ºÝºÝߣ ini mengenai pengurusan pusat sumber sekolah yang menunjukkan pengurusan yang dilakukan untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaaran. Sumber-sumber yang disediakan oleh pusat sumber sekolah adalah untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Kuasa dalam dan kemampuan paranormal manusia telah menarik perhatian kerajaan dan badan korporat untuk mengkajinya. Projek rahasia telah dilakukan oleh Amerika Syarikat, Rusia, dan negara-negara lain untuk meneliti potensi kuasa minda manusia dalam bidang perisikan dan kegunaan ketenteraan. Saintis kini sedang meneliti cara untuk melewati batasan kuasa minda manusia yang ada.
Dokumen tersebut membahas mengenai berbagai jenis kuasa psikik dan ESP (Extra-Sensory Perception) seperti clairvoyance, precognition, kemampuan membaca aura, psychometry, psikokinesis, empathic, pengalaman keluar dari tubuh, dan perantaraan. Dokumen tersebut juga membahas mengenai peringkat-peringkat kesadaran minda manusia seperti beta, alpha, theta, dan delta.
Format hard disk dan install Windows XP melibatkan beberapa langkah seperti menetapkan boot sequence ke CD-ROM, membuat partition pada hard disk, memformat hard disk, dan menginstal Windows XP. Proses ini membantu memasang semula sistem operasi atau membaikinya.
1. DEFINASI PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk
koleksi bahan cetak. Pusat sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih meluas dengan
pelbagai bahan secara keseluruhannya ;
Pusat sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.
Pusat sumber menyediakan maklumat,perkhidmatan dan peluang bagi memperkukukan
pengajaran - pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat
pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan berkemahiran
belajar sepanjang hayat.
KONSEP
Pusat Sumber Sekolah adalah merupakan:
Satu Tempat:
Koleksi:
Perkhidmatan:
Agen Perubahan:
OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH
Meningkatkan mutu pengajaran - pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah
Menggalakan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya meraka
tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan
maklumat secara sistematik.
Membantu pelajar dan guru menghasil,menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan
pengajaran - pembelajaran
Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan
pelajar - pelajar
Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.
1.Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum.
2.Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kimpulan
2. dalam proses pembelajaran.
3.Merupakan tempat bahan pengajaran - pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan
dalam kelas atau di rumah.
4.Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain untuk kegunaan
dalam kelas atau di rumah.
5.Memberi panduan mencari,mengguna,menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras
dengan keperluan kurikulum.
6.Menggalakan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
7.Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
8.Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan
perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
9.Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa
dan.perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
10.Menyediakan alatan rerografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatan bagi memudahkan
proses pembelajaran.
CIRI - CIRI PUSAT SUMBER YANG BERKESAN.
Lokasi di tengah - tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi, tidak terpisah dari
mana - mana bahagian sekolah.
Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus pusat sumber.
Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang tahun.
Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke pusat sumber untuk mendapat bahan , alatan
dan maklumat.
Mempunyai koleksi yang sesuai,mencukupi,terkini dan menarik.
Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran - pembelajaran
Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu kurikulum.
A. PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Keberkesanan pusat sumber memerlukan pengurusan yang cekap dan sistematis. Sebagai
panduan, proses pengurusan tersebut dibahagikan kepada sepuluh langkah.
3. LANGKAH PERTAMA
PENUBUHAN JAWATAN KUASA
A. Penubuhan Jawatan kuasa induk pusat sumber
* Guru Besar sebagai Pengerusi
* Guru Penolong Kanan Kurikulum sebagai Naib Pengerusi dan Penyelaras.
* Guru Penyelaras Pusat Sumber sebagai setiausaha, Guru Pusat Sumber, Guru kanan mata
pelajaran, Guru - guru kanan Persatuan / Kelab, wakil PIBG dan wakil Lembaga Pengurus Sekolah
sebagai Ahli - ahli Jawatankuasa.(Penubuhan Jawatan Kuasa Pusat Sumber ini mestilah
diubahsuai dengan keadaan sekolah masing -masing).
B. Penubuhan Jawatankuasa kerja PSS
Ini terdiri daripada :
* Guru Penyelaras sebagai pengerusi.
* Pelajar yang mewakili tiap -tiap kelas sebagai ahli.
C. Pelantikan Pembantu perkeranian.
Boleh diusahakan perlantikan mana - mana kakitangan sokongan sekolah yang berkebolehan
dan berminat untuk membantu kerja - kerja perkeranian. Ini mungkin terdiri daripada kerani,
juru taip atau pembantu am rendah atau mana - mana staf yang diperuntukan oleh pihak
pengurusan sekolah.
D. Penentuan Dan Pembahagian Bidang Tugas.
Bidang tugas jawatankuasa dan kakitangan hendaklah ditentukan dengan jelas dan tidak
timbal balik antara satusama lain.
* Jawatankuasa Pentadbir Pusat Sumber Sekolah.
* Guru Pusat Sumber (1).
* Guru Pusat Sumber (2).
* Jawatankuasa kerja pusat sumber.
* Pembantu pusat sumber.
LANGKAH KEDUA
JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH
Rancangan pengoperasian PSS oleh Jawatankuasa induk :
a. Menggubal polisi pelaksanaan dan penggunaan Pusat Sumber.
b. Merancang peruntukan kewangan PSS dari segi mencadang dan mencari,
Punca Kewangan :
Untuk pelajar, mestilah ditegaskan perkara seperti berikut :
4. * Masa PSS dibuka.
* Kemudahan yang disediakan
* Pinjaman - bilangan bahan dan tempoh pinjaman.
* Keselamatan alatan dan bahan PSS.
* Disiplin dan lain -lain.
Untuk guru dan kakitangan, mestilah ditegaskan perkara -perkara berikut :
* Bahan -bahan yang boleh diguna dan dipinjam.
* Jadual dan masa mengguna serta meminjam bahan.
* Cara peminjaman dilakukan.
* Perkhidmatan Khas.
Menentukan sistem dan peraturan pinjaman bahan.
Bahan buku:
Biasanya digunakan sistem Brown, yakni menggunakan kad yang mempunyai butiran peminjam
dan tarikh pemulangan. Dalam pada itu harus ditentukan peraturan bagi :
* Pinjaman biasa.
* Pinjaman buku -buku khas.
* Pinjaman berkelompok ( bulk - loan )
Bahan bukan buku :
Perlu ada satu sistem pinjaman yang mudah tetapi sistematik untuk pinjaman alatan. Disamping
itu perlujuga disediakan satu sistem pinjaman yang mudah untuk bahan - bahan bukan buku.
LANGKAH KETIGA.LANGKAH KETIGA
RANCANGAN PERKHIDMATAN
Rancangan perkhidmatan Pss oleh guru Pss mengenai perkara - perkara berikut :
* Perkembngan fizikal pusat sumber.
* Perkembangan koleksi
* Perancangan promosi dan seranta.
* Perancangan aktiviti.
* Latihan pengurusan dan penggunaan PSS.
* Penilaian Pengurusan dan penggunaan PSS.
* Penghasilan bahan penganjuran pembelajaran, promosi dan panduan.
LANGKAH KEEMPAT
JAWATANKUASA KERJA
Latihan dan bengkel kepada jawatankuasa kerja pusat sumber yang terdiri dari pelajar
-pelajar bagi melaksanakan tugas -tugas berikut :
i Memfail keratan akhbar dan menyusun bahan di rak.
ii. Membantu memproses bahan seperti melapik, mengguntung, melekat poker kad pinjaman
dan slip, tarikh pulangan dan melekat label.
5. iii. Mengurus pinjaman / pulangan bahan di kaunter edaran.
iv. Menjilid majalah dan surat khabar.
v. Menggunting suratkhabar / majalah yang telah ditentukan oleh guru pusat sumber untuk
tujuan fail tegak.
vi. Mengemas dan membersihkan bilik pusat sumber.
vii.Memperbaiki buku.
viii.Membantu guru pusat sumber di dalam mengendalikan pondok ilmu dan sudut aktiviti.
ix. Membantu guru pusat sumber menghasilkan bahan pembelajaran
x. Mengambil bahagian di dalam rancangan siaraya ( radio sekolah).
LANGKAH KE LIMA
KECERIAAN
Pengurusan kemudahan fizikal dan keceriaan PSS.
i. Pengubahsuaian kedudukan rak, perabot, alat dan sebagainya mengikut rancangan penggunaan.
ii. Susunan danperuntukan perabot serta alatan mengikut ruang yang diperlukan.
iii. Panduan dan label tunjuk arah dilekatkan di tempat yang tertentu.
iv. Pameran peraturan dan panduan untuk membantu pelajar mencari dan mengguna maklumat.
v. Poster, carta dan gambar - gambar dilekatkan di tempat yang bersesuaian.
LANGKAH KE ENAM
ORIENTASI
Pelaksanaan orientasi PSS kepada pelajar baru melalui aktiviti penyampaian maklumat
mengenai :
i. Jenis - jenis perkhidmatan yang dapat dimamfaatkan oleh pelajar.
ii. Peraturan dan panduan Pusat Sumber.
iii. Bahan pusat sumber dan penggunaannya mengikut keperluan pelajar.
iv. Kad ahli dan kegunaannya dan,
v. Mendapatkan profil pelajar bagi tujuan perolehan bahan selara dengan minat dan keperluan
pelajar
LANGKAH KE TUJUH.
REKOD
Pengemaskinian rekod PSS dan memperbaharui pesanan akhbar dan majalah jika perlu contoh
rekod seperti berikut dan boleh diubahsuai mengikut keperluan.
Setiap PSS perlu menyimpan dan mengemaskini rekod yang disimpan iaitu :
* Rekod perolehan bahan
* Rekod pinjaman bahan
6. * Rekod penggunaan bahan.
* Rekod penggunaan kemudahan fizikal dan alatan.
* Rekod koleksi bahan.
* Rekod belanjawan.
* Lain -lain rekod yang difikirkan perlu.
LANGKAH KE LAPAN
PROMOSI
Melaksanakan promosi dan galakan penggunaan PSS yang dijadualkan untuk sepanjang tahun.
A. Pameran bahan mengikut topok atau tema
B. Ceramah buku
C. Pertandingan yang berhubung dengan penggunaan pusat sumber.
D. Pameran poster -poster yanmg berkaitan dengan pusat sumber sama ada hasil pelajar atau
sumbangan dari badan - badan / jabatan - jabatan tertentu.
E. Mengadakan sesi bercerita, berlakon, menyanyi dan sebagainya
F. Membuat projek seperti model, carta dan sebagainya berdasarkan topik yang dipelajari.
G. Kegiatan - kegiatan yang lain untuk mempertingkatkan kemahiran penggunaan PSS.
LANGKAH KE SEMBILAN
AKTIVITI
Lawatan dan ceramah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai pusat maklumat
yang lain.
Menganjurkan aktiviti yang ada kaitan dengan pusat sumber seperti :
i. Melawat perpustakaan awam
ii. Melawat pusat sumber sekolah yang lain.
iii.Melawat pesta buku.
iv.Melawat jabatan - jabatan kerajaan seperti Jabatan Penerangan.
vi.Menjemput penceramah dan tokoh untuk memberi ceramah mengikut topik yang dikenalpasti
LANGKAH KE SEPULUH
PENYEMAKAN STOK.
Penyemakan stok , penilaian dan penyediaan laporan tahunan PSS
Penyemakan stok
Dijalankan bagi mengesan bahan yang :
* hilang
* rosak
* tidak sesuai
* tidakdigunakan langsung
7. * tidak kemaskini
PENILAIAN
I. Kepentingan
Penilaian adalah penting untuk mengetahui :
* Kemajuan keseluruhan rancangan Pusaat Sumber Seolah.
* Kekurangan atau masalah yang mungkin ada.
* Membuat perancangan secara keseluruhan.
* Mengubahsuai atau memperbaiki rancangan yang sedang dijalankan.
II. Pendekatan
Pada umumnya penilaian dapat dilaporkan melalui cara - cara berikut :
* Bukti yang diperolehi dari membuat perbandingan dengan piawaian perpustakaan tertentu.
* Berdasarkan hasil - hasil kaji selidik yang telah dilakukan kepada murid - murid yang
menggunakan PSS.
* Data atau maklumat yang dikumpulkan oleh pihak PSS untuk satu tempoh tertentu.
* Pandangan atau ulasan yang fdikemukakan oleh pihak -pihak yang terlibat dalam rancangan PSS
itu.
III. Rekod yang disimpan
Penilaian boleh dilakukan berdasarkan rekod - rekod yang disimpan oleh pihak PSS dalam
aspek -aspek berikut :
* Bilangan peminjam
* Bilangan dan jenis bahan yang dipinjam
* Perbelanjaan
* Jenis -jenis aktiviti
MAKLUMAT
Perangkaan atau maklumat yang diperlukan,diproses dan dianalisisa suparya satu kesimpulan dapat
dicapai mengenai prestasi PSS yang berkenaan. Biasanya maklumat yang dikumpulkan itu
digunakan juga dalam hubungan pemyeliaan berdasarkan piawaian seperti berikut :
IV. Maklumbalas dan pendapat
Soal selidik bole dijalankan secara bertulis atau lisan untuk mengumpulkan pendapat dari guru dan
pelajar mengenai rancangan PSS di sekolah - sekolah tertentu. Soalan -soalan yang dikemukakan
dalam kajian itu meliputi :
* Aspek -aspek umum - seperti perkhidmatan, jens aktiviti dan koleksi alatan dan bahan.
8. * Aspek aspekk tertentu - seperti bahan bacaan, minat membaca,kekerapan penggunaan dan
sikap atau pandangan terhadap PSS.
V. Menganalisa dan menyebarkan hasil maklumat
Data - data yang telah dikumpul melalui pendekatan tertentu itu haruslah diproses dan dianalisia.
Misalnya jika data yang dikumoul itu menunjukkan pada sesuatu bulan bilangan peminjam itu
berkurangan, maka hendaklah dianalisa dan ditentukan sebab -sebab berlakunya kekurangan itu.
Setalah disediakan laporan penilaian, hasilnya patutlah disebarkan untuk,akluman umum dan jika
perlu tindakan selanjutnya diambil. Hasil dapatan kajian penilaian itu hendaklah digunakan sebagai
dasar atau panduan untuk peningkatan pengurusan dan penggunaan PSS.