Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahamanar-rifke.com
油
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman ini telah di upload oleh Edu Web SGO di http://www.sistemguruonline.my/2014/11/soalan-trial-upsr-2012-negeri-melaka.html
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahamanar-rifke.com
油
Soalan Percubaan UPSR 2012 Negeri Melaka Soalan Bahasa Melayu Pemahaman telah di upload di http://www.sistemguruonline.my/2014/11/soalan-trial-upsr-2012-negeri-melaka.html
The document contains 9 science questions about various science topics for UPSR examination preparation. Each question includes empty tables to record observations, inferences and conclusions about science experiments or phenomena like evaporation rate, phases of the moon, constellations visibility, plant competition and more. The questions are in Malay and include diagrams or tables to analyze.
The document appears to be fragments from a mathematics exam for 6th grade students. It includes word problems, diagrams, tables, and questions on topics like fractions, time, volume, percentages, and money. The document tests students' ability to perform calculations and extract relevant information from provided contexts to solve quantitative problems.
The document appears to be sections from a mathematics textbook or workbook in Malay. It contains diagrams, word problems, and questions in Malay about topics such as addition, subtraction, fractions, time, geometry, percentages, and data representation. Specific details mentioned include the total price of some books, calculations with fractions like 7/41.27, properties of cubes, conversions between units like milliliters, averages, and time written in 12-hour and 24-hour formats.
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raubshare with me
油
Trial bm 1 melaka
1. SULIT
PRA PERCUBAAN UPSR 2013
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011
Julai
50 minit Lima puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian,
hitamkan jawapan yang baharu.
Kertas ini mengandungi 13 halaman bercetak dan tiga halaman tidak bercetak.
1 Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza kali ini telah disertai seramai 56 orang
______________ yang terdiri daripada kalangan doktor, paramedik dan pengamal media.
011 [Lihat halaman sebelah
SULIT
2. SULIT 0112
A budiman
B ilmuan
C cendekiawan
D sukarelawan
2 Sultan menitahkan _______________ supaya datang menghadap _______________ di
istana segera, kata Bendahara Tun Perak kepada Hang Tuah.
A hamba beta
B tuan hamba baginda
C kakanda patik
D adinda tuanku
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
3 Iskandar sedang _______________ dua baldi berisi air yang diambilnya dari sungai
berdekatan.
A mengelek
B menjinjing
C menjunjung
D mengandar
4 Kami _______________ di bawah pondok yang usang ketika hujan lebat pada pagi tadi.
A berteduh
B berpayung
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
3. SULIT 0113
C berlindung
D berhenti
5 Barang-barang tembaga yang kusam itu _______________ oleh datuk sehingga berkilat.
A disental
B digilap
C dilap
D digosok
6 Rumah di hujung kampung itu _______________ selepas ditimpa sebatang pokok yang
besar dalam kejadian ribur petir semalam.
A senget
B rosak
C condong
D ranap
7 Nenek merebus seperiuk ubi kayu sehingga _______________ untuk dicicah dengan
kelapa parut dan sambal tumis.
A lembut
B lembik
C empuk
D masak
8 Kita ______________ menaiki kereta atau kapal terbang jika _______________ ke Pulau
Langkawi.
A harus baru
B mungkin belum
C patut akan
D boleh hendak
9 _______________ Gunung Kinabalu tidak terdaki olehnya, _______________ Gunung
Everest.
A Jangankan pun
B Sama ada ataupun
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
4. SULIT 0114
C Bukan sahaja bahkan
D Sedangkan inikan pula
10 Suhu tubuhnya meningkat _______________ 37 darjah Celcius _______________
39 darjah Celcius.
A dari kepada
B dari hingga
C daripada kepada
D daripada ke
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
11 Pelita itu
digantung pada _______________ rumah.
A pepintu
B sesiku
C bebendul
D tetingkap
12 Pokok-pokok lalang yang tumbuh di lereng bukit itu _______________ apabila ditiup
angin.
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
5. SULIT 0115
A berbuai-buai
B beroleng-oleng
C bergoyang-goyang
D berayun-ayun
13 Semua peserta sayembara puisi itu diminta mematuhi _______________ yang telah
ditetapkan oleh pihak penganjur.
A tatacara
B tatertib
C prakata
D prasyarat
14 _______________ murid sekolah rendah sekarang sudah celik komputer.
A Setengah
B Kebanyakan
C Segelintir
D Seluruh
15 Puan Fatihah hanya menggunakan _______________ benang untuk menjahit
______________ baju kurung.
A selembar sepotong
B segulung sehelai
C seurat sepersalinan
D sebuku sepasang
16 Kalsium penting untuk _______________ tulang dan gigi yang kuat.
A bina
B membina
C terbina
D pembinaan
17 Amalan bergotong-royong perlu dipupuk sejak murid-murid di bangku sekolah lagi.
Berikan perkataan seerti bagi perkataan dipupuk.
A disemai
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
6. SULIT 0116
B dibentuk
C dilakukan
D disemarakkan
18 Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada kebijaksanaan pemimpinnya dalam
mentadbir negara.
Perkataan berlawan bagi kemajuan ialah _______________.
A kemusnahan
B kejatuhan
C kemunduran
D keruntuhan
Soalan 19 20
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
19 I Kisah pengembaraan Panglima Awang sangat lanjut.
II Datuk masih kuat bekerja di kebun walaupun usianya telah lanjut.
III Abang telah mendapat tawaran untuk lanjut pelajaran di salah sebuah universiti
terkemuka dunia.
IV Buah cempedak yang masak itu telah lanjut hingga mencecah tanah.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
20 I Seorang pelanggan ternama telah menempah karangan bunga yang cantik itu.
II Karangan rumah nenek dipenuhi dedaun kering setelah lama ditinggalkan.
III Ramai penyelam terpesona dengan keindahan terumbu karangan di Pulau Sipadan.
IV Karangan yang ditulis oleh Amin mendapat pujian daripada Cikgu Hamidah.
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
7. SULIT 0117
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
21 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Adakah kamu pernah berkunjung ke Planetarium Negara?
A Ya, terdapat banyak pameran berkaitan angkasa lepas di sana.
B Tidak, saya belum pernah menjejakkan kaki ke Planetarium Negara.
C Saya dapat mengetahui tentang sejarah dan perkembangan sains angkasa di
Planetarium Negara.
D Rumah sepupu saya terletak tidak jauh daripada Planetarium Negara.
22 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk menjaga kesihatan tubuh
badan.
A Siapakah yang perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang?
B Apakah maksud amalan pemakanan yang seimbang?
C Mengapakah kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang?
D Bagaimanakah cara untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang?
Soalan 23 24
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
23 Pandanglah ke kiri dan ke kanan sebelum kamu melintas jalan, kata Cikgu Aznirawati
kepada kami.
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
8. SULIT 0118
A Cikgu Aznirawati menasihati kami agar melihat ke kiri dan kanan dahulu sebelum
melintas jalan.
B Cikgu Aznirawati mengatakan bahawa kami perlu memandang ke kiri dan kanan
sebelum melintas jalan.
C Cikgu Aznirawati menyuruh kami memandang ke kiri dan kanan semasa melintas
jalan.
D Cikgu Aznirawati memberitahu kami supaya berhati-hati semasa melintas jalan.
24 Iqmal memberitahu adiknya bahawa dia akan pulang lewat pada petang ini kerana
menghadiri kelas tambahan.
A Abang akan pulang pada petang ini kerana menghadiri kelas tambahan, kata Iqmal.
B Abang akan pulang lewat pada petang ini kerana menghadiri kelas tambahan, kata
Iqmal.
C Abang ada kelas tambahan pada petang ini, kata Iqmal.
D Saya akan pulang lewat pada petang ini kerana menghadiri kelas tambahan, kata
adiknya.
Soalan 25 28
Pilih ayat yang betul.
25 A Aduh, sungguh sedih hatiku melihat keluarga yang miskin itu, kata Sarah.
B Minta tolong tuan-tuan dan puan-puan bersabar sebentar.
C Yang datang ke rumah kita semalam siapa?
D Dia tidak hendak belajar, tetapi asyik hendak bermain sahaja.
26 A Hadiah ini ialah untuk para pemenang Minggu Bahasa.
B Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat.
C Pemandangan sewaktu matahari terbenam nian indah.
D Sudah satu jam suku kami menunggu jurulatih baru itu di padang.
27 I Isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat esok.
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
9. SULIT 0119
II Kebanyakan ubat tradisional diperbuat daripada akar kayu.
III Mereka sedang berbincang demi program perkhemahan di Sungai Congkak.
IV Di antara faktor yang menyumbang kepada gejala vandalisme ialah pengaruh media
massa.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
28 I Kesemua hutang itu akan ku jelaskan nanti.
II Sekumpulan kanak-kanak itu kena kejar oleh anjing.
III Pak Mat memperbesar dapur rumahnya yang kecil.
IV Sultan Melaka mengurniakan Hang Tuah pingat kebesaran.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Soalan 29 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
29 Izzah seorang yang _______________ kerana dia akan merajuk setiap kali ditegur oleh
ibu bapanya.
A telinga kuali
B telinga lintah
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
10. SULIT 01110
C telinga nipis
D telinga capang
30 Mak Andeh menganyam tikar yang diperbuat daripada daun mengkuang dengan tekun
seperti _______________.
A bertih direndang
B halilintar membelah bumi
C gunting makan di hujung
D anai-anai makan kayu
Soalan 31 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pendeta Zaba atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad merupakan seorang tokoh
bahasa dan cendekiawan Melayu. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung
Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Beliau bersekolah pada usia 12 tahun di Sekolah
Melayu Batu Kikir dan kemudiannya bertukar ke Sekolah Melayu Linggi. Beliau merupakan
pelajar Melayu pertama dari Negeri Sembilan yang menamatkan Senior Cambridge dalam
tempoh enam tahun.
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
11. SULIT 01111
Perjuangan tokoh ini lebih menjurus kepada bidang penulisan. Artikel pertama beliau
iaitu Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling telah dua kali diterbitkan oleh Utusan
Melayu. Kelebihan Zaba yang amat dikagumi ialah beliau berupaya menghasilkan karya
yang menggabungkan pelbagai aspek seperti bahasa, sastera, agama, pendidikan, ekonomi
dan politik. Malah, beliau turut menggunakan mata pena untuk menentang penjajahan British
dan mengetengahkan masalah kemunduran masyarakat Melayu.
Selain itu, Zaba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu. Ketika berkhidmat di
Kolej Latihan Sultan Idris, beliau telah menggabungkan tatabahasa Arab dan Inggeris ke
dalam Bahasa Melayu. Beliau turut menggunakan aturan tersebut dalam menghasilkan buku
teks sekolah dan bahan bacaan umum.
Di samping itu, Zaba aktif dalam aktiviti sosial. Beliau pernah menjadi Penasihat
Umum Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (1937), Yang Dipertua Persatuan Melayu
Selangor (1945) dan ahli jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO (1946). Malah,
Zaba juga pernah menjawat jawatan pensyarah Bahasa Melayu di University of London
(1947) dan pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya, Singapura
(1953).
Sumbangan Zaba dalam bidang penulisan dan Bahasa Melayu sememangnya amat
besar. Beliau telah dianugerahkan gelaran pendeta pada tahun 1956 dalam Kongres Penulisan
dan Bahasa Melayu Ketiga di Johor Bahru. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada
23 Oktober 1973.
31 Nama penuh Zaba ialah
A Pendeta Zaba
B Pendeta Zainal Abidin bin Ahmad
C Zaba bin Ahmad
D Zainal Abidin bin Ahmad
32 Zaba amat dikagumi kerana
A kelebihan beliau menghasilkan karya yang menggabungkan pelbagai aspek seperti
bahasa, sastera, agama, pendidikan, ekonomi dan politik.
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
12. SULIT 01112
B menghasilkan banyak karya seperti rencana, buku tatabahasa, buku teks sekolah dan
bahan bacaan umum.
C memberikan sumbangan besar dalam bidang Bahasa Melayu dan penulisan.
D menerima gelaran pendeta.
33 Mengapakah Zaba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu?
A Merupakan tokoh bahasa dan cendekiawan Melayu
B Pernah menerbitkan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum
C Menggabungkan tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu
D Menerbitkan banyak buku Bahasa Melayu
34 Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai Zaba.
A Buku pertamanya ialah Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling
B Mula bersekolah pada usia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir
C Menerima gelaran pendeta dalam Kongres Penulisan dan Bahasa Melayu Ketiga di
Johor Bahru pada tahun 1956
D Meninggal dunia ketika berusia 78 tahun pada 23 Oktober 1973
35 Rangkai kata mengetengahkan isu kemunduran masyarakat dalam petikan bermaksud
A mengemukakan masalah kemiskinan masyarakat.
B mendedahkan hal penderitaan masyarakat.
C mengutarakan situasi masyarakat yang ketinggalan dalam segenap aspek.
D memaparkan keadaan perpecahan masyarakat.
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
13. SULIT 01113
Soalan 36 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita sering terdengar tentang kejadian gempa bumi.
Walaupun Malaysia terletak di luar zon Lingkaran Api Pasifik, namun kedudukannya yang
berjiran dengan negara-negara seperti Indonesia dan Filipina menyebabkan kita tidak
terkecuali daripada merasai gegaran tersebut. Malah, berdasarkan kajian, Malaysia berpotensi
mengalami gempa bumi tahap sederhana pada masa hadapan.
Gempa bumi ialah fenomena pergerakan permukaan bumi secara tiba-tiba, yang
terhasil daripada pelepasan tenaga dari dalam kerak bumi. Apabila kerak bumi bergeser
antara satu sama lain, tekanan akan terhasil pada batuan dalam kerak bumi tersebut.
Akibatnya, batuan ini akan merekah dan tenaga yang terhasil daripada geseran tersebut akan
meletus. Letusan itulah menyebabkan berlakunya gempa bumi.
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
14. SULIT 01114
Kekuatan gempa diukur dengan menggunakan alat yang dinamakan seismograf. Ia
boleh digredkan kepada nombor satu hingga sepuluh berdasarkan skala Richter. Skala tujuh
hingga sepuluh menujukkan gempa bumi yang paling kuat.
Gempa bumi ini sememangnya suatu fenomena yang menggerunkan. Ia boleh
menyebabkan tanah runtuh, kerosakan serta kehilangan nyawa. Jika terjadi di dasar laut, ia
boleh menghasilkan siri ombak besar pemusnah yang dikenali sebagai tsunami. Terbaru,
kejadian gempa bumi di Jepun pada 11 Mac 2011 yang berskala 8.9 Richter, telah
menghasilkan tsunami yang mengakibatkan seramai 15,845 orang maut, 3,339 hilang dan
lebih 125,000 bangunan rosak atau binasa serta kemalangan nuklear iaitu peleburan pada
tahap tujuh.
Gempa bumi sebenarnya berlaku pada setiap hari. Namun begitu, kebanyakannya
bersifat kecil dan kita tidak merasainya. Walau bagaimanapun, kita perlu sentiasa bersedia
dan tidak panik apabila gempa berlaku. Sekiranya berada dalam bangunan, jangan tergesa-
gesa keluar. Sebaliknya, kita perlu duduk dan mendapatkan perlindungan di bawah meja atau
bangku sehingga gegaran berhenti. Jauhkan diri daripada tingkap, almari dan benda berat
yang tergantung serta elakkan menggunakan lif. Jika berada di luar bangunan, pergilah ke
kawasan yang lapang.
36 Mengapakah gempa bumi dianggap sebagai fenomena yang menakutkan?
A Ia berlaku pada setiap hari
B Menghasilkan siri ombak besar pemusnah yang dikenali sebagai tsunami
C Menyebabkan berlakunya tanah runtuh, kerosakan serta kehilangan nyawa
D Menyebabkan kemalangan nuklear
37 Kejadian tsunami di Jepun berlaku kerana
A terletak di dalam zon Lingkaran Api Pasifik.
B mengalami gempa bumi sekuat 8.9 skala Richter.
C mengalami gempa bumi di dasar laut.
D pergerakan permukaan bumi.
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT
15. SULIT 01115
38 Antara langkah keselamatan yang perlu kita lakukan semasa gempa bumi berlaku ialah
A keluar segera dari rumah atau bangunan.
B menghubungi pihak berkuasa seperti polis dan bomba.
C pergi ke kawasan yang lebih tinggi.
D duduk dan berlindung di bawah meja dan bangku.
39 Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.
A Malaysia turut mengalami gegaran kerana terletak dalam zon Lingkaran Api Pasifik.
B Gempa bumi berlaku hasil letusan tenaga akibat pergeseran antara kerak bumi.
C Berdasarkan skala Richter, gempa bumi di Jepun digredkan dalam skala yang kuat.
D Semua kejadian gempa bumi boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan
kehilangan nyawa.
40 Rangkai kata bersedia dan tidak panik dalam petikan bermaksud
A berwaspada dan bertenang.
B berjaga-jaga dan reda.
C bersiap dan tidak cemas.
D peka dan tidak risau.
KERTAS SOALAN TAMAT
[Lihat halaman sebelah
011 SULIT