ݺߣ

ݺߣShare a Scribd company logo
MORFOLOGI
           DAN
        SINTAKSIS

     HJ FAUZI BIN SALLEH
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
        27200 KUALA LIPIS
Secara          umumnya, tatabahasa bahasa
                                  Melayu mencakupi dua bidang:
                                  Morfologi: kajian tentang kata dan
                                  pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan.
                                  Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat.

                                 Morfologi ialah bidang yang mengkaji
•1Morfologi
     o   1.1Morfem                     struktur,  pembentukan     kata   dan
                                        golongan kata. Dalam morfologi, unit
            1.1.1Morfemterikat/imbuhan
     o   1.2ProsesPembentukanKata terkecil yang mempunyai makna dan
     o   1.3GolonganKata              tugas nahu ialah morfem. Para pelajar
•2Sintaksis
     o   2.1Ayat                       juga perlu mengetahui maksud istilah
     o   2.2Frasa                      morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua
•3Lihatjuga
                                        adalah berbeza dari segi fungsi dan
                                  konsep.
Tatabahasa                      Sintaksis
bahasa Melayu                    Golongan kata
                                         Katanama
                                       Katagantinama
  Morfologi                              Katakerja
                                         Katasifat
  Jenis ayat                             Katatugas
Ayatpenyata                             Katahubung
       Ayattransitif                 Kataketerangan
    Ayatintransitif                     Katasendi
        Ayataktif          Pembentukan kata
        Ayatpasif
        Ayatnafi
                               Imbuhankatanama
    Ayatsongsang
                               Imbuhankatakerja
        Ayatinti
                                   Istilahpinjaman
    Ayatgabungan                      Lain-lain
Ayatperintah
   Ayattanya
                                      Katabilangan
    Ayatseru
                                        Kataistilah
                                Penjodohbilangan
                                      Bentukjamak
                                       HukumD-M
Morfem
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata
tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil,
maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem.
Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika
dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh
dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya,
perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem
terikat.
                   Morfem Bebas                 Morfem terikat/imbuhan
          Dapatberdirisendiri,misalnya:   Bentukimbuhan,misalnya:
          minum, cuti, sekolah, periksa    mem, per, kan, ber

                                             Tidakmempunyaimaknatetapi
                                             mempunyaifungsitatabahasaatau
          Mempunyaimaksudsendiri.          nahu.Bolehmengubahmakna
                                             sesuatukatadanseterusnyamakna
                                             ayat.
Morfem terikat/imbuhan
Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:
•Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar.
Misalnya membaca, menghafal.
•Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar.
•Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar.
Misalnya telapak (tapak)
•Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran
kata dasar. Misalnya, imbuhan per....andalam permainan.

Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem
MORFEM --> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA -->
AYAT
Sintaksis
Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji
bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan
sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-
hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam
ayat.

Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit
yang membentuk ayat.
Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah.

Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad
sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek
dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk
klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula
mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa
kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
Frasa
Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada
sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu
perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan
atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan
predikat.

Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK,
FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua
jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa
endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur
inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan
mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini
kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur
inti setiap frasa itu.
Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis
kata nama)
Frasa




Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis
kata nama)
Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak
mempunyai unsur inti contohnya ke tandas dan di sekolah .
Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada
tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana
pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.
Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya
berbanding "ayat aktif" yang menekankan si pelaku. Kedua-dua
ayat tidak ada kelainan makna apa pun. Bagaimanapun, sasterawan
dan penulis yang baik sering menggunakan ayat aktif dan ayat pasif
secara sedar, bergantung kepada apa yang hendak ditekankan.
Kebetulan, hikayat-hikayat Melayu dan karya sastera Melayu lama
lebih banyak menggunakan ayat pasif. Prof. St. Takdir Alisjahbana
 berpendapat bahawa kejadian itu disebabkan oleh cara hidup atau
sikap pasif orang Melayu pada zaman silam. Bagaimanapun, ahli
bahasa Awang Sariyan tidak bersetuju dengan pendapat itu, dan
berasa bahawa pemilihan ayat pasif itu sebenarnya "mencerminkan
budi dan peribadi orang Melayu yang tidak menekankan ego
individu". Menurutnya, "barangkali dengan perubahan nilai hidup
moden, penulis sekarang lebih banyak menggunakan ayat aktif
yang menekankan pelaku".
Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya
berbanding "ayat aktif" yang menekankan si pelaku. Kedua-dua
ayat tidak ada kelainan makna apa pun. Bagaimanapun, sasterawan
dan penulis yang baik sering menggunakan ayat aktif dan ayat pasif
secara sedar, bergantung kepada apa yang hendak ditekankan.
Kebetulan, hikayat-hikayat Melayu dan karya sastera Melayu lama
lebih banyak menggunakan ayat pasif. Prof. St. Takdir Alisjahbana
 berpendapat bahawa kejadian itu disebabkan oleh cara hidup atau
sikap pasif orang Melayu pada zaman silam. Bagaimanapun, ahli
bahasa Awang Sariyan tidak bersetuju dengan pendapat itu, dan
berasa bahawa pemilihan ayat pasif itu sebenarnya "mencerminkan
budi dan peribadi orang Melayu yang tidak menekankan ego
individu". Menurutnya, "barangkali dengan perubahan nilai hidup
moden, penulis sekarang lebih banyak menggunakan ayat aktif
yang menekankan pelaku".
Ayat pasif untuk pelaku pertama dan kedua
Proses membentuk ayat pasif diri pertama dan kedua adalah sama dan terdiri
daripada dua langkah:
Objek dipindahkan ke pangkal ayat;
Awalan meN digugurkan.
Kesalahan yang biasa berlaku
1. Kesalahan menggunakan aturan ayat pasif bahasa Inggeris
Kesalahan yang agak meluas berasal khususnya daripada mereka yang bersikap
keinggerisan. Misalnya:
Surat itu telah dihantar oleh saya semalam.
Borang itu mesti diisikan oleh anda dahulu.
Dalam bahasa Inggeris, ayat di atas memang boleh diterima:
That letter was sent by me yesterday.
The form must be filled by you first.
Sebenarnya, aturan di atas ini juga merupakan aturan ayat pasif untuk pelaku
ketiga. Umpamanya, ayat-ayat yang berikut adalah betul:
Surat itu telah dihantar oleh Ali semalam.
Borang itu mesti diisikan oleh pemohon dahulu.
Oleh itu, kesalahan ini juga boleh dianggap sebagai "kesalahan menggunakan
aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga".
2. Kesalahan tidak menggugurkan meN

                                                           Ayat pasif
           Ayat aktif
                                             Salah                            Betul
  Saya membelikeretaitu        Keretaitusaya                Keretaitusaya belidaripada
  daripadaAli.                   membelidaripadaAli.           Ali.
  Anda mesti                      Soalan-soalanitumesti anda   Soalan-soalanitumesti anda
  menjawabsoalan-soalanitu.     menjawab.                      jawab.
  Kamu mestilah menyiapkan        Kerjaitumesti kamu           Kerjaitumesti kamu
  kerjaituhariini.             menyiapkanhariini.           siapkanhariini.
 3. Kesalahan menyisipkan kata lain antara pelaku dengan kata
 kerja pasif
 Frasa subjek dan kata kerja pasif merupakan satu ikatan yang tidak
 boleh dipisahkan. Oleh itu, jika anda menggunakan kata bantu atau
 kata nafi, kata itu tidak boleh disisipkan antara pelaku dengan kata
 kerja pasif.

                     Salah                                           Betul
 Bukuitusaya telah baca.                       Bukuitutelah saya baca.
 Bukuitusaya tidak baca.                       Bukuitutidak saya baca.
 Kerjaitukamu mesti siapkanhariini.          Kerjaitumesti kamu siapkanhariini.
Ayat pasif untuk pelaku ketiga
Oleh sebab aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga sama saja dengan
aturan ayat pasif bahasa Inggeris, kesalahan ayat pasif ini jarang dibuat
oleh mereka yang bersikap keinggerisan. Sebaliknya, kesalahan ayat
pasif ini dibuat oleh kalangan yang sepatutnya fasih dalam bahasa
Melayu tetapi suka menggunakan bahasa dengan cara yang mudah.
Memang ada baiknya menggunakan bahasa yang mudah supaya semua
orang mudah faham, tetapi bahasa yang mudah mesti juga mematuhi
aturan.

Kesalahan yang biasa berlaku
Ayat-ayat berikut yang salah lazim diucapkan orang sehingga
dianggap betul.


                   Salah                                     Betul
BukuituAhmad baca.                       Bukuitudibaca oleh Ahmad.
Suratituabang hantarsemalam.            Suratitudihantar oleh abangsemalam.
                                           Kerjaitumesti disiapkan oleh merekahari
Kerjaitumereka mesti siapkanhariini.
                                           ini.
Perbandingan antara bentuk kata kerja pasif diri

                           Pasif diri
  Kata kerja aktif                         Pasif diri kedua         Pasif diri ketiga
                           pertama
     memberi                sayaberi          andaberi                 diberi
     menyapu                 kusapu            kausapu                  disapu
      melukis              kamilukis         kamulukis                dilukis
     membayar              kitabayar         andabayar                dibayar
  Ayat pasif yang lain
  Ayat pasif "ber"
  Selain daripada digunakan dalam ayat aktif, awalan "ber" kekadang
  juga digunakan dalam ayat pasif selepas "belum" dan "sudah" sebagai
  ganti untuk awalan "di":

             Penggunaan "ber"                       Penggunaan "di"
    Seluarsayabelumberjahit.           Seluarsayabelumdijahit.
    Suratitusudahbertaip.              Suratitusudahditaip.
    Pinturumahsudahberkunci.           Pinturumahsudahdikunci.
Bagaimanapun, kedua-dua awalan membawa konotasi yang berlainan.
Awalan "di" membawa tanggapan bahawa kata kerja pasif itu dihubungkan
dengan pelaku ketiga, sedangkan awalan "ber" tidak ada penekanan pelaku
sama sekali. Ini disebabkan bahawa "di" sering diikuti oleh "oleh",
umpamanya "Seluar saya belum dijahit oleh seseorang". Bagaimanapun,
penggunaan "ber" dalam bentuk ini juga membayangkan kekayaan gaya
bahasa Melayu yang menyebabkan bahasa ini hidup dan menarik.

Ayat pasif "ter"
Awalan "ter" dalam ayat pasif biasanya berkaitan dengan keupayaan dan
tanda selesainya sesuatu perbuatan atau perbuatan yang sedia berlaku.
     Menunjukkan keupayaan                       Menunjukkan perbuatan yang siap
 Batuyangbesar
                                      Kedaiitutertutupsejaktadi.
 ituterangkatolehku.
 Projekyangrumit
 ituterlaksanajugaolehusahawan   BukuiniterkarangolehAwangSariyan.
 baru.
 Cita-citaibuyangbesar
                                      Perabotdiruangtamuitutersusun.
 itutertunaijugaolehnya.
Dalam penggunaan bahasa sekarang, bentuk ayat pasif sedemikian untuk
 menunjukkan keupayaan amat kurang, tetapi masih sah.

 Ayat pasif "ke-an"
 Ayat pasif yang menggunakan imbuhan "ke-an" sebagai ganti untuk
 "mengalami keadaan" ialah ungkapan yang tetap bentuknya dan tidak
 dapat diubah-ubah lagi. Bagaimanapun, dengan berdasarkan pola yang
 sedia ada itu, banyak lagi ayat pasif "ke-an" dapat dibentukkan.



   Penggunaan bentuk pasif "ke-an"                      Maksud
Keranalewatbangun,sayaketinggalan   Keranalewatbangun,sayamengalami
bas.                                     keadaan "ditinggalkan bas".
                                         Jiransayamengalami keadaan "hartanya
Jiransayakecurianmalamtadi.
                                         dicuri orang".
                                         Orangitumengalami keadaan "suaminya
Orangitubarukematian suami.
                                         mati".
Ayat pasif "kena"
 Ayat pasif yang menggunakan kata "kena" sebagai
 ganti untuk awalan "di" lebih banyak digunakan oleh
 orang dalam pertuturan. Bagaimanapun, bentuk pasif
 ini boleh juga digunakan untuk gaya bahasa sebagai
 pilihan lain.

   Penggunaan "kena"            Penggunaan "di"
Pemanduitukena saman.     Pemanduitudisaman.
Budaknakalitukena pukul. Budaknakalitudipukul.
Pencuriitukena tangkap.   Pencuriituditangkap.
Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan
maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan
sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat
saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu,
sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang
lain, sesuai dengan keperluan.
Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam:
Ayat penyata:
     Ayat transitif dan ayat intransitif
     Ayat aktif dan ayat pasif
     Ayat sungsang
     Ayat nafi
     Ayat inti dan ayat gabungan
Ayat perintah
Ayat tanya
Ayat seru
.
Ayat pasif
Rencana utama: Ayat pasif (bahasa Melayu)
Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan
subjek, ayat pasif memberikan penekanan terhadap
objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak
dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan.
Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang
anda hendak pentingkan atau menegaskan.
Contohnya:
Perkara itu sudah diselesaikannya; atau
Perkara itu sudah diselesaikan
adalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu",
bukan pelaku yang menyelesaikan perkara itu.
Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan
perkara itu." Ayat itu menegaskan pelaku "dia".
Ayat perintah
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu
yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan,
ajakan, silaan, doa, dan harapan.
           Jenis perintah          Contoh penggunaan
Perintah                    Berdiridiataskerusiitu.
Suruhan                     Ikattalikasutandadenganbetul.
                            Jangan pergikesungaiyang
Larangan
                            dalamairnya.
Permintaan                  Tolong angkatbajuitu.
Ajakan                      Mengucaplahbanyak-banyak.
Silaan                      Silajamuselera.
Doa                         Syukurlahkamusudahkembali.
                            Harap-harapharitidakhujan.
Harapan
Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai
susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan.
Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada
orang yang ayat perintah itu ditujukan.
Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa
awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak digugurkan.
Aturan yang perlu dipegang ialah:
Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak
memerlukan objek): awalan tidak boleh digugurkan.
Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan
objek): awalan meN hendaklah digugurkan.
Ayat nafi
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan
"tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk
menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.
Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk
menekankan atau menegaskan sesuatu maksud.
Contohnya:

             Ayat biasa                        Ayat nafi
                                  Cadangannyatidakperlukita
 Cadangannyaharusdiketepikan.
                                  pedulikan.

 Kerjaketuamemangsusah.        Kerjaketuatidakpernahsenang.
Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di
atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi
menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa
menyatakan maksud secara biasa sahaja.
Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh
diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya:
Bukankah orang itu guru kamu?
Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu?
Anda sudah faham, bukan?
Penggunaan dengan frasa nama
Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya
ialah frasa nama. Contohnya:
Ini bukan kucing.
Malaysia bukan negara republik.
Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia.
Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada
frasa nama dalam hubungan seperti yang berikut:
Dia bukan bodoh, tetapi malas.
Dia bukan belajar, tetapi bermain.
Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata
tidak":
Dia tidak bodoh, tetapi malas.
Dia tidak belajar, tetapi bermain.
Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit
perubahan maksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara
biasa, sedangkan penggunaan "bukan" menekankan pertentangan dua
keadaan secara jelas.
Penggunaan dengan frasa sendi
Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut
kesesuaian, umpamanya:
Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.
Saya bukan dari sektor kerajaan.
Malaysia bukan di benua Afrika.
Buku ini bukan untuk anda.
Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh
saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan
kata "bukan" dan "tidak".
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara
penggunaan kata "bukan" dan "tidak".
[sunting]Ayat tanya
Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:
[sunting]Cara-cara untuk membentuk ayat tanya
[sunting]1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata

           Ayat penyata                           Ayat tanya
 Tetamusudahtiba.                    Tetamusudahtiba?
 Buahitusudahmasak.                 Buahitusudahmasak?
 Merekahendakmenolongkita.          Merekahendakmenolongkita?
Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya
boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam
pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir
ayat.
[sunting]2. Menggunakan partikel "kah"
Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui
penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang:


           Ayat penyata                         Ayat tanya
   Tetamusudahtiba?                  Sudahtibakahtetamu?
   Buahitusudahmasak?               Sudahmasakkahbuahitu?
   Merekahendakmenolong             Hendakmenolong
   kita?                               kitakahmereka?
Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk
mengelakkan kesamaran makna.
3. Menggunakan pelbagai kata
Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan
kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa,mengapa, mana, dan siapa.

                                                 Ayat tanya
            Kata
                             Tanpa partikel "kah"         Dengan partikel "kah"
Ada                        Tiada                         Adakahcarasayainibetul?
                                                         Apakahyangkamubeli
Apa                        Apayangkamubelitadi?
                                                         tadi?
                           Bagaimanacarauntuk         Bagaimanakahcarauntuk
Bagaimana
                           mendaftardiri?               mendaftardiri?
Bila                       Bilaayahkamupulang?        Bilakahayahkamupulang?
                           Mengapakamudatang          Mengapakahkamudatang
Mengapa
                           lambathariini?.             lambathariini?.
Mana                       Manaibu?                     Manakahibu?
                                                         Siapakahnamajiranbaru
Siapa                      Siapanamajiranbarukamu?
                                                         kamu?
Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah".
Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.
[sunting]Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung
ayat. Umpamanya:
Tetamu sudah tibakah?
Buah itu sudah masakkah?
Mereka hendak menolong kitakah?
Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti
berikut:
Tetamu sudah tibake?
Buah itu sudah masakke?
Mereka hendak menolong kitake?
"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan
dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.
Ayat songsang
Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula
terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat
biasa:
AYAT BIASA
→
SUBJEK + PREDIKAT
AYAT SONGSANG
→
PREDIKAT + SUBJEK
AYAT PASIF
→
OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK
Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu
supaya membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang
sekali sekala akan menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar.
Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan
predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.
Jenis ayat           Susunan biasa                 Susunan songsang
                           EncikYosribirokrat.           BirokratlahEncikYosri.
 Ayat inti
                           Kucingituke sana.             Ke sanakucingitu.
                           Orangituadik kamu?            Adik kamukahorangitu?
 Ayat tanya
                           Kamubelum makan?               Belum makankahkamu?
                           Suratituakan saya kirimkan.   Akan saya kirimkansuratitu.
 Ayat pasif                Sayaketinggalan baspada      Ketinggalan bassayapada
                           hariitu.                       hariitu.

Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel
"kan" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu
digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.
[sunting]Ayat inti
Rencana utama: Ayat inti (bahasa Melayu)
Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk
menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan
sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas
ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti
amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu,
sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan
cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.
Ayat gabungan
Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang
digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung
seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan
pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu
mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:
Ayat dengan ayat
Subjek dengan subjek
Predikat dengan predikat
Adverba dengan adverba
Objek dengan objek.
Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.
Jenis ayat gabungan            Ayat komponen                   Ayat gabungan
                            Abuamatrajinbekerja.         Abuamatrajinbekerjadan
Ayat dengan ayat
                            Majikanmenaikkangajinya.      majikanmenaikkangajinya.

                            Alisukamakanmanggis.         AlidanAhmadsukamakan
Subjek dengan subjek
                            Ahmadsukamakanmanggis.       manggis.

                            Merekamenghadiriceramah
                                                            Merekamenghadiriceramahitu
                            itu.
Predikat dengan predikat                                    keranamerekamenganggap
                            Merekamenganggapceramah
                                                            ceramahitusangatberfaedah.
                            itusangatberfaedah.

                            Sayaakanmenghabiskankerja
                            itubesok.                      Sayaakanmenghabiskankerja
Adverba dengan adverba
                            Jikatidakjadi,sayaakan     itubesokataulusa.
                            menghabiskankerjaitulusa.
                            Ibumembelisayurdipasar.     Ibumembelisayurdanikandi
Objek dengan objek
                            Ibumembeliikandipasar.      pasar.
Ayat gabungan dengan kata                                   Sedangkandiatidakdapat
penghubung yang             -                               memasukikolejitu,apatahlagi
berpasangan                                                 saya.
Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat
mengaitkan dua ayat yang seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya:
Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar.
Polar tidak percaya.
Kedua-dua ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal
sedemikian, ayat gabungan yang berikut amat perlu digunakan:
Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar, tetapi Polar tidak percaya.
[sunting]Ayat pancangan
Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar
dan satu klausa (ayat kecil), umpamanya:
Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.
Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.
Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih
askar berbanding dengan tentera Jepun.
Golongan Kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat bahagian
yang besar:
Kata nama
Kata kerja
Adjektif
Kata tugas.
Bahagian-bahagian itu terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian
dan kata tugas. "Kata isian" ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa
berkembang. Kata nama, kata kerja dan adjektif ialah kata isian terbuka.
"Kata tugas" pula ialah kumpulan kata tertutup, contohnya dan, itu, amat,
walaupun dan sebagainya. Kata-kata juga boleh digolongkan berdasarkan
faktorsintesis dan semantik.
Kata nama
Rencana utama: Kata nama
Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitunama am, nama
khas, ganti nama dan nama terbitan. Kata nama am ialah kata yang
digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang,
haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan,
tempat , benda, dan sebagainya secara umum. Kata nama khas ialah kata
nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu
benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti
nama pula ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang
atau sebagai penunjuk. Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am
atau kata kerja diberi imbuhan.
Kata kerja
Rencana utama: Kata kerja
Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada
yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan,
dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja
transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan
tidak Melampau ).
[sunting]Adjektif
Rencana utama: Adjektif
Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif
seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang
menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat
sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata
berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh,
sekali, paling, agak, benar.
Kata sendi
Rencana utama: Kata sendi
Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama
dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
[sunting]Kata hubung
Rencana utama: Kata hubung
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan
perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan
ayat.
[sunting]Kata seru
Rencana utama: Kata seru
Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah,
gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya.
[sunting]Kata tanya
Rencana utama: Kata tanya
Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya
hadir di dalam predikat. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila
digunakan di awal ayat tanya. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau
di tengah ayat. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada
akhir ayat. Contoh kata tanya ialah kenapa, mengapa, bila, apa, mana,
bagaimana, siapa dan berapa.
Kata perintah
Rencana utama: Kata perintah
Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang
mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan.

Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan
sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar,
contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di
akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan
pula tersisip di tengah perkataan.

Awalan
[sunting]ke-
Awalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan
tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung
dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan
dengan awalan "ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk
membentuk perkataan yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa maksud
berikut kepada kata dasar:
penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata
dasar (kata nama): kekasih, ketua, kemudi
pe(n)-
Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud
tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa
erti-erti berikut:
alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis
orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir
sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin
orang yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok
orang yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis
milik sifat seseorang: pemuda, pembesar
ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung
hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat
Fonem pertama
Bentuk imbuhan                   Gugurkan?         Contoh                    Huraian
                   kata dasar
                      /b/          Tidak       baris→pembaris

    mem-                                                           Kecualikatapinjamandan
                      /p/           Ya        panah→pemanah      sebilangankecilkatajati
                                                                   Cth:pempamer
                       /c/                       curi→pencuri
                       /d/                    datang→pendatang
                                   Tidak
                       /j/                      jahat→penjahat
    men-              /sy/                    syarah→pensyarah
                                                                   Kecualikatapinjamandan
                      /t/           Ya           tari→penari     sebilangankecilkatajati
                                                                   Cth:pentadbir
                    (vokal)        Tidak       arah→pengarah
                      /g/          Tidak       ganti→pengganti
    meng-                                                          Kecualikatapinjamandan
                      /k/           Ya         karat→pengarat    sebilangankecilkatajati
                                                                   Cth:pengkaji
                                                                   Kecualisesetengahkata
                                                                   pinjamandansebilangan
    meny-             /s/           Ya         sakit→penyakit
                                                                   kecilkatajati
                                                                   Cth:penstabil

                       /l/
                      /m/
                                             lambung→pelampung
                       /n/
                                               makan→pemakan
                      /ng/
     me-                           Tidak       nyanyi→penyanyi
                      /ny/
                                                 rasa→perasa
                       /r/
                                               wangi→pewangi
                      /w/
                       /y/
                                                                   Untukkatadasarsatusuku
Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan perkataan
berubah misalnya pengambil (ambil) akan disebut sebagai pe-ngam-bil dan
penguji (uji) disebut pe-ngu-ji. Berbeza dengan huruf yang bermula dengan
konsonan (kecuali k, s, t dan p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan seperti
penggosok disebut peng-go-sok.
Imbuhan "pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata
kerja.
[sunting]pe-
Imbuhan awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-")
menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar
yang diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-", imbuhan "pe-"
hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut:
pelaku tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta
penerima tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah, pesakit
[sunting]per-
Imbuhan awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang
sering dijadikan kata kerja dengan berimbuhkan awalan "ber-".
Akhiran
[sunting]-an
Imbuhan akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut.
benda, bahan yang dilakukan kata dasar: kiriman, makanan
hasil perbuatan kata dasar: tulisan, bungkusan
tempat yang disifatkan kata dasar: ruangan
benda kata dasar yang besar atau luas: lautan
[sunting]Apitan
[sunting]ke-…-an
Imbuhan apitan "ke-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
hasil perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaan
keadaan yang disifatkan kata dasar: keindahan, keselesaan
[sunting]pe(n)-…-an
Imbuhan apitan "pe(n)-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud
tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti
berikut:
perbuatan: pemeriksaan, pemilihan
hasil perbuatan: pembangunan, pelaburan
Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata
kerja.
per-…-an
Imbuhan apitan "per-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
perbuatan: pertandingan, pergeseran
tempat: perumahan, perkuburan
Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "ber-" untuk kata kerja.
[sunting]Sisipan
Sesetengah kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh
imbuhan sisipan "-el-", "-em-", "-er-" dan "-in-". Contoh: tapak →
telapak; kuning → kemuning.
Dalam bahasa Melayu, kata bilangan ialah kata yang menyatakan banyaknya benda.
Kata bilangan ada enam jenis iaitu:
Kata bilangan tentu
Contoh: satu, dua, tiga
Kata bilangan tak tentu
Contoh: beberapa, banyak, segala
Kata bilangan himpunan
Contoh: kedua-dua, berbulan-bulan
Kata bilangan pecahan
Contoh: setengah, tiga suku
Kata bilangan pisahan
Contoh: tiap-tiap, masing-masing
Kata bilangan tingkat
Contoh: pertama, kedua, ketiga
Penjodoh bilangan ialah perkataan atau morfem dalam sesetengah bahasa untuk
mengelaskan atau membilang kata nama mengikut maksudnya.
[sunting]Definisi dan contoh
Dalam sesuatu bahasa yang ada penjodoh bilangan, sesuatu kata nama boleh
disertakan penjodoh bilangan, yang menunjukkan pengelasan konsepsi rujukan
 sesuatu kata nama dan sering digunakan dalam pembilangan. Sesuatu bahasa boleh
memiliki beratus-ratus penjodoh bilangan. Contohnya, dalam bahasa Melayu,
penjodoh bilangan untuk orang ialah orang, dan digunakan untuk mengira bilangan
orang, tanpa mengira apa peranan mereka:
tiga orang pelajar
tiga orang guru
Antara bahasa-bahasa yang ada penjodoh bilangan termasukbahasa Jepun,
bahasa Cina, bahasa-bahasa Asia Tenggara,bahasa-bahasa Austronesia, dan
bahasa-bahasa Maya.
[sunting]Lihat juga
Penjodoh bilangan bahasa Melayu
Penjodoh bilangan bahasa Cina
Kategori: Linguistik
Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang
mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan
mengemudiankan kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M). Istilah
Hukum D-M diperkenalkan oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam
bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia.

[sunting]Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap
keinggerisan, disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa
Melayu dengan kata nama majmuk bahasa Inggeris. Sebilangan kesalahan yang
sering berlaku adalah seperti berikut:

                                 Padanan bahasa
         Kesalahan                                             Pembetulan
                                    Inggeris
  dalamlainperkataan        in other words             dengankata-katalain
  lain-lainperkara           other matters              perkara-perkaralain
  MinahRestoran              Minah Restaurant           RestoranMinah
  Dunloptayar                Dunlop tyre                tayarDunlop
  gorengpisang               fried banana               pisanggoreng
  cilisos                    chilli sauce               soscili
Ad

More Related Content

What's hot (20)

Pola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokalPola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokal
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
ArifahAzlanShah1
Ayat majmuk campuran i
Ayat majmuk campuran iAyat majmuk campuran i
Ayat majmuk campuran i
firo HAR
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksis
murni mohamat
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologi
nurul amyeza
Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonan
bunikshah
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
princess Sakura
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
cikguniza2012
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSANFONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
NURUL AZREEN
Ayat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan iiAyat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan ii
firo HAR
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
Pihin Hassanal
Pengenalan diftong
Pengenalan diftong Pengenalan diftong
Pengenalan diftong
firo HAR
Konsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacanaKonsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacana
PANTHERSpeFITNESS
Kata kerja majmuk
Kata kerja majmukKata kerja majmuk
Kata kerja majmuk
zatris
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
IIUM
Ayat majmuk campuran i
Ayat majmuk campuran iAyat majmuk campuran i
Ayat majmuk campuran i
firo HAR
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologi
nurul amyeza
Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonan
bunikshah
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
princess Sakura
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
cikguniza2012
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSANFONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
NURUL AZREEN
Ayat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan iiAyat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan ii
firo HAR
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
Pihin Hassanal
Pengenalan diftong
Pengenalan diftong Pengenalan diftong
Pengenalan diftong
firo HAR
Kata kerja majmuk
Kata kerja majmukKata kerja majmuk
Kata kerja majmuk
zatris
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
IIUM

Similar to Morfologi (20)

NOTA Bahasa Malaysia Semester 2 2024 2021
NOTA Bahasa Malaysia Semester 2 2024 2021NOTA Bahasa Malaysia Semester 2 2024 2021
NOTA Bahasa Malaysia Semester 2 2024 2021
g26289155
ppt indo.pptx
ppt indo.pptxppt indo.pptx
ppt indo.pptx
RenitaEkaJuniariani
power_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptx
power_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptxpower_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptx
power_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptx
ImyLasama
Kalimat dalam Bahasa Indonesia
Kalimat dalam Bahasa IndonesiaKalimat dalam Bahasa Indonesia
Kalimat dalam Bahasa Indonesia
Rifka Marwani
Tugas bindo
Tugas bindoTugas bindo
Tugas bindo
Muhammad Sofyan
BAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIABAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIA
ZURYATI1
3. tatabahasa
3. tatabahasa3. tatabahasa
3. tatabahasa
khairul azlan taib
Proses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
Proses Pembubuhan Afiks dalam MorfologiProses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
Proses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
maulidanabilar
Konsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumKonsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umum
Jaf Hussin
7 kelas kata bahasa indonesia
7 kelas kata bahasa indonesia7 kelas kata bahasa indonesia
7 kelas kata bahasa indonesia
Chairil Anam
Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA
Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA
Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA
Operator Warnet Vast Raha
Makalah pembentukan kata dan kalimat
Makalah pembentukan kata dan kalimatMakalah pembentukan kata dan kalimat
Makalah pembentukan kata dan kalimat
Operator Warnet Vast Raha
Hakikat kata rrtrtrtrtws
Hakikat kata rrtrtrtrtwsHakikat kata rrtrtrtrtws
Hakikat kata rrtrtrtrtws
hendra prastyadi
Dr ton sintaksis
Dr ton sintaksisDr ton sintaksis
Dr ton sintaksis
Shah Raider
Kalimat efektif ppt
Kalimat efektif pptKalimat efektif ppt
Kalimat efektif ppt
Zsezsa Delanovita
Ad

Morfologi

  • 1. MORFOLOGI DAN SINTAKSIS HJ FAUZI BIN SALLEH IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA LIPIS
  • 2. Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang: Morfologi: kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan. Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat. Morfologi ialah bidang yang mengkaji •1Morfologi o 1.1Morfem struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit  1.1.1Morfemterikat/imbuhan o 1.2ProsesPembentukanKata terkecil yang mempunyai makna dan o 1.3GolonganKata tugas nahu ialah morfem. Para pelajar •2Sintaksis o 2.1Ayat juga perlu mengetahui maksud istilah o 2.2Frasa morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua •3Lihatjuga adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.
  • 3. Tatabahasa Sintaksis bahasa Melayu Golongan kata  Katanama  Katagantinama Morfologi  Katakerja  Katasifat Jenis ayat  Katatugas Ayatpenyata  Katahubung  Ayattransitif  Kataketerangan  Ayatintransitif  Katasendi  Ayataktif Pembentukan kata  Ayatpasif  Ayatnafi  Imbuhankatanama  Ayatsongsang  Imbuhankatakerja  Ayatinti  Istilahpinjaman  Ayatgabungan Lain-lain Ayatperintah Ayattanya  Katabilangan Ayatseru  Kataistilah  Penjodohbilangan  Bentukjamak  HukumD-M
  • 4. Morfem Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem. Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem Bebas Morfem terikat/imbuhan Dapatberdirisendiri,misalnya: Bentukimbuhan,misalnya: minum, cuti, sekolah, periksa mem, per, kan, ber Tidakmempunyaimaknatetapi mempunyaifungsitatabahasaatau Mempunyaimaksudsendiri. nahu.Bolehmengubahmakna sesuatukatadanseterusnyamakna ayat.
  • 5. Morfem terikat/imbuhan Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut: •Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca, menghafal. •Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar. •Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar. Misalnya telapak (tapak) •Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per....andalam permainan. Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem MORFEM --> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA --> AYAT
  • 6. Sintaksis Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum- hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah. Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
  • 7. Frasa Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu. Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama)
  • 8. Frasa Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama) Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya ke tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.
  • 9. Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya berbanding "ayat aktif" yang menekankan si pelaku. Kedua-dua ayat tidak ada kelainan makna apa pun. Bagaimanapun, sasterawan dan penulis yang baik sering menggunakan ayat aktif dan ayat pasif secara sedar, bergantung kepada apa yang hendak ditekankan. Kebetulan, hikayat-hikayat Melayu dan karya sastera Melayu lama lebih banyak menggunakan ayat pasif. Prof. St. Takdir Alisjahbana berpendapat bahawa kejadian itu disebabkan oleh cara hidup atau sikap pasif orang Melayu pada zaman silam. Bagaimanapun, ahli bahasa Awang Sariyan tidak bersetuju dengan pendapat itu, dan berasa bahawa pemilihan ayat pasif itu sebenarnya "mencerminkan budi dan peribadi orang Melayu yang tidak menekankan ego individu". Menurutnya, "barangkali dengan perubahan nilai hidup moden, penulis sekarang lebih banyak menggunakan ayat aktif yang menekankan pelaku".
  • 10. Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya berbanding "ayat aktif" yang menekankan si pelaku. Kedua-dua ayat tidak ada kelainan makna apa pun. Bagaimanapun, sasterawan dan penulis yang baik sering menggunakan ayat aktif dan ayat pasif secara sedar, bergantung kepada apa yang hendak ditekankan. Kebetulan, hikayat-hikayat Melayu dan karya sastera Melayu lama lebih banyak menggunakan ayat pasif. Prof. St. Takdir Alisjahbana berpendapat bahawa kejadian itu disebabkan oleh cara hidup atau sikap pasif orang Melayu pada zaman silam. Bagaimanapun, ahli bahasa Awang Sariyan tidak bersetuju dengan pendapat itu, dan berasa bahawa pemilihan ayat pasif itu sebenarnya "mencerminkan budi dan peribadi orang Melayu yang tidak menekankan ego individu". Menurutnya, "barangkali dengan perubahan nilai hidup moden, penulis sekarang lebih banyak menggunakan ayat aktif yang menekankan pelaku".
  • 11. Ayat pasif untuk pelaku pertama dan kedua Proses membentuk ayat pasif diri pertama dan kedua adalah sama dan terdiri daripada dua langkah: Objek dipindahkan ke pangkal ayat; Awalan meN digugurkan. Kesalahan yang biasa berlaku 1. Kesalahan menggunakan aturan ayat pasif bahasa Inggeris Kesalahan yang agak meluas berasal khususnya daripada mereka yang bersikap keinggerisan. Misalnya: Surat itu telah dihantar oleh saya semalam. Borang itu mesti diisikan oleh anda dahulu. Dalam bahasa Inggeris, ayat di atas memang boleh diterima: That letter was sent by me yesterday. The form must be filled by you first. Sebenarnya, aturan di atas ini juga merupakan aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga. Umpamanya, ayat-ayat yang berikut adalah betul: Surat itu telah dihantar oleh Ali semalam. Borang itu mesti diisikan oleh pemohon dahulu. Oleh itu, kesalahan ini juga boleh dianggap sebagai "kesalahan menggunakan aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga".
  • 12. 2. Kesalahan tidak menggugurkan meN Ayat pasif Ayat aktif Salah Betul Saya membelikeretaitu Keretaitusaya Keretaitusaya belidaripada daripadaAli. membelidaripadaAli. Ali. Anda mesti Soalan-soalanitumesti anda Soalan-soalanitumesti anda menjawabsoalan-soalanitu. menjawab. jawab. Kamu mestilah menyiapkan Kerjaitumesti kamu Kerjaitumesti kamu kerjaituhariini. menyiapkanhariini. siapkanhariini. 3. Kesalahan menyisipkan kata lain antara pelaku dengan kata kerja pasif Frasa subjek dan kata kerja pasif merupakan satu ikatan yang tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, jika anda menggunakan kata bantu atau kata nafi, kata itu tidak boleh disisipkan antara pelaku dengan kata kerja pasif. Salah Betul Bukuitusaya telah baca. Bukuitutelah saya baca. Bukuitusaya tidak baca. Bukuitutidak saya baca. Kerjaitukamu mesti siapkanhariini. Kerjaitumesti kamu siapkanhariini.
  • 13. Ayat pasif untuk pelaku ketiga Oleh sebab aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga sama saja dengan aturan ayat pasif bahasa Inggeris, kesalahan ayat pasif ini jarang dibuat oleh mereka yang bersikap keinggerisan. Sebaliknya, kesalahan ayat pasif ini dibuat oleh kalangan yang sepatutnya fasih dalam bahasa Melayu tetapi suka menggunakan bahasa dengan cara yang mudah. Memang ada baiknya menggunakan bahasa yang mudah supaya semua orang mudah faham, tetapi bahasa yang mudah mesti juga mematuhi aturan. Kesalahan yang biasa berlaku Ayat-ayat berikut yang salah lazim diucapkan orang sehingga dianggap betul. Salah Betul BukuituAhmad baca. Bukuitudibaca oleh Ahmad. Suratituabang hantarsemalam. Suratitudihantar oleh abangsemalam. Kerjaitumesti disiapkan oleh merekahari Kerjaitumereka mesti siapkanhariini. ini.
  • 14. Perbandingan antara bentuk kata kerja pasif diri Pasif diri Kata kerja aktif Pasif diri kedua Pasif diri ketiga pertama memberi sayaberi andaberi diberi menyapu kusapu kausapu disapu melukis kamilukis kamulukis dilukis membayar kitabayar andabayar dibayar Ayat pasif yang lain Ayat pasif "ber" Selain daripada digunakan dalam ayat aktif, awalan "ber" kekadang juga digunakan dalam ayat pasif selepas "belum" dan "sudah" sebagai ganti untuk awalan "di": Penggunaan "ber" Penggunaan "di" Seluarsayabelumberjahit. Seluarsayabelumdijahit. Suratitusudahbertaip. Suratitusudahditaip. Pinturumahsudahberkunci. Pinturumahsudahdikunci.
  • 15. Bagaimanapun, kedua-dua awalan membawa konotasi yang berlainan. Awalan "di" membawa tanggapan bahawa kata kerja pasif itu dihubungkan dengan pelaku ketiga, sedangkan awalan "ber" tidak ada penekanan pelaku sama sekali. Ini disebabkan bahawa "di" sering diikuti oleh "oleh", umpamanya "Seluar saya belum dijahit oleh seseorang". Bagaimanapun, penggunaan "ber" dalam bentuk ini juga membayangkan kekayaan gaya bahasa Melayu yang menyebabkan bahasa ini hidup dan menarik. Ayat pasif "ter" Awalan "ter" dalam ayat pasif biasanya berkaitan dengan keupayaan dan tanda selesainya sesuatu perbuatan atau perbuatan yang sedia berlaku. Menunjukkan keupayaan Menunjukkan perbuatan yang siap Batuyangbesar Kedaiitutertutupsejaktadi. ituterangkatolehku. Projekyangrumit ituterlaksanajugaolehusahawan BukuiniterkarangolehAwangSariyan. baru. Cita-citaibuyangbesar Perabotdiruangtamuitutersusun. itutertunaijugaolehnya.
  • 16. Dalam penggunaan bahasa sekarang, bentuk ayat pasif sedemikian untuk menunjukkan keupayaan amat kurang, tetapi masih sah. Ayat pasif "ke-an" Ayat pasif yang menggunakan imbuhan "ke-an" sebagai ganti untuk "mengalami keadaan" ialah ungkapan yang tetap bentuknya dan tidak dapat diubah-ubah lagi. Bagaimanapun, dengan berdasarkan pola yang sedia ada itu, banyak lagi ayat pasif "ke-an" dapat dibentukkan. Penggunaan bentuk pasif "ke-an" Maksud Keranalewatbangun,sayaketinggalan Keranalewatbangun,sayamengalami bas. keadaan "ditinggalkan bas". Jiransayamengalami keadaan "hartanya Jiransayakecurianmalamtadi. dicuri orang". Orangitumengalami keadaan "suaminya Orangitubarukematian suami. mati".
  • 17. Ayat pasif "kena" Ayat pasif yang menggunakan kata "kena" sebagai ganti untuk awalan "di" lebih banyak digunakan oleh orang dalam pertuturan. Bagaimanapun, bentuk pasif ini boleh juga digunakan untuk gaya bahasa sebagai pilihan lain. Penggunaan "kena" Penggunaan "di" Pemanduitukena saman. Pemanduitudisaman. Budaknakalitukena pukul. Budaknakalitudipukul. Pencuriitukena tangkap. Pencuriituditangkap.
  • 18. Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan. Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam: Ayat penyata: Ayat transitif dan ayat intransitif Ayat aktif dan ayat pasif Ayat sungsang Ayat nafi Ayat inti dan ayat gabungan Ayat perintah Ayat tanya Ayat seru .
  • 19. Ayat pasif Rencana utama: Ayat pasif (bahasa Melayu) Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif memberikan penekanan terhadap objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan. Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang anda hendak pentingkan atau menegaskan. Contohnya: Perkara itu sudah diselesaikannya; atau Perkara itu sudah diselesaikan adalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu", bukan pelaku yang menyelesaikan perkara itu. Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan perkara itu." Ayat itu menegaskan pelaku "dia".
  • 20. Ayat perintah Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan. Jenis perintah Contoh penggunaan Perintah Berdiridiataskerusiitu. Suruhan Ikattalikasutandadenganbetul. Jangan pergikesungaiyang Larangan dalamairnya. Permintaan Tolong angkatbajuitu. Ajakan Mengucaplahbanyak-banyak. Silaan Silajamuselera. Doa Syukurlahkamusudahkembali. Harap-harapharitidakhujan. Harapan
  • 21. Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu ditujukan. Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah: Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh digugurkan. Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah digugurkan.
  • 22. Ayat nafi Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya: Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap. Aurora bukan jururawat, tetapi doktor. Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud. Contohnya: Ayat biasa Ayat nafi Cadangannyatidakperlukita Cadangannyaharusdiketepikan. pedulikan. Kerjaketuamemangsusah. Kerjaketuatidakpernahsenang.
  • 23. Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja. Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya: Bukankah orang itu guru kamu? Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu? Anda sudah faham, bukan?
  • 24. Penggunaan dengan frasa nama Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa nama. Contohnya: Ini bukan kucing. Malaysia bukan negara republik. Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia. Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama dalam hubungan seperti yang berikut: Dia bukan bodoh, tetapi malas. Dia bukan belajar, tetapi bermain. Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata tidak": Dia tidak bodoh, tetapi malas. Dia tidak belajar, tetapi bermain. Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit perubahan maksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan "bukan" menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas.
  • 25. Penggunaan dengan frasa sendi Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya: Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit. Saya bukan dari sektor kerajaan. Malaysia bukan di benua Afrika. Buku ini bukan untuk anda. Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".
  • 26. Kesalahan yang biasa berlaku Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata "bukan" dan "tidak". [sunting]Ayat tanya Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara: [sunting]Cara-cara untuk membentuk ayat tanya [sunting]1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata Ayat penyata Ayat tanya Tetamusudahtiba. Tetamusudahtiba? Buahitusudahmasak. Buahitusudahmasak? Merekahendakmenolongkita. Merekahendakmenolongkita?
  • 27. Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat. [sunting]2. Menggunakan partikel "kah" Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang: Ayat penyata Ayat tanya Tetamusudahtiba? Sudahtibakahtetamu? Buahitusudahmasak? Sudahmasakkahbuahitu? Merekahendakmenolong Hendakmenolong kita? kitakahmereka?
  • 28. Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna. 3. Menggunakan pelbagai kata Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa,mengapa, mana, dan siapa. Ayat tanya Kata Tanpa partikel "kah" Dengan partikel "kah" Ada Tiada Adakahcarasayainibetul? Apakahyangkamubeli Apa Apayangkamubelitadi? tadi? Bagaimanacarauntuk Bagaimanakahcarauntuk Bagaimana mendaftardiri? mendaftardiri? Bila Bilaayahkamupulang? Bilakahayahkamupulang? Mengapakamudatang Mengapakahkamudatang Mengapa lambathariini?. lambathariini?. Mana Manaibu? Manakahibu? Siapakahnamajiranbaru Siapa Siapanamajiranbarukamu? kamu?
  • 29. Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan. [sunting]Kesalahan yang biasa berlaku Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya: Tetamu sudah tibakah? Buah itu sudah masakkah? Mereka hendak menolong kitakah? Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut: Tetamu sudah tibake? Buah itu sudah masakke? Mereka hendak menolong kitake? "Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.
  • 30. Ayat songsang Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa: AYAT BIASA → SUBJEK + PREDIKAT AYAT SONGSANG → PREDIKAT + SUBJEK AYAT PASIF → OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.
  • 31. Jenis ayat Susunan biasa Susunan songsang EncikYosribirokrat. BirokratlahEncikYosri. Ayat inti Kucingituke sana. Ke sanakucingitu. Orangituadik kamu? Adik kamukahorangitu? Ayat tanya Kamubelum makan? Belum makankahkamu? Suratituakan saya kirimkan. Akan saya kirimkansuratitu. Ayat pasif Sayaketinggalan baspada Ketinggalan bassayapada hariitu. hariitu. Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kan" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu. [sunting]Ayat inti Rencana utama: Ayat inti (bahasa Melayu) Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.
  • 32. Ayat gabungan Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu: Ayat dengan ayat Subjek dengan subjek Predikat dengan predikat Adverba dengan adverba Objek dengan objek. Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.
  • 33. Jenis ayat gabungan Ayat komponen Ayat gabungan Abuamatrajinbekerja. Abuamatrajinbekerjadan Ayat dengan ayat Majikanmenaikkangajinya. majikanmenaikkangajinya. Alisukamakanmanggis. AlidanAhmadsukamakan Subjek dengan subjek Ahmadsukamakanmanggis. manggis. Merekamenghadiriceramah Merekamenghadiriceramahitu itu. Predikat dengan predikat keranamerekamenganggap Merekamenganggapceramah ceramahitusangatberfaedah. itusangatberfaedah. Sayaakanmenghabiskankerja itubesok. Sayaakanmenghabiskankerja Adverba dengan adverba Jikatidakjadi,sayaakan itubesokataulusa. menghabiskankerjaitulusa. Ibumembelisayurdipasar. Ibumembelisayurdanikandi Objek dengan objek Ibumembeliikandipasar. pasar. Ayat gabungan dengan kata Sedangkandiatidakdapat penghubung yang - memasukikolejitu,apatahlagi berpasangan saya.
  • 34. Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat yang seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya: Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar. Polar tidak percaya. Kedua-dua ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal sedemikian, ayat gabungan yang berikut amat perlu digunakan: Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar, tetapi Polar tidak percaya. [sunting]Ayat pancangan Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat kecil), umpamanya: Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya. Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah. Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding dengan tentera Jepun.
  • 35. Golongan Kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat bahagian yang besar: Kata nama Kata kerja Adjektif Kata tugas. Bahagian-bahagian itu terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian dan kata tugas. "Kata isian" ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata nama, kata kerja dan adjektif ialah kata isian terbuka. "Kata tugas" pula ialah kumpulan kata tertutup, contohnya dan, itu, amat, walaupun dan sebagainya. Kata-kata juga boleh digolongkan berdasarkan faktorsintesis dan semantik.
  • 36. Kata nama Rencana utama: Kata nama Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitunama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti nama pula ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am atau kata kerja diberi imbuhan.
  • 37. Kata kerja Rencana utama: Kata kerja Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ). [sunting]Adjektif Rencana utama: Adjektif Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya). Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
  • 38. Kata sendi Rencana utama: Kata sendi Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. [sunting]Kata hubung Rencana utama: Kata hubung Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat. [sunting]Kata seru Rencana utama: Kata seru Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah, gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya. [sunting]Kata tanya Rencana utama: Kata tanya Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya hadir di dalam predikat. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat. Contoh kata tanya ialah kenapa, mengapa, bila, apa, mana, bagaimana, siapa dan berapa.
  • 39. Kata perintah Rencana utama: Kata perintah Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan. Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan. Awalan [sunting]ke- Awalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan "ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa maksud berikut kepada kata dasar: penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama): kekasih, ketua, kemudi
  • 40. pe(n)- Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut: alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin orang yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok orang yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis milik sifat seseorang: pemuda, pembesar ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat
  • 41. Fonem pertama Bentuk imbuhan Gugurkan? Contoh Huraian kata dasar /b/ Tidak baris→pembaris mem- Kecualikatapinjamandan /p/ Ya panah→pemanah sebilangankecilkatajati Cth:pempamer /c/ curi→pencuri /d/ datang→pendatang Tidak /j/ jahat→penjahat men- /sy/ syarah→pensyarah Kecualikatapinjamandan /t/ Ya tari→penari sebilangankecilkatajati Cth:pentadbir (vokal) Tidak arah→pengarah /g/ Tidak ganti→pengganti meng- Kecualikatapinjamandan /k/ Ya karat→pengarat sebilangankecilkatajati Cth:pengkaji Kecualisesetengahkata pinjamandansebilangan meny- /s/ Ya sakit→penyakit kecilkatajati Cth:penstabil /l/ /m/ lambung→pelampung /n/ makan→pemakan /ng/ me- Tidak nyanyi→penyanyi /ny/ rasa→perasa /r/ wangi→pewangi /w/ /y/ Untukkatadasarsatusuku
  • 42. Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan perkataan berubah misalnya pengambil (ambil) akan disebut sebagai pe-ngam-bil dan penguji (uji) disebut pe-ngu-ji. Berbeza dengan huruf yang bermula dengan konsonan (kecuali k, s, t dan p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan seperti penggosok disebut peng-go-sok. Imbuhan "pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja. [sunting]pe- Imbuhan awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-") menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-", imbuhan "pe-" hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut: pelaku tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta penerima tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah, pesakit [sunting]per- Imbuhan awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang sering dijadikan kata kerja dengan berimbuhkan awalan "ber-".
  • 43. Akhiran [sunting]-an Imbuhan akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut. benda, bahan yang dilakukan kata dasar: kiriman, makanan hasil perbuatan kata dasar: tulisan, bungkusan tempat yang disifatkan kata dasar: ruangan benda kata dasar yang besar atau luas: lautan [sunting]Apitan [sunting]ke-…-an Imbuhan apitan "ke-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut: hasil perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaan keadaan yang disifatkan kata dasar: keindahan, keselesaan [sunting]pe(n)-…-an Imbuhan apitan "pe(n)-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut: perbuatan: pemeriksaan, pemilihan hasil perbuatan: pembangunan, pelaburan Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.
  • 44. per-…-an Imbuhan apitan "per-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut: perbuatan: pertandingan, pergeseran tempat: perumahan, perkuburan Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "ber-" untuk kata kerja. [sunting]Sisipan Sesetengah kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh imbuhan sisipan "-el-", "-em-", "-er-" dan "-in-". Contoh: tapak → telapak; kuning → kemuning. Dalam bahasa Melayu, kata bilangan ialah kata yang menyatakan banyaknya benda. Kata bilangan ada enam jenis iaitu: Kata bilangan tentu Contoh: satu, dua, tiga Kata bilangan tak tentu Contoh: beberapa, banyak, segala Kata bilangan himpunan Contoh: kedua-dua, berbulan-bulan Kata bilangan pecahan Contoh: setengah, tiga suku Kata bilangan pisahan Contoh: tiap-tiap, masing-masing Kata bilangan tingkat Contoh: pertama, kedua, ketiga
  • 45. Penjodoh bilangan ialah perkataan atau morfem dalam sesetengah bahasa untuk mengelaskan atau membilang kata nama mengikut maksudnya. [sunting]Definisi dan contoh Dalam sesuatu bahasa yang ada penjodoh bilangan, sesuatu kata nama boleh disertakan penjodoh bilangan, yang menunjukkan pengelasan konsepsi rujukan sesuatu kata nama dan sering digunakan dalam pembilangan. Sesuatu bahasa boleh memiliki beratus-ratus penjodoh bilangan. Contohnya, dalam bahasa Melayu, penjodoh bilangan untuk orang ialah orang, dan digunakan untuk mengira bilangan orang, tanpa mengira apa peranan mereka: tiga orang pelajar tiga orang guru Antara bahasa-bahasa yang ada penjodoh bilangan termasukbahasa Jepun, bahasa Cina, bahasa-bahasa Asia Tenggara,bahasa-bahasa Austronesia, dan bahasa-bahasa Maya. [sunting]Lihat juga Penjodoh bilangan bahasa Melayu Penjodoh bilangan bahasa Cina Kategori: Linguistik
  • 46. Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M). Istilah Hukum D-M diperkenalkan oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia. [sunting]Kesalahan yang biasa berlaku Kesalahan yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap keinggerisan, disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa Melayu dengan kata nama majmuk bahasa Inggeris. Sebilangan kesalahan yang sering berlaku adalah seperti berikut: Padanan bahasa Kesalahan Pembetulan Inggeris dalamlainperkataan in other words dengankata-katalain lain-lainperkara other matters perkara-perkaralain MinahRestoran Minah Restaurant RestoranMinah Dunloptayar Dunlop tyre tayarDunlop gorengpisang fried banana pisanggoreng cilisos chilli sauce soscili