ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
950820-12-5861
1
1.0 PENGENALAN
UMNO (United Malays National Organisation) ialah sebuah parti yang
ditubuhkan terbuka kepada orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak yang beragama
Islam di Malaysia. Semenjak dari penubuhanya, Malay National Organisation atau lebih
dikenali sebagai UMNO adalah sebuah parti politik yang terbesar di Malaysia. UMNO adalah
pengasas dan tulang belakang bagi parti Barisan Nasional yang memerintah negara Malaysia
tanpa putus sejak dari zaman kemerdekaan Malaysia.i. Peranan UMNO pada masa kini ialah
untuk menjaga hak istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta
memelihara maruah dan martabat Islam di Malaysiaii.
Sebelum pengkaji menyentuh tentang sejarah dan kegiatan parti UMNO di Sabah
khusunya di Kawasan Parlimen Libaran (P.184) Sandakan, pengkaji akan menyentuh serba
sedikit tentang sejarah penubuhan UMNO di Malaysia sejak zaman pemerintahan British.
Pada tahun 1 hingga 4 Mac, satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres
Melayu Se-Malaya yang pertama telah diatur oleh Persatuan Kelab Sultan Sulaiman di
Kampung Baharu iii , Kuala Lumpur. Seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah
menghantar wakil masing-masing berjumlah 41 orang. Kongres ini bertujuan untuk
mencadangkan menubuhkan satu lagi badan bagi mewakili orang-orang Melayu untuk
menentang Malayan Union. Sekali lagi, Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar
Johor Bahru. Dalam kongres ini, Piagam UMNO telah diluluskan. Hasilnya, lahirnya
Pertubuhan Kebangsaaan Melayu Bersatu atau lebih dikenali sebagai (PEKEMBAR) atau
United Malays National Organisation atau lebih dikenali sebagai (UMNO). Dato Onn bin
Jaafar dipilih sebagai Yang Dipertua UMNO yang pertama. iv
Sebelum bermulanya pemerintahan UMNO di Sabah, negeri ini ditadbir oleh
Parti Bersatu Sabah sehingga tahun 1993v. Pada masa kini, kuasa pemerintahan UMNO di
Sabah menjadi semakin kukuh sehinggakan negeri Sabah dikenali sebagai ¡°kubu kuat¡±
pemerintahan Parti Barisan Nasional, iaitu parti yang berada dalam komponen yang sama
dengan UMNOvi. Kini, negeri Sabah sekarang adalah sangat sukar untuk ditadbir oleh parti
lain kerana rakyat Sabah lebih selesa dengan dasar pentadbiran dan pemerintahan Barisan
Nasional.
950820-12-5861
2
2.0 SEJARAH PENUBUHAN UMNO DI SABAH.
Berdasarkan dapatan kajian melalui hasil daripada borang soal selidik yang telah
diberikan kepada penduduk yang tinggal di kawasan Libaran (P.184), sebanyak 80%
penduduk di kawasan tersebut tidak mengetahui sejarah dan asal usul kemasukan UMNO di
Sabah. Kebanyakannya responden menyatakan tidak mengetahui sejarah bermulanya UMNO
di Sabah kerana kurangnya pendekatan masyarakat terutamanya golongan ramaja dalam
bidang politik. Oleh itu, pengkaji ingin menerangkan sejarah bermulanya UMNO di Sabah.
Sejarah UMNO bermula pada tahun 1993 di mana sebelum waktu tersebut parti
yang memerintah ialah Parti Bersatu Sabah (PBS). Parti Bersatu Sabah (PBS) menjadi
anggota Barisan Nasional (BN) sejak dari penubuhannya. Pada tahun 1990, Parti Bersatu
Sabah pernah keluar daripada komponen Barisan Nasional dan menyertai kembali dalam
komponen Barisan Nasional pada tahun 2002 vii . Terdapat banyak masalah yang timbul
sewaktu parti tersebut memerintah. Antaranya ialah, dalam lima tahun tempoh Parti Bersatu
Sabah memerintah, iaitu sejak dari tahun 1985 sehinnga 1994, orang Islam nyata sudah jauh
tersisih dari perkongsian kuasa dan hasil kekayaan yang dimiliki oleh negeri Sabah viii .
Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan negeri Sabah satu-persatu jatuh ke tangan kaum
Kadazan Kristian, hanya terapat beberapa jawatan sahaja yang dipegang oleh umat Islam
pada waktu tersebutix. Orang Islam dianaktirikan daripada menikmati peluang pekerjaan,
perniagaan, biasiswa, dan sebagainya. Pendek kata, diskriminasi berlaku terhadap orang
Islam dari semua bidangx. Oleh kerana banyak masalah yang dihadapi tersebut adalah sebuah
peluang besar untuk Parti UMNO melebarkan sayap pemerintahanya hingga ke negeri Sabah
dan membuktikan bahawa mereka dapat memajukan negeri Sabah Di Bawah Bayu.
Hasil kemasukan UMNO ke Sabah adalah atas hasil perjuangan dan pengorbanan
Bapa Kemerdekaan Sabah Tun Datu Mustapha Datu Harunxi dengan membubarkan partinya
iaitu Parti USNO (United Sabah National Organization) sebagai jalan mudah bagi parti
UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah sebagai ilham daripada Tun Mahathir
Mohammadxii. Beliau sanggup untuk mengobankan usaha beliau selama ini hanya untuk
membantu dalam meluaskan pemerintahan UMNO hingga ke negeri Sabah dan melindungi
hak kesamarataan umat Islam pada waktu tersebutxiii. Selain itu, tokoh yang berusaha dalam
mengembangkan sayap UMNO ke negeri Sabah ialah Datuk Seri Anwar Ibrahimxiv. Beliau
pada waktu itu merupakan ketua Pemuda UMNOxv yang merupakan sayap kanan perjuangan
UMNO di seluruh Malaysia. Oleh sebab diskriminasi terhadap umat Islam di negeri Sabah,
950820-12-5861
3
UMNO telah berpeluang untuk meraih undi umat Islam dengan berjanji untuk memberikan
hak dan kesamarataan kepada semua bumiputera Sabah sama ada kepada orang Islam
ataupun bukan Islam (non-Muslim)xvi. Seterusnya, kejatuhan Parti Bersatu Sabah juga sedikit
sebanyak daripada sebab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Bersatu Sabah
kebanyakanya telah menyertai gagasan Barisan Nasionalxvii . Hal ini akan menyebabkan
UMNO telah mendapat banyak kelebihan daripada pengalaman bekas Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Parti Bersatu Sabah yang telah lama memimpin negeri Sabah.
UMNO juga dapat kelebihan undi daripada rakyat Sabah juga kerana rakyat Sabah telah
mempercayai tampuk kepimpinan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Bersatu Sabah.
Pada tahun 1995, telah berlakunya Pilihan Raya Umum ke-9 (PRU9)xviii . Hasil
daripada pilihanraya tersebut, bermulanya pimpinan UMNO di negeri Sabah setelah hasil
kemenangan 23 kerusi daripada 44 yang dipertandingkan, berbaloi dengan usaha dan
pengorbanan tokoh dan pemimpin. Hasil daripada Pilihan Raya Umum ini juga telah
menandakan kejatuhan Parti Bersatu Sabah dalam memerintah negeri Sabah. Parti Bersatu
Sabah hanya memperolehi kemenangan 15 kerusi daripada 44 yang dipertandingkan.
950820-12-5861
4
3.0 PERKEMBANGAN UMNO DI SANDAKAN, KHUSUSNYA DI
PARLIMEN UMNO BAHAGIAN LIBARAN (P.184).
Tidak lama setelah pembukaan di Sabah, UMNO pada masa kini telah menjadi
semakin maju dan berkembang. Perkembangan UMNO dapat dibuktikan menerusi
penubuhan cawangan UMNO di Sabah. Selain daripada cawangan UMNO di bahagian
Libaran, terdapat juga cawangan di kawasan lain antaranya cawangan N.41 Gum-Gum dan
cawangan N.42 Sungai Sibuga. Pejabat cawangan Libaran ditubuhkan pada tahun 1998
selepas kemenangan UMNO di Sabah. Ini telah membuktikan parti UMNO semakin kukuh di
negeri Sabah. Penubuhan cawangan UMNO di Libaran bertujuan untuk memastikan setiap
pentadbiran dilaksanakan dengan jayanya. Selain itu, penubuhan cawangan tersebut dapat
memudahkan lagi untuk menyampaikan bantuan dan menerima aduan dan masalah rakyat
yang menduduki di kawasan parlimen tersebut. Pada masa kini, cawangan Libaran dipimpin
oleh Datuk Juslee Ajirol. Setelah cawangan ini telah berjaya ditubuhkan, banyak program dan
aktiviti kemasyarakatan yang telah dibuat oleh UMNO. Selain itu, setelah cawangan tersebut
dibuka, rakyat juga dapat terus merujuk sebarang masalah kepada cawangan tersebut. Hal ini
telah membuatkan rakyat mudah untuk bekerjasama dengan UMNO untuk membangunkan
daerah Sandakan khususnya di Kawasan Libaran (P.184).
950820-12-5861
5
4.0 KEGIATAN UMNO DI BAHAGIAN LIBARAN (P.184) DARI TAHUN 1992
HINGGA 2004.
4.1 PROGRAM KEMASYARAKATAN
Hasil daripada penubuhan UMNO cawangan Libaran telah menjerumuskan UMNO
untuk lebih bergiat aktif di Sandakan khususnya di kawasan Libaran. Antara kegiatan yang
telah dijalankan oleh UMNO antaranya ialah menjalankan ¡®Program Kemasyarakatan¡¯.
Program tersebut bertujuan untuk memupuk semangat cintakan kebersihan dan juga
mengurangkan kadar jenayah bersama dengan masyarakat di Kawasan Libaran. Hasil
daripada program tersebut ialah dapat menjamin kebersihan di kawasan Parlimen Libaran.
Selain daripada program kemasyarakatan, UMNO juga menjalankan aktiviti mesra
bersama rakyat. Program ini dibuat untuk merapatkan hubungan pemimpin iaitu Datuk Musa
Aman selaku ahli dewan undangan negeri Sungai Sibuga N.42. Program ini bertujuan untuk
merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat. Melalui program ini, Datuk Musa
Haji Aman boleh terus berkomunikasi dengan penduduk di Sungai Sibuga dan mengetahui
masalah yang dialami oleh rakyat.
4.2 KEGIATAN WANITA UMNO BAHAGIAN LIBARAN
Pergerakan Wanita UMNO ialah salah satu komponen jentera UMNO dalam
memperjuangkan usaha-usaha UMNO. Wanita UMNO sangat bergiat aktif dalam usaha
mengurangkan kadar miskin tegar di Sandakan khususnya di kawasan Parlimen Libaranxix.
Wanita UMNO sangat menumpukan perhatian kepada kalangan ibu tunggal yang miskin agar
nasib penderitaan mereka dapat dikurangkan xx . Golongan ibu tunggal tersebut perlu
mendapatkan perhatian yang khusus kerana kepayahan mereka untuk mencari nafkah dan
meguruskan rumah tangga. Tokoh yang sangat berbakti dalam usaha untuk mengurangkan
miskin tegar dan membela nasib para ibu tunggal di Sandakan ialah Yang Behormat Senator
Datuk Armani Bt Haji Mahiruddinxxi.
950820-12-5861
6
4.3 KEGIATAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LIBARAN
Pemuda UMNO juga adalah merupakan salah satu daripada komponen jentera
penggerak UMNO dan lebih dikenali sebagai ¡®sayap kanan¡¯ UMNO. Komponen ini digelar
sayap kanan UMNO kerana komponen ini sangat bergiat aktif untuk meluaskan sayap
pemerintahan UMNOxxii. Komponen ini juga bakal menjadi pelapis perjuangan UMNO pada
masa hadapan kelak. Pemuda UMNO banyak bergiat aktif dalam bidang politik di
Sandakanxxiii. Selain itu, mereka juga bergiat dalam aktiviti penganjuran sukan di Sandakan
dengan menganjurkan sukan bolasepak dan sebagainya xxiv . Dengan penglibatan Pemuda
UMNO dalam penganjuran aktiviti kesukanan, mereka dapat meningkatkan lagi integrasi dan
perpaduan dalam masyarakat penduduk Sandakan terutamanya kepada golongan muda di
Kawasan Libaran.
4.4 MEMBERI SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT LIBARAN
4.4.1 Sumbangan Kepada Masyarakat
Menurut Puan Noorashiffah Binti Abdul Lamit, selaku Penyelia Kemajuan
Masyarakat N.42 Sibuga, antara sumbangan UMNO kepada masyarakat di kawasan Parlimen
Libaran ialah pembangunan rumah mampu milik kepada keluarga yang berpendapatan rendah
(PPRT) . Sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga yang tidak mempunyai tempat
tinggal yang tetap dan selesa. Rumah mampu milik ini juga dapat bertujuan untuk
mengelakkan rakyat menanggung beban untuk membayar sewa yang agak mahal.
Selain itu, sumbangan yang diberikan oleh UMNO terhadap masyarakat Libaran
adalah bantuan untuk mangsa kebakaran. Mangsa kebakaran dibantu dengan membaik pulih
semula rumah yang terbakar dan memberi sumbangan berupa pakaian dan makanan. Semua
perbelanjaan ditanggung oleh UMNO kepada keluarga mangsa kebakaran.
4.4.2 Sumbangan Kepada Sektor Pendidikan
UMNO juga memainkan peranan penting untuk memastikan kemajuan pendidikan di
kawasan Libaran. Antara sumbangan yang diberikan oleh UMNO ialah sumbangan kerusi
dan meja untuk kegunaan sekolah-sekolah di kawasan Sandakan, terutamanya di kawasan
Libaran yang terdapat banyak sekolah di bandar dan di luar bandar. Selain itu, UMNO juga
memberikan bantuan kepada pelajar yang miskin agar mereka dapat meneruskan
pembelajaran mereka dengan mudah.
950820-12-5861
7
UMNO Parlimen Libaran juga telah menyumbangkan jasa terhadap bidang institusi
pengajian tinggi di daerah Sandakanxxv. UMNO di Parlimen Libaran telah menyalurkan dana
yang besar untuk membangunkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Batu 10, Sandakan.
Sumbangan yang diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)xxvi dibantu
oleh UMNO Libaranxxvii telah menjadikan sektor pendidikan tinggi di daerah Sandakan
semakin maju dan berkembang pesat.
5.0 PENCAPAIAN UMNO DI BAHAGIAN LIBARAN
Pada masa kini, banyak pencapaian yang telah dicapai oleh UMNO di Parlimen
Libaran. Pencapaian ini adalah atas usaha kerjasama daripada rakyat dan pemimpin.
Pencapaian ini dapat dibuktikan dengan ramainya bilangan penyokong UMNO dan semakin
bertambah xxviii . Berdasarkan dapatan kajian daripada soal selidik, pengkaji mendapati
sebanyak 19 daripada 20 orang responden bersamaan dengan 95% orang bersetuju bahawa
parti UMNO semakin berkembang maju di Parlimen Libaran.
Antara pencapaian yang telah dicapai oleh UMNO di Parlimen Libaran sehingga
tahun 2004 ialah UMNO berjaya menjadi sebuah kuasa politik yang kuat di Sandakan,
terutamanya di kawasan Parlimen Libaranxxix. Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerintahan
UMNO di kawasan Parlimen Libaran tidak pernah jatuh di tangan pembangkang sejak dari
zaman kemenangannya menewaskan Parti Bersatu Sabah pada tahun 1994, iaitu sewaktu
Pilihan Raya Umum ke-9xxx. Sabah juga dikenali sebagai kubu kuat UMNO pada tahun 2004
kerana hampir semua kerusi yang dipertandingkan di Sabah berjaya diduduki oleh parti
Barisan Nasional.xxxi
Selain itu, pencapaian UMNO Parlimen Libaran ialah mempunyai aset dan kewangan
yang kukuh. Banyak cawanngan yang telah dibina oleh UMNO di Parlimen Libaran untuk
memudahkan urusan rakyat. Antara urusan rakyat yang dapat dipermudahkan ialah urusan
rakyat dengan kerajaan pusat. Urusan rakyat dengan kerajaan pusat dapat dipermudahkan
melalui pembukaan banyak cawangan UMNO yang turut dibina di kawasan luar bandar
seperti Dewan Undangan Negeri cawangan N.42 Gum-Gum di Batu 16 Sandakan. Urusan
bantuan kepada rakyat juga dapat disalurkan terus kepada rakyat dengan pembinaan lebih
banyak cawangan terutamanya di kawasan luar bandar.
950820-12-5861
8
6.0 USAHA-USAHA PARTI UMNO DI KAWASAN PARLIMEN LIBARAN
UNTUK MEMAJUKAN KAWASAN TERSEBUT DARI SEGI EKONOMI, POLITIK,
DAN SOSIAL.
6.1 USAHA DALAM MEMAJUKAN EKONOMI
Banyak usaha yang telah dibuat oleh UMNO dalam memajukan ekonomi di kawasan
Parlimen Libaran. Antaranya ialah, UMNO berusaha untuk menyelesaikan masalah keadaan
jalanraya di seluruh kawasan Sandakan. Hal ini kerana, jalanraya adalah merupakan nadi
utama dalam perkembangan ekonomi di Sandakan. Pertanian dan perladangan adalah salah
satu ekonomi yang banyak membantu untuk meningkatkan hasil pendapatan daerah
Sandakan xxxii termasuklah di kawasan Parlimen Libaran. Industri minyak kelapa sawit
sememangnya menjadi hasil bumi yang utama di daerah Sandakan yang menjana pendapatan
kebanyakan rakyat di kawasan Parlimen Libaran. Oleh itu, pergerakan lalulintas di Sandakan
perlu sentiasa dibaiki agar tidak mengalami kerosakan yang amat teruk disebabkan kenderaan
yang membawa muatan yang amat berat. Keadaaan daerah Sandakan yang berbukit-bukau
amat menyukarkan untuk pembinaan jalanraya. Hal ini akan menyebabkan kos pembinaan
jalanraya di Sandakan sangat tinggi.
Selain itu, sumbangan UMNO terhadap ekonomi di Libaran ialah dengan membantu
menyalurkan tenaga elektrik di luar bandar. Tenaga elektrik sangat penting dalam usaha
menjana ekonomi rakyat Sandakan terutamya masyarakat penduduk di Parlimen Libaran.
Dengan tersalurnya bekalan elektrik di luar bandar, kilang-kilang dapat beroperasi
terutamanya di kawasan RTM Batu 10 , Sandakan. Dahulunya, di sana tidak terdapat
kemudahan elektrik dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ¡®generator¡¯ yang
menggunakan enjin Dieselxxxiii. Kedatangan UMNO telah membawa perubahan dalam sektor
perkilangan di RTM Batu 10 dan meningkatkan lagi mutu pengeluaran minyak sawit di
kilang ¨Ckilang tersebut.
Bedasarkan kajian soal selidik yang pengkaji telah lakukan, seramai 17 orang,
bersamaan dengan 85% orang responden bersetuju bahawa UMNO telah memajukan
ekonomi di kawasan Parlimen Libaran. Hal ini membuktikan UMNO telah berjaya
memajukan ekonomi di kawasan Libaran.
950820-12-5861
9
6.2 USAHA DALAM MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK
Sepanjang tampuk pemerintahan UMNO di kawasan Parlimen Libaran, UMNO telah
berusaha dalam mewujudkan kestabilan politik di kawasan Parlimen Libaran. Antara usaha
mewujudkan kestabilan politik di kawasan Libaran ialah dengan mengadakan kempen dan
demonstrasi secara aman, sebagai contoh, sewaktu pilihanraya .
Berdasarkan hasil dapatan soal selidik, pengkaji mendapati sebanyak 15 daripada 20
orang bersamaan dengan 75% orang bersetuju dengan UMNO telah mewujudkan kestabilan
politik di kawasan Parlimen Libaran. Hal ini membuktikan UMNO telah mewujudkan
kestabilan politik di kawasan Libaran.
6.3 USAHA DALAM MERAPATKAN JURANG SOSIAL
Terdapat banyak usaha Parti UMNO untuk merapatkan jurang sosial di kawasan
Parlimen Libaran. Tugas untuk merapatkan jurang sosial di kawasan Sandakan sememangnya
sukar kerana daerah Sandakan mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnikxxxiv.
Dalam usaha untuk merapatkan jurang sosial di Parlimen Libaran, UMNO Parlimen Libaran
telah menganjurkan beberapa aktiviti khidmat masyarakat, antaranya menganjurkan aktiviti
bergotong-royong membantu Penduduk Taman Kenari untuk membersihkan kawasan rumah
akibat banjir di Taman Kenari pada tahun 2000xxxv. Selain itu UMNO bahagian Libaran juga
telah menganjurkan beberapa aktiviti kesukanan, antaranya anjuran sukan bolasepak
peringkat Kampung Kenangan Manis, batu 12. Anjuran tersebut mendapat sambutan daripada
kampung tersebut.Hal ini menunjukkan UMNO bahagian Libaran berusaha gigih untuk
merapatkan jurang sosial penduduk agar tidak berlakunya perbalahan antara kaum di
Sandakan khususnya di Parlimen UMNO Bahagian Libaranxxxvi.
Berdasarkan hasil dapatan borang soal selidik yang telah diedarkan secara rambang di
Kawasan Parlimen Bahagian Libaran, seramai 18 orang bersamaan 90% mengatakan Ya
bahawa mereka berpuas hati dengan pemerintahan UMNO di Parlimen Bahagian Libaran.
Seramai 2 orang bersamaan 10% mengatakan Tidak bahawa mereka berpuas hati dengan
pemerintahan UMNO. Berdasarkan daripada hasil dapatan tesebut, pengkaji telah mendapati
kebanyakan penduduk yang menetap di kawasan Parlimen Bahagian Libaran sangat berpuas
hati dengan pemerintahan yang dilakukan oleh Parti UMNO dalam mentadbir Kawasan
Parlimen Libaran.
950820-12-5861
10
7.0 KESIMPULAN
Esei ini telah menerangkan tentang sejarah asal-usul sejarah bermulanya UMNO di
Sabah dan perkembanganya di Sandakan, terutamanya di kawasan Parlimen Libaran (P.184).
Kemudian, pengkaji juga telah menerangkan tentang pencapaian yang dicapai oleh UMNO
Bahagian Libaran di Kawasan Parlimen Libaran, dan juga usaha-usaha parti politik tersebut
dalam memajukan Sandakan khusunya kawasan Parlimen Libaran dari segi politik, ekonomi,
dan sosial. Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, pengkaji telah mendapati parti UMNO di
Bahagian Libaran telah berjaya memajukan bandar Sandakan dari segi ekonomi, politik, dan
sosial. Banyak sumbangan yang telah diberikan oleh pati tersebut kepada penduduk di
Bahagian Libaran (P.184). Masyarakat yang hidup di kawasan Libaran juga berasa selesa
dengan dasar pemerintahan yang telah diberikan oleh para pemimpin dari parti UMNO.
950820-12-5861
11
8.0 PENUTUP
Pada masa kini, banyak sumbangan UMNO telah berikan kepada penduduk Sandakan
terutamanya terhadap pembangunan di kawasan Parlimen Libaran. Antara sumbangan yang
disumbangkan oleh UMNO ialah sumbangan yang penting dari sergi ekonomi, politik dan
sosial. Tidak kurang juga sumbangan UMNO terhadap rakyat yang hidup dalam fakir miskin
juga telah dapat membantu mereka keluar daripada kelompok kemiskinan. Harapan pengkaji
terhadap peneraju parti UMNO agar terus membantu memajukan daerah Sandakan khususnya
di kawasan Parlimen Bahagian Libaran agar dapat menjadi sebuah daerah yang pesat
membangun. Selain itu, harapan pengkaji terhadap peneraju UMNO agar dapat menjadikan
Sandakan sebuah daerah yang aman makmur dan mempunyai kestabilan politik.
950820-12-5861
12
NOTA HUJUNG
i Wikipedia, ¡°Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu¡±
http://wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Kebangsaan_Melayu_Bersatu (diakses pada 26
Februari 2014)
ii Ibid
iii Ibid
iv Umno Online,¡± Sejarah UMNO ¡° http://www.umno-online.my/page_id=2900
(diakses pada 26 Mac 2014 )
v Ibid
vi Ibid
vii Wikipedia,¡¯¡¯Senarai Parti Politik Malaysia¡±
Ms.m.wikipedia.org/wiki/Senarai_parti_politik_Malaysia ( diakses pada 9 mac 2014)
viii Ismail Yusof, Politik Dan Agama Di Sabah, Bangi : ( Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2004), 129.
ix Ibid 135
x Ibid
xi Tun Datu Mustapha Datu Harun ialah Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sabah
yang pertama dari 16 September-16 September 1965 dan juga merupakan Ketua Menteri
Sabah Yang Ketiga dengan tempoh jawatan dari 1967 sehingga 1975.
xii Merupakan bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang keempat
xiii Ismail Yusof, Politik Dan Agama Di Sabah, Bangi : ( Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia, 2004), 136.
xiv Beliau merupakan bekas katua Pemuda UMNO. Beliau bertugas dari tahun 1994
sehingga beliau disingkirkan daripada perjuangan UMNO pada tahun 1998 atas sebab-sebab
tertentu.
xv Yahya Ismail, Siapa Presiden UMNO 1987,(Kuala Lumpur : Dinamika Kreatif,
SDN.BHD., 1987), 95.
xvi Maksud Non-Muslim adalah masyarakat bukan Islam
xvii Detik Daily.¡±Suara Reformasi Rakyat¡±,
www.detik.daily.net/v6/modules.php?name=News&file=print&sid=243 (diakses pada 10
Mac 2014)
xviiiPejabat Pilihanraya Negeri Sabah, ¡°Sejarah Pilihanraya Negeri Sabah¡±
Ppn.spr.gov.my/sabah/pilihan+raya+umum++1994 ( diakses pada 10 Mac 2014 )
xix Siti Rasmah binti Omar, Blok 1, Tingkat 1, Taman Fajar Perdana, Peti Surat 1522, 90716
Sandakan.
950820-12-5861
13
xx Ibid
xxi Beliau merupakan ketua Wanita UMNO Seluruh Sabah merangkap Ketua Wanita
UMNO di Parlimen Libaran
xxii Suhaimi Syafiq bin Salzo, Lot 1865, Taman Indah Jaya, Sandakan
xxiii Ibid
xxiv Ibid
xxv Salzo bin Asa, Blok 197, Lot 1865, Taman Indah Jaya, Sandakan
xxvi Kementrian Pendidikan Tinggi Malaysia pada masa kini telah digabungkan
dengan Kementerian Pelajaran Malaysia oleh Kerajaan Pusat.
xxvii Ibid
xxviii Ibid
xxix Ibid
xxx Ibid
xxxi Ibid
xxxiiJr. James Wong, ¡°Profail Sandakan¡± www.mps.sabah.gov.my/sandakan.cfq
( diakses pada 10 Mac 2014 )
xxxiii Ibid
xxxiv Noorashiffah binti Abdul Lamit, Penyelia Kemajuan Masyarakat N.42
Sungai Sibuga, Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat, Taman Fajar Perdana, Tingkat 1 Blok 3&4
90716, Sandakan
xxxv Ibid
xxxvi Ibid
950820-12-5861
14
BIBLIOGRAFI
SUMBER PRIMER
Salzo Bin Asa,
Bendahari UMNO Bahagian Libaran,
Taman Indah Jaya, Blok 197,
Lot 185, Sandakan,
SABAH.
Noorashiffah binti Abdul Lamit,
Penyelia Kemajuan Masyarakat N.42 Sungai Sibuga,
Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat,
Taman Fajar Perdana,
Tingkat 1 Blok 3&4 90716,
Sandakan, SABAH.
Suhaimi Syafiq bin Salzo,
Pemuda Cawangan Indah Jaya Bahagian Libaran,
Taman Indah Jaya, Blok 197,
Lot 185, Sandakan, SABAH.
Siti Rasmah binti Omar,
Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO
Bahagian Sandakan,
Blok 1, Tingkat 1, Taman Fajar Perdana,
Sandakan, SABAH.
Wikipedia, ¡°Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu¡±.
http://wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Kebangsaan_Melayu_Bersatu
Ismail Yusof. Politik Dan Agama Di Sabah. Selangor, Bangi : Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia. 2004.
Umno Online.¡± Sejarah UMNO. ¡° http://www.umno-online.my/page_id=2900
950820-12-5861
15
SUMBER SKUNDER
Wikipedia.¡¯¡¯Senarai Parti Politik Malaysia.¡±
Ms.m.wikipedia.org/wiki/Senarai_parti_politik_Malaysia
Yahya Ismail. Siapa Presiden UMNO 1987. Kuala Lumpur : Dinamika Kreatif,
SDN.BHD., 1987.
Detik Daily.¡±Suara Reformasi Rakyat.¡±
www.detik.daily.net/v6/modules.php?name=News&file=print&sid=243
Pejabat Pilihanraya Negeri Sabah. ¡°Sejarah Pilihanraya Negeri Sabah.¡±
Ppn.spr.gov.my/sabah/pilihan+raya+umum++1994.
Jr. James Wong. ¡°Profail Sandakan.¡± www.mps.sabah.gov.my/sandakan.cfq
950820-12-5861
16
LAMPIRAN A
Sejarah Perkembangan UMNO Bahagian Libaran (P.184) Dari Tahun 1992-2004
ARAHAN: SILA ISI TEMPAT KOSONG BAGI MAKLUMAT YANG BERKAITAN.
BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN.
JANTINA :
Lelaki
Perempuan
UMUR :
10 ¨C 19
19 ¨C 20
21- 29
30 ¨C 39
40 >
KAUM :
Melayu
950820-12-5861
17
Cina
India
Lain-lain
BAHAGIAN B: PENDAPAT RESPONDEN BERKAITAN DENGAN PARTI UMNO DI
KAWASAN LIBARAN (P.184).
Bil. YA TIDAK
1) Adakah anda mengetahui sejarah bermulanya UMNO di
Sabah?
1.1) Jika Tidak sila jelaskan.
................................................................................................
................................................................................................
2) Adakah anda mengenali tokoh-tokoh penting UMNO
yang menerajui kawasan Libaran (P.184)?
2.1) Jika Tidak sila jelaskan.
................................................................................................
................................................................................................
3) Anda pernah menikmati sumbangan yang diberikan oleh
Parti UMNO dalam apa jua bentuk.
3.1) Jika Tidak sila jelaskan.
................................................................................................
................................................................................................
4) Adakah UMNO pernah memberikan bantuan kepada anda
apabila anda ditimpa musibah, sebagai contoh banjir kilat.
4.1) Jika Tidak sila jelaskan.
................................................................................................
................................................................................................
950820-12-5861
18
5) Adakah anda bersetuju UMNO telah berjaya
membangunkan daerah Sandakan khususnya di Bahagian
Libaran (P.184)?
5.1) Jika Tidak sila jelaskan.
................................................................................................
...............................................................................................
Bil. YA TIDAK
6) Adakah anda bersetuju UMNO telah berjaya meningkatkan
taraf ekonomi penduduk di Kawasan Libaran (P.184).
6.1) Jika Tidak sila jelaskan.
................................................................................................
................................................................................................
7) Adakah UMNO telah merapatkan jurang sosial di Kawasan
Libaran (P.184)?
7.1) Jika Tidak sila jelaskan.
................................................................................................
................................................................................................
8) Adakah anda bersetuju UMNO telah mewujudkan
kestabilan politik di Kawasan Libaran (P.184)?
8.1) Jika Tidak sila jelaskan.
................................................................................................
................................................................................................
9) Pada pandangan anda, adakah Parti UMNO telah menjadi
semakin maju pada masa kini?
9.1) Jika Tidak sila jelaskan.
................................................................................................
................................................................................................
950820-12-5861
19
10) Adakah anda berpuas hati dengan pentadbiran Parti UMNO
di Kawasan Libaran (P.184)?
LAMPIRAN B
Logo Parti United Malay National Organization (UMNO)
Sumber : Laman Web Google Image-http://ww.google.com/search?qlogo+umno
950820-12-5861
20
CARTA ORGANISASI UMNO BAHAGIAN LIBARAN
Sumber : Laman Web Rasmi UMNO-UMNO online
LAMPIRAN C
Pejabat UMNO Bahagian Libaran : Taman Fajar Perdana
950820-12-5861
21
Sumber : Kajian Lapangan
Temubual Pengkaji Bersama Noorashiffah binti Abdul Lamit : Penyelia Kemajuan Masyarakat
UMNO Bahagian Libaran.
LAMPIRAN D
950820-12-5861
22
Aktiviti Turun Padang Bersama Rakyat Datuk Musa Haji Aman Di Kampung Kenangan Manis
Batu 12, Sandakan
Sumber : Pejabat UMNO Bahagian Libaran, Batu 7, Taman Fajar, Sandakan.
LAMPIRAN E
1) Berdasarkan pengetahuan Tuan/Puan, bilakah Parti UMNO memasuki Sabah?.
2) Apakah kegiatan UMNO yang anda ketahui sepanjang Tuan/Puan bertugas?.
3) Apakah sumbangan UMNO di Sandakan khususnya di Parlimen Bahagian
Libaran yang anda ketahui dalam memajukan Sandakan dari aspek
950820-12-5861
23
Ekonomi, Politik, dan Sosial

More Related Content

What's hot (20)

Sejarah bab 19 dekolonisasi china
Sejarah bab 19 dekolonisasi chinaSejarah bab 19 dekolonisasi china
Sejarah bab 19 dekolonisasi china
ASRI Mohad
?
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpm
nurAkhma
?
Langkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan Itali
Langkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan ItaliLangkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan Itali
Langkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan Itali
Rizal Hashim
?
ANDALUSIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH
ANDALUSIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAHANDALUSIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH
ANDALUSIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH
smka wataniah machang, kelantan
?
Ekonomi di sarawak Sejarah STPM Sem3
Ekonomi di sarawak Sejarah STPM Sem3 Ekonomi di sarawak Sejarah STPM Sem3
Ekonomi di sarawak Sejarah STPM Sem3
Dg Suhaili
?
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam SekitarBahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Asmawi Abdullah
?
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
pikaapull
?
Peranan Sarekat Islam di Indonesia
Peranan Sarekat Islam di Indonesia Peranan Sarekat Islam di Indonesia
Peranan Sarekat Islam di Indonesia
Danial Akhmal
?
Asal-usul dan Perkembangan Kampung Lendu di Alor Gajah dari Tahun 1980 hingga...
Asal-usul dan Perkembangan Kampung Lendu di Alor Gajah dari Tahun 1980 hingga...Asal-usul dan Perkembangan Kampung Lendu di Alor Gajah dari Tahun 1980 hingga...
Asal-usul dan Perkembangan Kampung Lendu di Alor Gajah dari Tahun 1980 hingga...
SyazwaniHamzah1
?
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdfMODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
NurulAlis3
?
Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (ENGLAND) pd abad 17-18
Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (ENGLAND) pd abad 17-18Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (ENGLAND) pd abad 17-18
Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (ENGLAND) pd abad 17-18
hasfazera hassan
?
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & BruneiSebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
ChAnnJo_97
?
Skema kertas model 10
Skema kertas model 10Skema kertas model 10
Skema kertas model 10
Asmawi Abdullah
?
Sajak pernahkah engkau mentafsir kedamaian
Sajak pernahkah engkau mentafsir kedamaianSajak pernahkah engkau mentafsir kedamaian
Sajak pernahkah engkau mentafsir kedamaian
SMK Bukit Gading [STPM]
?
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
JASONYAPMUNHONG
?
Konsep Ekonomi Feudalisme di China dan Jepun
Konsep Ekonomi Feudalisme di China dan JepunKonsep Ekonomi Feudalisme di China dan Jepun
Konsep Ekonomi Feudalisme di China dan Jepun
Izzuliani Yassim
?
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
STPMVi
?
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Ilyani Azmi
?
Pemendapan sungai
Pemendapan sungaiPemendapan sungai
Pemendapan sungai
Hilmi Ahmad
?
Sejarah bab 19 dekolonisasi china
Sejarah bab 19 dekolonisasi chinaSejarah bab 19 dekolonisasi china
Sejarah bab 19 dekolonisasi china
ASRI Mohad
?
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpm
nurAkhma
?
Langkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan Itali
Langkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan ItaliLangkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan Itali
Langkah-langkah oleh Count Camillo Benso De Cavour untuk menyatukan Itali
Rizal Hashim
?
Ekonomi di sarawak Sejarah STPM Sem3
Ekonomi di sarawak Sejarah STPM Sem3 Ekonomi di sarawak Sejarah STPM Sem3
Ekonomi di sarawak Sejarah STPM Sem3
Dg Suhaili
?
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam SekitarBahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Asmawi Abdullah
?
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
Contoh pembentangan kerja khusus BM KK penggal 3
pikaapull
?
Peranan Sarekat Islam di Indonesia
Peranan Sarekat Islam di Indonesia Peranan Sarekat Islam di Indonesia
Peranan Sarekat Islam di Indonesia
Danial Akhmal
?
Asal-usul dan Perkembangan Kampung Lendu di Alor Gajah dari Tahun 1980 hingga...
Asal-usul dan Perkembangan Kampung Lendu di Alor Gajah dari Tahun 1980 hingga...Asal-usul dan Perkembangan Kampung Lendu di Alor Gajah dari Tahun 1980 hingga...
Asal-usul dan Perkembangan Kampung Lendu di Alor Gajah dari Tahun 1980 hingga...
SyazwaniHamzah1
?
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdfMODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
NurulAlis3
?
Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (ENGLAND) pd abad 17-18
Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (ENGLAND) pd abad 17-18Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (ENGLAND) pd abad 17-18
Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (ENGLAND) pd abad 17-18
hasfazera hassan
?
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & BruneiSebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
ChAnnJo_97
?
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
JASONYAPMUNHONG
?
Konsep Ekonomi Feudalisme di China dan Jepun
Konsep Ekonomi Feudalisme di China dan JepunKonsep Ekonomi Feudalisme di China dan Jepun
Konsep Ekonomi Feudalisme di China dan Jepun
Izzuliani Yassim
?
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
STPMVi
?
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Ilyani Azmi
?

Viewers also liked (20)

Esei sejarah dondang sayang PBS Sejarah STPM penggal 2
Esei sejarah dondang sayang PBS Sejarah STPM penggal 2Esei sejarah dondang sayang PBS Sejarah STPM penggal 2
Esei sejarah dondang sayang PBS Sejarah STPM penggal 2
Syarifah Sakinah
?
Tun Azizan Zainul Abidin Tokoh Pentadbiran yang Unggul dalam Malaysia (PBS Se...
Tun Azizan Zainul Abidin Tokoh Pentadbiran yang Unggul dalam Malaysia (PBS Se...Tun Azizan Zainul Abidin Tokoh Pentadbiran yang Unggul dalam Malaysia (PBS Se...
Tun Azizan Zainul Abidin Tokoh Pentadbiran yang Unggul dalam Malaysia (PBS Se...
Ashraf Azim
?
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Thanushah Soniyasee
?
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaBab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Nur Az
?
Hrms payroll software Dubai
Hrms payroll software DubaiHrms payroll software Dubai
Hrms payroll software Dubai
sunsmart123
?
MM_Oct2015_PRO_58 Fore
MM_Oct2015_PRO_58 ForeMM_Oct2015_PRO_58 Fore
MM_Oct2015_PRO_58 Fore
Casey Prentice
?
Procurement Management Software
Procurement Management SoftwareProcurement Management Software
Procurement Management Software
sunsmart123
?
Bibliografi
BibliografiBibliografi
Bibliografi
Pensil Dan Pemadam
?
PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)
PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)
PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)
The National University of Malaysia
?
11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota
11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota
11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota
Amilinda Amsar
?
Hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
Hubungan etnik   integrasi & hubungan etnikHubungan etnik   integrasi & hubungan etnik
Hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
Mahyuddin Khalid
?
8 konsep program_latihan_sm_
8 konsep program_latihan_sm_8 konsep program_latihan_sm_
8 konsep program_latihan_sm_
Nor Masyiah
?
Contoh laporan kerja praktek ti
Contoh laporan kerja praktek tiContoh laporan kerja praktek ti
Contoh laporan kerja praktek ti
alvinsadega
?
Femoral neck fractures
Femoral neck fracturesFemoral neck fractures
Femoral neck fractures
Yasser Alwabli
?
Fracture Neck of Femur
Fracture Neck of FemurFracture Neck of Femur
Fracture Neck of Femur
Binay Sahu
?
Fracture neck femur
Fracture neck femurFracture neck femur
Fracture neck femur
Bhageerath Reddy
?
2013Äêupsr±Ø¶ÁµÄ9ƪbm karangan
2013Äêupsr±Ø¶ÁµÄ9ƪbm karangan2013Äêupsr±Ø¶ÁµÄ9ƪbm karangan
2013Äêupsr±Ø¶ÁµÄ9ƪbm karangan
Hew Mee Peng
?
Esei sejarah dondang sayang PBS Sejarah STPM penggal 2
Esei sejarah dondang sayang PBS Sejarah STPM penggal 2Esei sejarah dondang sayang PBS Sejarah STPM penggal 2
Esei sejarah dondang sayang PBS Sejarah STPM penggal 2
Syarifah Sakinah
?
Tun Azizan Zainul Abidin Tokoh Pentadbiran yang Unggul dalam Malaysia (PBS Se...
Tun Azizan Zainul Abidin Tokoh Pentadbiran yang Unggul dalam Malaysia (PBS Se...Tun Azizan Zainul Abidin Tokoh Pentadbiran yang Unggul dalam Malaysia (PBS Se...
Tun Azizan Zainul Abidin Tokoh Pentadbiran yang Unggul dalam Malaysia (PBS Se...
Ashraf Azim
?
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Thanushah Soniyasee
?
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaBab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Nur Az
?
Hrms payroll software Dubai
Hrms payroll software DubaiHrms payroll software Dubai
Hrms payroll software Dubai
sunsmart123
?
Procurement Management Software
Procurement Management SoftwareProcurement Management Software
Procurement Management Software
sunsmart123
?
PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)
PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)
PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)
The National University of Malaysia
?
11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota
11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota
11430233 sejarah-tingkatan-3-pmr-semua-nota
Amilinda Amsar
?
Hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
Hubungan etnik   integrasi & hubungan etnikHubungan etnik   integrasi & hubungan etnik
Hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
Mahyuddin Khalid
?
8 konsep program_latihan_sm_
8 konsep program_latihan_sm_8 konsep program_latihan_sm_
8 konsep program_latihan_sm_
Nor Masyiah
?
Contoh laporan kerja praktek ti
Contoh laporan kerja praktek tiContoh laporan kerja praktek ti
Contoh laporan kerja praktek ti
alvinsadega
?
Fracture Neck of Femur
Fracture Neck of FemurFracture Neck of Femur
Fracture Neck of Femur
Binay Sahu
?
2013Äêupsr±Ø¶ÁµÄ9ƪbm karangan
2013Äêupsr±Ø¶ÁµÄ9ƪbm karangan2013Äêupsr±Ø¶ÁµÄ9ƪbm karangan
2013Äêupsr±Ø¶ÁµÄ9ƪbm karangan
Hew Mee Peng
?

Similar to Strucktur esei sejarah stpm (20)

Proses dan tindakan politik dalam hubungan etnik di
Proses dan tindakan politik dalam hubungan etnik diProses dan tindakan politik dalam hubungan etnik di
Proses dan tindakan politik dalam hubungan etnik di
No Name
?
Pembangunan politik dlm he di malaysia
Pembangunan politik dlm he di malaysiaPembangunan politik dlm he di malaysia
Pembangunan politik dlm he di malaysia
Norisuwanah Jaffar
?
Hubungan etnik Permuafakatan Politik Di Sabah & Sarawak
Hubungan etnik Permuafakatan Politik Di Sabah & SarawakHubungan etnik Permuafakatan Politik Di Sabah & Sarawak
Hubungan etnik Permuafakatan Politik Di Sabah & Sarawak
zaid masdar
?
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIKCABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
Aien Mingle
?
PEMBANGUNAN POLITIK & HUBUNGAN ETNIK
PEMBANGUNAN POLITIK & HUBUNGAN ETNIKPEMBANGUNAN POLITIK & HUBUNGAN ETNIK
PEMBANGUNAN POLITIK & HUBUNGAN ETNIK
Ashikin Azeman
?
M10-PERKEMBANGAN_POLITIK_SARAWAK_1945-1960.pptx
M10-PERKEMBANGAN_POLITIK_SARAWAK_1945-1960.pptxM10-PERKEMBANGAN_POLITIK_SARAWAK_1945-1960.pptx
M10-PERKEMBANGAN_POLITIK_SARAWAK_1945-1960.pptx
Aiman Zakwan
?
BAB 5a.pptx
BAB 5a.pptxBAB 5a.pptx
BAB 5a.pptx
Sabrina377028
?
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
Yuvarani Subramaniam
?
Hubungan Etnik Bab 5 Pembangunan Politik Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 5   Pembangunan Politik Dan Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 5   Pembangunan Politik Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 5 Pembangunan Politik Dan Hubungan Etnik
WanBK Leo
?
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuPerjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Jayakanth tamil kalanathan
?
T3 bab-07a
T3 bab-07aT3 bab-07a
T3 bab-07a
Cg Man
?
7 penubuhan malaysia
7 penubuhan malaysia7 penubuhan malaysia
7 penubuhan malaysia
Nur Az
?
Bab 5 permuafakatan politik
Bab 5   permuafakatan politikBab 5   permuafakatan politik
Bab 5 permuafakatan politik
Maizatul Akmal
?
Bab5 permuafakatan politik
Bab5 permuafakatan politikBab5 permuafakatan politik
Bab5 permuafakatan politik
Khairiyah Sulaiman
?
Format laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajar
Format laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajarFormat laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajar
Format laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajar
AfnanHamimi1
?
Proses dan tindakan politik dalam hubungan etnik di
Proses dan tindakan politik dalam hubungan etnik diProses dan tindakan politik dalam hubungan etnik di
Proses dan tindakan politik dalam hubungan etnik di
No Name
?
Pembangunan politik dlm he di malaysia
Pembangunan politik dlm he di malaysiaPembangunan politik dlm he di malaysia
Pembangunan politik dlm he di malaysia
Norisuwanah Jaffar
?
Hubungan etnik Permuafakatan Politik Di Sabah & Sarawak
Hubungan etnik Permuafakatan Politik Di Sabah & SarawakHubungan etnik Permuafakatan Politik Di Sabah & Sarawak
Hubungan etnik Permuafakatan Politik Di Sabah & Sarawak
zaid masdar
?
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIKCABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
Aien Mingle
?
PEMBANGUNAN POLITIK & HUBUNGAN ETNIK
PEMBANGUNAN POLITIK & HUBUNGAN ETNIKPEMBANGUNAN POLITIK & HUBUNGAN ETNIK
PEMBANGUNAN POLITIK & HUBUNGAN ETNIK
Ashikin Azeman
?
M10-PERKEMBANGAN_POLITIK_SARAWAK_1945-1960.pptx
M10-PERKEMBANGAN_POLITIK_SARAWAK_1945-1960.pptxM10-PERKEMBANGAN_POLITIK_SARAWAK_1945-1960.pptx
M10-PERKEMBANGAN_POLITIK_SARAWAK_1945-1960.pptx
Aiman Zakwan
?
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
Yuvarani Subramaniam
?
Hubungan Etnik Bab 5 Pembangunan Politik Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 5   Pembangunan Politik Dan Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 5   Pembangunan Politik Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 5 Pembangunan Politik Dan Hubungan Etnik
WanBK Leo
?
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuPerjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Jayakanth tamil kalanathan
?
T3 bab-07a
T3 bab-07aT3 bab-07a
T3 bab-07a
Cg Man
?
7 penubuhan malaysia
7 penubuhan malaysia7 penubuhan malaysia
7 penubuhan malaysia
Nur Az
?
Bab 5 permuafakatan politik
Bab 5   permuafakatan politikBab 5   permuafakatan politik
Bab 5 permuafakatan politik
Maizatul Akmal
?
Format laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajar
Format laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajarFormat laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajar
Format laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajar
AfnanHamimi1
?

Strucktur esei sejarah stpm

  • 1. 950820-12-5861 1 1.0 PENGENALAN UMNO (United Malays National Organisation) ialah sebuah parti yang ditubuhkan terbuka kepada orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak yang beragama Islam di Malaysia. Semenjak dari penubuhanya, Malay National Organisation atau lebih dikenali sebagai UMNO adalah sebuah parti politik yang terbesar di Malaysia. UMNO adalah pengasas dan tulang belakang bagi parti Barisan Nasional yang memerintah negara Malaysia tanpa putus sejak dari zaman kemerdekaan Malaysia.i. Peranan UMNO pada masa kini ialah untuk menjaga hak istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta memelihara maruah dan martabat Islam di Malaysiaii. Sebelum pengkaji menyentuh tentang sejarah dan kegiatan parti UMNO di Sabah khusunya di Kawasan Parlimen Libaran (P.184) Sandakan, pengkaji akan menyentuh serba sedikit tentang sejarah penubuhan UMNO di Malaysia sejak zaman pemerintahan British. Pada tahun 1 hingga 4 Mac, satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya yang pertama telah diatur oleh Persatuan Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baharu iii , Kuala Lumpur. Seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing berjumlah 41 orang. Kongres ini bertujuan untuk mencadangkan menubuhkan satu lagi badan bagi mewakili orang-orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Sekali lagi, Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar Johor Bahru. Dalam kongres ini, Piagam UMNO telah diluluskan. Hasilnya, lahirnya Pertubuhan Kebangsaaan Melayu Bersatu atau lebih dikenali sebagai (PEKEMBAR) atau United Malays National Organisation atau lebih dikenali sebagai (UMNO). Dato Onn bin Jaafar dipilih sebagai Yang Dipertua UMNO yang pertama. iv Sebelum bermulanya pemerintahan UMNO di Sabah, negeri ini ditadbir oleh Parti Bersatu Sabah sehingga tahun 1993v. Pada masa kini, kuasa pemerintahan UMNO di Sabah menjadi semakin kukuh sehinggakan negeri Sabah dikenali sebagai ¡°kubu kuat¡± pemerintahan Parti Barisan Nasional, iaitu parti yang berada dalam komponen yang sama dengan UMNOvi. Kini, negeri Sabah sekarang adalah sangat sukar untuk ditadbir oleh parti lain kerana rakyat Sabah lebih selesa dengan dasar pentadbiran dan pemerintahan Barisan Nasional.
  • 2. 950820-12-5861 2 2.0 SEJARAH PENUBUHAN UMNO DI SABAH. Berdasarkan dapatan kajian melalui hasil daripada borang soal selidik yang telah diberikan kepada penduduk yang tinggal di kawasan Libaran (P.184), sebanyak 80% penduduk di kawasan tersebut tidak mengetahui sejarah dan asal usul kemasukan UMNO di Sabah. Kebanyakannya responden menyatakan tidak mengetahui sejarah bermulanya UMNO di Sabah kerana kurangnya pendekatan masyarakat terutamanya golongan ramaja dalam bidang politik. Oleh itu, pengkaji ingin menerangkan sejarah bermulanya UMNO di Sabah. Sejarah UMNO bermula pada tahun 1993 di mana sebelum waktu tersebut parti yang memerintah ialah Parti Bersatu Sabah (PBS). Parti Bersatu Sabah (PBS) menjadi anggota Barisan Nasional (BN) sejak dari penubuhannya. Pada tahun 1990, Parti Bersatu Sabah pernah keluar daripada komponen Barisan Nasional dan menyertai kembali dalam komponen Barisan Nasional pada tahun 2002 vii . Terdapat banyak masalah yang timbul sewaktu parti tersebut memerintah. Antaranya ialah, dalam lima tahun tempoh Parti Bersatu Sabah memerintah, iaitu sejak dari tahun 1985 sehinnga 1994, orang Islam nyata sudah jauh tersisih dari perkongsian kuasa dan hasil kekayaan yang dimiliki oleh negeri Sabah viii . Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan negeri Sabah satu-persatu jatuh ke tangan kaum Kadazan Kristian, hanya terapat beberapa jawatan sahaja yang dipegang oleh umat Islam pada waktu tersebutix. Orang Islam dianaktirikan daripada menikmati peluang pekerjaan, perniagaan, biasiswa, dan sebagainya. Pendek kata, diskriminasi berlaku terhadap orang Islam dari semua bidangx. Oleh kerana banyak masalah yang dihadapi tersebut adalah sebuah peluang besar untuk Parti UMNO melebarkan sayap pemerintahanya hingga ke negeri Sabah dan membuktikan bahawa mereka dapat memajukan negeri Sabah Di Bawah Bayu. Hasil kemasukan UMNO ke Sabah adalah atas hasil perjuangan dan pengorbanan Bapa Kemerdekaan Sabah Tun Datu Mustapha Datu Harunxi dengan membubarkan partinya iaitu Parti USNO (United Sabah National Organization) sebagai jalan mudah bagi parti UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah sebagai ilham daripada Tun Mahathir Mohammadxii. Beliau sanggup untuk mengobankan usaha beliau selama ini hanya untuk membantu dalam meluaskan pemerintahan UMNO hingga ke negeri Sabah dan melindungi hak kesamarataan umat Islam pada waktu tersebutxiii. Selain itu, tokoh yang berusaha dalam mengembangkan sayap UMNO ke negeri Sabah ialah Datuk Seri Anwar Ibrahimxiv. Beliau pada waktu itu merupakan ketua Pemuda UMNOxv yang merupakan sayap kanan perjuangan UMNO di seluruh Malaysia. Oleh sebab diskriminasi terhadap umat Islam di negeri Sabah,
  • 3. 950820-12-5861 3 UMNO telah berpeluang untuk meraih undi umat Islam dengan berjanji untuk memberikan hak dan kesamarataan kepada semua bumiputera Sabah sama ada kepada orang Islam ataupun bukan Islam (non-Muslim)xvi. Seterusnya, kejatuhan Parti Bersatu Sabah juga sedikit sebanyak daripada sebab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Bersatu Sabah kebanyakanya telah menyertai gagasan Barisan Nasionalxvii . Hal ini akan menyebabkan UMNO telah mendapat banyak kelebihan daripada pengalaman bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Bersatu Sabah yang telah lama memimpin negeri Sabah. UMNO juga dapat kelebihan undi daripada rakyat Sabah juga kerana rakyat Sabah telah mempercayai tampuk kepimpinan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Bersatu Sabah. Pada tahun 1995, telah berlakunya Pilihan Raya Umum ke-9 (PRU9)xviii . Hasil daripada pilihanraya tersebut, bermulanya pimpinan UMNO di negeri Sabah setelah hasil kemenangan 23 kerusi daripada 44 yang dipertandingkan, berbaloi dengan usaha dan pengorbanan tokoh dan pemimpin. Hasil daripada Pilihan Raya Umum ini juga telah menandakan kejatuhan Parti Bersatu Sabah dalam memerintah negeri Sabah. Parti Bersatu Sabah hanya memperolehi kemenangan 15 kerusi daripada 44 yang dipertandingkan.
  • 4. 950820-12-5861 4 3.0 PERKEMBANGAN UMNO DI SANDAKAN, KHUSUSNYA DI PARLIMEN UMNO BAHAGIAN LIBARAN (P.184). Tidak lama setelah pembukaan di Sabah, UMNO pada masa kini telah menjadi semakin maju dan berkembang. Perkembangan UMNO dapat dibuktikan menerusi penubuhan cawangan UMNO di Sabah. Selain daripada cawangan UMNO di bahagian Libaran, terdapat juga cawangan di kawasan lain antaranya cawangan N.41 Gum-Gum dan cawangan N.42 Sungai Sibuga. Pejabat cawangan Libaran ditubuhkan pada tahun 1998 selepas kemenangan UMNO di Sabah. Ini telah membuktikan parti UMNO semakin kukuh di negeri Sabah. Penubuhan cawangan UMNO di Libaran bertujuan untuk memastikan setiap pentadbiran dilaksanakan dengan jayanya. Selain itu, penubuhan cawangan tersebut dapat memudahkan lagi untuk menyampaikan bantuan dan menerima aduan dan masalah rakyat yang menduduki di kawasan parlimen tersebut. Pada masa kini, cawangan Libaran dipimpin oleh Datuk Juslee Ajirol. Setelah cawangan ini telah berjaya ditubuhkan, banyak program dan aktiviti kemasyarakatan yang telah dibuat oleh UMNO. Selain itu, setelah cawangan tersebut dibuka, rakyat juga dapat terus merujuk sebarang masalah kepada cawangan tersebut. Hal ini telah membuatkan rakyat mudah untuk bekerjasama dengan UMNO untuk membangunkan daerah Sandakan khususnya di Kawasan Libaran (P.184).
  • 5. 950820-12-5861 5 4.0 KEGIATAN UMNO DI BAHAGIAN LIBARAN (P.184) DARI TAHUN 1992 HINGGA 2004. 4.1 PROGRAM KEMASYARAKATAN Hasil daripada penubuhan UMNO cawangan Libaran telah menjerumuskan UMNO untuk lebih bergiat aktif di Sandakan khususnya di kawasan Libaran. Antara kegiatan yang telah dijalankan oleh UMNO antaranya ialah menjalankan ¡®Program Kemasyarakatan¡¯. Program tersebut bertujuan untuk memupuk semangat cintakan kebersihan dan juga mengurangkan kadar jenayah bersama dengan masyarakat di Kawasan Libaran. Hasil daripada program tersebut ialah dapat menjamin kebersihan di kawasan Parlimen Libaran. Selain daripada program kemasyarakatan, UMNO juga menjalankan aktiviti mesra bersama rakyat. Program ini dibuat untuk merapatkan hubungan pemimpin iaitu Datuk Musa Aman selaku ahli dewan undangan negeri Sungai Sibuga N.42. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat. Melalui program ini, Datuk Musa Haji Aman boleh terus berkomunikasi dengan penduduk di Sungai Sibuga dan mengetahui masalah yang dialami oleh rakyat. 4.2 KEGIATAN WANITA UMNO BAHAGIAN LIBARAN Pergerakan Wanita UMNO ialah salah satu komponen jentera UMNO dalam memperjuangkan usaha-usaha UMNO. Wanita UMNO sangat bergiat aktif dalam usaha mengurangkan kadar miskin tegar di Sandakan khususnya di kawasan Parlimen Libaranxix. Wanita UMNO sangat menumpukan perhatian kepada kalangan ibu tunggal yang miskin agar nasib penderitaan mereka dapat dikurangkan xx . Golongan ibu tunggal tersebut perlu mendapatkan perhatian yang khusus kerana kepayahan mereka untuk mencari nafkah dan meguruskan rumah tangga. Tokoh yang sangat berbakti dalam usaha untuk mengurangkan miskin tegar dan membela nasib para ibu tunggal di Sandakan ialah Yang Behormat Senator Datuk Armani Bt Haji Mahiruddinxxi.
  • 6. 950820-12-5861 6 4.3 KEGIATAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LIBARAN Pemuda UMNO juga adalah merupakan salah satu daripada komponen jentera penggerak UMNO dan lebih dikenali sebagai ¡®sayap kanan¡¯ UMNO. Komponen ini digelar sayap kanan UMNO kerana komponen ini sangat bergiat aktif untuk meluaskan sayap pemerintahan UMNOxxii. Komponen ini juga bakal menjadi pelapis perjuangan UMNO pada masa hadapan kelak. Pemuda UMNO banyak bergiat aktif dalam bidang politik di Sandakanxxiii. Selain itu, mereka juga bergiat dalam aktiviti penganjuran sukan di Sandakan dengan menganjurkan sukan bolasepak dan sebagainya xxiv . Dengan penglibatan Pemuda UMNO dalam penganjuran aktiviti kesukanan, mereka dapat meningkatkan lagi integrasi dan perpaduan dalam masyarakat penduduk Sandakan terutamanya kepada golongan muda di Kawasan Libaran. 4.4 MEMBERI SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT LIBARAN 4.4.1 Sumbangan Kepada Masyarakat Menurut Puan Noorashiffah Binti Abdul Lamit, selaku Penyelia Kemajuan Masyarakat N.42 Sibuga, antara sumbangan UMNO kepada masyarakat di kawasan Parlimen Libaran ialah pembangunan rumah mampu milik kepada keluarga yang berpendapatan rendah (PPRT) . Sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga yang tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap dan selesa. Rumah mampu milik ini juga dapat bertujuan untuk mengelakkan rakyat menanggung beban untuk membayar sewa yang agak mahal. Selain itu, sumbangan yang diberikan oleh UMNO terhadap masyarakat Libaran adalah bantuan untuk mangsa kebakaran. Mangsa kebakaran dibantu dengan membaik pulih semula rumah yang terbakar dan memberi sumbangan berupa pakaian dan makanan. Semua perbelanjaan ditanggung oleh UMNO kepada keluarga mangsa kebakaran. 4.4.2 Sumbangan Kepada Sektor Pendidikan UMNO juga memainkan peranan penting untuk memastikan kemajuan pendidikan di kawasan Libaran. Antara sumbangan yang diberikan oleh UMNO ialah sumbangan kerusi dan meja untuk kegunaan sekolah-sekolah di kawasan Sandakan, terutamanya di kawasan Libaran yang terdapat banyak sekolah di bandar dan di luar bandar. Selain itu, UMNO juga memberikan bantuan kepada pelajar yang miskin agar mereka dapat meneruskan pembelajaran mereka dengan mudah.
  • 7. 950820-12-5861 7 UMNO Parlimen Libaran juga telah menyumbangkan jasa terhadap bidang institusi pengajian tinggi di daerah Sandakanxxv. UMNO di Parlimen Libaran telah menyalurkan dana yang besar untuk membangunkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Batu 10, Sandakan. Sumbangan yang diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)xxvi dibantu oleh UMNO Libaranxxvii telah menjadikan sektor pendidikan tinggi di daerah Sandakan semakin maju dan berkembang pesat. 5.0 PENCAPAIAN UMNO DI BAHAGIAN LIBARAN Pada masa kini, banyak pencapaian yang telah dicapai oleh UMNO di Parlimen Libaran. Pencapaian ini adalah atas usaha kerjasama daripada rakyat dan pemimpin. Pencapaian ini dapat dibuktikan dengan ramainya bilangan penyokong UMNO dan semakin bertambah xxviii . Berdasarkan dapatan kajian daripada soal selidik, pengkaji mendapati sebanyak 19 daripada 20 orang responden bersamaan dengan 95% orang bersetuju bahawa parti UMNO semakin berkembang maju di Parlimen Libaran. Antara pencapaian yang telah dicapai oleh UMNO di Parlimen Libaran sehingga tahun 2004 ialah UMNO berjaya menjadi sebuah kuasa politik yang kuat di Sandakan, terutamanya di kawasan Parlimen Libaranxxix. Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerintahan UMNO di kawasan Parlimen Libaran tidak pernah jatuh di tangan pembangkang sejak dari zaman kemenangannya menewaskan Parti Bersatu Sabah pada tahun 1994, iaitu sewaktu Pilihan Raya Umum ke-9xxx. Sabah juga dikenali sebagai kubu kuat UMNO pada tahun 2004 kerana hampir semua kerusi yang dipertandingkan di Sabah berjaya diduduki oleh parti Barisan Nasional.xxxi Selain itu, pencapaian UMNO Parlimen Libaran ialah mempunyai aset dan kewangan yang kukuh. Banyak cawanngan yang telah dibina oleh UMNO di Parlimen Libaran untuk memudahkan urusan rakyat. Antara urusan rakyat yang dapat dipermudahkan ialah urusan rakyat dengan kerajaan pusat. Urusan rakyat dengan kerajaan pusat dapat dipermudahkan melalui pembukaan banyak cawangan UMNO yang turut dibina di kawasan luar bandar seperti Dewan Undangan Negeri cawangan N.42 Gum-Gum di Batu 16 Sandakan. Urusan bantuan kepada rakyat juga dapat disalurkan terus kepada rakyat dengan pembinaan lebih banyak cawangan terutamanya di kawasan luar bandar.
  • 8. 950820-12-5861 8 6.0 USAHA-USAHA PARTI UMNO DI KAWASAN PARLIMEN LIBARAN UNTUK MEMAJUKAN KAWASAN TERSEBUT DARI SEGI EKONOMI, POLITIK, DAN SOSIAL. 6.1 USAHA DALAM MEMAJUKAN EKONOMI Banyak usaha yang telah dibuat oleh UMNO dalam memajukan ekonomi di kawasan Parlimen Libaran. Antaranya ialah, UMNO berusaha untuk menyelesaikan masalah keadaan jalanraya di seluruh kawasan Sandakan. Hal ini kerana, jalanraya adalah merupakan nadi utama dalam perkembangan ekonomi di Sandakan. Pertanian dan perladangan adalah salah satu ekonomi yang banyak membantu untuk meningkatkan hasil pendapatan daerah Sandakan xxxii termasuklah di kawasan Parlimen Libaran. Industri minyak kelapa sawit sememangnya menjadi hasil bumi yang utama di daerah Sandakan yang menjana pendapatan kebanyakan rakyat di kawasan Parlimen Libaran. Oleh itu, pergerakan lalulintas di Sandakan perlu sentiasa dibaiki agar tidak mengalami kerosakan yang amat teruk disebabkan kenderaan yang membawa muatan yang amat berat. Keadaaan daerah Sandakan yang berbukit-bukau amat menyukarkan untuk pembinaan jalanraya. Hal ini akan menyebabkan kos pembinaan jalanraya di Sandakan sangat tinggi. Selain itu, sumbangan UMNO terhadap ekonomi di Libaran ialah dengan membantu menyalurkan tenaga elektrik di luar bandar. Tenaga elektrik sangat penting dalam usaha menjana ekonomi rakyat Sandakan terutamya masyarakat penduduk di Parlimen Libaran. Dengan tersalurnya bekalan elektrik di luar bandar, kilang-kilang dapat beroperasi terutamanya di kawasan RTM Batu 10 , Sandakan. Dahulunya, di sana tidak terdapat kemudahan elektrik dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ¡®generator¡¯ yang menggunakan enjin Dieselxxxiii. Kedatangan UMNO telah membawa perubahan dalam sektor perkilangan di RTM Batu 10 dan meningkatkan lagi mutu pengeluaran minyak sawit di kilang ¨Ckilang tersebut. Bedasarkan kajian soal selidik yang pengkaji telah lakukan, seramai 17 orang, bersamaan dengan 85% orang responden bersetuju bahawa UMNO telah memajukan ekonomi di kawasan Parlimen Libaran. Hal ini membuktikan UMNO telah berjaya memajukan ekonomi di kawasan Libaran.
  • 9. 950820-12-5861 9 6.2 USAHA DALAM MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK Sepanjang tampuk pemerintahan UMNO di kawasan Parlimen Libaran, UMNO telah berusaha dalam mewujudkan kestabilan politik di kawasan Parlimen Libaran. Antara usaha mewujudkan kestabilan politik di kawasan Libaran ialah dengan mengadakan kempen dan demonstrasi secara aman, sebagai contoh, sewaktu pilihanraya . Berdasarkan hasil dapatan soal selidik, pengkaji mendapati sebanyak 15 daripada 20 orang bersamaan dengan 75% orang bersetuju dengan UMNO telah mewujudkan kestabilan politik di kawasan Parlimen Libaran. Hal ini membuktikan UMNO telah mewujudkan kestabilan politik di kawasan Libaran. 6.3 USAHA DALAM MERAPATKAN JURANG SOSIAL Terdapat banyak usaha Parti UMNO untuk merapatkan jurang sosial di kawasan Parlimen Libaran. Tugas untuk merapatkan jurang sosial di kawasan Sandakan sememangnya sukar kerana daerah Sandakan mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnikxxxiv. Dalam usaha untuk merapatkan jurang sosial di Parlimen Libaran, UMNO Parlimen Libaran telah menganjurkan beberapa aktiviti khidmat masyarakat, antaranya menganjurkan aktiviti bergotong-royong membantu Penduduk Taman Kenari untuk membersihkan kawasan rumah akibat banjir di Taman Kenari pada tahun 2000xxxv. Selain itu UMNO bahagian Libaran juga telah menganjurkan beberapa aktiviti kesukanan, antaranya anjuran sukan bolasepak peringkat Kampung Kenangan Manis, batu 12. Anjuran tersebut mendapat sambutan daripada kampung tersebut.Hal ini menunjukkan UMNO bahagian Libaran berusaha gigih untuk merapatkan jurang sosial penduduk agar tidak berlakunya perbalahan antara kaum di Sandakan khususnya di Parlimen UMNO Bahagian Libaranxxxvi. Berdasarkan hasil dapatan borang soal selidik yang telah diedarkan secara rambang di Kawasan Parlimen Bahagian Libaran, seramai 18 orang bersamaan 90% mengatakan Ya bahawa mereka berpuas hati dengan pemerintahan UMNO di Parlimen Bahagian Libaran. Seramai 2 orang bersamaan 10% mengatakan Tidak bahawa mereka berpuas hati dengan pemerintahan UMNO. Berdasarkan daripada hasil dapatan tesebut, pengkaji telah mendapati kebanyakan penduduk yang menetap di kawasan Parlimen Bahagian Libaran sangat berpuas hati dengan pemerintahan yang dilakukan oleh Parti UMNO dalam mentadbir Kawasan Parlimen Libaran.
  • 10. 950820-12-5861 10 7.0 KESIMPULAN Esei ini telah menerangkan tentang sejarah asal-usul sejarah bermulanya UMNO di Sabah dan perkembanganya di Sandakan, terutamanya di kawasan Parlimen Libaran (P.184). Kemudian, pengkaji juga telah menerangkan tentang pencapaian yang dicapai oleh UMNO Bahagian Libaran di Kawasan Parlimen Libaran, dan juga usaha-usaha parti politik tersebut dalam memajukan Sandakan khusunya kawasan Parlimen Libaran dari segi politik, ekonomi, dan sosial. Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, pengkaji telah mendapati parti UMNO di Bahagian Libaran telah berjaya memajukan bandar Sandakan dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Banyak sumbangan yang telah diberikan oleh pati tersebut kepada penduduk di Bahagian Libaran (P.184). Masyarakat yang hidup di kawasan Libaran juga berasa selesa dengan dasar pemerintahan yang telah diberikan oleh para pemimpin dari parti UMNO.
  • 11. 950820-12-5861 11 8.0 PENUTUP Pada masa kini, banyak sumbangan UMNO telah berikan kepada penduduk Sandakan terutamanya terhadap pembangunan di kawasan Parlimen Libaran. Antara sumbangan yang disumbangkan oleh UMNO ialah sumbangan yang penting dari sergi ekonomi, politik dan sosial. Tidak kurang juga sumbangan UMNO terhadap rakyat yang hidup dalam fakir miskin juga telah dapat membantu mereka keluar daripada kelompok kemiskinan. Harapan pengkaji terhadap peneraju parti UMNO agar terus membantu memajukan daerah Sandakan khususnya di kawasan Parlimen Bahagian Libaran agar dapat menjadi sebuah daerah yang pesat membangun. Selain itu, harapan pengkaji terhadap peneraju UMNO agar dapat menjadikan Sandakan sebuah daerah yang aman makmur dan mempunyai kestabilan politik.
  • 12. 950820-12-5861 12 NOTA HUJUNG i Wikipedia, ¡°Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu¡± http://wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Kebangsaan_Melayu_Bersatu (diakses pada 26 Februari 2014) ii Ibid iii Ibid iv Umno Online,¡± Sejarah UMNO ¡° http://www.umno-online.my/page_id=2900 (diakses pada 26 Mac 2014 ) v Ibid vi Ibid vii Wikipedia,¡¯¡¯Senarai Parti Politik Malaysia¡± Ms.m.wikipedia.org/wiki/Senarai_parti_politik_Malaysia ( diakses pada 9 mac 2014) viii Ismail Yusof, Politik Dan Agama Di Sabah, Bangi : ( Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004), 129. ix Ibid 135 x Ibid xi Tun Datu Mustapha Datu Harun ialah Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sabah yang pertama dari 16 September-16 September 1965 dan juga merupakan Ketua Menteri Sabah Yang Ketiga dengan tempoh jawatan dari 1967 sehingga 1975. xii Merupakan bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang keempat xiii Ismail Yusof, Politik Dan Agama Di Sabah, Bangi : ( Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004), 136. xiv Beliau merupakan bekas katua Pemuda UMNO. Beliau bertugas dari tahun 1994 sehingga beliau disingkirkan daripada perjuangan UMNO pada tahun 1998 atas sebab-sebab tertentu. xv Yahya Ismail, Siapa Presiden UMNO 1987,(Kuala Lumpur : Dinamika Kreatif, SDN.BHD., 1987), 95. xvi Maksud Non-Muslim adalah masyarakat bukan Islam xvii Detik Daily.¡±Suara Reformasi Rakyat¡±, www.detik.daily.net/v6/modules.php?name=News&file=print&sid=243 (diakses pada 10 Mac 2014) xviiiPejabat Pilihanraya Negeri Sabah, ¡°Sejarah Pilihanraya Negeri Sabah¡± Ppn.spr.gov.my/sabah/pilihan+raya+umum++1994 ( diakses pada 10 Mac 2014 ) xix Siti Rasmah binti Omar, Blok 1, Tingkat 1, Taman Fajar Perdana, Peti Surat 1522, 90716 Sandakan.
  • 13. 950820-12-5861 13 xx Ibid xxi Beliau merupakan ketua Wanita UMNO Seluruh Sabah merangkap Ketua Wanita UMNO di Parlimen Libaran xxii Suhaimi Syafiq bin Salzo, Lot 1865, Taman Indah Jaya, Sandakan xxiii Ibid xxiv Ibid xxv Salzo bin Asa, Blok 197, Lot 1865, Taman Indah Jaya, Sandakan xxvi Kementrian Pendidikan Tinggi Malaysia pada masa kini telah digabungkan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia oleh Kerajaan Pusat. xxvii Ibid xxviii Ibid xxix Ibid xxx Ibid xxxi Ibid xxxiiJr. James Wong, ¡°Profail Sandakan¡± www.mps.sabah.gov.my/sandakan.cfq ( diakses pada 10 Mac 2014 ) xxxiii Ibid xxxiv Noorashiffah binti Abdul Lamit, Penyelia Kemajuan Masyarakat N.42 Sungai Sibuga, Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat, Taman Fajar Perdana, Tingkat 1 Blok 3&4 90716, Sandakan xxxv Ibid xxxvi Ibid
  • 14. 950820-12-5861 14 BIBLIOGRAFI SUMBER PRIMER Salzo Bin Asa, Bendahari UMNO Bahagian Libaran, Taman Indah Jaya, Blok 197, Lot 185, Sandakan, SABAH. Noorashiffah binti Abdul Lamit, Penyelia Kemajuan Masyarakat N.42 Sungai Sibuga, Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat, Taman Fajar Perdana, Tingkat 1 Blok 3&4 90716, Sandakan, SABAH. Suhaimi Syafiq bin Salzo, Pemuda Cawangan Indah Jaya Bahagian Libaran, Taman Indah Jaya, Blok 197, Lot 185, Sandakan, SABAH. Siti Rasmah binti Omar, Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan, Blok 1, Tingkat 1, Taman Fajar Perdana, Sandakan, SABAH. Wikipedia, ¡°Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu¡±. http://wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Kebangsaan_Melayu_Bersatu Ismail Yusof. Politik Dan Agama Di Sabah. Selangor, Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 2004. Umno Online.¡± Sejarah UMNO. ¡° http://www.umno-online.my/page_id=2900
  • 15. 950820-12-5861 15 SUMBER SKUNDER Wikipedia.¡¯¡¯Senarai Parti Politik Malaysia.¡± Ms.m.wikipedia.org/wiki/Senarai_parti_politik_Malaysia Yahya Ismail. Siapa Presiden UMNO 1987. Kuala Lumpur : Dinamika Kreatif, SDN.BHD., 1987. Detik Daily.¡±Suara Reformasi Rakyat.¡± www.detik.daily.net/v6/modules.php?name=News&file=print&sid=243 Pejabat Pilihanraya Negeri Sabah. ¡°Sejarah Pilihanraya Negeri Sabah.¡± Ppn.spr.gov.my/sabah/pilihan+raya+umum++1994. Jr. James Wong. ¡°Profail Sandakan.¡± www.mps.sabah.gov.my/sandakan.cfq
  • 16. 950820-12-5861 16 LAMPIRAN A Sejarah Perkembangan UMNO Bahagian Libaran (P.184) Dari Tahun 1992-2004 ARAHAN: SILA ISI TEMPAT KOSONG BAGI MAKLUMAT YANG BERKAITAN. BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN. JANTINA : Lelaki Perempuan UMUR : 10 ¨C 19 19 ¨C 20 21- 29 30 ¨C 39 40 > KAUM : Melayu
  • 17. 950820-12-5861 17 Cina India Lain-lain BAHAGIAN B: PENDAPAT RESPONDEN BERKAITAN DENGAN PARTI UMNO DI KAWASAN LIBARAN (P.184). Bil. YA TIDAK 1) Adakah anda mengetahui sejarah bermulanya UMNO di Sabah? 1.1) Jika Tidak sila jelaskan. ................................................................................................ ................................................................................................ 2) Adakah anda mengenali tokoh-tokoh penting UMNO yang menerajui kawasan Libaran (P.184)? 2.1) Jika Tidak sila jelaskan. ................................................................................................ ................................................................................................ 3) Anda pernah menikmati sumbangan yang diberikan oleh Parti UMNO dalam apa jua bentuk. 3.1) Jika Tidak sila jelaskan. ................................................................................................ ................................................................................................ 4) Adakah UMNO pernah memberikan bantuan kepada anda apabila anda ditimpa musibah, sebagai contoh banjir kilat. 4.1) Jika Tidak sila jelaskan. ................................................................................................ ................................................................................................
  • 18. 950820-12-5861 18 5) Adakah anda bersetuju UMNO telah berjaya membangunkan daerah Sandakan khususnya di Bahagian Libaran (P.184)? 5.1) Jika Tidak sila jelaskan. ................................................................................................ ............................................................................................... Bil. YA TIDAK 6) Adakah anda bersetuju UMNO telah berjaya meningkatkan taraf ekonomi penduduk di Kawasan Libaran (P.184). 6.1) Jika Tidak sila jelaskan. ................................................................................................ ................................................................................................ 7) Adakah UMNO telah merapatkan jurang sosial di Kawasan Libaran (P.184)? 7.1) Jika Tidak sila jelaskan. ................................................................................................ ................................................................................................ 8) Adakah anda bersetuju UMNO telah mewujudkan kestabilan politik di Kawasan Libaran (P.184)? 8.1) Jika Tidak sila jelaskan. ................................................................................................ ................................................................................................ 9) Pada pandangan anda, adakah Parti UMNO telah menjadi semakin maju pada masa kini? 9.1) Jika Tidak sila jelaskan. ................................................................................................ ................................................................................................
  • 19. 950820-12-5861 19 10) Adakah anda berpuas hati dengan pentadbiran Parti UMNO di Kawasan Libaran (P.184)? LAMPIRAN B Logo Parti United Malay National Organization (UMNO) Sumber : Laman Web Google Image-http://ww.google.com/search?qlogo+umno
  • 20. 950820-12-5861 20 CARTA ORGANISASI UMNO BAHAGIAN LIBARAN Sumber : Laman Web Rasmi UMNO-UMNO online LAMPIRAN C Pejabat UMNO Bahagian Libaran : Taman Fajar Perdana
  • 21. 950820-12-5861 21 Sumber : Kajian Lapangan Temubual Pengkaji Bersama Noorashiffah binti Abdul Lamit : Penyelia Kemajuan Masyarakat UMNO Bahagian Libaran. LAMPIRAN D
  • 22. 950820-12-5861 22 Aktiviti Turun Padang Bersama Rakyat Datuk Musa Haji Aman Di Kampung Kenangan Manis Batu 12, Sandakan Sumber : Pejabat UMNO Bahagian Libaran, Batu 7, Taman Fajar, Sandakan. LAMPIRAN E 1) Berdasarkan pengetahuan Tuan/Puan, bilakah Parti UMNO memasuki Sabah?. 2) Apakah kegiatan UMNO yang anda ketahui sepanjang Tuan/Puan bertugas?. 3) Apakah sumbangan UMNO di Sandakan khususnya di Parlimen Bahagian Libaran yang anda ketahui dalam memajukan Sandakan dari aspek