kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...Ng lily
油
STAD DALAM KAJIAN TINDAKAN MEREKODKAN PENGALAMAN DAN PROSES PEMBELAJARAN KOPERATIF DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS YANG TERLETAK DI KUALA LUMPUR. SAMPLE KAJIAN MERUPAKAN MBK KETIDAKUPAYAAN PENGLIHATAN.
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...Ng lily
油
STAD DALAM KAJIAN TINDAKAN MEREKODKAN PENGALAMAN DAN PROSES PEMBELAJARAN KOPERATIF DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS YANG TERLETAK DI KUALA LUMPUR. SAMPLE KAJIAN MERUPAKAN MBK KETIDAKUPAYAAN PENGLIHATAN.
Ada tiga pendekatan utama untuk mengajar membaca: pendekatan membina, pendekatan cerakinan, dan pendekatan elektik. Pendekatan membina melibatkan menyusun huruf, suku kata, dan kata menjadi ayat. Pendekatan cerakinan melibatkan memecah ayat menjadi unsur-unsur lebih kecil. Pendekatan elektik adalah campuran dari dua pendekatan sebelumnya. Metode ini dianggap dapat mengurangi masalah yang dihadapi dalam pengajar
Program ini bertujuan menangani masalah penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di sekolah menengah melalui pelaksanaan Program Intervensi 3M. Murid-murid yang tidak menguasai kemahiran 3M pada Tahun 6 akan mendapat intervensi melalui beberapa model pelaksanaan program.
Dokumen menjelaskan tentang imbuhan apitan, yaitu bentuk imbuhan yang ditambahkan serentak pada hadapan dan belakang kata dasar. Contoh imbuhan apitan adalah peperangan, pendapatan, dan kemahiran. Dokumen juga memberikan latihan menggunakan imbuhan apitan.
Kata Sendi Nama 'di' dan Imbuhan awalan 'di'noorizamdz
油
Dokumen ini membandingkan penggunaan kata sendi nama 'di' dan imbuhan awalan 'di' dalam bahasa Melayu. Kata sendi nama 'di' digunakan di hadapan kata nama/frasa nama untuk menunjukkan arah dan tempat, manakala imbuhan 'di' digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif. Dokumen ini memberikan contoh penggunaan yang betul dan salah bagi kedua-dua unsur bahasa ini.
Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut:
Proposal kajian tindakan mengenai penggunaan media baru seperti internet dalam pembelajaran bahasa Arab. Kajian ini bertujuan meningkatkan minat dan kefahaman pelajar terhadap bahasa Arab dengan menggunakan media interaktif. Soalan kajian termasuk tahap penggunaan media baru, minat pelajar, dan pencapaian kemahiran 4P (membaca, menulis, mendengar,
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid Tahun 2 Pandai dalam penggunaan huruf besar dengan menggunakan teknik warna. Teknik ini terbukti berjaya meningkatkan penguasaan murid untuk menulis huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah berbanding sebelumnya. Penggunaan warna juga meningkatkan daya ingatan dan sikap positif murid dalam aktiviti penulisan.
Dokumen tersebut membahas tentang pentingnya kemahiran membaca bagi murid-murid prasekolah. Ia menjelaskan latar belakang masalah kelemahan membaca di kalangan murid prasekolah dan tujuan menggunakan kaedah kad bacaan untuk meningkatkan kemahiran membaca mereka.
Pada amnya, Lesson Study menyediakan suatu wacana atau peluang untuk peningkatan profesionalisme guru. Berbanding dengan model perkembangan profesional guru yang lain, Lesson Study adalah unik dan model bottom-up: ia adalah atas inisiatif guru-guru sendiri dan bukan arahan pihak atasan. Dalam usaha menerapkan budaya Lesson Study, guru-guru perlu mengubah paradigma selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Melalui pendekatan ini, guru-guru sekolah secara kolaboratif berusaha menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) yang berfokus kepada pembelajaran murid. Amalan kolaboratif yang memerlukan penggemblengan idea, pengalaman dan kemahiran akan meningkatkan pengetahuan isi kandungan dan juga pengetahuan kandungan pedagogi guru.
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan penguasaan BM dikalangan pelajar peralihan
1. FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
(KPR 5063)
Kumpulan E
TUGASAN PORTFOLIO :
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
PENGGUNAAN PENDEKATAN PENCERITAAN BERDASARKAN KAD
BERGAMBAR DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU
DI KALANGAN PELAJAR KELAS PERALIHAN
DISEDIAKAN OLEH:
Wan Nordiana Bt Wan Ibrahim (L20101005985)
Zuraidah Bt Shafie (L20101006008)
Sholiati Bt Basri (L20101006013)
Nurul Hafizah Bt Kusnin (L20101006017)
DISEDIAKAN UNTUK :
PROF MADYA DR ABD LATIF HJ GAPOR
ISI KANDUNGAN
2. Proposal Kajian Tindakan
1.0 Latar Belakang Kajian 3
2.0 Penyataan Masalah 4
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Am 4
3.2 Objektif Khusus 4
4.0 Metodologi Kajian
4.1 Sasaran Kajian 5
4.2 Reka Bentuk Kajian 5
4.3 Instrumen Kajian 7
4.4 Metod Analisis 8
5.0 Kesignifikanan Kajian 8
6.0 Anggaran Kos Perbelanjaan Kajian 8
7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian 9
8.0 Rujukan 10
Lampiran
PENGGUNAAN PENDEKATAN PENCERITAAN BERDASARKAN KAD BERGAMBAR
DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU
2
3. Proposal Kajian Tindakan
DI KALANGAN PELAJAR KELAS PERALIHAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU KETAM,
PULAU KETAM 42940 PELABUHAN KELANG,
SELANGOR.
1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Malaysia merupakan negara yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
yang merupakan bahasa pengantaraan ekoran daripada masyarakat yang berbilang kaum. Oleh
yang demikian, Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang diwajibkan lulus bagi
membolehkan pelajar memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Justeru itu, pelajar wajib menguasai Bahasa Melayu yang mengandungi 3 kemahiran utama iaitu
kemahiran membaca, menulis dan kemahiran lisan. Selain daripada itu, Bahasa Melayu
merupakan medium utama dalam menyatupadukan rakyat yang mempunyai pelbagai etnik dan
kepercayaan. Oleh itu, penggunaan Bahasa Melayu adalah amat penting terutamanya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Senario ini menyebabkan para guru
berusaha untuk menyediakan pelbagai strategi bagi menangani masalah ini demi memartabatkan
Bahasa Melayu.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Hasil analisis keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu yang telah dijalankan di
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Ketam menunjukkan pencapaian yang tidak
3
4. Proposal Kajian Tindakan
memberangsangkan terutamanya bagi pelajar kelas peralihan. Didapati lebih kurang 80% pelajar
kelas peralihan kebiasaannya tidak lulus didalam ujian Bahasa Melayu yang dijalankan.
Kelas peralihan ini majoriti didominasi oleh pelajar berbangsa Cina. Setelah dikenalpasti, masalah
ini adalah berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri yang lebih kerap menggunakan bahasa
ibunda mereka berbanding bahasa kebangsaan dalam perbualan seharian. Mereka tidak berminat
untuk bertutur didalam Bahasa Melayu dan ianya juga disebabkan oleh pergaulan mereka, di
mana mereka hanya bergaul dikalangan bangsa mereka sahaja. Oleh sebab itu, tahap
penguasaan Bahasa Melayu mereka adalah sangat lemah.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dikalangan
pelajar-pelajar kelas peralihan dengan menggunakan pendekatan penceritaan
berdasarkan kad bergambar yang diberikan.
3.2 Objektif Khusus
1. Pelajar dapat memperbaiki penguasaan Bahasa Melayu dalam pertuturan
harian.
2. Meningkatkan perbendaharaan kosa kata dalam Bahasa Melayu.
3. Membina keyakinan dikalangan pelajar berkomunikasi dalam Bahasa
Melayu.
4. Memupuk minat dan cintakan Bahasa Melayu.
5. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar
dan efektif.
4.0 METODOLOGI KAJIAN
4.1 Sasaran Kajian
Kumpulan sasaran dalam kajian ini melibatkan seramai 25 orang pelajar kelas
4
5. Proposal Kajian Tindakan
peralihan di mana terdiri daripada 8 orang pelajar perempuan dan 17 orang pelajar
lelaki berbangsa Cina. Pelajar-pelajar ini telah dikenalpasti mempunyai masalah
menguasai pertuturan dalam Bahasa Melayu.
4.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti
model Somekh berikut:
Langkah 1- Mengenalpasti isu dan masalah
Sebelum mengambil langkah-langkah seterusnya, tinjauan terhadap
masalah dikenalpasti terlebih dahulu bagi tujuan memahami secara
mendalam masalah yang dihadapi. Ternyata masalah utamanya adalah
berpunca daripada kurangnya penggunaan Bahasa Melayu dalam
pertuturan harian. Masalah dikenalpasti melalui kaedah berikut:
4.2.1 Temu bual
Kaedah temubual yang digunakan adalah secara tidak formal di
antara pengkaji dengan guru Bahasa Melayu Kelas Peralihan iaitu
Cikgu Arni Bt Lagomi. Secara tidak langsung pengkaji dapat
mengetahui dengan lebih terperinci mengenai permasalahan ini.
(Rujuk Lampiran 1)
4.2.2 Pemerhatian
Pemerhatian yang dilakukan oleh guru Bahasa Melayu adalah untuk
mengesan apakah punca utama kelemahan murid dalam menguasai
Bahasa Melayu. Pemerhatian ini dilakukan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dilakukan melalui respon kepada
soalan-soalan yang diajukan. Pelajar tidak dapat menjawab dengan
tepat soalan yang diajukan oleh guru tersebut kerana tidak fasih
berbahasa melayu.
Langkah 2 Mengumpul data
Data yang akan diperolehi melalui ujian pra yang bakal dijalankan oleh guru
Bahasa Melayu kepada kumpulan sasaran akan dikumpul bagi
5
6. Proposal Kajian Tindakan
melaksanakan penilaian tahap dan prestasi kumpulan sasaran dalam
penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan. (Rujuk Lampiran 2)
Langkah 3 Menganalisis data
Melalui data yang diperolehi nanti, pengkaji akan menganalisisnya bagi
mengetahui tahap penguasaan Bahasa Melayu mereka.
Langkah 4 Merancang pelan tindakan
Berdasarkan kepada analisis data tersebut, pengkaji dapat merancang
langkah-langkah bagi mengatasi masalah ini.
Pengkaji telah memilih pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar
bagi sesi latihan utama untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa
Melayu mereka.
Pendekatan ini dipilih adalah kerana lebih berkesan di samping memberi
keseronokan kepada pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu dan
penguasaan pelajar dalam bertutur menggunakan Bahasa Melayu.
Langkah 5 Melaksanakan pelan tindakan
Aktiviti ini merupakan aktiviti kumpulan yang melibatkan pendekatan dua
dalam satu iaitu belajar sambil bercerita dalam satu masa.
Aktiviti ini dilaksanakan mengikut konsep penceritaan di mana pelajar
diwajibkan membina skrip berdasarkan kepada kad bergambar yang telah
diberikan. (Rujuk Lampiran 3)
Aktiviti ini dijalankan di dalam kumpulan yang mengandungi 3 orang pelajar.
Kad bergambar akan diberikan kepada setiap kumpulan, pelajar dikehendaki
membincangkan segala maklumat bagi menghasilkan sebuah cerita
berdasarkan kepada kad bergambar yang telah diberikan.
Pelajar tidak dibenarkan berkomunikasi dalam bahasa selain daripada
Bahasa Melayu. Sekiranya didapati penggunaan bahasa lain di dalam
perbincangan, maka guru akan mengenakan denda di mana pelajar
dikehendaki berpantun, mendeklamasikan sajak atau bersyair. (Rujuk
Lampiran 4)
Masa yang diperuntukkan bagi setiap sesi bimbingan yang akan dijalankan
adalah selama 2 jam setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Sesi bimbingan ini
akan dilakukan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P).
6
7. Proposal Kajian Tindakan
Guru mata pelajaran dipilih sebagai penilai bagi melaksanakan tindakan dan
pelajar-pelajar turut terlibat dalam membuat pemerhatian dan penilaian.
Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang dilaksanakan.
Langkah 6 Mengumpul data untuk mengesahkan perubahan
Petikan yang sama digunakan daripada ujian pra.
Data akan dikumpul berdasarkan kepada ujian pra tersebut.
Langkah 7 Menganalisis dan menilai
Data yang diperolehi daripada ujian pos akan digunakan bagi menilai tahap
perubahan selepas tindakan yang akan dilaksanakan.
Selain itu, pemerhatian dan penilaian juga akan dilakukan oleh guru bagi
melihat keberkesanan kaedah yang bakal dijalankan.
Langkah 8 Putaran seterusnya
Pengkaji akan menilai sama ada terdapat perubahan dalam pelaksanaan
aktiviti tersebut.
Sekiranya tidak terdapat sebarang peningkatan, maka langkah-langkah ini
akan diperbaiki bagi mencapai tahap yang lebih memuaskan.
4.3 Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, akan digunakan 2 kaedah pengumpulan data iaitu:
a) Soalan ujian : 2 set soalan ujian akan diberikan iaitu ujian pra dan ujian pos
kepada pelajar berkaitan dengan masalah komunikasi dan perbendaharaan kata
pelajar. Tujuan ujian pra dan pos ini dijalankan adalah untuk melihat pencapaian
pelajar bagi kedua-dua ujian tersebut. Berdasarkan perbandingan yang dibuat, akan
diketahui sama ada kaedah yang akan dijalankan berkesan atau tidak.
b) Pemerhatian : pemerhatian juga akan dilakukan oleh guru Bahasa Melayu
terhadap aktiviti penceritaan dan perbandingan antara ujian pos dan ujian pra. Ini
adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan mereka dan bagaimana
mereka memberi tindak balas semasa aktiviti dijalankan.
4.4 Metod Analisis
a) Ujian pra dan ujian pos: analisis markah pencapaian pelajar.
7
8. Proposal Kajian Tindakan
b) Pemerhatian: analisis secara perbincangan tentang tindak balas pelajar semasa
aktiviti dijalankan.
5.0 Kesignifikanan Kajian
Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dengan ahli jawatankuasa Kajian
Tindakan, guru-guru sekolah melalui aktiviti perkembangan staf dan juga guru-guru Bahasa
Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Ketam.
6.0 A
Anggaran Kos Perbelanjaan Kajian
Bil Jenis Bahan Kuantiti X Harga seunit Jumlah kos
1 Kertas A4 10 X RM 8.00 RM 80.00
2 Printer cartridge 1 X RM 65.00 RM 65.00
3 Fotokopi bahan dan laporan kajian 1 X RM 45.00 RM 45.00
4 Kad bergambar 1 X RM 25.00 RM 25.00
5 Kamus Dewan 1 X RM45.00 RM 45.00
6 Buku catatan guru 1 X RM 2.00 RM 2.00
JUMLAH RM 262.00
7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian
Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan
1. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal. 5 Februari 2011
2. Penulisan kertas cadangan. 13 Februari 2011
3. Mesyuarat perancangan. 18 Februari 2011
Mesyuarat pembinaan aktiviti penceritaan, ujian pra dan
4. 23 Februari 2011
ujian pos.
5. Pelaksanaan ujian pra. 5 Mac 2011
8
9. Proposal Kajian Tindakan
6. Memproses data ujian pra. 6 Mac 2011
Pelaksanaan aktiviti penceritaan berdasarkan kad
7. 1 April 2011
bergambar.
8. Pelaksanaan ujian pos. 1 Mei 2011
9. Refleksi dan penilaian. 7 Mei 2011
10. Penulisan laporan kajian. 20 Mei 2011
8.0 Rujukan
Profesor Dr. Othman Bin Lebar. Modul Kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
9