pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)Mun Ying
油
Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8) adalah kumpulan ekonomi yang terdiri daripada 8 negara membangun yaitu Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki. D8 ditubuhkan pada tahun 1997 untuk memajukan kerjasama ekonomi antara negara-negara anggotanya.
Fungsi-fungsi Ragam Bahasa memberikan berbagai cara untuk menyampaikan makna melalui penggunaan kata dan kalimat, seperti menggunakan bahasa berlebihan, berulang, keluhan, sindiran, herdik, menggiat, mengejek, terbalik, merajuk, tempelak, kecil, naik, turun, pertanyaan ingkar, bertimbal, jenaka, dan bukan.
Dokumen tersebut membahas mengenai konsep dan jenis-jenis laras bahasa, termasuk laras bahasa sains, ekonomi, undang-undang, agama, sastra, sukan, resipi, dan iklan. Jenis-jenis laras bahasa dibedakan berdasarkan ciri khas penggunaan kosa kata dan gaya bahasanya.
Teknik penyampaian idea dalam dokumen tersebut meliputi teknik deduksi, induksi, analogi, pencerakian, pentakrifan, petikan, dan elektik. Teknik-teknik tersebut digunakan untuk menyampaikan informasi secara terstruktur dan sistematis dalam penulisan ilmiah.
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)Durratun Dian
油
Ekonomi sara diri tradisional di Indonesia berfokus kepada pertanian subsisten untuk kegunaan sendiri menggunakan peralatan mudah, manakala ekonomi komersial diperkenalkan oleh Belanda menekankan penanaman tanaman eksport seperti kopi, mengenakan cukai, dan memihak kepentingan pengusaha asing. Ini menindas penduduk tempatan dan memacu semangat nasionalisme.
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Thanushah Soniyasee
油
Contoh pembentangan tajuk ASEAN dalam bab 3 semester 3!
Penglibatan, peranan dan sumbangan Malaysia di peringkat serantau. Credits to my friend Puharasi Selvam for the copy!
Dokumen tersebut membahas berbagai ragam bahasa yang digunakan dalam percakapan atau tulisan untuk menyampaikan maksud secara tidak langsung atau untuk mengkritik seseorang. Termasuk di antaranya bahasa sindiran, menggiur, mengejek, terbalik, merajuk, tempelak, herdik, besar, kecil, naik, turun, ingkar, seruan, berulang, bertimbal, jenaka dan bukan.
Dokumen tersebut membahas tentang kelompok dasar kata tugas dalam bahasa Melayu, termasuk konsep dan jenis-jenisnya seperti kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan pascafrasa."
Dokumen ini membahas kerjasama antara negara-negara selatan untuk mengurangkan ketergantungan terhadap negara maju, meningkatkan pembangunan ekonomi, dan memperkukuh hubungan antara negara-negara berkembang. Kerjasama ini dilaksanakan melalui organisasi seperti Pergerakan Negara Berkecuali dan Kumpulan 77 serta Suruhanjaya Selatan-Selatan.
Dokumen ini membahas tentang kerjasama serantau dalam konteks globalisasi ekonomi. Ia mendefinisikan kerjasama serantau dan beberapa pakatan ekonomi serantau seperti ASEAN, EU, NAFTA dan APEC. Dokumen ini juga membincangkan tujuan dan kepentingan pakatan-pakatan tersebut serta halangan-halangan dalam melaksanakan kerjasama ekonomi serantau.
Teknik penyampaian idea dalam dokumen tersebut meliputi teknik deduksi, induksi, analogi, pencerakian, pentakrifan, petikan, dan elektik. Teknik-teknik tersebut digunakan untuk menyampaikan informasi secara terstruktur dan sistematis dalam penulisan ilmiah.
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)Durratun Dian
油
Ekonomi sara diri tradisional di Indonesia berfokus kepada pertanian subsisten untuk kegunaan sendiri menggunakan peralatan mudah, manakala ekonomi komersial diperkenalkan oleh Belanda menekankan penanaman tanaman eksport seperti kopi, mengenakan cukai, dan memihak kepentingan pengusaha asing. Ini menindas penduduk tempatan dan memacu semangat nasionalisme.
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Thanushah Soniyasee
油
Contoh pembentangan tajuk ASEAN dalam bab 3 semester 3!
Penglibatan, peranan dan sumbangan Malaysia di peringkat serantau. Credits to my friend Puharasi Selvam for the copy!
Dokumen tersebut membahas berbagai ragam bahasa yang digunakan dalam percakapan atau tulisan untuk menyampaikan maksud secara tidak langsung atau untuk mengkritik seseorang. Termasuk di antaranya bahasa sindiran, menggiur, mengejek, terbalik, merajuk, tempelak, herdik, besar, kecil, naik, turun, ingkar, seruan, berulang, bertimbal, jenaka dan bukan.
Dokumen tersebut membahas tentang kelompok dasar kata tugas dalam bahasa Melayu, termasuk konsep dan jenis-jenisnya seperti kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan pascafrasa."
Dokumen ini membahas kerjasama antara negara-negara selatan untuk mengurangkan ketergantungan terhadap negara maju, meningkatkan pembangunan ekonomi, dan memperkukuh hubungan antara negara-negara berkembang. Kerjasama ini dilaksanakan melalui organisasi seperti Pergerakan Negara Berkecuali dan Kumpulan 77 serta Suruhanjaya Selatan-Selatan.
Dokumen ini membahas tentang kerjasama serantau dalam konteks globalisasi ekonomi. Ia mendefinisikan kerjasama serantau dan beberapa pakatan ekonomi serantau seperti ASEAN, EU, NAFTA dan APEC. Dokumen ini juga membincangkan tujuan dan kepentingan pakatan-pakatan tersebut serta halangan-halangan dalam melaksanakan kerjasama ekonomi serantau.
1. Bab 5 : Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu
Ahli Kumpulan
Zul
Azam
Yudhis
2. Penganalan
1. Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) ditubuhkan pada 24 Okt 1945 di AS.
2. Kini, bilangan negara anggota PBB ialah 193 buah negara; negara terakhir yang
yang menyertai PBB ialah sudan selatan pada 14 Julai 2011.
3. Ibu pejabat PBB terletak di New York, AS.
4. Keanggotaan PBB terbuka kepada semua negara yang merdeka dan berseyuju
untuk menerima piagam PBB.
3. Matlamat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
1. Menjamin keamanan dan keselamatan antarabangsa serta menyelesaikan
perselisihan dan penindasan (dakam usaha ini, PBB mungkin perlu melancarkan
serangan ketenteraan)
2. Mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan negara yang merdeka.
3. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi, sosial, dan kebudayaan serta melindungi
hak-hak asasi manusia tanpa mengira bangsa , jantina, atau agama.
4. Menyatupadukan penduduk dunia.
4. Perhimpunan Agung
Perhimpunan Agung PBB terdiri daripada kesemua ahli-ahli pertubuhan ini dan
bertemu setiap tahun di bawah seorang presiden yang dipilih daripada wakil-
wakilnya.
Sebagai alat PBB tunggal yang diwakili oleh kesemua ahli, Perhimpunan ini
bertindak sebagai forum untuk ahli-ahlinya membincangkan persoalan undang-
undang antarabangsa serta membuat keputusan tentang pengendalian
pertubuhan ini.
5. Majlis Keselamatan (UNSC)
Majlis Keselamatan UN merupakan alat yang paling berkuasa dalam PBB. Ia
bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara
negara-negara. Sedangkan alat-alat PBB yang lain hanya membuat cadangan
kepada kerajaan ahli-ahli, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa di bawah
Piagam PBB untuk memutuskan mana satu kerajaan ahlinya harus melaksanakan
keputusannya.
Keputusan-keputusan Majlis Keselamatan digelarkan "Ketetapan Majlis
Keselamatan PBB". Ahli-ahli Majlis Keselamatan bergilir-gilir memegang jawatan
pengerusi setiap bulan.
6. Sekretariat
Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dibantu oleh sekumpulan
kakitangan awam antarabangsa. Piagam PBB mensyaratkan bahawa
kakitangannya dipilih daripada kawasan-kawasan yang meluas di seluruh dunia.
Setiausaha Agung seorang diri sahaja bertanggungjawab memilih kakitangan.
Sekretariat PBB membekalkan kajian, maklumat dan kemudahan yang diperlu
oleh badan-badan PBB untuk mesyuarat mereka. Ia juga melaksanakan tugas
yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan, Perhimpunan Agung, Majlis Ekonomi
dan Sosial, dan badan-badan PBB yang lain. Tugas-tugas Setiausaha Agung
termasuk membantu menyelesaikan pertikaian antarabangsa, mentadbirkan
operasi penjagaan keamanan, mengatur persidangan antarabangsa, mengumpul
maklumat tentang pelaksanaan keputusan-keputusan Majlis Keselamatan serta
berunding dengan kerajaan ahli-ahlinya terhadap pelbagai langkah yang
dimulakan oleh PBB.
7. Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ditubuhkan pada 2002 sebagai satu tribunal
tetap untuk membicarakan kes pembasmian kaum, jenayah hak asasi manusia, jenayah
perang, jenayah kekerasan dan sebagainya. Mahkamah ini bermula pada 1 Julai 2002
apabila perjanjian Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa mula berkuatkuasa.[1]
Pejabat rasmi mahkamah ialah di The Hague, Belanda tetapi perbicaraan boleh diadakan
di mana-mana lokasi jika difikirkan perlu, cekap, cepat dan selamat.[2] Mahkamah ini
berbeza dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa / mahkamah dunia. Mahkamah
Keadilan Antarabangsa dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk
menyelesaikan pertikaian / krisis antara dua negara.
Setakat Februari 2012, 120 negara telah menjadi ahli / mengiktiraf Mahkamah Jenayah
Antarabangsa. Sebanyak 32 negara belum menandatangani Statut Rome,
termasuklah China, India dan Amerika Syarikat kerana banyak mengkritik kelemahan
Mahkamah Jenayah Antarabangsa ini yang tidak memenuhi citarasa dan keperluan
mereka.
Sehingga kini, mahkamah ini telah memulakan tujuh siasatan berhubung situasi di
Afrika: Utara Uganda, Konflik Darfur, Republik Demokratik Congo, Republik Afrika
Tengah, Republik Kenya, Libya dan C担te d'Ivoire.
8. Mahkamah Keadilan Antarabangsa
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (dikenali dalam bahasa basahan sebagai
"Mahkamah Dunia" atau ICJ} merupakan alat kehakiman yang utama untuk PBB.
Ia ditempatkan di Peace Palace, Hague, Belanda.
Ditubuhkan pada tahun 1945, Mahkamah ini merupakan waris
kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Mahkamah ini harus tidak dikeliru
dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (Belgium) yang juga mempunyai kuasa
"sejagat". Bahasa Inggeris dan bahasa Perancis merupakan bahasa rasminya.
Fungsi-fungsi utamanya adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang
yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang
soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi
antarabangsa yang diberi kuasa. Bilangan keputusan yang dibuat oleh ICJ masih
tidak banyak, tetapi terdapatnya kesanggupan yang lebih besar untuk
menggunakan Mahkamah ini sejak tahun-tahun 1980-an, khususnya di kalangan
negara-negara membangun. Bagaimanapun, Amerika Syarikat telah menarik diri
daripada bidang kuasa wajib pada tahun 1986, dan kini hanya menerima
keputusan mahkamah mengikut budi bicaranya.
9. Majlis Ekonomi & sosial PBB
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (UNESCO)
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu ialah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan pada
tahun 1945. Tujuan penubuhannya adalah untuk menyumbang ke arah kedamaian dan
keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui
bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.
Secara keseluruhannya, sebanyak 191 buah negara telah menyertai UNESCO. Organisasi
ini berpusat di Paris, dengan lebih 50 pejabat setempat dan beberapa institusi diseluruh
dunia. Lima program utama UNESCO adalah: pendidikan, sains semula jadi, sains
manusia dan sosial, kebudayaan, dan komunikasi dan maklumat. Projek yang menerima
penajaan UNESCO termasuklan kemahiran menulis dan membaca, teknikal, dan
program latihan kepada guru-guru; program sains antarabangsa; promosi kebebasan
bersuaradan media yang bebas; projek sejarah kebudayaan setempat, promosi
kepelbagaian budaya didunia; perjanjian kerjasama antarabangsa untuk kebudayaan
dunia dan warisan semulajadi dan untuk memelihara hak asasi manusia; dan percubaan
untuk menyatukan rangkaian antarabangsa.
10. Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO)
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (B. Inggeris: World Health Organisation WHO)
merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertugas
menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi
menjamin kesihatan penduduk sedunia. Agensi ini ditubuhkan pada 7 April 1948.
Negara-negara ahli WHO melantik wakil kepada Majlis Perhimpunan Kesihatan
Sedunia. Badan ini merupakan badan menetapkan dasar kesihatan sedunia yang
tertinggi. Pertubuhan ini berhimpun setiap tahun dan melantik seorang Ketua
Pengarah WHO. Ketua Pengarah WHO berperanan memimpin WHO, di samping
menyelia dasar kewangan WHO. 34 Ahli Perhimpunan juga dipilih menyertai
Lembaga Eksekutif yang bertugas melaksanakan segala keputusan Majlis
Perhimpunan.
Matlamat WHO adalah untuk meningkatkan taraf kesihatan manusia sejagat.
11. Pertubuhan Buruh Antarabangsa
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) merupakan sebuah agensi
khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menangani isu-isu buruh.
Organisasi ini ditubuhkan pada 1919 melalui Persetiaan Versailles dan sebagai
organ Liga Bangsa-bangsa. Selepas PBB ditubuhkan, ILO telah menjadi agensi
pertubuhan tersebut.
Seperti dinyatakan oleh ketua pengarahnya, "matlamat utama ILO adalah untuk
menggalakkan peluang bagi wanita dan lelaki mendapat pekerjaan yang
memuaskan dan berhasil, dengan keadaan bebas, adil, selamat dan bermaruah."
Kerja ILO dibahagikan kepada empat sektor, iaitu :
(1) piawaian dan prinsip asas dan hak dalam pekerjaan.
(2) pekerjaan (employment).
(3) perlindungan sosial.
(4) dialog sosial.
12. Tabung Kewangan Antarabangsa
Tabung Kewangan Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Monetary
Fund, IMF) ialah organisasi antarabangsa yang menyelia sistem kewangan dunia
dengan mengikut polisi makroekonomi negara anggota, terutama yang memberi
kesan kepada kadar pertukaran asing dan imbangan pembayaran. IMF juga
memberi bantuan kewangan dan teknikal kepada negara anggota yang
menjadikan organisasi ini sebagai peminjam antarabangsa terakhir. Pertubuhan
ini beribu pejabat di Washington, D.C., Amerika Syarikat.
13. Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu untuk Pelarian
Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (Inggeris : Office of
the United Nations High Commissioner for Refugees), juga dikenali
sebagai Agensi Pelarian PBB merupakan program yang dimandatkan
oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melindungi dan
menyokong pelarian atas permintaan kerajaan atau PBB sendiri dan membantu
penghantaran pulang secara sukarela, integrasi tempatan atau penempatan
semula ke negara ketiga. Ia beribu pejabat di Geneva, Switzerland, dan
dianggotai oleh Kumpulan Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu.Pesuruhjaya
Tingga Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian ini telah menerima Hadiah
Keamanan Nobel sebanyak dua kali pada tahun 1954 dan 1981.
14. Persidangan Perdagangan dan Pembangunan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNCTAD) merupakan badan antara kerajaan tetap yang ditubuhkan
pada 1969. UNCTAD merupakan organ utama Perhimpunan Agung PBB dalam
menangani isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan.
Menurut laman web rasmi UNCTAD, matlamat pertubuhan ini adalah untuk
"memaksimumkan peluang perdagangan, pelaburan dan pembangunan negara-
negara sedang membangun dan membantu mereka mengintegrasikan diri
dalam ekonomi dunia dengan saksama."
Kini, UNCTAD mempunyai 193 negara ahli dan beribu pejabat
di Geneva, Switzerland. UNCTAD mempunyai 400 orang kakitangan dan
belanjawan sebanyak AS$75 juta setahun. Setiausaha Agungnya ialah Dr.
Supachai Panitchpakdi dari Thailand, iaitu bekas ketua pengarah Pertubuhan
Perdagangan Sedunia (WTO).
15. Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Tabung Kanak-kanak PBB (bahasa Inggeris: United Nations Children's Fund) atau
lebih dikenali sebagai UNICEF merupakan badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang memberi bantuan kemanusiaan dan perkembangan kepada kanak-
kanak di seluruh dunia. UNICEF beribu pejabat di New York.
UNICEF bergantung kepada sumbangan kewangan daripada kerajaan-kerajaan
dan juga penderma peribadi. Program-programnya menekankan perkhidmatan
menjaga kesihatan dan kebajikan kanak-kanak di peringkat masyarakat. UNICEF
dianugerahkan Hadiah Nobel pada 1965.
UNICEF menjalankan program-programnya di seluruh dunia, terutamanya di
benua Afrika.
UNICEF mempunyai lima matlamat utama, iaitu Kehidupan dan Perkembangan
Kanak-kanak, Pendidikan Asas dan Kesamaan Jantina (yakni pendidikan untuk
perempuan), Perlindungan Kanak-kanak daripada Keganasan, Eksploitasi dan
Penderaan, Pencegahan HIV/AIDS di kalangan kanak-kanak, dan Penyokongan
Dasar Melindungi Hak Kanak-kanak serta Kerjasama dalam usaha sedemikian.
UNICEF juga membantu dalam perkembangan kanak-kanak dari umur kecil,
perkembangan remaja, dan kemahiran hidup berasaskan pendidikan.
16. Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu.
Piagam PBB memberi majlis Keselamatan PBB kuasa dan tanggungjawab untuk
mengambil tindakan kolektif bagi mengelakkan keamanan dan keselamatan
antarabangsa melalui misi pengaman.
Untuk menubuhkan misi pengaman, sembilan daripada 15 buah negara anggota Majlis
Keselamatan PBB mesti menyokong misi pengaman tersebut.
Piagam PBB menyatakan bahawa semua negara anggota PBB mesti menyumbangkan
angkatan dan kemudahan kepada Majlis Keselamatan untuk tujuan misi pengaman.
Majlis Keselamatan PBB memberi misi pengaman mandat yang menjelaskan tugas-
tugas misi pengaman tersebut.
Antara tugas misi pengaman PBB termasuklah:
i. mengawasi pelaksanaan genjatan senjata.
ii. Membantu kerajaan negara berkenaan memulihkan pergolakan politik dinegara itu.
iii. Membubarkan pasukan bersenjata dan militia selepas keamanan dipulihkan
iv. Membantu pihak berkuasa negara berkenaan menubuhkan institusi pentadbiran
v. Pemantauan hak-hak kemanusiaan
17. Jabatan Misi Pengaman mengarahkan dan menguruskan misi-misi pengaman itu
bagi pihak Setiausaha Agung PBB, yang melaporkan kemajuan misi-misi itu
kepada Majlis Keselamatan.
Biasanya, tempoh sesuatu misi pengaman adalah antara enam bulan hingga
setahun, dan tempoh ini boleh dilanjutkan oleh Majlis Keselamatan.
Apabila mandat sesuatu misi pengaman telah terlaksana, Majlis Keselamatan
aakan mengundi untuk menamatkan misi pengaman itu setelah perundingan
dengan semua pihak yang terlibat.
18. Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
sebab-sebab kemasukan Malaysia ke PBB
1. Untuk melicinkan percantuman Sabah dan Sarawak dengan Malaysia
2. Untuk menikmati bantuan tertentu contohnya WHO dan FAO banyak
menghulurkan bantuan melalui pejabat masing-masing di Kuala Lumpur.
19. Isu-isu yang melibatkan Malaysia dan PBB
1. Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia diselesaikan melalui Majlis
Keselamatan PBB pada tahun 1963
2. Kemasukan Sabah dan Sarawak ke Malaysia melalui referendum Suruhanjaya
Cobbold yang ditubuhkan oleh PBB.
3. Tuntutan terhadap Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan antara Malaysia dengan
Indonesia dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun
1998.
4. Tuntutan terhadap Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura
dirujukkan kepada ICJ pada tahun 2003.
20. Komitmen & Peranan Malaysia
dalam PBB
Memegang jawatan penting dalam PBB.
Pendirian dari segi politik.
Dari segi Ekonomi, Malaysia memperjuangkan agar
Oder Baru Ekonomi Dunia (NIEO) dilaksanakan.
Peranan dari segi Sosial.
21. Sebab-sebab Utama sikap kurang senang Malaysia
terhadap PBB
1. PBB lebih banyak dipengaruhi oleh kuasa-kuasa besar dunia.
2. PBB menyelesaikan isu agak lambat dan mengamalkan dasar pilih kasih.
3. PBB tidak berupaya untuk mencegah keganasan AS di Iraq.
4. Menyelesaikan Keselamatan PBB tidak demokratik kerana 5 anggota tetapnya
mempunyai kuasa VETO.
22. Pendirian Malaysia dalam isu
keganasan Antarabangsa
1. Mengutuk sebarang keganasan termasuk kumpulan pengganas IS (Islamic
States)
2. Membantras keganasan melalui keamanan dan berteraskan keadilan.
3. Menubuhkan Tabung OIC untuk membantu Afghanistan memulihkan
negaranya.
4. Menyelesaikan isu Palestin secara aman untuk mengelakkan keganasan
belarutan.