Rukun Negara adalah ikrar pegangan negara Malaysia yang terdiri daripada lima prinsip utama yaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, dan kesopanan serta kesusilaan.
1 of 19
More Related Content
Information - ct hafsyah
1. ..INFOrmation..
Rukun Negara
Rukun Negara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha
membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-
Pertuan Agong keempat.
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
Memelihara cara hidup demokratik
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati
secara adil dan saksama
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden.
Ikrar Rukun Negara adalah seperti berikut:
"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang
lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan
saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden.
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
2. Kesopanan dan Kesusilaan
Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu
bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam
ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh
diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan
tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah
dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya
agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa
pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing,
prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan
kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga
diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri
Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan
rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang
memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang
di-Pertuan Agong.
Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran
atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan
yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak
dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki
menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang
sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan
kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu
kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana
3. individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan
kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang
berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di
sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.
Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu
diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak
aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang
bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan
mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan
menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa
sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak
semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta
perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari
kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan
sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang
rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila
selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu
yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks
perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap
bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan
masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan
yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku
sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan
persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat
sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
4. SEKADAR RENUNGAN.
Teknik Pengajaran dan Pembelajaran
Definisi
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni
seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi
atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada
waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian
Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu
organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk
mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih
haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang
dianuti.
Jenis teknik-teknik dalam p&p
1. Teknik main peranan
2. Teknik permainan bahasa
3. Teknik latih tubi
4. Teknik bercerita
5. Teknik inkuiri
6. Teknik perbahasan
7. Teknik kuiz
8. Teknik sumbangsaran
9. Teknik soal jawab
10. Teknik simulasi
11. Teknik drama
12. Teknik perbincangan
13. Teknik forum
14. Teknik dialog
5. Tujuan Penggunaan Teknik P&P
1. Menarik Minat murid
2. Mengekalkan perhatian
3. Membangkitkan rasa ingin tahu
TEKNIK LATIH - TUBI
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin
kekekalannya.
Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan
maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-
perkataan itu.
Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan
dalam pengajaran bahasa kedua.
Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan
bahasa iaitu :
I. Sebutan (accent)
menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk
intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
II. Tatabahasa (grammer)
penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada
semua aspek.
III. Perbendaharaan kata (vocabulary)
meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut
konteksnya dalam situasi tertentu.
6. IV. Kefasihan (fluency)
menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan
apakah maksudnya.
V. Kefahaman (comprehension)
latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan
daya kreativiti murid.
Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang
memerlukan ikutan dan ulangan.
TEKNIK SIMULASI
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan
sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan
masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan
semula.
Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan
mencatat isi-isi penting.
Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan
masalah.
Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan
terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada
pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
7. TEKNIK MAIN PERANAN
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang
dianggap penting.
Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu
situasi yang disediakan.
Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana
pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-
pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang
dimainkan secara spontan.
Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini
dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya
melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
TEKNIK SUMBANGSARAN
Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan
satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan
pendapat dan idea.
Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan
berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat
sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan
pembelajaran secara analitis.
Tujuan Sumbangsaran
Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid
Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan
dalam sesi umum.
Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
8. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi
Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )
Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan
TEKNIK PERMAINAN BAHASA
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan.
Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi
latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa
pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam
sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju
ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
merangsang interaksi verbal pelajar
menambah kefasihan dan keyakinan
menyediakan konteks pembelajaran
bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan
TEKNIK SOAL JAWAB
Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang
pendidikan
Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang
berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan
dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan
menilai apa yang diajar.
Tujuan utama teknik soal jawab ialah :
1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
9. 2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di
samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
TEKNIK BERCERITA
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan
berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian
pelajar.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis dikalangan pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,
suara, gerak laku dan kawalan mata.
Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian,
sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya
sekali sebelum menggunakan teknik ini.
Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-
aspek bahasa yang hendak disampaikan.
TEKNIK DRAMA
10. Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan
induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan,
kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan
perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi
sesuatu.
Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu
pengajaran dan pembelajaran.
Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar,
disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.
TEKNIK INKUIRI
Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.
Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan
yang berorientasikan masalah.
Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan
daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan
bagaimana. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam
proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Pengendalian teknik inkuiri ialah :
1. Proses mengenali masalah
2. Mengkaji ramalan
3. Mengumpul maklumat
4. Menganalisis
5. Membuat rumusan
11. TEKNIK PERBINCANGAN
1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas
pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran
dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).
2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk
perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang
guru.
3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan
pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya
bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.
4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap
terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar
mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan
mengeluarkan pendapat.
5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.
6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :
7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang
ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan
dapat dijalankan dan dicapai.
9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara
berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang
lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan
perbincangan menghala kearah perkara yang betul.
11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan.
Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting.
Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.
TEKNIK FORUM
1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk
mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan
secara formal.
12. 2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan
berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan
kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan
mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
TEKNIK PERBAHASAN
1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian
dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah.
3. Antara manfaat teknik ini ialah :
4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur
6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan
laras bahasa yang sesuai.
7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan
pelajar.
10. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada
perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan
ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.
TEKNIK KUIZ
Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British
(B.B.C).
Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa
Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.
Tujuannya ialah :
Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai
topik-topik tertentu.
Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan
secara teka-teki.
Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
13. Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna
dan penggunaan bahasa yang tepat.
Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :
Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini
bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan
pengukuhan.
Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.
14. INFO SEMASA
Guru KU Sayang
Ikrar dan janji seorang guru ialah untuk mendidik dan membimbing anak bangsa. Menjadikan
mereka insan yang berguna suatu masa nanti. Berusaha menuju ke arah pembentukan anak
bangsa yang berilmu , yang taat setia , yang bertanggungjawab dan berkebolehan. Sebagai
seorang guru , kita perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan , menjadi
pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat dijadikan contoh terbaik
kepada para pelajar . Oleh yang demikian ,pada setiap masa seorang guru itu perlulah
menampilkan watak terpuji,berimej ,berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang
unggul.
Dalam sebuah kerjaya keguruan , ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti
kod etika dan sebagainya yang bertujuan untuk melahirkan modal insan guru yang benar-benar
berkualiti, berketrampilan , terpuji dan terbaik dan dapat menjadi ikon serta model yang unggul
kepada para pelajar. Menurut Fenny , Christensen ( 1979 ), kualiti-kualiti yang perlu dimiliki
oleh seorang guru ialah mempunyai ilmu dan berjaya mempraktikkannya serta mempunyai rasa
hormat dan bersikap penyayang kepada anak-anak muridnya. Berperawakan yang baik ,
bertenaga , bersifat humor , fleksibel dan peka ( Feeny , Christensen & Moravic ,1996).
Sementara Bottery (dalam Cribb , Gewirtz , 2001) mencadangkan guru-guru bertindak sebagai
penjaga dan pengantara nilai kepada kanak-kanak.Menurut Hassan (2002) pula , guru perlu
mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik yang
baik.
Apa itu Etika ??
Etika berasal dari perkataan ethos dalam bahasa Yunani. Mengikut Kamus Dwibahasa Dewan
(2002) , ethos bermaksud nilai moral , sistem kepercayaan, budaya atau keperibadian sesuatu
bangsa. Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari
bahasa Latin , iaitu Mos dan dalam bahasa jamaknya Mores yang bererti juga adat kebiasaan
atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik ( kesusilaan ) dan
menghindari perkara-perkara tindakan yang buruk ( Keith , 2006 ) . Menurut Thiroux ( 2001 ) ,
etika dilihat sebagai satu teori mengenai tindakan individu, penafsirannya terhadap sesuatu
kejadian dan mengapa individu bertindak sedemikian.
Etika juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi
sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang
baik dan yang buruk , serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan
kepada ahli-ahli berkenaan. Dalam pergaulan hidup bermasyarakat , bernegara hingga
15. pergaulan hidup peringkat global diperlukan suatu sistem yang mengatur bagaimana seharusnya
manusia bertingkah laku.
Menurut para sarjana, etika adalah aturan perilaku , adat kebiasaan manusia dalam pergaulan
antara sesamanya dan menegaskan mana yang benar dan mana yang buruk. Etika berkaitan
dengan norma-norma , nilai-nilai, kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia
yang baik dan buruk yang boleh atau tidak boleh di ikuti. Menurut William ( 1971 ) , etika ialah
The normative science of the conduct of human beings living in societies a science which
judges tihis conduct to be right or wrong , to be good or bad or in some similar way ( Sains
normatif mengenai perilaku manusia dalam masyarakat di mana sains ini menentukan sesuatu
perilaku sebagai betul atau salah, baik atau buruk dan lain-lain) .
Moral pula mengikut Keith ( 2006 ) , merujuk to that part of human behavior that can be
evaluated in terms of right or wrong. Manakala menurut The Oxford School Dictionary ( 1994 ),
Science of Moral. Morals itself is defined as concerned with goodness or badness of character
or disposition or with the distinction between right or wrong. Jadi secara keseluruhannya , jelas
bahawa etika dan moral adalah saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. Etika dan moral
adalah lebih kurang sama pengertiannya, tetapi dalam kegiatan seharian terdapat perbezaan,
iaitu moral atau moralitas untuk penilaian perbuatan yang dilakukan, sedangkan etika adalah
pengkajian system nilai-nilai yang berlaku. Dari aspek kerjaya pula , ia merupakan aturan-aturan
yang disepakati bersama-sama oleh ahli ahli yang mengamalkan kerjaya tertentu seperti
guaman, keguruan , pengubatan dan sebagainya ( Hassan Langgulung , 2002 ) .
Etika secara keseluruhannya adalah sebagai satu landasan nilai-nilai mulia yang harus dipatuhi
oleh kelompok-kelompok umum yang mana nilai-nilai baik atau salah itu bersafat sejagat.
Merupakan disiplin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap
norma dan garis panduan tindakan individu yang piawai , yang mewajarkan tindakannya. Etika
bertindak melicinkan dan memperkukuhkan nilai-nilai , kepercayaan dan tanggungjawab dalam
sesuatu profesion. Di samping itu , etika juga menjadi satu norma dan standard perlakuan-
perlakuan ahli organisasi dan interaksi .
Etika Profesion Perguruan
Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam menjalankan tugas
mendidik. Guru-guru perlu mengetahui kod etika perguruan serta mematuhinya demi menjamin
martabat profesion perguruan dipandang mulia.
Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskan Tatasusila
Profesion Perguruan. Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu dihayati dan diikuti oleh
para guru di Malaysia. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan memartabatkan lagi
16. kedudukan guru sebagai profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejak dahulu lagi. Kejayaan
dalam melahirkan guru yang beretika bergantung kepada sejauh mana guru komited dengan
etika perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Etika merupakan satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan ( Kamus
Dewan , 2005 ). Ia juga merupakan satu prinsip moral dan juga tanggungjawab dan akibat
tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari perspektif Islam , etika
merujuk kepada tingkah laku yang betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.
Etika profesion perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap
masyarakat dan negara , pelajar , rakan sejawat dan juga ibu bapa pelajar. Sebagai seorang
guru , kita sesungguhnya mempunyai beban yang berat untuk dilaksanakan bagi melahirkan
modal insan yang berkualiti dan berketrampilan. Sebelum dapat membentuk individu yang
sempurna dari pelbagai aspek , pembentukan sahsiah diri guru itu terlebih dahulu perlu dicapai.
Guru perlu menjadi contoh yang terbaik di hadapan anak didiknya . Menjadi ikutan dan panduan
mereka secara keseluruhannya. Untuk memenuhi criteria-kriteria seorang guru yang terbaik dan
cemerlang dalam pelbagai aspek , etika-etika itulah yang perlu dipatuhi dan diamalkan
sepanjang masa. Ini sekaligus dapat membentuk seorang guru yang sebenar-benarnya di mata
pelajar dan masyarakat secara umumnya.
Etika Seorang Guru
Antara etika profesion perguruan yang perlu diikuti dan ditaati oleh setiap orang guru ialah tidak
harus bertingkah laku yang boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan
hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Tidak seharusnya juga seorang
guru itu bertingkah laku yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan
amanah berhubung dengan kewangan. Seorang guru itu haruslah menjalankan tugas dan
tanggungjawab dengan jujur dan seikhlasnya. Kita sedia maklum bahawa tanggungjawab utama
seorang guru ialah terhadap para pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi
semua kepentingan kepentingan masyarakat , persatuan atau persendirian. Guru harus
menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap pelajarnya.
Selain itu seorang guru itu haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua pelajarnya
tanpa mengira bangsa dan anutan agama mereka. Adil dan saksama kepada semua pelajarnya
tanpa menyisihkan atau memilih-milih mereka. Guru sesungguhnya menjadi pengganti ibu
bapa dalam usaha untuk membantu membentuk tingkah laku pelajar-pelajar kearah matlamat-
matlamat yang diterima oleh masyarakat secara keseluruhannya. Bertindak untuk mendidik
pelajar-pelajar dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira
17. bangsa,jantina , bahasa , agama, kepercayaan politik , tempat asal , asal keluarga , intelek ,
akademik dan status-status lain. Guru seharusnya mengesan dan menerima perbezaan individu
dalam kalangan pelajar-pelajarnya dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka
dari segi jasmani , intelek , daya cipta dan rohani.
Di samping itu , seorang guru haruslah menghormati hak tiap-tiap pelajar supaya maklumat-
maklumat sulit mengenai diri pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak
berkenaan. Guru juga seharusnya tidak mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar-pelajarnya, masyarakat awam dan negara keseluruhannya. Tanggungjawab guru untuk
menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang
menjadi warganegara dan anak bangsa yang taat setia dan berguna di masa hadapan . Tidak
seharusnya seorang guru itu menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri para pelajarnya dan ibu bapa mereka.
Seorang guru mestilah bertingkah laku untuk menjadi contoh yang terbaik terhadap para
pelajarnya. Seorang guru yang ikhlas , tidak akan menerima apa-apa bayaran daripada para
pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah
atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan. Tidak akan juga mengiklankan
dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. Seorang guru itu juga tidak
seharusnya meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajarnya atau ahli-ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya,
Penting bagi seorang guru itu untuk tidak memaksakan kepercayaan, keagamaan , politik
persendirian terhadap para pelajarnya. Seorang guru yang baik itu juga tidak akan sesekali
menjatuhkan maruah dan nama baik rakan gurunya yang lain. Sekiranya untuk mendapatkan
pekerjaan atau kenaikan pangkat , guru haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja ,
iaitu berdasarkan kecekapan dan kemajuan diri sendiri. Tidak perlu mengiklankan dirinya
dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dan nama
dalam profesion perguruan.
Yang tersebut di atas adalah antara etika-etika sebagai seorang guru . Bagi mencapai status
guru berkesan , yang terbaik , cemerlang dan terbilang seharusnya seorang guru itu mentaati
,mematuhi dan mengikuti etika-etika profesion perguruan tersebut. Sesungguhnya ia menjadi
garis panduan seseorang guru untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah
diamanahkan dan untuk mengekalkan mereka pada landasan yang betul. Sesungguhnya
tanggungjawab kita guru bukan sekadar untuk mengajar di dalam bilik darjah. Kita harus perlu
bertindak secara professional mengikut kod etika perguruan yang telah ditetapkan.
18. Tangggungjawab Seorang Guru
Berdasarkan kepada Etika Profesion Peguruan juga termasuklah berkaitan dengan
tanggungjawab -tanggungjawab kita sebagai seorang guru . Antaranya ialah :
i/ Tanggungjawab terhadap pelajar
Sebagai seorang guru , tanggungjawab kita terhadap pelajar ialah kita mesti bersikap adil
terhadap pelajar tanpa mengira faktor keturunan,anutan agama, politik, sosial, emosi , ekonomi ,
jasmani dan mental mereka.. Kita sebagai guru juga perlu lebih mengutamakan kebajikan dan
keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.
Di samping itu, kita guru juga mesti menunjukkan perawakan yang terbaik dari segi berpakaian,
pertututuran dan tingkah laku yang dapat dijadikan contoh kepada para pelajar. Selain daripada
itu kita hendaklah memelihara dan meningkatkan kecekapan ikhtisas melalui pengajian,
penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar
supaya proses pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
ii/ Tanggungjawab terhadap ibubapa
Kita perlu memenuhi tanggungjawab terhadap ibubapa dengan menghormati
tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Sentiasalah berusaha
untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumah tangga. Di samping itu, kita mestilah sentiasa menganggap
maklumat yang diberi oleh ibubapa berkaitan rumahtangga mereka sebagai sulit dan
tidak membocorkan rahsia kecuali kepada orang yang berkenaan. Sekiranya diminta,
kita akan memberikan maklumat berkenaan pelajar kepada ibubapa mereka. Akhir
sekali, kita sepatutnya sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada dipengaruhi oleh
kedudukan ekonomi dan sosial ibubapa pelajar dalam membuat sebarang keputusan
dan juga daripada mengeluarkan kata-kata yang menjejaskan kepercayaan pelajar
terhadap ibu bapa mereka.
iii/ Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
Kita perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau
negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Kita juga hendaklah sering
memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi
warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu hormatilah masyarakat tempat kita
19. berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat Seterusnya, kita juga perlu
menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamalkan
tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat .
iv/ Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan
Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan, kita
perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama
seorang guru lain di hadapan pelajar atau ibibapa, atau berbuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan martabat seorang guru. Kita juga tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang
menjejaskan kecekapan kami sebagai guru , contohnya berniaga di waktu perskolahan. Di
samping itu kita juga berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-
sungguh sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Seterusnya kita perlu sentiasa bersedia
untuk membantu rakan sejawat terutananya mereka yang baru menjadi seorang guru. Akhir
sekali, kita perlu menjadi ahli bagi sebuah pertubuhan guru.