PENGHASILAN DAN PENILAIAN VIDEO DOKUMENTARI PENDIDIKAN DALAM BENTUK CD-ROM BA...Muhammad Nazri Abdul Halim
Ìý
This research was carried out to build and evaluates the production of the educational documentary videos in the form of CD-ROM for the 'Consumer Behavior' subject in the title of Consumerism. CD-ROM was built in conjunction
with the content of the subject in Polytechnic, with the educational documentary video characteristics necessary and user friendly. This research involved 36 students
of the final semester of Diploma in Marketing at Port Dickson Polytechnic (PPD) as research samples.
Manual Kajian Tindakan dihasilkan dan dimantapkan bersesuaian dengan keperluan semasa dan akan datang. Ia merupakan garis panduan bagi melaksanakan kajian berdasarkan proses yang betul, tepat dan sistematik supaya dapatan yang bermakna dapat dihasilkan serta mampu menyumbang kepada penambahbaikan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran pentadbiran dan pengurusan pendidikan. Manual ini diharapkan dapat membangkitkan minat guru-guru khususnya untuk menjalankan kajian di sekolah, di samping menambahkan pengetahuan dan kefahaman guru tentang tata cara melaksanakan Kajian Tindakan. Moga penyediaan Manual ini, akan dapat mendekatkan diri pembaca dan para pendidik khususnya dengan dunia Kajian Tindakan.
1. i » . v . i - i *>;».? I S k ki < f > i " ; & • & £ I T C f t *
r r.iTOw&aAft rU fchAw' • • i ' s : ' " : 1 i H ;-> ».•' :- > i i t •• . ; £ • j: -f^-.'i r A A; i" i C- >• ifcf v4
y. V1
:• :<
iXl-fu AKSi i'H.
• f i f.r. r*
S i>
i •»*> PEMBRAA N iri v' m&i:•;''•£ i f+i;
i ' i i i v t t V s W f «* ; t-'.Vj'iv.1
;": r h.
; ft * t-'v;v
'.J i
• ><v tVi. W W.'
I ' J T
!•• I ; ?
• V k." 1 «-urn
Vi'tet V » '»fc . a
; s f .
i i t U J S l
2. P E R P U S T A K A A N K i l l TTHO
3 OOOO 00085501 9
3. KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS^
JUDUL: PENGURUSAN MASA PELAJAR KEJURUTERAAN PENDIDIKAN
JARAK JAUH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA fUSM): KE
ARAH PEMBINAAN JADUAL PENGURUSAN MASA PELAJAR
KEJURUTERAAN SECARA JARAK JAUH
Saya
SESI PENGAJIAN : 2003/2004
AZNIRA BINTIZAINAL
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:-
1. Tesis adalah hakmilik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.
2. Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan (v)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan
dijalankan)
TIDAK TERHAD
I isahkan oleh
(TANDATANGAN PELAJAR)
AlamatTetap:
190, Lorong Angsana 1.
Taman Angsana.
09000 Kulim.
Kedah.
Tarikh: afc/c^/of-
(TANDkTAJMyAN PENYELIA)
ENCIK BADARUDDIN BIN IBRAHIM
Nama Penyelia
Tarikh: % ^ f
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
• Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Saijana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian sccara keija kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
4. " Saya akui hahawa saya telah membaca karva ini dan pada pandangan
saya kaiya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Saijana Pendidikan Teknik dan Yokasional
Tandatangan :
Nama Penyelia : Encik Bbdaruddin bin Ibrahim
Tarikh :
5. 11
PENGURUSAN MASA PELAJAR KEJURUTERAAN PENDIDIDIKAN JARAK
JAUH(PJJ) DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM): KE ARAH
PEMBINAAN JADUAL PENGURUSAN MASA PELAJAR KEJURUTERAAN
SECARA JARAK JAUH
AZNIRA BINTI ZAINAL
Projek Saijana ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
MAC 2004
6. Ill
" Saya akui karya ini adalah hasil keija saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya."
Tandatangan
Penulis
Tarikh
J^ti.
Aznira Bt. Zainal
U j b ^ l o f j -
7. "Kjias untu^ayafianda tersayang:
ZainaCBin 1)din
JHru>aH Bonda tcrcinta:
JlCCaCtyarCiamafi (RamizaCi Bt. 'FatCwdin
%pCuargayang di^asihi:
Jlzriman Bin ZainaC
Jlizam Bin ZainaC
JlrCiza BintiZainaC
JZidiSyafirccn Bin ZainaC
Jlnis 6intiZainaC
Jlini BintiZainaC
JltifaCi BintiZainaC
Ijcapanjutaan terima kasiCi kerana sentiasa memBerisokongan dan dorongan
kepadakti serta sentiasa mendoakan Hejayaan^u selama ini tanpajemu.
Semoga kjtasemua memperoCefii
lieBafiagian didunia
dan afifiirat.
•WMSALAM
8. V
PENGHARGAAN
" Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnianya dapatlah saya menyiapkan projek saijana ini mengikut perancangan yang
telah ditetapkan.
Sekalung penghargaan ikhlas ditujukan khas buat Encik Badaruddin bin
Ibrahim, selaku penyelia projek saijana di atas segala sumbangan idea, bimbingan,
nasiliat dan tunjuk ajar beliau yang amat berguna sepanjang penulisan projek ini serta
segala pengalaman bersama menyiapkan projek ini akan sentiasa terpahat kukuh di
sanubari.
Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada kesemua pelajar program
Pendidikan Jarak Jauh aliran kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) dan
kakitangan Universiti Sains Malaysia(USM) di atas keijasama yang diberikan.
Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada rakan-rakan sepeijuangan yang
turut membantu menyiapkan projek saijana ini. Adalah diharapkan kajian ini dapat
memberi manfaat dan memuaskan hati semua pihak yang terlibat.
9. VI
ABSTRAK
Pengurusan masa yang berkesan amat penting dalam kehidupan seseorang
pelajar. Apatah lagi, jika ia melibatkan pelajar pendidikan jarak jauh yang mempunyai
lebih dari satu komitmen dalam satu masa. Ekoran dari permasalahan ini, kajian ini
dibuat bertujuan untuk melihat sejauhmana keperluan penggunaan jadual pengurusan
masa di kalangan pelajar yang mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) aliran
kejuruteraan di Universiti Sains Malaysia. Kajian ini juga melihat item-item yang
diperlukan dalam menghasilkan jadual pengurusan masa di kalangan pelajar
kejuruteraan secara jarak jauh dan melihat bagaimanakah jadual pengurusan masa
tersebut mampu membantu pelajar kejuruteraan secara jarak jauh mengatur aktiviti
mereka. Terdapat 35 set soal selidik telah diedarkan kepada responden bagi memenuhi
kajian ini. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif untuk
mendapatkan data. Berdasarkan dapatan kajian, didapati bahawa pelajar program
Pendidikan Jarak Jauh aliran kejuruteraan di Universiti Sains Malaysia (USM)
memerlukan jadual pengurusan masa dalam mengatur aktiviti mereka. Antara item yang
perlu ada dalam jadual pengurusan masa tersebut ialah ibadat, mengulangkaji, keija,
peijalanan berulang alik ke tempat keija, belajar secara Pendidikan jarak Jauh (PJJ),
riadah dan sukan, peijalanan berulang alik ke tempat belajar, masa untuk keluarga dan
rakan, belajar secara berkumpulan dan belajar secara bersendirian. Dengan adanya
jadual pengurusan masa ia akan mampu membantu pelajar kejuruteraan secara jarak
jauh mengatur aktiviti mereka. Jadual perancangan keija, jadual masa harian, jadual
perancangan harian dan jadual perancangan mingguan merupakan pendekatan yang
dicadangkan dan boleh dipraktikkan agar masa dapat diatur dengan lebih sistematik.
10. vii
ABSTRACT
The effective time management is important in student's life especially to
distance learning students who have more than one commitment at the same time. Due
to this matter, the purpose of this research is to see how far the need of the time
management table among the engineering distance learning students at Universiti Sains
Malaysia (USM). This research also focusing on the items that need to produce the
effective time management table among this students and how can this timetable helps
them to arrange their activities. There are 35 sets of questionnaire distributed to the
respondent in this research. A quantitative method was used in this research to gain the
data. Based on the research result, the engineering students for distance learning
program in USM need a time management table to arrange their activities. Among the
items needed in the time management table are prayers, revision, work, traveling to
workplace, distance learning studying, sports and recreation, traveling to study place,
time for family and friends, group discussion and individual learning. With the time
management table, it will help the distance learning engineering students to arrange
their activities. Work management table, daily timetable, daily management table and
work management table are the suggested method that can be practiced so that time can
be arranged more systematically.
11. Vlll
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMP IRAN xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pemyataan Masalah 4
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Objektif Kajian 6
1.6 Kerangka Teori 7
1.7 Kepentingan Kajian 8
12. vii
1.8 Skop Kajian 8
1.9 Batasan Kajian 9
1.10 Definisi Istilah dan Pengoperasian 10
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Universiti Terbuka dan Pembelajaran Terbuka 14
2.3 Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) 15
2.4 Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di Malaysia 19
2.5 Teori Pendidikan Jarak Jauh 20
2.5.1 Teori Pembelajaran Bebas 21
2.5.2 Teori Autonomi dan Jarak Berurus 24
2.5.3 Teori Interaksi dan Komunikasi 27
2.6 Perkembangan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di Universiti
Sains Malaysia (USM) 28
2.7 Pendidikan Jarak Jauh Kejuruteraan di Universiti
Sains Malaysia (USM) 29
2.8 Sokongan Diri Terhadap Pembelajaran Pendidikan
Jarak Jauh (PJJ) 30
2.9 Keraguan Sistem Pendidikan Jarak Jauh 33
2.10 Pengurusan Masa 34
2.11 Jadual Pengurusan Masa 36
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 41
3.2 Rekabentuk kajian 41
3.3 Tempat Kajian 42
3.4 Populasi 42
13. 3.5 Sampel Kajian 43
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 43
3.6.1 Data Primer 43
3.6.2 Data Sekunder 44
3.7 Instrumen Kajian 44
3.8 Kaedah Analisis Data 45
3.8.1 Pembolehubah Bersandar 47
3.8.2 Pembolehubah Tak Bersandar 47
3.9 Andaian Kajian 47
3.10 Kajian Rintis 48
3.11 Tatacara Kajian 49
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 50
4.2 Analisis Bahagian A- Keperluan Jadual Pengurusan
Masa 50
4.3 Analisis Bahagian B- Item Yang Perlu Ada Dalam
Membentuk Jadual Pengurusan Masa 66
4.4 Analisis Bahagian C- Kepentingan Jadual
Pengurusan Masa 67
BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 75
5.2 Perbincangan 76
5.2.1 Keperluan Penggunaan Jadual Pengurusan
Masa di Kalangan Pelajar Program Pendidikan
Jarak Jauh Aliran Kejuruteraan di Universiti
Sains Malaysia (USM) 76
14. XI
5.2.2 Mengenalpasti Item-item Yang Perlu Ada
Dalam Membentuk Jadual Pengurusan Masa
Bagi Pelajar Kejuruteraan Secara Jarak Jauh 7S
5.2.3 Kemampuan Jadual Pengurusan Masa
Membantu Pelajar Pendidikan Jarak Jauh
Mengatur Aktiviti Mereka 80
5.3 Cadangan 81
5.3.1 Cadangan Kepada Pelajar Kejuruteraan
Pendidikan Jarak Jauh 81
5.3.2 Cadangan Kepada Institusi 87
5.3.3 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 87
5.4 Penutup 88
BIBLIOGRAFI 89
LAMPIRAN
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
93
99
15. xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Contoh Jadual Masa Harian Seorang Peketja 39
2.2 Contoh Jadual Masa Harian Seorang Pelajar 40
3.1 Skala Likert Empat Mata 45
3.2 Ukuran Tafsiran Min Bahagian A dan B 46
3.3 Ukuran Tafsiran Min Bahagian C 46
4.1 Tempat Belajar Terbaik 51
4.2 Waktu Belajar Terbaik 51
4.3 Peruntukan Masa Untuk Berehat Ketika Belajar 52
4.4 Keperluan Membahagikan Masa Mengikut Perkiraan
Jam Kredit 53
4.5 Keperluan Membahagikan Masa Yang Sama Rata
Bagi Semua Subjek 53
4.6 Keperluan Memperuntukkan Masa Untuk Riadah 54
4.7 Keperluan Jadual Pengurusan Masa 55
4.8 Keperluan Menyediakan Masa Yang Cukup Untuk
Mengulangkaji Pelajaran 55
4.9 Keperluan Merancang Masa Yang Terluang 56
4.10 Keperluan Membahagikan Masa Yang Sesuai
Bagi Setiap Subjek Yang Dipelajari 57
4.11 Keperluan Menyediakan Masa Mengulangkaji
Yang Lebih Bagi Subjek Yang Sukar Difahami 58
16. xiii
4.12 Keperluan Membuat Perancangan Masa Bagi
Melaksanakan Aktiviti Hujung Minggu 59
4.13 Keperluan Menyenaraikan Matlamat Pada Setiap
Semester 60
4.14 Keperluan Menetapkan Sendiri Tarikh Akhir Tugasan 60
4.15 Keperluan Melaksanakan Tugasan Mengikut Keutamaan 61
4.17 Keperluan Menyediakan Ruang Masa Untuk
Merehatkan Fikiran 63
4.18 Keperluan Pihak Universiti Menyediakan Satu
Jadual Pengurusan Masa 63
4.19 Analisis Keseluruhan Keperluan Jadual Pengurusan
Masa 64
4.20 Analisis Deskriptif Item Yang Perlu Ada Dalam
Membentuk Jadual Pengurusan Masa 66
4.21 Mengatasi Sikap Suka Menangguhkan Keija 67
4.22 Membantu Meningkatkan Tahap Prestasi Akademik 68
4.23 Membantu Mengatakan TIDAK 69
4.24 Membantu Memastikan Masa Ulangkaji Sentiasa
Kemas dan Teratur 70
4.25 Membantu Mengawal Masa Dengan Baik 70
4.26 Membantu Merancang Aktiviti Sepanjang Minggu 71
4.27 Membantu Menyeimbangkan Aktiviti Akademik
Dan Sosial 72
4.28 Membantu Menyiapkan Tugasan Oleh Pensyarah 72
4.29 Analisis Keseluruhan Kepentingan Jadual
Pengurusan Masa 73
5.1 Item Yang Sangat Perlu Ada Dalam Jadual Pengurusan
Masa Pelajar Kejuruteraan Secara Jarak Jauh 79
5.2 Item Yang Perlu Ada Dalam Jadual Pengurusan
Masa Pelajar Kejuruteraan Secara Jarak Jauh 79
5.3 Contoh Jadual Keutamaan Keija 82
5.4 Contoh Jadual Masa Harian 84
5.5 Contoh Jadual Perancangan Harian 86
5.6 Contoh Jadual Perancangan Mingguan 86
17. SENARAIRAJAH
NO. RAJAH TAJUI< MUKA SURAT
2.1 Situasi Pengajaran dan Pembelajaran Bilik Daijah 22
2.2 Situasi Pengajaran Pembelajaran Bebas 23
18. X V
SENARAI S1NGKATAN
IPT - Institut Pengajian Tinggi
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awarn
PJJ - Pendidikan Jarak Jauh
SPSS - Statistical Package For Social Science
USM - Universiti Sains Malaysia
20. BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan jarak jauh ialah kaedah pembelajaran atau penyampaian maklumat
secara jarak jauh yang telah lama wujud di dunia ini. Jika kita melihat dari segi sejarah
permulaan perkembangan agama Islam di dunia ini, kaedah atau penyampaian
maklumat dan ilmu pengetahuan yang ingin disampaikan secara jarak jauh kepada
seseorang atau kumpulan yang beijauhan telah digunakan secara meluas pada masa itu.
Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan berita tentang kebenaran dan kejituan Islam
kepada Maharaja Habshi di Benua Afrika yang ketika itu menganut agama Kristian
menerusi perutusan salah seorang dari panglima baginda. Hal ini telah dapat
menyedarkan Maharaja Habshi tentang kewujudan agama daripada Allah S.W.T yang
diturunkan kepada Rasul pilihan-Nya. Kaedah ini turut digunakan oleh para khalifah
Islam untuk menyampaikan sebarang maklumat kepada para panglima di medan
pertempuran ataupun kepada mereka yang berada di negeri yang beijauhan. Mereka
sentiasa berhubungan secara jarak jauh iaitu menerusi surat dan juga kenderaan iaitu
kuda. Ini telah memberi kenyataan bahawa penyampaian maklumat atau penyampaian
ilmu pengetahuan secara jarak jauh ternyata berkesan.
21. 9
Kaedah penyampaian maklumat secara jarak jauh telah memainkan peranan
penting dalam kehidupan dan perkembangan tamadun manusia. Di negara ini sendiri,
bidang pendidikan merupakan bidang terpenting dan paling diberikan tumpuan oleh
kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri
Malaysia iaitu Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad. Bagi melahirkan lebih ramai rakyat
yang berilmu pengetahuan tinggi, negara telah menubuhkan pelbagai program
pendidikan agar semua rakyat di negara ini dapat terus menuntut ilmu walaupun telah
bekerja dan sebagainya. Salah satu daripadanya ialah program Pendidikan Jarak Jauh
(PJJ).
1.2 Latar Belakang Masalah
Ramai penyelidik dalam program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) telah mengkaji
dan mencuba pelbagai gaya dan strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
untuk meluaskan lagi peluang pendidikan yang tidak boleh ditangani oleh sistem
pembelajaran tradisional iaitu kaedah bersemuka dengan guru. Antaranya ialah
pembelajaran gaya pos, pembelajaran luar kampus, pembelajaran bebas, pengajian luar,
pembelajaran terbuka dan pembelajaran jarak jauh. Setiap organisasi mempunyai cara
pendekatan yang tersendiri untuk melancar dan melaksanakan PJJ. Sistem pengurusan
bagi program tersebut juga akan berubah mengikut masa dan perkembangan
pendidikan. Sebagai contoh, di Universiti Sains Malaysia (USM), ia bermula pada
tahun 1971 dengan nama 'Pengajian Luar Kampus' yang kemudiannya bertukar kepada
'Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)'.
Pengajian luar kampus ialah satu bentuk pengajian tinggi yang tidak
memerlukan pelajar hadir di universiti di mana bahan kursus akan dipos dan pelajar
22. 3
hanya akan menduduki peperiksaan di pusat-pusat wilayah yang telah ditetapkan. PJJ
pula ialah satu cara pengajaran dan pembelajaran yang hampir keseluruhannya dibuat di
luar kampus, tidak bersemuka dengan guru, menggunakan media cetak kendiri dan
media telekomunikasi seperti telesidang audio-grafik dan telesidang video. PJJ di USM
tersebut telah dikenali sebagai pendidikan gaya pos, iaitu sebahagian besar proses
pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara kendiri menggunakan bahan cetak dan
disokong oleh media telekomunikasi. Ini bertujuan untuk meningkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Di Universiti Sains Malaysia, Pusat Pendidikan Jarak Jauh menghantar modul
belajar cetak, slaid, pita rakaman audio dan pita rakaman video (untuk kursus tertentu
sahaja) kepada pelajar yang mengikuti program PJJ. Tugasan diberi kepada pelajar dan
dikembalikan kepada pensyarah untuk diperiksa. Gred dan maklum balas tentang
tugasan akan disampaikan bersama-sama dengan tugasan. Bagi sesi interaksi di antara
pensyarah dan pelajar, telesidang audio-grafik atau telesidang video bagi tiap-tiap pusat
wilayah dijadualkan. Seorang tutor residen dan seorang pembantu pengajar sambilan
ditempatkan untuk membantu pengajaran audiografik dan telesidang video. Kursus
intensif selama tiga minggu dalam satu tahun akademik diwajibkan bagi setiap pelajar
PJJ. Ini memberi peluang kepada pelajar dan pensyarah berinteraksi secara bersemuka.
Oleh itu, menurut Yusop Hashim dan Sharifah Alwiah Alsagoff (1999),
pendekatan sistem PJJ yang diamalkan di Institusi PJJ ialah:
a. Pemisahan guru dengan pelajar
b. Penggunaan media cetak dan bukan cetak secara sistematik.
c. Penggunaan kelas telesidang untuk mewujudkan komunikasi dua hala.
d. Peijumpaan bersemuka secara paling minimum.
23. 4
Sistem pengurusan masa yang efektif dalam diri pelajar dapat menjamin dan
memastikan segala kaedah yang dijalankan tersebut beijalan lancar dan berkesan. Bagi
pelajar-pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), mereka terpaksa mengatur aktiviti dengan
bijak memandangkan mereka terikat dengan pelbagai tanggungjawab seperti
tanggungjawab terhadap keija, tanggungjawab terhadap keluarga dan juga
tanggungjawab sebagai seorang pelajar itu sendiri. Salah satu cara untuk mengatasi
masalah tersebut ialah dengan penggunaan jadual pengurusan masa. Oleh itu, kajian ini
akan memfokuskan kepada keperluan jadual pengurusan masa bagi pelajar yang
mengikuti program pendidikan jarak jauh dalam bidang kejuruteraan di Universiti Sains
Malaysia (USM) dan kemudiannya menggunakan hasil dapatan yang diperolehi ke arah
cadangan untuk membina jadual pengurusan masa bagi pelajar kejuruteraan secara jarak
jauh sebagai panduan kepada mereka dalam melaksanakan aktiviti akademik dan bukan
akademik.
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam sistem Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), kaedah pengajaran dan
pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan program PJJ
tersebut. Antara perkara yang mempengaruhi keberkesanan kaedah pengajaran dan
pembelajaran tersebut ialah sistem pengurusan masa para pelajar yang mengikuti
program PJJ di negara ini. Kebanyakan pelajar yang mengikuti program PJJ di negara
ini telah bekeija dan mempunyai masa yang terhad dalam menjalankan aktiviti-aktiviti
mereka. Para pelajar PJJ perlu bijak menguruskan masa bagi memastikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran mereka tidak terganggu. Mereka juga perlu memastikan
tugas harian mereka seperti bekeija, beriadah dan masa bersama keluarga dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pelajar
yang mengikuti program PJJ perlu bijak membahagikan masa dengan berkesan. Namun
24. >
dilaksanakan dengan sempurna. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pelajar
yang mengikuti program PJJ perlu bijak membahagikan masa dengan berkesan. Namun
begitu, tiada manual jadual pengurusan masa dibina untuk pelajar Pendidikan Jarak
Jauh terutamanya bagi pelajar kejuruteraan untuk dijadikan sebagai panduan dalam
mengatur aktiviti mereka.
Kajian ini akan memfokuskan kepada pengurusan masa bagi pelajar yang
mengikuti program pendidikan jarak jauh dalam bidang kejuruteraan di Universiti Sains
Malaysia (USM). Hasil dapatan yang diperolehi boleh digunakan ke arah pembinaan
jadual pengurusan masa bagi pelajar kejuruteraan secara jarak jauh. Pengurusan masa
bagi pelajar kejuruteraan secara jarak jauh bukan sahaja diperlukan kerana para pelajar
mempunyai masa yang terhad untuk mentelaah pelajaran dan melaksanakan aktiviti
harian mereka tetapi juga ia perlu bagi meningkatkan prestasi akademik para pelajaran.
1.4 Persoalan Kajian
a. Sejauh manakah pelajar-pelajar yang mengikuti program Pendidikan
Jarak Jauh (PJJ) aliran kejuruteraan di Universiti Sains Malaysia (USM)
memerlukan jadual pengurusan masa?
b. Apakah item-item yang diperlukan untuk membentuk jadual pengurusan
masa bagi pelajar-pelajar kejuruteraan secara jarak jauh?
c. Bagaimanakah jadual pengurusan masa mampu membantu pelajar
Pendidikan Jarak Jauh aliran kejuruteraan Universiti Sains Malaysia
mengatur aktiviti mereka?