ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
Bahan & Ramuan Biskut Almond London
250 gram mentega/butter
125 gram gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
50 gram serbuk badam (sediakan kalau nak rasa lagi best)
200 gram tepung jagung
300 gram tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 sudu teh baking powder
200 gram kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gram badam cincang (untuk hiasan)
+/- 700 gram coklat masakan (budget sendiri yerk)
>Kalau biskutnya tak keras dan lembut
: confirm lagi sedap<
>Biskut Almond London
yang aku beli tahun lepas sebelum fly ke UK<
Resepi Membuat Biskut Almond London
Langkah 1 : Pukul mentega bersama-sama dengan gula sehingga kembang
Langkah 2 : Selepas itu, masukkan telur dan esen vanilla ke dalam adunan tersebut.
Adunan itu dipukul lagi. Kemudian, masukkan serbuk badam.
Langkah 3 : Dengan menggunakan bekas lain : ayak tepung jagung, tepung beras,
baking powder dan tepung jagung. Selepas itu, masukkan adunan di langkah dua
(telur+esen vanilla+serbuk badam) ke dalam adunan tepung nie sedikit demi sedikit
sambil gaul.
Langkah 4 : Teruskan gaul sehingga menjadi doh. Bentukkan doh tersebut dalam
bentuk bulat-bulat kecil ataupun lonjong. Masukkan kacang di dalamnya ataupun di
tengah-tengahnya.
Langkah 5 : Letakkan doh-doh kecil itu diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan
dengan sedikit mentega. Ini bagi memastikan doh Almond London tu tak melekat di
atas dulang pembakar nanti.
Langkah 6 : Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit.
Langkah 7 : Cairkan coklat masakan dengan kaedah "double-boil" . Masukkan biskut
Almond London yang telah dibakar tadi ke dalam mangkuk kertas. Tuangkan ataupun
celupkan dengan coklat masakan. Taburkan sedikit badam cincang sebagai hiasan
ataupun penyeri.
Langkah 8 : Biarkan ia kering seketika. Sekarang biskut Almond London dan siap untuk
dimakan ataupun disimpan.
Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
ï‚· 250 gm mentega
ï‚· 125 gm gula halus
ï‚· 1 biji telur
ï‚· 1 tsp esen vanilla
ï‚· 50 gm serbuk badam (optional)
ï‚· 200 gm tepung jagung
ï‚· 300 gm tepung gandum
ï‚· 2 sudu tepung beras
ï‚· 1 tsp baking powder
ï‚· 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
ï‚· 50 gm badam cincang (utk hiasan)
ï‚· +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)
Cara-cara
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
3. Masukkan serbuk badam, kacau
4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna
pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.
APAM
Bahan-bahan ( 40-45 biji )
ï‚· 300g tepung beras
ï‚· 8-10 sudu besar gula pasir
ï‚· 1 sudu besar yeast
ï‚· 280-300ml air
ï‚· 3 sudu kecil eno utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian)
ï‚· pewarna merah, hijau
Cara-cara
1. tepung dibancuh dgn air sdikit². kemudian dimasukkan yeast dan gula. kacau sebati.
2. bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. (bancuh malam, kukus keesokan pagi)
3. bancuhan tepung itu dibahagi 3. satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan
satu lagi dibiarkan warna asal.
4. masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.
5. smentera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan apam skejap dlm
periuk kukus. dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan.
kukus hingga masak.
6. bolehla dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam. (seeloknye
kelapa parut itu dikukus sbentar supaya tak cepat basi)
APAM BETAWI
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
ï‚· 120 gm tepung gandum
ï‚· 120 gm gula caster
ï‚· 2 1/2 biji telur
ï‚· 1/2 c.t serbuk penaik
ï‚· 1/2 c.t essen vanilla
ï‚· sedikit pewarna
Cara-cara
1. Enjut telur dengan gula hingga naik.
2. Masukkan serbuk penaik.
3. Goreng tepung gandum tanpa minyak. Seterusnya masukkan tepung tersebut ke dalam
adunan telur tersebut.
4. Masukkan pewarna.
5. Masukkan 3/4 adunan tadi ke dalam acuan ( cup cake ).
6. Kukus hingga masak lebih kurang dalam jangka masa 15 minit. Ulangi cara ini hingga
adunan itu habis.
7. Hidangkan.
APAM COMEL YIS
Bahan-bahan ( 30 biji )
ï‚· 1 cawan tepung beras
ï‚· 1 cawan gula pasir
ï‚· 2 cawan tepung gandum
ï‚· 1 cawan nasi sejuk dimesin bersama 1 cawan air
ï‚· 1 sudu makan yis
ï‚· 1 cawan air suam
Cara-cara
1. Mesin nasi bersama air sehingga halus .
2. Masukkan semua bahan kecuali pewarna ke dalam campuran bubur nasi.
3. Tambah pewarna. Kacau. tutup dan biarkan 3-4 jam.
4.
Cedukkan adunan ke dalam mangkuk kecil sehingga hampir penuh. Kukus selama 10-
15 minit dengan api yang kuat.
5. Setelah apam masak, rendamkan mangkuk kuih ke dalam sedikit air selama 5 minit
supaya senang untuk mengeluarkan kuih dari bekas
6. Coretkan sedikit pewarna jika suka untuk buat colour-colour.
Bahan-bahan ( loyang 10x10x3 inc. )
ï‚· 4 1/4 cawan tepung gandum - diayak(akak guna 1/2 kilo)
ï‚· 3/4 cawan gula hitam (akak guna gula perang dan gula pasir,dicampur)
ï‚· 2 1/2 cawan air
ï‚· 1 peket yis serbuk - (cnth - Mauripan)
ï‚· secubit garam (opt)
ï‚· kelapa parut putih dikukus dgn sedikit garam dan daun pandan yg digunting kecil -
utk mkn bersama apam
Cara-cara
1. Loyang disapu minyak sekeliling.
2.
Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.Tepung,gula digaul rata di dalam
sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis sambil dituangkan lebihan air dan
kacau dengan hand whisk/senduk hingga adunan sebati,licin dan tak berbintil2.
3.
Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda,selama lebih
kurang 45 min hingga 1 jam.
4.
Panaskan kukusan dan kukus selama 30-40 min.Biar apam benar2 sejuk.
5. Apabila kuih benar2 sejuk,bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut
kukus.
APAM CERIA/ SENYUM
Bahan-bahan ( 25 biji )
ï‚· bahan2: Telur 5 biji Gula 350 gram 1sudu makan ovelate 1 tin aiskrim soda 500 gram
tepung gandum pewarna ikut suka
Cara-cara
1. 1.Pukul gula dan telur hingga kembang menggunakan mixer pd tahap max..
2.Kemudian masukkan ovelate dan pukul lagi sehingga adunan menjadi krim @ putih
gebu (dlam masa 15 minit) 3. Masukkan aiskrim soda dan pukul hingga sebati. Last
masukan tepung dan pukul lagi.. 4. Bahagikan mengikut suka...kukus hingga masak...
~~~SELAMAT MENCUBA~~~
APAM TAPAI
Bahan-bahan ( dlm 30 bj, bgantung pada mangkuk yang digunakan )
ï‚· 1 mangkuk nasi
ï‚· 1/4 biji ragi, tengok la kalau mangkuk kecik kurangkan ragi bgitulah sebaliknya.
agak-agak padan dgn nasi la
ï‚· 2 mangkuk tpg beras
ï‚· 1 mangkuk gula
ï‚· 2 mangkuk air
ï‚· 2 sudu teh eno
Cara-cara
1. Tumbuk ragi hgg hancur, dan ayakkan ke atas nasi sejuk dengan rata. peram tapai nasi
ni 2mlm atau 48 jam. Kalau tapai dah berair tak payah 2 mlmpun tak apa.
2. Campurkan gula dengan tapai dan kacau hingga gula hancur, masukkan sedikit air.
3. Masukkan tepung beras dan lebihan air tadi kacau hingga sebati
4. Peram bahan ini selama 5-6 jam
5. Lastly panaskan pengukus, masukkan eno dan kacau hingga sebati lagi, bila pengukus
dah mendidih boleh la di kukus selama 15 minit.
APAM POLKA DOT
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
ï‚· 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
ï‚· 275 gm tepung gandum
ï‚· 220 gm gula halus
ï‚· 150 ml susu segar@susu cair
ï‚· 3 sudu teh baking powder
ï‚· 1 sudu kecil ovalette
ï‚· filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
ï‚· pewarna
Cara-cara
1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan
kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna
mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik
kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-
15minit @ sehingga masak.
APAM ENO
ï‚· 1 cawan nasi sejuk
ï‚· 1 1/2 cawan air
ï‚· 1 cawan tepung beras
ï‚· 1 cawan tepung gandum
ï‚· 1 1/2 cawan gula
ï‚· 1/2 tsp instant yeast
 lupa plak eno kaler biru – aku letak sikit aje agak ada buih dah le… letak sebelum
kukus
Cara :
1. Blender nasi sejuk dengan air sampai hancur
2. Ayak kedua-dua jenis tepung (aku tak buat pun sebab aku pakai semua tepung beras,
salah baca resipi hihi…)
3. Campurkan kesemuanya
4. Perap adunan selama 4 jam sebelum dikukus
Apam polka dot tanpa ovalette-tetap lembut macam apam biasa walaupun tak ada ovalette.
Pantangnya jangan dibiarkan lama-lama (walaupun seminit), terus dikukus. Sebab kek/apam
yang guna cara 'ribbon stage' sangat sensitif. Papercup pun guna yang saiz sesuai dengan
acuan/loyang, kalau tak akan jadi macam kes apam warna biru tu (apam naik tak cantik)
Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar)
(ku buat 1/3 adunan)
3 biji telur - ku guna 1 biji Gred A
275 gm tepung gandum* - ku guna 91g tepung superfine
3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum) - ku guna 1st
150gm susu segar/susu sejat - ku guna 50ml air + 1/2sb susu tepung
1 sudu teh ovallete - ku tak guna
Pewarna & Esen Vanilla
200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)- ku guna 70g
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Cara-cara
1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang dengan kelajuan maxima selama 10 minit
(hingga adunan bertukar jadi putih-kuning pucat). UPDATE 19 MAY 2011: Pukul ovalette
bersama gula dan telur sekali, bukan masuk kemudian. Ikutkan resepi asal masuk sama
dengan esen tapi nanti macam ovalette tak jalankan fungsinya pula. Sori, saya memang tak
suka sangat guna ovalette dalam kek/kuih-muih jadi terlepas pandang.
2. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul
perlahan dengan mixer (kelajuan minima).
3. Tambah esen vanilla, pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture
menjadi gebu (dan adunan bertambah hingga 2-3x kali dari adunan asal).
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, titiskan pewarna mengikut citarasa
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
5. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan
lompang/tart (asalkan berlapik. Ku guna loyang papercup yang kecil tu, saiz almond london
dan ada yang bersaiz lebih besar sikit).
6. Picitkan blueberry filling secukupnya. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh. Kemudian
dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10-15 minit. Jangan
buka api besar semasa mengukus, nanti merekah. (Pastikan air sudah mendidih sebelum
dikukus dan turunkan suhu bila dah masukkan apam).
***Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem,
peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.
UPDATE 15 May 2011:
Baca komen-komen kat Kongsi Resepi@FB, rata-rata cakap apam polka dot ni jangan dibiar
lama-lama, dah siap adun terus kukus. Pastu pastikan air betul-betul mendidih sebelum
dikukus, dah masukkan apam baru perlahankan api (kalau tak apam pecah). Ada yang komen,
pukul kesemua bahan-bahan sampai gebu, ada lak yang komen pukul telur+gula sampai gebu
sebelum masukkan bahan-bahan lain. Terpulang pada cara dan firasat masing-masing, saya
cuma bagi pandangan je.
Ikutkan resepi ni guna ovalette, tapi saya takde stok. Jadi terpaksa pukul telur dan gula
dipukul hingga kembang, umpama membuat kek sponge@span. Tujuannya nak masukkan
udara ke dalam adunan tu untuk membuatkan kek (atau apam) jadi gebu.
Selain tu, saya pukul telur+gula guna kaedah double-boiler, cuma tak buat direct atas dapur
gas (takut jadi scrambled eggs). Sebab telur akan lebih mudah mengembang pada keadaan
yang hangat.
Caranya:
1. Didihkan periuk kecil berisi air, angkat dan letakkan periuk di atas meja, lebih elok dekat
dengan mixer anda supaya senang nak pukul. Pastikan letak alas/kain sebelum diletak periuk
panas atas meja tu.
2. Letakkan bekas telur+gula (guna bekas tahan panas) di atas periuk. Juga pastikan air tak
terkena pada dasar bekas tersebut.
3. Pukul guna mixer elektrik macam biasa, pukul sampai gula hancur dan adunan menjadi
suam, lebih kurang 6 minit.
4. Alihkan bekas telur+gula dari periuk dan pukul lagi hingga adunan bertukar warna putih-
kuning pucat serta bertambah 'volume'nya, max speed.
4. Salah satu tanda adunan dah dipukul hingga kembang, bila angkat beaters dan biarkan
adunan meleleh, adunan akan jatuh seperti 'ribbon'. Contoh cara pukul telur+gula asampai
ribbon stage da di sini.
Kalau tak silap, memukul telur+gula guna double-boiler ni cara orang Japanese. Cuma kena
hati-hati kalau guna cara ni sebab takut telur termasak, lagi-lagi kalau buat atas dapur gas
terus. Tapi memang adunan akan berkembang dengan lebih cepat kalau pukul cara ni.
Apapun gunalah cara yang anda biasa. Kalau guna cara di atas cuma salah satu alternatif
kalau takde ovalette. Kalau guna ovalette 'kegebuan' adunan bertahan lebih lama, kalau cara
di atas kena buat cepat sikit sebab tak ada emulsifier tambahan untuk kekalkan/maintain
udara yang dipukul di dalam adunan.
APAM MARMAR
Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )
ï‚· 250 g tepung berserbuk penaik
ï‚· 200 ml santan
ï‚· 200 g gula halus
ï‚· 2 biji telur Gred A
ï‚· 1 camca teh vanila esen
ï‚· 1 camca makan ovallate
ï‚· Secubit garam
ï‚· Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)
Cara-cara
1.
Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
2.
Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed
dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
3.
Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
4.
Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara
berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
5.
Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih
selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.
BAHAN-BAHAN:
300 gm tepung beras
125 gm tepung gandum
190 gm gula
550 ml air
1 peket eno
CARA MENYEDIAKAN:
1. Campurkan semua bahan dan kacau rata supaya adunan tidak berketul-ketul.
2. Kemudian tutup adunan supaya ia kembang.
3. Untuk mengukus apam, masukkan ke dalam bekas kecil dan kukus hingga masak ataupun kuih
apam ini merekah di tengah-tengahnya.
KEK BATIK
Bahan-bahan ( separuh adunan je)
1.1 bungkus besar biskut marie perasa original - dipthkn 2 atau 3
2.1/2 tin besar susu pekat
3.180 gm butter ( ros letak 2 sudu besar marjerin)
4.100 gm coklat bar masakan ( ros tak letak)
5.1/2 cawan milo
6.1/3 cawan air panas ( ros ganti dgn susu segar)
Cara-cara
1. Kesemua bahan 2 - 6 dimasukkn kedlm kuali - masak dgn api yg perlahan sehingga semuanya
sebati dan sedikit pekat.. (lebih kurang 10-15min)
2. Masukkn biskut kedlm kuali gaulkan sehingga sekata.
3. Alihkn adunan kedlm loyang / bekas / tppware yg tlh disapukn butter dan tekan sehingga betul2
padat.. ( gunakan plastik utk menekan adunan spya x lekat ditgn). Simpan didlm peti sejuk 1 - 2 jam.
4. Keluarkan dr loyang & potong.. SIAP ..dah boleh dimakan. Selamat Mencuba.
- siap dipotong dan sedia untuk dihidangakan-
- jangan lupa alas loyang dengan kertas minyak supaya mudah dikeluarkan nanti-
Resipi

More Related Content

What's hot (20)

Resepi kek minyak
Resepi kek minyakResepi kek minyak
Resepi kek minyak
taliafaridah
Ìý
Recipe collection 29
Recipe collection 29Recipe collection 29
Recipe collection 29
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 36
Recipe collection 36Recipe collection 36
Recipe collection 36
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 15
Recipe collection 15Recipe collection 15
Recipe collection 15
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 11
Recipe collection 11Recipe collection 11
Recipe collection 11
Sal Lie
Ìý
100 resepi kuih muih
100 resepi kuih muih100 resepi kuih muih
100 resepi kuih muih
12kal
Ìý
KUE KHAS SUMATERA SELATAN
KUE KHAS SUMATERA SELATANKUE KHAS SUMATERA SELATAN
KUE KHAS SUMATERA SELATAN
Nesha Mutiara
Ìý
Kek buah kukus kek kukus karamel
Kek buah kukus kek kukus karamelKek buah kukus kek kukus karamel
Kek buah kukus kek kukus karamel
lizaahmadazaari
Ìý
Recipe collection 27
Recipe collection 27Recipe collection 27
Recipe collection 27
Sal Lie
Ìý
Resepi roti
Resepi rotiResepi roti
Resepi roti
harmizee abdul hafi
Ìý
Recipe collection 33
Recipe collection 33Recipe collection 33
Recipe collection 33
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 23
Recipe collection 23Recipe collection 23
Recipe collection 23
Sal Lie
Ìý
Biskut raya
Biskut rayaBiskut raya
Biskut raya
Muhammad Imran Abin
Ìý
Resep Kue Brownies
Resep Kue BrowniesResep Kue Brownies
Resep Kue Brownies
Abraham Kuway
Ìý
Resipi roti
Resipi rotiResipi roti
Resipi roti
kasturi99
Ìý
Recipe collection 22
Recipe collection 22Recipe collection 22
Recipe collection 22
Sal Lie
Ìý
Kue dll
Kue dllKue dll
Kue dll
Amira Amanda
Ìý
Resepi kek minyak
Resepi kek minyakResepi kek minyak
Resepi kek minyak
taliafaridah
Ìý
Recipe collection 29
Recipe collection 29Recipe collection 29
Recipe collection 29
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 36
Recipe collection 36Recipe collection 36
Recipe collection 36
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 15
Recipe collection 15Recipe collection 15
Recipe collection 15
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 11
Recipe collection 11Recipe collection 11
Recipe collection 11
Sal Lie
Ìý
100 resepi kuih muih
100 resepi kuih muih100 resepi kuih muih
100 resepi kuih muih
12kal
Ìý
KUE KHAS SUMATERA SELATAN
KUE KHAS SUMATERA SELATANKUE KHAS SUMATERA SELATAN
KUE KHAS SUMATERA SELATAN
Nesha Mutiara
Ìý
Kek buah kukus kek kukus karamel
Kek buah kukus kek kukus karamelKek buah kukus kek kukus karamel
Kek buah kukus kek kukus karamel
lizaahmadazaari
Ìý
Recipe collection 27
Recipe collection 27Recipe collection 27
Recipe collection 27
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 33
Recipe collection 33Recipe collection 33
Recipe collection 33
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 23
Recipe collection 23Recipe collection 23
Recipe collection 23
Sal Lie
Ìý
Resep Kue Brownies
Resep Kue BrowniesResep Kue Brownies
Resep Kue Brownies
Abraham Kuway
Ìý
Resipi roti
Resipi rotiResipi roti
Resipi roti
kasturi99
Ìý
Recipe collection 22
Recipe collection 22Recipe collection 22
Recipe collection 22
Sal Lie
Ìý

Similar to Resipi (15)

Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40
Sal Lie
Ìý
Kek lapis goyang dangdut
Kek lapis goyang dangdutKek lapis goyang dangdut
Kek lapis goyang dangdut
taliafaridah
Ìý
Resipi
ResipiResipi
Resipi
adah awie
Ìý
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
MohammadRohmanZ
Ìý
Apam polkadot pdf
Apam polkadot pdfApam polkadot pdf
Apam polkadot pdf
Kamariah Othman
Ìý
Bahan kue lapis surabaya x
Bahan kue lapis surabaya xBahan kue lapis surabaya x
Bahan kue lapis surabaya x
Turino Turino
Ìý
Koleksi Resepi Kuih Muih.pdf
Koleksi Resepi Kuih Muih.pdfKoleksi Resepi Kuih Muih.pdf
Koleksi Resepi Kuih Muih.pdf
SKTemaiPekan1
Ìý
Bahulu soda pandan wangi
Bahulu soda pandan wangiBahulu soda pandan wangi
Bahulu soda pandan wangi
Azizah Arsad
Ìý
Kek coklat moist
Kek coklat moistKek coklat moist
Kek coklat moist
Dariah Usub
Ìý
cara membuat brownis
cara membuat browniscara membuat brownis
cara membuat brownis
michelletunardy10
Ìý
Asri maya alfajrin
Asri maya alfajrinAsri maya alfajrin
Asri maya alfajrin
mayaalfajrin
Ìý
Kuih muih
Kuih muihKuih muih
Kuih muih
Mohd Zainuddin Anuar
Ìý
Bahan nuget ayam
Bahan nuget ayamBahan nuget ayam
Bahan nuget ayam
efje
Ìý
Bahan i roti boy
Bahan i roti boyBahan i roti boy
Bahan i roti boy
hadirukman
Ìý
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40
Sal Lie
Ìý
Kek lapis goyang dangdut
Kek lapis goyang dangdutKek lapis goyang dangdut
Kek lapis goyang dangdut
taliafaridah
Ìý
Resipi
ResipiResipi
Resipi
adah awie
Ìý
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
MohammadRohmanZ
Ìý
Bahan kue lapis surabaya x
Bahan kue lapis surabaya xBahan kue lapis surabaya x
Bahan kue lapis surabaya x
Turino Turino
Ìý
Koleksi Resepi Kuih Muih.pdf
Koleksi Resepi Kuih Muih.pdfKoleksi Resepi Kuih Muih.pdf
Koleksi Resepi Kuih Muih.pdf
SKTemaiPekan1
Ìý
Bahulu soda pandan wangi
Bahulu soda pandan wangiBahulu soda pandan wangi
Bahulu soda pandan wangi
Azizah Arsad
Ìý
Kek coklat moist
Kek coklat moistKek coklat moist
Kek coklat moist
Dariah Usub
Ìý
Asri maya alfajrin
Asri maya alfajrinAsri maya alfajrin
Asri maya alfajrin
mayaalfajrin
Ìý
Bahan nuget ayam
Bahan nuget ayamBahan nuget ayam
Bahan nuget ayam
efje
Ìý
Bahan i roti boy
Bahan i roti boyBahan i roti boy
Bahan i roti boy
hadirukman
Ìý

Resipi

  • 1. Bahan & Ramuan Biskut Almond London 250 gram mentega/butter 125 gram gula halus 1 biji telur 1 sudu teh esen vanilla 50 gram serbuk badam (sediakan kalau nak rasa lagi best) 200 gram tepung jagung 300 gram tepung gandum 2 sudu tepung beras 1 sudu teh baking powder 200 gram kacang badam (digoreng tanpa minyak) 50 gram badam cincang (untuk hiasan) +/- 700 gram coklat masakan (budget sendiri yerk) >Kalau biskutnya tak keras dan lembut : confirm lagi sedap<
  • 2. >Biskut Almond London yang aku beli tahun lepas sebelum fly ke UK< Resepi Membuat Biskut Almond London Langkah 1 : Pukul mentega bersama-sama dengan gula sehingga kembang Langkah 2 : Selepas itu, masukkan telur dan esen vanilla ke dalam adunan tersebut. Adunan itu dipukul lagi. Kemudian, masukkan serbuk badam. Langkah 3 : Dengan menggunakan bekas lain : ayak tepung jagung, tepung beras, baking powder dan tepung jagung. Selepas itu, masukkan adunan di langkah dua (telur+esen vanilla+serbuk badam) ke dalam adunan tepung nie sedikit demi sedikit sambil gaul. Langkah 4 : Teruskan gaul sehingga menjadi doh. Bentukkan doh tersebut dalam bentuk bulat-bulat kecil ataupun lonjong. Masukkan kacang di dalamnya ataupun di tengah-tengahnya. Langkah 5 : Letakkan doh-doh kecil itu diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan dengan sedikit mentega. Ini bagi memastikan doh Almond London tu tak melekat di atas dulang pembakar nanti. Langkah 6 : Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit. Langkah 7 : Cairkan coklat masakan dengan kaedah "double-boil" . Masukkan biskut Almond London yang telah dibakar tadi ke dalam mangkuk kertas. Tuangkan ataupun celupkan dengan coklat masakan. Taburkan sedikit badam cincang sebagai hiasan ataupun penyeri. Langkah 8 : Biarkan ia kering seketika. Sekarang biskut Almond London dan siap untuk dimakan ataupun disimpan.
  • 3. Bahan-bahan ( +/- 150 biji ) ï‚· 250 gm mentega ï‚· 125 gm gula halus ï‚· 1 biji telur ï‚· 1 tsp esen vanilla ï‚· 50 gm serbuk badam (optional) ï‚· 200 gm tepung jagung ï‚· 300 gm tepung gandum ï‚· 2 sudu tepung beras ï‚· 1 tsp baking powder ï‚· 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak) ï‚· 50 gm badam cincang (utk hiasan) ï‚· +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat) Cara-cara 1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang 2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi. 3. Masukkan serbuk badam, kacau 4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi 5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh 6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer. 7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega 8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit 9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil" 10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan 11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan. APAM Bahan-bahan ( 40-45 biji ) ï‚· 300g tepung beras ï‚· 8-10 sudu besar gula pasir ï‚· 1 sudu besar yeast ï‚· 280-300ml air ï‚· 3 sudu kecil eno utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian) ï‚· pewarna merah, hijau
  • 4. Cara-cara 1. tepung dibancuh dgn air sdikit². kemudian dimasukkan yeast dan gula. kacau sebati. 2. bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. (bancuh malam, kukus keesokan pagi) 3. bancuhan tepung itu dibahagi 3. satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan satu lagi dibiarkan warna asal. 4. masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih. 5. smentera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan apam skejap dlm periuk kukus. dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak. 6. bolehla dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam. (seeloknye kelapa parut itu dikukus sbentar supaya tak cepat basi) APAM BETAWI Bahan-bahan ( 5-6 orang ) ï‚· 120 gm tepung gandum ï‚· 120 gm gula caster ï‚· 2 1/2 biji telur ï‚· 1/2 c.t serbuk penaik ï‚· 1/2 c.t essen vanilla
  • 5. ï‚· sedikit pewarna Cara-cara 1. Enjut telur dengan gula hingga naik. 2. Masukkan serbuk penaik. 3. Goreng tepung gandum tanpa minyak. Seterusnya masukkan tepung tersebut ke dalam adunan telur tersebut. 4. Masukkan pewarna. 5. Masukkan 3/4 adunan tadi ke dalam acuan ( cup cake ). 6. Kukus hingga masak lebih kurang dalam jangka masa 15 minit. Ulangi cara ini hingga adunan itu habis. 7. Hidangkan. APAM COMEL YIS Bahan-bahan ( 30 biji ) ï‚· 1 cawan tepung beras ï‚· 1 cawan gula pasir ï‚· 2 cawan tepung gandum
  • 6. ï‚· 1 cawan nasi sejuk dimesin bersama 1 cawan air ï‚· 1 sudu makan yis ï‚· 1 cawan air suam Cara-cara 1. Mesin nasi bersama air sehingga halus . 2. Masukkan semua bahan kecuali pewarna ke dalam campuran bubur nasi. 3. Tambah pewarna. Kacau. tutup dan biarkan 3-4 jam. 4. Cedukkan adunan ke dalam mangkuk kecil sehingga hampir penuh. Kukus selama 10- 15 minit dengan api yang kuat. 5. Setelah apam masak, rendamkan mangkuk kuih ke dalam sedikit air selama 5 minit supaya senang untuk mengeluarkan kuih dari bekas 6. Coretkan sedikit pewarna jika suka untuk buat colour-colour. Bahan-bahan ( loyang 10x10x3 inc. ) ï‚· 4 1/4 cawan tepung gandum - diayak(akak guna 1/2 kilo) ï‚· 3/4 cawan gula hitam (akak guna gula perang dan gula pasir,dicampur) ï‚· 2 1/2 cawan air ï‚· 1 peket yis serbuk - (cnth - Mauripan) ï‚· secubit garam (opt) ï‚· kelapa parut putih dikukus dgn sedikit garam dan daun pandan yg digunting kecil - utk mkn bersama apam Cara-cara 1. Loyang disapu minyak sekeliling.
  • 7. 2. Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.Tepung,gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis sambil dituangkan lebihan air dan kacau dengan hand whisk/senduk hingga adunan sebati,licin dan tak berbintil2. 3. Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda,selama lebih kurang 45 min hingga 1 jam. 4. Panaskan kukusan dan kukus selama 30-40 min.Biar apam benar2 sejuk. 5. Apabila kuih benar2 sejuk,bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut kukus. APAM CERIA/ SENYUM Bahan-bahan ( 25 biji ) ï‚· bahan2: Telur 5 biji Gula 350 gram 1sudu makan ovelate 1 tin aiskrim soda 500 gram tepung gandum pewarna ikut suka Cara-cara 1. 1.Pukul gula dan telur hingga kembang menggunakan mixer pd tahap max.. 2.Kemudian masukkan ovelate dan pukul lagi sehingga adunan menjadi krim @ putih gebu (dlam masa 15 minit) 3. Masukkan aiskrim soda dan pukul hingga sebati. Last
  • 8. masukan tepung dan pukul lagi.. 4. Bahagikan mengikut suka...kukus hingga masak... ~~~SELAMAT MENCUBA~~~ APAM TAPAI Bahan-bahan ( dlm 30 bj, bgantung pada mangkuk yang digunakan ) ï‚· 1 mangkuk nasi ï‚· 1/4 biji ragi, tengok la kalau mangkuk kecik kurangkan ragi bgitulah sebaliknya. agak-agak padan dgn nasi la ï‚· 2 mangkuk tpg beras ï‚· 1 mangkuk gula ï‚· 2 mangkuk air
  • 9. ï‚· 2 sudu teh eno Cara-cara 1. Tumbuk ragi hgg hancur, dan ayakkan ke atas nasi sejuk dengan rata. peram tapai nasi ni 2mlm atau 48 jam. Kalau tapai dah berair tak payah 2 mlmpun tak apa. 2. Campurkan gula dengan tapai dan kacau hingga gula hancur, masukkan sedikit air. 3. Masukkan tepung beras dan lebihan air tadi kacau hingga sebati 4. Peram bahan ini selama 5-6 jam 5. Lastly panaskan pengukus, masukkan eno dan kacau hingga sebati lagi, bila pengukus dah mendidih boleh la di kukus selama 15 minit. APAM POLKA DOT Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium ) ï‚· 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A) ï‚· 275 gm tepung gandum ï‚· 220 gm gula halus ï‚· 150 ml susu segar@susu cair ï‚· 3 sudu teh baking powder ï‚· 1 sudu kecil ovalette ï‚· filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa ï‚· pewarna Cara-cara 1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  • 10. 2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan 3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag 4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja 5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan 6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh. 7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10- 15minit @ sehingga masak. APAM ENO ï‚· 1 cawan nasi sejuk ï‚· 1 1/2 cawan air ï‚· 1 cawan tepung beras ï‚· 1 cawan tepung gandum ï‚· 1 1/2 cawan gula ï‚· 1/2 tsp instant yeast ï‚· lupa plak eno kaler biru – aku letak sikit aje agak ada buih dah le… letak sebelum kukus Cara : 1. Blender nasi sejuk dengan air sampai hancur 2. Ayak kedua-dua jenis tepung (aku tak buat pun sebab aku pakai semua tepung beras, salah baca resipi hihi…) 3. Campurkan kesemuanya 4. Perap adunan selama 4 jam sebelum dikukus
  • 11. Apam polka dot tanpa ovalette-tetap lembut macam apam biasa walaupun tak ada ovalette. Pantangnya jangan dibiarkan lama-lama (walaupun seminit), terus dikukus. Sebab kek/apam yang guna cara 'ribbon stage' sangat sensitif. Papercup pun guna yang saiz sesuai dengan acuan/loyang, kalau tak akan jadi macam kes apam warna biru tu (apam naik tak cantik) Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar) (ku buat 1/3 adunan) 3 biji telur - ku guna 1 biji Gred A 275 gm tepung gandum* - ku guna 91g tepung superfine 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum) - ku guna 1st 150gm susu segar/susu sejat - ku guna 50ml air + 1/2sb susu tepung 1 sudu teh ovallete - ku tak guna Pewarna & Esen Vanilla 200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)- ku guna 70g Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) Cara-cara
  • 12. 1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang dengan kelajuan maxima selama 10 minit (hingga adunan bertukar jadi putih-kuning pucat). UPDATE 19 MAY 2011: Pukul ovalette bersama gula dan telur sekali, bukan masuk kemudian. Ikutkan resepi asal masuk sama dengan esen tapi nanti macam ovalette tak jalankan fungsinya pula. Sori, saya memang tak suka sangat guna ovalette dalam kek/kuih-muih jadi terlepas pandang. 2. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer (kelajuan minima). 3. Tambah esen vanilla, pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu (dan adunan bertambah hingga 2-3x kali dari adunan asal). 4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, titiskan pewarna mengikut citarasa Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih). 5. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang/tart (asalkan berlapik. Ku guna loyang papercup yang kecil tu, saiz almond london dan ada yang bersaiz lebih besar sikit). 6. Picitkan blueberry filling secukupnya. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan. 7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10-15 minit. Jangan buka api besar semasa mengukus, nanti merekah. (Pastikan air sudah mendidih sebelum dikukus dan turunkan suhu bila dah masukkan apam). ***Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka. UPDATE 15 May 2011: Baca komen-komen kat Kongsi Resepi@FB, rata-rata cakap apam polka dot ni jangan dibiar lama-lama, dah siap adun terus kukus. Pastu pastikan air betul-betul mendidih sebelum dikukus, dah masukkan apam baru perlahankan api (kalau tak apam pecah). Ada yang komen, pukul kesemua bahan-bahan sampai gebu, ada lak yang komen pukul telur+gula sampai gebu sebelum masukkan bahan-bahan lain. Terpulang pada cara dan firasat masing-masing, saya cuma bagi pandangan je. Ikutkan resepi ni guna ovalette, tapi saya takde stok. Jadi terpaksa pukul telur dan gula dipukul hingga kembang, umpama membuat kek sponge@span. Tujuannya nak masukkan udara ke dalam adunan tu untuk membuatkan kek (atau apam) jadi gebu. Selain tu, saya pukul telur+gula guna kaedah double-boiler, cuma tak buat direct atas dapur gas (takut jadi scrambled eggs). Sebab telur akan lebih mudah mengembang pada keadaan yang hangat. Caranya:
  • 13. 1. Didihkan periuk kecil berisi air, angkat dan letakkan periuk di atas meja, lebih elok dekat dengan mixer anda supaya senang nak pukul. Pastikan letak alas/kain sebelum diletak periuk panas atas meja tu. 2. Letakkan bekas telur+gula (guna bekas tahan panas) di atas periuk. Juga pastikan air tak terkena pada dasar bekas tersebut. 3. Pukul guna mixer elektrik macam biasa, pukul sampai gula hancur dan adunan menjadi suam, lebih kurang 6 minit. 4. Alihkan bekas telur+gula dari periuk dan pukul lagi hingga adunan bertukar warna putih- kuning pucat serta bertambah 'volume'nya, max speed. 4. Salah satu tanda adunan dah dipukul hingga kembang, bila angkat beaters dan biarkan adunan meleleh, adunan akan jatuh seperti 'ribbon'. Contoh cara pukul telur+gula asampai ribbon stage da di sini. Kalau tak silap, memukul telur+gula guna double-boiler ni cara orang Japanese. Cuma kena hati-hati kalau guna cara ni sebab takut telur termasak, lagi-lagi kalau buat atas dapur gas terus. Tapi memang adunan akan berkembang dengan lebih cepat kalau pukul cara ni. Apapun gunalah cara yang anda biasa. Kalau guna cara di atas cuma salah satu alternatif kalau takde ovalette. Kalau guna ovalette 'kegebuan' adunan bertahan lebih lama, kalau cara di atas kena buat cepat sikit sebab tak ada emulsifier tambahan untuk kekalkan/maintain udara yang dipukul di dalam adunan.
  • 14. APAM MARMAR Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci ) ï‚· 250 g tepung berserbuk penaik ï‚· 200 ml santan ï‚· 200 g gula halus ï‚· 2 biji telur Gred A ï‚· 1 camca teh vanila esen ï‚· 1 camca makan ovallate ï‚· Secubit garam ï‚· Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2) Cara-cara 1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna. 2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat. 3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
  • 15. 4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya. 5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.
  • 16. BAHAN-BAHAN: 300 gm tepung beras 125 gm tepung gandum 190 gm gula 550 ml air 1 peket eno CARA MENYEDIAKAN: 1. Campurkan semua bahan dan kacau rata supaya adunan tidak berketul-ketul. 2. Kemudian tutup adunan supaya ia kembang. 3. Untuk mengukus apam, masukkan ke dalam bekas kecil dan kukus hingga masak ataupun kuih apam ini merekah di tengah-tengahnya.
  • 17. KEK BATIK Bahan-bahan ( separuh adunan je) 1.1 bungkus besar biskut marie perasa original - dipthkn 2 atau 3 2.1/2 tin besar susu pekat 3.180 gm butter ( ros letak 2 sudu besar marjerin) 4.100 gm coklat bar masakan ( ros tak letak) 5.1/2 cawan milo 6.1/3 cawan air panas ( ros ganti dgn susu segar) Cara-cara 1. Kesemua bahan 2 - 6 dimasukkn kedlm kuali - masak dgn api yg perlahan sehingga semuanya sebati dan sedikit pekat.. (lebih kurang 10-15min) 2. Masukkn biskut kedlm kuali gaulkan sehingga sekata. 3. Alihkn adunan kedlm loyang / bekas / tppware yg tlh disapukn butter dan tekan sehingga betul2 padat.. ( gunakan plastik utk menekan adunan spya x lekat ditgn). Simpan didlm peti sejuk 1 - 2 jam. 4. Keluarkan dr loyang & potong.. SIAP ..dah boleh dimakan. Selamat Mencuba.
  • 18. - siap dipotong dan sedia untuk dihidangakan- - jangan lupa alas loyang dengan kertas minyak supaya mudah dikeluarkan nanti-