Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut:
Proposal kajian tindakan mengenai penggunaan media baru seperti internet dalam pembelajaran bahasa Arab. Kajian ini bertujuan meningkatkan minat dan kefahaman pelajar terhadap bahasa Arab dengan menggunakan media interaktif. Soalan kajian termasuk tahap penggunaan media baru, minat pelajar, dan pencapaian kemahiran 4P (membaca, menulis, mendengar,
Perkataan flipped jika diterjemahkan akan membawa makna terbalik. Dan begitulah juga dengan pelaksanaan strategi pembelajaran PA21 ini.
Flipped classroom juga dikenali sebagai inverted classroom. Ianya adalah kaedah pembelajaran yang berpusatkan murid dan mula diperkenalkan pada tahun 2000. Kaedah ini menjadi popular pada tahun 2009 apabila ianya dilaksanakan secara atas talian oleh Bergmann and Samms.
Kaedah pembelajaran flipped classroom adalah berbeza dengan kaedah pembelajaran konvensional. Melalui kaedah ini, pelajar terlebih dahulu akan mendalami dan memahami isi kandungan secara kendiri atau berkumpulan di luar bilik darjah. Dengan menggunakan pengetahuan yang telah diperolehi oleh murid, guru akan menggunakan masa pembelajaran yang diperuntukkan dalam kelas untuk tujuan latihan, perbincangan, penyelesaian masalah atau menyiapkan projek berkaitan tajuk yang telah dipelajari.
This document provides a lesson plan for teaching students about sea animals. The 60 minute lesson includes:
1. An introduction where students look at a t-shirt with dolphins and answer questions to engage them in the topic. Riddles are also used to introduce different sea animals like sharks.
2. An activity where students are split into groups and create their own riddles about pets to practice descriptive words.
3. The lesson concludes by singing a nursery rhyme together and discussing moral values like not harming animals.
Dokumen tersebut membahasikan pentingnya pentaksiran autentik di tingkat prasekolah. Ia menjelaskan bahwa terdapat berbagai pendekatan pentaksiran yang digunakan di berbagai lembaga prasekolah, tetapi perlu ada sistem yang lebih komprehensif untuk menilai perkembangan anak-anak dari berbagai aspek seperti kognitif, sosial, emosi, dan lainnya. Dokumen tersebut juga menjelaskan tuju
Rangkaian pengajaran harian ini membincangkan cara menjaga kebersihan diri melalui 3 langkah utama iaitu menggosok gigi, mengetip kuku, dan memakai pakaian yang kemas. Murid-murid akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk melakukan lakonan dan simulasi berkaitan topik tersebut. Pengajaran ini bertujuan memupuk nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab dan mengh
Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran murid memegang pisau dan memotong sayur serta motivasi mereka melalui penggunaan "Stesen Bermain Playdough". Hasilnya menunjukkan bahawa playdough berjaya meningkatkan kemahiran memegang pisau 100% murid dan memotong sayur 60% murid. Ia juga meningkatkan motivasi 100% murid untuk memperbaiki kemahiran tersebut.
PERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAHMohd Fuad
油
Dokumen tersebut membahasikan penilaian dan penyelidikan kurikulum bilik darjah. Ia memberikan takrifan konsep penilaian dan penyelidikan kurikulum, jenis-jenis penilaian, dan langkah-langkah penyelidikan. Dokumen ini juga menyentuh perubahan paradigma dalam penilaian dan penyelidikan kurikulum bilik darjah untuk meningkatkan kualiti pendidikan.
Perkataan flipped jika diterjemahkan akan membawa makna terbalik. Dan begitulah juga dengan pelaksanaan strategi pembelajaran PA21 ini.
Flipped classroom juga dikenali sebagai inverted classroom. Ianya adalah kaedah pembelajaran yang berpusatkan murid dan mula diperkenalkan pada tahun 2000. Kaedah ini menjadi popular pada tahun 2009 apabila ianya dilaksanakan secara atas talian oleh Bergmann and Samms.
Kaedah pembelajaran flipped classroom adalah berbeza dengan kaedah pembelajaran konvensional. Melalui kaedah ini, pelajar terlebih dahulu akan mendalami dan memahami isi kandungan secara kendiri atau berkumpulan di luar bilik darjah. Dengan menggunakan pengetahuan yang telah diperolehi oleh murid, guru akan menggunakan masa pembelajaran yang diperuntukkan dalam kelas untuk tujuan latihan, perbincangan, penyelesaian masalah atau menyiapkan projek berkaitan tajuk yang telah dipelajari.
This document provides a lesson plan for teaching students about sea animals. The 60 minute lesson includes:
1. An introduction where students look at a t-shirt with dolphins and answer questions to engage them in the topic. Riddles are also used to introduce different sea animals like sharks.
2. An activity where students are split into groups and create their own riddles about pets to practice descriptive words.
3. The lesson concludes by singing a nursery rhyme together and discussing moral values like not harming animals.
Dokumen tersebut membahasikan pentingnya pentaksiran autentik di tingkat prasekolah. Ia menjelaskan bahwa terdapat berbagai pendekatan pentaksiran yang digunakan di berbagai lembaga prasekolah, tetapi perlu ada sistem yang lebih komprehensif untuk menilai perkembangan anak-anak dari berbagai aspek seperti kognitif, sosial, emosi, dan lainnya. Dokumen tersebut juga menjelaskan tuju
Rangkaian pengajaran harian ini membincangkan cara menjaga kebersihan diri melalui 3 langkah utama iaitu menggosok gigi, mengetip kuku, dan memakai pakaian yang kemas. Murid-murid akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk melakukan lakonan dan simulasi berkaitan topik tersebut. Pengajaran ini bertujuan memupuk nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab dan mengh
Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran murid memegang pisau dan memotong sayur serta motivasi mereka melalui penggunaan "Stesen Bermain Playdough". Hasilnya menunjukkan bahawa playdough berjaya meningkatkan kemahiran memegang pisau 100% murid dan memotong sayur 60% murid. Ia juga meningkatkan motivasi 100% murid untuk memperbaiki kemahiran tersebut.
PERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAHMohd Fuad
油
Dokumen tersebut membahasikan penilaian dan penyelidikan kurikulum bilik darjah. Ia memberikan takrifan konsep penilaian dan penyelidikan kurikulum, jenis-jenis penilaian, dan langkah-langkah penyelidikan. Dokumen ini juga menyentuh perubahan paradigma dalam penilaian dan penyelidikan kurikulum bilik darjah untuk meningkatkan kualiti pendidikan.
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
油
[Ringkasan]
Dokumen tersebut membahasakan perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat-sifat pelajar yang berjaya. Ia menjelaskan bahawa terdapat perbezaan individu dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani yang mempengaruhi gaya pembelajaran mereka. Dokumen ini juga menyenaraikan sifat-sifat pelajar yang berjaya seperti kemampuan bermotivasi diri, tanggungjawab dan keazaman
Pentaksiran menilai hasil kerja multimediamiss_bella
油
Pendidikan seni visual di sekolah rendah memberikan manfaat untuk perkembangan kanak-kanak. Seni visual mengajar bahasa visual dan kemahiran berfikir kreatif dan kritis. Tindak balas kanak-kanak terhadap karya seni dipengaruhi oleh umur dan pengalaman. Mereka mengekspresikan diri melalui lukisan dan karya untuk memahami perasaan.
Sistem pendidikan Malaysia membutuhkan penilaian kapasitas siswa yang menyeluruh. Pentaksiran Psikometrik (PPsi) digunakan untuk mengukur sifat psikologis seperti minat, kepribadian, dan kemampuan berfikir untuk membantu proses pembelajaran dan karier siswa.
Dokumen tersebut membahas mengenai pengurusan murid termasuk mengurus rekod murid, kesediaan belajar murid, dan memotivasi murid. Dokumen tersebut menjelaskan berbagai jenis rekod murid, faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar murid, serta teori-teori motivasi dan strategi peningkatan motivasi murid.
Isu-isu kontemporari dalam pendidikan Matematik.Isu-isu kontemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan. Kursus ini juga akan mendedahkan pelajar kepada isu-isu dan trend di dalam pendidikan matematik.
1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN
WEB
(KPT 6044)
KUMPULAN A
TUGASAN 3:
PELAKSANAAN PENTAKSIRA BERASASKAN
SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH DARI
PERSPEKTIF GURU
NAMA PENSYARAH:
PROFESOR MADYA DR ABD LATIF HJ GAPOR
NAMA PELAJAR:
SHARIFAH MUNIRAH BT SAYED MOHAMED NOOR
M20121000164
2. PERSEPSI GURU TERHADAP PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
BERASASKAN SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu dasar baru yang diperkenakan dalam
bidang pendidikan dimana komponen pentaksiran dikendalikan oleh pihak sekolah dan
pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Demi
menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan
untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran tersebut.
1.2 Latar Belakang
Pentaksiran Berasaskan Sekolah mula dilaksanakan mulai 1 Februari 2012 melalui
Pekeliling Perlaksanaan dari Lembaga Peperiksaan No. Rujukan KP/LP/005/08/06/01/(27).
3. Pelaksanaan ini diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ketika ini sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dilihat lebih
mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam aspek
kokurikulum.
Kajian kajian lepas telah banyak melaporkan tentang kepentingan pentaksiran sekolah
dalam membantu proses pembelajaran (Rohaya:2009). Namun keberkesanannya bergantung
kepada faktor seperti sikap, orientasi dan falsafah guru terhadap pelajar dan proses
pengajaran-pembelajaran, serta latihan, pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang
pentaksiran pendidikan. Beberapa pengkaji seperti Black dan William (1998) dalam laporan
mereka mengesahkan bahawa pentaksiran guru merupakan kriteria penting ke arah
memperkaya pengalaman pembelajaran seterusnya mencapai pendidikan berkualiti.
1.3 Pernyataan Masalah
Peperiksaan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar
dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk tempoh lebih daripada 50 tahun. Oleh itu,
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah mula diperkenalkan bagi menambaik sistem
penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian
terhadap pencapaian pelajar terlalu berorientasikan peperiksaan. Ia dibangunkan bertujuan
untuk menambahbaik Ujian Penacapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memansuhkan
Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) menjalng 2014 (Berita Harian: 5 Nov 2012). PBS
merangkumi empat komponen iaitu pentaksiran pusat, pentaksiran sekolah, pentaksiran
aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik. Justeru, pelaksanaan
pentaksiran berasaskan sekolah dilihat sebagai cabaran baru kepada para guru dalam aspek
4. ketersediaan golongan ini sebagai pelaksana. Maka kajian ini dilakukan untuk melihat
prubahan ini dari aspek guru yang mana implimetasi ini akan melibatkan pementoran,
pemantauan, pengesanan dan penyelarasan oleh Kementerian Pelajaran dan Pejabat
Pendidikan Daerah. Rasionalnya disini guru dilihat terbeban dengan tugas-tugas seperti
membina instrument (soalan) PBS, meriso, menanda, menyemak dan seterusnya key in
hasil pentaksiran tersebut sepanjang tahun tempoh persekolahan.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) dari apsek guru yang merupakan golongan pelaksana sistem. Justeru, fokus kajian
adalah untuk melihat adakah PBS menambah beban tugas guru dan juga kesediaan guru
dalam menghadapi transformasi pendidikan ini.
1.5 Soalan Kajian
Kajian ini diharap dapat menyelesaikan persoalan-persoalan berikut:
a). Adakah pelaksanaan PBS menambah beban guru?
b). Adakah guru bersedia untuk menerima perubahan dalam pendidikan ini?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan dengan merangkumi dua aspek iaitu model Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran dan aspek guru yang akan
5. mengimplimentasikan sistem ini. Oleh itu ia dilihat dapat memberi kejelasan mengenai
perincian sistem tersebut disamping meneliti sejauhmana bebanan kerja yang akan
ditanggung oleh guru. Namun begitu, kajian ini turut mempunyai kepentingan terhadap
Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah, guru-guru serta para pelajar.
Menerusi kajian ini, maklumat yang diperolehi dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia mengetahui sejauh mana persepsi guru dalam pelaksaaan PBS di sekolah
menengah. Tambahan pula, kajian ini boleh menjadi satu panduan kepada pihak kementerian
sekiranya ingin dalam merangka perubahan yang dapat mengimbangi beban tugas guru dan
pengukuran kecemerlangan pelajar yang lebih holistik dalam sistem pendidikan akan datang.
Kajian ini penting dalam melahirkan guru yang lebih profesional seterusnya generasi pelajar
yang berfikiran kritikal dan berkualiti serta dapat memberi sumbangan kepada pembangunan
negara kelak.
Kajian yang dijalankan ini amat memberi faedah kepada pihak sekolah bagi menilai sendiri
perspektif guru terhadap sistem ini, samada guru semakin terbeban dan sekiranya masalah
tersebut berlaku apakah penyelesaian yang konstruktif yang dapat dilakukan dalam mengatasi
masalah tersebut. Hal ini perlu dipandang serius guru adalah pemacu yang amat penting bagi
pencapaian pelajar. Para pelajar merupakan golongan utama yang menerima kesan daripada
perlaksanaan kaedah PBS ini.
1.7 Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan adalah dengan berfokuskan pandangan guru terhadap PBS.
Bagaimanapun, terdapat limitasi kajian dimana setiap sekolah senarionya adalah berbeza dari
aspek pentadbiran dan pengurusan PBS. Skop kajian ini dilihat secara umum berdasarkan
6. laporan semasa di media cetak mahupun elektronik. Kajian rintis belum dijalankan secara
terperinci mengenai kesan pelaksanaan PBS disebabkan ia masih baru diimplimentasikan
iaitu pada tahun 2012 bagi sekolah menengah. Maka kajian ini lebih melihat kepada respon
guru di peringkat awal dan tidak melibatkan persampelan secara besar-besaran.
1.8 Definisi Operasi
1.8.1 Persepsi
Menurut Atkinson dan Hilgard (1983) mendefinisikan persepsi sebagai proses menyusun dan
mentafsir pola-pola rangsangan melalui organ penerimaan dan kemudian menghasilkan dan
membentuk imej mengenai persekitaran.
Lavesque (1992) telah mendefinisikan persepsi sebagai satu proses bagaimana manusia
memproses dan mengendalikan berbagai-bagai maklumat yang didapati daripada
persekitarannya dengan menggunakan pancainderanya.
Dalam kajian ini persepsi ialah pengalaman, pandangan dan pendapat guru terhadap
penggunaan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah.
1.8.2 Pelaksanaan
Perlaksanaan dalam kamus Dewan (1994), bermaksud hasil daripada melaksanakan,
mengerjakan atau menyelesaikan sesuatu rancangan atau tugas. Istilah perlaksanaan adalah
berbeza dengan pelaksanaan. Pelaksanaan membawa maksud perbuatan atau hal
melaksanakan (mengusahakan, menjalankan) sesuatu, menjalankan atau menyelesaikan
sesuatu rancangan, sedangkan perlaksanaan pula lebih kepada hasil daripada melaksanakan
sesuatu program.
7. 1.8.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Pentaksiran sekolah merupakan pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir dan diperiksa
dan dilaporkan oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar
(Syed Ismail&Ahmad Subki,2010)
1.8.4 Guru
Menurut Amir Hassan Dawi (2006), guru ialah:
a) Guru adalah mereka yang mempunyai kelayakan perguruan sama ada dalam bentuk sijil,
diploma ataupun ijazah.
b) Guru mempunyai autoriti untuk menentukan sebahagian daripada markah pepepriksaan.
c) Guru merupakan golongan yang berada di barisan hadapan dalam mentransmisikan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai kepada generasi baru.
1.9 Rumusan
Sebagai kesimpulannya, Pelaksanaan dasar baru ini merupakan satu cabaran bagi Bahagian
Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran yang berdepan tugas berat bagi melengkapkan
kemahiran kira-kira 420,000 guru sekolah rendah dan menengah di seluruh negara
menghadapi perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Program latihan yang
sesuai dan mencukupi bagi meningkatkan pemahaman di kalangan guru terhadap
perlaksanaan PBS sekali gus menepati hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang lebih
berkualiti. Sistem PBS adalah salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran
membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu
pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika
dan moral yang tinggi.
8. BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini mengandungi petikan buku, jurnal dan hasil dapatan kajian daripada pengkaji-
pengkaji lepas berkaitan dengan tajuk kajian.
2.2 Kajian Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah rendah
Tahun 2011 mencatatkan perubahan kepada sistem pendidikan di Malaysia apabila
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan kepada murid Tahun 1 sekolah rendah.
Perubahan yang dimaksudkan di sini ialah perbezaan antara keadaan semasa dengan
sebelumnya (Amir Hassan dawi, 2006) iaitu penilaian terhadap pelajar telah ditukarkan
kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi menggantikan penilaian yang berorientasikan
peperiksaan. Pelaksanaan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan sudah pasti
menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru semakin mencabar (Amir Hassan Dawi,
2006).
Sanitah dan Norsiwati (2012) dalam kajiannya untuk mengenalpasti apakah tahap kesediaan
guru daripada aspek minat, sikap dan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam
melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menggunakan soal selidik
sebagai instrument kajian. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang guru Matematik Tahun
9. Satu di Daerah Kluang. Dapatan kajian mendapati semakin lama seseorang guru mengajar
tahun satu maka akan menimbulkan minat yang mendalam untuk menyampaikan ilmu. Ini
jelas menunjukkan bahawa kesediaan minat dan sikap yang positif guru guru yang
mengajar Matematik Tahun Satu akan memberikan impak yang berkesan dalam pelaksanaan
KSSR. Guru-guru ini mudah memahami kehendak sukatan pelajaran dan dapat
menyampaikan ilmu kepada murid-murid dengan lebih efektif. Guru- guru yang
berpengalaman mengajar Tahun Satu lebih mendekati murid dan memahami kehendak murid
yang baru mengenali alam persekolahan.
Tonggak kepimpinan Guru besar atau Pengetua mempengaruhi kejayaan sekolah dalam
bidang akademik dan juga kokurikulum (Syed Ismail & Ahmad Subki,2010). Oleh yang
demikian kepemimpinan guru besar dalam pelaksanaan PBS di peringkat sekolah amat
diperlukan supaya matlamat dan hala tuju Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan tidak
menyimpang dari tujuan asalnya. Kajian Yusof dan Mohd Musa (2010) terhadap 57 orang
Guru Besar sekolah aliran kebangsaan di Daerah Kota Tinggi menunjukkan Guru Besar
memahami maklumat berkaitan dengan pelaksanaan PBS dan berkeupayaan menjadi
peneraju utama membawa misi dan visi serta mampu merealisasikan Dasar Pentaksiran
Negara. Sokongan padu guru besar dalam mengetuai pelaksanaan PBS menjadikan PBS
sebagai satu sistem yang amat releven untuk dilaksanakan dan selaras dengan Sistem
Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang akan menggantikan sistem peperiksaan
yang lama. Faktor jantina dan lokasi sekolah sama ada bandar atau luar Bandar bukan faktor
penentu dan penghalang dalam menjayakan misi dan visi pelaksanaan PBS. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik.
10. Kajian yang dijalankan oleh Zurida dan Nooraida (n.d) adalah untuk mengenalpasti
permasalahan yang timbul sepanjang pelaksanaan KSSR pada tahun 2011 dalam aspek
penaakulan. Data dikumpul melalui temubual berstruktur. Sampel kajian terdiri daripada 8
orang guru daripada 4 buah sekolah yang mengajar mata pelajaran Sains Tahun Satu. Berikut
adalah hasil dapatan kajian:
i) Kesemua guru yang ditemu bual masih kurang jelas tentang konsep menaakul kerana
mereka tidak dapat memberi definisi dan maksud menaakul dengan betul.
ii) Kesemua guru tidak pasti apakah kaedah dan pendekatan yang perlu digunakan oleh
mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk menerapkan
dan meningkatkan kemahiran menaakul kepada murid-murid.
iii) Kebanyakan guru menyatakan KSSR ini baik namun begitu penerangan yang lebih
jelas dan terperinci perlu diberikan kepada semua guru apa yang sepatutnya
dilaksanakan dari segi strategi pengajaran dan pentaksiran dalam usaha mencapai
kemahiran 4M, iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. Bagi kemahiran 3M,
iaitu membaca, menulis dan mengira tiada masalah yang timbul tapi bagi kemahiran
menaakul, didapati guru-guru tidak pasti cara untuk menerap dan menentukan sejauh
mana murid-murid telah menguasai kemahiran tersebut.
iv) Kebanyakan guru mengharapkan pendedahan dan kursus yang memfokuskan
kemahiran menaakul diberi kepada guru-guru.
v) Hampir separuh guru menyatakan masa yang diperuntukkan untuk mengajar mata
pelajaran Sains tidak mencukupi memandangkan waktu Sains telah dipendekkan dari
3 waktu kepada 2 waktu seminggu kerana dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi
masa perlu diperuntukkan untuk mengajar penggunaan komputer kepada murid-
murid
11. 2.3 Kajian Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah menengah
Norani dan Saifulazri (2010) telah menjalankan kajian diskriptif bertujuan mengenalpasti
persediaan guru, pengurusan masa guru, pengurusan alatan dan bahan-bahan serta beberapa
masalah lain yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus
berasaskan sekolah bagi matapelajaran Kemahiran Hidup. Hasil kajian ini menunjukkan
bahawa peratusan guru-guru yang bersetuju dengan persediaan mereka dalam melaksanakan
PBS ini amat tinggi. Pengurusan masa juga amat penting bagi guru-guru Kemahiran Hidup
ini dengan jumlah peratusan yang bersetuju amat tinggi. Bagi urusan kelengkapan peralatan
serta bahan-bahan, guru-guru serta pihak pengurusan mengambil berat mengenainya. Hanya
jadual waktu guru-guru Kemahiran Hidup yang agak padat menyukarkan mereka
melaksanakan PBS. Secara keseluruhannya, guru-guru Kemahiran Hidup ini dapat
memahami dan melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan Sekolah bagi
matapelajaran Kemahiran Hidup ini dengan baik.
2.4 Profession perguruan
Guru merupakan golongan yang berada di barisan hadapan dalam mentrasmisikan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai kepada generasi baru. (Amir Hassan Dawi, 2006).
Hasil kajian Abdul Rahim, Ahmad Johari, Jamaluddin & Rosliza (2006) terhadap persepsi
guru terhadap profesion perguruan masa kini mendapati:
a) Guru menganggap bahawa kerjaya mereka sebagai guru adalah satu kerjaya yang mulia.
b) Para guru yang terlibat dalam profesion perguruan ini menganggap bahawa ilmu
12. pengetahuan itu adalah penting dan mereka akan cuba mendapatkan ilmu setinggi yang
boleh mengikut kemampuan mereka sendiri.
c) Guru juga menganggap bahawa pekerjaan sebagai guru adalah satu tugas yang mencabar.
d) Guru menganggap sumbangan yang telah mereka berikan kepada masyarakat dan
negara adalah besar dan tinggi nilainya.
e) Guru menganggap bahawa sumbangan yang mereka berikan pada masa sekarang
tidaklah dihargai oleh masyarakat berbanding dengan masyarakat dahulu yang begitu
menghargai jasa seorang guru.
f) Hasil daripada kajian menjelaskan bahawa para guru mempunyai komitmen yang tinggi
terhadap tugas mereka sebagai pendidik.
g) Para guru sanggup menghadiri kursus dalam perkhidmatan dengan tujuan untuk
meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam dunia pengajaran.
h) Tahap kesanggupan guru yang telah berkeluarga untuk berpindah atau mengajar
di kawasan pedalaman adalah kurang atau pada tahap yang sederhana.
i) Hasil daripada kajian menjelaskan bahawa beban tugas guru pada masa sekarang
makin bertambah.
j) Nisbah bilangan guru dengan pelajar yang tinggi menyukarkan pelaksanaan pengajaran
guru dengan berkesan.
2.5 Kesimpulan
Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah pada tahun 2012
memberikan pengalaman kepada guru-guru untuk beradaptasi dan memahami inovasi
pendidikan ini. Justeru, guru-guru dapat mengenalpasti persediaan yang perlu dilakukan
untuk menerima perubahan dalam bidang pendidikan, kelebihan dan kelemahan pentaksiran
yang boleh dimurnikan lagi pada tahun-tahun berikutnya. Oleh itu, pengkaji mengambil
13. kesempatan ini untuk mengetahui persepsi guru tentang persediaan dan bebanan tugas guru
sepanjang pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan tentang kaedah atau prinsip yang digunakan ketika menjalankan
kajian. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah mengenai persepsi guru terhadap
pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah. Aspek-aspek reka bentuk
kajian, partisipan kajian, instrumen kajian dan prosedur kajian adalah amat penting untuk
proses penyelidikan. Reka bentuk penyelidikan ialah perancangan yang menentukan cara
penyelidikan dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang
ditetapkan (Sulaiman Masri, 2003, m.s.25). Bab ini membincangkan aspek-aspek reka bentuk
kajian, partisipan kajian, instrumen kajian dan prosedur kajian.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk penyelidikan bertujuan untuk menjawab soalan-soalan tertentu yang
ditimbulkan oleh permasalahan penyelidikan yang dikenal pasti. Oleh itu, reka bentuk kajian
perlu sesuai dengan permasalahan supaya penjelasan yang diberi dalam penyelesaian tersebut
dapat meyakinkan pembaca tanpa mendatangkan kekeliruan (Sulaiman Masri, 2003, m.s.25).
14. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif. Menurut John (2008), kajian kuantitatif
adalah jenis penyelidikan pendidikan yang mana pengkaji memutuskan apa yang hendak
dikaji, bertanya soalan yang khusus, mengecilkan skop soalan, mengumpul data yang boleh
dikuantitatifkan daripada peserta, menganalisis nombor-nombor tersebut menggunakan
statistik dan menjalankan inkuiri dalam bentuk yang objektif dan tidak bias.
Reka bentuk kajian yang digunakan ialah soal selidik. Soal selidik adalah sesuai bagi
bilangan respondan yang ramai. Pengkaji dapat melihat dengan mudah perkaitan-perkaitan
yang ingin dikaji. Penggunaan borang soal selidik ini dipilih kerana mudah untuk mengumpul
maklumat, tidak memerlukan kos yang besar dan menjimatkan masa. Kebiasaannya, borang
soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat daripada jumlah responden yang banyak
dalam satu atau beberapa lokasi.
Borang soal selidik ini berfokuskan kepada persepsi guru (sebagai respondan)
terhadap kesediaan guru dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah dan bebanan
kerja guru yang dihadapi berdasarkan pengalaman mereka di sekolah. Berikut adalah
kerangka teori kajian yang akan dilaksanakan.
Penggunaan Teknologi dalam
Penggunaan Teknologi dalam
Pengajaran dan Pembelajara
Pengajaran dan Pembelajara
Matematik
Matematik
Persepsi terhadap kesediaan
Persepsi terhadap kesediaan Persepsi terhadap bebanan tugas
Persepsi terhadap bebanan tugas
transformasi pentaksiran
transformasi pentaksiran pelaksanaan PBS
pelaksanaan PBS
Rajah 3.1 Kerangka teori kajian
15. Arahan dan soalan soal selidik adalah piawai dan serupa kepada semua sampel yang
hendak dikaji. Soal selidik juga dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas
sampel terhadap rangsangan soalan yang diberi.
3.3 Populasi dan Persampelan
Populasi merupakan perkara yang penting kerana ia menentukan bidang masalah yang perlu
dikaji serta sebanyak mana data dan maklumat yang perlu dikumpul. Menurut Majid Konting
(2000), populasi mestilah ditentukan dan dikaji dengan teliti agar keputusan kajian yang
dipilih berkesan. Ia juga akan menentukan masa, tenaga dan perbelanjaan yang akan
digunakan untuk melaksanakan penyelidikan.
Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru Tingkatan 1 di Negeri Perak yang
mempunyai pengalaman melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah pada tahun 2012.
Kaedah persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak mudah. Ia merupakan teknik
persampelan yang asas. Melalui cara persampelan ini, setiap individu mempunyai
kebarangkalian yang sama untuk di pilih sebagai responden. Seramai 50 orang guru sekolah
menengah di Negeri Perak dipilih sebagai sampel.
3.4 Instrumen Kajian
Soal Selidik
Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu
1. Bahagian A
Bahagian ini terdiri daripada item-item yang berkaitan latar belakang demografi guru
pelatih seperti program, jantina, keputusan dalam latihan mengajar dan kawasan latihan
16. mengajar. Soalan yang telah dibina terdiri daripada soalan yang memerlukan jawapan
tertutup. Responden hanya diminta untuk memilih jawapan yang telah diberikan dan
menandakan pilihan mereka di ruang yang telah disediakan.
2. Bahagian B
Bahagian ini pula terdiri daripada item-item yang berfokus kepada bidang kajian.
Bahagian ini telah dipecahkan kepada 2 bahagian yang difokuskan dalam kajian iaitu:
i. Persepsi guru terhadap kesediaan untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan
sekolah
ii. Persepsi guru terhadap bebabanan tugas di sekolah dalam melaksanalan PBS.
Soal selidik yang dibina menggunakan format skala Likert 5 Mata bagi melihat darjah
persetujuan responden terhadap item yang dikemukakan. Guru hanya memilih satu
jawapan sahaja dengan membulatkan satu daripada nilai pemeringkatan tersebut yang
telah diinterpretasikan seperti dalam jadual 3.1 di bawah:
iii. Skala Nilai Singkatan
5 Sangat setuju SS
4 Setuju S
3 Kurang setuju KS
2 Tidak setuju TS
iv. 1 Sangat tidak setuju STS
Jadual 3.1
Interpretasi nilai Skala Likert 5 Mata
17. Di peruntukan masa selama 20 minit untuk menjawab soal selidik ini. Penyelidik akan
mengedarkan dan mengumpulkan soal selidik berkenaan. Penyelidik juga akan
memberikan taklimat kepada responden sebelum mereka memilih jawapan.
Sebelum mengedarkan borang soal selidik kepada sampel sebenar, kajian rintis akan
dilaksanakan terlebih dahulu terhadap borang soal selidik tersebut.
3.5 Kajian Rintis
Kajian rintis merupakan kajian yang dijalankan sebelum borang soal selidik digunakan dalam
kajian sebenar. Kajian rintis dijalankan untuk mengukur kebolehpercayaan item soalan.
Kebolehpercayaan membawa maksud sejauh manakah sesuatu instrumen itu dapat
memberikan maklumat yang konsisten. Menurut Majid Konting (2000), kebolehpercayaan
akan memberi darjah ketekalan dan ketepatan instrumen pengukuran. Instrumen yang
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi akan memberi keputusan yang sama setiap kali ia
digunakan di dalam situasi setara. Pendapat ini disokong oleh Yap et al. (1989) yang
menyatakan kebolehpercayaan mementingkan ketekalan, ketepatan atau kejituan ukuran yang
dibuat.
Menurut Najib Ghafar (1999), saiz sampel rintis tidak perlu besar tetapi memadai untuk
memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan tentang ujian (6-9 orang). Oleh itu,
seramai 10 responden telah dipilih oleh penyelidik untuk menjalankan kajian rintis. Kajian
rintis ini dijalankan ke atas guru-guru Tingkatan 1 . Penyelidik menggunakan ujian
kepercayaan (pekali Alpha Cronbach) dalam perisian SPSS (Statistic Package For Social
Science) untuk mengukur kebolehpercayaan instrumen kajian tersebut. Satu ujian yang amat
tinggi kebolehpercayaannya akan mempunyai beberapa ciri seperti stabiliti, konsistensi,
18. keramalan dan ketepatan (Kerlinger, 1973). Ujian kebolehpercayaan atau realiability analysis
dijalankan bagi kesemua item soalan. Pengujian menggunakan nilai Alpha Cronbach, 留 untuk
mendapat ketepatan kebolehpercayaan. Berdasarkan skala kebolehpercayaan, nilai 0.8
merupakan yang terbaik. Berikut merupakan jadual skala kebolehpercayaan :
Pekali kebolehpercayaan Tahap Kebolehpercayaan
0.90 atau lebih Amat Baik
0.80-0.89 Baik
0.60-0.79 Sederhana
0.40-0.59 Diragui
0.00-0.39 Ditolak
Jadual 3.2
Skala Kebolehpercayaan
3.6 Analisis Data
Data yang dipungut melalui borang soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan perisian
SPSS version 17.0. Proses menganalisis melibatkan analisis deskriptif yang digunakan untuk
menghuraikan persepsi guru terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah
menengah.
3.7 Kesimpulan
Bab ini secara keseluruhannya membincangkan kaedah dan prosedur yang akan digunapakai
dalam kajian ini. Hasil dapatan yang dikehendaki ialah maklumat tentang persepsi guru
19. terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah. Hasil kajian
akan dianalisis menggunakan perisian SPSS.
BIBLIOGRAFI
Azleena, M. (2007). The implementation of school-based oral English assessment. : a case
study. Unpublished Masters dissertation. UiTM, Shah Alam.
Fazliza Che Mat et al. (n.d). Pelaksanaan Sains Kssr Tahun Satu: Satu Tinjauan Awal.
Hamzah, M.O. and Sinnasamy, P. (2009). Between the ideal and reality: teachers perception
of the implementation of school-based oral English assessment. In The English
Teacher,
Vol 38, pp. 13 29.
Jonassen, D.H. (1999). Designing constructivist learning environments. In C. M.Reigeluth
(ed). Instructional-Design theories and models: A new paradigm of instructional
theory. 2:215-239. Mahwah, NJ: LEA Publishers.
Kerajaan Sedia Menambahbailk Sistem PBS; Rungutan Guru Dikaji. Berita Harian. 5
Novermber 2012 ms3.
Meor Ibrahim, Siti Nadya (2008). Persepsi Pelajar Tahun Akhir Aliran Sains Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Pendekatan Pembelajaran
Secara Problem-Based Learning (PBL). Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Anuar Abdul Rahman dan Khamsawati Jaafar. (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja
Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah
20. Kuantan, Pahang.UTM.Skudai.
Mok Soon Sang (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan, Perancangan dan Pelaksanaan
Penyelidikan Tindakan. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Rohaya Talib (2009). Kajian Pembinaan dan Pegesahan Instrumen bagi Mengukur Tahap
Literasi Pentaksiran Guru Sekolah Menengah di Malaysia. Dalam
http://eprints.utm.my/13641/7/RohayaTalibPFP2009CHAP1.pdf. Diambil pada 15
November 2012.
Sanitah Mohd Yusof dan Norsiwati Ibrahim.(2012). Kesediaan Guru Matematik Tahun Satu
Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Kssr) Di Daerah Kluang.
Journal of Science and Mathematics Education, 6, 26-38.
Shanusi, (2007). An Investigation of Teachers' Readiness towards School Based Assessment
Scheme in Selected Malaysian Teacher Training Institutes. (Online). Retrieved 21
March,
2009, from http://iaea2007.tqdk.gov.az/cp.html
Syed Ismail&Ahmad subki.(2010).Guru dan cabaran semasa.Selangor. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Syed Ismail dan Ahmad subki.(2010).Asas Kepeimpinan & Perkembangan
Professional.Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Yusof Boon dan Mohd Musa Shaharuddin (2011). Kepemimpinan Guru Besar Dalam
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan Daerah
Kota Tinggi, Johor.UTM, skudai
Zurainu Mat Jasin (2012). Keberkesanan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam
Pengajaran Komsas Bahasa Melayu: Universiti Utara Malaysia