際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
TAHUN 1
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
i
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
iii
KATA PENGANTAR
Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang
memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang
bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid
menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan
pengetahuan pada abad 21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan
penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan
kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti
mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap dapat
membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran secara berkesan.
Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsur
bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar
cara belajar, penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi, teori kecerdasan pelbagai, pembelajaran
masteri, pembelajaran secara konstruktivisme, dan
pembelajaran akses kendiri. Di samping itu, nilai murni dan
semangat patriotic dan kewarganegaraan tetap diutamakan.
Semua elemen ini diharapkan dapat memberi keyakinan
kepada murid dan diaplikasikan dalam kehidupan harian
dan dunia pekerjaan.
Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral,
guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak dengan
mengambil kira perkembangan pemikiran moral, perasaan
moral dan tingkah laku moral. Pengajaran dan
pembelajaran hendaklah dilakukan secara berkesan dengan
memberi tumpuan kepada penglibatan murid secara aktif
dalam suasana yang kondusif dan menggembirakan.
Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyak
pihak yang terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab,
dan universiti serta pegawai Kementerian Pendidikan dan
individu yang mewakili badan-badan tertentu.
Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan
kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian
Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pendidikan
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih.
Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN
Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
iv
KANDUNGAN
RUKUN NEGARA i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ii
KATA PENGANTAR iii
KANDUNGAN iv
PENDAHULUAN 1
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 3
PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSI
PENDIDIKAN MORAL
6
BIDANG PEMBELAJARAN 1 :
Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri
8
BIDANG PEMBELAJARAN 2 :
Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Keluarga
16
BIDANG PEMBELAJARAN 3 :
Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Masyarakat
20
BIDANG PEMBELAJARAN 4 :
Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Alam Sekitar
24
BIDANG PEMBELAJARAN 5 :
Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Negara
28
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
1
PENDAHULUAN
Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik
murid supaya menjadi insan yang bermoral atau
berakhlak mulia dengan menekankan aspek
perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan
tingkah laku moral.
Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan
kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan
kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-
nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam
agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara
ini. Dengan itu murid dapat membina satu panduan
hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang
bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu
yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap
segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.
Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai
panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari
segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial.
Prinsip-prinsip itu adalah :
bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang
lain;
berpegang teguh pada ajaran agama;
prihatin kepada alam sekitar;
mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;
bersemangat patriotik;
menghormati hak asasi manusia; dan
mengamalkan prinsip demokrasi dalam
kehidupan.
Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk
merealisasikan semangat dan hasrat yang
terkandung dalam Rukun Negara, Wawasan 2020
dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN
Untuk membolehkan murid memahami, menghayati
serta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut,
sebanyak lima bidang pembelajaran telah dikenal
pasti dan nilai-nilai moral disampaikan menerusi
bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek
kerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaran
itu juga menekankan aspek kemasyarakatan dan
kebudayaan. Bidang pembelajaran tersebut adalah
seperti berikut :
1. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri.
2. Nilai berkaitan dengan Diri dan Keluarga
3. Nilai berkaitan dengan Diri dan Masyarakat
4. Nilai berkaitan dengan Diri dan Alam Sekitar
5. Nilai berkaitan dengan Diri dan Negara
Takrifan
Pendidikan
Moral
Lima
Bidang
Pembelajaran
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
2
Pengajaran nilai harus berfokus pada Model Insan
Menyeluruh yang meliputi tiga dimensi moral yang
saling berkaitan. (Rajah 1 : Model Insan Menyeluruh).
Perwatakan yang positif harus terdiri daripada tiga
dimensi moral ini, iaitu pemikiran moral, perasaan
moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral yang
efektif seharusnya membantu murid supaya memahami
nilai-nilai moral, menerima dan menunjukkan komitmen
terhadapnya, serta mengamalkannya dalam kehidupan
harian. Ketiga-tiga dimensi ini perlu untuk
membolehkan seseorang murid mencapai tahap
kematangan moral.
Teori perkembangan moral yang sebaik-baiknya ialah
yang mempertimbangkan ketiga-tiga dimensi ini, iaitu
pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral.
Perkembangan moral yang meliputi ketiga-tiga dimensi
ini akan menyubur dan merangsangkan lagi kesedaran
hati nurani yang menyebabkan insan berkenaan berasa
gembira membuat apa yang betul dan berasa bersalah
jika melakukan sesuatu yang tidak betul atau tidak
bermoral. Program Pendidikan Moral ini tidak
seharusnya mengabaikan aspek kesedaran hati nurani
yang berfungsi menyepadukan ketiga-tiga dimensi
moral tersebut.
Rangka
Konsepsi
PEMIKIRAN
MORAL
PERASAAN
MORAL
TINDAKAN
MORAL
KESEDARAN
HATI NURANI
RAJAH 1 : MODEL INSAN MENYELURUH
INSAN
BERAKHLAK
MULIA
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
3
Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat
membentuk individu yang berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah
keharmonian dan kestabilan negara serta
masyarakat global.
Objektif Pendidikan Moral adalah untuk
membolehkan murid:
1. Memahami dan menghayati nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia;
2. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia;
3. Menyedari dan menerima kepentingan
tanggungjawab moral dan sosial bagi
mengekalkan kesejahteraan hidup dalam
perhubungan diri dengan keluarga,
masyarakat, negara serta alam sekitar; dan
4. Mengembangkan pemikiran moral,
perasaan moral dan amalan moral dalam
membuat sesuatu pertimbangan dan
keputusan yang selaras dengan nilai-nilai
murni masyarakat Malaysia.
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk
membantu guru merancang aktiviti dan
menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dengan tahap kematangan murid.
Buku ini juga menyediakan penerangan untuk
membantu guru melaksanakan kurikulum
Pendidikan Moral dalam bilik darjah dengan
berkesan.
Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang
pembelajaran, nilai, penerangan nilai, kandungan
akademik, hasil pembelajaran, dan cadangan
aktiviti pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran
dan nilai diperincikan mengikut tahun. Walaupun
bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar
pada setiap tahun, skop dan penekanan adalah
berbeza kerana isu moral atau kandungan yang
dikemukakan semakin kompleks dan mendalam
selaras dengan tahap kematangan murid.
Huraian Sukatan Pelajaran menggunakan format
empat lajur utama, iaitu :
Lajur Nilai
Lajur Kandungan Akademik
Lajur Hasil Pembelajaran
Matlamat
Pendidikan
Moral
Objektif
Pendidikan
Moral
Tujuan
Penerangan
Lajur
1
2
Format
Empat
Lajur
3
4
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
4
Lajur
Hasil
Pembelajaran
8
Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Dalam lajur ini disenaraikan nilai-nilai yang
terkandung di bawah Bidang Pembelajaran.
Setiap nilai disertakan penerangannya yang
dipetik daripada Sukatan Pelajaran Pendidikan
Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(Semakan).
Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik
yang diolah bersesuaian dengan kebolehan dan
tahap kematangan murid bermula dari diri,
keluarga, masyarakat, negara hingga ke peringkat
antara bangsa.
Kandungan akademik bagi setiap tahun disusun
dengan jelas bermula dengan tema diikuti oleh
tajuk pengajaran dan huraian tajuk
pengajaran yang disertakan dengan contoh di mana
yang perlu bagi memudahkan pengajaran.
Dalam perkembangan kurikulum dan proses
pembelajaran, nilai dan kemahiran tidak boleh
dipisahkan daripada kandungan atau pengetahuan
akademik. Diandaikan bahawa murid akan berfikir
secara kritikal serta bertindak lebih efektif terhadap
sesuatu isu moral jika mereka dapat mengkaji dan
memahami konsep isu itu, asal usulnya dan kesan-
kesannya. Dengan adanya kandungan akademik ini,
murid dapat mentelaah dan mengkaji bahan
pembelajaran secara lebih terperinci. Kandungan
akademik yang dimasukkan meliputi pelbagai bidang
seperti agama, sejarah, alam sekitar, isu-isu semasa
dan dasar-dasar kerajaan. Oleh itu, kandungan
akademik harus diajar serta dipelajari bersama nilai
dan kemahiran dalam usaha mencapai matlamat
pendidikan moral.
Hasil pembelajaran ialah penerangan atau penyataan
tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang murid
dijangka atau diharap mencapai dalam setiap tahun.
Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran ini
dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian
dengan kandungan yang disampaikan.
5
Lajur
Nilai
Lajur
Kandungan
Akademik
6
7
1
2
3
4
5
6
7
8
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
5
Lajur ini memuatkan cadangan aktiviti dan
contoh isu atau situasi untuk pengajaran dan
pembelajaran. Isu atau situasi yang
dikemukakan bukan sahaja yang berkaitan
dengan pengalaman diri murid tetapi juga
meliputi hubungannya dengan keluarga,
komuniti, negara, dan peringkat antarabangsa.
Aktiviti, isu atau situasi tersebut tidak hanya
terbatas kepada cadangan yang terdapat
dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini tetapi
guru boleh mengambil contoh lain daripada
pelbagai sumber asalkan dapat
memperkukuh nilai yang diajar.
Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaran
adalah kepada satu nilai, nilai-nilai lain yang
sesuai perlu dihubungkaitkan dan
digabungjalinkan supaya pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan
dan menyeluruh. Selain itu, unsur-unsur ilmu
daripada pelbagai mata pelajaran lain harus
disepadukan dalam merancang aktiviti sama ada
di dalam atau di luar bilik darjah.
TAHUN 1
BIDANG PEMBELAJARAN 1: Nilai Berkaitan Dengan
Perkembangan Diri
LAJUR NILAI
Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan
Penerangan nilai :
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam
dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan
pegangan agama masing-masing selaras dengan
prinsip Rukun Negara.
LAJUR KANDUNGAN AKADEMIK
Tema : Agama penyuluh kehidupan
Tajuk pengajaran : Masyarakat di Malaysia
menganut pelbagai agama.
Huraian tajuk pengajaran :
Ketahui dan kenali anutan agama orang lain
LAJUR HASIL PEMBELAJARAN
Menghormati anutan agama orang lain.
LAJUR CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
i. Bercerita tentang agama yang dianuti.
ii. Menerangkan identiti agama yang dianuti.Contoh
Persembahan
Lajur
Lajur
Cadangan
Aktiviti
Pembelajaran
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
6
PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSI PENDIDIKAN MORAL
Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid
menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti
kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan
kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran
ini akan membolehkan murid menghadapi dunia
ledakan maklumat dan alaf baru dengan penuh
keyakinan dan sikap bertanggungjawab sosial dan
moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan
membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan
menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup di
kalangan murid. Mengajar murid kemahiran-
kemahiran ini boleh dianggap sebagai satu cara
memupuk dan menggalakkan perkembangan moral
mereka.
Guru boleh mengajar kemahiran penyelesaian konflik
yang akan membantu murid membuat keputusan
berasaskan nilai dengan mengambil kira perbezaan
nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain.
Penguasaan kemahiran penyelesaian konflik melalui
Pendidikan Moral boleh membantu murid berhubung
atau berkomunikasi dengan orang lain secara lebih
berkesan dan mengelakkan sebarang konflik.
Guru juga perlu mengajar murid cara menggunakan
kemahiran pemikiran kritikal berpandukan
pengetahuan moral supaya murid dapat menilai
sama ada sesuatu tindakan atau perkara itu bermoral
atau tidak. Dalam konteks ini, pengajaran kemahiran
ini akan membantu menyemai nilai moral dalam jiwa
murid. Kemahiran pemikiran kritikal ini juga
membantu murid menyelesai masalah dan membuat
keputusan yang lebih baik dan seterusnya berjaya
dalam kerjaya mereka.
Kebolehan berfikir secara kreatif membantu kita
mencari dan bertemu dengan cara penyelesaian dan
alternatif yang lebih baik ketika menghadapi masalah
dan konflik dalam kehidupan. Pendidikan Moral
memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara
kreatif dalam menjalankan aktiviti yang bermanfaat
untuk diri sendiri dan orang lain.
Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan
sebaya sangat penting dalam pendidikan nilai atau
moral, khususnya apabila kemahiran ini digunakan
dalam usaha pencegahan salahguna dadah atau
sebarang bentuk salahlaku yang lain. Mengajar murid
menentang tekanan rakan sebaya tidak bermakna
mengajar mereka tidak mempedulikan nasihat yang
baik daripada rakan sebaya mereka tetapi mengajar
murid supaya berfikir, berbincang dengan sumber lain
dan mempertahankan nilai moral sendiri.
Pendidikan Moral memupuk kemahiran mengkaji
masa depan di kalangan murid iaitu pendekatan
pembelajaran yang membolehkan murid menyedari
tentang isu atau permasalahan yang berlaku pada
masa yang lampau, masa kini dan masa depan. Ini
membantu murid membuat ramalan, menjangka
akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap
perubahan yang mungkin berlaku.
Kemahiran
Utama
Kemahiran
Mengkaji
Masa
Depan
Kemahiran
Pemikiran
Kritikal
Kemahiran
Pemikiran
Kreatif
Kemahiran
Menentang
Tekanan
Rakan
Sebaya
Kemahiran
Penyelesaian
Konflik
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
7
Dalam pengajaran Pendidikan Moral, murid diberi
kesempatan mencari dan memperoleh sumber-
sumber maklumat yang tepat melalui Teknologi
Maklumat dan Komunikasi seperti Internet, laman
web, e-mail, CD-Rom dan sidang telekomunikasi.
Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai
perangsang dan pemangkin kepada perkembangan
minda murid. Selain itu melalui Pendidikan Moral,
murid-murid dapat membuat pertimbangan dengan
mencari maklumat yang positif dan mengelakkan
mereka daripada melayari laman-laman web yang
berunsur negatif.
Kemahiran sosial memberi penekanan kepada
kebolehan sosial untuk berkomunikasi dengan
orang lain dalam sesuatu situasi sosial yang boleh
diterima oleh masyarakat dan pada masa yang
sama bermanfaat kepada diri dan orang lain.
Kemahiran sosial ini boleh diajar dengan
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.
Kemahiran
Teknologi
Maklumat
Kemahiran
Sosial
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
8
BIDANG PEMBELAJARAN 1
NILAI BERKAITAN DENGAN
PERKEMBANGAN DIRI
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
9
BIDANG PEMBELAJARAN 1 : NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI
NILAI
KANDUNGAN
AKADEMIK
HASIL
PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
1.1 Kepercayaan kepada
Tuhan
Keyakinan wujudnya
Tuhan sebagai pencipta
alam dan mematuhi
segala suruhan Nya
berlandaskan pegangan
agama masing-masing
selaras dengan prinsip
Rukun Negara.
Agama penyuluh kehidupan
Masyarakat di Malaysia menganut pelbagai
agama
Ketahui dan kenali anutan agama orang
lain
Menghormati anutan agama orang lain i. Bercerita tentang agama yang dianuti
ii. Menerangkan identiti agama yang dianuti
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
10
NILAI
KANDUNGAN
AKADEMIK
HASIL
PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
1.2 Kebersihan Fizikal dan
Mental
Kebersihan dan
kesihatan diri serta
pemikiran yang sihat dan
positif dalam setiap
perlakuan.
Kebersihan diri asas kesihatan
Kepentingan kesihatan diri dalam kehidupan
Kebersihan anggota badan
Menjaga kebersihan anggota badan i. Menyanyikan lagu bertemakan Kebersihan Diri
ii. Tunjuk cara menjaga kebersihan diri
1.3 Harga Diri
Keupayaan dan
keyakinan diri agar
mampu memulia dan
menjaga maruah diri
dalam kehidupan.
Hargai anggota badan kurniaan Tuhan
Kenali keistimewaan anggota badan
Fungsi setiap anggota badan
i. Menerima hakikat bahawa setiap
anggota badan mempunyai fungsi
tersendiri.
ii. Menggunakan fungsi anggota badan
ke arah kebaikan dan
kesejahteraan.
Bercerita tentang kepentingan anggota badan
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
11
NILAI
KANDUNGAN
AKADEMIK
HASIL
PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
1.4 Kerajinan
Usaha yang berterusan
penuh dengan semangat
ketekunan, kecekalan,
kegigihan, dedikasi dan
berdaya maju dalam
melakukan sesuatu
perkara.
Bersikap rajin amalan murni
Amalan kerajinan dalam kehidupan harian
Usaha berterusan
Kesungguhan
Melakukan kerja dengan bersungguh-
sungguh
i. Nyanyian
- Menyanyi lagu bertemakan Kerajinan
- Membincang dan menghayati maksud seni
kata lagu
ii. Bercerita kisah bertemakan Kerajinan
1.5 Hemah Tinggi
Beradab sopan dan
berbudi pekerti mulia
dalam pergaulan
seharian.
Pergaulan berhemah mengerat
persahabatan
Amalan berhemah dalam pergaulan dengan
rakan memupuk kemesraan
Cara-cara pergaulan yang baik
- Adab dalam tutur kata dan tingkah
laku
Bersopan dalam tutur kata dan tingkah
laku
i. Permainan suai kenal
ii. Menghasilkan kad ucapan yang menggunakan
kata-kata bersopan untuk rakan
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
12
NILAI
KANDUNGAN
AKADEMIK
HASIL
PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
1.6 Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan
cinta yang mendalam
serta berkekalan yang
lahir daripada hati yang
ikhlas.
Sayang akan diri hidup bahagia
Sayang akan diri sendiri penting dalam hidup
Usaha meningkatkan keselamatan diri
Amalan pemakanan berkhasiat
i. Berusaha meningkatkan
keselamatan diri dan menjauhi diri
daripada keadaan yang berbahaya
ii. Mempraktikkan amalan pemakanan
yang seimbang
Bercerita tentang menu makanan
- Sarapan pagi
- Makan tengah hari
- Makan malam
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
13
1.7 Kesederhanaan
Bersikap tidak
keterlaluan dalam
membuat pertimbangan
dan tindakan sama ada
dalam pemikiran,
pertuturan atau
perlakuan tanpa
mengabaikan
kepentingan diri dan
orang lain.
Kesederhanaan amalan mulia
Amalan kesederhanaan dalam kehidupan
Sikap tidak keterlaluan dalam pertuturan
dan tingkah laku
Bersikap sederhana dalam pertuturan
dan tingkah laku
i. Menonton klip video tentang akibat bercakap
keterlaluan
ii. Melakonkan adab bertutur yang bersesuaian
1.8 Kejujuran
Kewajipan bercakap
benar, bersikap amanah
dan ikhlas dalam setiap
perlakuan.
Berkata benar, janji ditepati
Amalan berkata benar mengukuh hubungan
Kepentingan bercakap benar dalam
pelbagai situasi
- Perbualan
- Pergaulan
Bersikap jujur dalam kehidupan Main peranan situasi berkaitan Bercakap Benar
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
14
1.9 Baik Hati
Kepekaan terhadap
perasaan dan kebajikan
diri sendiri dan orang lain
dengan memberi
bantuan dan sokongan
moral secara tulus ikhlas.
Saling membantu sebagai tanda baik hati
Pertolongan diberi demi kebaikan bersama
Kesediaan menghulurkan pertolongan
- Ibu bapa dan anggota keluarga
- Guru
- Rakan
Bersedia memberi bantuan kepada yang
memerlukan pada bila-bila masa
Bercerita tentang bantuan-bantuan yang pernah
diberikan kepada ibu bapa, anggota keluarga, guru
dan rakan
1.10 Berterima Kasih
Perasaan dan perlakuan
untuk menunjukkan
pengiktirafan dan
penghargaan terhadap
sesuatu jasa,
sumbangan atau
pemberian.
Berterima kasih amalan berhemah
Pengiktirafan dan penghargaan atas bantuan
dan kemudahan yang diterima
Cara berterima kasih
- Lisan
- Bertulis
- Amalan menjaga dan
menggunakan kemudahan yang
disediakan dengan baik
Mengamalkan sikap berterima kasih
dalam kehidupan seharian
i. Menghasilkan kad ucapan terima kasih
ii. Melakonkan cara mengucapkan terima kasih
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
15
BIDANG PEMBELAJARAN 2
NILAI BERKAITAN DENGAN
DIRI DAN KELUARGA
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
16
BIDANG PEMBELAJARAN 2 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN KELUARGA
NILAI
KANDUNGAN
AKADEMIK
HASIL
PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
2.1 Kasih Sayang terhadap
Keluarga
Perasaan cinta dan
sayang yang mendalam
serta berkekalan
terhadap keluarga demi
melahirkan keluarga
bahagia.
Keluargaku kebanggaanku
Kenali anggota keluarga mengukuh kasih
sayang
Kenali ibu dan bapa
Kenali anggota keluarga yang lain
Menerima dan berbangga dengan
anggota keluarga
i. Murid menghasilkan album gambar Keluarga
Saya
ii. Menyanyikan lagu bertema Keluarga Tersayang
2.2 Hormat dan Taat
kepada Anggota
Keluarga
Memuliakan setiap
anggota keluarga dengan
berinteraksi dan memberi
layanan secara bersopan
untuk mewujudkan
keluarga yang harmoni.
Hormat dan taat pada ibu bapa
Layanan bersopan tanda hormat pada ibu
bapa
Cara menghormati ibu bapa
Menghormati ibu bapa Bercerita tentang cara menghormati ibu bapa
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
17
NILAI
KANDUNGAN
AKADEMIK
HASIL
PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
18
2.3 Tanggungjawab
terhadap Keluarga
Kewajipan yang harus
dilaksanakan oleh setiap
individu terhadap
keluarga untuk
melahirkan keluarga
bahagia, meningkatkan
imej dan menjaga
maruah keluarga.
Saling membantu memupuk keluarga
bahagia
Saling membantu sesama anggota keluarga
Usaha membantu melakukan kerja-kerja
di rumah
Menolong melakukan kerja-kerja di
rumah
i. Mengumpul gambar yang menunjukkan aktiviti
membantu keluarga di rumah
ii. Melakonkan cara membantu keluarga di rumah
iii. Mewarnakan gambar yang berkaitan dengan
aktiviti menolong keluarga
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
19
BIDANG PEMBELAJARAN 3
NILAI BERKAITAN DENGAN
DIRI DAN MASYARAKAT
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
20
BIDANG PEMBELAJARAN 3 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN MASYARAKAT
NILAI
KANDUNGAN
AKADEMIK
HASIL
PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
3.1 Tanggungjawab
terhadap Masyarakat
Kesanggupan memikul
serta melaksanakan
tugas dan kewajipan
dengan sempurna
sebagai anggota
masyarakat.
Hormat-menghormati teras persahabatan
Sikap bertanggungjawab terhadap rakan
mengerat persahabatan
Usaha meningkatkan hubungan
baik
Amalan menjaga maruah rakan
- Elak sikap mengumpat/mencaci
Menjalankan tanggungjawab sebagai
anggota masyarakat dengan menjalin
hubungan baik dengan rakan
Bercerita tentang sikap baik rakan
3.2 Toleransi dalam
Masyarakat
Kesanggupan bertolak
ansur, sabar dan
mengawal diri bagi
mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan
perselisihan faham demi
kesejahteraan hidup.
Saling berkongsi memupuk sikap
toleransi
Amalan berkongsi barangan demi kebaikan
bersama
Saling berkongsi dalam menggunakan
barang milik peribadi
- Alat tulis
- Alat mainan
- Bahan bacaan
Sanggup dan sudi berkongsi barang milik
peribadi dengan orang lain
Kerja kumpulan
- Beberapa kumpulan berkongsi mewarna
menggunakan bahan warna yang terhad dan
membincangkan faedah berkongsi bahan warna
dengan rakan.
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
21
NILAI
KANDUNGAN
AKADEMIK
HASIL
PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
3.3 Semangat
Bermasyarakat
Kesediaan melakukan
sesuatu dengan
semangat kekitaan untuk
kepentingan bersama
demi keharmonian hidup
bermasyarakat.
Semangat kekitaan teras kecemerlangan
Aktiviti di bilik darjah dijayakan bersama
Kewajipan dan peranan murid dalam
menjayakan aktiviti di bilik darjah
- Aktiviti akademik
- Aktiviti keceriaan
Melibatkan diri dalam aktiviti di bilik
darjah
Projek menceriakan bilik darjah
3.4 Peka terhadap Isu-isu
Sosial
Bertanggungjawab dan
prihatin terhadap
masalah dan isu semasa
yang berlaku dalam
masyarakat dan
berusaha
menyelesaikannya
Kehadiran ke sekolah pemangkin
kejayaan
Kehadiran ke sekolah satu kewajipan
Kepentingan kehadiran ke
sekolah
- Diri
- Keluarga
- Sekolah
Bertanggungjawab menghadirkan diri ke
sekolah setiap hari persekolahan
Menandakan jadual kedatangan diri ke sekolah untuk
seminggu dalam borang yang disediakan dan
membincangkan faedah hadir ke sekolah
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
22
BIDANG PEMBELAJARAN 4
NILAI BERKAITAN DENGAN
DIRI DAN ALAM SEKITAR
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
23
BIDANG PEMBELAJARAN 4 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN ALAM SEKITAR
NILAI
KANDUNGAN
AKADEMIK
HASIL
PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
4.1 Kebersihan dan
Keindahan Persekitaran
Pemeliharaan dan
pemuliharaan
persekitaran agar
sentiasa bersih dan ceria
demi kesejahteraan
hidup.
Kebersihan tempat tinggal menjamin
keselesaan hidup
Kebersihan dan keceriaan tempat tinggal
tanggungjawab bersama
Usaha meningkatkan kebersihan dan
keceriaan persekitaran tempat tinggal
- Susunan peralatan rumah
- Menanam pokok
Mengurus dan menjaga kebersihan
tempat tinggal
i. Menonton klip video tentang aktiviti membersihkan
dan menceriakan persekitaran rumah
ii. Menyanyi lagu bertemakan Kebersihan
iii. Mengumpul gambar bertemakan Kebersihan di
Persekitaran Tempat Tinggal
4.2 Menyayangi Alam
Sekitar
Mencintai dan
menghargai alam sekitar
demi mengekalkan
keharmonian hidup.
Alam sekitar khazanah berharga
Kenali alam sekitar kurniaan Tuhan
Keunikan alam sekitar
- Tumbuh-tumbuhan
- Haiwan
- Udara
- Air
- Tanah
Ciri-ciri alam sekitar yang bersih
Mengenali dan menjaga alam sekitar
dengan bertanggungjawab
i. Lawatan ke persekitaran kawasan sekolah
ii. Perbincangan tentang cara menjaga alam sekitar
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
24
NILAI
KANDUNGAN
AKADEMIK
HASIL
PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
4.3 Peka terhadap Isu Alam
Sekitar
Prihatin terhadap
persoalan yang berkaitan
dengan alam sekitar dan
berusaha
menyelesaikannya.
Alam sekitar bersih dikongsi bersama
Kebersihan persekitaran tanggungjawab
bersama
Prihatin dengan tahap kebersihan di
rumah, sekolah dan tempat awam
Prihatin dan melibatkan diri dalam
sebarang usaha untuk meningkatkan
kualiti kebersihan persekitaran
i. Mengumpul dan menjual surat khabar lama dan
membincangkan faedah aktiviti tersebut
ii. Bergotong-royong membersihkan bilik darjah dan
padang sekolah
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
25
BIDANG PEMBELAJARAN 5
NILAI BERKAITAN DENGAN
DIRI DAN NEGARA
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
26
BIDANG PEMBELAJARAN 5 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA
NILAI
KANDUNGAN
AKADEMIK
HASIL
PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
5.1 Hormat dan Setia
kepada Pemimpin, Raja
dan Negara
Hormat dan kepatuhan
yang berkekalan kepada
pemimpin dan raja serta
setia kepada negara.
Sekolah Kebanggaanku
Identiti sekolah lambang kemegahan
warganya
Kenali dan hargai identiti sekolah
- Bendera
- Lagu
- Lencana
- Pemimpin
Berbangga dengan identiti sekolah i. Mewarna dan mengenal pasti gambar bendera
dan lencana sekolah
ii. Menyanyikan lagu sekolah
iii. Membincangkan carta organisasi bilik darjah dan
sekolah
5.2 Patuh kepada
Peraturan dan Undang-
undang
Menerima dan mematuhi
peraturan dan undang-
undang yang
dikuatkuasakan sebagai
amalan hidup.
Peraturan di bilik darjah memupuk
disiplin diri
Peraturan untuk kebaikan bersama
Amalan mematuhi peraturan di bilik
darjah
Mematuhi peraturan di bilik darjah i. Memadankan gambar dengan pernyataan
peraturan yang diberi
ii. Melakonkan situasi mematuhi peraturan
KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
27
NILAI
KANDUNGAN
AKADEMIK
HASIL
PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
5.3 Cinta akan Negara
Perasaan sayang dan
bangga kepada negara
serta meletakkan
kepentingan negara
melebihi kepentingan diri.
Malaysia Negaraku yang dicintai
Malaysia kemegahan kita
Kenali negara
Sayang akan negara
Melibatkan diri dalam aktiviti untuk
meningkatkan imej negara
i. Menyanyikan lagu patriotik
ii. Menonton klip video sambutan Hari Kebangsaan
iii. Melukis dan mewarna bendera Malaysia
5.4 Keamanan dan
Keharmonian
Kedamaian dan
perpaduan yang
berkekalan dan
berterusan di kalangan
rakyat Malaysia serta
masyarakat global.
Perpaduan teras keharmonian
Semangat perpaduan dengan rakan
pelbagai kaum
Usaha belajar bersama rakan pelbagai
kaum
- Saling memahami perasaan
- Bekerjasama
- Bertolak ansur
Menghormati dan bekerjasama dengan
rakan pelbagai kaum
i. Menyanyikan lagu bertemakan Perpaduan
ii. Bercerita tentang kawan baik (dari kaum lain)

More Related Content

What's hot (8)

Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
matsaad65
4. dskp tahun 4 utk juk 05082013
4. dskp tahun 4 utk juk 050820134. dskp tahun 4 utk juk 05082013
4. dskp tahun 4 utk juk 05082013
Norma Annuar
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
Marwan Mansor
Dskp pm thn 4 4
Dskp pm thn 4 4Dskp pm thn 4 4
Dskp pm thn 4 4
Ivy Tsen
Dskp pmoral tahun 4
Dskp pmoral tahun 4Dskp pmoral tahun 4
Dskp pmoral tahun 4
Noor Shasrizan Mohd Johari

Similar to Hsp moral y1 (20)

Hsp moral y4
Hsp moral y4Hsp moral y4
Hsp moral y4
Rainny Hoh
Hsp moral y4
Hsp moral y4Hsp moral y4
Hsp moral y4
Onie Gi
HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
ordinary teacher
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
Onie Gi
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
Rainny Hoh
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
Nona Nasya
Hsp moral y2
Hsp moral y2Hsp moral y2
Hsp moral y2
Onie Gi
Hsp moral y3
Hsp moral y3Hsp moral y3
Hsp moral y3
Onie Gi
Hsp moral f2
Hsp moral f2Hsp moral f2
Hsp moral f2
Saif Anan
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
Hamidah Mohd Apandi
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
Onie Gi
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
Dady Cool Edek
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
Rainny Hoh
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
Marwan Mansor

Recently uploaded (20)

Rencana PS Bahasa Indonesia Format Baru.pdf
Rencana PS Bahasa Indonesia Format Baru.pdfRencana PS Bahasa Indonesia Format Baru.pdf
Rencana PS Bahasa Indonesia Format Baru.pdf
edenmanoppo
PAPARAN INOPAMAS 2025 PASURUAN TAHUN 2025
PAPARAN INOPAMAS 2025 PASURUAN TAHUN 2025PAPARAN INOPAMAS 2025 PASURUAN TAHUN 2025
PAPARAN INOPAMAS 2025 PASURUAN TAHUN 2025
saichulikhtiyar274
Teknik PEMASANGAN MULSA pada lahan pertanian.pptx
Teknik PEMASANGAN MULSA pada lahan pertanian.pptxTeknik PEMASANGAN MULSA pada lahan pertanian.pptx
Teknik PEMASANGAN MULSA pada lahan pertanian.pptx
UsBero
1 PPT PENERAPAN PUNGSI DANTUGAS 2 P3K OK.pdf
1 PPT PENERAPAN PUNGSI DANTUGAS 2 P3K OK.pdf1 PPT PENERAPAN PUNGSI DANTUGAS 2 P3K OK.pdf
1 PPT PENERAPAN PUNGSI DANTUGAS 2 P3K OK.pdf
SofyanSkmspd
02_Konjugat_Bilangan_Kompleks (Unpak).pdf
02_Konjugat_Bilangan_Kompleks (Unpak).pdf02_Konjugat_Bilangan_Kompleks (Unpak).pdf
02_Konjugat_Bilangan_Kompleks (Unpak).pdf
AsepSaepulrohman4
enzim mikroba KULIAH BIOLOGI MIKROPANGAN.ppt
enzim mikroba KULIAH BIOLOGI MIKROPANGAN.pptenzim mikroba KULIAH BIOLOGI MIKROPANGAN.ppt
enzim mikroba KULIAH BIOLOGI MIKROPANGAN.ppt
ParlikPujiRahayu
Manajemen Perpustakaan BAPETEN Berdasarkan油SNI 7496:2009
Manajemen Perpustakaan BAPETEN Berdasarkan油SNI 7496:2009Manajemen Perpustakaan BAPETEN Berdasarkan油SNI 7496:2009
Manajemen Perpustakaan BAPETEN Berdasarkan油SNI 7496:2009
Murad Maulana
Project Mata kuliah Biogeografi kelompok 5
Project Mata kuliah Biogeografi kelompok 5Project Mata kuliah Biogeografi kelompok 5
Project Mata kuliah Biogeografi kelompok 5
khairizal2005
Analisis Subjek Literatur Pada Disertasi Kajian Budaya dan Media (KBM) Sekola...
Analisis Subjek Literatur Pada Disertasi Kajian Budaya dan Media (KBM) Sekola...Analisis Subjek Literatur Pada Disertasi Kajian Budaya dan Media (KBM) Sekola...
Analisis Subjek Literatur Pada Disertasi Kajian Budaya dan Media (KBM) Sekola...
Murad Maulana
03. DISTRIBUSI FREKUENSI (Ilmu Komputer Unpak).pdf
03. DISTRIBUSI FREKUENSI (Ilmu Komputer Unpak).pdf03. DISTRIBUSI FREKUENSI (Ilmu Komputer Unpak).pdf
03. DISTRIBUSI FREKUENSI (Ilmu Komputer Unpak).pdf
AsepSaepulrohman4
Manual DIVI Builder (Bahasa Indonesia).pdf
Manual DIVI Builder (Bahasa Indonesia).pdfManual DIVI Builder (Bahasa Indonesia).pdf
Manual DIVI Builder (Bahasa Indonesia).pdf
Igen D
1. Zakat dan Zakat Fitrah Part 1_Safari Ramadhan UAS 2025.pdf
1. Zakat dan Zakat Fitrah Part 1_Safari Ramadhan UAS 2025.pdf1. Zakat dan Zakat Fitrah Part 1_Safari Ramadhan UAS 2025.pdf
1. Zakat dan Zakat Fitrah Part 1_Safari Ramadhan UAS 2025.pdf
Syarifatul Marwiyah
PPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdf
PPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdfPPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdf
PPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdf
ListiawatiAMdKeb
PELAKSANAAN RPI MURID PENDIDIKAN KHASS.ppt
PELAKSANAAN RPI MURID PENDIDIKAN KHASS.pptPELAKSANAAN RPI MURID PENDIDIKAN KHASS.ppt
PELAKSANAAN RPI MURID PENDIDIKAN KHASS.ppt
ALEENMPP
1. Trafo Tegangan 2. Trafo Tegangan Magnetik 3. Trafo Pembagi Tegangan Ka...
1. Trafo Tegangan  	2. Trafo Tegangan Magnetik  	3. Trafo Pembagi Tegangan Ka...1. Trafo Tegangan  	2. Trafo Tegangan Magnetik  	3. Trafo Pembagi Tegangan Ka...
1. Trafo Tegangan 2. Trafo Tegangan Magnetik 3. Trafo Pembagi Tegangan Ka...
poenyarha
Random Number Generator Teknik Simulasi.pdf
Random Number Generator Teknik Simulasi.pdfRandom Number Generator Teknik Simulasi.pdf
Random Number Generator Teknik Simulasi.pdf
PratamaYulyNugraha
Farmakologi (antibiotik, antivirus, antijamur).pptx
Farmakologi (antibiotik, antivirus, antijamur).pptxFarmakologi (antibiotik, antivirus, antijamur).pptx
Farmakologi (antibiotik, antivirus, antijamur).pptx
michellepikachuuu
Seleksi Penerimaan Murid Baru 2025.pptx
Seleksi Penerimaan Murid Baru  2025.pptxSeleksi Penerimaan Murid Baru  2025.pptx
Seleksi Penerimaan Murid Baru 2025.pptx
Fajar Baskoro
1.2 Algoritma SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4
1.2 Algoritma SAINS KOMPUTER TINGKATAN 41.2 Algoritma SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4
1.2 Algoritma SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4
NORMUHAMADBINYAACOBK
SENARAI & JADWAL PEMBICARA Ramadan Masjid Kampus UGM 1446 Hijriah.docx
SENARAI & JADWAL PEMBICARA Ramadan Masjid Kampus UGM 1446 Hijriah.docxSENARAI & JADWAL PEMBICARA Ramadan Masjid Kampus UGM 1446 Hijriah.docx
SENARAI & JADWAL PEMBICARA Ramadan Masjid Kampus UGM 1446 Hijriah.docx
Mirza836129
Rencana PS Bahasa Indonesia Format Baru.pdf
Rencana PS Bahasa Indonesia Format Baru.pdfRencana PS Bahasa Indonesia Format Baru.pdf
Rencana PS Bahasa Indonesia Format Baru.pdf
edenmanoppo
PAPARAN INOPAMAS 2025 PASURUAN TAHUN 2025
PAPARAN INOPAMAS 2025 PASURUAN TAHUN 2025PAPARAN INOPAMAS 2025 PASURUAN TAHUN 2025
PAPARAN INOPAMAS 2025 PASURUAN TAHUN 2025
saichulikhtiyar274
Teknik PEMASANGAN MULSA pada lahan pertanian.pptx
Teknik PEMASANGAN MULSA pada lahan pertanian.pptxTeknik PEMASANGAN MULSA pada lahan pertanian.pptx
Teknik PEMASANGAN MULSA pada lahan pertanian.pptx
UsBero
1 PPT PENERAPAN PUNGSI DANTUGAS 2 P3K OK.pdf
1 PPT PENERAPAN PUNGSI DANTUGAS 2 P3K OK.pdf1 PPT PENERAPAN PUNGSI DANTUGAS 2 P3K OK.pdf
1 PPT PENERAPAN PUNGSI DANTUGAS 2 P3K OK.pdf
SofyanSkmspd
02_Konjugat_Bilangan_Kompleks (Unpak).pdf
02_Konjugat_Bilangan_Kompleks (Unpak).pdf02_Konjugat_Bilangan_Kompleks (Unpak).pdf
02_Konjugat_Bilangan_Kompleks (Unpak).pdf
AsepSaepulrohman4
enzim mikroba KULIAH BIOLOGI MIKROPANGAN.ppt
enzim mikroba KULIAH BIOLOGI MIKROPANGAN.pptenzim mikroba KULIAH BIOLOGI MIKROPANGAN.ppt
enzim mikroba KULIAH BIOLOGI MIKROPANGAN.ppt
ParlikPujiRahayu
Manajemen Perpustakaan BAPETEN Berdasarkan油SNI 7496:2009
Manajemen Perpustakaan BAPETEN Berdasarkan油SNI 7496:2009Manajemen Perpustakaan BAPETEN Berdasarkan油SNI 7496:2009
Manajemen Perpustakaan BAPETEN Berdasarkan油SNI 7496:2009
Murad Maulana
Project Mata kuliah Biogeografi kelompok 5
Project Mata kuliah Biogeografi kelompok 5Project Mata kuliah Biogeografi kelompok 5
Project Mata kuliah Biogeografi kelompok 5
khairizal2005
Analisis Subjek Literatur Pada Disertasi Kajian Budaya dan Media (KBM) Sekola...
Analisis Subjek Literatur Pada Disertasi Kajian Budaya dan Media (KBM) Sekola...Analisis Subjek Literatur Pada Disertasi Kajian Budaya dan Media (KBM) Sekola...
Analisis Subjek Literatur Pada Disertasi Kajian Budaya dan Media (KBM) Sekola...
Murad Maulana
03. DISTRIBUSI FREKUENSI (Ilmu Komputer Unpak).pdf
03. DISTRIBUSI FREKUENSI (Ilmu Komputer Unpak).pdf03. DISTRIBUSI FREKUENSI (Ilmu Komputer Unpak).pdf
03. DISTRIBUSI FREKUENSI (Ilmu Komputer Unpak).pdf
AsepSaepulrohman4
Manual DIVI Builder (Bahasa Indonesia).pdf
Manual DIVI Builder (Bahasa Indonesia).pdfManual DIVI Builder (Bahasa Indonesia).pdf
Manual DIVI Builder (Bahasa Indonesia).pdf
Igen D
1. Zakat dan Zakat Fitrah Part 1_Safari Ramadhan UAS 2025.pdf
1. Zakat dan Zakat Fitrah Part 1_Safari Ramadhan UAS 2025.pdf1. Zakat dan Zakat Fitrah Part 1_Safari Ramadhan UAS 2025.pdf
1. Zakat dan Zakat Fitrah Part 1_Safari Ramadhan UAS 2025.pdf
Syarifatul Marwiyah
PPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdf
PPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdfPPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdf
PPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdf
ListiawatiAMdKeb
PELAKSANAAN RPI MURID PENDIDIKAN KHASS.ppt
PELAKSANAAN RPI MURID PENDIDIKAN KHASS.pptPELAKSANAAN RPI MURID PENDIDIKAN KHASS.ppt
PELAKSANAAN RPI MURID PENDIDIKAN KHASS.ppt
ALEENMPP
1. Trafo Tegangan 2. Trafo Tegangan Magnetik 3. Trafo Pembagi Tegangan Ka...
1. Trafo Tegangan  	2. Trafo Tegangan Magnetik  	3. Trafo Pembagi Tegangan Ka...1. Trafo Tegangan  	2. Trafo Tegangan Magnetik  	3. Trafo Pembagi Tegangan Ka...
1. Trafo Tegangan 2. Trafo Tegangan Magnetik 3. Trafo Pembagi Tegangan Ka...
poenyarha
Random Number Generator Teknik Simulasi.pdf
Random Number Generator Teknik Simulasi.pdfRandom Number Generator Teknik Simulasi.pdf
Random Number Generator Teknik Simulasi.pdf
PratamaYulyNugraha
Farmakologi (antibiotik, antivirus, antijamur).pptx
Farmakologi (antibiotik, antivirus, antijamur).pptxFarmakologi (antibiotik, antivirus, antijamur).pptx
Farmakologi (antibiotik, antivirus, antijamur).pptx
michellepikachuuu
Seleksi Penerimaan Murid Baru 2025.pptx
Seleksi Penerimaan Murid Baru  2025.pptxSeleksi Penerimaan Murid Baru  2025.pptx
Seleksi Penerimaan Murid Baru 2025.pptx
Fajar Baskoro
1.2 Algoritma SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4
1.2 Algoritma SAINS KOMPUTER TINGKATAN 41.2 Algoritma SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4
1.2 Algoritma SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4
NORMUHAMADBINYAACOBK
SENARAI & JADWAL PEMBICARA Ramadan Masjid Kampus UGM 1446 Hijriah.docx
SENARAI & JADWAL PEMBICARA Ramadan Masjid Kampus UGM 1446 Hijriah.docxSENARAI & JADWAL PEMBICARA Ramadan Masjid Kampus UGM 1446 Hijriah.docx
SENARAI & JADWAL PEMBICARA Ramadan Masjid Kampus UGM 1446 Hijriah.docx
Mirza836129

Hsp moral y1

  • 1. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  • 2. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL i RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut : KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 3. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL ii FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • 4. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL iii KATA PENGANTAR Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad 21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, teori kecerdasan pelbagai, pembelajaran masteri, pembelajaran secara konstruktivisme, dan pembelajaran akses kendiri. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotic dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberi keyakinan kepada murid dan diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral, guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak dengan mengambil kira perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilakukan secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatan murid secara aktif dalam suasana yang kondusif dan menggembirakan. Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyak pihak yang terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab, dan universiti serta pegawai Kementerian Pendidikan dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pendidikan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih. Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
  • 5. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL iv KANDUNGAN RUKUN NEGARA i FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ii KATA PENGANTAR iii KANDUNGAN iv PENDAHULUAN 1 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 3 PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSI PENDIDIKAN MORAL 6 BIDANG PEMBELAJARAN 1 : Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri 8 BIDANG PEMBELAJARAN 2 : Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Keluarga 16 BIDANG PEMBELAJARAN 3 : Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Masyarakat 20 BIDANG PEMBELAJARAN 4 : Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Alam Sekitar 24 BIDANG PEMBELAJARAN 5 : Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Negara 28
  • 6. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 1 PENDAHULUAN Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai- nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial. Prinsip-prinsip itu adalah : bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain; berpegang teguh pada ajaran agama; prihatin kepada alam sekitar; mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup; bersemangat patriotik; menghormati hak asasi manusia; dan mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan. Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk merealisasikan semangat dan hasrat yang terkandung dalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN Untuk membolehkan murid memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut, sebanyak lima bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai moral disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan. Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti berikut : 1. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri. 2. Nilai berkaitan dengan Diri dan Keluarga 3. Nilai berkaitan dengan Diri dan Masyarakat 4. Nilai berkaitan dengan Diri dan Alam Sekitar 5. Nilai berkaitan dengan Diri dan Negara Takrifan Pendidikan Moral Lima Bidang Pembelajaran
  • 7. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 2 Pengajaran nilai harus berfokus pada Model Insan Menyeluruh yang meliputi tiga dimensi moral yang saling berkaitan. (Rajah 1 : Model Insan Menyeluruh). Perwatakan yang positif harus terdiri daripada tiga dimensi moral ini, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral yang efektif seharusnya membantu murid supaya memahami nilai-nilai moral, menerima dan menunjukkan komitmen terhadapnya, serta mengamalkannya dalam kehidupan harian. Ketiga-tiga dimensi ini perlu untuk membolehkan seseorang murid mencapai tahap kematangan moral. Teori perkembangan moral yang sebaik-baiknya ialah yang mempertimbangkan ketiga-tiga dimensi ini, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral. Perkembangan moral yang meliputi ketiga-tiga dimensi ini akan menyubur dan merangsangkan lagi kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berkenaan berasa gembira membuat apa yang betul dan berasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul atau tidak bermoral. Program Pendidikan Moral ini tidak seharusnya mengabaikan aspek kesedaran hati nurani yang berfungsi menyepadukan ketiga-tiga dimensi moral tersebut. Rangka Konsepsi PEMIKIRAN MORAL PERASAAN MORAL TINDAKAN MORAL KESEDARAN HATI NURANI RAJAH 1 : MODEL INSAN MENYELURUH INSAN BERAKHLAK MULIA
  • 8. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 3 Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. Objektif Pendidikan Moral adalah untuk membolehkan murid: 1. Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia; 2. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia; 3. Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar; dan 4. Mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan murid. Buku ini juga menyediakan penerangan untuk membantu guru melaksanakan kurikulum Pendidikan Moral dalam bilik darjah dengan berkesan. Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang pembelajaran, nilai, penerangan nilai, kandungan akademik, hasil pembelajaran, dan cadangan aktiviti pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dan nilai diperincikan mengikut tahun. Walaupun bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar pada setiap tahun, skop dan penekanan adalah berbeza kerana isu moral atau kandungan yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam selaras dengan tahap kematangan murid. Huraian Sukatan Pelajaran menggunakan format empat lajur utama, iaitu : Lajur Nilai Lajur Kandungan Akademik Lajur Hasil Pembelajaran Matlamat Pendidikan Moral Objektif Pendidikan Moral Tujuan Penerangan Lajur 1 2 Format Empat Lajur 3 4
  • 9. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 4 Lajur Hasil Pembelajaran 8 Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran Dalam lajur ini disenaraikan nilai-nilai yang terkandung di bawah Bidang Pembelajaran. Setiap nilai disertakan penerangannya yang dipetik daripada Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (Semakan). Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik yang diolah bersesuaian dengan kebolehan dan tahap kematangan murid bermula dari diri, keluarga, masyarakat, negara hingga ke peringkat antara bangsa. Kandungan akademik bagi setiap tahun disusun dengan jelas bermula dengan tema diikuti oleh tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran yang disertakan dengan contoh di mana yang perlu bagi memudahkan pengajaran. Dalam perkembangan kurikulum dan proses pembelajaran, nilai dan kemahiran tidak boleh dipisahkan daripada kandungan atau pengetahuan akademik. Diandaikan bahawa murid akan berfikir secara kritikal serta bertindak lebih efektif terhadap sesuatu isu moral jika mereka dapat mengkaji dan memahami konsep isu itu, asal usulnya dan kesan- kesannya. Dengan adanya kandungan akademik ini, murid dapat mentelaah dan mengkaji bahan pembelajaran secara lebih terperinci. Kandungan akademik yang dimasukkan meliputi pelbagai bidang seperti agama, sejarah, alam sekitar, isu-isu semasa dan dasar-dasar kerajaan. Oleh itu, kandungan akademik harus diajar serta dipelajari bersama nilai dan kemahiran dalam usaha mencapai matlamat pendidikan moral. Hasil pembelajaran ialah penerangan atau penyataan tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang murid dijangka atau diharap mencapai dalam setiap tahun. Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran ini dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian dengan kandungan yang disampaikan. 5 Lajur Nilai Lajur Kandungan Akademik 6 7 1 2 3 4 5 6 7 8
  • 10. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 5 Lajur ini memuatkan cadangan aktiviti dan contoh isu atau situasi untuk pengajaran dan pembelajaran. Isu atau situasi yang dikemukakan bukan sahaja yang berkaitan dengan pengalaman diri murid tetapi juga meliputi hubungannya dengan keluarga, komuniti, negara, dan peringkat antarabangsa. Aktiviti, isu atau situasi tersebut tidak hanya terbatas kepada cadangan yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini tetapi guru boleh mengambil contoh lain daripada pelbagai sumber asalkan dapat memperkukuh nilai yang diajar. Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaran adalah kepada satu nilai, nilai-nilai lain yang sesuai perlu dihubungkaitkan dan digabungjalinkan supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan dan menyeluruh. Selain itu, unsur-unsur ilmu daripada pelbagai mata pelajaran lain harus disepadukan dalam merancang aktiviti sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. TAHUN 1 BIDANG PEMBELAJARAN 1: Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri LAJUR NILAI Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan Penerangan nilai : Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. LAJUR KANDUNGAN AKADEMIK Tema : Agama penyuluh kehidupan Tajuk pengajaran : Masyarakat di Malaysia menganut pelbagai agama. Huraian tajuk pengajaran : Ketahui dan kenali anutan agama orang lain LAJUR HASIL PEMBELAJARAN Menghormati anutan agama orang lain. LAJUR CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN i. Bercerita tentang agama yang dianuti. ii. Menerangkan identiti agama yang dianuti.Contoh Persembahan Lajur Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran
  • 11. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 6 PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSI PENDIDIKAN MORAL Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini akan membolehkan murid menghadapi dunia ledakan maklumat dan alaf baru dengan penuh keyakinan dan sikap bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup di kalangan murid. Mengajar murid kemahiran- kemahiran ini boleh dianggap sebagai satu cara memupuk dan menggalakkan perkembangan moral mereka. Guru boleh mengajar kemahiran penyelesaian konflik yang akan membantu murid membuat keputusan berasaskan nilai dengan mengambil kira perbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain. Penguasaan kemahiran penyelesaian konflik melalui Pendidikan Moral boleh membantu murid berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain secara lebih berkesan dan mengelakkan sebarang konflik. Guru juga perlu mengajar murid cara menggunakan kemahiran pemikiran kritikal berpandukan pengetahuan moral supaya murid dapat menilai sama ada sesuatu tindakan atau perkara itu bermoral atau tidak. Dalam konteks ini, pengajaran kemahiran ini akan membantu menyemai nilai moral dalam jiwa murid. Kemahiran pemikiran kritikal ini juga membantu murid menyelesai masalah dan membuat keputusan yang lebih baik dan seterusnya berjaya dalam kerjaya mereka. Kebolehan berfikir secara kreatif membantu kita mencari dan bertemu dengan cara penyelesaian dan alternatif yang lebih baik ketika menghadapi masalah dan konflik dalam kehidupan. Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara kreatif dalam menjalankan aktiviti yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain. Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan sebaya sangat penting dalam pendidikan nilai atau moral, khususnya apabila kemahiran ini digunakan dalam usaha pencegahan salahguna dadah atau sebarang bentuk salahlaku yang lain. Mengajar murid menentang tekanan rakan sebaya tidak bermakna mengajar mereka tidak mempedulikan nasihat yang baik daripada rakan sebaya mereka tetapi mengajar murid supaya berfikir, berbincang dengan sumber lain dan mempertahankan nilai moral sendiri. Pendidikan Moral memupuk kemahiran mengkaji masa depan di kalangan murid iaitu pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid menyedari tentang isu atau permasalahan yang berlaku pada masa yang lampau, masa kini dan masa depan. Ini membantu murid membuat ramalan, menjangka akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku. Kemahiran Utama Kemahiran Mengkaji Masa Depan Kemahiran Pemikiran Kritikal Kemahiran Pemikiran Kreatif Kemahiran Menentang Tekanan Rakan Sebaya Kemahiran Penyelesaian Konflik
  • 12. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 7 Dalam pengajaran Pendidikan Moral, murid diberi kesempatan mencari dan memperoleh sumber- sumber maklumat yang tepat melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti Internet, laman web, e-mail, CD-Rom dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada perkembangan minda murid. Selain itu melalui Pendidikan Moral, murid-murid dapat membuat pertimbangan dengan mencari maklumat yang positif dan mengelakkan mereka daripada melayari laman-laman web yang berunsur negatif. Kemahiran sosial memberi penekanan kepada kebolehan sosial untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam sesuatu situasi sosial yang boleh diterima oleh masyarakat dan pada masa yang sama bermanfaat kepada diri dan orang lain. Kemahiran sosial ini boleh diajar dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran. Kemahiran Teknologi Maklumat Kemahiran Sosial
  • 13. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 8 BIDANG PEMBELAJARAN 1 NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI
  • 14. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 9 BIDANG PEMBELAJARAN 1 : NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1.1 Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. Agama penyuluh kehidupan Masyarakat di Malaysia menganut pelbagai agama Ketahui dan kenali anutan agama orang lain Menghormati anutan agama orang lain i. Bercerita tentang agama yang dianuti ii. Menerangkan identiti agama yang dianuti
  • 15. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 10 NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1.2 Kebersihan Fizikal dan Mental Kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran yang sihat dan positif dalam setiap perlakuan. Kebersihan diri asas kesihatan Kepentingan kesihatan diri dalam kehidupan Kebersihan anggota badan Menjaga kebersihan anggota badan i. Menyanyikan lagu bertemakan Kebersihan Diri ii. Tunjuk cara menjaga kebersihan diri 1.3 Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. Hargai anggota badan kurniaan Tuhan Kenali keistimewaan anggota badan Fungsi setiap anggota badan i. Menerima hakikat bahawa setiap anggota badan mempunyai fungsi tersendiri. ii. Menggunakan fungsi anggota badan ke arah kebaikan dan kesejahteraan. Bercerita tentang kepentingan anggota badan
  • 16. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 11 NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1.4 Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. Bersikap rajin amalan murni Amalan kerajinan dalam kehidupan harian Usaha berterusan Kesungguhan Melakukan kerja dengan bersungguh- sungguh i. Nyanyian - Menyanyi lagu bertemakan Kerajinan - Membincang dan menghayati maksud seni kata lagu ii. Bercerita kisah bertemakan Kerajinan 1.5 Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. Pergaulan berhemah mengerat persahabatan Amalan berhemah dalam pergaulan dengan rakan memupuk kemesraan Cara-cara pergaulan yang baik - Adab dalam tutur kata dan tingkah laku Bersopan dalam tutur kata dan tingkah laku i. Permainan suai kenal ii. Menghasilkan kad ucapan yang menggunakan kata-kata bersopan untuk rakan
  • 17. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 12 NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 1.6 Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Sayang akan diri hidup bahagia Sayang akan diri sendiri penting dalam hidup Usaha meningkatkan keselamatan diri Amalan pemakanan berkhasiat i. Berusaha meningkatkan keselamatan diri dan menjauhi diri daripada keadaan yang berbahaya ii. Mempraktikkan amalan pemakanan yang seimbang Bercerita tentang menu makanan - Sarapan pagi - Makan tengah hari - Makan malam
  • 18. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 13 1.7 Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. Kesederhanaan amalan mulia Amalan kesederhanaan dalam kehidupan Sikap tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku Bersikap sederhana dalam pertuturan dan tingkah laku i. Menonton klip video tentang akibat bercakap keterlaluan ii. Melakonkan adab bertutur yang bersesuaian 1.8 Kejujuran Kewajipan bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan. Berkata benar, janji ditepati Amalan berkata benar mengukuh hubungan Kepentingan bercakap benar dalam pelbagai situasi - Perbualan - Pergaulan Bersikap jujur dalam kehidupan Main peranan situasi berkaitan Bercakap Benar
  • 19. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 14 1.9 Baik Hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas. Saling membantu sebagai tanda baik hati Pertolongan diberi demi kebaikan bersama Kesediaan menghulurkan pertolongan - Ibu bapa dan anggota keluarga - Guru - Rakan Bersedia memberi bantuan kepada yang memerlukan pada bila-bila masa Bercerita tentang bantuan-bantuan yang pernah diberikan kepada ibu bapa, anggota keluarga, guru dan rakan 1.10 Berterima Kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian. Berterima kasih amalan berhemah Pengiktirafan dan penghargaan atas bantuan dan kemudahan yang diterima Cara berterima kasih - Lisan - Bertulis - Amalan menjaga dan menggunakan kemudahan yang disediakan dengan baik Mengamalkan sikap berterima kasih dalam kehidupan seharian i. Menghasilkan kad ucapan terima kasih ii. Melakonkan cara mengucapkan terima kasih
  • 20. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 15 BIDANG PEMBELAJARAN 2 NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN KELUARGA
  • 21. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 16 BIDANG PEMBELAJARAN 2 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN KELUARGA NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga Perasaan cinta dan sayang yang mendalam serta berkekalan terhadap keluarga demi melahirkan keluarga bahagia. Keluargaku kebanggaanku Kenali anggota keluarga mengukuh kasih sayang Kenali ibu dan bapa Kenali anggota keluarga yang lain Menerima dan berbangga dengan anggota keluarga i. Murid menghasilkan album gambar Keluarga Saya ii. Menyanyikan lagu bertema Keluarga Tersayang 2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni. Hormat dan taat pada ibu bapa Layanan bersopan tanda hormat pada ibu bapa Cara menghormati ibu bapa Menghormati ibu bapa Bercerita tentang cara menghormati ibu bapa
  • 22. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 17 NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
  • 23. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 18 2.3 Tanggungjawab terhadap Keluarga Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga. Saling membantu memupuk keluarga bahagia Saling membantu sesama anggota keluarga Usaha membantu melakukan kerja-kerja di rumah Menolong melakukan kerja-kerja di rumah i. Mengumpul gambar yang menunjukkan aktiviti membantu keluarga di rumah ii. Melakonkan cara membantu keluarga di rumah iii. Mewarnakan gambar yang berkaitan dengan aktiviti menolong keluarga
  • 24. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 19 BIDANG PEMBELAJARAN 3 NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN MASYARAKAT
  • 25. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 20 BIDANG PEMBELAJARAN 3 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN MASYARAKAT NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 3.1 Tanggungjawab terhadap Masyarakat Kesanggupan memikul serta melaksanakan tugas dan kewajipan dengan sempurna sebagai anggota masyarakat. Hormat-menghormati teras persahabatan Sikap bertanggungjawab terhadap rakan mengerat persahabatan Usaha meningkatkan hubungan baik Amalan menjaga maruah rakan - Elak sikap mengumpat/mencaci Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat dengan menjalin hubungan baik dengan rakan Bercerita tentang sikap baik rakan 3.2 Toleransi dalam Masyarakat Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. Saling berkongsi memupuk sikap toleransi Amalan berkongsi barangan demi kebaikan bersama Saling berkongsi dalam menggunakan barang milik peribadi - Alat tulis - Alat mainan - Bahan bacaan Sanggup dan sudi berkongsi barang milik peribadi dengan orang lain Kerja kumpulan - Beberapa kumpulan berkongsi mewarna menggunakan bahan warna yang terhad dan membincangkan faedah berkongsi bahan warna dengan rakan.
  • 26. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 21 NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 3.3 Semangat Bermasyarakat Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama demi keharmonian hidup bermasyarakat. Semangat kekitaan teras kecemerlangan Aktiviti di bilik darjah dijayakan bersama Kewajipan dan peranan murid dalam menjayakan aktiviti di bilik darjah - Aktiviti akademik - Aktiviti keceriaan Melibatkan diri dalam aktiviti di bilik darjah Projek menceriakan bilik darjah 3.4 Peka terhadap Isu-isu Sosial Bertanggungjawab dan prihatin terhadap masalah dan isu semasa yang berlaku dalam masyarakat dan berusaha menyelesaikannya Kehadiran ke sekolah pemangkin kejayaan Kehadiran ke sekolah satu kewajipan Kepentingan kehadiran ke sekolah - Diri - Keluarga - Sekolah Bertanggungjawab menghadirkan diri ke sekolah setiap hari persekolahan Menandakan jadual kedatangan diri ke sekolah untuk seminggu dalam borang yang disediakan dan membincangkan faedah hadir ke sekolah
  • 27. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 22 BIDANG PEMBELAJARAN 4 NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN ALAM SEKITAR
  • 28. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 23 BIDANG PEMBELAJARAN 4 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN ALAM SEKITAR NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 4.1 Kebersihan dan Keindahan Persekitaran Pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran agar sentiasa bersih dan ceria demi kesejahteraan hidup. Kebersihan tempat tinggal menjamin keselesaan hidup Kebersihan dan keceriaan tempat tinggal tanggungjawab bersama Usaha meningkatkan kebersihan dan keceriaan persekitaran tempat tinggal - Susunan peralatan rumah - Menanam pokok Mengurus dan menjaga kebersihan tempat tinggal i. Menonton klip video tentang aktiviti membersihkan dan menceriakan persekitaran rumah ii. Menyanyi lagu bertemakan Kebersihan iii. Mengumpul gambar bertemakan Kebersihan di Persekitaran Tempat Tinggal 4.2 Menyayangi Alam Sekitar Mencintai dan menghargai alam sekitar demi mengekalkan keharmonian hidup. Alam sekitar khazanah berharga Kenali alam sekitar kurniaan Tuhan Keunikan alam sekitar - Tumbuh-tumbuhan - Haiwan - Udara - Air - Tanah Ciri-ciri alam sekitar yang bersih Mengenali dan menjaga alam sekitar dengan bertanggungjawab i. Lawatan ke persekitaran kawasan sekolah ii. Perbincangan tentang cara menjaga alam sekitar
  • 29. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 24 NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 4.3 Peka terhadap Isu Alam Sekitar Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekitar dan berusaha menyelesaikannya. Alam sekitar bersih dikongsi bersama Kebersihan persekitaran tanggungjawab bersama Prihatin dengan tahap kebersihan di rumah, sekolah dan tempat awam Prihatin dan melibatkan diri dalam sebarang usaha untuk meningkatkan kualiti kebersihan persekitaran i. Mengumpul dan menjual surat khabar lama dan membincangkan faedah aktiviti tersebut ii. Bergotong-royong membersihkan bilik darjah dan padang sekolah
  • 30. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 25 BIDANG PEMBELAJARAN 5 NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA
  • 31. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 26 BIDANG PEMBELAJARAN 5 : NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 5.1 Hormat dan Setia kepada Pemimpin, Raja dan Negara Hormat dan kepatuhan yang berkekalan kepada pemimpin dan raja serta setia kepada negara. Sekolah Kebanggaanku Identiti sekolah lambang kemegahan warganya Kenali dan hargai identiti sekolah - Bendera - Lagu - Lencana - Pemimpin Berbangga dengan identiti sekolah i. Mewarna dan mengenal pasti gambar bendera dan lencana sekolah ii. Menyanyikan lagu sekolah iii. Membincangkan carta organisasi bilik darjah dan sekolah 5.2 Patuh kepada Peraturan dan Undang- undang Menerima dan mematuhi peraturan dan undang- undang yang dikuatkuasakan sebagai amalan hidup. Peraturan di bilik darjah memupuk disiplin diri Peraturan untuk kebaikan bersama Amalan mematuhi peraturan di bilik darjah Mematuhi peraturan di bilik darjah i. Memadankan gambar dengan pernyataan peraturan yang diberi ii. Melakonkan situasi mematuhi peraturan
  • 32. KBSRHURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL 27 NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN 5.3 Cinta akan Negara Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Malaysia Negaraku yang dicintai Malaysia kemegahan kita Kenali negara Sayang akan negara Melibatkan diri dalam aktiviti untuk meningkatkan imej negara i. Menyanyikan lagu patriotik ii. Menonton klip video sambutan Hari Kebangsaan iii. Melukis dan mewarna bendera Malaysia 5.4 Keamanan dan Keharmonian Kedamaian dan perpaduan yang berkekalan dan berterusan di kalangan rakyat Malaysia serta masyarakat global. Perpaduan teras keharmonian Semangat perpaduan dengan rakan pelbagai kaum Usaha belajar bersama rakan pelbagai kaum - Saling memahami perasaan - Bekerjasama - Bertolak ansur Menghormati dan bekerjasama dengan rakan pelbagai kaum i. Menyanyikan lagu bertemakan Perpaduan ii. Bercerita tentang kawan baik (dari kaum lain)