際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
NOTA KATA KERJA TAHUN 4
Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu
perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada dua:
 Kata kerja transitif
 Kata kerja tak transitif
KATA KERJA TRANSITIF (KKT)
Kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata nama untuk
melengkapkan maksud ayat.
KKT boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:
(minum, makan)  tiada imbuhan
meN-... - (mencangkul, menebang, memukul)
meN-...-i - (menjalani, menghadiahi, menghadapi)
meN-...-kan - (melarikan, memasukkan, menjalankan)
memper-... - (memperbesar, mempercantik, mempersuami, memperisteri)
memper-...-kan - (mempertingkatkan, mempertunjukkan)
memper-...-i - (memperdengari, memperingati)
KKT boleh dipasifkan. Contoh:
Ayat Aktif Ayat Pasif
Ah Moi sedang membasuh kain di dalam bilik air. Kain sedang dibasuh oleh Ah Moi di dalam bilik
air.
Pekerja-pekerja sedang memperlebar jalan raya. Jalan raya sedang diperlebar oleh pekerja-
pekerja.
Ibu menidurkan adik di dalam kamar. Adik ditidurkan oleh ibu di dalam kamar.
Kami makan kentang goreng itu. Kentang goreng itu kami makan.
Tuan Hakim menjatuhi pengedar dadah itu
hukuman mati mandatori.
Pengedar dadah itu dijatuhi hukuman mati
mandatori oleh Tuan Hakim.
KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)
Kata kerja tak transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat berdiri
sendiri dalam ayat. Oleh itu, KKTT tidak memerlukan objek atau penyambut untuk menyempurnakan
maksudnya. KKTT tidak boleh dipasifkan.
KKTT boleh dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya adalah seperti yang di bawah ini.
 Tanpa imbuhan (pulang, pergi, duduk, mati, tidur, balik)
 meN-... (mengalir, meletup, menangis, membisu)
 ber-... (berbicara, bercadang, berbincang, berkereta)
 ter-... (terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)
 ber-...-an (berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan)
 ber-...-kan (berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan)
KKTT terbahagi kepada dua iaitu;
i. KKTT tanpa pelengkap
ii. KKTT berpelengkap
KKTT Tanpa Pelengkap
Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap.
Contoh:
Gadis itu asyik termenung.
Ayah dan ibu sedang berbicara.
Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.
KKTT di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan keterangan lanjut
tentang ayat tersebut.
Contoh:
1. Si Dara itu asyik termenung di dalam kamar.
2. Hanif dan Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya.
3. Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam.
KKTT Berpelengkap
Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata sendi
nama) untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap tidak sama dengan objek atau
penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh mengalami
proses pasif. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.
Contoh:
1. Keadaan banjir sudah beransur surut.
2. Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik.
3. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.
4. Ying Ying bercita-cita untuk menjadi arkitek.
5. Cikgu Zakiah tinggal di Kepala Batas.
6. Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa KKTT dan KKT mempunyai fungsi
yang berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui frasa kerja tak transitif dan frasa
kerja transitif.
Struktur Frasa Kerja Tak Transitif
Kata bantu KKTT Kata Sendi /adjektif Kata Nama
sedang bekerja di pejabat
ingin berbincang tentang perkara
telah terlupa akan nama rakannya
sudah bertambah kukuh -
sudah beransur sembuh -
telah bersuamikan - orang kaya
telah berpayungkan - daun pisang
Struktur Frasa Kerja Transitif
Kata Bantu KKT Objek atau Penyambut
telah membincangkan perkara
akan memperbesar rumah
sedang menggilap kasut
hendak menunggang motosikal
Kesalahan-kesalahan Kata Kerja.
1. Penggunaan KKT tanpa imbuhan.
Contoh ayat:
Haji Naseer sedang pandang lukisan itu (X)
Haji Naseer sedang memandang lukisan itu. ()
2. Penggunaan kata sendi nama selepas KKT.
Contoh ayat:
Sharifah memahami akan kehendak adiknya. (X)
Sharifah memahami kehendak adiknya. ()
3. Penggunaan Kata Adjektif selepas KKT.
Contoh ayat:
Ahmad telah menendang kuat-kuat bola itu. (X)
Ahmad telah menendang bola itu kuat-kuat. ()
4. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT
Contoh ayat:
Cik Min akan berjumpa Cikgu Zue. (X)
Cik Min akan berjumpa dengan Cikgu Zue. ()
5. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT berimbuhan ber-...-kan
Contoh ayat:
Penculik itu bersenjatakan dengan sebilah pisau. (X)
Penculik itu bersenjatakan sebilah pisau. ()
6. Tidak meletakkan kata sendi nama selepas KKTT tanpa imbuhan.
Contoh ayat:
Ayah tidak akan pulang rumah tengah hari ini. (X)
Ayah tidak akan pulang ke rumah tengah hari ini. ()

More Related Content

Similar to Kata kerja (16)

DOC
02 KATA KERJA.doc
WanHanafi6
PPTX
2.2.2 kata kerja
Asri Mohad
PPT
BAB 4-GOL KATA.ppt
Zufareeha
PPTX
Memantapkan Binaan Kata Kerja Tak Transitif
MohdAliffNaim
PDF
katakerja-rl-121004102012-phpapp02.pdf
MuhammadnuralifBinal
DOCX
Frasa kerja
zoolkarnain
PPTX
Kata kerja
miZs Rieya
PPTX
Tatabahasa kata kerja
Noraini Abdullah
PPTX
Tatabahasa kata kerja
Hanie2825
PPTX
Kata kerja
akma husin
PPT
Katakerja
Jessie Gui
PPTX
dokumen.tips_kata-kerja-5584a7bd8beb7.pptx
niza asraf
PPT
Kata kerja
MOHD FITHRI BIN JEMARI
DOCX
Bm sem 6
zuraidahahmad
PPTX
tatabahasa__imbuhan_.pptx
SIAWSINGONGKPMGuru
PDF
nota 1 sej.pdf
RenlyUlui1
02 KATA KERJA.doc
WanHanafi6
2.2.2 kata kerja
Asri Mohad
BAB 4-GOL KATA.ppt
Zufareeha
Memantapkan Binaan Kata Kerja Tak Transitif
MohdAliffNaim
katakerja-rl-121004102012-phpapp02.pdf
MuhammadnuralifBinal
Frasa kerja
zoolkarnain
Kata kerja
miZs Rieya
Tatabahasa kata kerja
Noraini Abdullah
Tatabahasa kata kerja
Hanie2825
Kata kerja
akma husin
Katakerja
Jessie Gui
dokumen.tips_kata-kerja-5584a7bd8beb7.pptx
niza asraf
Bm sem 6
zuraidahahmad
tatabahasa__imbuhan_.pptx
SIAWSINGONGKPMGuru
nota 1 sej.pdf
RenlyUlui1

Kata kerja

  • 1. NOTA KATA KERJA TAHUN 4 Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada dua: Kata kerja transitif Kata kerja tak transitif KATA KERJA TRANSITIF (KKT) Kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata nama untuk melengkapkan maksud ayat. KKT boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu: (minum, makan) tiada imbuhan meN-... - (mencangkul, menebang, memukul) meN-...-i - (menjalani, menghadiahi, menghadapi) meN-...-kan - (melarikan, memasukkan, menjalankan) memper-... - (memperbesar, mempercantik, mempersuami, memperisteri) memper-...-kan - (mempertingkatkan, mempertunjukkan) memper-...-i - (memperdengari, memperingati) KKT boleh dipasifkan. Contoh: Ayat Aktif Ayat Pasif Ah Moi sedang membasuh kain di dalam bilik air. Kain sedang dibasuh oleh Ah Moi di dalam bilik air. Pekerja-pekerja sedang memperlebar jalan raya. Jalan raya sedang diperlebar oleh pekerja- pekerja. Ibu menidurkan adik di dalam kamar. Adik ditidurkan oleh ibu di dalam kamar. Kami makan kentang goreng itu. Kentang goreng itu kami makan. Tuan Hakim menjatuhi pengedar dadah itu hukuman mati mandatori. Pengedar dadah itu dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Tuan Hakim. KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT) Kata kerja tak transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Oleh itu, KKTT tidak memerlukan objek atau penyambut untuk menyempurnakan maksudnya. KKTT tidak boleh dipasifkan. KKTT boleh dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya adalah seperti yang di bawah ini. Tanpa imbuhan (pulang, pergi, duduk, mati, tidur, balik) meN-... (mengalir, meletup, menangis, membisu)
  • 2. ber-... (berbicara, bercadang, berbincang, berkereta) ter-... (terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik) ber-...-an (berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan) ber-...-kan (berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan) KKTT terbahagi kepada dua iaitu; i. KKTT tanpa pelengkap ii. KKTT berpelengkap KKTT Tanpa Pelengkap Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap. Contoh: Gadis itu asyik termenung. Ayah dan ibu sedang berbicara. Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban. KKTT di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan keterangan lanjut tentang ayat tersebut. Contoh: 1. Si Dara itu asyik termenung di dalam kamar. 2. Hanif dan Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya. 3. Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam. KKTT Berpelengkap Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata sendi nama) untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap tidak sama dengan objek atau penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh mengalami proses pasif. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Contoh: 1. Keadaan banjir sudah beransur surut. 2. Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik. 3. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan. 4. Ying Ying bercita-cita untuk menjadi arkitek. 5. Cikgu Zakiah tinggal di Kepala Batas. 6. Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini. Daripada perbincangan di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa KKTT dan KKT mempunyai fungsi yang berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui frasa kerja tak transitif dan frasa kerja transitif.
  • 3. Struktur Frasa Kerja Tak Transitif Kata bantu KKTT Kata Sendi /adjektif Kata Nama sedang bekerja di pejabat ingin berbincang tentang perkara telah terlupa akan nama rakannya sudah bertambah kukuh - sudah beransur sembuh - telah bersuamikan - orang kaya telah berpayungkan - daun pisang Struktur Frasa Kerja Transitif Kata Bantu KKT Objek atau Penyambut telah membincangkan perkara akan memperbesar rumah sedang menggilap kasut hendak menunggang motosikal Kesalahan-kesalahan Kata Kerja. 1. Penggunaan KKT tanpa imbuhan. Contoh ayat: Haji Naseer sedang pandang lukisan itu (X) Haji Naseer sedang memandang lukisan itu. () 2. Penggunaan kata sendi nama selepas KKT. Contoh ayat: Sharifah memahami akan kehendak adiknya. (X) Sharifah memahami kehendak adiknya. () 3. Penggunaan Kata Adjektif selepas KKT. Contoh ayat: Ahmad telah menendang kuat-kuat bola itu. (X)
  • 4. Ahmad telah menendang bola itu kuat-kuat. () 4. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT Contoh ayat: Cik Min akan berjumpa Cikgu Zue. (X) Cik Min akan berjumpa dengan Cikgu Zue. () 5. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT berimbuhan ber-...-kan Contoh ayat: Penculik itu bersenjatakan dengan sebilah pisau. (X) Penculik itu bersenjatakan sebilah pisau. () 6. Tidak meletakkan kata sendi nama selepas KKTT tanpa imbuhan. Contoh ayat: Ayah tidak akan pulang rumah tengah hari ini. (X) Ayah tidak akan pulang ke rumah tengah hari ini. ()