Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan pelajar-pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Seramai 226 orang pelajar semester 6 yang mengambil modul Matematik Kejuruteraan 5 telah dipilih sebagai sampel. Instrumen yang digunakan ialah Inventori Pembelajaran di Sekolah dalam Norlia et al (2006) yang telah mengemukakan empat gaya pembelajaran iaitu Gaya Pembelajaran Permukaan, Gaya Pembelajaran Mendalam, Gaya Pembelajaran Terancang dan Gaya Pembelajaran Gigih Usaha. Gaya kelima pembelajaran iaitu gaya dorongan telah diubahsuai untuk mengukur dorongan Motivasi Dalaman dan Motivasi Luaran. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences v18.0). Hasil analisis deskriptif mendapati skor min bagi gaya pembelajaran yang diamalkan pelajar berada pada tahap yang sederhana dan nilai min untuk gaya permukaan lebih tinggi berbanding dengan gaya mendalam, terancang dan gigih usaha. Bagi faktor motivasi, didapati nilai min bagi motivasi dalaman lebih tinggi berbanding dengan motivasi luaran. Hasil analisis inferesi menunjukkan hubungan yang lemah antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Namun ujian signifikan menunjukkan terdapat hubungan yang bermakna antara gaya pembelajaran mendalam, terancang dan gigih usaha dengan pencapaian pelajar. Bagi faktor motivasi pula, hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan motivasi dalaman dan luaran. Hasil analisis ujian t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan keempat-empat gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan pelajar.
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...Hamidah Budi
油
Analisis jurnal "KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS BAHASA MELAYU" oleh Zurainu Mat Jazin dan Abdull Sukor Shaari ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 79-92
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Ummi Azilla
油
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan pelajar-pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Seramai 226 orang pelajar semester 6 yang mengambil modul Matematik Kejuruteraan 5 telah dipilih sebagai sampel. Instrumen yang digunakan ialah Inventori Pembelajaran di Sekolah dalam Norlia et al (2006) yang telah mengemukakan empat gaya pembelajaran iaitu Gaya Pembelajaran Permukaan, Gaya Pembelajaran Mendalam, Gaya Pembelajaran Terancang dan Gaya Pembelajaran Gigih Usaha. Gaya kelima pembelajaran iaitu gaya dorongan telah diubahsuai untuk mengukur dorongan Motivasi Dalaman dan Motivasi Luaran. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences v18.0). Hasil analisis deskriptif mendapati skor min bagi gaya pembelajaran yang diamalkan pelajar berada pada tahap yang sederhana dan nilai min untuk gaya permukaan lebih tinggi berbanding dengan gaya mendalam, terancang dan gigih usaha. Bagi faktor motivasi, didapati nilai min bagi motivasi dalaman lebih tinggi berbanding dengan motivasi luaran. Hasil analisis inferesi menunjukkan hubungan yang lemah antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Namun ujian signifikan menunjukkan terdapat hubungan yang bermakna antara gaya pembelajaran mendalam, terancang dan gigih usaha dengan pencapaian pelajar. Bagi faktor motivasi pula, hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan motivasi dalaman dan luaran. Hasil analisis ujian t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan keempat-empat gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan pelajar.
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...Hamidah Budi
油
Analisis jurnal "KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS BAHASA MELAYU" oleh Zurainu Mat Jazin dan Abdull Sukor Shaari ISSN: 2180-4842, Vol. 2, Bil. 1 (Mei 2012): 79-92
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Ummi Azilla
油
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan pelajar-pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Seramai 226 orang pelajar semester 6 yang mengambil modul Matematik Kejuruteraan 5 telah dipilih sebagai sampel. Instrumen yang digunakan ialah Inventori Pembelajaran di Sekolah dalam Norlia et al (2006) yang telah mengemukakan empat gaya pembelajaran iaitu Gaya Pembelajaran Permukaan, Gaya Pembelajaran Mendalam, Gaya Pembelajaran Terancang dan Gaya Pembelajaran Gigih Usaha. Gaya kelima pembelajaran iaitu gaya dorongan telah diubahsuai untuk mengukur dorongan Motivasi Dalaman dan Motivasi Luaran. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences v18.0). Hasil analisis deskriptif mendapati skor min bagi gaya pembelajaran yang diamalkan pelajar berada pada tahap yang sederhana dan nilai min untuk gaya permukaan lebih tinggi berbanding dengan gaya mendalam, terancang dan gigih usaha. Bagi faktor motivasi, didapati nilai min bagi motivasi dalaman lebih tinggi berbanding dengan motivasi luaran. Hasil analisis inferesi menunjukkan hubungan yang lemah antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Namun ujian signifikan menunjukkan terdapat hubungan yang bermakna antara gaya pembelajaran mendalam, terancang dan gigih usaha dengan pencapaian pelajar. Bagi faktor motivasi pula, hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan motivasi dalaman dan luaran. Hasil analisis ujian t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan keempat-empat gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan pelajar.
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiSanitah Yusof
油
Kertas kerja ini merupakan laporan penyelidikan tentang penerapan nilai melalui kurikulum tersembunyi dalam kalangan guru yang dijalankan oleh Khasnor Kamdi
Dokumen tersebut membincangkan beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan prestasi pelajar dalam matematik. Antara faktor utama yang dinyatakan ialah kepercayaan diri pelajar, penglibatan pelajar dalam pembelajaran, persekitaran pembelajaran, dan persepsi pelajar terhadap pengajaran dan penilaian matematik. Dokumen ini juga menyentuh mengenai amalan pengajaran tradisional yang kurang memenuhi keperluan pelajar
K1 bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah m...zahjannanti
油
Dokumen tersebut membandingkan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian matematik pelajar di bandar dan luar bandar. Ia menyentuh tentang perbezaan infrastruktur dan sumber, pengaruh budaya, sosioekonomi, dan gender terhadap keputusan pelajar dalam pelajaran matematik.
Kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematikzahjannanti
油
Dokumen ini membahas tentang kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematik, termasuk faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan pelajar seperti struktur pengetahuan, kemampuan pembelajaran, persepsi terhadap penilaian, dan amalan pembelajaran di kelas. Dokumen ini juga mengidentifikasi beberapa masalah dalam pembelajaran matematik seperti kurangnya penggunaan pendekatan aktif dan bahan belajar yang relevan den
1. Dokumen tersebut membahas tentang kepercayaan guru terhadap matematik dan beberapa isu terkait kurikulum matematik.
2. Isu-isu yang dibahas antara lain kurangnya kepercayaan diri guru, kelemahan metode pengajaran, guru tidak berlatar belakang matematik, penggunaan ICT, dan fokus pada kandungan kurikulum.
3. Beberapa solusi yang dikemukakan adalah meningkatkan penget
Tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) yang rendah di kalangan guru, terutamanya guru bukan opsyen mata pelajaran, menjadi isu utama dalam pendidikan di Malaysia. Kajian menunjukkan PPIK guru masih berada pada tahap sederhana atau rendah, dan pengalaman guru tidak selari dengan peningkatan PPIK. Sistem pendidikan guru perlu dipertingkatkan untuk memastikan guru baru mempunyai kemahiran
Tiga dokumen tersebut membincangkan tentang kualiti guru yang diharapkan. Dokumen pertama menyarankan bahawa sikap positif seperti jujur dan berdedikasi akan mempengaruhi budaya kerja di sekolah. Dokumen kedua menekankan bahawa guru perlu menjadi profesional dan berkesan dalam pengajaran. Manakala dokumen ketiga menyarankan bahawa untuk cemerlang, guru perlu berfikiran global dan menguasai bidangny
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA DAN PERLU DIATASIipgm1786
油
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
1. TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES
SEMESTER 2 2014/2015
PROF DR MARZITA PUTEH
GROUP: B
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (MATEMATIK) (AT14)
KUMPULAN 8: KEPERCAYAAN GURU TERHADAP MATEMATIK
NAMA NOMBOR MATRIK
SITI NORJANNAH NAIMAH BINTI AB AZIB D 20111048013
2. Definisi guru dan kepercayaan dan peranan kepercayaan
Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Dalam
konteks pendidikan, seorang guru merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran.
Menurut Mok Soon Sang (1990) dalam Ili dan Atikah (2012), guru merupakan seorang ahli
masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan
masyarakat.
Menurut Gardner (2006), kepercayaan bermaksud nilai, sikap sistem konsep, teori
peribadi dan juga perspektif tentang sesuatu. Menurut Cunningham et. al (2005) dalam
Nabiroh (2014), kepercayaan adalah struktur asas yang dibina secara sedar atau pun tidak
bagi memberi panduan kepada seseorang untuk berfikir, bertindak dan membuat pilihan,
persepsi, pertimbangan dan keputusan terhadap sesuatu perkara.
Menurut Van der Sandt (2007), sistem kepercayaan guru matematik dibahagikan
kepada empat bahagian iaitu kepercayaan terhadap pengajaran, pembelajaran, sifat matematik
dan pelajar. Roslina (2007) pula berpendapat kepercayaan terhadap matematik boleh
dibahagikan kepada kepercayaan matematik secara umum, kepercayaan terhadap tajuk
matematik dan kepercayaan terhadap kaitan matematik dengan kehidupan seharian manusia.
Kepercayaan guru merupakan konstruk peribadi bagi seseorang guru yang berkait
rapat dengan perancangan dan pelaksanaan pengajaran di dalam bilik darjah dan ianya asas
yang penting dalam usaha penerapan nilai di sekolah. Nik Azis (1997) menyatakan bahawa
kepercayaan, nilai dan sikap memberi kesan yang besar kepada proses pengajaran dan
3. pembelajaran (PdP). Hal ini kerana selain pengetahuan, aspek kepercayaan yang dimiliki oleh
seseorang guru banyak mempengaruhi amalan dan tingkah laku mereka dalam bilik darjah.
Menurut Fang (1996) pula, kepercayaan dikatakan mempengaruhi dan memberi panduan
kepada guru dalam membuat keputusan dan melaksanakan strategi pengajaran. Maka,
kepercayaan bukan sahaja mempengaruhi tindakan guru semasa mengajar tetapi juga
bagaimana mereka mentafsirkan PdP.
Kepercayaan guru terhadap kurikulum matematik
Kurikulum adalah dokumen rasmi bertulis yang pada dasarnya mengandungi
rancangan pendidikan sepanjang pelajar berada di sekolah. Perancangan pendidikan ini
digunakan oleh guru atau tenaga pengajar bagi menyampai dan mengembangkan teknik dan
strategi pengajaran pada pelajar dalam bilik darjah (Ishak, 2003).
Definisi kurikulum kebangsaan,
... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Fokus Proses Persekolahan
11 tahun
Pra sekolah
Perkembangan
sahsiah,
persediaan ke
sekolah rendah
Tahap 1
sekolah
rendah
(tahun 1 -3)
Penguasaan
3M,
perkembangan
sahsiah, nilai
dan sikap.
Tahap 2 sekolah
rendah (tahun 4-6)
Pengukuhan dan
aplikasi kemahiran
3M,
Kemahiran yang
lebih kompleks,
pemerolehan
pengetahuan,
perkembangan
sahsiah, sikap dan
nilai.
Menengah rendah
(tingkatan 1-3)
Pendidikan umum,
peningkatan kemahiran
yang diperoleh pada
sekolah
rendah,peningkatan bakat
& minat, asas pra
vokasional,
perkembangan sahsiah
sikap dan nilai.
Menengah atas
(tingkatan 4-5)
Perkembangan minat
& bakat,
perkembangan
sahsiah, nilai, dan
sikap, perkhususan
kerjaya, dan
pendidikan tinggi.
4. Pelbagai isu yang boleh diketengahkan yang berkaitan dengan kepercayaan guru
terhadap kurikulum matematik. Isu yang pertama ialah kurangnya konsep kendiri dan
kepercayaan dalam diri seseorang guru tersebut. Konsep kendiri bermaksud penilaian atau
anggapan seseorang ke atas diri mereka sendiri sama ada secara positif atau negatif manakala
kepercayaan berkait rapat dengan perasaan seseorang terhadap kebolehan, perkara yang
berlaku dan perkara yang akan berlaku pada diri mereka sendiri. Isu ini melibatkan tidak kira
sama ada guru lama atau guru baru mengajar. Sebagai contoh, seseorang guru yang kurang
konsep kendiri dan kepercayaan dalam diri kebiasaannya disebabkan oleh pengetahuan
konsep matematik mereka yang lemah. Bagi guru lama, mereka sukar membuat perkaitan
dalam elemen yang terlibat dan masih bergantung kepada penggunaan rumus dan petua
sahaja manakala bagi guru baru, mereka kurang membuat rujukan dan tidak memahami
masalah yang timbul dalam kalangan pelajar. Selain daripada lemah konsep matematik,
pengalaman mengajar juga mempengaruhi konsep kendiri dan kepercayaan dalam diri
seseorang guru. Guru lama iaitu guru yang telah mengajar lebih daripada 14 tahun
mempunyai tahap keyakinan dan konsep kendiri yang tinggi manakala guru baru yang
mengajar kurang daripada tiga tahun mempunyai tahap keyakinan yang rendah.
Isu kedua yang berkaitan dengan kepercayaan guru terhadap kurikulum matematik
ialah isu guru bukan opsyen. Isu ini bukanlah isu baru dalam dunia pendidikan. Isu ini
berlaku apabila guru yang bukan opsyen matematik (bukan major matematik) tetapi
ditugaskan untuk mengajar subjek matematik. Apabila guru yang bukan daripada bidang
matematik ditugaskan untuk mengajar subjek matematik, penjelasan sesuatu konsep
kebiasaannya tidak jelas dan kukuh. Hal ini kerana guru bukan opsyen kurang pengetahuan
dalam konsep matematik. Mereka juga kadang kala bersikap sambil lewa iaitu tidak
bersemangat dan mengajar hanya sekadar mengajar sahaja kerana matematik bukanlah minat
atau bidang major mereka. Guru bukan opsyen mengajar berfokuskan kepada latih tubi dan
kurang mementingkan proses pemahaman dan pembinaan konsep oleh pelajar.
Isu seterusnya ialah guru memberi tumpuan kepada menghabiskan sukatan pelajaran
sahaja. Menurut Lim dan Zhao (2005) dalam kajian mereka yang bertajuk bertajuk:
Assessment and Examination System: A Comparative Study between Malaysia and Shanghai
(China), di mana menyatakan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan prestasi pelajar
dalam matapelajaran matematik di China lebih baik daripada di Malaysia walaupun terdapat
banyak persamaan di antara sistem peperiksaan di kedua-dua negara ini. Antara faktor
tersebut ialah ketinggian tahap kandungan pengajaran di negara China. Guru matematik di
5. China cenderung untuk mengajar lebih daripada apa kandungan kurikulum yang diperlukan.
Kandungan matapelajaran yang diajar oleh guru adalah lebih sukar berbanding buku teks
sekolah dan kurikulum yang dirancang dan mereka percaya jika pelajar-pelajar diajar lebih
daripada kandungan yang disediakan ia akan membawa kepada skor yang lebih baik dalam
peperiksaan. Manakala di Malaysia, guru-guru hanya mengajar kandungan yang ditetapkan
oleh sukatan pelajaran walaupun kandungan yang dinyatakan bertujuan untuk mencapai
kecekapan minimum. Malah, sesetengah guru mungkin memilih untuk mengorbankan
beberapa kandungan atau topik-topik di mana mereka merasakan terlalu sukar untuk pelajar-
pelajar mereka dan mereka hanya menumpu pada topik yang terhad untuk memastikan
pelajar-pelajar mereka boleh menguasai topik-topik ini dan seterusnya lulus dalam
peperiksaan. Jika pelajar-pelajar didedahkan dengan kemahiran dan strategi penyelesaian
masalah selain yang terdapat dalam sukatan matapelajaran yang ditetapkan, mereka akan
lebih cemerlang tanpa perlu memberi penekanan terhadap bentuk soalan peperiksaan dan
latih tubi.
Kepercayaan guru terhadap sifat matematik
Menurut Clark (1997), terdapat empat sifat bagi matematik. Sifat yang pertama ialah
corak dan perhubungan. Ianya boleh didapati apabila mengembangkan konsep asal. Dengan
membuat generalisasi daripada konsep, ia dapat menolong pelajar menyelesaikan masalah
matematik. Tetapi, hal sebaliknya akan berlaku apabila guru tidak dapat mengaitkna konsep
dengan corak dan perhubungan dalam sesuatu masalah. Maka, pelajar terpengaruh dengan
sikap guru dan memberi kesan kepada pemahaman mereka mengenai konsep matematik.
Kenyataan Clark (1997) disokong oleh Haylock (2003) membuktikan bahawa:
....the negative effect....of the teachers response to....failure to understand....
Haylock menyatakan guru adalah faktor utama pelajar tidak faham atau takut dengan mata
pelajaran matematik.
6. Sifat kedua matematik ialah matematik adalah satu cara pemikiran (Clark, 1997).
Guru dan pelajar perlu menggunakan strategi untuk menyususn, analisa dan sintesis data.
Proses sperti penerokaan, memanipulasi, penemuan, penyusunan, pengiraan, pengabstrakan,
penganggaran, melukis, pengukuran dan sebagainya mestilah dimajukan. Cara pemikiran
juga mempengaruhi guru untuk menjalankan PdP matematik. Guru percaya bahawa ada
hanya satu cara yang boleh digunakan jika menjawab soalan matematik contohnya cara di
dalam buku teks. Ada cara yang betul dan salah untuk membuat matematik (Cherkas, 1992).
Malah, ia tidak salah jika menggunakan cara yang salah untuk menyelesaikan matematik. Ia
dinamakan penerokaan bagi mendapatkan jawapan.
Sifat ketiga bagi matematik ialah hasil seni (art). Menurut Clark (1997), hasil seni dan
kreativiti dapat dilihat dalam proses penemuan atau pembuktian sesuatu konsep matematik.
Seseorang guru perlu percaya bahawa seni itu berkait rapat dengan matematik agar pelajar
juga beranggapan sebegitu. Tobias (1991) juga mengatakan bahawa tidak semestinya apabila
seseorang itu bagus dalam bidang seni maka dia tidak boleh bagus dalam bidang matematik.
Sifat seni dalam matematik dapat dibuktikan melalui pembuktian konsep Teorem Pythagoras,
2
+ 2
= 2
. Teorem ini juga menyatakan bahawa dalam segi tiga sudut tepat,jumlah kuasa
dua bagi kedua sisi bersudut tegak (A dan B) sentiasa sama dengan sisi hipotenus (C) yang
berkuasa dua iaitu 2
+ 2
= C.
Tetapi bagaimana kita tahu bahawa teorem ini akan sentiasa betul,setiap masa tanpa mengira
saiz segi tiga itu sendiri?
Pertama: Kita perlu ambil garis lurus dan membahagikan kepada dua bahagian, A dan B
seperti ini:
7. Kedua: Sekarang, buat segi empat sama dengan menggunakan garis diatas dengan
menyambungkan garisan AB di setiap penjuru untuk membentuk 4 segi empat yang kecil seperti
ini:
Kita akan dapat dua segi empat sama iaitu AxA (warna kuning) dan BxB (warna hijau) serta dua
segi empat tepat AxB (warna biru). Maka jumlah luas keseluruhan ialah ( + )( + ) atau
( ) + 2( ) + ( )
Dengan kata lain;
( + )( + ) = ( ) + 2( ) + ( )
( + )2
= 2
+ 2基 + 2
Ketiga: Seterusnya, lukis garis merentasi segi empat tepat yang berwarna biru, menjadikan empat
segi tiga. Garisan itu dilabel sebagai C.
8. Keempat: Sekarang bayangkan kita mengambil kesemua segi tiga itu dan menyusun kembali
menjadi sebuah segi empat sama seperti ini:
Kita tahu bahawa luas kempat-empat segi tiga itu sama dengan kedua-dua segi empat yang
berwarna biru tadi,maka luasnya ialah 2AB. Kita pula dapat lihat luas segi empat sama berwarna
merah jambu ialah atau 2
. Apabila kita mengira luas keseluruhan ialah 2基 + 2
dan
menyamakan dengan luas keseluruhan
2
+ 2基 + 2
= 2基 + 2
9. Apabila kita menolak 2AB di kedua-dua bahagian persamaan ini,maka kita akan dapat
2
+ 2
= 2
Maka terbuktilah ada seni di dalam pembuktian teorem ini atau rumus-rumus yang lain.
Sifat keempat yang dinyatakan oleh Clark ialah bahasa. Kenyataan ini disokong oleh
Schwartz (2000), dimana dia menyatakan kesukaran juga terjadi apabila mengenali dan
mengelasifikasi matematik bentuk dan simbol. Isu ini timbul apabila guru sendiri tidak
berapa mahir dengan penggunaan simbol-simbol dan istilah matematik yang digunakan di
dalam pengajaran dan pembelajaran. Isu ini boleh diatasi dengan pemahaman yang lebih dari
seorang guru itu sendiri untuk menerangkan kepada pelajar sewaktu pengajaran. Ini boleh
mengelakkan kekeliruan pelajar dan guru itu sendiri tentang fungsi simbol dan istilah yang
telah lama digunakan di dalam matematik.
Antara kajian lain yang menyatakan sifat matematik ialah kajian Marzita (1998).
Kajian ini mengkaji tentang persepsi guru pelatih tentang sifat matematik itu sendiri dan apa
yang membuatkan mereka memilih untuk mengambil kursus matematik ini. Sifat matematik
pertama yang dibincangkan oleh Marzita (1998) ialah pengiraan. Guru pelatih ramai
menyatakan pengiraan matematik ini amat bosan dan mengelirukan kerana nombor dan
simbol. Selain itu, terdapat juga banyak rumus yang harus dihafal untuk menyelesaikan
masalah yang mengelirukan. Isu di sini ialah apabila guru tidak dapat faham konsep
pengiraan tersebut, maka penerangan guru hanya berlandaskan penyataan bukan pemahaman.
Kenyataan ini disokong oleh Brady and Bowd (2005) membuktikan bahawa pelajar dijangka
dapat memahami selepas sedikit penerangan tentang konsep, tetapi guru juga memalukan diri
mereka di hadapan pelajar.
Sifat matematik kedua yang dinyatakan ialah penyelesaian masalah. Guru pelatih
sendiri mengakui bahawa mereka takut kepada soalan yang mempunyai banyak ayat daripada
nombor. Ini kerana guru pelatih dikehendaki memahami dahulu soalan sebelum boleh
menjawab berbanding soalan yang bersifat terus. Isu ini berlaku apabila guru menerangkan
cara menyelesaikan masalah ini dengan satu cara sahaja tanpa menyiasat dan memahamkan
pelajar. Kaedah menyuap pelajar dengan jawapan ini sudah terlalu banyak di Negara kita
terutama pada mata pelajaran matematik disebabkan guru sendiri tidak berapa faham kaedah
dan teknik menjawab soalan penyelesaian masalah. Pelajar juga terhalang untuk memahami
10. sesuatu masalah kerana pelajar telah diajar bahawa matematik ini tidak perlukan penyiasatan
(Oxford and Anderson, 1995).
Sifat matematik ketiga ialah latihan. Mengikut persepsi guru pelatih latihan yang
banyak membolehkan seseorang itu mahir dalam matematik. Keyakinan mereka meningkat
apabila melakukan banyak latihan. Sebagai contoh, guru akan lebih yakin dan tidak takut
kepada pelajar yang mengambil kelas tambahan diluar sekolah apabila pelajar mengajukan
soalan yang susah dan diluar daripada latihan yang diberi oleh guru. Guru pelatih menyatakan
mereka puas jika lebih banyak latihan yang dibuat untuk mengukuhkan lagi pengetahuan
yang ada.
Abstrak adalah antara sifat matematik yang disebut oleh guru pelatih. Ramai guru
pelatih menyatakan matematik tidak melibatkan kehidupan seharian. Antaranya ialah punca
kuasa, pi dan trigonometri. Guru pelatih menyatakan mereka tidak mahir mengaitkan dengan
kehidupan seharian,maka hanya memperkenalkan teori sahaja. Isu ini boleh diatasi dengan
sedikit pencarian maklumat di hujung jari. Ini kerana telah banyak kaedah yang
diperkenalkan di negara lain dan boleh diterapkan di dalam pengajaran di Malaysia. Guru
boleh mencuba untuk mengaitkan dengan membuat pengiraan secara realistik dengan
membawa pelajar ke luar bilik darjah.
Menurut kajian Marzita (1998) juga, matematik dikatakan sebagai alat pengukur IQ
dan kreativiti. Ramai guru pelatih menyatakan bahawa matematik adalah subjek yang dapat
membezakan seseorang. Mereka menyangka subjek ini ialah suatu alat yang mengukur
kepandaian seseorang. Jika guru pelatih gagal di dalam subjek matematik, maka mereka
berfikir yang mereka telah gagal secara amnya. Isu yang dihadapi ialah guru takut untuk
menunjukkan kesalahan mereka di hadapan pelajar dan takut dianggap tidak pandai
11. matematik serta tidak kreatif. Menurut Austin dan Wadlington (1992) kurang daya kreativiti
dalam penyelesaian masalah menurunkan keyakinan. Cara mengatasi ialah dengan
perbanyakkan latihan dan menggagap kesalahan adalah sebahagian daripada pembelajaran.
Kepercayaan guru terhadap pengajaran matematik
Kepercayaan guru terhadap pengajaran telah menjadi isu utama dalam dunia
pendidikan dan berperanan sebagai alat untuk guru membuat keputusan tanpa bergantung
semata-mata kepada pengetahuan pedagogi dan garis panduan yang ditetapkan dalam
kurikulum (Handal, 2004). Menurut Roehrig & Kruse (2005) dalam Mistima (2012),
kepercayaan merupakan konstruk peribadi bagi seseorang guru dan berkait rapat dengan
perancangan dan pelaksanaan pengajaran di dalam bilik darjah sekaligus mendominasi
tindakan guru dalam pelaksanaan kurikulum. Zaidah (2005) pula menerangkan bahawa
pandangan kognitif guru dan kepercayaan terhadap wacana guru merupakan gambaran
kepercayaan yang terkandung dalam pengetahuan pedagogi guru tersebut. Hubungan
kepercayaan dan pengajaran guru merupakan satu proses kerana kepercayaan adalah dinamik
yang dipengaruhi oleh pengalaman. Zaidah (2005) juga mengatakan bahawa guru-guru
berpengalaman mempunyai kurang variasi dalam corak kepercayaan mereka. Hal ini
disebabkan oleh pengalaman berkadar langsung dengan tahap kerasionalan mereka.
Pelbagai isu dikaitkan dengan kepercayaan guru terhadap pengajaran matematik dan
salah satu daripadanya ialah pengajaran guru yang berdasarkan buku teks. Buku teks adalah
sumber utama dan penting dalam pendidikan di Malaysia. Buku teks mengandungi semua isi
kandungan pelajaran bagi subjek tersebut akan tetapi guru seharusnya tidak mengajar hanya
berpandukan buku teks sahaja. Guru perlu mencari rujukan lain dan mengaitkannya dengan
isi kandungan yang terdapat dalam buku teks. Apabila guru hanya mengajar menggunakan
buku teks sahaja, pemikiran pelajar menjadi terhad dan tidak berkembang. Buku teks
kebiasaannya hanya mengandungi konsep asas sesuatu konsep matematik. Oleh itu, guru
perlu mencari bahan rujukan lain seperti buku rujukan mahupun buku latihan yang selaras
dengan isi kandungan yang terdapat dalam buku teks bagi menunjukkan contoh yang
pelbagai mengenai sesuatu konsep sekaligus menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap
sesuatu konsep.
12. Isu seterusnya ialah kaedah pengajaran guru yang bersifat tradisional. Kaedah
pengajaran yang bersifat tradisional adalah pengajaran yang berpusatkan guru dan hanya
menggunakan komunikasi satu hala sahaja iaitu guru memberikan penerangan dan murid
hanya mendengar tanpa proses perbincangan. Pelajar hanya didedahkan dengan teknik
hafalan mengenai konsep atau langkah-langkah dalam menyelesaikan sesuatu masalah
matematik yang dicipta oleh guru tanpa mengetahui konsep sebenar (Zawawi, 1999).
Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan
aktiviti PdP matematik menjadi tidak bermakna (Ibrahim, 1994). Kebiasaannya guru lama
mengamalkan pengajaran kaedah tradisional kerana mereka tidak mahu mengubah kaedah
yang telah mereka gunakan sekian lama dan kaedah tersebut telah menghasilkan ramai
pelajar yang berjaya.
Kepercayaan guru terhadap pembelajaran matematik
Kepercayaan guru terhadap pembelajaran matematik sering menjadi isu dalm dunia
pendidikan. Menurut Gages dan Liner (1991) dalam Asri (2014), pembelajaran didefinisikan
sebagai proses yang membawa kepada perubahan tingkah laku hasil daripada pengalaman
dan latihan. Menurut Rohazal (2004) pula, pembelajaran adalah proses interaksi yang
melibatkan pelajar, pengajar dan persekitaran. Sistem kepercayaan guru terhadap
pembelajaran matematik mengandungi pandangan guru tentang proses pembelajaran, tingkah
laku dan aktiviti mental pelajar, aktiviti pembelajaran pelajar, jangkaan konsepsi dan imej
aktiviti pembelajaran matematik secara umum (Earnest, 1989).
Kepercayaan guru terhadap pembelajaran Matematik mempengaruhi perkara-perkara
yang berlaku semasa aktiviti dalam kelas matematik. Hal ini termasuklah bagaimana guru
mengenal pasti proses pengajaran, pembelajaran, potensi, kebolehan dan kemampuan pelajar.
Menurut Liljehdahl (2008) dalam Mistima (2012), hubungan kepercayaan dan pedagogi
adalah sangat jelas bagi guru matematik. Pandangan guru tentang matematik berperanan
sebagai suatu alat yang perlu digunakan dalam pengajaran matematik. Penggunaan pelbagai
takrif dan pembuktian merupakan strategi pedagogi dan kandungan yang diamalkan oleh
guru yang mempunyai pandangan yang sistematik tentang matematik.
Shuhua et al. (2004) dalam Mistima (2012) menyatakan terdapat dua jenis
kepercayaan guru yang berkaitan dengan pembelajaran iaitu pembelajaran untuk mengetahui
13. dan pembelajaran untuk memahami. Kepercayaan jenis pertama merujuk kepada guru yang
percaya bahawa pembelajaran matematik dapat dipelajari sekiranya sesuatu konsep atau
kemahiran telah diajar. Guru yang mempunyai kepercayaan jenis pertama sering kali
menggunakan pendekatan hafalan iaitu sekadar menghafal konsep atau formula bagi
memudahkan pelajar menjawab soalan tanpa memberi peluang kepada pelajar untuk
memahami konsep sebenar perkara yang mereka pelajari. Pendekatan hafalan menyebabkan
aktiviti PdP matematik menjadi tidak bermakna. Penyertaan pelajar dalam proses PdP kurang
aktif dan terhad kepada memberikan respon kepada arahan atau soalan guru sahaja. Keadaan
ini tentunya akan melahirkan.
Manakala, jenis kepercayaan terhadap pembelajaran yang kedua menyatakan bahawa
kefahaman telah dicapai sekiranya pelajar mampu mengaitkan dengan pengetahuan lepas.
Kebiasaanya guru yang mempunyai kepercayaan ini sentiasa cuba memberikan penerangan
mengenai sesuatu konsep sebagai contoh bagaimana wujudnya formula teorem Phytagoras
iaitu dengan menggunakan pengetahuan sedia ada murid iaitu konsep luas segi empat. Selain
itu, guru tersebut juga kebiasaannya menjalankan aktiviti berkumpulan yang memerlukan
pelajar melakukan penyiasatan, penyelesaian masalah, inkuiri-penemuan dan kerja kursus
yang berpusatkan pelajar serta melibatkan mereka secara aktif sama ada dari segi fizikal atau
pun dari segi intelek.
Pelbagai isu yang berkait dengan kepercayaan guru terhadap pembelajaran matematik
dan salah satu daripadanya adalah pilih kasih. Pilih kasih bermaksud bersikap tidak adil iaitu
melebihkan pertimbangan atau perhatian kepada sebelah pihak sahaja. Seseorang guru yang
bersikap pilih kasih sering kali membezakan perhatian dan rasa kasih sayangnya antara
pelajar. Kebiasaannya guru bersikap pilih kasih berdasarkan latar belakang keluarga,
pencapaian, jantina, kaum dan lain-lain.
14. Sebagai contoh, merujuk kepada akhbar diatas iaitu Berita Harian yang bertarikh 6
Jun 2010, seorang pengadu menghantar aduan yang mengisahkan tentang guru di sekolahnya
yang bersikap pilih kasih. Guru tersebut hanya memberi tumpuan kepada pelajar yang kaya
sahaja. Bukan itu sahaja, guru tersebut juga berkata kepada pelajar yang bukan daripada
keluarga yang kaya bahawa mereka tidak akan berjaya dalam kerjaya nanti dan ianya
menyebabkan pelajar tersebut berkecil hati dan kurang bermotivasi. Hal ini berlaku kerana
guru tersebut percaya bahawa hanya pelajar dari keluarga yang kaya sahaja yang akan
berjaya dalam pelajaran. Selain itu, akhbar Berita Harian bertarikh 20 September 2013 ada
menerbitkan artikel yang bertajuk Sikap Guru Punca Ponteng. Zahari Ishak, Ketua Jabatan
Psikologi, Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya berkata, salah satu punca pelajar
ponteng kelas adalah kerana guru seringkali meminggirkan pelajar yang kurang pandai ketika
dalam kelas. Hal ini berlaku apabila guru tersebut percaya bahawa hanya pelajar yang pandai
akan berjaya dalam pelajaran dan hanya memberikan tumpuan kepada pelajar yang pandai
sahaja. Isu guru bersikap pilih kasih bukanlah perkara yang baru berlaku dalam dunia
pendidikan. Sikap pilih kasih sering wujud pada personaliti bagi seorang guru sama ada
mereka sedar atau tidak. Oleh itu, sebagai guru, mereka perlulah memberikan perhatian yang
sama rata kepada semua pelajar agar tiada pelajar yang berasa dipinggirkan.
15. Selain isu pilih kasih, guru bersifat autokrasi juga berkait rapat dengan kepercayaan
guru terhadap pembelajaran Matematik. Guru yang bersifat autokrasi berasa hanya diri
mereka yang berkuasa dalam kelas dan juga sepanjang PdP. Guru bersifat autokrasi
kebiasaannya percaya bahawa murid belajar lebih baik dengan mendengar penerangan (chalk
& talk) dan mereka hanya menggunakan komunikasi satu hala sahaja iaitu pengajaran
berpusatkan guru. Guru tersebut juga tidak percaya akan kemampuan atau potensi pelajar
mereka. Pelajar-pelajar langsung tidak diberi peluang untuk bertanya atau memberikan
pendapat. Pelajar juga tidak diberikan peluang untuk terlibat secara aktif dalam proses
pembelajaran. Hal ini akan menyekat percambahan minda pelajar dan idea pelajar tidak dapat
berkembang untuk pemahaman yang kukuh sekaligus menyumbangkan kepada masalah
ponteng dan masalah disiplin yang lain. Berdasarkan artikel dalam akhbar Berita Harian
bertarikh 20 September 2013, antara sebab pelajar hilang minat belajar dan seterusnya
bertindak ponteng ialah cara pengajaran guru yang terlalu laju dan sukar difahami terutama
bagi subjek kritikal seperti Matematik. Pelajar sering kali berasa tidak seronok dengan cara
pengajaran guru yang sukar difahami, tidak kreatif selain kerap dimarahi apabila sering
mengajukan soalan sehingga menimbulkan rasa resah setiap kali berdepan guru yang
mempunyai tabiat yang sama.
17. Rujukan
Asri (2014). Diperoleh pada 2 Mei @015 daripada
http://sikapgurumatematik.blogspot.com/p/blog-page_8.html
Clark, G. (1997). What is mathematics? Laman Internet. Dalam Puteh, M. (1998). Factors
Associated With Mathematics Anxiety and Its Impact On The Primary Teacher
Trainees In Malaysia. PhD thesis, University of East Anglia, Norwich. (n. published).
Earnest, P. (1989). The knowledge, beliefs and attitudes of the mathematics teacher: A
model. Journal of Education for Teaching, 15(1), 13-33.
Fang, Z. (1996). A Review of Research on Teacher Beliefs and Practices. Educational
Research. 38(1): 47-65.
Gardner, H. (2006). Changing Minds. Boston: Harvard Bussiness School.
Handal, B. (2004). Teachers instructional Beliefs About Integrating Educational Technology.
e-Journal of Instructional Science and Technology, 17(1).
Haylock, D. (2003). Mathematics Explained For Primary Teachers. 2nd Edition. London:
Paul Chapman.
Ili Safura BT Mohamad Hawari dan Atikah Bt Abdul Samat (2012). Definisi Guru. Diperoleh
pada 3 Mei 2015 daripada http://pensijilanguru.blogspot.com/2012/05/definisi-
guru.html
Ishak Ramly (2003). Inilah Kurikulum Sekolah. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti
Sains Malaysia. https://books.google.com.my/books?id=8zBfe-
dLNZQC&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&
f=false
Ibrahim Md. Noh (1994). Reformasi Pendidikan Matematik. Kertas Kerja Seminar
Kebangsaan Pakar Pendidikan Matemati Rendah. Bangi:BPG.
Nabiroh Kassim, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof dan Ab Halim Tamuri (2014). Diperoleh pada
8 Mei 2015 daripada
https://www.academia.edu/8234938/Corresponding_Author_Kepercayaan_Guru_Pem
angkin_Amalan_Penerapan_Nilai_Murni_dalam_Pengajaran_Tilawah_Al-Quran
18. Nik Azis Nik Pa. (1997). Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Moral dan Nilai
dalam Pembangunan Manusia ke Arah Pembentukan Acuan Pembangunan Negara.
Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Puteh, M. (1998). Factors Associated With Mathematics Anxiety and Its Impact On The
Primary Teacher Trainees In Malaysia. PhD thesis, University of East Anglia,
Norwich. (n. published).
Roslina Radzali, (2007). Kepercayaan Matematik, Metakognisi, Perwakilan Masalah dan
Penyelesaian Masalah Pelajar. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Siti Mistima & Effandi (2012). Sistem Kepercayaan Guru Matematik. Universiti Kuala
Lumpur Malaysia France Institute, Universiti Kebangsaan Malaysia. Diperoleh
daripada
http://jpsmm.upsi.edu.my/images/JpsmmVol2No2Dec2012/Math%202%20Mistima.p
df
Tengku Zawawi Tengku Zainal (1997). Tahap Kefahaman Konsep Pecahan di Kalangan
Guru Pelatih KPLI. Kajian Sarjana (Tidak Diterbitkan)
Tengku Zawawi Tengku Zainal (1999). Kefahaman Konsep dalam Matematik. Jurnal
Akademik MPKTBR. Jld. 11, 16 33.
Van Der Sandt, S. (2007). Research Framework on Mathematics Teacher Behaviour: Koehler
and Grouws Framework Revisited. Eurasia Journal of Mathematics, Science &
Technology Education. 3(4), 343-350.
Zaidah Yazid. (2005). Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) Guru Matematik
Tambahan Berpengalaman. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.