Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdpfaizzuddinz
油
Penulisan ini membincangkan perbandingan penggunaan bahan bercetak buku teks dan penggunaan bahan sumber elektronik di dalam pdp Sejarah. Pemilihan bahan pdp yang sesuai ini amat kritikal dan penting dalam usaha menjana kemenjadian murid ke arah yang lebih baik.
SJHK3063 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah : Mata pelajaran sejarah di sekolah...FaFai S.
油
Mata Pelajaran Sejarah di Sekolah Rendah (tahun4)
Tajuk 1 : Mari Belajar Sejarah
Tajuk 2 : Zaman Air Batu
Tajuk 3 : Zaman Prasejarah
Tajuk 4 : Kerajaan Melayu Awal
Tajuk 5 : Tokoh-tokoh terbilang kesultanan melayu melaka
Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah bertujuan untuk membentuk warganegara Malaysia yang berjiwa patriotik, menghargai warisan negara, dan menjunjung nilai-nilai kewarganegaraan. Ia menekankan pemahaman sejarah negara dan penerapan unsur-unsur kewarganegaraan dalam pembelajaran untuk membentuk identiti kebangsaan yang kuat pada kalangan murid.
Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah bertujuan untuk membentuk warganegara Malaysia yang berjiwa patriotik, menghargai warisan negara, dan menjunjung nilai-nilai kewarganegaraan. Ia menekankan pemahaman sejarah negara dan penerapan unsur-unsur kewarganegaraan dalam pembelajaran untuk membentuk identiti kebangsaan yang kuat pada kalangan murid.
1. 1.0 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN KBSR.
1.1 Pengenalan
Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan
menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan
murid. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mengandungi
tiga lajur, iaitu tema dan tajuk, hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti.
Lajur ini mengandungi tema, tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran. Ini
menentukan skop pengajaran bagi sesuatu tema mengikut tahun yang berkenaan.
manakala hasil pembelajaran ialah penerangan atau penyataan tentang pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang diharap dapat dicapai oleh murid pada setiap tahun. Guru boleh
mencerakinkan hasil pembelajaran ini dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian dengan
kandungan tema dan tajuk. Lajur ini mengandungi aktiviti untuk membantu murid mencapai
hasil pembelajaran bagi tema dan tajuk berkenaan. Guru juga boleh menggunakan aktiviti
lain asalkan sesuai dengan tajuk pengajaran dan mencapai hasil pembelajaran.
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap penguasaan
pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik supaya murid menjadi warganegara yang
bertanggungjawab. Kandungan ini disampaikan menerusi enam tema iaitu sayangi diri,
sayangi keluarga, hidup bersama di sekolah dan masyarakat, kenali budaya alaysia,
Malaysia Negaraku dan sedia hadapi cabaran.
Tema-tema ini tidak semestinya diajar secara urutan dan guru boleh menyesuaikan
tema ini dengan peristiwa atau isu semasa yang berlaku sama ada dalam sekolah,
masyarakat atau di peringkat negara. Misalnya, tema Malaysia Negaraku boleh diajar dalam
konteks sambutan Bulan Kemerdekaan agar murid dapat memahami peranan dan
tanggungjawabnya sebagai warganegara Malaysia.
1.2 Tema Kenali Budaya Malaysia
Kenali budaya Malaysia merupakan tema keempat diajar di tahun empat, lima dan enam.
Antara tajuk- tajuk yang diajar pada tahun empat ialah kenali dan apresiasi kekayaan
pelbagai warisan budaya. Sub tajuk dalam bahagian ini pula ialah pakaian dan makanan.
2. Manakala dalam tajuk seterusnya pula kenali dan apresiasi adab sosial warisan budaya
Malaysia mengandungi sub tajuk adab makan dan adab berinteraksi.
Hasil pembelajaran dalam tema untuk tahun empat boleh dibahagiankan mengikut
penekanan terhadap pengetahuan, kemahiran dan nilai. Untuk pengetahuan ada dua iaitu
menjelaskan kepelbagaian warisan budaya Malaysia dan menghuraikan adab sosial
budaya Malaysia dan kepentingannya. Dari segi kemahiran pula ada dua juga iaitu hidup
bersama-sama dalam masyarakat berbilang kaum dan mengapresiasi warisan budaya
sendiri. Untuk nilai juga ada dua iaitu berbangga dengan kekayaan warisan budaya
Malaysia serta menerima dan menghormati amalan budaya kaum lain.
Terdapat beberapa cadangan aktiviti yang boleh dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran antaranya mempamerkan pakaian dan makanan pelbagai budaya di Malaysia,
berkongsi resepi makanan tradisional pelbagai kaum, mereka pakaian nasional yang
menggabungkan ciri- ciri pakaian pelbagai budaya Malaysia, mendemonstrasikan adab
makan masyarakat Malaysia serta menyenarai dan melafazkan kata-kata hormat dalam
bahasa ibunda pelbagai kaum.
Tajuk-tajuk yang diajar dalam tahun lima ialah kenali dan apresiasi kekayaan
pelbagai warisan budaya Malaysia. Antara sub tajuk pula ialah seni tari dan muzik serta
bahasa dan dialek. Tajuk kedua iaitu kenali dan apresiasi adab sosial warisan budaya
Malaysia yang mengandungi sub tajuk adab berpakaian dan adab menziarah.
Penekanan terhadap pengetahuan dalam hasil pembelajaran tahun lima ini ada dua
iaitu mengenal pasti pelbagai warisan budaya masyarakat dan menjelaskan adab-adab
sosial warisan budaya dan kepentingannya. Dari segi kemahiran pula ialah mengamalkan
adab sosial warisan budaya dan hidup bersama dalam masyarakat pelbagai kaum.
Manakala untuk nilai juga ada dua iaitu mengapresiasi dan berbangga dengan kekayaan
warisan budaya Malaysia serta menerima dan menghormati amalan budaya kaum lain.
Pelbagai aktiviti yang telah dicadangkan untuk pengajaran tahun lima ini antaranya
ialah menghasilkan peta asal usul seni tari dan alat muzik mengikut negeri, mempelajari dan
mengadakan persembahan tarian pelbagai kaum, memainkan lagu dengan menggunakan
alat muzik pelbagai kaum dan melakonkan adab sosial pelbagai kaum.
Seterusnya, tajuk-tajuk yang diajar dalam tahun enam pula seperti kenali dan
apresiasi kekayaan budaya Malaysia yang mengandungi sub-sub topik pertama iaitu agama
3. dan kepercayaan, kedua adat resam dan perayaan. Manakala tajuk kedua pula ialah
tanggungjawab mengekalkan kepelbagaian warisan budaya Malaysia. Sub topik yang
terkandung dalam tajuk ini ialah diri, keluarga dan sekolah.
Hasil pengetahuan yang dapat dicapai dalam pengajaran tahun enam ini adalah,
pertama, menjelaskan kepelbagaian warisan budaya Malaysia dan kedua pula
menghuraikan kepentingan mengekalkan kepelbagaian warisan budaya Malaysia dan
melibatkan diri dalam usaha mengekalkan kepelbagaian warisan budaya Malaysia.
Penekanan terhadap kemahiran juga ada dua iaitu hidup bersama dalam masyarakat
pelbagai kaum serta menghargai kepelbagaian warisan budaya Malaysia. Manakala nilai
yang turut ditekankan pula ialah berbangga dengan keunikan dan kepelbagaian budaya,
menghormati amalan budaya kaum lain dan menghormati kepelbagaian warisan budaya
Malaysia.
Hasil daripada pengtahuan dan kemahiran yang telah dibahagikan ini terdapat
pelbagai cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan sewaktu pengajaran dan pembelajaran
subjek ini, antaranya, seperti membincangkan kepentingan perayaan di Malaysia, membuat
lawatan ke muzium atau tempat sesuai untuk dapat maklumat tentang kebudayaan pelbagai
kaum di Malaysia. Selain itu, guru boleh juga menganjur dan meraikan sambutan hari
perayaan sesuatu kaum di kelas, mengunjungi rumah guru, rakan atau jiran tetangga
pelbagai kaum dan hasilkan catatan tentang budaya yang diamalkan serta membantu rakan
atau jiran tetangga berlainan kaum dalam membuat persiapan menyambut perayaan.
1.3 REFLEKSI
Syukur alhamdullilah, dalam masa yang ditetapkan tugasan ini dapat disiapkan dengan baik.
Penerangan yang jelas tentang tugasan telahpun diberikan oleh Pn.Baity pada interaksi ke
dua iaitu Sabtu 20 Julai 2013. Kesungguhan beliau memberi penjelasan dan kata-kata
motivasi telah menyuntik semangat saya untuk menghasikan sesuatu yang terbaik.
Pada mula menerima tugasan subjek PSK 3101 ini, saya agak keliru tentang kehendak
soalan. Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana
pengetahuan sedia ada saya tentang Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan amatlah
sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk
cuba menghasilkan tugasan sebaik mungkin.
Bermula dengan mencari nota yang berkaitan melalui internet, saya dapat mencari
tentang Huraian sukatan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Dalam
4. menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang PendidikanSivik dan
Kewarganegaraan dapat saya kumpulkan dan memperoleh maklumat-maklumat tersebut
melalui Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik danKewarganegaraan dan sumber
internet. Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi
dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Sivik Dan Kewarganegaraan disekolah nanti. Ilmu yang kami perolehi ini akan dapat
membantu kami dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di
peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi sekiranya saya diberi peluang untuk
mengajar subjek ini.
Pada peringkat permulaan membuat tugasan ini saya telah menghasilkan 16 slaid
semuanya, tetapi setelah berhubung dengan salah seorang rakan sekumpulan, saya amat
terkejut bahawa tugasan yang saya buat agak terpesong dari kehendak sebenar soalan.
Saya amat bimbang tidak sempat menyiapkan tugasan sebelum pembentangan. Akhirnya
dengan berkat bantuan dari rakan, saya telah berjaya juga menyaipkan tugasan berbentuk
slaid power point walaupun ringkas tetapi padat. Saya amat berterima kasih pada rakan-
rakan yang turut membantu saya.
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan pelajaran yang menarik jika guru
pandai menggunakan teknik yang sesuai. Banyak perkara menarik boleh dipelajari oleh
murid-murid. Guru perlu menggunakan kepakaran untuk menyampaikan ilmu kepada murid-
murid. Murid-murid perlu dilibatkan secara aktif untuk mengambil bahagian di dalam proses
pembelajaran di dalam kelas.
Saya percaya melalui kreativiti guru, seperti penyediaan bahan menerusi power
point ini, proses pembelajaran yang berkesan akan dapat dicapai. Bahan yang disediakan
amat pratikal dan berfaedah untuk perkembangan murid agar keupayaan kognitif mereka
dapat dipertingkatkan dan masalah kebosanan murid juga semakin berkurangan.
Penyediaan power point juga telah menambahkan kemahiran saya dalam ICT. Penyediaan
bahan pengajaran menggunakan komputer ini bukan sahaja disediakan untuk memenuhi
tugasan kerja projek, malah akan saya pratikkan seterusnya di dalam kelas. Ini bertepatan
dengan Norhashim et al.(1996) bahawa penggunaan komputer dalam bidang pendidikan
memberi kesan yang besar dan bermakna terhadap kualiti pembelajaran.
Berada di bawah bimbingan pensyarah yang sangat prihatin, serta tunjuk ajar yang
murniPuan Baity, membuatkan saya berpuas hati akan tugasan yang dihasilkan. Dalam
melaksanakan tugasan terutamanya berkumpulan mengajar saya erti sabar dan disiplin
5. yang tinggi kerana guru yang benar-benar berjaya ialah guru yang mengibaratkan dirinya
seperti lilin yang terus menyinar diikuti dengan sinaran lilin yang baru. Moga apa yang
dihasilkan benarbenar berkualiti, insyaAllah. Hujan lebat kilat menyambar, Hingga nampak
pasar dan pecan, Sebarang pekerjaan tekun dan sabar, Apa dihajat Tuhan kurniakan.
Besar juga harapan saya agar Puan Baity merasa puas hati dengan hasil power point yang
saya sediakan dan pembentangan saya bersama ahli kumpulan saya yang lain. Mudah-
mudahan juga kerja yang kumpulan saya hasilkan menepati kehendak soalan.
Setelah selesai melakukan tugasan ini, saya lebih menyedari tentang penggubalan
kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraa ini,memberi penekanan
kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyediakan murid untuk memainkan
peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Murid dididik untuk berfikir,
berilmu pengetahuan luas dan beretika tinggi, hidup dalam semangat perpaduan dan
berupaya menyelesaika masalah yang dihadapi dengan bijaksana. Diharapkan kurikulum ini
dapat membentuk peribadi murid yang berkeyakinan dan tabah dalam mengatasi segala
rintangan dan cabaran hidup. Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan saya bahawa
mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan adalah sangat penting bagi membina sebuah
masyarakatyang harmoni dan dapat hidup dalam keadaan bersatu padu.