Isu-isu kontemporari dalam pendidikan Matematik.Isu-isu kontemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan. Kursus ini juga akan mendedahkan pelajar kepada isu-isu dan trend di dalam pendidikan matematik.
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan pelajar-pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Seramai 226 orang pelajar semester 6 yang mengambil modul Matematik Kejuruteraan 5 telah dipilih sebagai sampel. Instrumen yang digunakan ialah Inventori Pembelajaran di Sekolah dalam Norlia et al (2006) yang telah mengemukakan empat gaya pembelajaran iaitu Gaya Pembelajaran Permukaan, Gaya Pembelajaran Mendalam, Gaya Pembelajaran Terancang dan Gaya Pembelajaran Gigih Usaha. Gaya kelima pembelajaran iaitu gaya dorongan telah diubahsuai untuk mengukur dorongan Motivasi Dalaman dan Motivasi Luaran. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences v18.0). Hasil analisis deskriptif mendapati skor min bagi gaya pembelajaran yang diamalkan pelajar berada pada tahap yang sederhana dan nilai min untuk gaya permukaan lebih tinggi berbanding dengan gaya mendalam, terancang dan gigih usaha. Bagi faktor motivasi, didapati nilai min bagi motivasi dalaman lebih tinggi berbanding dengan motivasi luaran. Hasil analisis inferesi menunjukkan hubungan yang lemah antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Namun ujian signifikan menunjukkan terdapat hubungan yang bermakna antara gaya pembelajaran mendalam, terancang dan gigih usaha dengan pencapaian pelajar. Bagi faktor motivasi pula, hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan motivasi dalaman dan luaran. Hasil analisis ujian t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan keempat-empat gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan pelajar.

Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Ummi Azilla
油

Tiga kalimat:
Kajian ini bertujuan meningkatkan komitmen guru dalam pengajaran dan pembelajaran melalui intervensi dinamik untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah berdasarkan aduan dari orang tua. Data aduan dianalisis menggunakan analisis kekuatan medan Kurt Lewin untuk memperkuat dorongan positif dan melemahkan dorongan negatif. Hasil awal menunjukkan penurunan keluhan orang tua
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatihhuda hamdan
油
Dokumen ini membahas mengenai kaedah mengajar yang digunakan oleh guru pelatih selama latihan mengajar di Universiti Teknologi Malaysia. Dokumen ini mengkaji jenis-jenis kaedah mengajar, teknik mengajar, faktor pemilihan kaedah dan teknik mengajar serta kesesuaian dan masalah yang dihadapi oleh guru pelatih.
1. CHITRA A/P GOPALAN ( M20102001079) 2012
Jurnal : Persepsi Guru Terlatih Dan Guru Pelatih Terhadap Pengajaran Berkesan : Satu
Kajian Grid Repertori.
Sumber : http://www.enquirewithin.co.nz/
Penulis : Ng Kim Choy dan Tan Chuan Joo
Ulasan Oleh : Chitra a/p Gopalan ( M20102001079)
RUMUSAN KESELURUHAN JURNAL
Tajuk Persepsi Guru Terlatih dan Guru Pelatih terhadap pengajaran berkesan: Satu kajian
Grid Repertori Sumber. Jurnal ini merupakan hasil kajian Ng Kim Choy dan Tan Chuan Joo.
Kajian ini telah menggunakan teknik grid repertori untuk mengkaji persepsi dua orang guru
pelatih dan seorang guru terlatih tentang pengajaran berkesan. Grid repertori hanya akan
menunjukkan hasil 30% persepsi guru pelatih dan tidak terlatih kerana faktor lain juga di
ambil kira seperti pengalaman guru, professionalisme guru, tenaga guru dan lain-lain.
Metodologi kajian ini telah dapat mengelakkan masalah prasangka pengkaji serta melihat
alam konstruk subjek-subjek tentang pengajaran berkesan. Bagaimanapun, bagi guru terlatih,
persepsi tentang pengajaran berkesan lebih luas dan umum. Malah perbezaan kontruk-
konstruk pengajaran berkesan di antara guru terlatih dan guru-guru terlatih yang dikaji ialah
aspek perkembangan professional yang dikemukakan oleh guru terlatih. Contohnya hanya
Subjek III (guru terlatih) memberi konstruk tentang pentingnya pengalaman dan
kesanggupan guru untuk memajukan diri dalam perkhidmatan. Kajian yang dilakukan oleh
Patrick dan Smart (1998) terhadap pengajaran berkesan melaporkan tiga faktor yang utama
iaitu respect for students, organization and presentation skills, dan ability to challenge
students. Tiga faktor ini digunakan untuk melakukan perbandingan konstruk di antara
subjek.. Majoriti daripada konstruk-konstruk yang diketengahkan oleh ketiga-tiga subjek
digolongkan di bawah organization and presentation skills. Contohnya ialah memberi
penerangan sehingga murid faham, bincang latihan sampai dapat jawapan, pengurusan
masa terkawal, feedback, memberi contoh konkrit ke abstrak, komunikasi secara lisan
dan bertulis, mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman murid, ada perancangan
sebelum aktiviti, pelbagai strategi dan kaedah dan sebagainya. Sebaliknya, paling sedikit
konstruk yang ditimbulkan oleh semua subjek tergolong di bawah ability to challenge
students. Apa yang boleh diinterpretasi oleh keadaan ini ialah pendekatan pengajaran yang
2. CHITRA A/P GOPALAN ( M20102001079) 2012
dianggap berkesan berkisar di sekitar pengajaran secara langsung (direct instruction) yang
kurang mendesek murid menggunakan kemahiran berfikir. Sekiranya guru lebih suka
menggunakan kaedah pengajaran yang berbentuk behavoris atau berpusatkan guru, tentunya
kebolehan membimbing, menyokong, dan mencabar murid untuk mencapai pengetahuan
yang baru tidak begitu diutamakan. Untuk tujuan analisis dan bandingan, bilangan faktor
yang dikelompokkan ditetapkan kepada dua sahaja. Apabila hasil analisis ditunjukkan
kepada Subjek I, dia menyatakan bahawa faktor-faktor yang dirumuskan boleh dinamakan
sebagai ketegasan dan dedikasi; manakala bagi Subjek II, faktor-faktor yang dirumuskan
dilabelkan sebagai kesungguhan dan komunikasi. Bagi Subjek III, faktor pertama disebut
sebagai minat dan faktor kedua pula ialah keperluan asas. Yang dimaksudkan sebagai
keperluan asas ialah kemahiran-kemahiran asas dan kebolehan dalam pengajaran. Faktor-
faktor yang dirumuskan daripada konstruk-konstruk ketiga-tiga subjek mempunyai
persamaan dan perbezaan. .. Sama ada subjek itu terlatih atau belum terlatih, pandangan
mereka tetap positif berbanding dengan guru yang dianggap unggul dalam pengajaran
berkesan. Bagi kes guru-guru pelatih, keadaan ini harus diberi perhatian oleh oleh para
pensyarah sebab pelatih-pelatih yang dikaji telah mempunyai pandangan yang tertentu
tentang kebolehan pengajarannya. Sebarang candangan dan nasihat yang pensyarah salurkan
kepada pelatih untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran harus mengambil kira persepsi
pelatih ini. Beberapa cadangan boleh dibangkitkan untuk memantapkan kajian seperti ini
pada masa depan. Aspek-aspek cadangan dibahagikan kepada bilangan subjek kajian, kaedah
temuduga, dan kaedah analisis. Bilangan subjek yang lebih banyak akan memberi gambaran
yang lebih menyeluruh dan mendalam tentang konsep pengajaran berkesan. Sekiranya
bandingan persepsi guru pelatih dan guru terlatih hendak dilakukan maka bilangan yang
seimbang perlu diambil kira. Dalam kajian ini bandingan hanya di antara dua orang guru
pelatih dan seorang guru terlatih. Bandingan ini tidak memberi apa-apa erti statistika yang
relevan. Bagi guru-guru pelatih, apa yang dicerminkan boleh digunakan untuk mengaya dan
memantapkan konsep pengajaran berkesan kelak. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan
kedudukan subjek berbanding dengan elemen-elemen lain yang signifikan mengikut dimensi-
dimensi pengajaran yang berkesan. Ini dapat dikaitkan dengan soalan sejauh manakah subjek
menganggap diri sendiri berkesan atau tidak dalam pengajaran.