Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki. Negara Jepun dan England mengamalkan sistem feudal pada abad ke 16 dan 17 . Pemerintah Jepun pada abad ke 17 berada di bawah kekuasaan Keshogunan Tokugawa. Di England pula berada di bawah pemerintahan monarki baru. Amalan sistem feudal di kedua-dua pemerintahan ini mempunyai keunikan tersendiri.
Kerajaan Malayan Union dibentuk oleh orang British bertujuan untuk menggabungkan Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Bersekutu dan Negeri-Negeri tidak bersekutu di bawah satu pemerintahan. Malayan Union dikenali dengan Prinsip Jus Soli iaitu hak kerakyatan kepada semua orang.
Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki. Negara Jepun dan England mengamalkan sistem feudal pada abad ke 16 dan 17 . Pemerintah Jepun pada abad ke 17 berada di bawah kekuasaan Keshogunan Tokugawa. Di England pula berada di bawah pemerintahan monarki baru. Amalan sistem feudal di kedua-dua pemerintahan ini mempunyai keunikan tersendiri.
Kerajaan Malayan Union dibentuk oleh orang British bertujuan untuk menggabungkan Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Bersekutu dan Negeri-Negeri tidak bersekutu di bawah satu pemerintahan. Malayan Union dikenali dengan Prinsip Jus Soli iaitu hak kerakyatan kepada semua orang.
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan bulig95547989
Ìý
perjanjian anglo dutch untuk subejk sejarah
1. Belanda dan British merupakan dua kuasa besar yang datang ke Kepulauan
Melayu untuk meluaskan kuasa mereka selain mencari peluang untuk meningkatkan
keuntungan mereka daripada pelbagai sektor ekonomi. Sejak abad ke-17 lagi,
hubungan Belanda dan British mempunyai konflik yang tegang yang mana berpunca
daripada dasar perdagangan yang berbeza keduanya. Belanda melaksanakan dasar
perdagangan yang lebih ketat dan monopoli manakala British pula mengamalkan
dasar ekonomi yang lebih terbuka iaitu laissez-faire yang mana aktiviti perdagangan
tidak dikawal dan disekat oleh kerajaan. Menurut Sivachandralingam Sundara Raja
dalam artikelnya Laissez-Faire In The Malay Archipelago: A Western Concept? pada
tahun 2014 yang menyatakan dasar laissez-faire ini merupakan perkataan daripada
Perancis yang bermaksud bebas daripada sekatan perdagangan. Ini bermakna
dasar kerajaan yang memberi kebebasan kepada pedagang atau peniaga untuk
menjalankan urusan jual beli tanpa menggugat ketenteraman negara. Ini jelas
menunjukkan perbezaan ketara sekaligus menunjukkan ketidaksamaan daripada
ideologi antara kedua buah negara. Belanda melalui Syarikat Hindia Timur Belanda
(VOC) telah menempatkan pos-pos ketenteraan dan rondaan laut di seluruh
Nusantara bagi memastikan wilayah-wilayah lain bergantung kepada Jawa, yang
menjadi pusat ekonomi utama pada waktu itu manakala British pula telah meneroka
kawasan perdagangan sekitarnya khusus di Pulau Pinang dan Melaka serta
kemuncaknya pelabuhan Singapure yang mana menjadi saingan kepada Belanda
kerana para pedagang sentiasa menjadi pusat perdagangan yang mengamalkan
dasar yang lebih terbuka. Ini memberikan tekanan kepada Belanda kerana mereka
khuatir British akan menguasai keseluruhan Kepulauan Melayu dan memberi
saingan hebat kepada kekuasaan Belanda terutama di Kepulauan Maluku dan
Kepulauan Jawa.
Penubuhan Singapura sangat signifikan kerana ia membuka peluang
perdagangan bagi peniaga tempatan dan antarabangsa tanpa perlu tunduk kepada
kawalan ketat Belanda. Singapura segera menjadi pusat perdagangan utama,
menarik kapal dari seluruh Nusantara termasuk dari kaum Bugis, pedagang Cina,
dan pedagang Arab yang mencari pelabuhan tanpa sekatan cukai yang tinggi.
Kehadiran Singapura memberi kesan besar kepada monopoli Belanda. Pedagang
tempatan yang dahulu terpaksa berdagang di bawah kawalan Belanda kini beralih
ke Singapura, di mana mereka dapat berdagang dengan lebih bebas.Sebagai
2. balasan, Belanda membuka pusat perdagangan di Riau dengan kadar cukai yang
lebih rendah, namun masih tidak dapat menaingi kepopularan Singapura yang
menjadi lebih pesat pada ketika itu. Pada pendapat saya, kewujudan Singapura
waktu itu melalui beberapa perjanjian ditandatangani misalnya Perjanjian antara
Temenggung Abdul Rahman dan Stamford Raffles (30 Januari 1819); Perjanjian
Raffles, Sultan Hussain dan Temenggung Abdul Rahman (7 Jun 1823) merupakan
titik peralihan kuasa besar British di Tanah Melayu dan usaha memecahkan
monopoli Belanda di Nusantara serta perpecahan Empayar Johor telah bermula.
Konflik kedua-dua buah kuasa besar ini semakin memuncak apabila
kedatangan pegawai Belanda seperti Jan Peterszoom dan Van der Capellan
manakala bagi mewakili British pula iaitu Stamford Raffles. Persaingan yang
berterusan itu membawa kepada Perjanjian Anglo-British 1824 yang memberi kesan
mendalam serta berpanjangan kepada Negeri-Negeri Melayu. Antara intipati yang
menarik di dalam perjanjian ini ialah pembahagian wilayah Nusantara kepada dua
pengaruh kolonial iaitu British dan Belanda. Belanda menguasai kawasan-kawasan
meliputi Pulau Jawa, Sulawesi atau lebih tepatnya di semua gugusan Kepulauan
Melayu di selatan Selat Singapura, manakala British menguasai Singapura, Melaka,
dan semua daerah lain di Tanah Melayu. Ini memberikan kesan berpanjangan
seperti sempadan politik, budaya, ekonomi, antara Nusantara khususnya Tanah
Melayu dan Indonesia. Kemudian, melalui perjanjian ini juga memberi peluang
kepada British untuk memperkukuhkan kuasanya ke atas negeri-negeri Melayu
khususnya seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Malah dengan perjanjian
ini, berlaku juga pemisahan dalam Kesultanan Johor-Riau. Sebelum perjanjian,
Kesultanan Johor-Riau merangkumi kawasan Johor (di Semenanjung Tanah
Melayu) dan kepulauan Riau-Lingga (di Sumatera). Perjanjian ini menyebabkan
pemisahan kawasan kesultanan tersebut. Johor dan kepulauan di utara Selat
Melaka diakui sebagai berada di bawah pengaruh British, manakala Riau-Lingga
jatuh di bawah kawalan Belanda dan secara tidak langsung berlakulah titik tolak
perubahan lanskap politik. Bermula dengan tindakan Stamford Raffles yang bijak
menggunakan helah dan mengambil kesempatan dengan kekacauan politik dalam
Kesulatanan Johor telah menyebabkan Singapura jatuh ke tangan British. Melalui
perjanjian ini juga telah menjadikan British lebih bebas mengatur perdagangan politik
mereka di Semenanjung Tanah Melayu tanpa campur tangan Belanda sehingga
3. pengenalan kepada Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Konflik antara Tengku Ali dan Temenggung Ibrahim telah menarik perhatian British
yang bimbang dengan kedudukannya di Singapura dan akhirnya telah membawa
kepada perjanjian 1855 dengan pembahagian kawasan dan mengakui Sultan
Alinamun Temnggung Ibrahim lebih menjadi pro-British untuk mengawasi ekonomi
Johor. Kesimpulannya, perbezaan geopolitik di Kepulauan Melayu pada hari ini ialah
kesan daripada perjanjian yang berusia lebih 200 tahun ini.