ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
Kek Lapis Instagram (Saiz 8"x8") 
Bahan A: 
ï‚· 250 mentega 
ï‚· 1 cawan gula halus *boleh juga kurangkan kpd 3/4 
ï‚· 1 tbs ovallette 
ï‚· 10 biji telur gred A 
ï‚· 1 cawan susu pekat 
ï‚· 1 cawan serbuk horlick 
ï‚· 1 1/2 cawan tepung hong kong 
Bahan B : 
ï‚· 1/2 tbs coklat emulco -warna coklat 
ï‚· 1/2 tsp pandan paste - warna hijau 
ï‚· 1/2 tsp strawberry paste - warna merah 
ï‚· Sedikit pewarna kuning dan biru - biarkan plain 
Caranya: 
1. Panaskan oven pada suhu 200'c,api atas.Sediakan tin bersaiz 8"x8", sapu sedikit 
mentega dan alas dengan baking paper. 
2. Masukkan mentega,gula dan ovalette dalam mangkuk pengadun, pukul hingga 
kembang. 
3. Masukkan telur satu persatu hingga habis, pukul lagi hingga sebati.Kemudian 
masukkan susu pekat,horlick dan tepung.Pukul lagi hingga sebati. 
4. Bahagikan kepada 5 bahagian dengan nisbah 1:1:1:1:4.Guna sukatan cawan je, 1=1 
cawan.(Warnakan 1- hijau,merah,biru,kuning dan 4 = coklat.) 
5. Masukkan 1 cawan adunan berwarna coklat,bakar hingga masak.Lebih kurang 7-8 
minit bergantung pada oven masing-masing.Bila dah masak, tekan sedikit permukaan 
kek menggunakan penekan khas. 
6. Lapiskan dengan adunan coklat,bakar lagi.Teruskan ulang langkah dengan adunan 
biru,hijau,kuning, merah dan 2 lapisan adunan coklat hingga habis. 
7. Setelah masak, buka sedikit pintu oven dan biarkan sejuk.Sedia untuk dipotong dan 
dinikmati.
Kek Lapis Kasih Ibu 
Bahan2: 
ï‚· 340g mentega 
ï‚· 165g gula halus 
ï‚· 1/2 tin kecil susu manis 
ï‚· 1 sudu teh esen vanila 
ï‚· 6 biji telur ayam (gred A) 
ï‚· 170g tepung hongkong/tepung gandum 
ï‚· 180g seri kaya(tin kecil) 
ï‚· Pewarna-hijau dan merah jambu / atau pewarna pilihan 
Cara membuatnya: 
1. Panaskan pengukus, oles loyang dengan mentega dan tabur tepung dengan 
rata(tepuk2kan loyang sekeliling supaya tepung rata,buang tepung selebihnya) 
2. Mentega dipukul bersama gula halus sehingga putih. Masukkan telur satu persatu 
sambil terus dipukul dengan kelajuan yang perlahan. 
3. Setelah itu masukkan esen vanila,tepung,susu dan serikaya. Pukul sehingga sebati dan 
padamkan mesin. 
4. Dengan menggunakan senduk,gaul adunan agar benar2 sebati sehingga dasar bekas. 
5. Bahagi kepada 2 bahagian,warnakan hijau dan satu bahagian lagi diwarnakan merah 
jambu. 
6. Masukkan satu cawan warna hijau dan kukus sehingga hampir masak(cukup sekadr 
permukaan hampir kering(masih berwap) dan jangan tunggu sehingga 
menggelembung) 
7. Lapiskan dengan satu cawan adunan berwarna merah jambu..(Boleh susunkan asam 
manis jika suka.)Ulangi langkah ini sehingga adunan habis. 
8. Kukuslah sekurang2nya satu jam setelah lapisan terakhir. Selamat mencuba.. :) 
Kek nih macam kek sarawak 
yg dah aku buat tayangan amal sebelum2 nih juga,lembut n moist..boleh juga kalau nak 
tambah perisa seperti horlicks atau milo yer.. 
Kena rajin mencuba kalau nak tahu hasilnya macammana.. tapi kalau nak buat koleksi resepi 
pun,apa salahnya ye tak..kot2 satu hari nanti baru tergerak hati nak mencuba ke..hehehe
Bahan2 (Untuk separuh adunan biasa) 
ï‚· 220g Mentega (untuk kek lapis yg sedap,guna golden churn) 
ï‚· 90g /1/2 Gelas gula halus-kurangkan kpd 80g jika x suka manis 
ï‚· 110g /1 Gelas tepung gandum 
ï‚· 5 Biji telur 
ï‚· 150g seri kaya 
ï‚· 190g/ 1/2 tin kecil susu pekat manis -susu tin rendah boleh rujuk sini 
ï‚· 1/3 Cawan serbuk nescafe (campurkan dengan 1 sudu air panas) 
ï‚· 1/2 penutup botol esen vanilla 
ï‚· Pewarna Hijau dan Kuning secukupnya 
Cara-cara 
1. Panaskan pengukus. Loyang digris dengan mentega dan di tabur tepung sekata. 
2. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang(putih). 
3. Masukkan telur satu-persatu..(sambil adunan masih dipukul dgn kelajuan sederhana) 
4. Masukkan esen vanila,seri kaya dan susu pekat manis dan diadun sekata.. 
5. Setelah itu,masukkan pula tepung gandum.. tepung gandum boleh diayak terus ke 
dalam adunan) 
6. Bila adunan dah sebati,bahagikanlah kpd 3 bahagian.. (i)warnakan hijau (ii)warnakan 
kuning (iii)masukkan nescafe dan gaul rata 
(Pastikan pengukus dah mendidih sebelum mula mengukus) 
1. Tuangkan separuh adunan kuning,tutup dengan aluminium foil dan kukus 3-5 
minit(bergantung saiz pengukus),jgn lama sgt sbb nanti lapisan mdh trtanggal. Tp 
pastikan adunan dah tak cair semasa hendak memasukkan lapisan ke dua dan 
seterusnya..-seperti membuat kueh lapis.. :) 
2. Seterusnya masukkan setengah adunan lapisan nescafe 
3. Diikuti separuh adunan lapisan hijau. (Terpulang nak letak kuning atau hijau di 
permulaan lapisan. Seterusnya ulangi langkah pertama tadi sehingga adunan habis.
Pandangan close-up... 
Resepi untuk separuh adunan 
ini menghasilkan 6 lapisan (Gambar kat atas nih disusun 2..untuk pameran sahaja..hehe) 
Tips: 
>Semasa membahagi adunan,gunakan senduk dan kira sama rata untuk hasil lapisan yg 
sama.. 
-untuk 1 adunan biasanya adunan yg x diwarnakan diketepikan dahulu dan akan ditambah 
pada adunan yg kurang cukup pembahagiannya. 
>Semasa mengukus,setkan masa/minit bagi setiap lapisan supaya tidak teragak2 hendak 
melapis lapisan seterusnya..misalnya lapisan pertama masak dalam 3 minit,begitu juga 
lapisan ke 2..perlu diingat semakin lapisan ke atas mungkin masa berkurang sedikit sebab 
cepat masak. 
>Pastikan aluminium foil tidak bocor,untuk selamat..sila gunakan yg baru dan bukan kitar 
semula. :) 
Bahan-bahan : loyang 8" x 8" 
10 biji telur gred A 
500 g mentega berkualiti tinggi (jenama Anchor, 
Golden Churn, Tatura, SCS dsbnya) – QH guna 
SCS 
300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak) 
– QH guna tepung gandum 
150 g gula kastor 
100 g serbuk horlicks 
150 g serikaya
300 g susu pekat manis 
1 sudu besar ovalette 
1 sudu kecil esen vanilla 
1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan 
brand Kopoe-Kopoe) – kalau buat kaler rainbow 
yang ni tak perlu 
1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan 
nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee 
emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - 
boleh juga campurkan dengan pewarna coklat 
atau browning sugar – yang ini juga 
1 sudu kecil strawberry emulco + pewarna 
merah jambu – yang ini juga 
Filing oren secukupnya – yang ni QH tambah 
Color rainbow atau pelangi 
Merah 
Oren 
Kuning 
Hijau 
Biru 
Ungu
Cara-cara :
1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga 
kembang. 
2. Dalam bekas yang berasingan, pukul 
mentega bersama susu pekat hingga putih 
berkrim. 
3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. 
Sebatikan. 
4. Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. 
Gaul-gaulkan sebati. 
5. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga 
betul-betul sebati. 
6. Bahagikan adunan kepada 4 (6) bahagian. 
Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen 
vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan, 
satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk 
koko dan nescafe / pes mocha dan satu lagi pes 
strawberi. (adunan dikalerkan mengikut warna 
pelangi) 
7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan 
mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan 
pink/strawberi terlebih dahulu (anggaran 6-7 
sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar 
selapis demi selapis dengan menggunakan api 
atas (suhu antara 170-180C mengikut 
kepanasan oven masing-masing). (Untuk cara ni 
bile adunan dah dibahagikan kepada 6 warna. 
Untuk setiap warna tersebut QH bahagikan 
kepada 2 pula. Contoh seperti dalam gambar tu 
yer..) 
8. Kemudian tuangkan adunan seterusnya dan 
bakar. Buat sampai habis.
9. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan 
menggunakan api atas sehingga keperangan dan 
barulah dipasangkan api bawah selama 10 
minit. 
10. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan 
sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 
(untuk lapisan terakhir, QH sapukan butter di 
atasnya bagi nampakkan bahagian atas tu 
berkilat) 
11. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan 
kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap 
dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. 
Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. 
NOTA : 
ï‚· Gunakan mentega yg berkualiti untuk 
mendapatkan kek yg lembut dan sedap. 
ï‚· Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, 
sila sapukan dengan sedikit jem setiap 
kali melapis. (DJ x buat). (QH sapukan 
butter dan jem secara berselang seli 
pada setiap lapisan. Contoh jem, butter, 
jem, butter sampai habis) 
ï‚· Boleh juga menggunakan loyang kek 
berukuran 9" x 9" jika tak nak kek terlalu 
tinggi. Ikutlah citarasa masing2. 
ï‚· Suhu bergantung pd jenis oven masing2. 
Sila adjust sendiri.
ï‚· Sukatan gula boleh dikurang/tambahkan 
mengikut citarasa sendiri.
Kek lapis instagram
Kek lapis instagram
Kek lapis instagram
Kek lapis instagram
Kek lapis instagram
Kek lapis instagram
ï‚· Untuk menjadikan kek sentiasa lembab 
dan basah, jangan bakar terlalu lama 
dan sapukan sedikit mentega pada setiap 
lapisan. (QH ikut cara ni) 
Kek ni bila dah disimpan berhari2, ia akan 
bertambah lembut dan basah. Lagilah bertambah 
sedap dimakan. Baunya pun harum dan 
menyelerakan. 
Ringkasan cara penyediaan yang QH 
gunakan: 
1. Memula sekali bile adunan kek ni dah siap 
diadun, timbang keseluruhan adunan tersebut. 
2. Selepas itu, bahagikan adunan kepada beberapa 
bahagian atau kaler yang kita nak. QH buat 6 
kaler dan bahagian. 
3. Warnakan adunan tersebut satu persatu. 
4. Lepas tu pula, setiap satu kaler tadi QH 
bahagikan pula adunan tersebut kepada 2.
5. Kemudian tuang adunan tersebut ke dalam 
loyang yang kita nak gunakan. Ratakan. 
6. Untuk setiap lapisan kek lapis ni QH bakar 
selama 20 minit dengan suhu oven 150C. 
Bahagian atas biar bagi garing atau kehitaman 
sedikit untuk menampakkan garisan lapisan kek 
tu nanti. 
7. Setiap lapisan tu pula QH sapukan butter dan 
jem atau filing perasa oren secara berselang seli. 
Contoh lapisan pertama butter, lapisan kedua 
pula filing oren. Begitu la seterusnya sehingga 
habis. 
8. Akhir sekali lapisan atas kek tu QH sapukan 
butter untuk menampakkan kek tu berkilat dan 
dan lembab. Siap. 
Kek Lapis Keju Cheddar 
Bahan-bahan 
450gm mentega 
200gm gula kaster 
5 sudu makan susu pekat manis 
1 sudu makan ovalette 
15 biji kuning telur 
6 biji putih telur 
250gm tepung hongkong 
50gm serbuk biskut marie - ayak 
Parutan keju cheddar (oren) secukupnya 
Pewarna yang di sukai 
Loyang 8" di alas dan di gris dasarnya 
Cara-cara : 
1. Pukul mentega, gula dan susu pekat manis hingga berkrim. Masukkan ovalette, pukul hingga 
sebati. 
2. Masukkan kuning telur dan putih telur satu persatu sambil di putar rata. 
3. Masukkan ke dalam mangkuk besar, letak tepung dan serbuk biskut marie. Gaul hingga rata dan
sebati. 
4. Bahagikan kepada 2 bahagian, letak pewarna biru dan satu bahagian lagi pewarna pink. 
5. Ambil 5 atau 6 sudu makan adunan biru dan ratakan ke dalam loyang. Tabur dengan sedikit 
parutan keju cheddar. Bakar pada suhu 180C api atas dan bawah selama 8 minit hingga masak. 
6. Tekan permukaan dengan penekan kek, sapu mentega dan cucuk permukaan kek dengan garpu. 
7. Ratakan pula adunan pink, tabur keju dan bakar dengan api atas sahaja hingga permukaannya 
keperangan. Ulangi langkah berselang warna hingga habis. 
8. Akhir sekali, tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar dengan api atas dan bawah selama 20 
minit hingga masak. 
Kek Lapis Betawi Pelangi / Kek Lapis Rempah 
Bahan A 
300gm mentega 
150gm gula kastor 
14 biji kuning telur 
6 sudu makan susu pekat manis 
1 sudu teh esen vanila 
Bahan B 
150gm gula kastor 
7 biji putih telur 
1/4 sudu teh serbuk krim tartar 
Bahan C 
180gm tepung Hong Kong 
2 sudu teh serbuk rempah campuran 
1 sudu teh serbuk penaik 
Pewarna yang disukai 
Bahan Sapuan (3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis) 
Panaskan ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit. Sediakan tin pembakar 8in x 8in 
Cara-cara : 
1. Bahan A : Satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen vanila dalam mangkuk 
adunan. Pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit hingga berkrim. 
2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan mentega ini 
ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan. 
3. Bahan B : Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor dan krim 
tartar. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan kembang.
4. Bahan C : Masukkan tepung Hong Kong, serbuk rempah campuran dan serbuk penaik ke dalam 
adunan mentega tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati. 
5. Tuangkan pula adunan putih telur tadi. Gaul hingga adunan bercampur rata. 
6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Warnakan setiap satu dengan warna yang berlainan. 
Ambil satu cawan adunan dan ratakan dalam tin pembakar. Bakar dengan api atas dan bawah 
selama 10 minit atau hingga kek berwarna perang. 
7. Cucuk permukaan kek dgn garpu atau lidi. Tekan lapisan ini agar rata. 
8. Sapukan permukaan kek ini dgn sedikit bahan sapuan. 
9. Ambil satu cawan adunan dan ratakan atas lapisan kek tadi. Bakar dgn api atas sahaja hingga kek 
masak. Buatkan proses melapis seperti ini sehingga lapisan yang terakhir siap dibakar. 
10. Tutup tin pembakar dgn kertas aluminium. Bakar semula dgn api atas dan bawah sel ama 15 
minit. 
KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES 
By: Kak Fida 
Rujukan : My Resepi 
5 biji telur ~ grade A yg sejuk dari peti ais 
225 g gula halus atau 
220 g tepung gandum 
1 sk rata baking powder 
1 sb ovalette 
150 ml susu cair 
1/2 sk garam 
100 ml minyak jagung/masak 
1 sk esen vanilla 
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka 
secukup hawflakes ~ ita guna besar 50 sen 
Panaskan kukusan 
Sediakan loyang 8x8 inc 
Sapukan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper 
Ayak tepung dan baking powder 
Kemudian campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna. 
Pukul adunan hingga sebati dan gebu. 
Kemudian masukkan minyak jagung atau minyak masak dan gaul adunan secara kaup balik dengan 
spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati 
Kemudian bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut kesesuaian dan warna yang kita suka. 
Ita bahagi kepada 6 bahagian ( anggaran 1 cawan setiap bahagian) dan letakkan setiap bahagian itu
dengan pewarna yang disukai. 
Tuangkan lapisan pertama dalam loyang dan ratakan 
Susunkan kepingan hawflakes atas lapisan pertama. 
Kukus lapisan pertama selama 5~7 minit 
Bila masak angkat dan tuang lapisan kedua, dan susunkan hawflakes kukus semula 
Buat kaedah yang sama sehingga habis setiap lapisan 
Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 20 minit supaya kek masak secara keseluruhannya 
Setelah kek masak, biarkan dalam loyang selama 10 minit 
Kemudian terbalikkan atas redai 
Biarkan kek sejuk sepenuhnya 
KEK LAPIS EVERGREEN EKONOMI 
By: Kak Fida 
Rujukan : My Resepi 
250 g mentega 
3/4 cwn gula halus/kastor 
6 biji telur - A yg sejuk dari peti ais 
1 sk ovallete 
200 g susu pekat manis 
1 sudu teh esen vanilla 
50 gm serbuk Holick 
1 1/2 cawan tepung gandum 
1 sudu teh baking powder 
Panaskan oven pada suhu 170 C 
Sediakan loyang ukuran 8x8 inc 
Hanya sapukan minyak pada dasar loyang sahaja 
Alas dasar loyang dengan baking paper 
Ketepikan 
Ayak tepung dengan baking powder ~ ketepikan 
Dalam bekas mixer, pukul mentega dan gula hingga kembang 
Kemudian masukkan telur sebijik demi sebijik dan terus memukul hingga sebati. 
Kemudian masukkan ovallate dan pukul lagi hingga sebati. 
Tambahkan susu pekat manis dan esen vanila dan kacau dengan spatula 
Masukkan serbuk holick dan kaup balik sebati 
Akhir sekali masukkan tepung dan kaup balik hingga adunan bergaul sempurna.
Tuangkan 1 1/2 senduk anggaran 150 gm dalam loyang dan ratakan 
Bakar menggunakan api atas dan bawah hingga lapisan atas kek berwarna kecoklatan 
Ita punya ni tak cukup coklat tau! sebab kejar masa nak ambil Dalili sekolah. Nanti kalau bakar biar 
dia coklat sikit sebab bila potong baru nampak lapisannya. 
Ok! lepas masak kita tekan-tekankan permukaan kek dengan alat penekan. Kalau tak de carilah 
permukaan senduk yang rata untuk menekan. 
Kemudian kita tuangkan pula lapisan ke 2 dan ratakan 
Kali ini jangan lupa! tutup api bawah dan hanya buka api atas sahaja. 
Ita letak loyang masa bakar kat rak tengah. 
Kita bakar pula lapisan ke 2 hingga permukaannya coklat juga.
Bila dah masak, sapukan permukaan kek tadi dengan susu pekat manis. Hingga rata.
Kemudian susunkan pula kek lapis kukus tadi. 
Ok! jangan ikut ita ye sebab ita ada tersilap iaitu ita dah ratakan tepi kek kukus. Jadi loyang tu tak 
sama besar dengan kek kukus ita tadi. 
Oleh itu guna loyang yang sama ukuran untuk kedua-dua kek 
Untuk lekatkan kek sapukan dengan susu pekat manis 
Peringatan 
Bila dah sapu susu pekat manis kek tu terus melekat antara sau sama lain. Jadi pastikan susunan tu 
betul-betul supaya kita tak lah nak alih2 sebab nanti dia dah melekat susah pulak! Bila kita nak 
alihkan pulak dia dah tersopak dan tak cantik. 
Kalau ada ruang kosong tu, letakkanlan lah adunan tu sikit. Guna piping bag senang nak masukkan 
adunan pada celah-celah kek tu. 
Kemudian tuang lapisan lagi dan bakar semula cara yang sama hingga permukaan dia coklat lagi. 
Buat satu lagi lapisan. Ita tak buat tau lapisan yang ni sebab ita terlupa.. hihi 
Jadi bermakna lapisan pemisah antara 2 kek kukus tu ada 2 lapisan lah kan.. 
Lepas tu kita buat semula kaedah tadi. Sapukan susu dan susun lagi kek kukus tu. 
Tuang adunan dan bakar semula 
Buat lah hingga habis. 
Jangan lupa untuk tekan setiap lapisan yang dah bakar dengan alat penekan supaya tiada ruang 
udara. 
Lapisan yang terakhir bakar tu kita bakar juga hingga coklat. 
Lepas tu kita balut permukaan dia dengan aluminium foil, buka api atas dan bawah. 
Ita ubah kedudukan kek pada rak bawah dan bakar semula selama 15 minit hingga kek masak 
sepenuhnya.
Bila dah masak. Rehatkan sekejap dalam 10 ~ 15 minit, kemudian baru terbalikkan atas redai 
Tunggu kek benar-benar sejuk barulah dipotong.
Ini corak yang paling simple lah kan.. hihi nanti kalau dah pandai barulah boleh cuba corak yang 
susah-susah pulak.. aduyaiii.. bila lah tu.. buat yang ni pon dah habis sengal2 satu badan.. KEK
LAPIS EVERGREEN EKONOMI 
By: Kak Fida 
Rujukan : My Resepi 
250 g mentega 
3/4 cwn gula halus/kastor 
6 biji telur - A yg sejuk dari peti ais 
1 sk ovallete 
200 g susu pekat manis 
1 sudu teh esen vanilla 
50 gm serbuk Holick 
1 1/2 cawan tepung gandum 
1 sudu teh baking powder 
Panaskan oven pada suhu 170 C 
Sediakan loyang ukuran 8x8 inc 
Hanya sapukan minyak pada dasar loyang sahaja 
Alas dasar loyang dengan baking paper 
Ketepikan 
Ayak tepung dengan baking powder ~ ketepikan 
Dalam bekas mixer, pukul mentega dan gula hingga kembang 
Kemudian masukkan telur sebijik demi sebijik dan terus memukul hingga sebati. 
Kemudian masukkan ovallate dan pukul lagi hingga sebati. 
Tambahkan susu pekat manis dan esen vanila dan kacau dengan spatula 
Masukkan serbuk holick dan kaup balik sebati 
Akhir sekali masukkan tepung dan kaup balik hingga adunan bergaul sempurna.
Tuangkan 1 1/2 senduk anggaran 150 gm dalam loyang dan ratakan 
Bakar menggunakan api atas dan bawah hingga lapisan atas kek berwarna kecoklatan 
Ita punya ni tak cukup coklat tau! sebab kejar masa nak ambil Dalili sekolah. Nanti kalau bakar biar 
dia coklat sikit sebab bila potong baru nampak lapisannya. 
Ok! lepas masak kita tekan-tekankan permukaan kek dengan alat penekan. Kalau tak de carilah 
permukaan senduk yang rata untuk menekan. 
Kemudian kita tuangkan pula lapisan ke 2 dan ratakan 
Kali ini jangan lupa! tutup api bawah dan hanya buka api atas sahaja. 
Ita letak loyang masa bakar kat rak tengah. 
Kita bakar pula lapisan ke 2 hingga permukaannya coklat juga.
Bila dah masak, sapukan permukaan kek tadi dengan susu pekat manis. Hingga rata.
Kemudian susunkan pula kek lapis kukus tadi. 
Ok! jangan ikut ita ye sebab ita ada tersilap iaitu ita dah ratakan tepi kek kukus. Jadi loyang tu tak 
sama besar dengan kek kukus ita tadi. 
Oleh itu guna loyang yang sama ukuran untuk kedua-dua kek 
Untuk lekatkan kek sapukan dengan susu pekat manis 
Peringatan 
Bila dah sapu susu pekat manis kek tu terus melekat antara sau sama lain. Jadi pastikan susunan tu 
betul-betul supaya kita tak lah nak alih2 sebab nanti dia dah melekat susah pulak! Bila kita nak 
alihkan pulak dia dah tersopak dan tak cantik. 
Kalau ada ruang kosong tu, letakkanlan lah adunan tu sikit. Guna piping bag senang nak masukkan 
adunan pada celah-celah kek tu. 
Kemudian tuang lapisan lagi dan bakar semula cara yang sama hingga permukaan dia coklat lagi . 
Buat satu lagi lapisan. Ita tak buat tau lapisan yang ni sebab ita terlupa.. hihi 
Jadi bermakna lapisan pemisah antara 2 kek kukus tu ada 2 lapisan lah kan.. 
Lepas tu kita buat semula kaedah tadi. Sapukan susu dan susun lagi kek kukus tu. 
Tuang adunan dan bakar semula 
Buat lah hingga habis. 
Jangan lupa untuk tekan setiap lapisan yang dah bakar dengan alat penekan supaya tiada ruang 
udara. 
Lapisan yang terakhir bakar tu kita bakar juga hingga coklat. 
Lepas tu kita balut permukaan dia dengan aluminium foil, buka api atas dan bawah. 
Ita ubah kedudukan kek pada rak bawah dan bakar semula selama 15 minit hingga kek masak 
sepenuhnya.
Bila dah masak. Rehatkan sekejap dalam 10 ~ 15 minit, kemudian baru terbalikkan atas redai 
Tunggu kek benar-benar sejuk barulah dipotong.
Ini corak yang paling simple lah kan.. hihi nanti kalau dah pandai barulah boleh cuba corak yang 
susah-susah pulak.. aduyaiii.. bila lah tu.. buat yang ni pon dah habis sengal2 satu badan..
KEK KERANA MU MALAYSIA 
Resepi ni untuk satu adunan 
3 cwn tepung gandum 
4 sdk baking powder 
1/2 sdk garam 
1 cwn butter ~ suhu bilik 
1 3/4 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis 
5 biji putih telor ~ suhu bilik 
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik 
1 sudu teh strawberry emulco 
1 sudu teh blueberry paste 
pewarna merah dan biru 
Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang 
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter 
Panaskan oven pada suhu 170C 
Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan 
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar 
warna putih . 
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan 
Masukkan esen vanila 
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli 
dengan susu segar 
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik. 
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung 
juga. 
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung 
Letakkan pewarna merah dan strawberry emulco 
Kacau rata. 
Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan 
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar 
Masukkan dalam loyang 
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah 
menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar 
masak. 
Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan 
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 
lapisan 
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan 
tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain. 
Bila kek dah sejuk ita potong lapisan atas kek yang keras supaya bila kita susun kek nampak 
rata dan sekata. 
Kemudian potong setiap kek kepada 2 lapisan setiap satu 
Kita akan dapat 6 lapisan kek. Boleh jika nak gunakan ke enam-enam lapisan. Ita hanya 
gunakan 5 lapisan sahaja kerana bimbang kek terlampau tinggi. Jadi terpulang pada budi 
bicara masing-masing samaada nak buat 5 atau 6 lapisan 
Untuk 2 keping lagi lapisan potong tengahnya menggunakan ring cutter bulat ukuran 6 inc 
atau 5 inc 1/2. Ambil bahagian luar kek yang di potong sahaja. 
Bagi adunan biru kaedah yang sama juga di gunakan 
Letakkan pewarna biru dan paste blueberry 
Kemudian bakar dalam loyang 8 inc
Bila dah masak dan kek telah sejuk. Potong kek menggunakan ring cutter bulat ukuran 6 inc. 
atau boleh juga guna ukuran 5 inc 1/2 
Ambil lapisan yang dalam sahaja. 
Sekarang kita mulakan proses untuk melapis kek. 
Boleh rujuk pada rajah di bawah 
Untuk setiap lapisan ita sapukan atau pancitkan sedikit jus lemon untuk melembabkan kek 
dan memudahkan kita meratakan cream. 
Ita masukkan cream ke dalam piping bang untuk memudahkan proses meletakkan cream atas 
kek.
Setelah kek mengeras dan dikeluarkan dari peti ais boleh lah kita sapukan sekali lagi dengan 
krim untuk proses deco. 
Ratakan kek supaya licin dan kemas 
Untuk lapisan atas ita gunakan nozel no 133 untuk rumput 
Untuk bahagian bawah ita gunakan teknik sisik ikan, hanya menggunakan sudu kecil.
Kek Lapis Choco-Horlicks 
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com 
Bahan2: 
250g mentega tulen 
1/2 cawan gula halus 
5 biji telur gred A 
1/2 tin susu pekat manis 
70g horlicks 
30g serbuk koko 
1 sudu teh esen vanila 
1/2 cawan tepung hongkong/gandum 
Cara2: 
1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris 
loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak. 
2. Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim 
3. Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi) 
4. Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong 
sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling 
perlahan 
5. Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian 
6. Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan 
serbuk koko dan kacau sebati. 
7. Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah berselang seli warna 
sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya 
api dapur)Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air 
kukusan menitis di atas kek. 
8. Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir 
Kek Hitam Manis 
By:HaSue 
Bahan-bahan ( Loyang 9x9 ) 
* 450g Mentega berkualiti 
* 200g Gula halus-boleh kurangkan ke 180g 
* 10 biji telur saiz A 
* 1 penutup botol esen vanilla 
* 1 tin kecil susu pekat manis/krimer manis 
* 1 tin sederhana serikaya 
* 1 tin kecil nestle cream(rujuk gambar di bawah) 
* 200g horlicks 
* 150g browning sugar atau secukupnya(sehingga adunan cukup hitam)
* 200g tepung hong kong/tepung gandum 
* 1 sudu teh ovalete 
Nestle cream yang digunakan dalam 
resepi ini..ada 2 saiz di pasaran. 
Cara-cara: 
1. Panaskan pengukus(pastikan air pengukus diisi hampir penuh agar tidak mudah kering), 
oleskan loyang dengan mentega dan ditaburkan rata dengan tepung. 
2. Mentega(pastikan pada suhu bilik) dipukul bersama gula halus sehingga berkrim dan putih. 
Masukkan sebiji telur(pecahkan di dalam mangkuk terlebih dahulu untuk mengelakkan 
sekiranya ada telur busuk) dan pukul lagi..setelah sebati,baru masukkan sebiji lagi telur. 
Ulangi langkah ini sehingga telur habis. 
3. Masukkan satu persatu- esen vanilla,susu,serikaya,nestle cream,horlicks,ovallete dan 
tepung gandum(setiap kali masukkan setiap bahan,pukul dengan sebati baru masukkan bahan 
seterusnya. 
4. Kemudian,masukkan browning sugar dan gaul sehingga benar2 sebati. 
5. Masukkan ke dalam loyang yg sudah dioles tadi dan kukuslah selama 4 jam. Pastikan air 
pengukus sudah mendidih ketika kek mula dikukus. 
6. Pastikan kek sudah sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan daripada loyang. Selamat 
mencuba! :) 
Kek Pilih Kasih 
Bahan-bahan ( 8" x 8" x 3" )
• 10 Biji telur 
• 2 gelas tepung gandum >disyorkan 1 1/2 gelas shj utk kek lebih lembap 
• 1 gelas gula halus 
• 450gm Butter (golden churn) 
• 1 gelas horlicks 
• 1 tin susu pekat / krimer 
• 5 sudu makan milo 
• 1 gelas bijan - di sangan dulu 
• 2 gelas kacang tanah - disangan + dikisar 
• 2 sudu makan browning sugar 
>hasue tambah 1 sudu kecil esen vanila 
Cara-cara 
1. Gula dan butter di pukul hingga kembang. 
2. Masukkan telur satu persatu 
3. kemudian masukkan esen vanila,tepung,susu pekat dan gaul rata. 
4. Masukkan horlicks dan milo dan di gaul rata. 
5. Masukkan kacang tanah dan bijan dan gaul hingga sebati. 
6. Akhir sekali masukkan browning sugar dan adunan di masukkan dlm loyang yang telah di alaskan 
dgn kertas minyak dan dikukus selama 4 jam ½

More Related Content

What's hot (18)

Kek buah kukus kek kukus karamel
Kek buah kukus kek kukus karamelKek buah kukus kek kukus karamel
Kek buah kukus kek kukus karamel
lizaahmadazaari
Ìý
Recipe collection 28
Recipe collection 28Recipe collection 28
Recipe collection 28
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 29
Recipe collection 29Recipe collection 29
Recipe collection 29
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 20
Recipe collection 20Recipe collection 20
Recipe collection 20
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 38
Recipe collection 38Recipe collection 38
Recipe collection 38
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 22
Recipe collection 22Recipe collection 22
Recipe collection 22
Sal Lie
Ìý
Kue dll
Kue dllKue dll
Kue dll
Amira Amanda
Ìý
Recipe collection 36
Recipe collection 36Recipe collection 36
Recipe collection 36
Sal Lie
Ìý
Resipi
ResipiResipi
Resipi
Ah Zi
Ìý
Resep
ResepResep
Resep
cintadongeng
Ìý
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
MohammadRohmanZ
Ìý
Biskut raya
Biskut rayaBiskut raya
Biskut raya
Muhammad Imran Abin
Ìý
Resep kue
Resep kueResep kue
Resep kue
desiratnasarii
Ìý
Resep Kue Brownies
Resep Kue BrowniesResep Kue Brownies
Resep Kue Brownies
Abraham Kuway
Ìý
Bahan i roti boy
Bahan i roti boyBahan i roti boy
Bahan i roti boy
hadirukman
Ìý
KUE KHAS SUMATERA SELATAN
KUE KHAS SUMATERA SELATANKUE KHAS SUMATERA SELATAN
KUE KHAS SUMATERA SELATAN
Nesha Mutiara
Ìý
100 resepi kuih muih
100 resepi kuih muih100 resepi kuih muih
100 resepi kuih muih
12kal
Ìý
Kek buah kukus kek kukus karamel
Kek buah kukus kek kukus karamelKek buah kukus kek kukus karamel
Kek buah kukus kek kukus karamel
lizaahmadazaari
Ìý
Recipe collection 28
Recipe collection 28Recipe collection 28
Recipe collection 28
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 29
Recipe collection 29Recipe collection 29
Recipe collection 29
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 20
Recipe collection 20Recipe collection 20
Recipe collection 20
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 38
Recipe collection 38Recipe collection 38
Recipe collection 38
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 22
Recipe collection 22Recipe collection 22
Recipe collection 22
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 36
Recipe collection 36Recipe collection 36
Recipe collection 36
Sal Lie
Ìý
Resipi
ResipiResipi
Resipi
Ah Zi
Ìý
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
6+ resep kue basah yang mudah untuk dibuat bagi pemula
MohammadRohmanZ
Ìý
Resep Kue Brownies
Resep Kue BrowniesResep Kue Brownies
Resep Kue Brownies
Abraham Kuway
Ìý
Bahan i roti boy
Bahan i roti boyBahan i roti boy
Bahan i roti boy
hadirukman
Ìý
KUE KHAS SUMATERA SELATAN
KUE KHAS SUMATERA SELATANKUE KHAS SUMATERA SELATAN
KUE KHAS SUMATERA SELATAN
Nesha Mutiara
Ìý
100 resepi kuih muih
100 resepi kuih muih100 resepi kuih muih
100 resepi kuih muih
12kal
Ìý

Similar to Kek lapis instagram (20)

Kek lapis goyang dangdut
Kek lapis goyang dangdutKek lapis goyang dangdut
Kek lapis goyang dangdut
taliafaridah
Ìý
Barung cokelat
Barung cokelatBarung cokelat
Barung cokelat
Operator Warnet Vast Raha
Ìý
kue Indonesia agar agar (penjelasandan sejarah)
kue Indonesia agar agar (penjelasandan sejarah)kue Indonesia agar agar (penjelasandan sejarah)
kue Indonesia agar agar (penjelasandan sejarah)
ssuser4e87bc
Ìý
Bahan rainbow cake
Bahan rainbow cakeBahan rainbow cake
Bahan rainbow cake
sto1
Ìý
Resipi
ResipiResipi
Resipi
adah awie
Ìý
Resep & cara membuat kue kering
Resep & cara membuat kue keringResep & cara membuat kue kering
Resep & cara membuat kue kering
Imam Triyoga
Ìý
Resepi roti
Resepi rotiResepi roti
Resepi roti
harmizee abdul hafi
Ìý
Resipi roti
Resipi rotiResipi roti
Resipi roti
kasturi99
Ìý
Bahan nuget ayam
Bahan nuget ayamBahan nuget ayam
Bahan nuget ayam
efje
Ìý
Apampolkadots
ApampolkadotsApampolkadots
Apampolkadots
izzaradzi
Ìý
Resep kue
Resep kueResep kue
Resep kue
faradefitri212
Ìý
Resep resep masakan
Resep resep masakanResep resep masakan
Resep resep masakan
sitihalimah943
Ìý
resep masakan
resep masakan resep masakan
resep masakan
nurvirawati
Ìý
Kek coklat moist
Kek coklat moistKek coklat moist
Kek coklat moist
Dariah Usub
Ìý
Recipe collection 27
Recipe collection 27Recipe collection 27
Recipe collection 27
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 33
Recipe collection 33Recipe collection 33
Recipe collection 33
Sal Lie
Ìý
Bahan kue lapis surabaya x
Bahan kue lapis surabaya xBahan kue lapis surabaya x
Bahan kue lapis surabaya x
Turino Turino
Ìý
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40
Sal Lie
Ìý
Kek lapis goyang dangdut
Kek lapis goyang dangdutKek lapis goyang dangdut
Kek lapis goyang dangdut
taliafaridah
Ìý
kue Indonesia agar agar (penjelasandan sejarah)
kue Indonesia agar agar (penjelasandan sejarah)kue Indonesia agar agar (penjelasandan sejarah)
kue Indonesia agar agar (penjelasandan sejarah)
ssuser4e87bc
Ìý
Bahan rainbow cake
Bahan rainbow cakeBahan rainbow cake
Bahan rainbow cake
sto1
Ìý
Resipi
ResipiResipi
Resipi
adah awie
Ìý
Resep & cara membuat kue kering
Resep & cara membuat kue keringResep & cara membuat kue kering
Resep & cara membuat kue kering
Imam Triyoga
Ìý
Resipi roti
Resipi rotiResipi roti
Resipi roti
kasturi99
Ìý
Bahan nuget ayam
Bahan nuget ayamBahan nuget ayam
Bahan nuget ayam
efje
Ìý
Apampolkadots
ApampolkadotsApampolkadots
Apampolkadots
izzaradzi
Ìý
Resep resep masakan
Resep resep masakanResep resep masakan
Resep resep masakan
sitihalimah943
Ìý
resep masakan
resep masakan resep masakan
resep masakan
nurvirawati
Ìý
Kek coklat moist
Kek coklat moistKek coklat moist
Kek coklat moist
Dariah Usub
Ìý
Recipe collection 27
Recipe collection 27Recipe collection 27
Recipe collection 27
Sal Lie
Ìý
Recipe collection 33
Recipe collection 33Recipe collection 33
Recipe collection 33
Sal Lie
Ìý
Bahan kue lapis surabaya x
Bahan kue lapis surabaya xBahan kue lapis surabaya x
Bahan kue lapis surabaya x
Turino Turino
Ìý
Recipe collection 40
Recipe collection 40Recipe collection 40
Recipe collection 40
Sal Lie
Ìý

More from taliafaridah (11)

Latihan sains praktikum 2
Latihan sains praktikum 2Latihan sains praktikum 2
Latihan sains praktikum 2
taliafaridah
Ìý
Faktor
FaktorFaktor
Faktor
taliafaridah
Ìý
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
taliafaridah
Ìý
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
taliafaridah
Ìý
Faktor
FaktorFaktor
Faktor
taliafaridah
Ìý
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
taliafaridah
Ìý
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
taliafaridah
Ìý
Kursus dalaman
Kursus dalamanKursus dalaman
Kursus dalaman
taliafaridah
Ìý
Latar belakang
Latar belakangLatar belakang
Latar belakang
taliafaridah
Ìý
Latihan sains praktikum 2
Latihan sains praktikum 2Latihan sains praktikum 2
Latihan sains praktikum 2
taliafaridah
Ìý
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
taliafaridah
Ìý
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
taliafaridah
Ìý
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
taliafaridah
Ìý
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
taliafaridah
Ìý
Kursus dalaman
Kursus dalamanKursus dalaman
Kursus dalaman
taliafaridah
Ìý
Latar belakang
Latar belakangLatar belakang
Latar belakang
taliafaridah
Ìý

Kek lapis instagram

  • 1. Kek Lapis Instagram (Saiz 8"x8") Bahan A: ï‚· 250 mentega ï‚· 1 cawan gula halus *boleh juga kurangkan kpd 3/4 ï‚· 1 tbs ovallette ï‚· 10 biji telur gred A ï‚· 1 cawan susu pekat ï‚· 1 cawan serbuk horlick ï‚· 1 1/2 cawan tepung hong kong Bahan B : ï‚· 1/2 tbs coklat emulco -warna coklat ï‚· 1/2 tsp pandan paste - warna hijau ï‚· 1/2 tsp strawberry paste - warna merah ï‚· Sedikit pewarna kuning dan biru - biarkan plain Caranya: 1. Panaskan oven pada suhu 200'c,api atas.Sediakan tin bersaiz 8"x8", sapu sedikit mentega dan alas dengan baking paper. 2. Masukkan mentega,gula dan ovalette dalam mangkuk pengadun, pukul hingga kembang. 3. Masukkan telur satu persatu hingga habis, pukul lagi hingga sebati.Kemudian masukkan susu pekat,horlick dan tepung.Pukul lagi hingga sebati. 4. Bahagikan kepada 5 bahagian dengan nisbah 1:1:1:1:4.Guna sukatan cawan je, 1=1 cawan.(Warnakan 1- hijau,merah,biru,kuning dan 4 = coklat.) 5. Masukkan 1 cawan adunan berwarna coklat,bakar hingga masak.Lebih kurang 7-8 minit bergantung pada oven masing-masing.Bila dah masak, tekan sedikit permukaan kek menggunakan penekan khas. 6. Lapiskan dengan adunan coklat,bakar lagi.Teruskan ulang langkah dengan adunan biru,hijau,kuning, merah dan 2 lapisan adunan coklat hingga habis. 7. Setelah masak, buka sedikit pintu oven dan biarkan sejuk.Sedia untuk dipotong dan dinikmati.
  • 2. Kek Lapis Kasih Ibu Bahan2: ï‚· 340g mentega ï‚· 165g gula halus ï‚· 1/2 tin kecil susu manis ï‚· 1 sudu teh esen vanila ï‚· 6 biji telur ayam (gred A) ï‚· 170g tepung hongkong/tepung gandum ï‚· 180g seri kaya(tin kecil) ï‚· Pewarna-hijau dan merah jambu / atau pewarna pilihan Cara membuatnya: 1. Panaskan pengukus, oles loyang dengan mentega dan tabur tepung dengan rata(tepuk2kan loyang sekeliling supaya tepung rata,buang tepung selebihnya) 2. Mentega dipukul bersama gula halus sehingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul dengan kelajuan yang perlahan. 3. Setelah itu masukkan esen vanila,tepung,susu dan serikaya. Pukul sehingga sebati dan padamkan mesin. 4. Dengan menggunakan senduk,gaul adunan agar benar2 sebati sehingga dasar bekas. 5. Bahagi kepada 2 bahagian,warnakan hijau dan satu bahagian lagi diwarnakan merah jambu. 6. Masukkan satu cawan warna hijau dan kukus sehingga hampir masak(cukup sekadr permukaan hampir kering(masih berwap) dan jangan tunggu sehingga menggelembung) 7. Lapiskan dengan satu cawan adunan berwarna merah jambu..(Boleh susunkan asam manis jika suka.)Ulangi langkah ini sehingga adunan habis. 8. Kukuslah sekurang2nya satu jam setelah lapisan terakhir. Selamat mencuba.. :) Kek nih macam kek sarawak yg dah aku buat tayangan amal sebelum2 nih juga,lembut n moist..boleh juga kalau nak tambah perisa seperti horlicks atau milo yer.. Kena rajin mencuba kalau nak tahu hasilnya macammana.. tapi kalau nak buat koleksi resepi pun,apa salahnya ye tak..kot2 satu hari nanti baru tergerak hati nak mencuba ke..hehehe
  • 3. Bahan2 (Untuk separuh adunan biasa) ï‚· 220g Mentega (untuk kek lapis yg sedap,guna golden churn) ï‚· 90g /1/2 Gelas gula halus-kurangkan kpd 80g jika x suka manis ï‚· 110g /1 Gelas tepung gandum ï‚· 5 Biji telur ï‚· 150g seri kaya ï‚· 190g/ 1/2 tin kecil susu pekat manis -susu tin rendah boleh rujuk sini ï‚· 1/3 Cawan serbuk nescafe (campurkan dengan 1 sudu air panas) ï‚· 1/2 penutup botol esen vanilla ï‚· Pewarna Hijau dan Kuning secukupnya Cara-cara 1. Panaskan pengukus. Loyang digris dengan mentega dan di tabur tepung sekata. 2. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang(putih). 3. Masukkan telur satu-persatu..(sambil adunan masih dipukul dgn kelajuan sederhana) 4. Masukkan esen vanila,seri kaya dan susu pekat manis dan diadun sekata.. 5. Setelah itu,masukkan pula tepung gandum.. tepung gandum boleh diayak terus ke dalam adunan) 6. Bila adunan dah sebati,bahagikanlah kpd 3 bahagian.. (i)warnakan hijau (ii)warnakan kuning (iii)masukkan nescafe dan gaul rata (Pastikan pengukus dah mendidih sebelum mula mengukus) 1. Tuangkan separuh adunan kuning,tutup dengan aluminium foil dan kukus 3-5 minit(bergantung saiz pengukus),jgn lama sgt sbb nanti lapisan mdh trtanggal. Tp pastikan adunan dah tak cair semasa hendak memasukkan lapisan ke dua dan seterusnya..-seperti membuat kueh lapis.. :) 2. Seterusnya masukkan setengah adunan lapisan nescafe 3. Diikuti separuh adunan lapisan hijau. (Terpulang nak letak kuning atau hijau di permulaan lapisan. Seterusnya ulangi langkah pertama tadi sehingga adunan habis.
  • 4. Pandangan close-up... Resepi untuk separuh adunan ini menghasilkan 6 lapisan (Gambar kat atas nih disusun 2..untuk pameran sahaja..hehe) Tips: >Semasa membahagi adunan,gunakan senduk dan kira sama rata untuk hasil lapisan yg sama.. -untuk 1 adunan biasanya adunan yg x diwarnakan diketepikan dahulu dan akan ditambah pada adunan yg kurang cukup pembahagiannya. >Semasa mengukus,setkan masa/minit bagi setiap lapisan supaya tidak teragak2 hendak melapis lapisan seterusnya..misalnya lapisan pertama masak dalam 3 minit,begitu juga lapisan ke 2..perlu diingat semakin lapisan ke atas mungkin masa berkurang sedikit sebab cepat masak. >Pastikan aluminium foil tidak bocor,untuk selamat..sila gunakan yg baru dan bukan kitar semula. :) Bahan-bahan : loyang 8" x 8" 10 biji telur gred A 500 g mentega berkualiti tinggi (jenama Anchor, Golden Churn, Tatura, SCS dsbnya) – QH guna SCS 300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak) – QH guna tepung gandum 150 g gula kastor 100 g serbuk horlicks 150 g serikaya
  • 5. 300 g susu pekat manis 1 sudu besar ovalette 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe) – kalau buat kaler rainbow yang ni tak perlu 1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar – yang ini juga 1 sudu kecil strawberry emulco + pewarna merah jambu – yang ini juga Filing oren secukupnya – yang ni QH tambah Color rainbow atau pelangi Merah Oren Kuning Hijau Biru Ungu
  • 7. 1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. 2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. 3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan. 4. Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati. 5. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati. 6. Bahagikan adunan kepada 4 (6) bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan, satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan nescafe / pes mocha dan satu lagi pes strawberi. (adunan dikalerkan mengikut warna pelangi) 7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan pink/strawberi terlebih dahulu (anggaran 6-7 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing). (Untuk cara ni bile adunan dah dibahagikan kepada 6 warna. Untuk setiap warna tersebut QH bahagikan kepada 2 pula. Contoh seperti dalam gambar tu yer..) 8. Kemudian tuangkan adunan seterusnya dan bakar. Buat sampai habis.
  • 8. 9. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit. 10. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. (untuk lapisan terakhir, QH sapukan butter di atasnya bagi nampakkan bahagian atas tu berkilat) 11. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. NOTA : ï‚· Gunakan mentega yg berkualiti untuk mendapatkan kek yg lembut dan sedap. ï‚· Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis. (DJ x buat). (QH sapukan butter dan jem secara berselang seli pada setiap lapisan. Contoh jem, butter, jem, butter sampai habis) ï‚· Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9" x 9" jika tak nak kek terlalu tinggi. Ikutlah citarasa masing2. ï‚· Suhu bergantung pd jenis oven masing2. Sila adjust sendiri.
  • 9. ï‚· Sukatan gula boleh dikurang/tambahkan mengikut citarasa sendiri.
  • 16. ï‚· Untuk menjadikan kek sentiasa lembab dan basah, jangan bakar terlalu lama dan sapukan sedikit mentega pada setiap lapisan. (QH ikut cara ni) Kek ni bila dah disimpan berhari2, ia akan bertambah lembut dan basah. Lagilah bertambah sedap dimakan. Baunya pun harum dan menyelerakan. Ringkasan cara penyediaan yang QH gunakan: 1. Memula sekali bile adunan kek ni dah siap diadun, timbang keseluruhan adunan tersebut. 2. Selepas itu, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian atau kaler yang kita nak. QH buat 6 kaler dan bahagian. 3. Warnakan adunan tersebut satu persatu. 4. Lepas tu pula, setiap satu kaler tadi QH bahagikan pula adunan tersebut kepada 2.
  • 17. 5. Kemudian tuang adunan tersebut ke dalam loyang yang kita nak gunakan. Ratakan. 6. Untuk setiap lapisan kek lapis ni QH bakar selama 20 minit dengan suhu oven 150C. Bahagian atas biar bagi garing atau kehitaman sedikit untuk menampakkan garisan lapisan kek tu nanti. 7. Setiap lapisan tu pula QH sapukan butter dan jem atau filing perasa oren secara berselang seli. Contoh lapisan pertama butter, lapisan kedua pula filing oren. Begitu la seterusnya sehingga habis. 8. Akhir sekali lapisan atas kek tu QH sapukan butter untuk menampakkan kek tu berkilat dan dan lembab. Siap. Kek Lapis Keju Cheddar Bahan-bahan 450gm mentega 200gm gula kaster 5 sudu makan susu pekat manis 1 sudu makan ovalette 15 biji kuning telur 6 biji putih telur 250gm tepung hongkong 50gm serbuk biskut marie - ayak Parutan keju cheddar (oren) secukupnya Pewarna yang di sukai Loyang 8" di alas dan di gris dasarnya Cara-cara : 1. Pukul mentega, gula dan susu pekat manis hingga berkrim. Masukkan ovalette, pukul hingga sebati. 2. Masukkan kuning telur dan putih telur satu persatu sambil di putar rata. 3. Masukkan ke dalam mangkuk besar, letak tepung dan serbuk biskut marie. Gaul hingga rata dan
  • 18. sebati. 4. Bahagikan kepada 2 bahagian, letak pewarna biru dan satu bahagian lagi pewarna pink. 5. Ambil 5 atau 6 sudu makan adunan biru dan ratakan ke dalam loyang. Tabur dengan sedikit parutan keju cheddar. Bakar pada suhu 180C api atas dan bawah selama 8 minit hingga masak. 6. Tekan permukaan dengan penekan kek, sapu mentega dan cucuk permukaan kek dengan garpu. 7. Ratakan pula adunan pink, tabur keju dan bakar dengan api atas sahaja hingga permukaannya keperangan. Ulangi langkah berselang warna hingga habis. 8. Akhir sekali, tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar dengan api atas dan bawah selama 20 minit hingga masak. Kek Lapis Betawi Pelangi / Kek Lapis Rempah Bahan A 300gm mentega 150gm gula kastor 14 biji kuning telur 6 sudu makan susu pekat manis 1 sudu teh esen vanila Bahan B 150gm gula kastor 7 biji putih telur 1/4 sudu teh serbuk krim tartar Bahan C 180gm tepung Hong Kong 2 sudu teh serbuk rempah campuran 1 sudu teh serbuk penaik Pewarna yang disukai Bahan Sapuan (3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis) Panaskan ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit. Sediakan tin pembakar 8in x 8in Cara-cara : 1. Bahan A : Satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen vanila dalam mangkuk adunan. Pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit hingga berkrim. 2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan mentega ini ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan. 3. Bahan B : Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor dan krim tartar. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan kembang.
  • 19. 4. Bahan C : Masukkan tepung Hong Kong, serbuk rempah campuran dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati. 5. Tuangkan pula adunan putih telur tadi. Gaul hingga adunan bercampur rata. 6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Warnakan setiap satu dengan warna yang berlainan. Ambil satu cawan adunan dan ratakan dalam tin pembakar. Bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit atau hingga kek berwarna perang. 7. Cucuk permukaan kek dgn garpu atau lidi. Tekan lapisan ini agar rata. 8. Sapukan permukaan kek ini dgn sedikit bahan sapuan. 9. Ambil satu cawan adunan dan ratakan atas lapisan kek tadi. Bakar dgn api atas sahaja hingga kek masak. Buatkan proses melapis seperti ini sehingga lapisan yang terakhir siap dibakar. 10. Tutup tin pembakar dgn kertas aluminium. Bakar semula dgn api atas dan bawah sel ama 15 minit. KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES By: Kak Fida Rujukan : My Resepi 5 biji telur ~ grade A yg sejuk dari peti ais 225 g gula halus atau 220 g tepung gandum 1 sk rata baking powder 1 sb ovalette 150 ml susu cair 1/2 sk garam 100 ml minyak jagung/masak 1 sk esen vanilla pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka secukup hawflakes ~ ita guna besar 50 sen Panaskan kukusan Sediakan loyang 8x8 inc Sapukan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper Ayak tepung dan baking powder Kemudian campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna. Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Kemudian masukkan minyak jagung atau minyak masak dan gaul adunan secara kaup balik dengan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati Kemudian bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut kesesuaian dan warna yang kita suka. Ita bahagi kepada 6 bahagian ( anggaran 1 cawan setiap bahagian) dan letakkan setiap bahagian itu
  • 20. dengan pewarna yang disukai. Tuangkan lapisan pertama dalam loyang dan ratakan Susunkan kepingan hawflakes atas lapisan pertama. Kukus lapisan pertama selama 5~7 minit Bila masak angkat dan tuang lapisan kedua, dan susunkan hawflakes kukus semula Buat kaedah yang sama sehingga habis setiap lapisan Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 20 minit supaya kek masak secara keseluruhannya Setelah kek masak, biarkan dalam loyang selama 10 minit Kemudian terbalikkan atas redai Biarkan kek sejuk sepenuhnya KEK LAPIS EVERGREEN EKONOMI By: Kak Fida Rujukan : My Resepi 250 g mentega 3/4 cwn gula halus/kastor 6 biji telur - A yg sejuk dari peti ais 1 sk ovallete 200 g susu pekat manis 1 sudu teh esen vanilla 50 gm serbuk Holick 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder Panaskan oven pada suhu 170 C Sediakan loyang ukuran 8x8 inc Hanya sapukan minyak pada dasar loyang sahaja Alas dasar loyang dengan baking paper Ketepikan Ayak tepung dengan baking powder ~ ketepikan Dalam bekas mixer, pukul mentega dan gula hingga kembang Kemudian masukkan telur sebijik demi sebijik dan terus memukul hingga sebati. Kemudian masukkan ovallate dan pukul lagi hingga sebati. Tambahkan susu pekat manis dan esen vanila dan kacau dengan spatula Masukkan serbuk holick dan kaup balik sebati Akhir sekali masukkan tepung dan kaup balik hingga adunan bergaul sempurna.
  • 21. Tuangkan 1 1/2 senduk anggaran 150 gm dalam loyang dan ratakan Bakar menggunakan api atas dan bawah hingga lapisan atas kek berwarna kecoklatan Ita punya ni tak cukup coklat tau! sebab kejar masa nak ambil Dalili sekolah. Nanti kalau bakar biar dia coklat sikit sebab bila potong baru nampak lapisannya. Ok! lepas masak kita tekan-tekankan permukaan kek dengan alat penekan. Kalau tak de carilah permukaan senduk yang rata untuk menekan. Kemudian kita tuangkan pula lapisan ke 2 dan ratakan Kali ini jangan lupa! tutup api bawah dan hanya buka api atas sahaja. Ita letak loyang masa bakar kat rak tengah. Kita bakar pula lapisan ke 2 hingga permukaannya coklat juga.
  • 22. Bila dah masak, sapukan permukaan kek tadi dengan susu pekat manis. Hingga rata.
  • 23. Kemudian susunkan pula kek lapis kukus tadi. Ok! jangan ikut ita ye sebab ita ada tersilap iaitu ita dah ratakan tepi kek kukus. Jadi loyang tu tak sama besar dengan kek kukus ita tadi. Oleh itu guna loyang yang sama ukuran untuk kedua-dua kek Untuk lekatkan kek sapukan dengan susu pekat manis Peringatan Bila dah sapu susu pekat manis kek tu terus melekat antara sau sama lain. Jadi pastikan susunan tu betul-betul supaya kita tak lah nak alih2 sebab nanti dia dah melekat susah pulak! Bila kita nak alihkan pulak dia dah tersopak dan tak cantik. Kalau ada ruang kosong tu, letakkanlan lah adunan tu sikit. Guna piping bag senang nak masukkan adunan pada celah-celah kek tu. Kemudian tuang lapisan lagi dan bakar semula cara yang sama hingga permukaan dia coklat lagi. Buat satu lagi lapisan. Ita tak buat tau lapisan yang ni sebab ita terlupa.. hihi Jadi bermakna lapisan pemisah antara 2 kek kukus tu ada 2 lapisan lah kan.. Lepas tu kita buat semula kaedah tadi. Sapukan susu dan susun lagi kek kukus tu. Tuang adunan dan bakar semula Buat lah hingga habis. Jangan lupa untuk tekan setiap lapisan yang dah bakar dengan alat penekan supaya tiada ruang udara. Lapisan yang terakhir bakar tu kita bakar juga hingga coklat. Lepas tu kita balut permukaan dia dengan aluminium foil, buka api atas dan bawah. Ita ubah kedudukan kek pada rak bawah dan bakar semula selama 15 minit hingga kek masak sepenuhnya.
  • 24. Bila dah masak. Rehatkan sekejap dalam 10 ~ 15 minit, kemudian baru terbalikkan atas redai Tunggu kek benar-benar sejuk barulah dipotong.
  • 25. Ini corak yang paling simple lah kan.. hihi nanti kalau dah pandai barulah boleh cuba corak yang susah-susah pulak.. aduyaiii.. bila lah tu.. buat yang ni pon dah habis sengal2 satu badan.. KEK
  • 26. LAPIS EVERGREEN EKONOMI By: Kak Fida Rujukan : My Resepi 250 g mentega 3/4 cwn gula halus/kastor 6 biji telur - A yg sejuk dari peti ais 1 sk ovallete 200 g susu pekat manis 1 sudu teh esen vanilla 50 gm serbuk Holick 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder Panaskan oven pada suhu 170 C Sediakan loyang ukuran 8x8 inc Hanya sapukan minyak pada dasar loyang sahaja Alas dasar loyang dengan baking paper Ketepikan Ayak tepung dengan baking powder ~ ketepikan Dalam bekas mixer, pukul mentega dan gula hingga kembang Kemudian masukkan telur sebijik demi sebijik dan terus memukul hingga sebati. Kemudian masukkan ovallate dan pukul lagi hingga sebati. Tambahkan susu pekat manis dan esen vanila dan kacau dengan spatula Masukkan serbuk holick dan kaup balik sebati Akhir sekali masukkan tepung dan kaup balik hingga adunan bergaul sempurna.
  • 27. Tuangkan 1 1/2 senduk anggaran 150 gm dalam loyang dan ratakan Bakar menggunakan api atas dan bawah hingga lapisan atas kek berwarna kecoklatan Ita punya ni tak cukup coklat tau! sebab kejar masa nak ambil Dalili sekolah. Nanti kalau bakar biar dia coklat sikit sebab bila potong baru nampak lapisannya. Ok! lepas masak kita tekan-tekankan permukaan kek dengan alat penekan. Kalau tak de carilah permukaan senduk yang rata untuk menekan. Kemudian kita tuangkan pula lapisan ke 2 dan ratakan Kali ini jangan lupa! tutup api bawah dan hanya buka api atas sahaja. Ita letak loyang masa bakar kat rak tengah. Kita bakar pula lapisan ke 2 hingga permukaannya coklat juga.
  • 28. Bila dah masak, sapukan permukaan kek tadi dengan susu pekat manis. Hingga rata.
  • 29. Kemudian susunkan pula kek lapis kukus tadi. Ok! jangan ikut ita ye sebab ita ada tersilap iaitu ita dah ratakan tepi kek kukus. Jadi loyang tu tak sama besar dengan kek kukus ita tadi. Oleh itu guna loyang yang sama ukuran untuk kedua-dua kek Untuk lekatkan kek sapukan dengan susu pekat manis Peringatan Bila dah sapu susu pekat manis kek tu terus melekat antara sau sama lain. Jadi pastikan susunan tu betul-betul supaya kita tak lah nak alih2 sebab nanti dia dah melekat susah pulak! Bila kita nak alihkan pulak dia dah tersopak dan tak cantik. Kalau ada ruang kosong tu, letakkanlan lah adunan tu sikit. Guna piping bag senang nak masukkan adunan pada celah-celah kek tu. Kemudian tuang lapisan lagi dan bakar semula cara yang sama hingga permukaan dia coklat lagi . Buat satu lagi lapisan. Ita tak buat tau lapisan yang ni sebab ita terlupa.. hihi Jadi bermakna lapisan pemisah antara 2 kek kukus tu ada 2 lapisan lah kan.. Lepas tu kita buat semula kaedah tadi. Sapukan susu dan susun lagi kek kukus tu. Tuang adunan dan bakar semula Buat lah hingga habis. Jangan lupa untuk tekan setiap lapisan yang dah bakar dengan alat penekan supaya tiada ruang udara. Lapisan yang terakhir bakar tu kita bakar juga hingga coklat. Lepas tu kita balut permukaan dia dengan aluminium foil, buka api atas dan bawah. Ita ubah kedudukan kek pada rak bawah dan bakar semula selama 15 minit hingga kek masak sepenuhnya.
  • 30. Bila dah masak. Rehatkan sekejap dalam 10 ~ 15 minit, kemudian baru terbalikkan atas redai Tunggu kek benar-benar sejuk barulah dipotong.
  • 31. Ini corak yang paling simple lah kan.. hihi nanti kalau dah pandai barulah boleh cuba corak yang susah-susah pulak.. aduyaiii.. bila lah tu.. buat yang ni pon dah habis sengal2 satu badan..
  • 32. KEK KERANA MU MALAYSIA Resepi ni untuk satu adunan 3 cwn tepung gandum 4 sdk baking powder 1/2 sdk garam 1 cwn butter ~ suhu bilik 1 3/4 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis 5 biji putih telor ~ suhu bilik 1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik 1 sudu teh strawberry emulco 1 sudu teh blueberry paste pewarna merah dan biru Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter Panaskan oven pada suhu 170C Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih . Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan Masukkan esen vanila Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik. *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung Letakkan pewarna merah dan strawberry emulco Kacau rata. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar Masukkan dalam loyang Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak. Bila dah masak letak atas redai
  • 33. Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain. Bila kek dah sejuk ita potong lapisan atas kek yang keras supaya bila kita susun kek nampak rata dan sekata. Kemudian potong setiap kek kepada 2 lapisan setiap satu Kita akan dapat 6 lapisan kek. Boleh jika nak gunakan ke enam-enam lapisan. Ita hanya gunakan 5 lapisan sahaja kerana bimbang kek terlampau tinggi. Jadi terpulang pada budi bicara masing-masing samaada nak buat 5 atau 6 lapisan Untuk 2 keping lagi lapisan potong tengahnya menggunakan ring cutter bulat ukuran 6 inc atau 5 inc 1/2. Ambil bahagian luar kek yang di potong sahaja. Bagi adunan biru kaedah yang sama juga di gunakan Letakkan pewarna biru dan paste blueberry Kemudian bakar dalam loyang 8 inc
  • 34. Bila dah masak dan kek telah sejuk. Potong kek menggunakan ring cutter bulat ukuran 6 inc. atau boleh juga guna ukuran 5 inc 1/2 Ambil lapisan yang dalam sahaja. Sekarang kita mulakan proses untuk melapis kek. Boleh rujuk pada rajah di bawah Untuk setiap lapisan ita sapukan atau pancitkan sedikit jus lemon untuk melembabkan kek dan memudahkan kita meratakan cream. Ita masukkan cream ke dalam piping bang untuk memudahkan proses meletakkan cream atas kek.
  • 35. Setelah kek mengeras dan dikeluarkan dari peti ais boleh lah kita sapukan sekali lagi dengan krim untuk proses deco. Ratakan kek supaya licin dan kemas Untuk lapisan atas ita gunakan nozel no 133 untuk rumput Untuk bahagian bawah ita gunakan teknik sisik ikan, hanya menggunakan sudu kecil.
  • 36. Kek Lapis Choco-Horlicks Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com Bahan2: 250g mentega tulen 1/2 cawan gula halus 5 biji telur gred A 1/2 tin susu pekat manis 70g horlicks 30g serbuk koko 1 sudu teh esen vanila 1/2 cawan tepung hongkong/gandum Cara2: 1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak. 2. Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim 3. Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi) 4. Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan 5. Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian 6. Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati. 7. Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek. 8. Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir Kek Hitam Manis By:HaSue Bahan-bahan ( Loyang 9x9 ) * 450g Mentega berkualiti * 200g Gula halus-boleh kurangkan ke 180g * 10 biji telur saiz A * 1 penutup botol esen vanilla * 1 tin kecil susu pekat manis/krimer manis * 1 tin sederhana serikaya * 1 tin kecil nestle cream(rujuk gambar di bawah) * 200g horlicks * 150g browning sugar atau secukupnya(sehingga adunan cukup hitam)
  • 37. * 200g tepung hong kong/tepung gandum * 1 sudu teh ovalete Nestle cream yang digunakan dalam resepi ini..ada 2 saiz di pasaran. Cara-cara: 1. Panaskan pengukus(pastikan air pengukus diisi hampir penuh agar tidak mudah kering), oleskan loyang dengan mentega dan ditaburkan rata dengan tepung. 2. Mentega(pastikan pada suhu bilik) dipukul bersama gula halus sehingga berkrim dan putih. Masukkan sebiji telur(pecahkan di dalam mangkuk terlebih dahulu untuk mengelakkan sekiranya ada telur busuk) dan pukul lagi..setelah sebati,baru masukkan sebiji lagi telur. Ulangi langkah ini sehingga telur habis. 3. Masukkan satu persatu- esen vanilla,susu,serikaya,nestle cream,horlicks,ovallete dan tepung gandum(setiap kali masukkan setiap bahan,pukul dengan sebati baru masukkan bahan seterusnya. 4. Kemudian,masukkan browning sugar dan gaul sehingga benar2 sebati. 5. Masukkan ke dalam loyang yg sudah dioles tadi dan kukuslah selama 4 jam. Pastikan air pengukus sudah mendidih ketika kek mula dikukus. 6. Pastikan kek sudah sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan daripada loyang. Selamat mencuba! :) Kek Pilih Kasih Bahan-bahan ( 8" x 8" x 3" )
  • 38. • 10 Biji telur • 2 gelas tepung gandum >disyorkan 1 1/2 gelas shj utk kek lebih lembap • 1 gelas gula halus • 450gm Butter (golden churn) • 1 gelas horlicks • 1 tin susu pekat / krimer • 5 sudu makan milo • 1 gelas bijan - di sangan dulu • 2 gelas kacang tanah - disangan + dikisar • 2 sudu makan browning sugar >hasue tambah 1 sudu kecil esen vanila Cara-cara 1. Gula dan butter di pukul hingga kembang. 2. Masukkan telur satu persatu 3. kemudian masukkan esen vanila,tepung,susu pekat dan gaul rata. 4. Masukkan horlicks dan milo dan di gaul rata. 5. Masukkan kacang tanah dan bijan dan gaul hingga sebati. 6. Akhir sekali masukkan browning sugar dan adunan di masukkan dlm loyang yang telah di alaskan dgn kertas minyak dan dikukus selama 4 jam ½