PELAN STRATEGIK OPERASI KELAB RUKUN NEGARA TAHUN 2025.docxmawarni79
Ìý
SEJ SOALAN K1.pdf
1. 1249/1 SULIT
1
Kertas 1 ( 40 Soalan )
SOALAN OBJEKTIF
Arahan : Jawab semua soalan
1. Apakah ciri negara bangsa
berdasarkan maklumat dibawah?
A Raja
B Rakyat
C Undang-undang
D Wilayah pengaruh
2. Apakah fungsi Inskripsi Telaga Batu
dalam upacara persetian kerajaan
Srivijaya?
A Mengelakkan bencana
B Melahirkan kesyukuran
C Mengukuhkan kesetiaan
D Menunjukkan kekuasaan
3. Dinasti Ming menghantar utusan ke
Melaka.
Kedatangan utusan ini
membuktikan bahawa
A Kedaulatan Kesultanan Melayu
Melaka
B Hubungan diplomasi yang erat
C Hubungan kekeluargaan
D Kedaulatan Kesultanan Melayu
Melaka diiktiraf oleh negara luar
4. Sistem perundangan menjadi asas
kepada pemerintahan negara.
Mengapakah undang-undang
penting kepada sesebuah negara?
A Mengukuhkan parti pemerintah
B Menjamin keadilan rakyat
C Menjamin kebebasan rakyat
D Mengukuhkan kuasa raja
5. Antara pernyataan berikut, yang
manakah merujuk kepada kawasan
pegangan?
A Kawasan pentadbiran pusat
B Kawasan pentadiran jajahan
C Kawasan pembesar mengutip cukai
D Kawasan pentadbiran Pembesar
Berempat
6. Apakah matlamat yang
diperjuangkan oleh Jose Rizal dalam
Gerakan Propaganda yang dipimpin
beliau?
A Melancarkan revolusi
B Menuntut kemerdekaan
C Taraf hidup rakyat Filipina dipulihkan
D Filipina Sebahagian Wilayah
Sepanyol
7. Apakah pemikiran yang telah
diketengahkan dalam akhbar The
Indian dan Indian Pioneer yang
dikeluarkan oleh masyarakat India?
A Isu pendidikan
B Soal kesatuan sekerja
C Keadilan sosioekonomi
D Perpaduan kelas menengah
8. Peristiwa apakah yang menjadi
sebab Eropah terjerumus dalam
kancah Perang Dunia Pertama?
A Kekuatan tentera Jerman
B Persaingan kuasa imperialis
C Wujudnya pakatan ketenteraan
D Pembunuhan Archduke Ferdinand
9. Apakah tujuan Jerman
melancarkan Operasi Barbarossa
Semasa Perang Dunia Kedua?
A menawan Rusia
B menakluk Peranchis
C menguasai negara-negara Eropah
D mengalahkan tentera Kuasa
Bersekutu
Rakyat menerima dan memperakui
perintah seorang Raja
2. 1249/1 SULIT
2
10. Kebangkitan orang Melayu
menentang Bintang Tiga yang
mencetuskan pergaduhan kaum
telah menyedarkan pemimpin
masyarakat dan Raja-Raja tentang
kepentingan perdamaian.
Manakah antara berikut berkaitan
dengan maklumat di atas?
I Usaha Dato Onn Jaafar mengatur
perundingan antara Kiai Salleh
dengan pemimpin Bintang Tiga
II Lawatan Sultan Perak ke
beberapa daerah di Perak bagi
memantau pergaduhan antara
orang Melayu dan orang Cina
III Campur tangan tentera Australia
yang mengenakan perintah
berkurung di Melaka
IV Mesyuarat kerjasama tentera
British dengan pemimpin
tempatan diadakan di Kuala
Lumpur
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
11. Tok Janggut
Perjuangan tokoh di atas
menentang British di Tanah
Melayu merupakan hasil
kesedaran politik antarabangsa. Di
manakah lokasi penentangannya?
A Perak
B Pahang
C Kelantan
D Terengganu
12. Pembentukan Malayan Union pada
tahun 1946 menimbulkan rasa tidak
puas hati oleh orang Melayu.
Bagaimanakah orang Melayu
menentang penubuhan tersebut?
I Mendapatkan sokongan negara luar
II Menubuhkan Gerakan bersenjata
III Menghidupkan persatuan Melayu
IV Mengadakan kongres Melayu
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
13. Maklumat berikut berkaitan dengan
penyerahan Sarawak kepada
Kerajaan British.
Charles Vyner Brooke menghantar
Gerard T. MacBryan dapatkan
tandatangan daripada ketua
tempatan
Apakah cara yang digunakan oleh
Gerard T. MacBryan?
A Tawaran ganjaran
B Tipu muslihat
C Ganjaran
D Rundingan
14. Maklumat berikut berkaitan dengan
perjanjian yang ditandatangani
antara Jerman dengan Pakatan
Bertiga pada 28 Jun 1919.
Perjanjian Versailles
Antara syarat perjanjian :
1. Jerman membayar pampasan
kepada Pakatan Bertiga.
2. Jerman menyerahkan wilayah
kepada Pakatan Bertiga
Apakah kesan perjanjian tersebut ?
A Kemunculan Gerakan nazisme
pimpinan Adolf Hitler.
B Kewujudan krisis politik di rantau
Balkan
C Kejayaan Perjanjian Pelucutan
Senjata
D Pembentukan pakatan ketenteraan
di Eropah
3. 1249/1 SULIT
3
15. Pada tahun 1954, UMNO-MCA telah
mengadakan Kerjasama dalam
politik dengan bertanding dalam
pilihan raya negeri. Apakah kesan
kerjasama tersebut ?
A Ditentang hebat oleh parti
Kemerdekaan Malaya
B Gagal mendapatkan sokongan
semua kaum
C British memberikan bantuan
kewangan
D Memenangi pilihan raya negeri
16. Apakah pilihan raya yang terawal di
negara kita ?
A Pilihan raya Perbandaran George
Town
B Pilihan raya Majlis Perbandaran
Kuala Lumpur
C Pilihan raya Negeri
D Pilihan Raya Majlis Perundangan
Persekutuan
17. Tarikh kemerdekaan negara
ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
Siapakah yang telah memberikan
cadangan tarikh tersebut ?
A Sheikh Abdullah Fahim
B Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
C Dato’ Abdul Razak bin Hussein
D Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman
18. Apakah tindakan Tunku Abdul
Rahman setelah dilantik sebagai
Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu pada tahun 1955 ?
A Menyusun keanggotaan kabinet
B Menggubal perlembagaan negara
C Menghapuskan ancaman komunis
D Memulakan rundingan
kemerdekaan
19. Maklumat berikut berkaitan
dengan perjanjian antara British
dengan Persekutuan Tanah
Melayu.
Tarikh : 5 Ogos 1957
Peristiwa : Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1957
di King’s House, Kuala Lumpur.
Apakah kepentingan perjanjian
tersebut kepada rakyat Tanah
Melayu ?
A Meneruskan naungan British
B Mengakhiri pemerintahan monarki
C Membentu Majlis Mesyuarat
Negeri
D Mendapat hak untuk memerintah
sendiri
20. Selepas merdeka, Malaysia telah
menandatangani perjanjian
dengan negara yang berikut :
• Britain
• Australia
• New Zealand
Apakah tujuan perjanjian di atas
ditandatangani ?
A Meningkatkan pelaburan
B Memperkuat sistem pertahanan
C Menjalankan hubungan diplomatik
D Menambah asset ketenteraan
21. Gambar di bawah menunjukkan
Tunku Abdul Rahman diarak ke
Padang Banda Hilir, Melaka.
Gambar 2
Mengapakah peristiwa tersebut
penting kepada rakyat negara ini ?
A Kempen pilihan raya umum
B Pelantikan Perdana Menteri
C Pengisytiharan tarikh kemerdekaan
D Kunjungan pemimpin tertinggi
negara
4. 1249/1 SULIT
4
22. Mengapakah kedaulatan penting
kepada sesebuah negara ?
A Menjadi kuasa politik terkenal di
dunia
B Membesarkan saiz angkatan tentera
C Mewujudkan keberkesanan sistem
pentadbiran
D Membolehkan kerajaan membuat
kerahan tenaga kepada rakyatnya
23. Apakah perkara utama yang berlaku
dalam pindaan Perlembagaan 1963?
I Pembentukan Mahkamah Tinggi
II Pembentukan Mahkamah Tinggi
Borneo
III Jawatan Yang di-Pertua Negeri
IV Jawatan Ketua Menteri
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
24. Gambar di bawah menunjukkan
institusi negara pada hari ini.
Gambar 3
Apakah kepentingan institusi
tersebut kepada negara kita ?
A Mewujudkan integrasi kaum
B Membina masyarakat berdaya saing
C Lambang ketinggian kuasa raja-raja
D Berfungsi menggubal Undang-
undang
25. Pernyataan di bawah berkaitan
dengan penubuhan Majlis di
Sabah.
X memberikan kuasa kepada
Gabenor untuk membuat undang-
Apakah X ?
A Majlis Kerja
B Majlis Tertinggi
C Majlis Negeri
D Majlis Undangan
26. Antara perkara-perkara terma
rujukan utama dalam Perjanjian
Persekutuan 1957 ialah
A kerajaan Persekutuan merupakan
kerajaan pusat
B Parlimen mengandungi tiga dewan
C kewarganegaraan yang sama
D Majlis Raja-raja Melayu
27. Perlembagaan Malaysia
menetapkan bidang kuasa Yang
di-Pertuan Agong. Apakah kuasa
eksekutif yang diperuntukkan
kepada YDPA dalam
perlembagaan ?
A Melantik Hakim Mahkamah Atasan
B Melindungi keistimewaan orang
Melayu.
C Megisytiharkan Darurat
D Melantik Perdana Menteri
28. UNESCO telah mengisytiharkan
Taman Negara di Malaysia sebagai
Tapak Warisan Dunia. Taman
Negara yang manakah telah
diisytiharkan sebagai Tapak Warisan
Dunia oleh UNESCO itu?
A Taman Negara Mulu, Sarawak
B Taman Negara Kinabalu, Sabah
C Taman Negara Johor Endau-Rompin,
Johor
D Taman Negeri Royal Belum, Perak
5. 1249/1 SULIT
5
29. Mengapakah Parti Barisan Sosialis
menentang penggabubungan
Singapura dalam Malaysia ?
A Bimbang ancaman komunis
B Menganggap penjajahan baharu
C Inginkan merdeka terlebih dahulu
D Meningkatkan kepadatan penduduk
30. Antara berikut, yang manakah
melibatkan Sarawak dan Sabah
dalam perjanjian berikut ?
Tarikh : 9 Julai 1963
Peristiwa : Perjanjian Malaysia
(Malaysia Agreement) telah
ditandatangani di London.
I Kawalan sempadan negeri
II Pengagihan kerusi parlimen
III Kuasa menubuh cabinet negeri
IV Pemansuhan kuasa imigresen
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
31. Apakah hak keistimewaan yang
diperoleh Sarawak dan Sabah apabila
menyertai Persekutuan Malaysia ?
A Menentukan agama rasmi negara
B Menentukan dasar luar negeri
C Mengawal sumber kewangan negeri
D Mengawal hal ehwal imigresen
32. Maklumat berikut berkaitan dengan
projek pembangunan kawasan
perumahan di negara kita.
• Rumah Selangorku
• Rumah Mampu Milik Johor
Siapakah yang layak memperoleh
kemudahan tersebut ?
A Masyarakat luar bandar
B Belia yang baharu bekerja
C Kumpulan professional tempatan
D Golongan berpendapatan rendah
33. Maklumat berikut berkaitan dengan
kandungan Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1974.
Bahasa Melayu dijadikan sebagai mata
pelajaran wajib dalam peperiksaan
awam
Apakah matlamat laporan tersebut ?
A Memastikan taat setia imigran
B Meningkatkan penguasaan sains dan
teknologi
C Memperkukuh perpaduan
D Mewujudkan peluang pekerjaan
34. Mengapakah ideologi berikut
diisytiharkan ?
Tarikh : 31 Ogos 1970
Peristiwa : Perisytiharan Rukun Negara
A Menyusun semula masyarakat
B Melahirkan satu identiti bangsa
C Memperkukuh perpaduan rakyat
D Menyatukan pemimpin masyarakat
35. Apakah mata pelajaran yang
diperkenalkan dalamLaporan Rahman
Talib untuk memperkukuh semangat
kekitaan?
I Sejarah
II Tatarakyat
III Bahasa Inggeris
IV Pendidikan Islam
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
6. 1249/1 SULIT
6
36. Majlis Perundingan Negara (MAPEN)
ditubuhkan pada bulan Januari 1970.
Apakah tujuan MAPEN ditubuhkan?
A Mengadakan garis panduan bagi
kerjasama antara kaum
B Mengadakan garis panduan bagi
kerjasama dengan pihak swasta
C Mengadakan garis panduan bagi
hubungan antarabangsa
D Mengadakan garis panduan bagi
memupuk perpaduan rakyat
37. Apakah strategi dalam bidang
ekonomi yang dilakukan dalam
Dasar Pembangunan Negara (DPN)?
Penggunaan sains teknologi
Program penanaman semula
Menambahbaik kemudahan asas
Memberi intensif dan kemudahan
asas
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
38. Gambar di bawah ialah logo suatu
pertubuhan yang ditubuhkan pada
tahun 1971.
Gambar 4
Apakah matlamat penubuhan
pertubuhan tersebut ?
A Memelihara keamanan dunia
B Memupuk kerjasama sosiobudaya
C Meningkatkan taraf hidup negara
miskin
D Melindungi kebajikan umat Islam
sedunia
39. Kawasan Perdagangan Bebas
ASEAN (AFTA) yang ditubuhkan
pada tahun 1992 banyak membantu
Malaysia dari aspek pembangunan
ekonomi.
Apakah faedah pelaksanaan AFTA ?
A Mewujudkan kawalan keselamatan
perairan
B Mewujudkan syarikat perdagangan
C Mewujudkan peluang pekerjaan
D Mengurangkan tarif dan cukai
barangan
40. Mengapakah Malaysia menjadi lokasi
transit bagi pemerdagangan manusia
ke negara lain ?
A Undang-undang tidak ketat
B Kelonggaran syarat imigresen
C Kelemahan pertahanan
D Kedudukan strategik
KERTAS SOALAN TAMAT
MARKAH
PENUH 40
MARKAH
DIPEROLEH