1. 1.0 TAJUK KAJIAN
Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu Kertas Satu,
Tingkatan 4 IT 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Selangor.
2.0 NAMA AHLI JAWATANKUASA PENGKAJI
Kertas kerja ini dikemukakan oleh Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Universiti
Pendidikan Sultan Idris Jurusan Perdagangan / Keusahawanan.
Nama-nama pengkaji adalah :
1. Pn. Basyirah Binti Ahmad
2. Pn. Rozianah Binti Md Yusof
3. Siti Amiatunaim Binti Abd Hamid
4. Cik. Simah Binti Serat
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, bahasa perpaduan,
dan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar pada semua peringkat
persekolahan, sama ada di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah. Mata pelajaran
Bahasa Melayu (BM) ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan ketrampilan
berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai bahasa ilmu.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) menegaskan bahawa kandungan mata pelajaran
BM merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa yang
berteraskan BM baku. Dalam konteks kajian ini, mata pelajaran BM merujuk kepada
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyampaian dan penerimaan isi
kandungan yang berkaitan sesuatu tajuk yang diajar pada hari yang berkenaan.
2. Penekanan kemahiran menulis adalah fokus yang paling penting dan perlu
dikuasai oleh individu yang bergelar pelajar. Kepentingan menguasai kemahiran ini telah
dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran BM (KPM 2001). Penekanan terhadap aspek
kemahiran penulisan seperti yang diterap dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) bermula pada tahun 1988 ini bagaimanapun tidak menjamin pelajar
benar-benar menguasai aspek penulisan BM. Penguasaan penulisan sebenarnya banyak
dipengaruhi oleh cara mereka berfikir (Mohd.Nashuha Jamidin, 1995). Oleh yang
demikian, penguasaan penulisan yang kurang memuaskan dalam kalangan pelajar perlu
ditangani segera dalam mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin
melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara menjelang tahun
2020. Rentetan itu kami menjalankan kajian ini di S.M.K Bandar Banting, Selangor yang
melibatkan pelajar Tingkatan 4 IT 2 iaitu seramai 40 orang. Namun penekanan diberikan
kepada 15 orang pelajar yang mempunyai markah di bawah 50 sahaja.
4.0 KAJIAN LEPAS
Haron (1990) dalam Yap Kim Fatt (1991) berpendapat bahawa penulisan
melibatkan kemahiran menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan pandangan yang
terdapat dalam pemikiran penulis melalui bahasa dan bukan sekadar menyusun atau
menggubah perkataan, frasa dan ayat. Kemahiran mengarang mampu dikuasai oleh
sesiapa sahaja sekiranya terdapat pengubahsuaian kurikulum dan juga penyediaan bahan
pengajaran yang sesuai.
Proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis juga perlu diberi
perhatian bagi menjamin kecemerlangan pencapaian penulisan dalam kalangan murid.
Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya memiliki pengetahuan
kandungan, pengatahuan am, kemahiran pedagogi dan sikap yang menggalakkan
pembelajaran agar pengajaran mereka berkesan (Syed Lutfi Syed Hamzah, 1994).
Sukatan Pelajaran BM Semakan (2003), menegaskan bahawa tumpuan dalam pengajaran
dan pembelajaran BM ialah supaya murid dapat menggunakan BM secara berkesan
3. dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran
seumur hidup. Selain itu, dalam pengajaran bahasa khususnya penulisan, guru juga perlu
mempertimbangkan pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza
antara satu sama lain dalam kalangan murid dengan menggunakan strategi pemusatan
murid.
Manakala menurut Kagan, (1994) dan Zawiah Abd. Shukor (2001) mengenai
teknik Meja Bulat (Round Table) pula, ahli kumpulan dapat berkongsi maklumat secara
bergilir-gilir dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. Setiap ahli memerlukan
tambahan idea untuk melengkapkan tugasan. Aktiviti berkongsi maklumat ini dapat
dilaksanakan oleh ahli dalam kumpulan agar perkara yang dibincangkan itu
menghasilkan satu idea yang sangat bermakna. Melalui penurunan idea tersebut, setiap
ahli digalakkan untuk membaca dan menyemak hasil tugasan mereka agar tugasan
mereka mantap dan bermakna. Akhirnya, menerusi teknik tersebut, mereka dapat
menguasai kemahiran menulis dengan baik.
Menurut Kamarudin Hj. Husin, 1998 pula menulis ialah proses memberikan
simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai
kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan
tertentu dengan menunjukkan wacana dan penglahiran idea yang jelas dan tersusun.
5.0 PENYATAAN MASALAH
Dalam proses penulisan, masalah yang sering dihadapi oleh seseorang pelajar
ialah bagaimana untuk memulakan penulisan. Ini kerana memulakan penulisan bukanlah
sekadar persoalan kebolehan semata-mata atau soal pengetahuan tentang sesuatu kerana
pakar yang berpengetahuan dan berkemahiran pun turut menghadapi masalah yang
serupa. Kelemahan dalam menulis karangan adalah salah satu punca murid gagal untuk
mencapai keputusan yang baik dalam peringkat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)
mahupun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
4. Selain itu, daripada temubual yang dijalankan bersama Puan Janah Binti Sarman
mendapati sebanyak 15 orang murid daripada Tingkatan 4 IT 2 lemah dan berada pada
tahap minimum dalam penulisan. Ini dibuktikan dalam keputusan Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2010, mendapati murid sasaran memperolehi markah kurang daripada
50. Murid kurang mampu untuk mengarang dengan baik tanpa bantuan guru. Ini berlaku
terutamanya bagi karangan berbentuk format dan karangan berbentuk naratif.
Pemeriksaan terhadap beberapa buah karangan yang ditulis oleh murid dalam ujian di
sekolah memperlihatkan bahawa pencapaian dalam penulisan karangan murid-murid
tersebut tidak mencapai tahap yang memuaskan. Mereka kekurangan idea untuk
menghasilkan karangan.
Kebanyakan guru memainkan peranan utama dalam pengajaran kemahiran
penulisan khususnya dalam memberikan isi-isi karangan. Murid-murid kurang dilatih
untuk meneroka maklumat sendiri melalui pelbagai bahan sumber. Selalunya guru
mengawal dari segi isi, bukan berperanan membantu menyaring dan menyusun maklumat
yang telah diterokai oleh mereka. Kawalan begini sebenarnya akan mendorong murid
terlalu banyak bergantung kepada guru. Keadaan ini seterusnya menyebabkan murid
kurang berkemahiran untuk mengarang.
6.0 OBJEKTIF KAJIAN
6.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu.
6.2 Memberi pendedahan teknik penulisan karangan Bahasa Melayu.
6.3 Memahami strategi memilih tajuk dan mengenal pasti kata kunci soalan.
5. 7.0 METODOLOGI KAJIAN
7.1 Reka bentuk kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan reka bentuk Model Kemmis & McTaggerd
(1988) yang hanya menggunakan lingkaran pertama sahaja seperti di bawah:
Kami merancang untuk menggunapakai dua jenis aktiviti yang dirasakan
bersesuaian dan dapat mencapai objektif kajian kami. Dua aktiviti telah dirancang untuk
membantu murid meningkatkan keupayaan menulis karangan Bahasa Melayu adalah
seperti berikut:
1. Penulisan Karangan Naratif
i. Cerita TV
ii. Lakonan
2. Penulisan Karangan Format
6. i. Salin dan Jalin
Kaedah-kaedah ini adalah menggunakan pendekatan pembelajaran secara
koperatif dan serta mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
semasa proses pembelajaran. Kaedah pengajaran koperatif merujuk kepada kaedah
pengajaran yang memerlukan murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan
bekerjasama dalam kumpulan yang kecil untuk mencapai matlamat yang sama. Terdapat
lima unsur dalam bentuk pembelajaran koperatif meliputi kebergantungan antara satu
sama lain secara positif, interaksi antara satu sama lain, kebolehpercayaan individu
terhadap pembelajaran diri sendiri, kemahiran untuk bekerjasama dalam kumpulan dan
pemprosesan kumpulan.
Melalui kaedah ini, murid akan mengaplikasikan kaedah ‘round table’ dalam
penulisan karangan fakta dan karangan bentuk naratif. Mereka dapat memberi dan
berkongsi idea secara bergilir-gilir. Secara tidak langsung, ahli digalakkan untuk
meluaskan pengetahuan agar sesi perbincangan berjalan lancar. Ini adalah selari dengan
objektif Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBKK) yang menggalakkan
penggunaan daya pemikiran kritis dan kreatif dalam pembelajaran. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan akan meliputi kemahiran untuk menulis karangan naratif dan karangan format.
7.1.1 AKTIVITI 1: PENULISAN KARANGAN NARATIF
Karangan naratif menceritakan semula peristiwa-peristiwa yang telah berlaku
menurut susunan kronologi peristiwa-peristiwa itu terjadi. Jenis karangan naratif adalah
seperti cerpen, skrip drama, sketsa, cerita berdasarkan peribahasa. Pengajaran penulisan
naratif di sekolah bertujuan meningkatkan kemahiran menulis serta mengasuh pelajar
tentang amalan kebudayaan, norma serta nilai-nilai yang dihargai dalam budaya dan
bahasa.
Penulisan juga mengukuhkan kemahiran berfikir pada peringkat yang tinggi
seperti menganalisis, mengaplikasi dan menilai maklumat. Ia juga satu kaedah untuk
pelajar berkomunikasi, mengorganisasikan fikiran dan maklumat, menyampaikan idea
7. dan perasaan dan memperlihatkan kefahaman tentang sesuatu mata pelajaran. Tindakan
yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menguasai
karangan naratif adalah seperti berikut:
(i) Membuat karangan berdasarkan cerita TV
Melalui kaedah ini, guru akan memilih beberapa rancangan televisyen yang
berbentuk cereka untuk ditayangkan kepada murid. Tayangan akan mengambil masa selama
satu jam. Cerita-cerita yang dipilih perlu bersesuaian dengan murid dan menitik beratkan
unsur-unsur moral yang tinggi. Kaedah ini akan memberi sedikit panduan kepada murid
dalam membuat imaginasi penceritaan mengikut kronologi yang sesuai. Pelaksanaan ini akan
dibuat dalam masa 1 minggu melalui kaedah berikut:
• Guru memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan
• Guru menayangkan sebuah cerita yang berkaitan dengan topik karangan naratif
• Setelah selesai menonton, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap
ahli kumpulan akan membahagikan tugas seperti ketua kumpulan, pencatat dan
pembentang.
• Murid dikehendaki menulis semula rangka cerita berdasarkan rancangan yang telah
ditonton
• Setiap murid kemudian diminta untuk menulis karangan naratif berdasarkan rancangan
yang telah ditonton
(ii) Membuat karangan naratif berdasarkan lakonan
Melalui kaedah ini, diharapkan murid akan lebih seronok untuk melibatkan diri dalam
pembelajaran Bahasa Melayu di samping untuk meningkatkan kemahiran imaginatif murid
dalam penulisan karangan bentuk naratif. Murid akan diminta untuk melakonkan beberapa
watak mengikut tajuk cerita yang telah diberikan (Lampiran 1). Murid-murid dari kumpulan
lain akan membina semula plot cerita melalui penggunaan peta minda. Kaedah yang akan
dijalankan adalah seperti berikut:
• Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
8. • Murid memilih tajuk lakonan yang ingin dipersembahkan
• Murid berbincang dalam kumpulan tentang watak dan cerita yang akan dikembangkan
• Murid diminta melakonkan watak-watak dan cerita yang telah dibincangkan
(iii) Penulisan semula jalan cerita melalui bentuk peta minda
Aktiviti ini bertujuan untuk melatih murid membina plot-plot cerita berdasarkan
lakonan yang telah dibuat dalam aktiviti (ii). Masa selama dua jam akan diperuntukkan bagi
kaedah ini yang akan berlangsung selama 1 minggu. Penggunaan peta minda adalah
bertujuan untuk membolehkan murid menjana dan mencatat isi-isi penting dan menjalin
karangan dengan lebih berkesan. Murid hanya perlu menyambungkan isi dengan kata hubung
tang sesuai. Kaedah pelaksanaan yang dirancang ialah:
• Guru berbincang tentang penggunaan peta minda untuk menjana dan mencatat isi-isi
penting
• Perbincangan tentang struktur karangan berbentuk naratif dan perenggan pendahuluan
• Mencatat isi-isi penting mengikut plot kronologis dengan menggunakan peta minda yang
dicadangkan
• Murid membuat latihan mengarang secara individu.
7.1.2 AKTIVITI 2: PENULISAN KARANGAN FORMAT
Karangan fakta merujuk kepada suatu perbincangan atau pendapat yang
memerlukan fakta atau hujah-hujah yang konkrit sebagai bukti menyokong pernyataan.
Setiap fakta yang dinyatakan perlu diperkuat dengan huraian sokongan yang
mengandungi keterangan, contoh ataupun analogi yang sesuai. Langkah-langkah yang
akan dilaksanakan untuk memahirkan murid dengan kaedah penulisan karangan
berformat adalah:
(i) Kaedah menyalin karangan
9. Strategi pelaksanaan akan mengambil masa 45 minit dan akan berlangsung
selama 1 minggu. Tujuan aktiviti ini adalah untuk membiasakan murid dengan bentuk
karangan yang baik dan cara untuk membuat olahan. Murid hanya perlu membaca
karangan ini dan menyalin semula karangan tersebut. Murid akan dapat membuat
perbandingan sesama mereka mengenai ciri karangan yang baik. Kaedah pelaksanaan
yang dirancang adalah:
• Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil antara 3-4 orang murid
• Murid berbincang tentang peranan dan tugas masing-masing merangkumi ketua
kumpulan, pencatat dan pelapor
• Guru memberi penerangan ringkas melalui slide yang dipaparkan di hadapan kelas
• Murid dikehendaki menyalin karangan bentuk format yang telah dipilih oleh guru
• Murid berbincang tentang bentuk format dan kaedah olahan karangan yang disalin dan
seterusnya membuat perbentangan
(ii) Kaedah menjalin isi karangan
Kaedah ini bertujuan untuk membiasakan murid dengan penulisan karangan
berdasarkan rangka karangan ringkas yang disediakan. Bentuk penulisan perlu
berdasarkan karangan yang telah disalin dalam kaedah (i) di mana murid akan merangka
format, isi penting dan olahan. Kaedah ini juga bertujuan untuk membiasakan murid cara
untuk mencari maklumat dan mendapatkan idea serta dapat menyampaikan maklumat
dengan ayat yang tepat dan gramatis. Latihan menjalin isi karangan akan dibuat dalam
masa yang ditetapkan selama 2 jam dan dilaksanakan selama 1 minggu. Bentuk soalan
dan rangka isi ditunjukkan dalam Lampiran 2. Kaedah pelaksanaan adalah seperti
berikut:
• Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan
10. • Guru menayangkan gambar di skrin dan menerangkan tentang cara untuk mencari
maklumat atau idea untuk menulis
• Murid-murid diberi soalan untuk setiap tugasan
Kumpulan A – Mencari maklumat penting berdasarkan bahan KOMSAS iaitu syair
Kumpulan B – Mencari maklumat berdasarkan petikan majalah
Kumpulan C – Mencari maklumat berdasarkan lagu
Kumpulan D – Mencari maklumat berdasarkan gambar
• Murid membina dan menulis karangan berdasarkan format yang telah dipelajari dan kerangka isi
yang dibina.
7.2 Sasaran Kajian
Sasaran kajian adalah murid kelas 4 IT 2 yang gagal mencapai 50 peratus dalam
penilaian kertas penulisan, iaitu seramai 15 orang.
7.3 Instrumen Kajian
Kami menggunakan beberapa kaedah untuk mengenalpasti pemasalahan kajian
melalui pemerhatian yang dibuat oleh guru Bahasa Melayu, temubual ke atas guru
tersebut serta melalui keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun.
7.3.1 Pemerhatian
Bagi mendapatkan gambaran kegiatan pengajaran guru di dalam kelas,
pemerhatian kelas dilakukan sebanyak empat kali dalam tempoh empat minggu.
Pemerhatian dalam 4 IT 2 memakan masa selama 40 minit bagi setiap pemerhatian.
Dalam pemerhatian kelas tersebut, guru bertindak sebagai pemerhati tanpa penglibatan
diri dalam pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian dibuat berdasarkan peringkat
penulisan karangan, iaitu sebelum menulis karangan, semasa menulis karangan, dan
selepas menulis karangan. Dalam masa pemerhatian kelas, tema yang menjadi garis
11. panduan pemerhatian ialah penglibatan murid serta tempoh masa yang digunakan oleh
murid untuk menyelesaikan penulisan.
7.3.2 Temubual
Satu lagi instrumen kajian yang digunakan dalam kajian tindakan ini ialah
temubual. Temubual melibatkan pertemuan pengkaji dengan Puan Janah Sarman iaitu
guru mata pelajaran Bahasa Melayu SMK Bandar Banting, Selangor untuk tujuan
mendapatkan maklumat. Untuk mendapatkan maklumat tersebut, alat kajian telah
disediakan. Alat kajian itu adalah terdiri daripada soalan-soalan yang disediakan oleh
pengkaji dan diajukan kepada Puan Janah serta dijawab secara lisan. Temubual terbahagi
kepada tiga jenis iaitu temubual berstruktur (Structured Interviews), tidak berstruktur
(Unstructured Interviews) dan semi berstruktur (Semi-Structured Interviews). Temubual
berstruktur merupakan teknik soal jawab mengikut soalan yang menjurus kepada topik
yang spesifik. Manakala temubual tidak berstruktur lebih kepada penerokaan idea dan
soalan-soalan terbuka dikemukakan kepada guru tersebut. Temubual semi berstruktur
merupakan gabungan antara temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur.
7.3.2.1 Kandungan Temubual
Terdapat empat soalan yang dikemukakan kepada guru terbabit, yang mana
soalan-soalan yang menjurus kepada temubual semi berstruktur. Soalan pertama adalah
masalah yang dihadapi pelajar semasa menulis karangan. Soalan kedua ialah cara untuk
meningkatkan penguasaan kemahiran penulisan karangan. Soalan ketiga ialah teknik-
teknik yang boleh digunakan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Soalan empat
dikemukakan adalah strategi pemilihan tajuk dan mengenal pasti kata kunci soalan bagi
memastikan soalan yang dijawab bertepatan dengan pengetahuan dan idea pelajar.
7.3.3 Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010
Keputusan murid ini merupakan instrumen utama bagi mengenalpasti
pemasalahan murid. Sasaran kajian adalah kepada pelajar yang mendapat markah kurang
daripada 50 untuk Bahasa Melayu Kertas 1.
12. 7.3.4 Ujian Pasca
Ujian Pos bertujuan mengetahui keberkesanan pelaksanaan kajian. Ujian pos juga
dijalankan untuk membandingkan nilai skor pelajar sebelum dan selepas diberikan
rawatan ke atas kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Dalam ujian pos pelajar
juga diberi satu set soalan mengikut format Bahasa Melayu kertas 1.
8.0 Kesignifikanan Kajian
Dapatan kajian ini diharapkan dapat dikongsi bersama dengan Ketua Panatia
Bahasa Melayu SMK Bandar Banting, Selangor, serta guru-guru sekolah melalui
aktiviti-aktiviti perkembangan staf dan juga guru-guru Bahasa Melayu.
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. PERKARA JUMLAH (RM)
1 Perjalanan (Tanjong Malim – Banting) 75.00
2 Bahan dan alatan bantuan mengajar 50.00
3 Percetakan Kertas Ujian (15 x RM 0.20) 3.00
4 Percetakan Modul / bahan pengajaran (15 xRM 0.70 ) 10.50
5 Perbelanjaan Mesyuarat 20.00
6 Bengkel penulisan 70.00
7 Jumlah 228.50
10.0 JADUAL KERJA
BIL. PERKARA TARIKH
1 Mesyuarat Jawatankuasa 10 September 2010
2 Penulisan kertas cadangan 14 September 2010
3 Mesyuarat perancangan 21 September 2010
4 Kerja lapangan – pergi sekolah kajian 23 September 2010
5 Analisa maklumat temubual 28 September 2010
6 Pelaksanaan aktiviti 25 Oktober 2010
7 Pelaksanaan ujian pasca 8 November 2010
8 Refleksi dan penilaian 10 November 2010
13. 9 Penulisan laporan 15 November 2010
10 Pemurnian laporan 22 November 2010
LAMPIRAN
14. CONTOH UJIAN PASCA
SPM BAHASA MELAYU
Kertas 1
Bahagian A
(Masa dicadangkan: 45 minit)
[30 markah]
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang
pencemaran sungai. Panjang huraian antara 200 hingga 250 patah
perkataan.
15. Bahagian B
(Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit)
[100 markah]
Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi
350 patah perkataan.
1. Melancong sama ada di dalam negara atau di luar negara banyak memberikan faedah
kepada pelajar. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Bahaskan.
2. Rumah terbuka sudah menjadi satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia apabila menyambut
sesuatu hari perayaan. Baru-baru ini anda berkesempatan mengunjungi rumah teruka
seorang pemimpin negara. Gambarkan keadaan dan suasana rumah terbuka tersebut.
3. Pada masa ini rakyat Malaysia melalui kehidupan yang selesa. Barang makanan boleh
didapati dengan mudah dan menyelerakan. Keadan ini memberikan kesan sampingan
terhadap kesihatan orang ramai. Sebagai pakar kesihatan, anda telah diminta memberikan
ceramah kepada para pelajar di sesuatu sekolah. Tajuk ceramah anda ialah “Amalan
16. Pemakanan yang Sempurna Menjamin Gaya Hidup yang Sihat.’’ Tulis teks ceramah
tersebut selengkapnya.
4. Kewujudan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) melengkapi penubuhan Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam memberikan sumbangan ke arah melahirkan
masyarakat berpendidikan tinggi. Bagi mendapatkan pandangan tentang faedah
penubuhan IPTS, anda diminta mewawancara seorang tokoh yang berkaitan. Tulis
wawancara tersebut selengkapnya.
5. Jawatankuasa Antidadah di daerah anda telah menganjurkan satu pertandingan menulis
cerpen. Tulis cerpen tersebut selengkapnya.
LAMPIRAN 1
Menulis karangan naratif menggunakan kaedah lakonan
Tajuk perbincangan kumpulan
Lakonkan sebuah cerita Saya sedang membaca dengan
berdasarkan peribahasa ‘bersatu asyiknya apabila tiba-tiba adik
teguh, bercerai roboh’. saya berlari masuk ke dalam bilik
sambil menjerit dengan kuat...
Lengkapkan menjadi satu cerita
yang lengkap mengggunakan ayat
di atas.
Anda berpeluang mendapat
anugerah pada Majlis Anugerah
Lakonkan sebuah cerita yang
Cenerlang peringkat negeri.
mengambarkan suasana dan
Lakonkan suasana Majlis tersebut. keadaan Majlis Rumah
Terbuka Peringkat Nasional
18. Permulaan:
Digunakan untuk memperkenalkan watak utama dan perwatakannya serta gambarab suasana
latar belakang tempat
Perkembangan:
Watak utama dan watak-watak yang lain saling berhubung dan mewujudkan cerita yang semakin
berkembang
Peleraian:
Watak utama berjaya mengatasi atau menyelesaikan konflik yang memuncak dalam dirinya dan
cerita akan berakhir.
LAMPIRAN 2
Tajuk perbincangan kumpulan
Mencari maklumat penting Mencari maklumat penting
berdasarkan bahan KOMSAS berdasarkan
iaitu syair petikan dari majalah
Mencari maklumat berdasarkan Mencari maklumat berdasarkan
lagu gambar
19. Kumpulan A – Mencari maklumat penting berdasarkan bahan KOMSAS iaitu syair
Syair Cintai Alam Sekitar
Aduhai adikku kakak berpesan,
Kelak dirimu jadikan panduan,
Cintailah keindahan jaga kebersihan,
Persekitaran indah tiada pencemaran.
Kempen kebersihan bersama dihayati,
Udara nyaman pasti dinikmati,
Sihat badan wajah berseri,
Negara aman hidup harmoni.
Jadilah warga bertimbang rasa,
Kepada alam membuat jasa,
Tanah dan tumbuhan dipelihara,
Kerosakan tiada bumi sejahtera.
Air sungai mengalir damai,
20. Ombak berlagu memukul pantai,
Unggas bernyanyi suasana permai,
Di hari minggu kita bersantai.
Jerebu berleluasa melanda negara,
Kebakaran dan kilang punca angkara,
Lapisan ozon semakin derita,
Tanamkan kesedaran atasi segera.
Amalan meludah membuang sampah,
Mengotorkan sekitar mesti ditegah,
Menghisap rokok menagih dadah,
Perbuatan yang buruk perlu ditegah.
(Rafe’ah A. Rahman, Langit di Tangan, 1995 DBP)
Kumpulan B – Mencari maklumat berdasarkan petikan majalah.
22. Kumpulan C – Mencari maklumat berdasarkan lagu
Keranamu Malaysia
Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
lahir generasi bijak pandai
Pakar I.T. pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam siber teknologi terkini
Kekayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara
Keranamu negara Malaysia
Malaysia …
Terima kasih Malaysia !!!
24. Pengurusan grafik kerja kumpulan
Kumpulan A:
Maklumat
penting
dalam
syair
Kumpulan B
1
2
Maklumat
penting
petikan
rencana
majalah
3
4
25. Kumpulan C
Keranamu
Malaysia
1 2
3 4
Kumpulan D
26. LAMPIRAN 3
MARKAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 4 IT 2 (BAHASA MELAYU KERTAS 1)
SMK BANDAR BANTING
BIL NAMA PELAJAR MARKAH
1 ZURAINI BT MOHD TOURIOU @ IDRIS 48
2 HAYATUL MUKHLISAH BT AZIZ 47
SATHIYASILAN A/L
3 SATHIAMOORTHI 44
4 LOW YIH SEE 42
5 ONG CHEE XIN 40
6 MUHAMMAD ADAM B TAKRIR 40
7 MUHAMMAD SAZAKRULL B SELAMAT 37
8 CHONG XUE YEH 35
9 HO PEI HOON 31
10 SURENTHIRAN A/L RAVI 31
MOHAMAD SYAZWAN B MOHAMED
11 ISRI 27
12 MUHAMMAD DANIAL B RIDUAN 22
ABDUL HANAN B
13 ZULKIFLY 17
14 NG YI SIN 3
15 TAN BOON HOR 3
BIBLIOGRAFI
27. Roselan Baki (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu.
Shah Alam: Karisma Publicatins Sdn. Bhd.
Slavin R.E (1989). Research on cooperatif learning. Theory, reseach& practive.
Boston. MA: Allyn& Bacon.
Yap Kim Fat (1991). Kesan sambutan interaktif penulisan karangan Pelajar tingkatan
4. Desertasi untuk sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan. Fakuti Pendidikan. Universiti
Malaya.