3. FORMAT SOALAN (JENIS INSTRUMEN) KERTAS 1 Soalan objektif dan subjektif KERTAS 2 Soalan Subjektif
4. JENIS ITEM (soalan) KERTAS 1 BAHAGIAN A: Soalan Objektif Aneka pilihan Isi tempat kosong Struktur BAHAGIAN B: 4 Soalan Subjektif KERTAS 2 5 Soalan subjektif
5. BILANGAN SOALAN KERTAS 1 BAHAGIAN A: 40 Soalan ( Jawab semua ) BAHAGIAN B: 4 Soalan Pilih 3 (soalan 1 & 2 WAJIB jawab) (Soalan 3 & 4 adalah pilihan ) KERTAS 2 5 Soalan ( Jawab semua )
6. JUMLAH MARKAH KERTAS 1 Bahagian A ( 40 markah) Bahagian B ( 60 markah) =100% KERTAS 2 Setiap soalan ( 20 markah) =100%
13. BAHAGIAN A Soalan objektif ( 20 soalan aneka pilihan) Anda dikehendaki menjawab semua 20 soalan dalam masa 30 minit (purata 1.5 minit untuk setiap soalan). Baca dan fahami soalan dengan teliti. Bahagian ni yang paling best!!!
14. Jika terdapat soalan yang sukar , jawab soalan lain terlebih dahulu. Tandakan jawapan anda dengan berhati-hati pada kertas jawapan yang disediakan. Semak kertas jawapan anda dengan teliti.
15. Soalan isi tempat kosong (terdapat 12 soalan) Memerlukan pemahaman yang mendalam tentang sesuatu pernyataan yang diberikan. Jawapan hendaklah tepat (hanya satu jawapan sahaja diperlukan bagi setiap soalan). Ni yang confuse ni!!!
16. Rukun syarikat ialah ahli syarikat, modal dan _________ . Hukum bagi kaum wanita memakai bau-bauan yang berlebihan ialah ________ .
17. Soalan struktur Soalan ini memerlukan jawapan yang ringkas dan tepat tentang sesuatu rajah, peta minda atau jadual yang diberikan. Anda perlu membaca arahan untuk mengetahui kehendak soalan yang sebenarnya. Baca arahan sekurang-kurangnya 2 kali .
18. Lengkapkan rajah syarat-syarat wajib haji dan umrah di bawah; CONTOH; Syarat-syarat Wajib Haji dan Umrah Islam 21.____________ Berakal Merdeka 22._____________
19. Hukuman ke atas penzina Belum berkahwin 37. __________ 38. __________ Sudah berkahwin Lengkapkan carta tentang hukuman ke atas penzina di bawah; CONTOH;
20. BAHAGIAN B Mengandungi 4 soalan subjektif. Hanya 3 soalan yang wajib dijawab ( Soalan 1 dan 2 dan satu soalan samada daripada soalan 3 atau 4. Purata masa menjawab bagi setiap soalan ialah 20 minit. Bestnya! Semua tajuk yang aku baca naik!!!
21. Soalan 2 merupakan soalan daripada Bahagian Ibadat . Soalan 1 merupakan soalan daripada Bahagian Akidah . Soalan 3 dan 4 merupakan soalan daripada Bahagian Tamadun Islam dan Akhlak . Anda perlu memahami kehendak soalan / kata kunci soalan . Minta-mintalah budak-budak ni semua ingat pesan aku!!!
23. KATA-KATA KUNCI SOALAN Jika kata kunci soalan APAKAH Memerlukan makna atau maksud yang tepat tentang sesuatu istilah atau definisi .Anda perlu menghafal pengertian atau maksud yang telah dipelajari. Contohnya : Apakah maksud riddah?
25. Jika soalan NYATAKAN Anda hanya perlu memberikan fakta jawapan ringkas dan tidak perlu dihuraikan. Contohnya: Nyatakan rukun- Rukun haji mengikut Tertib.
26. Rukun-rukun haji ialah: Niat Wukuf Tawaf Saie Bercukur Tertib ( Tidak memerlukan huraian ) * Jawapan mesti mengikut tertib seperti kehendak soalan
27. Jika soalan TERANGKAN Anda memerlukan sebab-sebab untuk menjelaskan sesuatu fakta / pernyataan yang diberikan Contohnya: Terangkan kepentingan iman di dalam kehidupan manusia.
28. Kepentingan iman di dalam kehidupan manusia ialah: Iman menjadi benteng kepada manusia daripada melakukan perkara-perkara maksiat. Iman dapat membentuk akhlak manusia kepada akhlak yang mulia. Iman dapat mendekatkan manusia dengan Penciptanya . Iman yang benar dapat mengelakkan manusia daripada kesesatan .
29. Jika kata kunci soalan HURAIKAN Memerlukan penjelasan tentang pernyataan yang diberikan. Contohnya : Perkahwinan merupakan salah satu sunnah Nabi . Huraikan tiga hikmat perkahwinan .
30. Tiga hikmat perkahwinan ialah: Perkahwinan dapat melahirkan zuriat yang halal dan sah dari segi keturunannya. Perkahwinan dapat mengelakkan seseorang daripada berterusan melakukan maksiat. Perkahwinan dapat mengukuhkan ikatan kasih sayang antara suami, isteri dan anak-anak. Perkahwinan merupakan satu ibadat kerana menunaikan sunnah Rasulullah.
31. Jika kata kunci soalan BEZAKAN. Memerlukan anda menyenaraikan perbezaan antara dua perkara. Anda digalakkan membuat Jadual / petak. Contohnya: Terangkan perbezaan antara rukun haji dan perkara wajib haji.
32. Perbezaan antara Rukun Haji dan Perkara Wajib Haji ialah: Rukun Haji Jika tertinggal salah satu daripada rukun-rukun haji, haji seseorang akan terbatal. Perlu diganti pada tahun yang akan datang. Perkara Wajib Haji Jika tertinggal salah satu daripada perkara-perkara wajib haji, haji seseorang itu masih sah jika dia membayar dam. ?
34. Anda dikehendaki menjawab 5 soalan. Secara purata anda diberi tempoh lebih kurang 20 minit untuk menjawab setiap soalan.
35. Semasa mengikat kertas, susun nombor jawapan anda mengikut urutan nombor (daripada kecil besar) Jika terdapat soalan yang sukar, jawablah soalan lain yang lebih mudah terlebih dahulu. Sayang juga Ustazah ni kat Aku!!!
36. Soalan bariskan ayat: Setiap keratan tidak lebih daripada tiga kesalahan. Tiada tanda sabdu dan mad dikira salah. Tanda sukun/mati pada huruf mad tidak diambil kira. Soalan susunkan ayat : Betul ayat yang pertama dikira satu markah. Salah ayat yang pertama tiada markah. Tulis ayat diterima.
37. Kesalahan dikira pada perkataan. Kesalahan satu atau lebih dalam satu perkataan dikira salah. Kesalahan titik yang boleh mengubah huruf dikira salah. Huruf cerai tidak diterima. Baris tidak dikira. Bertambah atau berkurang satu huruf dikira salah. Ejaan resam Othmani atau Imla diterima 1 Keratan 1 markah. Kesalahan lebih daripada tiga perkataan tidak ada markah. Tulisan jawi lama atau baru diterima. Bagi soalan tulisan jawi
39. Ya Allah, berkatilah usaha murni kami ini dalam mencari Ilmu..Berikanlah kejayaan kepada kami di dunia dan akhirat..Tetapkanlah iman kami supaya tidak berbuat maksiat..Berilah kejayaan yang cemerlang kepada kami dalam Peperiksaan SPM yang bakal kami tempuhi nanti..Amin