Surat pohon sumbangan menteri belia & sukanMat Yus
油
Surat memohon sumbangan dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Jongok Batu kepada Menteri Belia dan Sukan untuk membiayai lawatan pendidikan ke Langkawi bagi mengurangkan beban kos kepada ibu bapa dan murid. Surat itu menyertakan butir-butir lawatan dan nombor akaun untuk pemindahan wang.
Surat panggilan menjemput guru-guru Tahun 6 hadir ke mesyuarat Program Guru Penyayang 2016 pada 26 Januari di Bilik Guru SK Simpang Pulai untuk membincangkan program tahun ini. Kehadiran guru-guru adalah wajib dan kerjasama mereka sangat diharapkan.
1. PERSATUANIBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PETALING,
DESA PETALING,57100KUALA LUMPUR.
Tel: 03-90576614
Ruj Kami : PIBG/SKDP/100-7/1/7 ( )
Tarikh : 14 April 2015
En Norazman Bin Salahudin
Naib Ketua Bahagian UMNO
Bandar Tun Razak
Tuan,
Jemputan Ke Hari Gotong-Royong Perdana Sekolah Kebangsaan Desa Petaling 2015
Merujuk perkara diatas
2. Pihak sekolah ingin mengadakan Hari Gotong-Royong Perdana bagi membersihkan serta
menceriakan kawasan sekolah seterusnya menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes. Selain itu
tujuan gotong-royong ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan siraturrahiam diantara sekolah
serta ibu bapa dan komuniti luar. Sehubungan dengan itu Hari Gotong-Royong Perdana SK Desa Petalig
akan diadakan seperti butiran berikut :
2.1 Tarikh : 9 Mei 2015
2.2 Masa : 7.30 Pagi 12.00 Tengahari
2.3 Tempat : Kawasan SK Desa Petaling
3. Dengan itu, pihak kami berbesar hati untuk menjemput tuan hadir bersama bagi memeriahkan lagi
majlis gotong-royong yang akan berlangsung.
4. Untuk sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi pihak sekolah, atau En Norhisham
selaku YDP PIBG (012-3240053) atau Cik Nurul Izyanti (011-39892466) dan Pn Rohana Bt Sulong (014-
5043751).
Sekian Terima Kasih,
IBU BAPA CEMERLANG, SEKOLAH GEMILANG
Saya yang menurut perintah,
.
NORHISHAM BIN KHALIL
Yang Dipertua PIBG,
SK Desa Petaling