1. PENGANTAR AKIDAH KIST 21042
PENDAHULUAN
P
enciptaan manusia terdiri daripada jasad dan roh. Manusia amat bergantung kepada
2 elemen ini untuk menjalani kehidupan seharian. Keperluan jasad dan roh juga
masing-masing amat bergantungan antara satu sama lain. Baik yang diterima oleh
jasadiah, baik jualah kepada ruhiah. Misalnya, makanan yang halal & baik di sisi Tuhan
mempunyai kebaikan tersendiri kepada jasadiah manusia. Dengan makanan inilah yang
memberi kesihatan kepada tubuh badan manusia lantas memudahkan ibadah seharian sebagai
seorang hamba-Nya. Secara tidak langsung,
keperluan ruhiah telah dipenuhi. Begitu juga
sekiranya keperluan ruhiah dipenuhi, maka
terpeliharalah jasadiah kita dalam mentaati perintah-
Nya.
Namun apa yang perlu dititikberatkan adalah
persoalan rohani. Kehidupan manusia amat
bergantung terhadap kekuatan dalaman untuk terus hidup. Hakikat dunia telah menyaksikan
bahawa kecacatan pada tubuh badan manusia tidak menjejaskan kedudukan kita untuk
beriman kepada Allah S.W.T. Sirah juga membuktikan Abdullah Ummu Maktum, salah
seorang sahabat Rasulullah yang buta namun lantaran kekuatan rohani untuk terus hidup
sebagai hamba Allah yang beriman, beliau menjadi orang pertama di antara sahabat-sahabat
yang pergi ke Madinah dan membacakan al-Quran sehingga ramai yang memahami Islam.
Benarlah sabda Nabi junjungan S.A.W yang diriwayatkan al-Bukhari bahawa,
Perbuatan atau amalan paling utama (secara mutlaknya) ialah beriman dengan Allah dan
Rasul-Nya. Jelaslah kekuatan dalaman seperti inilah yang diredhai Allah lantas memberi
manfaat kepada kehidupan manusia sejagat. Jadi, apakah kesan & pengaruh iman dalam
kehidupan manusia?
1
2. PENGANTAR AKIDAH KIST 21042
1.0 DEFINISI IMAN
Jumhur ulama berpendapat bahawa iman itu:
.
Maksudnya: Membenarkan dengan hati, berikrar dengan lisan dan mengamalkan
dengan anggota badan.
1.1 MEMBENARKAN DENGAN HATI
- Membenarkan & menerima segala apa yang dibawa Rasulullah S.A.W
- Percaya dan bertekad tiada Tuhan selain Allah & Muhammad utusan-Nya
1.2 BERIKRAR DENGAN LISAN
- Mengucapkan dua kalimah syahadah, Asyhadu allaa Ilaah Illallah wa
asyhadu anna Muhammad Rasulullah
1.3 MENGAMALKAN DENGAN ANGGOTA BADAN
- Anggota badan beribadah hanya kepada-Nya
- Bertingkah laku sesuai dengan kehendak-Nya
2.0 SEKILAS TENTANG IMAN
2
3. PENGANTAR AKIDAH KIST 21042
Al-Quran telah menerangkan tentang perbezaan orang mukmin & orang muslim,
mafhum-Nya: Orang-orang " A'raab" (orang Arab dusun) berkata: "Kami telah beriman".
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian),
tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja:
"Kami telah Islam". Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin),
Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".
Jadi jelaslah orang mukmin itu semestinya seorang muslim namun seorang muslim itu
tidak semestinya mukmin. Seharusnya seorang muslim itu beriman kerana ianya melengkapi
status muslim sebagai penganut agama Islam, agama yang diredhai di sisi-Nya.
Iman berfungsi sebagai pendorong seseorang bertingkah laku baik dan yang penting
diredhai oleh-Nya. Menurut Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa iman
mempunyai 70 cabang. Dan setiap satunya menuntut untuk berakhlak seperti yang disuruh-
Nya. Berikut merupakan 70 cabang-cabang iman:
2.1 CABANG-CABANG IMAN
1. Beriman dengan Allah s.w.t dan tidak berlaku syirik kepada-Nya.
2. Selain Allah S.W.T, semuanya adalah ciptaan-Nya dan Dialah yang kekal buat selamanya.
3. Beriman dengan Malaikat.
4. Beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan Allah.
5. Beriman dengan utusan-utusan Allah.
6. Beriman dengan takdir Allah, sama ada baik dan buruk semuanya dari Allah.
7. Beriman dengan hari qiamat.
8. Beriman dengan adanya syurga.
9. Beriman dengan adanya neraka.
10. Mencintai Allah dengan sebenar-benarnya.
3
4. PENGANTAR AKIDAH KIST 21042
11. Mencintai dan membenci seseorang kerana Allah.
12. Mencintai baginda Rasulullah S.A.W.
13. Ikhlas.
14. Taubat.
15. Takut kepada Allah.
16. Mengharapkan rahmat Allah.
17. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah.
18. Bersyukur.
19. Menepati janji.
20. Bersabar.
21. Tawadhuk.
22. Mengasihi dan bersikap lemah lembut.
23. Redha dengan apa yang ada.
24. Tawakkal.
25. Tidak sombong.
26. Menjauhi kemarahan.
27. Berperasaan malu.
28. Menjauhi iri hati dan hasad dengki.
29. Menjauhi kekecohan seperti buruk sangka dan tipu daya.
30. Tidak terlalu mencintai dunia.
31. Mengucap kalimah tayyibah (syahadah)
32. Membaca al-Quran.
33. Mempelajari ilmu agama.
34. Mengajar ilmu.
35. Berdoa dan bermunajat.
36. Mengingati Allah dan beristighfar.
37. Menjauhi perkara lagha (sia-sia) dan perkataan yang melampaui batas.
38. Bersih pada badan, pakaian dan tempat tinggal.
39. Melakukan ibadah solat dengan bersungguh-sungguh.
40. Sedekah dan berzakat.
41. Puasa.
42. Haji.
43. Iktikaf.
4
5. PENGANTAR AKIDAH KIST 21042
44. Meninggalkan kampung halaman untuk menegakkan agama/berjihad.
45. Menunaikan nazar dan kifarah.
46. Menjaga amanah.
47. Menutup aurat.
48. Berkorban.
49. Menyempurnakan jenazah.
50. Menjelaskan/membayar hutang.
51. Membaiki muamalah dan mencari harta dengan cara yang baik.
52. Menjadi saksi terhadap perkara yang benar.
53. Wajib wara' dalam makan minum dan menjauhi perkara yang tidak halal.
54. Menjauhi perzinaan.
55. Menunaikan hak anak dan isteri, hamba dan lain-lain.
56. Menunaikan hak kedua ibubapa.
57. Memberi didikan agama kepada anak-anak.
58. Menghormati orang yang lebih tua dan jiran tetangga.
59. Mengeratkan silaturrahim.
60. Memerintah dengan adil.
61. Menyertai jamaah.
62. Mentaati hakim (yang hukumnya tidak bertentangan dengan agama Islam).
63. Mendamaikan antara pihak yang bertikai.
64. Amar makruf nahi munkar.
65. Membantu seseorang ke arah kebajikan.
66. Memelihara batasan Allah.
67. Membelanjakan harta di tempat yang diredhai Allah, tidak membazir,boros dan kedekut.
68. Menyelamatkan penduduk dunia dari kerugian dan penderitaan.
69. Bersalam-salaman dan mengucapkan 'Yarhamkumullah' bila orang bersin.
70. Menolak dan membuang benda-benda yang boleh menyakiti orang yang lalu lalang.
5
6. PENGANTAR AKIDAH KIST 21042
KESAN & PENGARUH IMAN
1. IMAN MERUPAKAN SUMBER KETENANGAN
Allah merupakan Khaliq yang menciptakan manusia. Sudah pasti Yang
Menciptakan mengetahui baik & buruk makhluk ciptaan-Nya. Lumrah manusia akan
merasakan suatu ketenangan yang jarang diungkap dengan perkataan apabila kembali
ke tempat yang harus kita kembali.
Misalnya seorang anak yang merantau ke luar bandar dapat merasa
ketenangan setibanya pulang ke kampung halaman bertemu ibubapa yang mendidik &
membesarkan mereka. Inikan pula Allah yang menciptakan manusia. Hal ini
membenarkan firman-Nya yang Maha Agung:
Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka
dengan mengingati Allah. Ketahuilah dengan mengingati Allah, tenang tenteramlah
hati-hati manusia.
Jelaslah keimanan seseorang sudah cukup untuk mendatangkan ketenangan
dalam diri seseorang hamba. Keimanan kepada Allah merupakan amal yang seiring
dengan fitrah penciptaan seseorang manusia sebagaimana firman-Nya yang
menyatakan tentang penciptaan manusia & jin hanyalah untuk beribadat kepada-Nya
(51:56).
2. PENDORONG UNTUK BERAKHLAK BAIK & MENJAUHI MAKSIAT
Keimanan yang mendalam menggalakkan diri seseorang melakukan amalan yang
hanya diredhai-Nya di samping meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Hal ini kerana
6
7. PENGANTAR AKIDAH KIST 21042
orang yang beriman memahami hikmah perintah & larangan-Nya. Terdapat sepotong
hadith yang membuktikan bahawa iman mampu menjauhkan diri dari maksiat:
Tidak berzina seseorang yang berzina, sedangkan ketika ia
berzina dalam keadaan beriman, tidak mencuri seseorang
pencuri itu sedangkan ia dalam keadaan beriman, dan tidak
minum arak seseorang peminum arak sedangkan ia dalam
keadaan beriman [Riwayat Bukhari & Muslim]
3. DIKURNIAKAN KEUTUHAN UKHUWAH BERTERASKAN IMAN
Maksudnya: Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang
beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi,
nescaya engkau tidak dapat menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi
Allah telah menyatu-padukan (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa lagi
Maha Bijaksana [Al-Anfal 8:63]
4. MENGUTUHKAN PEGANGAN AQIDAH
Iman dan aqidah saling mempengaruhi antara satu sama lain. Kualiti iman
menjamin utuhnya pegangan aqidah seseorang. Sirah rasul-rasul terdahulu
membuktikan kemantapan iman yang diterapkan rasul kepada pengikut-pengikutnya
telah mengutuhkan aqidah mereka walau diseksa pihak kuffar dan musyrikin.
Di zaman Nabi S.A.W, keislaman Sumayyah telah tersebar di kota Mekah
menyebabkan beliau serta keluarga diseksa sehingga syahid namun tidak berganjak
keimanan dan aqidah mereka kepada Allah walau di saat peritnya diseksa musyrikin.
7
8. PENGANTAR AKIDAH KIST 21042
Begitu juga dengan Bilal Bin Rabah yang diseksa tuannya, Umayyah Bin Khalaf
di tengah padang pasir ditambah pula dengan batu yang besar diletakkan di atas dada
beliau. Namun, keimanan yang diterap Rasulullah S.A.W berhasil mendidik aqidah
beliau supaya meng-Esakan Allah.
5. SENTIASA BERMURAQABAH
Muraqabah telah jelas didefinisikan melalui hadith riwayat al-Baihaqi yang
bermaksud; Iman seseorang yang paling utama adalah dia menyedari bahawa Allah
sentiasa ada bersamanya di mana pun. Hadith tersebut juga jelas membuktikan
pengaruh & kesan iman ke atas individu.
Orang yang beriman amat yakin dan percaya bahawa Allah itu bersifat al-Basir,
Yang Maha Melihat. Walau di mana saja mereka berada, mereka tidak memerlukan
Closed Circuit Television (CCTV) ciptaan manusia untuk tidak berkelakuan buruk.
Cukuplah bagi mereka Allah melihat kelakuan mereka seharian kerana apa yang perlu
dikejar hanyalah redha-Nya yang mengatasi segalanya dan bukan pandangan manusia
yang tidak menguntungkan.
6. SENTIASA DI BAWAH NAUNGAN ALLAH
Jelaslah kaum terdahulu yang beriman telah dibantu Allah bersama rasul yang
membimbing mereka. Hal ini bertepatan dengan janji-Nya di dalam potongan ayat
surah ar-Rum, ayat 47; ..dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami
menolong orang yang beriman.
7. MERASAI NIKMAT BERIBADAH KEPADA-NYA
Nikmat beribadah merupakan kurniaan Allah kepada hamba yang dikehendaki.
Sukar bagi seseorang mampu mencapai nikmat tersebut sekiranya keimanan kurang
terpelihara. Siapalah yang tidak berkeinginan untuk merasai nikmat tersebut kerana
ganjaran redha-Nya merupakan sebaik-baik ganjaran di dunia mahupun akhirat.
8
9. PENGANTAR AKIDAH KIST 21042
Sekiranya umat manusia memahami erti nikmat ibadah, sudah tentu ditinggalkan
segala larangan-Nya hanya untuk melakukan kerja seharian sebagai ibadah kepada-
Nya. Tak hairanlah sahabat-sahabat Nabi sanggup meninggalkan urusniaga sekiranya
terdengar laungan azan. Walaupun urusniaga tersebut dikira sebagai ibadah, namun
ibadah solat perlu lebih diutamakan.
8. RAJIN MELAKUKAN TUGASAN HARIAN
Bagaimana iman mampu mempengaruhi kerajinan seseorang dalam melakukan
tugasan seharian? Oleh kerana orang beriman mampu merasai nikmat melakukan
ibadah, ianya mendorong seseorang untuk sentiasa melakukan kerja sebaik mungkin
demi mencapai nikmat yang tertinggi dari-Nya.
9. SENSITIF TERHADAP KEMUNGKARAN
Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia
mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu, maka dengan
lidahnya, sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya. Yang demikian
itulah selemah-lemah iman [Riwayat Muslim]
Hadith di atas telah menyatakan selemah-lemah iman adalah mereka yang
mencegah kemungkaran dengan hati. Jadi jelaslah keimanan seseorang mampu dinilai
tahapnya menerusi cara pencegahannya. Iman mempengaruhi keupayaan seseorang
untuk mencegah kemungkaran kerana iman mendorong untuk menjauhi kemungkaran
bukan terhadap diri sendiri sahaja, malah menjaga persekitaran supaya sentiasa berada
dalam keadaan yang diredhai-Nya.
Amar maruf nahi munkar amatlah ditekan al-Quran dan hadith. Malah, tokoh-
tokoh pemikir Islam juga amat menggalakkan amal ini sehingga beberapa pendapat
ulama telah mewajibkan amar maruf nahi munkar yang seharusnya menjadi rukun
Islam itu sendiri. Imam Ghazali juga berpendapat bahawa hukum asal dakwah adalah
fardhu kifayah sekiranya terdapat pemerintahan khilafah Islamiyah. Namun, menjadi
fardhu ain mengikut kemampuan sekiranya terjatuhnya khalifah Islam.
9
10. PENGANTAR AKIDAH KIST 21042
KESIMPULAN
Iman merupakan syarat seseorang layak bergelar ahli syurga. Hadith Rasulullah yang
diriwayatkan Abu Said al-Khudri ada menyebut bahawa mereka yang ke syurga dan neraka
akan ke sana bila tiba waktunya. Tetapi mereka yang ke neraka dan kemudian dinilai
mempunyai keimanan walau sebesar zarah sekalipun, maka Allah akan mengeluarkannya
dari neraka dan memasukkannya ke syurga (Sahih Bukhari).
Keislaman seseorang yang telah diiktiraf tidak menjamin penerimaan mereka ke
syurga. Insan yang mengucap kalimah syahadatain namun tidak melaksanakan perintah solat
yang menjadi tiang ugama sudah tentu tidak diredhai-Nya kerana suruhan utama tersebut
merupakan rukun Islam setelah mengucap syahadatain. Orang yang beriman kepada Allah
sudah tentu akan melaksanakan segala rukun agama yang telah ditetapkan Maha Pencipta.
Iman yang terpelihara menjamin peribadi yang diredhai Allah. Jatuh naik iman
memberi kesan kepada tingkah laku manusia. Apa yang diperlukan sekarang ialah peribadi
yang kental imannya untuk membina keluarga yang beriman, seterusnya masyarakat, negara
dan terbinalah empayar Islam yang dibangunkan atas dasar keimanan.
10