際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
3
Most read
INSTITUT PENDIDIKAN GURU ,
KAMPUS PULAU PINANG, BUKIT COOMBE,GELOGUR
11700 PULAU PINANG.
PROGRAM : PPG AMBILAN JUN 2011
NAMA: BUSYRONI BT IDRIS
NO. KP : 730512025442
NO. MATRIK: PPG-TSL B/003/06/11
KUMPULAN: TSL  B
BILANGAN SIRI: FASA 2
TARIKH PROGRAM: 23 MEI 2013/27 MEI 2013
LOKASI: SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TIANG
NAMA PENSYARAH: DR.MOHANARAJU ANAMALAI
NO. H/P : 013-4660809
TARIKH SURAT/NO.RUJUKAN:16 MEI 2013/ SKST/PPG/JUN 2011(1)
KANDUNGAN:
1. Kertas Kerja Ceramah dan Aktiviti Masyarakat
2. Surat Makluman Kepada Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang
3.Surat Panggilan Mesyuarat Ceramah dan Aktiviti Masyarakat
4.Minit Mesyuarat Ceramah dan Aktiviti Masyarakat
5. Risalah/Brochure Ceramah dan Aktiviti Masyarakat
6.Refleksi Ceramah dan Aktiviti Kemasyarakatan
7.Refleksi Kendiri
8. Rakaman ( Gambar dan Video )
9. Penghargaan dan terima kasih
REFLEKSI : CERAMAH  KURSUS DALAM PERKHIDMATAN
Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberi ruang dan
kesempatan kepada saya untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diamanahkan
kepada saya dengan jayanya. Sebelum pelaksanaan program ini, saya telah menyediakan draf
kertas kerja untuk disemak oleh Guru Besar dan beliau telah memberi sokongan yang positif
untuk melaksana program ini. Setelah mendapat persetujuan, saya telah menghubungi
penceramah dan beliau juga telah bersetuju untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk
Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang. Segala urusan surat menyurat, mesyuarat dan yang
berkaitan telah saya laksanakan dengan jayanya hasil kerjasama dan bantuan Ahli Jawatan Kuasa
Latihan Dalam Perkhidmatan Sekolah, guru-guru serta staf sokongan sekolah. Saya amat
berharap rakan guru dapat meluangkan masa untuk ceramah ini memandangkan ada sebilangan
rakan setugas saya yang sedang berkursus dan menyelesaikah urusan masing - masing. Saya juga
berharap ceramah yang bakal disampaikan akan memberi impak yang positif kepada rakan guru
semasa menghadapi cabaran di dalam urusan pendidikan selain dapat memenuhi syarat
kehadiran kursus sebanyak 7 kali setahun.
Apabila menjelangnya hari program yang dirancangkan, saya amat menghargai jasa
pihak pentadbiran sekolah ,penceramah yang dijemput serta rakan setugas kerana dapat
meluangkan masa untuk menjayakan program ceramah ini sehingga tamat pada pukul 4.00
petang. Sebelum bermula, semua guru telah menikmati jamuan tengahari dan bersolat terlebih
dahulu supaya dapat mengikuti ceramah dengan penuh keselesaan . Untuk lebih selesa lagi
semua telah bersepakat untuk menggunakan Makmal Komputer sekolah kerana suasananya agak
sejuk dan menyamankan. Walaupun pada mulanya terdapat sedikit masalah teknikal,tetapi di
atas pertolongan juruteknik sekolah , masalah tersebut dapat diatasi dengan jayanya.
Saya ingin mengimbas kembali isi kandungan ceramah serta implikasinya kepada diri
sendiri serta guru-guru lain yang mendengar dan mengambil bahagian. Pertama sekali
penceramah jemputan,iaitu Encik Mohd Najid b Haji Salleh seorang Guru Kaunselor dari SMK
Lubuk Merbau telah memulakan ceramahnya dengan mengaitkan tajuk dengan masalah dan isu
semasa yang berlaku di sekolah  sekolah di Malaysia. Antaranya ialah tentang masalah sosial di
kalangan pelajar sekolah dewasa ini amat membimbangkan dan memberi focus kepada peranan
guru untuk mendidik murid sekolah supaya masalah ini tidak berleluasa di kemudian hari.
Walaupun cara menyampaiannya tidak berapa fomal dan agak humor tetapi sedikit sebanyak
memberi kesan kepada guru-guru yang hadir. Saya berasa kecewa dan sedih dengan situasi yang
digambarkan oleh penceramah tersebut kerana tugas guru bukan sahaja untuk mengajar tetapi
juga mendidik murid di peringkat yang awal lagi supaya tidak akan timbul masalah sosial kepada
generasi muda di masa hadapan. Timbul di benak dan sanubari saya bahawa tugas guru sangat
penting demi menjamin kesejahteraan hidup pelajar-pelajar di masa akan datang.Oleh itu, guru
perlu mengimbangi kebolehan diri untuk mengajar dan mendidik supaya pendidikan di Malaysia
akan berterusan demi melahirkan generasi muda yang berwawasan, berakhlak mulia, mempunyai
daya saing tinggi untuk maju dan berupaya untuk memajukan negara suatu hari nanti.
Satu tarikan yang penceramah tunjukkan semasa ceramah dijalankan ialah satu klip video
mengenai kegigihan burung helang yang telah lama hidup dan terasa sangat lemah fizikalnya
kerana paruh yang semakin membengkok.Disebabkan semangat yang sangat tinggi, helang
tersebut telah melakukan pengorbanan iaitu mematahkan paruhnya untuk meneruskan hidupnya.
Penceramah telah menyampai sesuatu yang amat menyentuh perasaan di mana untuk menjadikan
seseorang murid itu berkualiti,seorang guru mesti melakukan pengorbanan yang tinggi.
Pengorbanan yang besar termasuklah daripada segi tenaga,masa dan kewangan supaya tugas
guru sebagai pendidik akan berjaya dengan cemerlang. Beliau juga meyelitkan kisah seorang
guru yang berkorban untuk anak pelajarnya yang mempunyai masalah keluarga yang serius.
Pelajar tersebut seorang yang agak pandai tetapi tidak hadir ke sekolah dalam tempoh masa yang
lama serta menimbulkan kemusykilan di kalangan guru. Oleh itu, guru kelas telah pergi untuk
melihat sendiri apa yang berlaku dan mendapati bapanya telah meninggalkan rumah beberapa
hari yang lalu tanpa memberi alasan manakala ibunya tidak bekerja. Kesempitan hidup telah
memaksa pelajar tersebut berkorban untuk berhenti sekolah. Tindakan guru tersebut tidak
terlewat kerana berjaya memujuk pelajar itu untuk meneruskan persekolahannya dan tinggal di
asrama untuk mengurangkan tekanan perasaan yang dihadapinya di rumah. Oleh itu, guru
perlulah mempunyai sikap tanggungjawab dan keperihatinan yang tinggi untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi pelajarnya tanpa mengira agam,bangsa,umur dan latar belakang keluarga.
Laporan refleksi ceramah

More Related Content

What's hot (20)

PDF
Modul pencinta alam
Rehka Liko
PDF
Modul program bina insan guru ppg
Wan Suhaimi Wan Setapa
DOCX
Laluan kerjaya dalam profesion keguruan
Munirah Muni
PPTX
Kemahiran Berfikir
Nur Aini
PPT
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Sha Amran
DOC
Permuafakatan sekolah dan komuniti
wan salleh
PDF
PPGB (Program Pembangunan Guru Baharu)
Cikgu Naqib
DOCX
Ringkasan model ginott
zatiiza
PPT
Dasar Dasar KPM Terkini
SMK TAMAN INDAH, TAMPIN, NS
PPTX
Kaedah & teknik pengajaran
zaini mustaffa
DOCX
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Jessika Denis
PPTX
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Antasha Kamaruzzaman
DOCX
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
Yuvarani Subramaniam
PPTX
banding beza guru pakar dan novis.pptx
dorothy bintang
DOCX
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
DOCX
Kelas sosial
aishahwan
DOC
Apakah itu pengajaran
Didie Patient
PDF
Pendekatan pengajaran
Qamariah sabariah
DOCX
RPI murid berkeperluan khas
Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
DOC
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusan
Qaseh Rindu
Modul pencinta alam
Rehka Liko
Modul program bina insan guru ppg
Wan Suhaimi Wan Setapa
Laluan kerjaya dalam profesion keguruan
Munirah Muni
Kemahiran Berfikir
Nur Aini
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Sha Amran
Permuafakatan sekolah dan komuniti
wan salleh
PPGB (Program Pembangunan Guru Baharu)
Cikgu Naqib
Ringkasan model ginott
zatiiza
Dasar Dasar KPM Terkini
SMK TAMAN INDAH, TAMPIN, NS
Kaedah & teknik pengajaran
zaini mustaffa
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Jessika Denis
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Antasha Kamaruzzaman
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
Yuvarani Subramaniam
banding beza guru pakar dan novis.pptx
dorothy bintang
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
Kelas sosial
aishahwan
Apakah itu pengajaran
Didie Patient
Pendekatan pengajaran
Qamariah sabariah
RPI murid berkeperluan khas
Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusan
Qaseh Rindu

Viewers also liked (6)

DOCX
Kertas kerja
Fazil Aziz
DOC
Laporan ceramah motivasi masih ada sinar
Cik Bahari
DOCX
Kem motivasi14
Asri Wahab
PPTX
Unit 2 penyediaan tempahan makanan
Amanda1107
DOCX
CONTOH KERTAS CADANGAN
Khairunnisa' Mohd Shah
PDF
Laporan Aktiviti
Cikgu Syahidon
Kertas kerja
Fazil Aziz
Laporan ceramah motivasi masih ada sinar
Cik Bahari
Kem motivasi14
Asri Wahab
Unit 2 penyediaan tempahan makanan
Amanda1107
CONTOH KERTAS CADANGAN
Khairunnisa' Mohd Shah
Laporan Aktiviti
Cikgu Syahidon
Ad

Laporan refleksi ceramah

  • 1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU , KAMPUS PULAU PINANG, BUKIT COOMBE,GELOGUR 11700 PULAU PINANG. PROGRAM : PPG AMBILAN JUN 2011 NAMA: BUSYRONI BT IDRIS NO. KP : 730512025442 NO. MATRIK: PPG-TSL B/003/06/11 KUMPULAN: TSL B BILANGAN SIRI: FASA 2 TARIKH PROGRAM: 23 MEI 2013/27 MEI 2013 LOKASI: SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TIANG NAMA PENSYARAH: DR.MOHANARAJU ANAMALAI NO. H/P : 013-4660809 TARIKH SURAT/NO.RUJUKAN:16 MEI 2013/ SKST/PPG/JUN 2011(1)
  • 2. KANDUNGAN: 1. Kertas Kerja Ceramah dan Aktiviti Masyarakat 2. Surat Makluman Kepada Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang 3.Surat Panggilan Mesyuarat Ceramah dan Aktiviti Masyarakat 4.Minit Mesyuarat Ceramah dan Aktiviti Masyarakat 5. Risalah/Brochure Ceramah dan Aktiviti Masyarakat 6.Refleksi Ceramah dan Aktiviti Kemasyarakatan 7.Refleksi Kendiri 8. Rakaman ( Gambar dan Video ) 9. Penghargaan dan terima kasih
  • 3. REFLEKSI : CERAMAH KURSUS DALAM PERKHIDMATAN Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya dengan jayanya. Sebelum pelaksanaan program ini, saya telah menyediakan draf kertas kerja untuk disemak oleh Guru Besar dan beliau telah memberi sokongan yang positif untuk melaksana program ini. Setelah mendapat persetujuan, saya telah menghubungi penceramah dan beliau juga telah bersetuju untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang. Segala urusan surat menyurat, mesyuarat dan yang berkaitan telah saya laksanakan dengan jayanya hasil kerjasama dan bantuan Ahli Jawatan Kuasa Latihan Dalam Perkhidmatan Sekolah, guru-guru serta staf sokongan sekolah. Saya amat berharap rakan guru dapat meluangkan masa untuk ceramah ini memandangkan ada sebilangan rakan setugas saya yang sedang berkursus dan menyelesaikah urusan masing - masing. Saya juga berharap ceramah yang bakal disampaikan akan memberi impak yang positif kepada rakan guru semasa menghadapi cabaran di dalam urusan pendidikan selain dapat memenuhi syarat kehadiran kursus sebanyak 7 kali setahun. Apabila menjelangnya hari program yang dirancangkan, saya amat menghargai jasa pihak pentadbiran sekolah ,penceramah yang dijemput serta rakan setugas kerana dapat meluangkan masa untuk menjayakan program ceramah ini sehingga tamat pada pukul 4.00 petang. Sebelum bermula, semua guru telah menikmati jamuan tengahari dan bersolat terlebih dahulu supaya dapat mengikuti ceramah dengan penuh keselesaan . Untuk lebih selesa lagi semua telah bersepakat untuk menggunakan Makmal Komputer sekolah kerana suasananya agak sejuk dan menyamankan. Walaupun pada mulanya terdapat sedikit masalah teknikal,tetapi di atas pertolongan juruteknik sekolah , masalah tersebut dapat diatasi dengan jayanya. Saya ingin mengimbas kembali isi kandungan ceramah serta implikasinya kepada diri sendiri serta guru-guru lain yang mendengar dan mengambil bahagian. Pertama sekali penceramah jemputan,iaitu Encik Mohd Najid b Haji Salleh seorang Guru Kaunselor dari SMK Lubuk Merbau telah memulakan ceramahnya dengan mengaitkan tajuk dengan masalah dan isu semasa yang berlaku di sekolah sekolah di Malaysia. Antaranya ialah tentang masalah sosial di kalangan pelajar sekolah dewasa ini amat membimbangkan dan memberi focus kepada peranan
  • 4. guru untuk mendidik murid sekolah supaya masalah ini tidak berleluasa di kemudian hari. Walaupun cara menyampaiannya tidak berapa fomal dan agak humor tetapi sedikit sebanyak memberi kesan kepada guru-guru yang hadir. Saya berasa kecewa dan sedih dengan situasi yang digambarkan oleh penceramah tersebut kerana tugas guru bukan sahaja untuk mengajar tetapi juga mendidik murid di peringkat yang awal lagi supaya tidak akan timbul masalah sosial kepada generasi muda di masa hadapan. Timbul di benak dan sanubari saya bahawa tugas guru sangat penting demi menjamin kesejahteraan hidup pelajar-pelajar di masa akan datang.Oleh itu, guru perlu mengimbangi kebolehan diri untuk mengajar dan mendidik supaya pendidikan di Malaysia akan berterusan demi melahirkan generasi muda yang berwawasan, berakhlak mulia, mempunyai daya saing tinggi untuk maju dan berupaya untuk memajukan negara suatu hari nanti. Satu tarikan yang penceramah tunjukkan semasa ceramah dijalankan ialah satu klip video mengenai kegigihan burung helang yang telah lama hidup dan terasa sangat lemah fizikalnya kerana paruh yang semakin membengkok.Disebabkan semangat yang sangat tinggi, helang tersebut telah melakukan pengorbanan iaitu mematahkan paruhnya untuk meneruskan hidupnya. Penceramah telah menyampai sesuatu yang amat menyentuh perasaan di mana untuk menjadikan seseorang murid itu berkualiti,seorang guru mesti melakukan pengorbanan yang tinggi. Pengorbanan yang besar termasuklah daripada segi tenaga,masa dan kewangan supaya tugas guru sebagai pendidik akan berjaya dengan cemerlang. Beliau juga meyelitkan kisah seorang guru yang berkorban untuk anak pelajarnya yang mempunyai masalah keluarga yang serius. Pelajar tersebut seorang yang agak pandai tetapi tidak hadir ke sekolah dalam tempoh masa yang lama serta menimbulkan kemusykilan di kalangan guru. Oleh itu, guru kelas telah pergi untuk melihat sendiri apa yang berlaku dan mendapati bapanya telah meninggalkan rumah beberapa hari yang lalu tanpa memberi alasan manakala ibunya tidak bekerja. Kesempitan hidup telah memaksa pelajar tersebut berkorban untuk berhenti sekolah. Tindakan guru tersebut tidak terlewat kerana berjaya memujuk pelajar itu untuk meneruskan persekolahannya dan tinggal di asrama untuk mengurangkan tekanan perasaan yang dihadapinya di rumah. Oleh itu, guru perlulah mempunyai sikap tanggungjawab dan keperihatinan yang tinggi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajarnya tanpa mengira agam,bangsa,umur dan latar belakang keluarga.