdeka.
9. ? Masyarakat berbilang bangsa melahirkan sistem pendidikan
vernakular di Tanah Melayu.
? Merujuk kepada sistem pendidikan yang menggunakan
bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar.
? Wujud empat jenis sekolah:
?Sekolah Melayu
?Sekolah Cina
?Sekolah Tamil
?Sekolah Inggeris
? Pendidikan berasaskan agama islam di:
?Surau
?Masjid
?pondok
10. ? Perkembangan sekolah Melayu:-
a) Pendidikan berasaskan agama islam di:
?Surau
?Masjid
?Pondok
b) Sekolah vernakular Melayu ditubuhkan di Negeri-Negeri
Selat dan Negeri Melayu Bersekutu seperti:
i. 1856-sekolah Melayu pertama di Teluk
Belanga,Singapura
ii. 1871-di Seberang Prai
iii. 1856-di Kuala Kangsar dan Batu Gajah,Perak
iv. 1885-sekolah untuk murid perempuan di Negeri-Negeri
Selat
c) 1922-Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung
Malim,Perak
d) 1905-sekolah golongan elit iaitu Kolej Melayu Kuala
Kangsar
11. ? Perkembangan Sekolah Cina:-
a) Pembinaan sekolah dibiayai masyarakat Cina sendiri
b) Dialek Cina sebagai bahasa pengantar
c) 1920-Enakmen Pendaftaran Sekolah diluluskan British
untuk menyekat pengaruh Komunis
? Perkembangan Sekolah Tamil:-
a) Penubuhan sekolah dibiayai oleh:
i. Pihak British di kawasan bandar
ii. Pihak pengurusan ladang di kawasan ladang getah
b) Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar
c) Sukatan pelajaran,buku teks,guru diambil dari India
? Perkembangan Sekolah Inggeris:-
a) Dibiayai oleh mubaligh kristian dan badan sukarela
i. Murid-murid terdiri darpada orang atasan
ii. Terletak di bandar sahaja
12. a) Antara sekolah inggeris yang ditubuhkan:
i. 1816-Penang Free School
ii. 1826-Malacca Free School
iii. 1883-King Edward V11 School di Taiping,Perak
b) Universiti pertama ditubuhkan ialah Universiti
Malaya,Singapura
c) Sistem pendidikan pada zaman british tidak memupuk
semangat perpaduan
13. ? British menumpukan kepada pengeluaran bahan mentah
? Perkembangan perusahaan perkilangan di Tanah Melayu
perlahan kerana:-
?Barangan perkilangan yang diimport memberi saingan
kepada barangan tempatan
?Barangan import lebih bermutu dan murah berbanding
barangan tempatan
?British mengutamakan pengeluaran bahan mentah
? Pada abad ke-20 perusahaan kilang mula berkembang
terutama bijih timah dan getah
14. ? Antara syarikat perkilangan yang wujud ialah:-
?Kasut-Bata dan Fung Keong
?Getah-Kinta Rubber Works
?Kapal korek,kapal kecil dan mesin memproses getah-
United Engineers
?Perusahaan melebur bijih timah-Straits Trading Company
?Kilang mengetin nanas-berpusat di Johor
? Setelah merdeka ,negara berusaha membangunkan ekonomi
dengan menggalakkan orang melayu terlibat dalam sektor
perindustrian dan perniagaan
15. ? Perkembangan dalam bidang perlombongan dan
perladangan menyebabkan sistem pengangkutan dan
perhubungan di Tanah Melayu
? Landasan kereta api dan jalan raya dibina
a) 1885-landasan kereta api menghubungkan Taiping
dengan Port Weld
b) 1889-menghubungkan Kuala Lumpur dengan Port
Swettenham
c) 1891-menghubungkan Seremban dengan Port Dickson
d) 1895-antara Ipoh dan Tapah Road dengan Telok Anson
e) 1904-kawasan perlombongan bijih timah mempunyai
perkhidmatan kereta api
16. a) 1918-landasan kereta api ke sempadan siam siap dibina
b) 1931-landasan kereta api dibina dari Gemas,Pahang
dan Kelantan sehingga ke Sempadan Siam
c) 1923-landasan kereta api Tanah Melayu disambung ke
Singapura
? Pembinaan landasan kereta api menyumbang kepada
perkembangan ekonomi T.M:-
?Banyak tanah baru dibuka di kawasan pedalaman untuk
penanaman getah.
?Menggalakkan pelaburan orang Eropah
?Mempercepat pengangkutan dan mampu membawa
muatan yang banyak
18. ? Pembinaan jalanraya turut berkembang.
a) 1895-rangkaian jalanraya berturap sepanjang 2400 km
dibina di Perak dan Selangor
b) 1911-jalanraya dari Seberang Prai ke Melaka siap
dibina
c) 1911-1928-jalanraya dari Perlis ke Singapura siap
dibina
? sistem perhubungan diwujudkan bagi mempercepatkan
perhubungan dengan negeri-negeri dan negara luar.
19. ? Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai
mengakibatkan:-
?Penambahan jumlah penduduk secara mendadak
?Kepadatan penduduk terlalu tinggi
?Tempat tinggal dan tempat bekerja tidak memuaskan
?Bekalan air bersih tidak mencukupi
?Penyakit berjangkit merebak
? Pihak kerajaan British telah berusaha meningkatkan
perkhidmatan kesihatan dengan:-
a. Menubuhkan hospital
b. Menubuhkan pusat kesihatan kecil
c. Menubuhkan institusi penyelidikan perubatan
20. ? Hospital swasta seperti Hospital Tung Shin dibina dan
memberikan perkhidmatan kesihatan kepada pelombong
bijih timah
? Kerajaan British menubuhkan sebuah lembaga dipanggil
Sanitary Board berfungsi mengawasi kebersihan bandar
? 1911-fungsi dan tanggungjawab Sanitary Board terbahagi
kepada dua iaitu:-
? Penjagaan kebersihan bandar diurus oleh Sanitary Board
? Bidang kesihatan diambil alih oleh Jabatan Kesihatan