1. The document is a biology exam for Form 4 students consisting of multiple choice and structured questions.
2. It tests students' understanding of cell structures and processes like cellular respiration, diffusion, osmosis, and transport across membranes. Questions refer to diagrams of plant and animal cells and tissues.
3. The multiple choice section has 20 questions testing topics such as cell organelles, transport mechanisms, and effects of solutions on cells. The structured section has two questions testing students' knowledge of labeled cell structures and their functions.
Pt1 2015 sejarah. edisi murid.(soalan akhir tahun)docRohana Paiman
油
Tugasan ini memerintahkan murid untuk menghasilkan laporan mengenai faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa pada abad ke-15, kesan daripada kemunculan tersebut, dan usaha untuk menjadikan Malaysia maju dalam bidang perdagangan. Murid perlu mengikut panduan dan format yang diberikan untuk menyiapkan laporan sepanjang minimum 300 perkataan.
1. The document is a biology exam for Form 4 students consisting of multiple choice and structured questions.
2. It tests students' understanding of cell structures and processes like cellular respiration, diffusion, osmosis, and transport across membranes. Questions refer to diagrams of plant and animal cells and tissues.
3. The multiple choice section has 20 questions testing topics such as cell organelles, transport mechanisms, and effects of solutions on cells. The structured section has two questions testing students' knowledge of labeled cell structures and their functions.
Pt1 2015 sejarah. edisi murid.(soalan akhir tahun)docRohana Paiman
油
Tugasan ini memerintahkan murid untuk menghasilkan laporan mengenai faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa pada abad ke-15, kesan daripada kemunculan tersebut, dan usaha untuk menjadikan Malaysia maju dalam bidang perdagangan. Murid perlu mengikut panduan dan format yang diberikan untuk menyiapkan laporan sepanjang minimum 300 perkataan.
V2.biology mid year form 4 year 2015 paper 1maieymuhamad
油
Dokumen tersebut merupakan soalan ujian pertengahan tahun untuk mata pelajaran Biologi tingkatan 4. Soalan terdiri daripada 50 soalan objektif yang menguji pengetahuan pelajar dalam topik sel, tisu, organ dan sistem dalam badan manusia dan tumbuhan. Ia memberikan maklumat penting seperti arahan untuk menjawab soalan, jenis soalan, tempoh masa yang diberikan dan maklumat lain yang perlu diketahui oleh pelajar semasa
This document appears to be an exam paper for a Year 5 physics exam in a Malaysian school. It contains 22 multiple choice questions testing various concepts in physics. The questions cover topics such as units, graphs, forces, energy, properties of matter, optics and mechanics.
This document contains a test paper for Year 1 students consisting of 3 sections - Section A: Guided Composition, Section B: Summary, and Section C: Literature Component. It provides instructions for students to answer all questions in the paper and validation information for markers. The paper tests students' English language abilities through composition, summary writing, and analyzing a poem and short story.
The document contains an exam paper for the English subject in the Malaysian public examination PMR (Penilaian Menengah Rendah, or Lower Secondary Assessment). The exam paper tests students' reading, writing and literature comprehension abilities. It consists of three sections - Section A involves writing a guided letter, Section B contains literature questions, and Section C requires students to write a summary. Various marking criteria and bands are provided to assess students' performance in the different sections.
Rangkaian pelajaran tahunan mata pelajaran sejarah tingkatan 4 ini membincangkan tentang:
1. Tamadun awal manusia di Mesir, Sumeria, Indus, dan Cina serta peningkatan tamadun di Yunani, Rom, India, dan Cina.
2. Kemunculan agama dan ajaran utama dunia seperti Hindu, Buddha, Kristian, Islam, Konfusianisme, dan Taoisme.
3. Tamadun awal Asia Tenggara seperti kerajaan Angkor dan Sri
PELAN STRATEGIK OPERASI KELAB RUKUN NEGARA TAHUN 2025.docxmawarni79
油
168658047 trial-sbp-spm-2013-sejarah-k1
1. SULIT 1249/1
Sejarah
Kertas 1
Ogos 2013
1 jam
Kertas ini mengandungi 14 halaman bercetak
1249/1 息 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah
SULIT
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2013
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
SEJARAH
KERTAS 1
Satu jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,
pilih satu satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif
yang disediakan.
4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru
2. SULIT 2 1249/2
1249/1 息 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat halaman sebelah
SULIT
1 Apakah sumbangan kemajuan bidang perubatan berikut kepada tamadun Mesopotamia?
A Mayat diawet
B Tentera yang kuat
C Pendidikan berkembang
D Kod kedoktoran diperkenalkan
2 Gambar berikut menunjukkan arca Firaun Senuusret lll iaitu pemerintah tamadun Mesir Purba.
Apakah sumbangan firaun tersebut?
A Penciptaan roda
B Penciptaan kertas
C Pembinaan Piramid
D Pembinaan sistem pengairan
3 Semasa pemerintahan Pericles, banyak sekolah falsafah didirikan di negara kota Athens.
Apakah kesan perkembangan tersebut?
A Menjadikan warganegaranya gagah perkasa
B Menanamkan semangat taat setia kepada negara
C Melahirkan cendikiawan pelbagai bidang
D Meningkatkan bilangan tenaga kerja mahir
500 ubat dikatalogkan
Cara mengubat penyakit dicatat
3. SULIT 3 1249/2
1249/1 息 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat halaman sebelah
SULIT
4 Bagaimanakah anggota masyarakat dalam tamadun China dilantik dalam sistem pentadbiran?
A Lulus temuduga
B Pandai berpidato
C Pandai bermain senjata
D Lulus peperiksaan awam
5 Rajah berikut menunjukkan perubahan yang berlaku kepada Kerajaan Funan.
Mengapakah berlaku perubahan tersebut?
A Kedudukan pelabuhan strategik
B Peningkatan jumlah penduduk
C Penambahan hasil pertanian
D Kekayaan hasil laut
6 Srivijaya memiliki tentera laut yang besar dan kuat untuk mengawal Selat Melaka dan
Selat Sunda.
Bagaimanakah kekuatan tentera tersebut memberi keuntungan kepada Srivijaya?
A Memudahkan kutipan cukai
B Memajukan perdagangan antarabangsa
C Meluaskan kawasan pertanian
D Mengawal sistem timbangan
7 Maklumat berikut berkaitan peperangan yang berlaku dalam masyarakat Arab Jahiliah.
Perang al-Basus
Berlaku antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar
Seorang ahli Bani Taghlib telah dibunuh oleh seorang Bani Bakar
Berlanjutan selama 40 tahun
Apakah cara untuk membendung daripada berlaku peperangan tersebut?
A Memodenkan ketenteraan
B Membangunkan infrastruktur
C Memupuk persefahaman
D Memajukan ekonomi
Kerajaan Agraria Kerajaan Maritim
4. SULIT 4 1249/2
1249/1 息 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat halaman sebelah
SULIT
8 Penyebaran Islam di Makkah telah menimbulkan reaksi penentangan daripada
masyarakat Arab Quraisy.
Bagaimanakah cara masyarakat Arab Quraisy melakukan penentangan?
A Membuat tembok sempadan
B Memulau keluarga Rasulullah
C Melancarkan peperangan
D Mengadakan perjanjian dengan Parsi
9 Maklumat berikut berkaitan dengan perlembagaan bertulis yang pertama didunia.
Piagam Madinah
Dirangka pada tahun 622M
Mengandungi 47 fasal
Apakah keistimewaan perlembagaan tersebut?
A Berpandukan wahyu
B Berasaskan fatwa
C Berbentuk lisan
D Bersifat tegas
10 Senarai berikut berkaitan Perjanjian Hudaibiyah.
Termeterai pada tahun 628 M (6 Hijrah)
Gencatan senjata selama 10 tahun
Umat Islam mengerjakan umrah pada tahun 7 Hijrah
Mengapakah perjanjian tersebut penting kepada umat Islam?
A Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliah
B Taraf masyarakat akan meningkat
C Kerajaan Madinah diiktiraf
D Pembentukan masyarakat yang bersatu
5. SULIT 5 1249/2
1249/1 息 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat halaman sebelah
SULIT
11 Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan mengukuhkan sistem pertahanan negara
sehingga berjaya meluaskan kuasa ke kawasan berikut?
A Membentuk tentera laut
B Membina kumpulan Janissari
C Menubuhkan Diwanul Jundi
D Menguatkan semangat ghazi
12 Apakah kesan peristiwa berikut terhadap Eropah?
A Perdagangan merosot
B Penaklukan Constantinople
C Peperangan tercetus
D Penyebaran Islam
13 Mengapakah para pedagang Islam mengambil tindakan berikut?
A Menambahkan keuntungan
B Merupakan strategi perniagaan
C Memenuhi tuntutan agama
D Memudahkan urusan perdagangan
Kegiatan dakwah oleh
pedagang
Islam tersebar ke
Asia Tenggara
Tripoli
Samarkand
Afghanistan
Keruntuhan Gereja Ortodok
Kejatuhan kerajaan Byzantine
Penghijrahan orang Turki ke Balkan
6. SULIT 6 1249/2
1249/1 息 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat halaman sebelah
SULIT
14 Syeikh Nurudin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel menegaskan tentang kewajipan
berjihad bagi setiap orang Islam. Konsep jihad dalam Islam tidak terhad kepada
perjuangan menentang musuh tetapi turut meliputi aspek
I membayar zakat
II meluaskan wilayah
III membasmi kemiskinan
IV membentuk kehidupan sempurna
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
15 Adat Perpatih telah diguna pakai oleh orang Melayu Minangkabau di Negeri
Sembilan dan Naning.
Apakah ciri adat tersebut?
A Perkahwinan sesama suku dibenarkan
B Pemimpin dilantik berdasarkan keturunan
C Pusaka dibahagikan mengikut hukum faraid
D Penentuan jurai keturunan mengikut sebelah ibu
16 Wang syiling berikut dikeluarkan di Melaka semasa pemerintahan Sultan Melaka
keempat.
Apakah ciri mata wang tersebut?
A Dikenali wang katun
B Dilukis gambar istana
C Ditulis nama pemerintah
D Diperbuat daripada emas
7. SULIT 7 1249/2
1249/1 息 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat halaman sebelah
SULIT
17 Apakah kesan daripada pengenalan sistem berikut di Eropah?
Sistem Penggiliran Tanaman
A Memagar kawasan ladang
B Mengekalkan kesuburan tanah
C Menggalakan kajian pertanian
D Mengubah sistem pemilikan tanah
18 Kuasa Barat telah menggalakkan dasar imperialisme ke negara-negara Asia Tenggara
dengan slogan berikut.
Apakah kesan dasar tersebut ?
I Pengenalan tanaman komersial
II Perubahan demografi dalam negara
III Peningkatan ekonomi penduduk tempatan
IV Pengukuhan sistem perundangan tradisional
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
19 Gambar berikut menunjukkan jentera yang digunakan dalam erlombongan bijih timah
di Tanah Melayu.
Apakah kesan penggunaan jentera tersebut ?
A Penglibatan pembesar Melayu
B Pertambahan tenaga kerja
C Peningkatan harga keluaran
D Penguasaan pemodal Eropah
Mission civilisatrice
The white mans burden
8. SULIT 8 1249/2
1249/1 息 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat halaman sebelah
SULIT
20 Maklumat berikut berkaitan dengan usaha British mengawal perkembangan sekolah
Cina di Tanah Melayu.
Tahun Tindakan
1920 Memperkenalkan Enakmen Pendaftran Sekolah
Mengapakah British mengambil tindakan sedemikian?
A Mengatasi kekurangan guru
B Mewujudkan perasaan kekitaan
C Membendung masalah jenayah
D Menyekat pengaruh komunis
21 Rajah berikut berkaitan dengan golongan dalam sistem pentadbiran di Vietnam
sebelum kedatangan Perancis.
Bagaimanakah golongan tersebut dilantik ke dalam sistem pentadbiran ?
A Peperiksaan
B Pilihan raya
C Perwarisan
D Pengiktirafan
22 Dialog berikut mungkin berlaku pada akhir abad ke-19 di Filipina.
Pegawai Amerika Syarikat : Filipina mestilah bekerjasama dengan kami.
Emilio Aguinaldo : Baiklah,yang penting matlamat rakyat Filipina akan tercapai.
Apakah matlamat kerjasama tersebut ?
A Memantapkan sistem pertahanan
B Menyatupadukan penduduk
C Meningkatkan ekonomi
D Mengusir Sepanyol
Golongan
Mandrain
Pembesar Tempatan
Mengetuai birokrasi
Bertanggungjawab kepada
kerajaan pusat
9. SULIT 9 1249/2
1249/1 息 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat halaman sebelah
SULIT
23 Ilustrasi .berikut menunjukkan tokoh Tok Janggut yang menentang British di Kelantan.
Mengapakah tokoh tersebut menentang British?
A Dilucutkan jawatan
B Dipaksa membayar cukai
C Dilarang mengutip ufti
D Dikerah meneroka hutan
24 Maklumat berikut menerangkan Pasukan Force 136.
Terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu
Bekerjasama dengan pihak British
Apakah sumbangan pasukan tersebut?
A Membantah penubuhan Melayu Raya
B Menentang pendudukan Jepun
C Menuntut kemerdekaan tanah air
D Menghapuskan ancaman komunis
25 Jadual berikut berkaitan persatuan yang ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1934.
Persatuan Matlamat
X Menggalakkan ahli berkenalan
Bertukar pendapat untuk memajukan diri dan bangsa
Apakah X?
A Kesatuan Melayu Muda
B Persatuan Melayu Sarawak
C Kesatuan Melayu Singapura
D Persatuan Sahabat Pena Malaya
10. SULIT 10 1249/2
1249/1 息 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat halaman sebelah
SULIT
26 Pada tahun 1866 negara Itali telah membantu Prussia menewaskan Austria.
Apakah kesan peristiwa tersebut?
A Penguasaan Venitia
B Penaklukan Lombardy
C Penyatuan rakyat Rom
D Pengunduran tentera Perancis
27 Maklumat berikut berkaitan perlembagaan di negeri Melayu
Apakah persamaan perlembagaan tersebut?
A Mengukuhkan pertahanan negeri
B Menghalang penjajahan asing
C Menyatupadukan rakyat
D Menghapuskan kegiatan jenayah
28 Mengapakah pertubuhan berikut menyokong pembentukan Malayan Union pada
tahun 1946.
A Mengurangkan ancaman komunis
B Menghapuskan sistem feudal
C Melindungi hak istimewa bumiputera
D Mengembalikan kuasa pembesar
Parti Kebangsaan Melayu Malaya
Angkatan Pemuda Insaf
Angkatan Wanita Sedar
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu
11. SULIT 11 1249/2
1249/1 息 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat halaman sebelah
SULIT
29 Rajah berikut menunjukkan kontrak sosial yang diasaskan antara British dengan
Raja-raja Melayu melalui perjanjian Persekutuan 1948
Mengapakah kontrak sosial tersebut diasaskan?
A Mengiktiraf ketuanan bangsa
B Menyekat kemasukan imigran
C Melindungi kekayaan negara
D Mengukuhkan kuasa pembesar
30 Senarai berikut merujuk kepada wakil penduduk Tanah Melayu yang berunding
dengan Sir Henry Gurney pada Julai 1950.
Apakah kejayaan rundingan tersebut?
A Kemerdekaan diisytiharkan
B Pilihanraya Majlis Perundangan dirancang
C Sistem Ahli ditubuhkan
D Perpaduan kaum tercapai
31 Apakah manifesto Parti Perikatan semasa menyertai pilihan raya Majlis Perundangan
Persekutuan (MPP) pada tahun 1955?
I Menjaga hak asasi manusia
II Mencapai kemerdekaan secepat mungkin
III Mengembalikan kuasa pembesar tempatan
IV Mewujudkan pendidikan tinggi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Tunku Yaakob ibni Sultan Abdul Hamid
Dr Lee Tiang Keng
Dato E.E.C. Thuraisingam
Kontrak
Sosial 1948
Kedudukan istimewa orang Melayu
Kedudukan Islam
Kedudukan adat istiadat Melayu
12. SULIT 12 1249/2
1249/1 息 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat halaman sebelah
SULIT
32 Rajah berikut menerangkan faktor penubuhan Malaysia.
Apakah X?
A Mengukuhkan kuasa raja
B Mewujudkan perpaduan kaum
C Melemahkan pengaruh komunis
D Mengurangkan kemasukan imigran
33 Jadual berikut menunjukkan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak yang bergabung
untuk menyokong penubuhan Malaysia.
Parti Perikatan Sarawak Parti Perikatan Sabah
PANAS
SNAP
BERJASA
PESAKA
UNKO
USNO
Pasok Momugun
Parti Bersatu
Apakah kejayaan Parti Perikatan tersebut?
A Mencapai kemerdekaan
B Menuntut pilihan raya
C Menghapuskan ancaman komunis
D Menggubal perlembagaan negerI
34 Siapakah yang boleh mengisytiharkan undang-undang berikut jika mendapati
keselamatan negara terancam?
A Perdana Menteri Malaysia
B Ketua Setiausaha Negara
C Majlis Raja-Raja Melayu
D Yang di-Pertuan Agong
Undang-undang X
Faktor Penubuhan
Malaysia
Proses dekolonisasi
Meluaskan pasaran
X
13. SULIT 13 1249/2
1249/1 息 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat halaman sebelah
SULIT
35 Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk
melaksanakan tugas kehakiman di negara ini.
Apakah kuasa yang dimiliki oleh mahkamah di Malaysia?
A Membuat dasar negara
B Mentafsir perlembagaan
C Membuat dasar negara
D Mengetuai pemerintahan
36 Pernyataan berikut berkaitan agensi yang ditubuhkan dalam Rancangan Malaya Pertama.
Apakah matlamat penubuhan agensi tersebut?
A Membuka tanah baru
B Menstabilkan harga padi
C Memajukan masyarakat luar bandar
D Menggalakkan penubuhan koperasi
37 Dasar Penswastaan dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad pada bulan Mac 1983.
Mengapakah dasar tersebut dilancarkan?
A Membangunkan wilayah baru
B Mengurangkan beban kewangan kerajaan
C Melibatkan bumiputera dalam pelaburan
D Menggalakkan penubuhan industri berat
RIDA Rural Industrial Development Authority
14. SULIT 14 1249/2
1249/1 息 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat halaman sebelah
SULIT
38 Maklumat berikut merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara yang
maju pada tahun 2020.
Wawasan 2020
Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri
yang maju mengguna acuan sendiri
Bagaimanakah matlamat tersebut boleh dicapai?
A Mengatasi pengangguran
B Meningkatkan kualiti pendidikan
C Mengatasi sembilan cabaran
D Mengukuh hubungan antarabangsa
39 Rajah berikut berkaitan kesan Perang Dunia Pertama.
Inflasi tinggi
Kesan Perang Dunia Pertama Liga Bangsa ditubuhkan
X
Apakah X?
A Perjanjian Versailles ditandatangani
B Negara baru dibentuk
C Perang Dingin tercetus
D Kemunculan blok dunia
40 Maklumat berikut berkaitan dengan Negara-negara Selatan.
Apakah matlamat penubuhannya?
A Mengukuhkan pertahanan
B Menyelesaikan konflik politik
C Meningkatkan kerjasama teknikal
D Mengekalkan keamanan dunia
KERTAS SOALAN TAMAT
Pernah dijajah oleh kuasa Barat
Dikenali juga sebagai Negara Dunia Ketiga
Mempunyai persamaan dari segi latar belakang ekonomi