Kertas kerja ini merupakan kertas kerja lawatan ke Melaka bandar bersejarah. Tempat yang dilawati adalah mMenara Taming Sari , Muzium samudera dan Taman Tema Melaka Wonderland. Ia merupakan aktiviti selepas UPSR murid SK Pasangan , Kg Kuantan , Selangor
untuk kertas kerja guru-guru melaksanakan program lawatan sekolah luar negeri untuk murid-murid sekolah rendah .Kertas kerja ini juga adalah sebagai langkah awal untuk guru mohon sumbangan.
untuk kertas kerja guru-guru melaksanakan program lawatan sekolah luar negeri untuk murid-murid sekolah rendah .Kertas kerja ini juga adalah sebagai langkah awal untuk guru mohon sumbangan.
1. SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KLAWANG
71600 KUALA KLAWANG, JELEBU,
NEGERI SEMBILAN DK.
KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA 2017
1.Pendahuluan
Unit Lawatan Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang akan mengadakan satu lawatan
sambal belajar sebagai salah satu program tahunan sekolah khas untuk murid-murid
Tahun 6 yang telah selesai menduduki UPSR. Lokasi lawatan adalah disekitar Melaka.
1.1 Tarikh Lawatan : 24 Oktober 2017
1.2 Hari : Selasa
1.3 Masa : 7.30 pagi hingga 7.30 malam
2. Tempat Lawatan ( Cadangan )
2.1 Zoo Melaka ( Ayer Keroh )
2.2 Sekitar Banda Hilir
i) Menara Taming sari
ii) Kota A Farmosa
iii) Muzium Kesultanan Melayu Melaka
iv) Memorial Pengistiharan Kemerdekaan
v) Bukit St Paul
vi) Muzium Samudera
2.3 Muzium Kapal Selam ( Klebang )
3. Tujuan Lawatan
3.1 Merupakan salah satu aktiviti tahunan Program Lepas UPSR Unit Lawatan
Sekolah
3.2 Memberi pengalaman kepada murid untuk memperoleh ilmu baharu
semasa lawatan.
3.3 Memberi peluang kepada murid mengaplikasi pembelajaran dalam kelas dengan
keadaan atau situasi sebenar di luar bilik darjah.
2. 1
4. Objektif Lawatan
4.1 Memberi pendedahan kepada murid tentang sejarah dan kemajuan negara ke
arah mencapai Wawasan 2020.
4.2 Murid dapat merasai situasi sebenar berdasarkan pengalaman sendiri.
4.3 Menanam dan memupuk semangat patriotisma di kalangan murid.
4.4 Memupuk sikap disiplin dan kerjasama dalam satu pasukan.
5. Skop
5.1 Lawatan Sambil Belajar
6. Anjuran / Pengelola :
6.1 Unit Lawatan Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang
7. Kumpulan Sasaran
7.1 Murid-murid Tahun 6 ( 40 orang )
8. Penglibatan Guru
8.1 En. Harnimizam b. Abd. Hamid
8.2 En. Mohd. Shah b. Haron
8.2 Pn. Zurina bt. Raih
8.3 Pn.
9. Sumber Kewangan
9.1 Sumber
36 orang murid X RM 45.00 = RM 1620.00
4 orang guru X RM 30.00 = RM 120.00
Jumlah = RM 1740.00
3. 2
9.2 Anggaran Perbelanjaan
9.2.1 Pengangkutan bas ( 1 X 200.00 ) = RM 200.00
9.2.2 Bayaran Tiket ( 40 X 22 .00 ) = RM 880.00
9.2.3 Minum pagi ( 40 X 4.00 ) = RM 160.00
9.2.4 Minum petang ( 40 X 4.00 ) = RM 160.00
9.2.4 Makan tengah hari ( 40 X 6.00 ) = RM 264.00
9.2.5 Lain-lain = RM 76.00
Jumlah = RM 1740.00
10 Jawatankuasa Lawatan
Penasihat : Ustaz Abdul Jalil b. Md. Zin
( Guru Besar Sekolah )
Pengerusi : Pn. Rohaizah bt. Mat Sidek
( GPK Hal Ehwal Murid )
N. Pengerusi 1 : En. Salahuddin b. Mohd. Salleh
( GPK Kokurikulum )
N. Pengerusi 2 : Pn. Zuraini bt. Zakaria
( GPK Kurikulum )
Setiausaha : En. Harnimizam b. Abd. Hamid
Bendahari : Pn. Zurina bt. Raih
AJK : 1. En. Mohd. Shah b. Haron
: 2. Pn. Zurina bt. Raih
4. : 3. Pn. Masriah bt. Sibam
3
Disediakan oleh:
.
( Harnimizam b. Abd. Hamid )
Setiausaha / Penyelaras Lawatan Sekolah
SK. Kuala Klawang
Diluluskan oleh:
..
( )
5. 4
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KLAWANG
71600 KUALA KLAWANG, JELEBU, NEGERI SEMBILAN DK
TEL : 06-6138168 FAX : 06-6136940
Kepada , Ruj. Kami :
Tarikh : 06 September 2017
PENGETUA,
SMK. DATO UNDANG JELEBU,
71600 KUALA KLAWANG,
JELEBU, NEGERI SEMBILAN DK.
Tuan / Puan ,
MEMOHON PERKHIDMATAN BAS SEMPENA PROGRAM LAWATAN SAMBIL
BELAJAR MURID-MURID TAHUN 6 SKKK.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sempena dengan program lepas UPSR pada kali ini, pihak sekolah dengan
kerjasama Unit Lawatan Sekolah akan menguruskan satu program lawatan sambil belajar
ke Melaka untuk mengisi aktiviti murid-murid Tahun 6 yang telah selesai menduduki
UPSR bagi tahun ini.
3. Program lawatan sambil belajar akan diadakan seperti ketetapan berikut
Tarikh : 24 OKTOBER 2017 ( SELASA )
Masa : 7.30 pagi (bertolak dari SKKK )
6. Tempat : Ayer Keroh , Bandar Hilir dan Klebang
Jumlah peserta : 40orang ( Guru dan Murid )
4. Jesteru itu, kami memohon perkidmatan bas sekolah tuan untuk membawa peserta
lawatan dan guru pengiring seperti ketetapan tarikh di atas bagi melancarkan program.
Sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan amat dialu-alukan dan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KLAWANG
71600 KUALA KLAWANG, JELEBU, NEGERI SEMBILAN DK
TEL : 06-6138168 FAX : 06-6136940
Pengurus,
Menara Taming Sari Melaka, Ruj Kami :
Jalan Merdeka, Banda Hilir, Tarikh : 11 September 2017
75000 Melaka, Malaysia.
Tuan / Puan ,
PERMOHONAN UNTUK MENDAPAT POTONGAN HARGA TIKET
Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Untuk makluman pihak tuan, pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan
satu lawatan sambil belajar ke Melaka dan salah satu tempat yang akan di lawati ialah
Menara TamingSari. Aktiviti tersebut sebagai program untuk murid-murid Tahun 6 yang
telah selesai menduduki UPSR bagi tahun ini.
3. Sehubungan dengan itu,, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk memberikan
potongan harga untuk para murid dan guru yang turut serta. Butiranlawatan adalah
seperti berikut :
7. Aktiviti program : Lawatan Sambil Belajar
Tarikh : 24 Oktober 2017 ( Selasa )
Masa bertolak : 7.30 pagi ( dari sekolah )
Peserta : 40 orang ( 36 murid + 4 orang guru )
Penyelaras lawatan : Harnimizam b. Abd. Hamid (011-16750191)
4. Kerjasama dan sumbangan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah.
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KLAWANG
71600 KUALA KLAWANG, JELEBU, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TEL : 06-6138168 FAX : 06-6136940
Web : http://skkk.edu.my email :nba0003@ppdjempoljelebu.net
Ruj. Kami : SKKK.NBA003/700-1/2 (2)
Tarikh : 26 September 2017
Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ,
Jalan Dato Hamzah, Negeri Sembilan DK.
70990 Seremban, Negeri Sembilan DK.
Tuan,
PERMOHONAN KEBENARAN MELANCONG DI BAWAH PERATURAN
( PELANCONGAN SEKOLAH-SEKOLAH 1957 )
Dengan segala hormatnta, perkara di atas adalah dirujuk.
8. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami memohon kebenaran daripada pihak
tuan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka pada tahun ini.
3. Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen yang dikehendaki untuk tujuan
di atas. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan
terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
.
( ABDUL JALIL B. MD. ZIN )
Guru Besar SK. Kuala Klawang
S.k : Fail Lawatan
: Fail UB ( Ko-Kurikulum )