Modul ini mengandungi soalan-soalan latihan Bahasa Melayu UPSR untuk membantu murid-murid menguasai sistem bahasa dan kemahiran penulisan. Modul ini diharapkan dapat meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan UPSR.
Ayat majmuk campuran adalah ayat yang terbentuk dengan menggabungkan dua ayat atau lebih dengan kata hubung. Ayat tersebut dapat berupa campuran antara ayat tunggal dan majmuk, atau campuran antara berbagai jenis ayat majmuk.
Dokumen tersebut memberikan contoh ayat gabungan yang terdiri dari beberapa ayat yang dihubungkan menggunakan kata hubung. Terdapat 7 contoh ayat gabungan yang menggabungkan 2 ayat masing-masing dengan kata hubung seperti sambil, maka, atau, kalau, kerana, yang, dan jika.
Forum remaja membahasakan topik "Internet - baik buruknya Internet dalam kalangan pelajar". Tiga panelis membahasakan manfaat Internet seperti mendekatkan hubungan sosial dan mencari pekerjaan sementara, namun juga bahaya seperti penipuan, pornografi, dan konten negatif lainnya. Forum ini menyimpulkan bahwa penggunaan Internet membawa kebaikan dan keburukan, sehingga penting untuk menggunakannya dengan bijak.
Form 3 Science Chapter 4 Reproductive System and fertilisationSook Yen Wong
油
The document summarizes the human reproductive system and process of reproduction. It describes that males have testes that produce sperm and a penis, while females have ovaries that produce eggs and a uterus. Fertilization occurs when a sperm penetrates an egg in the female's ovaries or fallopian tubes. The fertilized egg then implants in the uterus and develops into a fetus over 9 months of pregnancy before birth. Key parts of both the male and female reproductive systems and stages of fertilization, pregnancy, and birth are outlined.
. Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, morfologi ialah satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan-perkataan. Sintaksis bermaksud sebagai satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji tentang peraturan dan susunan kata dalam sesuatu ayat
Modul ini mengandungi soalan-soalan latihan Bahasa Melayu UPSR untuk membantu murid-murid menguasai sistem bahasa dan kemahiran penulisan. Modul ini diharapkan dapat meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan UPSR.
Ayat majmuk campuran adalah ayat yang terbentuk dengan menggabungkan dua ayat atau lebih dengan kata hubung. Ayat tersebut dapat berupa campuran antara ayat tunggal dan majmuk, atau campuran antara berbagai jenis ayat majmuk.
Dokumen tersebut memberikan contoh ayat gabungan yang terdiri dari beberapa ayat yang dihubungkan menggunakan kata hubung. Terdapat 7 contoh ayat gabungan yang menggabungkan 2 ayat masing-masing dengan kata hubung seperti sambil, maka, atau, kalau, kerana, yang, dan jika.
Forum remaja membahasakan topik "Internet - baik buruknya Internet dalam kalangan pelajar". Tiga panelis membahasakan manfaat Internet seperti mendekatkan hubungan sosial dan mencari pekerjaan sementara, namun juga bahaya seperti penipuan, pornografi, dan konten negatif lainnya. Forum ini menyimpulkan bahwa penggunaan Internet membawa kebaikan dan keburukan, sehingga penting untuk menggunakannya dengan bijak.
Form 3 Science Chapter 4 Reproductive System and fertilisationSook Yen Wong
油
The document summarizes the human reproductive system and process of reproduction. It describes that males have testes that produce sperm and a penis, while females have ovaries that produce eggs and a uterus. Fertilization occurs when a sperm penetrates an egg in the female's ovaries or fallopian tubes. The fertilized egg then implants in the uterus and develops into a fetus over 9 months of pregnancy before birth. Key parts of both the male and female reproductive systems and stages of fertilization, pregnancy, and birth are outlined.
. Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, morfologi ialah satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan-perkataan. Sintaksis bermaksud sebagai satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji tentang peraturan dan susunan kata dalam sesuatu ayat
Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut:
1) Dokumen tersebut membahas tentang pentingnya kemahiran menulis dalam bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia. Kemahiran ini dipengaruhi oleh berbagai faktor seperti pengajaran, kepercayaan diri, dan minat membaca.
2) Dokumen tersebut juga menjelaskan bahwa kemahiran menulis diperlukan tidak hanya untuk
Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut:
1) Dokumen tersebut membahas tentang pentingnya kemahiran menulis dalam bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia. Kemahiran ini dipengaruhi oleh berbagai faktor seperti pengajaran, bakat, dan keyakinan diri.
2) Dokumen tersebut juga menjelaskan bahwa kemahiran menulis diperlukan tidak hanya untuk tujuan
Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut:
1) Dokumen tersebut membahas tentang pentingnya kemahiran menulis dalam bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia. 2) Beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran menulis pelajar dijelaskan seperti bakat, pengajaran, keyakinan diri, dan kemahiran berfikir kritis. 3) Teknik pengajaran menulis yang efektif perlu
Borang soal selidik ini bertujuan untuk menilai pemahaman murid tentang penggunaan huruf besar pada kata nama khas dalam pengajaran bahasa Melayu. Analisis data menunjukkan murid-murid kurang memahami konsep ini dan hanya sedikit yang menjawab soalan dengan betul. Guru perlu meningkatkan pengajaran tentang penggunaan huruf besar pada kata nama khas untuk memastikan pemahaman murid.
Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut:
1) Dokumen tersebut membahas tentang pentingnya kemahiran menulis dalam bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia. 2) Beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran menulis pelajar dijelaskan seperti bakat, pengajaran, keyakinan diri, dan motivasi. 3) Teknik pengajaran kemahiran menulis yang berfokus pada proses menul
Ringkasan dokumen tersebut adalah:
1. Dokumen tersebut membahasikan permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
2. Permainan bahasa dapat digunakan untuk meningkatkan interaksi, kefasihan, dan memberikan konteks pembelajaran yang menyenangkan bagi pelajar.
3. Unsur kunci permainan bahasa adalah motivasi, interaksi, pertandingan, dan kerjasama.
Format umum penulisan BMM3112 membahas empat topik utama yaitu aliran dan tokoh tatabahasa Melayu, sejarah perkembangan ejaan Jawi, teknik terjemahan dan contoh terjemahan bahan autentik secara teknik global. Topik-topik ini membantu memahami sejarah dan perkembangan tatabahasa Melayu serta teknik menterjemah bahasa.
Dokumen tersebut merupakan laporan pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3106) oleh Wan Noryatini binti Mahmood, pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun dengan nombor kad pengenalan 671101-06-5338 dan nombor angka giliran 2011302360091 untuk Tuan Haji Izan bin Othman pada 1 September 2012.
1. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 1
1.0 Pengenalan
Ayat merupakan merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan komunikasi dalam
bahasa. Setiap bahasa mempunyai ayat yang berbagai-bagai bentuk dan bilangan
yang yang tidak terhad. Dalam Kamus Dewan, Edisi Ketiga mendefinisikan ayat
sebagai suatu bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang
saling berhubung dan terdiri daripada subjek dan prediket.
Tokoh-tokoh bahasa memberikan pendapat yang berbeza-beza tentang makna
ayat. Antara mereka yang telah memberikan pendapat tentang makna ayat ialah
Pendeta Zaba (1958:2156) yang mengatakan ayat adalah:
Ikatan perkataan yang ada benda dan ada cerita. Demikian ini adalah
dinamakan ayat. Benda dan cerita itulah tunjang atau teras bagi sebarang ayat
dan jIka tiada mengandungi salah satu daripada dua anggota yang wajib Ini
tidaklah memberi faham yang mencukup kerana tiada sempurna maksudnya.
Maka oleh itu, walau beberapa panjang pun rangkainya perkataan perkataan itu
bukanlah jadi ayat.
Melalui maksud ayat yang diberi oleh Zaba maka boleh dibuat kesimpulan
bahawa ayat ini bermaksud susunan yang mempunyai hujung dan pangkal ayat yang
boleh difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan kumpulan
perkataan yang telah sempurna maksud. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd melalui
buku mereka pula mendefinisikan sebagai :
Apabila kita bercakap, kita menggunakan perkataan-perkataan yang kita susun
menjadi ayat .Ada ayat yang terdiri daripada dua patah perkataan sahaja.Tiap-
tiap ayat mesti terdiri daripada dua bahagian iaitu:
1: benda atau subjek
2: cerita atau predikat.
(Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu
Mudah,2006 hlm 149 ). Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd itu,dapat
disimpulkan bahawa ayat tidak semestinya terdiri dari ayat yang panjang tetapi ayat
boleh terdiri dengan hanya dua patah perkataan sahaja asalkan ia dapat
difahami.Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,ayat mestilah terdiri dari dua
kompenen iaitu subjek dan predikat.
Nik Safiah Karim dalam bukunya yang berjudul Tatabahasa Edisi Dewan
Baharu yang dikarang secara bersama dengan Farid M.Onn, Hashim Musa dan Hamid
Mahmood pula mendefinisikan ayat sebagai :
2. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 2
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk
daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang
pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan
( Tatabahasa Dewan Edisi Baharu dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu
Mudah, 2006 hlm 150 ).
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ini pula, ayat merupakan unit
pengucapan yang paling tinggi yang boleh terbentuk walaupun dengan hanya
beberapa patah perkataan. Jika kita melihat dari beberapa pendapat yang dinyatakan
di atas, maka dapat kita simpulkan bahawa ayat merupakan susunan yang tertinggi
dalam tatabahasa Melayu . Ayat boleh terdiri dari dua atau lebih patah perkataan yang
mana ia dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan. Pembentukan
kata dalam disiplin bahasa dikenali sebagai binaan atau konsturksi. Binaan ayat terdiri
daripada susunan unit kecil rangkai kata dalam disipli bahasa yang juga dikenali
sebagai unsur atau konsituen.
Dalam bahasa Melayu, ayat digalurkan kepada dua kategori dengan
berdasarkan dua perkara iaitu struktur dan intonasi. Struktur ayat merujuk kepada
susunan dan binaan unsur-unsur yang terkandung dalam sesuatu ayat seperti ayat
tunggal dan ayat majmuk. Ayat tunggal yang juga dikenali sebagai ayat selapis ialah
ayat yang mempunyai satu klausa sahaja yang terdiri daripada satu subjek dan satu
predikat. Manakala ayat majmuk pula merupakan beberapa gabungan ayat tunggal
yang dicantumkan dengan menggunakan kata hubung. Intonasi pula merujuk kepada
suara yang tinggi atau rendah ketika mengujarkan sesuatu ayat seperti ayat penyata
dan ayat tanya.
2.0 Ayat Majmuk
Dalam pembentukan wacana bahasa Melayu, khususnya untuk laras akademik,
ayat majmuk paling banyak digunakan. Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat
majmuk dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih mengikut cara
tertentu dan tidak melanggar hukum tatabahasa. Oleh hal yang demikian, ayat
majmuk ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal.
Ayat majmuk juga dapat didefinisikan sebagai ayat yang terhasil daripada
proses peluasan. Proses peluasan bermaksud penambahan unsur tertentu dalam ayat
asal, iaitu ayat tunggal, yang menyebabkan ayat itu mengalami pertambahan
maklumat. Peluasan atau pertambahan maklumat itu terjadi dengan penggunaan kata
hubung.
3. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 3
Contoh:
1. Dia sangat kaya.
2. Dia tidak sombong.
Kedua-dua ayat di atas ialah ayat tunggal. Apabila kedua-dua ayat itu dicantumkan,
akan terhasillah ayat majmuk yang berikut:
3. Dia sangat kaya tetapi dia tidak sombong.
Ayat baharu ini dipanggil ayat majmuk kerana mengandungi dua ayat tunggal yang
dicantum dengan menggunakan kata hubung tetapi. Ayat tunggal 1 mengandungi satu
maklumat sahaja, iaitu kaya. Setelah dicantumkan dengan ayat tunggal 2 yang
mengandungi satu maklumat lain, iaitu tidak sombong, ayat yang baharu terbentuk
dalam ayat 3 itu kini mempunyai dua maklumat. Dengan hal yang demikian, ayat 3
telah mengalami peluasan.
Terdapat beberapa jenis ayat majmuk. Pembahagian ayat majmuk dapat
digambarkan seperti rajah berikut:
Ayat Majmuk
Ayat 1 Kata Hubung Ayat 2
Anita membaca buku. sambil Anita mendengar radio.
Kami membuat kerja sekolah. semasa Adik sedang tidur.
Dia memakai baju baru. yang Baju dijahit oleh emak.
Berdasarkan beberapa cara pembentukan ayat seperti rajah di atas, maka ayat
majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis .
Rajah 1 : Jenis Ayat majmuk
Jenis Ayat Majmuk
Ayat Majmuk
Gabungan
Ayat Majmuk
Pancangan
Ayat majmuk
Campuran
4. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 4
2.1 Ayat Majmuk Gabungan
Nik Safiah menjelaskan bahawa Ayat Majmuk Gabungan ialah ayat yang terdiri
daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau
mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, lalu, lagi,
seta, malah, tetapi dan sebagainya. Koma mungkin digunakan jika gabungan terdiri
daripada tiga atau lebih klausa.
Contoh pertama:
Ayat Tunggal Ayat Majmuk
1. Aminah pandai melukis.
2. Aminah pandai mewarna
gambar.
3. Aminah pandai melukis dan mewarna
gambar.
Ayat yang (3) berasal daripada ayat (1) dan (2).
Kedua-dua ayat (1) dan (2) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan.
Ayat (1) dan (2) sama tarafnya iaitu ayat utama.
Contoh kedua:
Ayat Tunggal Ayat Majmuk
4. Pengetahuan beliau sempit.
5. Kupasannya cetek
6. Contoh-contoh yang diberikannya
pula tidak menarik.
7. Pengetahuan beliau sempit, kupasannya
cetek serta contoh-contoh yang
diberikannya pula tidak menarik.
Ayat (7) berasal daripada daripada ayat-ayat (4), (5) dan (6). Ketiga-tiga ayat
digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan koma dan kata hubung ``serta.''
Semua ayatnya adalah sama tarafnya, iaitu ayat utama dan ia boleh berdiri sendiri.
Ayat majmuk gabungan juga boleh jadi ayat yang mengandungi fakta yang
sejajar atau fakta yang bertentangan . Untuk fakta yang sejajar, kata hubung
seperti dan, serta, tambahan, pula, sambil dan sebagainya digunakan. Manakala untuk
fakta yang bertentangan, kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan
5. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 5
sebagainya digunakan . Ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya, iaitu ayat-
ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Hubungan antara satu ayat dengan ayat
yang lain wujud oleh sebab ayat-ayat tersebut disusun berturut-turut. Terdapat
beberapa contoh yang menunjukkan ayat majmuk gabungan adalah bersifat setara
dan tidak boleh disongsangkan, seperti:
Ayat Yang Betul Ayat Yang Salah
8a. Jamal menanam jagung dan
kacang.
9a. Zaki meminati badminton tetapi
adiknya meminati bola sepak.
8b. Dan kacang, Jamal menanam
jagung.
9b. Tetapi adiknya meminati bola
sepak, Zaki meminati badminton.
Walaupun begitu, ayat majmuk gabungan yang menggunakan kata hubung
sambil, boleh disongsangkan. Contohnya:
10a. Siti menyambut kehadiran kami sambil tersenyum lebar.
10b. Sambil tersenyum lebari, Siti menyambut kehadiran kami.
Secara lisan, ayat-ayat majmuk juga disambungkan tanpa kata hubung. Apabila
ini berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan
pernyataan.
Contoh:
11. Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka.
12. Penari-penari itu sungguh santun, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan.
Dalam ayat contoh di atas, kelihatan bahawa ayat-ayat yang digabungkan itu, dalam
bentuk tulisan, dipisahkan oleh tanda baca koma (,).
2.1.1 Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan.
Dalam pembentukan ayat majmuk gabungan, terdapat beberapa cara penggabungan
klausa. Apabila terdapat unsur yang sama dalam satu ayat, unsur yang sama itu perlu
digugurkan.Contohnya:
1. Pokok cili itu hidup atau mati. (unsur pokok cili itu digugurkan)
2. Ibu akan membeli sayur atau ikan ? (unsur ibu akan membeli digugurkan )
6. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 6
Terdapat juga ayat majmuk gabungan yang mengekalkan kesemua klausa yang
digabungkan. Contohnya:
3. Semua pelajar pergi kecuali Amir saja yang pulang.
(semua klausa dikekalkan)
4. Indah membawa makanan manakala Sari pula membawa minuman.
(semua klausa dikekalkan)
Dalam pembentukan ayat majmuk gabungan, penggabungan dua klausa atau lebih
hendaklah berdasarkan jenis ayat yang sama, yakni bukan daripada ayat yang
berlainan jenis. Dan ia juga mestilah mempunyai hubungan makna yang logik.
Contohnya:
Ayat Yang Betul Ayat Yang Salah
5a. Pihak peniaga juga perlu peka akan
kehendak pengguna dan mereka
tidak boleh memikirkan keuntungan
semata-mata.
( ayat penyata dengan ayat penyata)
6a. Ambillah pisang ini dan buatlah
jemput-jemput.
(ayat perintah dengan ayat perintah)
7a. Bapa pulang dan adik pun pulang.
(ada hubungan makna)
5b. Pihak peniaga juga perlu peka akan
kehendak pengguna dan janganlah
memikirkan keuntungan semata-
mata.
( ayat penyata dengan ayat perintah)
6b. Ambillah pisang ini tetapi di mana
kucing itu tadi?
(ayat perintah dengan ayat tanya)
7b. Apa pulang dan air sungai mengalir
deras.
(tiada hubungan makna walaupun kedua-
duanya daripada jenis ayat yang sama
iaitu ayat penyata)
Terdapat juga ayat majmuk gabungan yang dibentuk dengan menggabungkan unsur-
unsur yang berlainan manakala unsur-unsur yang sama disebut hanya sekali.
Penggabungan ayat-ayat majmuk ini terbahagi kepada lapan bentuk gabungan .
7. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 7
Contoh:
Gabungan Ayat Contoh Ayat
a. Gabungan subjek dengan subjek.
b. Gabungan prediket dengan prediket.
c. Gabungan objek dengan objek.
d. Gabungan pelengkap dengan
pelengkap.
e. Gabungan keterangan dengan
keterangan.
f. Gabungan penerang dengan penerang.
g. Gabungan klausa dengan klausa.
h. Gabungan kata hubung berpasangan
8. Sarah dan Nisa pergi ke sekolah
9. Lelaki itu kaya tetapi kedekut.
10. Kami bertemu Karim dan Leman di
sana.
11. Kereta itu membelok ke kiri lalu ke
kanan.
12. Budak itubercakap laju tetapi jelas.
13. Baju biru dan hijau itu sangat cantik.
14. Aisyak sedang memasak manakala
Rahimi membaca akhbar.
15. Sama ada wajar atau tidak, puncak
bukit itu telah digondolkan.
2.1.2 Jenis Gabungan
Nik Safiah menceritakan ayat gabungan dibentuk menggunakan beberapa kata
hubung. Penggunaan kata hubung yang berbeza ini menghasilkan sekurang-
kurangnya empat jenis gabungan utma dalam pembentukan ayat, iaitu:
a. Gabungan Yang Susunan Faktanya Berturutan
Gabungan ini menunjukkan susunan fakta satu demi satu ataupun pertambahan.
Antara kata hubung yang digunakan bagi menunjukkan maksud ini adalah seperti dan,
lalu, lagi, serta, sambil, tambahan pula, justeru, malahan, akhirnya dan lain lain.
Contoh ayat:
1. Kereta itu membelok ke kanan kemudian berhenti.di tepi jalan.
2. Kak Nani baik orangnya malahan jarang-jarang sekai dia memarahi
adik-adiknya.
3. Pak cik datang ke rumah pukul 5 petang dan pulang pukul 6 petang.
8. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 8
b. Gabungan Yang Susunan Faktanya Bertentangan
Gabungan jenis ini menunjukkan pertentangan fakta dalam klausa-klausa yang
digabungkan. Antara kata hubung yang digunakan bagi menunjukkan maksud ini
seperti tetapi, sebaliknya, padahal, melainkan, kecuali dan lain-lain.
Contoh ayat:
4. Mereka tidak pergi memancing di sungai itu, sebaliknya pergi
mengembara di hutan yang berhampiran.
5. Orang itu sengaja tinggal di pondok usang, padahal dia mempunyai
rumah teres.
6. Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk melainkan ditemani oleh orang
dewasa.
c. Gabungan Yang Susunan Faktanya Menunjukkan Pilihan
Gabungan jenis ini membawa maksud pilihan antara dua ataupun lebih. Kata hubung
yang boleh digunakan bagi menunjukkan maksud ini adalah atau.
Contoh ayat:
7. Asiah masih belajar atau sudah tidur ?
8. Kamu masih mengajar di sekolah itu ataupun sudah berpindah ?
9. Awak mahu makan nasi goreng atau nasi lemak ?
d. Gabungan Dengan Menggunakan Kata Hubung Berpasangan
Gabungan jenis ini melibatkan penggunaan kata hubung berpasangan. Kata hubung
yang digunakan adalah seperti daripada....lebih baik, lebih baik....daripada, sama ada
...tidak, baik...mahupun, bukan sahaja...malahan, jangankan....pun dan lain-lain.
Contoh ayat:
10. Daripada berbual-bual kosong, lebih baik berbincang tentang kerja
sekolah.
11. Baik di bandar mahupun desa, masalah keruntuhan akhlak remaja tetap
sama.
12. Gadis itu bukan sahaja cantik malahan sopan pula.
9. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 9
Terdapat beberapa kesalahan bahasa dalam pembinaan ayat majmuk gabungan jika:
i. kata sendi nama ke pada unsur yang kedua dalam ayat majmuk gabungan
yang menggunakan kata hubung dan dan atau digugurkan.
Contoh:
Ayat Yang Betul Ayat Yang Salah
13a. Laili menuju ke kiri atau ke kanan.
14a. Kucing itu berlari-lari ke hulu dan ke
hilir.
13b. Laili menuju ke kiri atau kanan.
14b. Kucing itu berlari-lari ke hulu dan
hilir.
ii. penggabungan frasa sendi nama tanpa menggunakan kata hubung juga tidak
membenarkan kata sendi nama yang kedua digugurkan.
Contoh:
Ayat Yang Betul Ayat Yang Salah
15a. Nenek merenung saya ke atas dan
ke bawah.
16a. Kami dari sini hendak ke sana.
15b. Nenek merenung saya ke atas dan
bawah.
16b. Kami dari sini hendak sa na.
iii. tiada pasangan bagi sesuatu kata hubung berpasangan dalam ayat majmuk
gabungan.
Contoh:
Ayat Yang Betul Ayat Yang Salah
17a. Baik Rosli mahupun Saidi masih
tinggal di Kuala Dingin.
18a. Sejak kebelakangan ini kita sering
mendengar berita tentang aktiviti
samseng sama ada di radio
mahupun televisyen.
17b. Rosli mahupun Saidi masih
tinggal di Kuala Dingin.
18b. Sejak kebelakangan ini kita sering
mendengar berita tentang aktiviti
samseng sama ada di radio
mahupun televisyen.
10. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 10
2.2 Ayat Majmuk Pancangan
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ini
bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu
atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.
Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata
hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.
Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis
berdasarkan cara pembentukan dan jenis klausa yang dipancangkan, iatu :
a. Ayat majmuk relatif
b. Ayat majmuk komplemen
c. Ayat majmuk keterangan.
2.2.1 Ayat Majmuk Relatif
Ayat majmuk pancangan relatif merupakan ayat majmuk yang menggunakan kata
hubung yang. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat peluas kerana klausa relatif
berfungsi meluaskan frasa subjek ataupun frasa prediket. Klausa relatif ini akan
menjadi klausa yang menerangkan klausa bebas.
2.2.1.1 Pembentukan Ayat Majmuk Relatif
1. Ayat induk : Budak lelaki itu duduk di atas bangku.
Ayat kecil : Budak lelaki itu adik saya.
Ayat majmuk relatif : Budak lelaki yang duduk di atas bangku itu adik
saya.
Berdasarkan contoh ayat pertama di atas menceritakan tentang subjek asalnya
adalah budak lelaki itu yang telah mengalami peluasan kepada yang duduk di atas
bangku itu.
2. Ayat induk : Saya membaca majalah itu.
Ayat kecil : Majalah itu dibeli di kedai.
Ayat majmuk relatif : Saya membaca majalah yang dibeli di kedai itu .
Manakala contoh ayat yang kedua di atas menceritakan tentang subjek asalnya
adalah majalah itu yang telah mengalami peluasan kepada yang dibeli di kedai itu.
11. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 11
2.2.1.2 Jenis ayat majmuk relatif.
a. Peluasan Subjek
b. Peluasan Prediket
Terdapat juga ayat majmuk relatif yang memberi perubahan klausa yang asalnya
klausa bebas berbentuk ayat aktif kepada klausa tak bebas berbntuk ayat pasif.
Tujuan perubahan ini adalah untuk memastikan subjek ayat adalah serupa.
Contoh:
3. Klausa bebas: Buku sejarah sangat mahal. (ayat aktif)
Kalusa bebas: Ahmad membeli buku sejarah.( ayat aktif)
Klausa tak bebas: Buku sejarah dibeli oleh Ahmad (ayat pasif)
Ayat majmuk relatif: Buku sejarah yang dibeli oleh Ahmad sangat mahal.
2.2.2 Ayat Majmuk Komplemen
Ayat majmuk komplemen ialah ayat yang mengandungi klausa komplemen bagi
melengkapkan ayat..Ayat komplemen ditandai oleh kata hubung bahawa dan untuk.
Contoh:
Pemimpin itu mengatakan bahawa rakyat negara ini perlu bersatu.
2.2.2.1 Pembentukan Ayat majmuk Komplemen
2.2.2.2 Jenis Ayat Majmuk Komplemen
Cara Pembentukan Ayat Majmuk Komplemen
Ayat induk : Budak lelaki itu berjanji.
Ayat kecil : Dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.
Kata hubung : bahawa
1. Budak lelaki itu berjanji bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.
Ayat induk : Ibu pergi ke pasar.
Ayat kecil : Ibu membeli daging dan sayur-sayuran.
Kata hubung : untuk
2. Ibu pergi ke pasar untuk membeli daging dan sayur-sayuran.
12. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 12
ayat komplemen frasa nama
Ayat Komplemen Frasa Nama
Frasa nama boleh menduduki empat tempat, iaitu sebagai subjek, predikat, objek tepat, dan
objek sipi.Dalam konteks ini frasa nama objek tepat dan frasa nama subjek.
Ayat Komplemen Frasa Nama Subjek
Bahawa setiap peserta akan menerima hadiah adalah muktamad.
Tentulah tidak wajar untuk mereka mendirikan rumah di kawasan tanah haram.
Ayat Komplemen Frasa Nama Objek Tepat
Pemuda itu mengakui bahawa dialah yang telah mengemukakan projek baru itu.
Orang-orang kampung mengharapkan bahawa rancangan itu akan membawa faedah
ayat komplemen frasa kerja
Ayat Komplemen Frasa Kerja.
Kerajaan bersetuju bahawa projek itu wajar diteruskan.
Dia berasa bahawa nasihat pengurusnya itu benar.
ayat komplemen frasa adjektif
Jenis-jenis Ayat Komplemen
Ayat Komplemen
Untuk dia lulus ujian itu amatlah senang.
(a) Perkara itu amat senang.
(b) Dia lulus ujian.
Kata komplemen:untuk.
Ayat Komplemen Frasa Adjektif
Mereka sangat insaf bahawa mereka itu daif.
Saya yakin bahawa dia akan berjaya.
2.2.3 Ayat Majmuk Keterangan
13. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 13
* Ayat keterangan
jenis ayat keterangan
14. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 14
Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
1. Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada
ayat induk dan ayat lain berfungsi untuk memberi keterangan.
2. Terdapat beberapa jenis keterangan yang digunakan dalam ayat majmuk
pancangan keterangan, iaitu:
Keterangan sebab --> kerana, lantaran, oleh sebab
Keterangan syarat -->jika, jikalau, kalau, sekiranya, andai kata
Keterangan waktu -->sejak, semenjak, setelah, sewaktu, tatkala, ketika,
apabila
Keterangan pertentangan -->walaupun, meskipun, biarpun, walau
bagaimanapun, namun, sedangkan
Keterangan harapan--> supaya, agar, semoga
Keterangan cara -->dengan
Keterangan perbandingan -->seperti, macam, seolah-olah, ibarat, bak
Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Cara Pembentukan Ayat Majmuk Keterangan
Ayat induk : Dia tidak pergi ke padang.
Ayat kecil : Hari hujan.
Kata hubung : kerana
1. Dia tidak pergi ke padang kerana hari hujan.
Ayat induk : Yoong Leng sedang tidur nyenyak.
Ayat kecil : Saya tiba di rumahnya.
Kata hubung : apabila
2. Yoong Leng sedang tidur nyenyak apabila saya tiba di rumahnya.
Ayat induk : Ibu menghiris bawang.
Ayat kecil : Dia menggunakan pisau.
Kata hubung : dengan
3. Ibu menghiris bawang dengan menggunakan pisau.
Ayat induk : Mazli berdoa.
Ayat kecil : Ibunya cepat sembuh.
Kata hubung : agar
4. Mazli berdoa agar ibunya cepat sembuh.
15. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 15
Ayat induk : Kakak masih belum balik lagi.
Ayat kecil : Hari sudah lewat malam.
Kata hubung : walaupun
5. Kakak masih belum balik lagi walaupun hari sudah lewat malam.
Ayat induk : Adik rajin berusaha.
Ayat kecil : Dia akan berjaya dalam peperiksaan.
Kata hubung : jika
6. Jika adik rajin berusaha, dia akan berjaya dalam peperiksaan.
.
2.3 Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.
Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat
majmuk pancangan. Ayat majmuk campuran merupakan ayat biasanya panjangkerana
terdapat beberapa klausa daripada pelbagai jenis. Namun begitu, panjang pendek
bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau
bilangan klausanya.
Dalam ayat majmuk campuran terdapat sekurang-kurangnya tiga klausa.nSatu
daripada klausa itu merupakan klausa bebas dan dua atau lebih klausantak bebas.
Contoh:
1. Lelaki itu menjolok buah kelapa untuk dijual bagi mendapatkan sumber
pendapatan.
Ayat majmuk campuran di atas mengandungi satu klausa bebas dengan klausa
keterangan seperti yang berikut:
i. Klausa bebas: lelaki itu menjolok buah kelapa.
ii. bKlausa keterangan: untuk (buah kelapa) dijual.
iii. Klausa keterangan: bagi (lelaki itu) mendapat sumber pendapatan.
16. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 16
Perhatikan contoh-contoh di bawah.
Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan; ayat kecil ditandakan 'K'
dan bilangannya dinomborkan.
contoh 1:
Negara mengalami masalah ekonomi (U1) tetapi keadaannya bertambah baik (U2)
apabila pertumbuhan eknomi mula berkembang semula (K1).
(Ayat campuran ini terdiri daripada ayat gabungan dan ayat keterangan waktu; atau
dua ayat utama dan satu ayat kecil.
contoh 2:
Apabila kami tiba di Langkawi (K1) kami disambut oleh jawatankuasa (U1) dan kami
diperkenalkan kepada Pegawai Daerah (U2) serta ahli Jawatankuasa Kemajuan
Kampun (U3).
(Ayat campuran terdiri daripada tiga ayat utama dan satu ayat kecil)
contoh 3:
Ketika pihak bomba sampai (K1) kebakaran itu mula merebak (U1) walaupun
penduduk di situ cuba mengawal api (K2).
(Ayat campuran yang mengandungi satu klausa utama dan dua ayat kecil; atau ayat
tunggal dengan ayat keterangan waktu dan keterangan pertentangan).
contoh 4:
Projek-projek besar kerajaan diharap menjana pertumbuhan ekonomi negara (U1)
dengan meluaskan pekerjaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi
pembinaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K2) selain
menyediakan infrastruktur negara (U2).
(Ayat campuran yang terdiri daripada ayat gabungan ayat keterangan cara).
17. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 17
Proses Penerbitan Ayat
Terdapat tiga proses penerbitan ayat, iaitu penambahan/penyisipan, pengguguran dan
penyusunan semula/pemindahan unsur. Dalam bahagian ini akan dibincangkan proses
yang dapat menerbitkan ayat yang posisi pangkalnya tidak diisi oleh frasa nama.
Dengan kata lain, ayat yang tidak bermula dengan frasa nama. Hal ini perlu dijelaskan
kerana ada orang berpandangan bahawa sesetengah jenis perkataan/frasa, misalnya
kata tunjuk dan frasa sendi nama, tidak boleh mengisi posisi ini.
Nota: Istilah yang biasa digunakan untuk proses penerbitan ayat ialah proses sintaksis
atau transformasi.
a) Ayat bermula dengan FK, FA dan FSN
Proses transformasi yang dapat menjana ayat seperti ini ialah penyusunan semula
urutan subjek dan predikat. Dalam proses ini, seluruh predikat atau sebahagian
unsurnya akan dipindahkan ke pangkal ayat, lalu mengubah pola ayat menjadi predikat
+ subjek atau predikat (sebahagian) + subjek + predikat (sebahagian). Oleh sebab
predikat ayat mungkin terdiri daripada frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) atau frasa
sendi nama (FSN), ayat yang terjana akan bermula dengan jenis frasa ini.
(2) a. Berdamai juga mereka akhirnya.
b. Sungguh indah pemandangan di pantai ini.
c. Di sinilah rumah saya.
Ayat (2a) bermula dengan FK berdamai, ayat (2b) bermula dengan FA sungguh
indah dan ayat (2c) bermula dengan FSN disinilah. Ayat (2a) diterbitkan melalui
pemindahan sebahagian unsur predikat berdamai juga akhirnya manakala ayat (2b)
dan (2c) diterbitkan melalui pemindahan seluruh predikat. Ayat asalnya adalah seperti
yang berikut:
(2) a. Mereka berdamai juga akhirnya.
b. Pemandangan di pantai ini sungguh indah.
c. Rumah saya di sinilah.
Nota: Oleh sebab ayat yang melalui proses transformasi penyusunan semula ini
18. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 18
berstruktur terbalik, iaitu predikat + subjek, ia juga dikenali sebagai ayat songsang.
Proses yang menerbitkannya dikenali juga sebagai penyongsangan ayat.
b) Ayat bermula dengan kata kerja, kata adjektif, kata tunjuk dan kata hubung
Proses transformasi yang dapat menjana ayat seperti ini ialah pengguguran perkataan.
Dalam proses ini, perkataan yang menjadi inti bagi FN yang berfungsi sebagai subjek
sesuatu ayat digugurkan, meninggalkan unsur keterangan bagi FN berkenaan untuk
mengisi posisi subjek ayat. Oleh sebab keterangan bagi sesuatu FN boleh terdiri
daripada KK, KA, kata tunjuk atau kata hubung, ayat yang terjana akan bermula
dengan jenis perkataan ini.
(3) a. Membaca meluaskan pengetahuan.
b. Putih melambangkan kesucian dan keikhlasan.
c. Itu menara Kuala Lumpur.
d. Yang tinggi itu menara Kuala Lumpur.
Semua ayat (3a-d) telah melalui pengguguran kata nama yang menjadi inti FN subjek.
Dalam ayat (3a), KN yang digugurkan ialah hobi (daripada FN hobi membaca).
Dalam ayat (3b) KN yang digugurkan ialah warna (daripada FN warna putih).
Dalam ayat (3c), KN yang digugurkan ialah bangunan (daripada FN bangunan itu).
Perlu dijelaskan bahawa FN bentuk ini hanya boleh melalui pengguguran KN inti jika
predikat ayat ialah FN (menara Kuala Lumpur ialah FN). Jika tidak, ayat (4a) dan
(4b) yang dijana tidak gramatis.
(4) a. Bangunan itu sangat cantik.
a. *Itu sangat cantik.
b. Bangunan itu di Kuala Lumpur.
b. *Itu di Kuala lumpur.
Pengguguran KN bangunan daripada FN bangunan itu menyebabkan ayat yang
dijana tidak gramatis kerana predikat ayat berkenaan ialah FA sangat cantik (4a) dan
FSN di Kuala Lumpur (4b).
Dalam ayat (3d) KN yang digugurkan ialah bangunan (daripada FN bangunan yang
tinggi itu). Perlu dijelaskan bahawa FN bentuk ini hanya boleh melalui pengguguran
19. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 19
KN inti jika predikat ayat ialah FN (menara Kuala Lumpur ialah FN). Jika tidak, ayat
(5a) dan (5b) yang dijana tidak gramatis.
(5) a. Bangunan yang tinggi itu sangat cantik.
a. *Yang tinggi itu sangat cantik.
b. Bangunan yang tinggi itu di Kuala Lumpur.
b. *Yang tinggi itu di Kuala lumpur.
Pengguguran KN bangunan daripada FN bangunan yang tinggi itu menyebabkan
ayat yang dijana tidak gramatis kerana predikat ayat berkenaan ialah FA sangat cantik
(5a) dan FSN di Kuala Lumpur (5b).
Ayat asal bagi (3a-d) adalah seperti yang berikut:
(3) a. Hobi membaca meluaskan pengetahuan.
b. Warna putih melambangkan kesucian dan keikhlasan.
c. Bangunan itu menara Kuala Lumpur.
d. Bangunan yang tinggi itu menara Kuala Lumpur.
8.ANALISIS
Berdasarkan teks yang dipilih, iaitu Bahasa Emosi dalam Kehidupan terdapat banyak
ayat majmuk di dalamnya. Dapatan daripada analisis yang terdapat dalam Lampiran I
menunjukkan keseluruhan ayat yang terdapat di dalam teks merupakan ayat majmuk
iaitu 100.00% berbanding dengan ayat tunggal iaitu (00.00%) . Manakala Ayat Majmuk
Campuran lebih banyak berbanding Ayat Majmuk Gabungan dan Ayat Majmuk
Pancangan.
Dan Ayat Majmuk Pancangan Komplemen merupakan ayat yang paling sedikit.
Berikut adalah beberapa contoh ayat majmuk yang terdapat dalam petikan :
Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan merupakan dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi
satu ayat dengan menggunakan kata hubung dan , atau, tetapi, serta dan lain-lain lagi.
Pertuturan bahasa dan kata-kata melibatkan emosi, seperti rasa cinta, kasih, sedih,
gembira dan takut. (perenggan 1:3)
20. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 20
Kata-kata dan bahasa banyak dipengaruhi oleh emosi. (perenggan ke2:3)
Emosi merujuk perasaan atau reaksi afektif. (perenggan 6:2)
Emosi merupakan kombinasi faktor persekitaran dan baka yang kompleks. (perenggan
ke 9: 1)
Setiap individu memerlukan hubungan persahabatan, jagaan, kemesraan dan kasih
sayang.(perenggan 18:5)
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang
dipancangkan atau menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Terdapat tiga bentuk
ayat majmuk pancangan.
a. Ayat Majmuk Pancangan Relatif
Ayat relatif biasanya dikenal dengan penggunaan perkataan yang yang
memancangkan ayat kecilnya dan menggantikan bahagian frasa yang berulang.
Seorang dewasa yang marah akan mengeluarkan kata-kata emosi dengan penuh
kemarahan. (perenggan 2:9)
Perasaan yang menyeronokkan bagi seseorang itu mungkin menimbulkan kebosanan
bagi orang lain. (perenggan 8:5)
Bagi Charles Kingsley, perasaan bagaikan bahan kimia yang semakin dianalisis
semakin busuk baunya. (perenggan 13:8)
Bahasa yang digunakan mestilah dalam bentuk menjaga keseimbangan emosi.
(perenggan 18:8)
Mengawal bahasa yang lahir dari hati juga menjadi kewajipan bagi umat
Islam.(perenggan 21:12)
b. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
Ayat komplemen ialah sebahagian ayat dalam binaan ayat majmuk yang berfungsi
sebagai ulasan yang melengkapkan ayat tersebut. Kata hubung komplemen seperti
bahawa untuk dan demi digunakan untuk memancangkan ayat komplemen.
Pendeta Zaaba dalam Ilmu Mengarang Melayu (2002:214) menjelaskan bahawa
bahasa emosi ialah bahasa merajuk.(perenggan 5:1)
21. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 21
Hadis ini menunjukkan bahawa ketika berbicara seseorang itu mestilah dikawal oleh
akalnya. (perenggan 22:1)
Peribahasa melayu ada mengatakan bahawaikut hati mati, ikut rasa binasa.
(perenggan 12:10)
c. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Ayat keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat
kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Contoh kata
hubung yang digunakan ialah ketika, semoga kerana, semasa, dengan dan
sungguhpun.
Bahasa diluahkan melalui kata-kata dengan penuh perasaan. (perenggan 1:1)
Seorang anak kecil akan menangis dengan penuh emosi. (perenggan 2:5)
Begitulah juga andai seorang dewasa itu tidak dapat mengawal emosinya, dia akan
berkata-kata mengikut perasaan hati. (perenggan 3:1)
Bercakap tanpa berfikir menyebabkan mudahnya seseorang itu dipengaruhi oleh
emosi. (perenggan 15:7)
Kecerdasan emosi dapat dilihat apabila seseorang itu berkata-kata dengan penuh
bijaksana. (perenggan 18:1)
Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat,
iaitu yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan
berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Ayat demikian biasanya panjang seperti dalam
contoh-contoh berikut:
Kajian berkaitan dengan bahasa menjelaskan bahawa emosi mempengaruhi hati dan
menyebabkan kata-kata yang dikeluarkan penuh dengan emosi. (perenggan 4:1)
Perbezaan ini disebabkan oleh emosi yang dianggap sebagai tindakan terhadap
sesuatu perkara yang relevan kepada keperluan, matlamat dan yang penting, untuk
dirinya.(perenggan 9:14)
Oleh yang demikian, akal ialah kekuatan daya fikir yang berupaya mengawal apa-apa
juga bahasa dan perkataan yang lahir dari hati yang dipengaruhi oleh manusia.
(perenggan ke 12:1)
22. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 22
Sikap dalam aktiviti berfikir menurut tokoh Islam Taha Jabir Al-Awani, mengingatkan
kita bahawa usaha berfikir merupakan suatu usaha atau amalan yang sangat berkaitan
dengan pelakunya. (perenggan 15:1)
Psikologi pembangunan manusia mendapati bahawa melalui didikan, ilmu yang tinggi
dan iman yang mantap, seseorang itu akan dapat mengawal emosinya dengan fikiran
yang seimbang. (perenggan 17:6)
9.PENUTUP
Berdasarkan analisis yang telah dibuat, kita telah memperolehi beberapa maklumat
yang penting berkaitan teks yang dikaji iaitu untuk menganalisis dan membuat
perbandingan terhadap jenis ayat yang terdapat dalam teks. Didapati ayat tunggal
tidak wujud dalam teks yang dikaji sebaliknya semua ayat yang terdapat dalam teks
ialah ayat majmuk. Ayat majmuk tersebut terbahagi kepada tiga jenis iaitu ayat majmuk
gabungan, ayat pancangan, dan ayat majmuk campuran. Dari segi bilangan, ayat
majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran menunjukkan bilangan yang sama,
manakala ayat majmuk campuran kurang berbanding yang lain. Pada masa akan
datang, kajian lanjutan boleh dibuat sama ada dengan menambahkan teks yang sama
genre atau genre yang lain, atau cakupan yang lebih luas seperti dengan mengambil
kira jenis ayat yang berdasarkan intonasi. Contohnya, ayat tunggal yang berintonasi
ayat penyata, tanya, perintah, atau seruan. Begitu juga dengan ayat majmuk, boleh
dilihat dari sudut intonasinya. Selain itu, kajian juga boleh dibuat merujuk kepada
penulisan berbentuk sastera seperti puisi, sajak, gurindam dan sebagainya. Dapatlah
dirumuskan bahawa ayat majmuk bermaksud gabungan dua ayat tunggal atau lebih
mengikut cara tertentu sehingga menerbitkan ayat yang baharu.
Refleksi
Bibliografi
Buku
Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman dan
Ton Ibrahim, (2012) ,Tatabahasa Asas. Rawang : Persatuan Pendidikan
Bahasa Melayu Malaysia.
Aminudin Mansor,(2013), Dewan Bahasa Jun 2013 ,Hulu kelang, Dewan Bahasa Dan
Pustaka
23. Sintaksis Bahasa Melayu (BMM3110)
Wan Noryatini bt. Mahmood 23
Kamus Dewan Edisi Ketiga.(2005) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood, (2010).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Shahidah Hashim, (2012). Bahasa Melayu Teks STPM. Kuala
Lumpur : Oxford Fajar Sdn Bhd.
Raminah Haji Sabran et.Al (1985) Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan,
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Internet
http://www.slideshare.net/mohamednaim/kata-hubung-pancangan-keterangan
www.tutor.com.my/.../ayat_majmuk.../ayat_majmuk
www.tutor.com.my/stpm/ayat_majmuk_pancangan/ayat_majmuk_pancangan.htm