Model Ekonomi Baru bertujuan meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia ke tahap berpendapatan tinggi menjelang 2020 dengan mengubah ekonomi berasaskan pengetahuan. Walau bagaimanapun, masih terdapat kelemahan dalam pelaksanaan model ini seperti kos sara hidup yang tinggi walaupun pendapatan meningkat. Kerajaan perlu memperbaiki model ini agar manfaatnya dirasai semua lapisan masyarakat.
Petunjuk negara maju dan sejahtera meliputi penggunaan sumber daya alam secara optimum, peningkatan kualiti dan produktiviti penduduk, pertumbuhan industri yang pesat, dan kemampuan menyediakan prasarana bagi warganya.
Ringkasan dokumen tersebut adalah:
1. Dokumen tersebut membahas pentingnya agama dan kepercayaan dalam membentuk masyarakat yang baik serta langkah-langkah untuk membangun negara yang maju dan sejahtera melalui pengamalan agama dan kepercayaan.
Dokumen tersebut merangkum 10 bingkai persembahan multimedia untuk episode "Kisah Bermula di Bukit Si Guntang" dalam Sulalatus Salatin. Setiap bingkai mengandungi elemen teks, grafik, animasi, audio visual dan deskripsi untuk menyampaikan plot cerita secara berkesan dengan menggabungkan unsur-unsur multimedia. Projek ini mendemonstrasikan kemahiran menghasilkan persembahan digital interaktif berdasarkan teks klasik Melayu.
Dokumen ini membahas tiga Dasar Pertanian Negara (DPN) di Malaysia dari tahun 1984 hingga 2010. DPN bertujuan untuk meningkatkan pendapatan petani, meningkatkan hasil dan kualiti komoditi ekspor, serta mengoptimalkan penggunaan sumber daya pertanian. DPN 3 dari tahun 1998-2010 fokus pada ketahanan pangan, peningkatan produktiviti, dan integrasi sektor pertanian dan perhutanan melalui pendekatan berkelomp
Dokumen ini membahas tentang latar belakang, tujuan, struktur organisasi, dan kerjasama politik dan ekonomi ASEAN. ASEAN didirikan pada 1967 oleh 5 negara untuk mempromosikan kerjasama ekonomi dan keamanan regional. ASEAN kini terdiri dari 10 negara dan bekerja untuk mewujudkan Masyarakat Ekonomi ASEAN pada tahun 2015.
Ringkasan dokumen tersebut adalah:
1. Dokumen tersebut membahas pentingnya agama dan kepercayaan dalam membentuk masyarakat yang baik serta langkah-langkah untuk membangun negara yang maju dan sejahtera melalui pengamalan agama dan kepercayaan.
Dokumen tersebut merangkum 10 bingkai persembahan multimedia untuk episode "Kisah Bermula di Bukit Si Guntang" dalam Sulalatus Salatin. Setiap bingkai mengandungi elemen teks, grafik, animasi, audio visual dan deskripsi untuk menyampaikan plot cerita secara berkesan dengan menggabungkan unsur-unsur multimedia. Projek ini mendemonstrasikan kemahiran menghasilkan persembahan digital interaktif berdasarkan teks klasik Melayu.
Dokumen ini membahas tiga Dasar Pertanian Negara (DPN) di Malaysia dari tahun 1984 hingga 2010. DPN bertujuan untuk meningkatkan pendapatan petani, meningkatkan hasil dan kualiti komoditi ekspor, serta mengoptimalkan penggunaan sumber daya pertanian. DPN 3 dari tahun 1998-2010 fokus pada ketahanan pangan, peningkatan produktiviti, dan integrasi sektor pertanian dan perhutanan melalui pendekatan berkelomp
Dokumen ini membahas tentang latar belakang, tujuan, struktur organisasi, dan kerjasama politik dan ekonomi ASEAN. ASEAN didirikan pada 1967 oleh 5 negara untuk mempromosikan kerjasama ekonomi dan keamanan regional. ASEAN kini terdiri dari 10 negara dan bekerja untuk mewujudkan Masyarakat Ekonomi ASEAN pada tahun 2015.
Tajuk: Penculikan kanak-kanak ini akan memberikan pelbagai kesan yang negatif. Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, apakah yang dapat anda bagi mengatasi masalah tersebut?
TAJUK :Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI) telah banyak menimbulkan masalah kepada Malaysia. Pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah yang dibawa oleh PATI tersebut. Bincangkan.
Kehendakan esei:
masalah yang dibawa oleh PATI
Langkah-langkah mengatasi masalah ini.
TAJUK :Kejadian merempit berlaku di serata tempat dalam negara kita.Bincangkan impak negatif perilaku kegiatan merempit dan bagaimana masalah ini dapat dikurangkan.
Kehendak soalan:Kesan dan langkah
Dokumen tersebut membahas strategi untuk mencapai integriti nasional di Malaysia melalui 8 institusi utama termasuk keluarga, komuniti, masyarakat sivil, agama, ekonomi, politik dan pentadbiran. Faktor-faktor seperti individu, kepimpinan, sistem dan budaya juga dibahas sebagai faktor yang dapat mempengaruhi integriti.
1. Tajuk: Program Transformasi Ekonomi(PTE)
dilancarkan bagi merancakkan bagi
pembangunan ekonomi negara.Huraikan
teras-teras Bidang Ekonomi Utama Negara
(NKEA) yang menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara.
2. Apakah itu Program
Transformasi Ekonomi(PTE)?
Untuk melonjakkan ekonomi negara dan mengeluarkan negara
daripada kepompong negara berpendapatan sederhana, dasar
ekonomi negara perlu diubah.
Perubahan ini cukup penting. Ketika banyak negara yang dulunya
berada sebaris dengan Malaysia sudah jauh melangkah ke hadapan,
ekonomi negara masih kekal di tahap lama. Jika sesuatu tidak
dilakukan, kesannya amat besar kepada negara dan rakyat, tempoh
masa untuk kita mencapai matlamat Wawasan 2020 semakin hampir.
Antara inisiatif yang diambil oleh kerajaan adalah memperkenalkan
Model Ekonomi Baru (MBE) di mana ia diyakini mampu menjadi
pemangkin dalam membentuk hala tuju ekonomi negara. Antara
inisiatif yang dirangka dalam MEB termasuklah Program Transformasi
Ekonomi (ETP) dan Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA).
3. • Walaupun banyak pihak masih ragu-ragu dengan usaha kerajaan
memperkenalkan MEB dan ETP, rakyat perlu faham bahawa
transformasi ekonomi adalah perlu dan tidak boleh dielakkan
memandangkan kos hidup dan perniagaan sedang meningkat.
Pertumbuhan ekonomi yang baik bermakna rakyat akan menikmati
kualiti hidup yang lebih baik, peluang kerja yang banyak malah
majoriti daripada kita akan beroleh pekerjaan yang menawarkan
gaji sederhana dan tinggi.
Kedudukan ekonomi yang kukuh juga akan membolehkan rakyat
menikmati kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik dan
berkualiti, memperoleh pendidikan lebih canggih serta mempunyai
pilihan luas kepada produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi.
Selain itu, ETP juga bakal menyediakan tapak asas yang kukuh
bagi negara untuk menikmati pembangunan mampan agar generasi
akan datang menikmati kehidupan lebih berkualiti.
Sementara untuk dunia perniagaan pula, ETP akan menyediakan
peluang-peluang yang lebih mantap, persekitaran yang lebih
kondusif serta pasaran pengguna tempatan dengan kuasa membeli
yang lebih tinggi.
4. Manfaatnya
• Pertumbuhan ekonomi yang baik bermakna rakyat akan
menikmati kualiti hidup yang lebih baik, peluang kerja yang
banyak malah majoriti daripada kita akan beroleh pekerjaan
yang menawarkan gaji sederhana dan tinggi.
Kedudukan ekonomi yang kukuh juga akan membolehkan
rakyat menikmati kemudahan pengangkutan awam yang lebih
baik dan berkualiti, memperoleh pendidikan lebih canggih serta
mempunyai pilihan luas kepada produk dan perkhidmatan
berkualiti tinggi.
Selain itu, ETP juga bakal menyediakan tapak asas yang kukuh
bagi negara untuk menikmati pembangunan mampan agar
generasi akan datang menikmati kehidupan lebih berkualiti.
Sementara untuk dunia perniagaan pula, ETP akan
menyediakan peluang-peluang yang lebih mantap, persekitaran
yang lebih kondusif serta pasaran pengguna tempatan dengan
kuasa membeli yang lebih tinggi.
5. BIDANG EKONOMI UTAMA NEGARA
(NKEA)
•
Pengenalan
NKEA ditakrifkan sebagai pemacu kegiatan ekonomi yang
berpotensi memberi sumbangan secara langsung yang penting
kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, dengan nilai yang
boleh diukur melalui indikator pendapatan negara kasar (PNK)
dan peluang pekerjaan yang diwujudkan serta menarik bakat
terbaik. Pendekatan pembangunan ekonomi NKEA juga
berbeza di mana pertumbuhan ekonomi akan diterajui sektor
swasta dan disokong oleh pihak Kerajaan yang bertindak
sebagai pemudah cara dan fasilitator.
Dua belas NKEA menjadi teras ETP, dan salah satunya adalah
NKEA Pertanian. Sektor pertanian memainkan peranan penting
dalam pembangunan ekonomi Malaysia – mewujudkan peluang
pekerjaan dan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar
serta menjamin keselamatan makanan negara. Selepas
mengecualikan tanaman perindustrian seperti minyak sawit dan
getah, sektor pertanian menyumbang RM20 bilion atau 4
peratus daripada PNK Malaysia pada 2009.
6. Bidang Ekonomi Utama Negara
(NKEA)
• Terdapat 12 bidang
1. Minyak Gas &Tenaga
2. Minyak Sawit
3. Perkhidmatan Kewangan
4. Pemborong&Peruncitan
5. Pelancongan
6. Perkhidmatan &Perniagaan
7. Elektrikal &Elektronik
8. Kandungan Komunikasi &Infrastruktur
9. Penjagaan Kesihatan
10. Pendidikan
11. Pertanian
12. Greater Kuala Lumpur / Klang Valley
7. NKEA Pertanian
•
NKEA Pertanian memberi tumpuan kepada sub-sektor yang
mempunyai potensi pertumbuhan tinggi, iaitu akuakultur,
pertanian rumpai laut, sarang burung walit, produk herba, buah-
buahan dan sayur-sayuran serta makanan diproses premium. Ini
akan membolehkan Malaysia menembusi pasaran global bernilai
tinggi yang sedang membangun dengan pesat. Subsektor seperti
padi dan ternakan haiwan turut dipilih kerana kepentingan mereka
sebagai sumber utama keterjaminan makanan negara.
Matlamat NKEA Pertanian adalah untuk memberi sumbangan
kepada peningkatan pendapatan negara kasar (PNK) berjumlah
RM21.44 billion menjelang tahun 2020. Selain daripada itu,
74,000 tambahan peluang pekerjaan juga diharap dapat dicapai
dalam tempoh tersebut.
Untuk mencapai objektif, sebanyak 16 Projek Permulaan (EPP)
dan 11 peluang perniagaan telah dikenal pasti untuk
memangkinkan penubuhan perniagaan yang dipacu oleh
permintaan pasaran, berskala industri dan mempunyai ciri-ciri
pertanian bersepadu.
8. • 16 EPP tersebut adalah :
EPP 1 : Produk herba bernilai tinggi
• EPP 2 : Pengeluaran sarang burung walit
• EPP 3 : Mini estet untuk rumpai laut
• EPP 4 : Penternakan ikan dalam sangkar
EPP 5 : Integrasi lembu di ladang kelapa sawit
EPP 6 : Replikasi i-ZAQ
EPP 7 : Pasaran premium buah dan sayur segar
EPP 8 : Taman pengeluaran makanan
EPP 9 : Pengeluaran beras wangi di luar kawasan saliran
EPP 10 : Penanaman padi di MADA
EPP 11 : Penanaman padi di kawasan jelapang
EPP 12 : Penambahan ladang fidlot
EPP 13 : Kluster tenusu
EPP 14 : Pembangunan industri benih
EPP 15 : Penyertaan syarikat multi-nasional
EPP 16 : Pengambilalihan syarikat luar negara/JV
9. EPP 1 : Produk Herba Bernilai
Tinggi
• Fokus diberikan di dalam memperkasakan kualiti produk dan
usaha pemasaran untuk menembusi pasaran eksport global
dalam produk nutraseutikal dan perubatan botanikal.
Maklumat Projek :
• Pembangunan produk nutraseutikal dan ubat botanik
berasaskan 5 herba dikenalpasti - Tongkat Ali, Kacip Fatimah,
Misai Kucing, Hempedu Bumi, Dukung Anak
• Penubuhan Taman Penanaman Herba untuk penanaman
bahan mentah secara komersial oleh ECERDC di Pasir Raja,
Chegar Perah & Durian Mentangau.
• Lima (5) R&D ‘Clusters of Excellence’ ditubuhkan untuk
menyelaraskan R&D bagi setiap institusi dan universiti
penyelidikan dalam kluster: Penemuan, Penanaman &
Agronomi, Toksikologi/Pre-clinical, Pembuatan Produk &
Teknologi Pemprosesan
• Penubuhan Majlis Pembangunan Herba
10. EPP 2 : Pengeluaran Sarang
Burung Walit
• Untuk membina status Malaysia sebagai pembekal yang
diiktiraf dan menyelesaikan cabaran besar dalam industri,
kerajaan menyasarkan untuk menguasai 40 peratus daripada
pasaran global menjelang tahun 2020 melalui penambahan
pengeluaran daripada 290 metrik tan kepada 870 metrik tan
dan peningkatan pemprosesan domestik dalam produk
hiliran.
Maklumat Projek :
• Menambah pengeluaran produk huluan dengan membina
2,000 premis baru setiap tahun dan 6 Pusat Pengumpulan
• Menambahbaik pemantauan dan pelaksanaan skim Good
Animal Husbandry Practice (GAHP), dan Good Manufacturing
Practice (GMP) untuk premis burung walit dan kilang
pemproses dengan memperkenalkan sistem pengesanan
• Menambah pembuatan produk hiliran dan pembersihan
sarang burung walit di dalam negara dengan menjalankan
aktiviti penyelidikan untuk pemprosesan dan pembangunan
produk.
11. EPP 3 : Mini Estet Untuk Rumpai
Laut
• Kerajaan menyasar untuk mentransformasikan perusahaan
rumpai laut kepada industri yang berhasil tinggi dan berskala
komersial dengan memanfaatkan pencapaian dari segi R&D dan
infrastruktur hiliran yang kukuh. Inisiatif ladang mini untuk rumpai
laut bertujuan untuk mempertingkatkan hasil daripada 1.5 metrik
tan kepada 5 metrik tan rumpai laut kering sehektar setiap tahun
dengan keluasan kawasan pertanian sebanyak 28,000 hektar.
Enam jenis rumpai laut akan diusahakan berdasarkan hasil
carrageenan mereka dan kadar pertumbuhan.
Maklumat Projek :
• Menambah hasil dan jumlah pengeluaran rumpai laut ke 150,000
MT pada tahun 2020 dengan penubuhan ladang kluster
• Penggunaaan kaedah pengeluaran baik secara konsep mini
estet berasaskan teknologi dan penanaman intensif di darat .
• R&D&C hiliran untuk menguatkan kemampuan memproses
rumpai laut kering kepada produk bernilai tinggi (carrageenan)
dan juga menyelidik kegunaan lain untuk rumpai laut.
12. EPP 4 : Penternakan Ikan Dalam
Sangkar
• Menggalakkan penternakan sangkar berskala besar dan diterajui oleh
syarikat penaung yang tertumpu kepada tiga spesies yang mempunyai
nilai eksport tinggi, iaitu kerapu, siakap dan tilapia. Penternakan
bersepadu akan menggunakan teknologi sangkar terkini dalam bentuk
besi yang disadur dan sangkar diperbuat daripada bahan polietilena
berkepadatan tinggi. Rebet pembangunan untuk infrastruktur asas akan
disediakan untuk syarikat besar bagi mempercepatkan pelaksanaan
projek.
Maklumat Projek :
• Tumpuan untuk pengeluaran ikan bagi spesis bernilai tinggi (siakap,
kerapu, tilapia) untuk menghasilkan 28% dari jumlah pengeluaran pada
tahun 2020.
• Inisiatif pemangkin huluan: penubuhan pusat benih ikan berkualiti untuk
mengurangkan penggantungan kepada benih ikan import.
• Pendekatan mekanisme syarikat ‘anchor’ akan digunakan untuk
memastikan pengeluaran dijalankan dalam skala besar dan di integrasi
dari peringkat pembenihan sehingga pemprosesan.
• Lokasi ZIA (cth. Tasik Kenyir, Tasik Bakun, Tasik Temenggor) telah
dikenal pasti untuk pelaksanaan.
13. EPP 5 : Integrasi Lembu Di
Ladang Kelapa Sawit
• Syarikat penternakan lembu akan mengadakan kontrak dengan
pengurusan ladang kelapa sawit khususnya Syarikat Berkaitan
Kerajaan, untuk menyewa tanah mereka. Tumpuan adalah kepada
ragutan rumput bergilir-gilir yang tersusun bagi memastikan
keuntungan dan kemampanan. Kami menyasar untuk meningkatkan
jumlah lembu di ladang kelapa sawit sebanyak 300,000 ekor
menjelang 2020.
Maklumat Projek :
• Integrasi sebanyak 300,000 lembu di ladang kelapa sawit berskala
besar, pada anggaran 3-4 hektar untuk satu lembu.
• Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Program Integrasi Lembu
untuk memantau pelaksanaan projek.
• Penekanan kepada pemakanan rumput bergilir yang sistematik, patuh
kepada GAHP, dan program pembiakan lembu yang selari dengan
program pemilik estet.
14. EPP 6 : Replikasi i-ZAQ
• IZAQ merupakan model akuakultur yang berdasarkan konsep rangkaian
berskala industri, zon akuakultur di darat yang disokong oleh syarikat-
syarikat penaung yang kukuh. Setiap satu IZAQ mempunyai
infrastruktur bersepadu yang terdiri dari tempat penetasan, kawasan
pembesaran, kilang pemprosesan dan kilang memproses makanan
ternakan yang terletak di atas kawasan seluas 1,000 hektar.
Maklumat Projek :
• Penubuhan Taman Akuakultur bersaiz 1,000 ha untuk pengeluaran
udang berkualiti tinggi untuk pasaran premium dan eksport.
• Setiap IZAQ akan dioperasi oleh sebuah syarikat ‘anchor’. SMEs dan
pengusaha kecil akan menyertai projek ini melalui skim ladang kontrak.
• Model IZAQ terkini sedang dilaksanakan di Setiu oleh Blue Archipelago
Sdn Bhd. Sasaran untuk mewujudkan 10 IZAQ hingga tahun 2020.
• Konsep ini juga boleh digunapakai untuk jenis ikan yang lain cth.
Lobster, siakap
15. EPP 7 : Pasaran Premium Buah
Dan Sayur Segar
• Kerajaan berhasrat untuk mempertingkatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur-
sayuran yang berkualiti lebih tinggi dan lebih baik, yang mengikut standard keselamatan
pemakanan, dengan itu membolehkan akses kepada pasaran premium di Timur Tengah
dan Eropah. Pelbagai buah-buahan tropika premium seperti betik eksotika, nenas MD2,
tembikai susu KR1, belimbing B10, nangka J32, pisang Cavendish dan tiga jenis sayur-
sayuran tanah tinggi, iaitu tomato, kapsikum dan daun salad akan menjadi hasilan
pertanian teras.
Maklumat Projek :
• Pengeluaran 5 jenis buah-buahan tropika bernilai tinggi: tembikai susu, belimbing, betik,
pisang dan nenas; dan 3 jenis sayur-sayuran tanah tinggi bernilai tinggi: lettuce, tomato
dan capsicum.
• TKPM sedia ada akan digunapakai untuk pengeluaran tembikai susu, belimbing dan
betik. TKPM dikenalpasti merangkumi Puncak Baring, Bukit Sapi, Sendayan, Lanchang,
Inderapura, Kuala Lipis, dan lain-lain.
• Program ‘intercropping’ untuk kelapa sawit dan pisang/nenas akan dilaksanakan oleh
FELDA.
• Program pemulihan, intensifikasi dan konsolidasi tanah untuk meningkatkan
pengeluaran sayur-sayuran tanah tinggi di Cameron Highland dan Lojing I & II.
16. EPP 8 : Taman Pengeluaran
Makanan
• Kerajaan akan membuat penyusunan semula dan penskalaan ke atas
industri menerusi syarikat penaung domestik yang akan menubuhkan
empat taman pemakanan bersepadu secara berperingkat. Sasaran
adalah untuk menyiapkan kelompok pertama di penghujung tahun 2013,
dua pada 2015 dan yang akhir pada 2018. Syarikat penaung akan
bertanggungjawab untuk mendapatkan pensijilan produk (seperti
piawaian halal, keselamatan pemakanan, makanan organik dan semula
jadi), pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran dan pengurusan
pembekal. Syarikat-syarikat ini akan menubuhkan rangkaian pembekal
bahan mentah, pembekal bahan-bahan dan pengilang produk akhir
dalam taman pemakanan, sama ada menerusi penempatan semula
ataupun pembangunan industri kesil dan sederhana (IKS) sedia ada.
Maklumat Projek :
• Pembangunan Taman Pengeluaran Makanan berintegrasi berasaskan
pendekatan model syarikat ‘anchor’ untuk menyelaraskan SME dan
pengusaha kecil dengan tujuan pengeluaran berskala besar dalam
sistem yang diakreditasi.
17. EPP 9 : Pengeluaran Beras
Wangi Di Luar Kawasan Saliran
• Sejenis beras baharu (MRQ76) telah ditemui oleh MARDI, yang mempunyai 80
peratus ciri-ciri serupa dengan beras wangi asing, dengan itu membolehkannya
mengambil kesempatan pasaran beras mewah berbanding beras putih biasa.
Tumpuan adalah kepada penanaman MRQ76 di kawasan tadah hujan,
memanfaatkan ciri-ciri toleransi kemarau, yang akan membolehkan hasil meningkat
di kawasan tadah hujan. Kawasan tertentu akan dikenal pasti untuk menanam beras
jenis ini, untuk memastikan tidak ada kontaminasi oleh jenis beras putih biasa,
pengilang tertentu akan dilantik untuk mengelak kontaminasi dan mengekalkan
identiti jenama produk di pasaran pengguna. Identiti premium ini akan membolehkan
petani mendapatkan harga padi yang belum dikisar sebanyak 20 hingga 30 peratus
lebih tinggi, dengan itu meningkatkan pendapatan mereka.
Maklumat Projek :
• Penanaman beras wangi berskala komersial di luar kawasan saliran untuk
meningkatkan purata hasil negara, menggantikan import beras wangi dan
menembusi pasaran beras organik.
• Syarikat ‘anchor’ dikenalpasti untuk pengeluaran beras Jasmine MRQ76, Sime
Darby, akan meningkatkan pengeluaran dari ladang perintis di Gedung ke kawasan
lain.
• Syarikat ‘anchor’ dikenalpasti untuk pengeluaran beras Basmati MRQ74, Infoculture
Sdn Bhd, akan meluaskan pengeluaran dari ladang sawah di Langkawi ke Lanchang.
• MARDI akan membantu dari segi R&D untuk menghasilkan variety baru bagi beras
wangi.
18. EPP 10 : Penanaman Padi di
MADA
• Kerajaan akan menggalakkan penanaman berskala komersial,
memperbaiki kepadatan pengairan dan mempercepatkan
penggunaan teknologi baharu dengan matlamat untuk
mempertingkatkan hasil kepada 8 tan sehektar menjelang 2020.
Maklumat Projek :
• Pembaikan pengurusan ladang dengan pengenalan skim
penggemeleengan tanah sebanyak 500 hektar untuk setiap
ladang dan pemberian insentif kepada petani tradisional untuk
menyerah tanah.
• Mempercepatkan penggunaan teknologi dengan
memperkenalkan varieti benih baru, teknologi
pengeluaran/pemprosesan, dan penggunaan mesin berskala
besar.
• Intensikasi penggunaan infrastruktur dengan meningkatkan
kepadatan saliran di kawasan berpotensi untuk meningkatkan
hasil.
• MADA dan BERNAS akan bekerjasama untuk menubuhkan SPV
bagi pelaksanaan inisiatif di MADA.
19. EPP 11 : Penanaman Padi Di
Kawasan Jelapang
• Model yang akan diguna pakai di kawasan Muda, terutamanya
peruntukan insentif untuk menggalakkan penyumberluaran bagi
pengurusan tanah dan penubuhan perbadanan beras bersepadu,
akan diaplikasi di jelapang KADA dan kawasan seperti Batang
Lupar di Sarawak dan Kota Belud di Sabah. Di jelapang yang
dikendalikan oleh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu
(IADA), fokus semasa fasa awal adalah untuk memberi insentif bagi
menggalakkan penyumberluaran bagi pengurusan tanah.
Maklumat Projek :
• Model yang dilaksanakan di MADA akan dilaksanakan di KADA.
• Membangunkan 4,300 hektar di Batang Lupar dan 5,000 ha di Kota
Belud dengan tumpuan di kawasan bertanah berpotensi tinggi dan
memasukkan sistem pengurusan pengairan hingga aras tersier. dan
program mitigasi banjir
• Menubuhkan entiti yang dimiliki oleh koperasi peladang dan
kerajaan yang akan mengurus aktiviti penanaman padi dari huluan
ke hiliran.
• Membangunkan program R&D untuk varieti padi di Sarawak bagi
peningkatan hasil, ketahanan kemarau & penyakit.
20. EPP 12 : Penambahan Ladang
Fidlot
• Pengembangan kapasiti fidlot sebanyak 240,000 ekor di Malaysia
melalui peningkatan dalam bilangan fidlot berskala kecil dan
pembangunan sebuah syarikat penaung untuk mengukuhkan
hubungan antara ladang dan pengguna. Haiwan akan dibawa masuk
ke negara ini dalam saiz yang optimum untuk memastikan
kebanyakan nilainya dicakupi di Malaysia berbanding hanya
bertindak sebagai hab untuk haiwan yang sudah digemukkan.
Maklumat Projek :
• Penubuhan 300 ladang satelit di bawah naungan syarikat ‘anchor’
untuk operasi ladang fidlot. Syarikat ‘anchor’ yang telah dikenalpasti
adalah National Feedlot Corporations.
• Syarikat ‘anchor’ akan menguruskan operasi seluruh rantai nilai
dengan memberi tumpuan kepada pemprosesan hiliran bersepadu.
• Operasi hiliran akan dimajukan dengan melaksanakan sistem
pensijilan untuk rumah sembelih, penghantaran daging melalui
rantaian sejuk, promosi pembezaan daging lembu dan daging kerbau
serta formulasi produk berasaskan daging.
• Makanan ternakan dan pembiakan secara permanian beradas
(artificial insemination)
21. EPP 13 : Kluster Tenusu
• Pembangunan tiga kelompok ladang tenusu dengan 27,000
ribu ekor lembu tenusu dan kemudahan pemprosesan hiliran,
untuk meningkatkan kecukupan susu Malaysia daripada 2
peratus kepada 5 peratus menjelang 2020. Memperkenalkan
kembali program susu sekolah untuk memperbaiki tanggapan
pengguna terhadap industri tenusu tempatan sambil
memastikan ada pembeli yang mantap.
Maklumat Projek :
• Penubuhan kluster tenusu yang diketuai oleh syarikat ‘anchor’
untuk mengeluarkan susu dalam skala besar dan menguruskan
operasi dari pengeluaran ke pemasaran.
• Menaiktaraf kemudahan pemprosesan susu sedia ada untuk
memastikan kualiti susu dari ladang ke pasaran adalah terjaga.
• Syarikat ‘anchor’ yang dikenalpasti adalah: Dutch Lady Milk
Industries, Evergreen Livestock, and Fonterra.
22. EPP 14 : Pembangunan Industri
Benih
• Pada masa ini, tiada pusat penyelidikan pembenihan atau ternakan yang
mantap untuk tanaman dan ternakan tropika. Oleh yang demikian,
terdapat potensi untuk Malaysia menjadi negara pertama untuk
menubuhkan pusat pembiakan serantau, yang dapat memanfaatkan
pertumbuhan yang dijangka dalam sektor pertanian di Indonesia,
Thailand dan Vietnam. Kerajaan akan menubuhkan Pusat untuk
Penemuan dan Pengesahan Penanda (CDMV) bagi menerajui
penyelidikan biji benih dan stok pembiak baka. Dengan kerjasama
sebuah pusat penyelidikan terkemuka dari Kanada, CMDV akan dibentuk
dan dibina untuk menyokong penyaringan bertruput tinggi untuk bahan
genetik bagi mencari penanda molekular yang mempunyai ciri-ciri yang
dikehendaki. Ini membolehkan penghasilan bahan penanaman atau stok
pembiak baka yang diperakui mengandungi ciri-ciri yang diingini, lantas
membolehkan Malaysia menjual produk ini untuk meningkatkan dan
memperoleh nilai yang lebih tinggi.
Maklumat Projek :
• Pengenalan teknologi ‘Marker-Assisted Selection’ untuk menghasilkan
baka yang mempunyai ciri-ciri yang diperlukan cth. hasil tinggi, tahan
penyakit
• Penubuhan Majlis Benih Negara (Jawatankuasa Benih Negara sebagai
struktur interim) untuk memantau pembangunan industri benih di
Malaysia untuk mengurangkan penggantungan kepada baka import.
23. EPP 15 : Penyertaan Syarikat
Multi-Nasional
• Kerajaan berusaha menarik pelabur yang berpotensi dalam
bioteknologi pertanian, memanfaatkan insentif bio-neksus sedia
ada dan memfokuskan pada bidang seperti nutrisi tanaman
dan/atau penggalak bio-hasil, bio-racun perosak dan perisa
serta pewangi. Pelaburan boleh dijalankan sama ada melalui
penggabungan dan pemerolehan, usaha sama atau
menubuhkan syarikat yang baharu
Maklumat Projek :
• Menarik pelaburan asing dalam bidang Biotekologi Pertanian ke
Malaysia untuk menyumbang kepada pelbagai sektor yang akan
menyumbang kepada industri dan membangunkan sumber
manusia yang berkemahiran tinggi
• Biotechcorp akan menjadi agensi pelaksana dan menyediakan
pakej yang sesuai untuk membawa masuk pelaburan asing ke
dalam negara
24. EPP 16 : Pengambilalihan
Syarikat Luar Negara/JV
• Memperoleh empat operasi lembu luar negara bagi memastikan
bekalan tetap untuk pembiak lembu, haiwan tenusu dan lembu
untuk fidlot tempatan. Pelaburan juga akan menjana
keuntungan untuk Malaysia, memandangkan ladang luar
negara boleh mengeksport ke pasaran global.
Maklumat Projek :
• Memastikan sumber ternakan yang konsisten dan berpatutan
untuk pembiakan, program fidlot dan tenusu untuk 10 tahun
akan datang.
• Skop projek telah diperluaskan untuk mengambil kira sektor
pertanian lain yang berpotensi cth perniagaan ayam di luar
negara untuk membawa masuk keuntungan ke dalam negara
• Syarikat yang telah dikenalpasti termasuk SEDC Sarawak,
Intan Farm, Felda Global Venture Holding dan NFC
25. NKEA Pemborongan dan
peruncitan
• 13 EPP tersebut ialah:
• EPP 1 : Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR)
• EPP 2 : Pasar Komuniti dan Pasar Karavan (PAKAR)
• EPP 3 : Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM)
• EPP 4 : Makan Bazaar
• EPP 5 : Pembangunan Kedai Format Besar
• EPP 6 : Gedung 1Malaysia
• EPP 7 : Gedung Maya
• EPP 8 : Pengambilalihan Jenama Asing
• EPP 9 : Resort Sejahtera
• EPP 10 : Bebas Cukai Malaysia
• EPP 11 : Jualan Bersepadu 1Malaysia
• EPP 12 : Big Box Boulevards (BBB)
• EPP 13 : Hub Runcit KLIA
26. NKEA PENDIDIKAN
• Kerajaan sedang berusaha mempertingkatkan standard kualiti
dan mencipta penjenamaan Malaysia sebagai sebuah pusat
pendidikan tinggi antarabangsa.
• Kerajaan menumpukan kpd peranan institusi swasta dlm
menerajui inovasi dan memacu pembangunan dlm industri
pendidikan tinggi.
• Kerajaan mengaggap sektor pendidikan swasta sebagai
pemangkin untuk mentransformasi industri pendidikan.
• Pelaksanaan aspirasi NKEA pendidikan memerlukan lima
peralihan penting,khususnya:
a) Struktur industri
b) Pengantarabangsaan pelajar
c) Kaedah baru dlm cara bekerja
d) Transformasi pengawalaseliaan
e) Peralihan pembiayaan
27. 13EPP terbahagi kpd tiga tema
 Tema 1:Inisiatif penskalaan ke atas dengan
cepat
-tujuan : untuk membangunkan rangkaian sekolah swasta
berkualiti tinggi atau meningkatkan penglibatan sektor
swasta dlm pasaran yg tidak bersepadu dan belum
matang.
 Tema 2:Inisiatif penumpuan dan
pengkhususan
 Tema 3:Inisiatif menjana permintaan
tujuan : meningkatkan rasa kesanggupan individu untuk
membayar bagi kursus berkualiti tinggi yg ditawarkan dan
untuk mengeksport pendidikan dgn membangunkan
Malaysia sebagai pusat pendidikan serantau.
28. • Tema 1:
EPP1 : Penskalaan ke atas pusat penjagaan awal
kanak- kanak dan pusat pendidikan awal
EPP2 : Penambahbaikan penjagaan awal kanak2 dan
latihan pendidikan
EPP3 : Penskalaan ke atas sekolah antarabangsa
EPP4 : Mengembangkan latihan guru swasta
EPP5 : Pengskalaan ke atas penyediaan latihan
kemahiran swasta
EPP6 : Mengembangkan pengajian jarak jauh
antarabangsa
29. • Tema 2 :
EPP7 : Membangunkan kelompok disiplin pendidikan
kewangan dan perniagaan Islam
EPP8 : Membangunkan kelompok disiplin pendidikan
sains kesihatan
EPP9 : Membangunkan kelompok disiplin kejuruteraan
lanjutan, sains dan inovasi
EPP10: Membangunkan kelompok disiplin hospitaliti
dan pelancongan
EPP11: Melancarkan EduCity@Iskandar
30. • Tema 3 :
EPP12 : Menyokong penjenamaan Malaysia sebagai
sebuah pusat pendidikan antarabangsa
EPP13 : Memperkenalkan kerjasama awam swasta
dlm pendidikan asas
31. NKEA Pelancongan
• Definisi:
~ Pelancongan merujuk kpd pelancongan libur dan
pelancongan perniagaan dan ia merangkumi subsektor
yg berikut:
1. Penginapan
2. Membeli-belah
3. Produk pelancongan
4. Makanan dan minuman
5. Pengangkutan dlm negeri dan pengangkutan domestik
32. • 12 EPP terbahagi kpd lima tema:
 Tema 1: Barangan mewah mampu milik
 Tema2 : Kembara Alam Semula Jadi
 Tema3 : Keseronokan Seisi Keluarga
 Tema4 : Acara,Hiburan,Spa dan Sukan
 Tema5 : Pelancongan Perniagaan
33. • Tema 1:
EPP1 : Menempatkan Malaysia sebagai destinasi membeli
belah bebas cukai bagi barangan pelancongan
EPP2 : Menjadikan kawasan Kuala Lumpur City
Centre(KLCC)-Bukit Bintang sebagai Presint Membeli
belah yg meriah
EPP3 : Membuka tiga ruang perniagaan prenium baharu
di Malaysia
Tema 2 :
EPP4 : Memartabatkan m’sia sebagai hab biodiversiti
global
34. • Tema3:
EPP5 : Membangunkan resort bersepadu eko-semula jadi
di Sabah
EPP6 : Mewujudkan Straits Riviera
• Tema4 :
EPP7: Menyasarkan lebih banyak acara antarabangsa
EPP8 : Mewujudkan zon hiburan khas
EPP9 : (a)Membangunkan kepakaran tempatan dan
mengawal selia industri spa dgn lebih baik
(b)Meluaskan tawaran pelancongan sukan di m’sia
tanpa hanya terbatas pada penganjuran acara
35. • Tema5 :
EPP10 : Memartabatkan m’sia sebagai destinasi
Pelancongan perniagaan yg terutama projek merentas
tema
EPP11 : Meningkatkan kesalinghubungan dgn pasaran
jarak sederhana yg penting
EPP12 : Menambah baik kadar , jenis dan kualiti hotel
36. • 21 projek baru di bawah tujuh Bidang
Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang
dijangka mampu melonjakkan
Pendapatan Negara Kasar (GNI)
sebanyak RM4.59 bilion menjelang 2020.
37. • NKEA Pertanian, katanya, ia melibatkan
pelaburan bernilai RM456.69 juta dan RM367.58
juta GNI serta mewujudkan 2,539 peluang
pekerjaan bagi menambah baik jaringan
keselamatan makanan negara.
• NKEA Perkhidmatan Perniagaan pula
menyaksikan pelaburan sebanyak RM2.4 bilion
dan RM1.41 bilion GNI di samping mewujudkan
10,909 peluang pekerjaan dalam bidang
pembuatan dan pembaikan kapal, kejuruteraan
reka cipta, pusat maklumat serta pusat
perkhidmatan global.
38. • NKEA Pemborongan dan Peruncitan pula
melibatkan pelaburan berjumlah RM466.8
juta yang menyumbang kepada RM1.1
bilion nilai GNI dan mencipta 16,363
peluang pekerjaan.
• NKEA Penjagaan Kesihatan menyaksikan
pelaburan RM107.14 juta dengan
RM238.06 juta GNI dan menyediakan
3,735 peluang pekerjaan dalam tempoh
lapan tahun akan datang.
39. • NKEA Pendidikan, kata Perdana Menteri,
ia melibatkan pelaburan RM535.58 juta
dan menyumbang RM146.39 juta dalam
GNI serta mewujudkan 660 peluang
pekerjaan dalam tempoh itu.
• NKEA Elektrikal dan Elektronik pula
menyaksikan pelaburan RM4 bilion dan
1,000 peluang pekerjaan dengan 400
daripadanya merupakan pekerjaan
berkemahiran tinggi.
40. • NKEA Greater KL pula melibatkan
pelaburan RM12.5 bilion termasuk
pembinaan Bandar Antarabangsa Sepang
dengan RM1.34 bilion GNI dan
menyediakan 4,712 peluang pekerjaan.
41. NKEA MINYAK SAWIT
• PENGENALAN Bidang Ekonomi Utama Negara
Minyak Sawit atau lebih dikenali sebagai ‘NKEA
sawit’ adalah strategi jangka panjang kerajaan
untuk memancu ekonomi Malaysia ke arah
negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
• Industri Minyak Sawit adalah komoditi keluaran
tempatan telah dikenal pasti dan diyakini
sebagai satu bidang ekonomi utama Negara
(NKEA) yang perlu ditransformasikan
merangkumi keseluruhan rantaian nilai dari
aktiviti perladangan sehingga kepada produk
siap.
42. • lapan projek permulaan (EPP) di mana lima (5)
di peringkat huluan dan tiga (3) di peringkat
hiliran.
• EPP mensasar peningkatan sumbangan industri
sawit kepada PNK sebanyak RM125.3 bilion
daripada RM52.7 bilion (2009) kepada RM178
bilion menjelang 2020.
• EPP telah disasar menjana RM47.1 bilion
Pendapatan Negara kasar. Ini membabitkan
pelaksanaan lapan (8) EPP di mana lima (5) di
peringkat huluan yang akan menjana PNK
RM33.1 bilion manakala tiga di peringkat hiliran
yang menjana PNK RM14 bilion.
43. • EPP yang berorientasikan penyelesaian masalah
semasa mampu:
a) Meningkatkan pendapatan pekebun kecil
persendirian kelapa sawit sebanyak 47 peratus ;
b) Meningkatkan produktiviti tenaga buruh tempatan
dengan penggunaan mekanisasi ladang
seterusnya mengurangkan 15-20 peratus
penggantungan kepada buruh asing; dan
c) Menguasai permintaan minyak sawit global yang
semakin meningkat.
44. • Di peringkat huluan EPP digubal dengan matlamat
peningkatan produktiviti dan kemampanan sektor
huluan industri sawit seperti :
EPP 1 - Mempercepatkan penanaman semula
kelapa sawit
EPP 2 - Mempertingkatkan hasil buah tandan sawit
(BTS)
EPP 3 - Mempertingkatkan produktiviti pekerja
EPP 4 - Meningkatkan kadar perahan minyak sawit
EPP 5 - Membangunkan bio-gas dikilang kelapa
sawit.
45. • Di peringkat hiliran industri sawit, EPP digubal
dengan bermatlamatkan perkembangan dan
kemampanan sektor hiliran sawit seperti :
EPP 6 - Membangunkan derivative oleo
EPP 7 - Mengkomersialkan bio-bahan api generasi
kedua
EPP 8 - Mempercepatkan pertumbuhan sektor
hiliran berasaskan makanan.
46. • Secara keseluruhan Projek Transformasi Ekonomi
Industri sawit mensasarkan peningkatan kepada PNK
sebanyak RM125.3 bilion di mana lapan EPP akan
menjana PNK sebanyak RM47.1 bilion, peluang
perniagaan baru sebanyak RM74.6 bilion dan kesan
penggandaan ekonomi (economic multiplier) sebanyak
RM3.6 bilion. Di samping sasaran peningkatan dalam
PNK, pelaksanaan projek permulaan akan
mewujudkan sejumlah 122,400 peluang pekerjaan.