際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
TOPIK 6
KERAHSIAAN: ETIKA DAN
ISU DALAM UNDANG-
UNDANG
Pengenalan
 Kaunselor sedar bahawa kepercayaan adalah
tunjang kepada perhubungan menolong.
 Justeru, kaunselor hendaklah berusaha untuk
mendapatkan kepercayaan klien melalui jalinan
perkongsian yang berterusan, dengan mewujud
dan mempertahankan sempadan yang sesuai,
serta mengekalkan kerahsiaan klien.
 Kaunselor perlu menjelaskan parameter
kerahsiaan dengan cara yang cekap dan
beradab, mengikut budaya klien.
KERAHSIAAN:
 Kerahsiaan adalah satu konsep etika yang mempunyai
kesan undang-undang
 Takrifan kerahsiaan: menyimpan rahsia atau mengelakkan
pendedahan maklumat sulit
 Para Kaunselor @ ahli psikoterapi adalah dilarang
mendedahkan komunikasi sulit klien kepada mana-mana
pihak ketiga kecuali dimandat atau dibenarkan oleh
undang-undang berbuat demikian
Kerahsiaan
 Kerahsiaan dari sudut profesional kesihatan mental adalah
tanggungjawab profesional melindungi klien daripada segala
maklumat yang dibincangkan dalam sesi diketahui daripada mereka
yang tidak berkenaan kecuali atas sebab perundangan dan kehendak
klien sendiri.
 Terbatas dengan limitasi tertentu asalkan perkara tersebut tidak
membahayakan diri klien atau diri orang lain.
ETIKA KERAHSIAAN
 Soal kerahsian menjadi perkara dasar dalam hubungan
terapeutik .
 Setakat mana ia perlu dipertahankan sekiranya ia
menjejaskan keselamatan klien sendiri atau orang
lain
PENGECUALIAN KERAHSIAAN
1. Dimandatkan oleh undang-undang
2. Pendedahan kerahsiaan atas persetujuan klien
3. Konflik antara kewajipan memberi amaran dan kewajipan untuk
melindungi.
Kewajipan melindungi mangsa melibatkan tiga tanggungjawab
yang khusus iaitu;
1. Mengenalpasti klien yang berkemungkinan melakukan
kecederaan fizikal kepada pihak ketiga
2. Melindungi pihak ketiga daripada klien yang dinilai berbahaya
3. Merawat klien yang berbahaya
KOMUNIKASI PRIVILEJ:
 Satu konsep sah yang biasanya menghalang pendedahan komunikasi sulit
dalam prosiding undang-undang
 Kaunselor atau ahli psikoterapi dikecualikan daripada menjawab soalan
atau membekalkan maklumat klien dalam mahkamah
 Undang-undang ini memastikan bahawa maklumat sulit klien dilindungi
daripada didedahkan oleh Kaunselor dalam prosiding mahkamah
 KP merupakan hak klien dan bertujuan untuk melindungi klien bukannya
untuk melindungi kaunselor atau ahli psikoterapi.
 Kaunselor bertanggungjawab dedahkan maklumat yang hanya
diPERLUkan dan mencukupi sahaja apabila terdapat permintaan klien
untuk pendedahan
PRIVASI:
 Privasi dalam undang-undang; merujuk kepada
hak perkembangan individu untuk menentukan
masa, tempat, cara dan tahap seseorang
berkongsi dengan orang lain.
 Kaunselor harus berwaspada dalam mengendalikan
privasi klien kerana adalah mudah untuk
mengancam privasi klien secara tidak sengaja
 Kaunselor dikehendaki menghormati privasi klien
dan sentiasa berhati-hati semasa membuat
perbincangan yang berkaitan dengan kerja
kaunseling di tempat umum.
 Kaunselor tidak boleh mendedahkan maklumat
klien secara lisan atau bertulis tanpa persetujuan
rasmi daripada mereka.
Privacy
 Individu berhak untuk memilih masa, tempat, bentuk,
dan had-had untuk membuat perkongsian dengan orang
lain (kaunselor)
 Kaunselor perlu memberi perhatian tentang perkara ini
kerana akan mempengaruhi kesediaan klien untuk
membuat pendedahan dalam sesi kaunseling.
Tugas Untuk Memberi
Ingatan dan Melindungi
Kaunselor sebagai profesional
dalam kesihatan mental
mempunyai dua tanggungjawab
 Melindungi keselamatan klien
daripada tindakan mereka sendiri.
 Melindungi orang lain daripada
tindakan klien yang berbahaya
i. Melindungi keselamatan klien
daripada tindakan mereka
sendiri
 Sama ada klien setuju atau tidak, sekiranya kaunselor benar-
benar mengenalpasti klien akan melakukan perkara yang
mengancam keselamatan diri, dia perlu menyampaikan
maklumat itu kepada pihak lain yang lebih
bertanggungjawab.
 Kaunselor perlu memberi perhatian dan menilai tekanan
yang dialami klien, idea, niat dan perancangan untuk
mencederakan diri yang disebutkan oleh klien  terutama kes
krisis
Perlu beri perhatian perkara berikut pada
penerokaan awal
 amaran lisan yang dinyatakan oleh klien tentang cuba
mencederakan diri
 mengenalpasti klien yang mengalami tekanan perasaan dan
mengalami kesukaran tidur
 memberi tumpuan kepada klien yang beputus asa dan tidak
bermaya
 memandu kes-kes kebimbangan (anxiety) dan kegugupan (panic)
 tentukan sama ada klien ada merancang untuk mencederakan diri
 mengenalpasti klien yang terlibat dalam penderaan kes dadah atau
alkohol
 tentukan sama klien pernah menerima rawatan psikiatri daripada
hospital
 tanyakan tentang sumber sokongan sosial yang dimiliki klien
apabila menghadapi tekanan
ii. Melindungi orang lain
daripada tindakan klien yang
berbahaya
Kaunselor bertanggungjawab memberi perhatian terhadap
klien yang berpotensi untuk membahayakan orang lain.
 mengenalpasti klien yang boleh mencederakan orang lain
 melindungi orang lain daripada klien yang berbahaya
 membantu klien tersebut
Kaunselor dianggap gagal
dalam tanggung-jawab sosial
apabila
 gagal mengesan tanda-tanda berbahaya yang ada pada
klien
 gagal memberi ingatan kepada bakal mangsa klien
 gagal untuk mengawal tindakan berbahaya klien
 tidak merujuk klien yang berbahaya ini ke pada pihak lain
(hospital) untuk intervensi selanjutnya
Apabila berhadapan kes
seperti ini dicadangkan agar
kaunselor
 mendapat maklumat awal
 membuat perancangan melalui proses konsultasi
 meningkatkan perancangan di luar jangka
 membuat insuran perlindungan profesional
 melibatkan diri klien
 mendapatkan maklumat lampau lengkap klien
 membuat laporan atau catatan
 melakukan tindakan memberikan ingatan
MELINDUNGI KANAK-KANAK
DARIPADA DICEDERAKAN
 Pada dasarnya sebahagian besar kaunselor sedar
tanggjung jawab mereka untuk melindungi
kanak-kanak daripada penderaan fizikal atau
emosi
 Kaunselor kerap terperangkap dalam dua situasi
 membuat laporan akan mengancam hubungan
teraputik dalam sesi atau boleh didakwa di
mahkamah kerana melindungi seseorang yang
terlibat dalam penderaan kanak-kanak.
Saranan tindakan kaunselor
 Klien perlu dijelaskan tentang isu kerahsiaan
dan limitasinya yang tersendiri
 Kaunselor perlu memahami sosio-budaya klien
 Kaunselor perlu memahami akta dan
perundangan tentang isu penderaan
KERAHSIAAN DALAM ISU
HIV/AIDS DAN ISU BERKAITAN
 kaunselor perlu waspada terhadap
limitasi kerahsiaan  melapor, dan
tugas memberi ingatan & melindungi
pihak ketiga.
KESIMPULAN
 Secara keseluruhannya di samping tugas
terhadap klien, kaunselor juga mempunyai
tugas terhadap professionnya, agensi,
masyarakat, rakan-rakan dan keluarga klien
dan terhadap dirinya sendiri.
 Di samping tanggungjawab memelihara
hubungan teraputik terhadap klien, kaunselor
bertanggung jawab juga untuk melindungi
keselamatan diri klien dan orang lain kesan
daripada perlakuan klien.
 Kerahsiaan prinsip etika yang
sangat penting dalam
kaunseling
 Jika melibatkan isu klien yang
ingin membunuh diri kod
etika pantau/guides kaunselor
untuk respon
SITUASI.
 Anda merupakan kaunselor di universiti, dan ahmad merupakan
salah seorang klien anda, dia berjumpa dengan anda sejak tiga
bulan yang lalu untuk membincangkan masalah perhubungan
dengan kekasihnya dan kekangan kewangan. Pada satu hari,anda
bersama rakan anda sedang bersarapan disebuah caf辿
berdekatan dengan universiti. Tiba-tiba, anda terkejut ketika
pelayan tersebut bersalaman dengan anda rupa-rupanya pelayan
tersebut adalah ahmad. Dia bekerja sambilan di caf辿 itu dan
telah berbual singkat dengan anda sebelum melayani pelanggan
lain tanpa menyebut mengenai kaunseling dan hubungan
profesional dengan anda. Kawan anda pula bertanya siapa ahmad
dan bagaimana anda berkenalan dengannya.
B.1.a. Pertimbangan Multibudaya Dan
Kepelbagaian
 Kaunselor perlu sedar dan peka terhadap
makna kerahsiaan dan privasi mengikut
budaya. Kaunselor hendaklah menghormati
pandangan yang berbeza mengenai
pendedahan maklumat. Kaunselor juga
perlu mengadakan perbincangan terus
menerus dengan klien mengenai
bagaimana, bila, dan dengan siapa
maklumat ini dikongsi.
B.1.b. Menghormati Privasi
 Kaunselor perlu menghormati hak
klien untuk mendapat privasi klien.
Kaunselor mendapatkan maklumat
sulit daripada klien hanya apabila
ianya berfaedah kepada proses
kaunseling.
B.1.c. Menghormati
Kerahsiaan
 Kaunselor tidak boleh berkongsi
maklumat rahsia tanpa persetujuan klien
atau tanpa justifikasi etika atau undang-
undang yang mantap.
B.1.d. Penjelasan Mengenai
Batasan
 Di peringkat awal dan sepanjang proses
kaunseling, kaunselor perlu memberitahu
klien mengenai batasan kerahsiaan dan
mengenal pasti situasi tertentu yang diduga
di mana kerahsiaan mesti didedahkan
B.2. Kekecualian
B.2.a. Bahaya dan keperluan undang-
undang
 Keperluan umum di mana kaunselor perlu
menyimpan maklumat rahsia tidak lagi terpakai,
jika pendedahan diperlukan bagi melindungi klien
atau orang-orang lain yang dikenal pasti daripada
kemudaratan yang serius dan yang boleh
diramalkan, atau apabila undang-undang
menghendaki yang maklumat rahsia mesti
didedahkan. Kaunselor hendaklah berunding
dengan profesional lain apabila mereka berada
dalam keadaan tidak pasti tentang kesahan
sesuatu kekecualian itu. Pertimbangan tambahan
perlu digunakan apabila meneliti isu-isu akhir
hayat.
B.2.b. Penyakit Berjangkit Dan Mengancam
Nyawa
 Apabila klien memberitahu bahawa mereka mengidap
penyakit yang diketahui umum sebagai berjangkit dan
mengancam nyawa, wajar bagi kaunselor
mendedahkan maklumat tersebut kepada pihak
ketiga yang dikenali, sekiranya diketahui secara sah
mereka itu menghadapi risiko yang tinggi dijangkiti
penyakit tersebut. Sebelum membuat sesuatu
pendedahan, kaunselor hendaklah mengesahkan
bahawa ada diagnosis seperti itu dan menilai hasrat
klien untuk memberitahu pihak ketiga mengenai
penyakit mereka, atau melakukan sebarang tingkah
laku yang mungkin memudaratkan pihak ketiga yang
dikenali.
B.2.c. Pendedahan Atas Perintah
Mahkamah
 Apabila mahkamah memerintahkan kaunselor
mendedahkan maklumat rahsia atau privilej
tanpa kebenaran klien, kaunselor hendaklah
mendapatkan persetujuan termaklum secara
bertulis daripada klien, atau mengambil
langkah untuk menghalang pendedahan itu,
atau memastikan yang pendedahan itu
sesedikit yang mungkin, kerana wujudnya
potensi kemudaratan kepada klien atau
perhubungan kaunseling.
B.2.d. Pendedahan Minimum
 Setakat yang boleh, klien hendaklah
dimaklumkan sebelum maklumat rahsia
didedah dan mereka dilibatkan di dalam
proses membuat keputusan mengenai
pendedahan itu. Apabila keadaan
memerlukan pendedahan maklumat rahsia
dibuat, hanya maklumat penting sahaja yang
didedahkan.
B.4 Kelompok Dan Keluarga
B.4.a. Kerja kelompok
 Dalam kerja kelompok, kaunselor
hendaklah menerangkan dengan jelas
peri pentingnya kerahsiaan dan
parameter kerahsiaan kepada kelompok
yang terlibat.
B.4.b. Kaunseling Keluarga Dan
Pasangan
 Di dalam kaunseling keluarga dan pasangan,
kaunselor hendaklah mendefinisikan dengan jelas
siapa yang dianggap klien dan membincangkan
jangkaan dan batasan kerahsiaan. Kaunselor
hendaklah mendapat persetujuan dan
mendokumenkan secara bertulis persetujuan
tersebut di kalangan semua pihak yang terlibat yang
berkeupayaan untuk memberikan persetujuan
mengenai hak setiap individu berhubung dengan
kerahsiaan dan sebarang obligasi untuk memelihara
kerahsiaan maklumat yang diketahui.
B.5. Klien Yang Kurang Upaya
Memberi Persetujuan
Termaklum
B.5.a. Tanggungjawab kepada klien
B.5.b. Tanggungjawab kepada ibu-
bapa dan penjaga yang sah
B.5.c. Pendedahan maklumat
rahsia
B.5.a. Tanggungjawab Kepada
Klien
 Apabila memberi kaunseling kepada
klien di bawah umur atau klien dewasa
yang kurang upaya memberi persetujuan
termaklum secara sukarela, kaunselor
hendaklah melindungi kerahsiaan
maklumat yang diperoleh di dalam
perhubungan menolong menurut undang-
undang, peraturan bertulis dan piawaian
etika yang berkaitan.
B.5.b. Tanggungjawab Kepada
Ibu-bapa Dan Penjaga Yang Sah
 Kaunselor hendaklah memaklumkan kepada ibu-
bapa dan penjaga yang sah tentang peranan
kaunselor dan bentuk kerahsiaan perhubungan
kaunseling. Kaunselor hendaklah peka kepada
kepelbagaian budaya keluarga dan menghormati
hak mutlak dan tanggungjawab ibu-
bapa/penjaga ke atas kebajikan anak-
anak/jagaan mereka mengikut undang-undang.
Kaunselor hendaklah berusaha untuk menjalin
kerjasama yang sesuai dengan ibu-bapa/penjaga
bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada
klien.
B.6. Rekod-rekod
 B.6.a. Kerahsiaan rekod-rekod
 B.6.b. Kebenaran untuk merakam
 B.6.c. Kebenaran untuk memerhati
 B.6.d. Akses klien
 B.6.e. Bantuan mengenai rekod
 B.6.f. Pendedahan atau
pemindahan
B.6.a. Kerahsiaan rekod-
rekod
 Kaunselor hendaklah memastikan yang
rekod-rekod disimpan di lokasi yang
selamat dan memastikan hanya orang-
orang yang diberi kuasa sahaja
mempunyai akses kepada rekod-rekod itu.
B.6.b. Kebenaran untuk
merakam
 Kaunselor hendaklah mendapatkan
kebenaran daripada klien sebelum
membuat rakaman sesi melalui alat
elektronik atau melalui cara-cara lain.
B.6.c. Kebenaran untuk
memerhati
 Kaunselor hendaklah mendapatkan kebenaran dari
klien sebelum membuat pemerhatian ke atas sesi
kaunseling, menyemak transkrip sesi, atau
menonton rakaman sesi bersama penyelia,
pensyarah, rakan sebaya, atau orang lain di tempat
latihan.
B.6.f. Pendedahan atau
pemindahan
 Kaunselor hendaklah mendapat kebenaran
bertulis daripada klien untuk mendedahkan atau
memindahkan rekod kepada pihak ketiga yang
sah melainkan terdapat kekecualian kepada
kerahsiaan. Langkah-langkah hendaklah diambil
bagi memastikan penerima rekod kaunseling peka
kepada sifat kerahsiaan ini.
B.8. Konsultasi
B.8.a. Persetujuan
B.8.b. Menghormati privasi
B.8.c. Pendedahan maklumat
rahsia
B.8.a. Persetujuan
 Apabila berperanan sebagai
konsultan, kaunselor hendaklah
mendapat persetujuan daripada
semua pihak yang terlibat mengenai
hak setiap individu terhadap
kerahsiaan, obligasi setiap individu
untuk menjaga maklumat rahsia, dan
batasan kerahsiaan maklumat yang
dikongsi dengan orang lain.
KOD ETIKA KAUNSELOR
BAHAGIAN H:
PENYELESAIAN ISU-ISU
ETIKA
H.1. PIAWAIAN DAN UNDANG-
UNDANG
H.1.a. Pengetahuan
 Kaunselor hendaklah memahami Kod Etika
Lembaga Kaunselor dan kod etika lain yang
boleh diguna pakai daripada organisasi
profesional yang lain di mana mereka menjadi
ahli.
 Kekurangan pengetahuan atau salah faham
mengenai tanggungjawab etika bukan alasan
pembelaan bagi sesuatu tuduhan tingkah laku
yang tidak beretika.
H.1.b. Konflik antara etika dengan
undang-undang
 Sekiranya berlaku konflik antara tanggungjawab
etika dengan undang-undang, peraturan, atau
pihak berkuasa undang-undang yang lain,
kaunselor hendaklah menjelaskan komitmen
mereka kepada Kod Etika Lembaga Kaunselor dan
mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikan
konflik tersebut.
 Jika konflik masih tidak dapat diselesaikan dengan
cara tersebut, kaunselor boleh mengikuti
ketetapan undang-undang, peraturan, atau pihak
berkuasa undang-undang yang lain.
SEKIAN

More Related Content

What's hot (20)

Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiKepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
ciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselorciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselor
zakwan azhar
kaunseling individu dan kelompok
kaunseling individu dan kelompokkaunseling individu dan kelompok
kaunseling individu dan kelompok
zakwan azhar
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH KELAS DI SEK...
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH 	     KELAS DI SEK...PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH 	     KELAS DI SEK...
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH KELAS DI SEK...
veera vasu
Bimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali
Bimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-GhazaliBimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali
Bimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali
Najwa Norizam
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6   Kemahiran Asas KaunselingBab 6   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
Fathmalyn Abdullah
Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8   Kemahiran Asas KaunselingBab 8   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
Fathmalyn Abdullah
8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme
nurulhusnajaafar
terapi adlerian/ psikologi individu
terapi adlerian/ psikologi individuterapi adlerian/ psikologi individu
terapi adlerian/ psikologi individu
zakwan azhar
PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDUPENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
Salwa Samsudin
ulasan artikel kaunseling silang budaya
ulasan artikel kaunseling silang budayaulasan artikel kaunseling silang budaya
ulasan artikel kaunseling silang budaya
Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
01 pengenalan kaunseling
01 pengenalan kaunseling01 pengenalan kaunseling
01 pengenalan kaunseling
ridzuangrik
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
ROYALBERTM
TEORI REALITI
TEORI REALITITEORI REALITI
TEORI REALITI
Sigmund Fai
Kemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingKemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunseling
Siti Nor
Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasser
adeendra
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiKepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
ciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselorciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselor
zakwan azhar
kaunseling individu dan kelompok
kaunseling individu dan kelompokkaunseling individu dan kelompok
kaunseling individu dan kelompok
zakwan azhar
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH KELAS DI SEK...
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH 	     KELAS DI SEK...PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH 	     KELAS DI SEK...
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH KELAS DI SEK...
veera vasu
Bimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali
Bimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-GhazaliBimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali
Bimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali
Najwa Norizam
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6   Kemahiran Asas KaunselingBab 6   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
Fathmalyn Abdullah
Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8   Kemahiran Asas KaunselingBab 8   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
Fathmalyn Abdullah
8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme
nurulhusnajaafar
terapi adlerian/ psikologi individu
terapi adlerian/ psikologi individuterapi adlerian/ psikologi individu
terapi adlerian/ psikologi individu
zakwan azhar
PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDUPENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
Salwa Samsudin
01 pengenalan kaunseling
01 pengenalan kaunseling01 pengenalan kaunseling
01 pengenalan kaunseling
ridzuangrik
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
ROYALBERTM
Kemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingKemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunseling
Siti Nor
Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasser
adeendra

Similar to Bab 5 KERAHSIAAN Etika Isu Undang (2).pptx (9)

dokumen.tips_etika-kaunseling-562f99558fea7.ppt
dokumen.tips_etika-kaunseling-562f99558fea7.pptdokumen.tips_etika-kaunseling-562f99558fea7.ppt
dokumen.tips_etika-kaunseling-562f99558fea7.ppt
punithapunitha62gmai
Bimbingan dan kaunseling
Bimbingan dan kaunselingBimbingan dan kaunseling
Bimbingan dan kaunseling
RoslizaMusa
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahMaksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Thavasri Chandiran
etika dan prinsip.docx
etika dan prinsip.docxetika dan prinsip.docx
etika dan prinsip.docx
Rohani Kama
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingEtika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Humyra Amer
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
ShaZila Niza
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
Bhgn B.pdf
Bhgn B.pdfBhgn B.pdf
Bhgn B.pdf
DSNanSalim
How you handle wisely
How you handle wiselyHow you handle wisely
How you handle wisely
NUR HIDAYAH
dokumen.tips_etika-kaunseling-562f99558fea7.ppt
dokumen.tips_etika-kaunseling-562f99558fea7.pptdokumen.tips_etika-kaunseling-562f99558fea7.ppt
dokumen.tips_etika-kaunseling-562f99558fea7.ppt
punithapunitha62gmai
Bimbingan dan kaunseling
Bimbingan dan kaunselingBimbingan dan kaunseling
Bimbingan dan kaunseling
RoslizaMusa
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahMaksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Thavasri Chandiran
etika dan prinsip.docx
etika dan prinsip.docxetika dan prinsip.docx
etika dan prinsip.docx
Rohani Kama
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingEtika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Humyra Amer
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
ShaZila Niza
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
How you handle wisely
How you handle wiselyHow you handle wisely
How you handle wisely
NUR HIDAYAH

Recently uploaded (7)

pengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan bulipengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
g95547989
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
ellyaleem
PELAN STRATEGIK OPERASI KELAB RUKUN NEGARA TAHUN 2025.docx
PELAN STRATEGIK OPERASI KELAB RUKUN NEGARA TAHUN 2025.docxPELAN STRATEGIK OPERASI KELAB RUKUN NEGARA TAHUN 2025.docx
PELAN STRATEGIK OPERASI KELAB RUKUN NEGARA TAHUN 2025.docx
mawarni79
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptxSAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
ATHHARDAIAM1
rpt-2025-pendidikan-moral-tingkatan-4-kssm.docx
rpt-2025-pendidikan-moral-tingkatan-4-kssm.docxrpt-2025-pendidikan-moral-tingkatan-4-kssm.docx
rpt-2025-pendidikan-moral-tingkatan-4-kssm.docx
RosilahAli
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUANBUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
GOGASEAPDEVARDASGAND
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA DAN PERLU DIATASI
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA  DAN PERLU DIATASIcabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA  DAN PERLU DIATASI
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA DAN PERLU DIATASI
ipgm1786
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan bulipengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
g95547989
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
ellyaleem
PELAN STRATEGIK OPERASI KELAB RUKUN NEGARA TAHUN 2025.docx
PELAN STRATEGIK OPERASI KELAB RUKUN NEGARA TAHUN 2025.docxPELAN STRATEGIK OPERASI KELAB RUKUN NEGARA TAHUN 2025.docx
PELAN STRATEGIK OPERASI KELAB RUKUN NEGARA TAHUN 2025.docx
mawarni79
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptxSAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
ATHHARDAIAM1
rpt-2025-pendidikan-moral-tingkatan-4-kssm.docx
rpt-2025-pendidikan-moral-tingkatan-4-kssm.docxrpt-2025-pendidikan-moral-tingkatan-4-kssm.docx
rpt-2025-pendidikan-moral-tingkatan-4-kssm.docx
RosilahAli
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUANBUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
GOGASEAPDEVARDASGAND
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA DAN PERLU DIATASI
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA  DAN PERLU DIATASIcabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA  DAN PERLU DIATASI
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA DAN PERLU DIATASI
ipgm1786

Bab 5 KERAHSIAAN Etika Isu Undang (2).pptx

  • 1. TOPIK 6 KERAHSIAAN: ETIKA DAN ISU DALAM UNDANG- UNDANG
  • 2. Pengenalan Kaunselor sedar bahawa kepercayaan adalah tunjang kepada perhubungan menolong. Justeru, kaunselor hendaklah berusaha untuk mendapatkan kepercayaan klien melalui jalinan perkongsian yang berterusan, dengan mewujud dan mempertahankan sempadan yang sesuai, serta mengekalkan kerahsiaan klien. Kaunselor perlu menjelaskan parameter kerahsiaan dengan cara yang cekap dan beradab, mengikut budaya klien.
  • 3. KERAHSIAAN: Kerahsiaan adalah satu konsep etika yang mempunyai kesan undang-undang Takrifan kerahsiaan: menyimpan rahsia atau mengelakkan pendedahan maklumat sulit Para Kaunselor @ ahli psikoterapi adalah dilarang mendedahkan komunikasi sulit klien kepada mana-mana pihak ketiga kecuali dimandat atau dibenarkan oleh undang-undang berbuat demikian
  • 4. Kerahsiaan Kerahsiaan dari sudut profesional kesihatan mental adalah tanggungjawab profesional melindungi klien daripada segala maklumat yang dibincangkan dalam sesi diketahui daripada mereka yang tidak berkenaan kecuali atas sebab perundangan dan kehendak klien sendiri. Terbatas dengan limitasi tertentu asalkan perkara tersebut tidak membahayakan diri klien atau diri orang lain.
  • 5. ETIKA KERAHSIAAN Soal kerahsian menjadi perkara dasar dalam hubungan terapeutik . Setakat mana ia perlu dipertahankan sekiranya ia menjejaskan keselamatan klien sendiri atau orang lain
  • 6. PENGECUALIAN KERAHSIAAN 1. Dimandatkan oleh undang-undang 2. Pendedahan kerahsiaan atas persetujuan klien 3. Konflik antara kewajipan memberi amaran dan kewajipan untuk melindungi. Kewajipan melindungi mangsa melibatkan tiga tanggungjawab yang khusus iaitu; 1. Mengenalpasti klien yang berkemungkinan melakukan kecederaan fizikal kepada pihak ketiga 2. Melindungi pihak ketiga daripada klien yang dinilai berbahaya 3. Merawat klien yang berbahaya
  • 7. KOMUNIKASI PRIVILEJ: Satu konsep sah yang biasanya menghalang pendedahan komunikasi sulit dalam prosiding undang-undang Kaunselor atau ahli psikoterapi dikecualikan daripada menjawab soalan atau membekalkan maklumat klien dalam mahkamah Undang-undang ini memastikan bahawa maklumat sulit klien dilindungi daripada didedahkan oleh Kaunselor dalam prosiding mahkamah KP merupakan hak klien dan bertujuan untuk melindungi klien bukannya untuk melindungi kaunselor atau ahli psikoterapi. Kaunselor bertanggungjawab dedahkan maklumat yang hanya diPERLUkan dan mencukupi sahaja apabila terdapat permintaan klien untuk pendedahan
  • 8. PRIVASI: Privasi dalam undang-undang; merujuk kepada hak perkembangan individu untuk menentukan masa, tempat, cara dan tahap seseorang berkongsi dengan orang lain. Kaunselor harus berwaspada dalam mengendalikan privasi klien kerana adalah mudah untuk mengancam privasi klien secara tidak sengaja Kaunselor dikehendaki menghormati privasi klien dan sentiasa berhati-hati semasa membuat perbincangan yang berkaitan dengan kerja kaunseling di tempat umum. Kaunselor tidak boleh mendedahkan maklumat klien secara lisan atau bertulis tanpa persetujuan rasmi daripada mereka.
  • 9. Privacy Individu berhak untuk memilih masa, tempat, bentuk, dan had-had untuk membuat perkongsian dengan orang lain (kaunselor) Kaunselor perlu memberi perhatian tentang perkara ini kerana akan mempengaruhi kesediaan klien untuk membuat pendedahan dalam sesi kaunseling.
  • 10. Tugas Untuk Memberi Ingatan dan Melindungi Kaunselor sebagai profesional dalam kesihatan mental mempunyai dua tanggungjawab Melindungi keselamatan klien daripada tindakan mereka sendiri. Melindungi orang lain daripada tindakan klien yang berbahaya
  • 11. i. Melindungi keselamatan klien daripada tindakan mereka sendiri Sama ada klien setuju atau tidak, sekiranya kaunselor benar- benar mengenalpasti klien akan melakukan perkara yang mengancam keselamatan diri, dia perlu menyampaikan maklumat itu kepada pihak lain yang lebih bertanggungjawab. Kaunselor perlu memberi perhatian dan menilai tekanan yang dialami klien, idea, niat dan perancangan untuk mencederakan diri yang disebutkan oleh klien terutama kes krisis
  • 12. Perlu beri perhatian perkara berikut pada penerokaan awal amaran lisan yang dinyatakan oleh klien tentang cuba mencederakan diri mengenalpasti klien yang mengalami tekanan perasaan dan mengalami kesukaran tidur memberi tumpuan kepada klien yang beputus asa dan tidak bermaya memandu kes-kes kebimbangan (anxiety) dan kegugupan (panic) tentukan sama ada klien ada merancang untuk mencederakan diri mengenalpasti klien yang terlibat dalam penderaan kes dadah atau alkohol tentukan sama klien pernah menerima rawatan psikiatri daripada hospital tanyakan tentang sumber sokongan sosial yang dimiliki klien apabila menghadapi tekanan
  • 13. ii. Melindungi orang lain daripada tindakan klien yang berbahaya Kaunselor bertanggungjawab memberi perhatian terhadap klien yang berpotensi untuk membahayakan orang lain. mengenalpasti klien yang boleh mencederakan orang lain melindungi orang lain daripada klien yang berbahaya membantu klien tersebut
  • 14. Kaunselor dianggap gagal dalam tanggung-jawab sosial apabila gagal mengesan tanda-tanda berbahaya yang ada pada klien gagal memberi ingatan kepada bakal mangsa klien gagal untuk mengawal tindakan berbahaya klien tidak merujuk klien yang berbahaya ini ke pada pihak lain (hospital) untuk intervensi selanjutnya
  • 15. Apabila berhadapan kes seperti ini dicadangkan agar kaunselor mendapat maklumat awal membuat perancangan melalui proses konsultasi meningkatkan perancangan di luar jangka membuat insuran perlindungan profesional melibatkan diri klien mendapatkan maklumat lampau lengkap klien membuat laporan atau catatan melakukan tindakan memberikan ingatan
  • 16. MELINDUNGI KANAK-KANAK DARIPADA DICEDERAKAN Pada dasarnya sebahagian besar kaunselor sedar tanggjung jawab mereka untuk melindungi kanak-kanak daripada penderaan fizikal atau emosi Kaunselor kerap terperangkap dalam dua situasi membuat laporan akan mengancam hubungan teraputik dalam sesi atau boleh didakwa di mahkamah kerana melindungi seseorang yang terlibat dalam penderaan kanak-kanak.
  • 17. Saranan tindakan kaunselor Klien perlu dijelaskan tentang isu kerahsiaan dan limitasinya yang tersendiri Kaunselor perlu memahami sosio-budaya klien Kaunselor perlu memahami akta dan perundangan tentang isu penderaan
  • 18. KERAHSIAAN DALAM ISU HIV/AIDS DAN ISU BERKAITAN kaunselor perlu waspada terhadap limitasi kerahsiaan melapor, dan tugas memberi ingatan & melindungi pihak ketiga.
  • 19. KESIMPULAN Secara keseluruhannya di samping tugas terhadap klien, kaunselor juga mempunyai tugas terhadap professionnya, agensi, masyarakat, rakan-rakan dan keluarga klien dan terhadap dirinya sendiri. Di samping tanggungjawab memelihara hubungan teraputik terhadap klien, kaunselor bertanggung jawab juga untuk melindungi keselamatan diri klien dan orang lain kesan daripada perlakuan klien.
  • 20. Kerahsiaan prinsip etika yang sangat penting dalam kaunseling Jika melibatkan isu klien yang ingin membunuh diri kod etika pantau/guides kaunselor untuk respon
  • 21. SITUASI. Anda merupakan kaunselor di universiti, dan ahmad merupakan salah seorang klien anda, dia berjumpa dengan anda sejak tiga bulan yang lalu untuk membincangkan masalah perhubungan dengan kekasihnya dan kekangan kewangan. Pada satu hari,anda bersama rakan anda sedang bersarapan disebuah caf辿 berdekatan dengan universiti. Tiba-tiba, anda terkejut ketika pelayan tersebut bersalaman dengan anda rupa-rupanya pelayan tersebut adalah ahmad. Dia bekerja sambilan di caf辿 itu dan telah berbual singkat dengan anda sebelum melayani pelanggan lain tanpa menyebut mengenai kaunseling dan hubungan profesional dengan anda. Kawan anda pula bertanya siapa ahmad dan bagaimana anda berkenalan dengannya.
  • 22. B.1.a. Pertimbangan Multibudaya Dan Kepelbagaian Kaunselor perlu sedar dan peka terhadap makna kerahsiaan dan privasi mengikut budaya. Kaunselor hendaklah menghormati pandangan yang berbeza mengenai pendedahan maklumat. Kaunselor juga perlu mengadakan perbincangan terus menerus dengan klien mengenai bagaimana, bila, dan dengan siapa maklumat ini dikongsi.
  • 23. B.1.b. Menghormati Privasi Kaunselor perlu menghormati hak klien untuk mendapat privasi klien. Kaunselor mendapatkan maklumat sulit daripada klien hanya apabila ianya berfaedah kepada proses kaunseling.
  • 24. B.1.c. Menghormati Kerahsiaan Kaunselor tidak boleh berkongsi maklumat rahsia tanpa persetujuan klien atau tanpa justifikasi etika atau undang- undang yang mantap.
  • 25. B.1.d. Penjelasan Mengenai Batasan Di peringkat awal dan sepanjang proses kaunseling, kaunselor perlu memberitahu klien mengenai batasan kerahsiaan dan mengenal pasti situasi tertentu yang diduga di mana kerahsiaan mesti didedahkan
  • 26. B.2. Kekecualian B.2.a. Bahaya dan keperluan undang- undang Keperluan umum di mana kaunselor perlu menyimpan maklumat rahsia tidak lagi terpakai, jika pendedahan diperlukan bagi melindungi klien atau orang-orang lain yang dikenal pasti daripada kemudaratan yang serius dan yang boleh diramalkan, atau apabila undang-undang menghendaki yang maklumat rahsia mesti didedahkan. Kaunselor hendaklah berunding dengan profesional lain apabila mereka berada dalam keadaan tidak pasti tentang kesahan sesuatu kekecualian itu. Pertimbangan tambahan perlu digunakan apabila meneliti isu-isu akhir hayat.
  • 27. B.2.b. Penyakit Berjangkit Dan Mengancam Nyawa Apabila klien memberitahu bahawa mereka mengidap penyakit yang diketahui umum sebagai berjangkit dan mengancam nyawa, wajar bagi kaunselor mendedahkan maklumat tersebut kepada pihak ketiga yang dikenali, sekiranya diketahui secara sah mereka itu menghadapi risiko yang tinggi dijangkiti penyakit tersebut. Sebelum membuat sesuatu pendedahan, kaunselor hendaklah mengesahkan bahawa ada diagnosis seperti itu dan menilai hasrat klien untuk memberitahu pihak ketiga mengenai penyakit mereka, atau melakukan sebarang tingkah laku yang mungkin memudaratkan pihak ketiga yang dikenali.
  • 28. B.2.c. Pendedahan Atas Perintah Mahkamah Apabila mahkamah memerintahkan kaunselor mendedahkan maklumat rahsia atau privilej tanpa kebenaran klien, kaunselor hendaklah mendapatkan persetujuan termaklum secara bertulis daripada klien, atau mengambil langkah untuk menghalang pendedahan itu, atau memastikan yang pendedahan itu sesedikit yang mungkin, kerana wujudnya potensi kemudaratan kepada klien atau perhubungan kaunseling.
  • 29. B.2.d. Pendedahan Minimum Setakat yang boleh, klien hendaklah dimaklumkan sebelum maklumat rahsia didedah dan mereka dilibatkan di dalam proses membuat keputusan mengenai pendedahan itu. Apabila keadaan memerlukan pendedahan maklumat rahsia dibuat, hanya maklumat penting sahaja yang didedahkan.
  • 30. B.4 Kelompok Dan Keluarga B.4.a. Kerja kelompok Dalam kerja kelompok, kaunselor hendaklah menerangkan dengan jelas peri pentingnya kerahsiaan dan parameter kerahsiaan kepada kelompok yang terlibat.
  • 31. B.4.b. Kaunseling Keluarga Dan Pasangan Di dalam kaunseling keluarga dan pasangan, kaunselor hendaklah mendefinisikan dengan jelas siapa yang dianggap klien dan membincangkan jangkaan dan batasan kerahsiaan. Kaunselor hendaklah mendapat persetujuan dan mendokumenkan secara bertulis persetujuan tersebut di kalangan semua pihak yang terlibat yang berkeupayaan untuk memberikan persetujuan mengenai hak setiap individu berhubung dengan kerahsiaan dan sebarang obligasi untuk memelihara kerahsiaan maklumat yang diketahui.
  • 32. B.5. Klien Yang Kurang Upaya Memberi Persetujuan Termaklum B.5.a. Tanggungjawab kepada klien B.5.b. Tanggungjawab kepada ibu- bapa dan penjaga yang sah B.5.c. Pendedahan maklumat rahsia
  • 33. B.5.a. Tanggungjawab Kepada Klien Apabila memberi kaunseling kepada klien di bawah umur atau klien dewasa yang kurang upaya memberi persetujuan termaklum secara sukarela, kaunselor hendaklah melindungi kerahsiaan maklumat yang diperoleh di dalam perhubungan menolong menurut undang- undang, peraturan bertulis dan piawaian etika yang berkaitan.
  • 34. B.5.b. Tanggungjawab Kepada Ibu-bapa Dan Penjaga Yang Sah Kaunselor hendaklah memaklumkan kepada ibu- bapa dan penjaga yang sah tentang peranan kaunselor dan bentuk kerahsiaan perhubungan kaunseling. Kaunselor hendaklah peka kepada kepelbagaian budaya keluarga dan menghormati hak mutlak dan tanggungjawab ibu- bapa/penjaga ke atas kebajikan anak- anak/jagaan mereka mengikut undang-undang. Kaunselor hendaklah berusaha untuk menjalin kerjasama yang sesuai dengan ibu-bapa/penjaga bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada klien.
  • 35. B.6. Rekod-rekod B.6.a. Kerahsiaan rekod-rekod B.6.b. Kebenaran untuk merakam B.6.c. Kebenaran untuk memerhati B.6.d. Akses klien B.6.e. Bantuan mengenai rekod B.6.f. Pendedahan atau pemindahan
  • 36. B.6.a. Kerahsiaan rekod- rekod Kaunselor hendaklah memastikan yang rekod-rekod disimpan di lokasi yang selamat dan memastikan hanya orang- orang yang diberi kuasa sahaja mempunyai akses kepada rekod-rekod itu.
  • 37. B.6.b. Kebenaran untuk merakam Kaunselor hendaklah mendapatkan kebenaran daripada klien sebelum membuat rakaman sesi melalui alat elektronik atau melalui cara-cara lain.
  • 38. B.6.c. Kebenaran untuk memerhati Kaunselor hendaklah mendapatkan kebenaran dari klien sebelum membuat pemerhatian ke atas sesi kaunseling, menyemak transkrip sesi, atau menonton rakaman sesi bersama penyelia, pensyarah, rakan sebaya, atau orang lain di tempat latihan.
  • 39. B.6.f. Pendedahan atau pemindahan Kaunselor hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada klien untuk mendedahkan atau memindahkan rekod kepada pihak ketiga yang sah melainkan terdapat kekecualian kepada kerahsiaan. Langkah-langkah hendaklah diambil bagi memastikan penerima rekod kaunseling peka kepada sifat kerahsiaan ini.
  • 40. B.8. Konsultasi B.8.a. Persetujuan B.8.b. Menghormati privasi B.8.c. Pendedahan maklumat rahsia
  • 41. B.8.a. Persetujuan Apabila berperanan sebagai konsultan, kaunselor hendaklah mendapat persetujuan daripada semua pihak yang terlibat mengenai hak setiap individu terhadap kerahsiaan, obligasi setiap individu untuk menjaga maklumat rahsia, dan batasan kerahsiaan maklumat yang dikongsi dengan orang lain.
  • 42. KOD ETIKA KAUNSELOR BAHAGIAN H: PENYELESAIAN ISU-ISU ETIKA
  • 43. H.1. PIAWAIAN DAN UNDANG- UNDANG H.1.a. Pengetahuan Kaunselor hendaklah memahami Kod Etika Lembaga Kaunselor dan kod etika lain yang boleh diguna pakai daripada organisasi profesional yang lain di mana mereka menjadi ahli. Kekurangan pengetahuan atau salah faham mengenai tanggungjawab etika bukan alasan pembelaan bagi sesuatu tuduhan tingkah laku yang tidak beretika.
  • 44. H.1.b. Konflik antara etika dengan undang-undang Sekiranya berlaku konflik antara tanggungjawab etika dengan undang-undang, peraturan, atau pihak berkuasa undang-undang yang lain, kaunselor hendaklah menjelaskan komitmen mereka kepada Kod Etika Lembaga Kaunselor dan mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikan konflik tersebut. Jika konflik masih tidak dapat diselesaikan dengan cara tersebut, kaunselor boleh mengikuti ketetapan undang-undang, peraturan, atau pihak berkuasa undang-undang yang lain.