Kajian ini menyelidik kesediaan penggunaan e-learning di kalangan 61 pelajar tahun kedua di Universiti Teknologi Malaysia, dengan fokus kepada tahap pengetahuan, sikap, dan motivasi. Hasil kajian menunjukkan pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dan sikap positif terhadap e-learning, tetapi motivasi mereka berada pada tahap sederhana. Penemuan ini memberikan maklumat berguna kepada pengurusan e-learning untuk memperbaiki perkhidmatan dan memahami keperluan pelajar.