際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
2
Most read
3
Most read
4
Most read
Bagaimana batuan di kelaskan ?
Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini berbeza
daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara terjadinya,
mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi yang mengkaji
kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini sangatlah
penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka perlu mempunyai pengetahuan asas
tentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat dan juga hubungannya dengan rupa bumi.
Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis
tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu mengetahui dan
mengenal batu-batan yang terdapat di sekeliling kita.
Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan
(a) kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini.
(b) tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan;
(c) struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan.
Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu:
(a) batuan igneus;
(b) batuan enapan;
(c)batuan metamorfosis.
Batuan Igneus
Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak
bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil. Batu
igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan logam di dalamnya. Jikalau
batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid.
Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid ini tidaklah padat dan lebih muda warnanya
daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak
mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium. Dari segi asal kejadiannya,
batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu :
l. Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan - Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di bahagian
bawah kerak bumi. Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara perlahan-lahan. Oleh
kerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah dikenal. Batu jalar dalam ini, umpamanya
granit, diorit dan gabro terdedah di permukaan bumi akibat daripada proses gondolan dan
hakisan.
2. Batu Gunung Berapi atau Terobosan - Batu gunung berapi adalah batu cecair yang telah
melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini membeku dengan cepat di permukaan
bumi dan hablur yang dihasilkannya berbentuk halus. Batu gunung berapi atau batu jalar luar
yang biasa terdapat ialah batu basol. Batu basol ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan
daratan tinggi lava. Setengah-setengah batu basol membeku dengan cara yang luar biasa dan
menghasilkan menara-menara batu. Sebahagian daripada lava cair itu mungkin mengalir keluar
melalui rekahan-rekahan. Lava cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil
yang datar.
Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus biasanya
dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan dan batu-batu nisan yang
berukir.
Batuan Enapan
Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan. Kejadiannya
memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifat-
sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Tebal
lapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga ke beberapa meter. Bentuknya kasar
atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras. Bahan-bahan yang membentuk batuan
enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang.
Batuan enapan tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-
tumbuhan dan hidup-hidupan halus. Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali cara
kejadiannya jika dibandingkan dengan batuan lain, batuan enapan dapat dikelaskan berdasarkan
umurnya. Berbagai-bagai jenis batu-batan yang terjadi dalam jangka waktu yang sama telah
dijeniskan ke dalam satu golongan. Mengetahui sifat-sifat pelbagai jenis batu-batan itu sangatlah
penting. Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan kepada
asal kejadiannya dan kandungannya iaitu :
l. Batuan enapan yang terjadi secara mekanik - Batuan jenis ini terjadi daripada pemaduan
bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Batu pasir merupakan batuan enapan
yang paling banyak terdapat. Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-kadang serpihan batu
kuarza. Susunan, kandungan dan warnanya sangatlah berbeza-beza. Batu pasir banyak
dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan membuat rumah atau membuat batu penggiling. Batu
pasir yang lebih besar dikenal sebagai grit. Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar berpadu
dengan kukuhnya sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu disebut konglomeret (sekiranya
bulat) dan brekia (sekiranya bersegi-segi). Batuan enapan yang lebih halus menjadi tanah liat
yang banyak digunakan untuk membuat bata, syil atau batu lodak. Pasir dan batu kelikir
mungkin terdapat dalam bentuk yang tidak berpadu.
2. Batuan enapan yang terjadi secara organik - Batu ini terjadi daripada bangkai hidup-hidupan
yang halus. Contohnya, organisma seperti karang dan kerang yang telah reput dagingnya akan
meninggalkan kulit-kulit yang keras. Kebanyakan batu yang terjadi secara ini terdiri daripada
jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur. Batu yang mengandungi karbon juga
terjadi secara organik. Batuan ini terjadi daripada pemendapan tumbuh-tumbuhan yang telah
reput seperti yang terdapat di kawasan paya dan hutan. Batuan di atas memberikan tekanan
kepada tinggalan tumbuh-tumbuhan itu dan memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat.
Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang batu. Semua bahan-bahan ini sangat
tinggi nilainya dari segi ekonomi.
3. Batuan enapan yang terjadi secara kimia - Batu jenis ini terenap melalui tindakan kimia
larutan yang berbagai jenis. Natrium klorid (garam batu) berpunca daripada lapisan yang pada
satu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik. Gipsum atau kulsium sulfat didapati dari
penyejatan yang berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat masin airnya itu.
Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama.
Batuan Metamorfosis
Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, baik batuan
igneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Sifat-sifat asal
batuan tersebut mungkin berubah oleh kuasa-kuasa tersebut di atas taditerutamanya apabila
pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku dan dengan cara ini tanah lempung akan berubah
menjadi batu loh, batu kapur menjadi batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granit
menjadi gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit dan grafit menjadi berlian. Batuan
metamorfosis seperti batu marmar dan syis banyak dijumpai di Malaysia. Batu marmar misalnya
boleh didapati di Pulau Langkawi dan syis pula boleh didapati di kawasan pergunungan di
Sarawak.
Batuan metamorfosis ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal dan kimia
akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Perubahan fizikal dan kimia yang dimaksudkan itu
ialah perubahan dari segi tekstur, struktur dan komposisi mineral batuan. Batuan metamorfosis
mungkin berasal daripada batuan igneus, batuan enapan atau batuan metamorfosis yang lain.
Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses metamorfisma ialah antara 100属C hingga 800属C.
Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan lembut. Dalam keadaan yang lembut ini, batuan
boleh berubah dari segi susunan mineralnya. Hablur dalam mineral pula boleh berubah dari segi
saiz dan bentuknya. Komposisi batuan juga boleh berubah akibat tindak balas kimia. Tekanan
yang kuat mungkin menghimpit hablur menjadi rata atau panjang. Apabila magma panas
mengalir keluar ke permukaan muka bumi ataupun memasuki celah-celah rekahan, batuan kerak
bumi yang disentuhnya berubah menjadi batuan metamorfosis. Proses ini dikenali sebagai
metamorfisma terma. Batu marmar dan slat bintik terbentuk secara metamorfisma terma ini.
Metamorfisma yang berlaku secara besar-besaran adalah metamorfisma serantau. Di kawasan
kerak bumi yang pernah mengalami proses pembentukan gunung terdapat batuan metamorfosis
seperti syis dan gneis. Hal ini terjadi apabila batuan yang terdapat jauh di dalam kerak bumi
mengalami tekanan yang kuat dan haba yang tinggi. Tekanan dan haba yang tinggi menyebabkan
batuan mertgalami proses penghabluran semula.
Batuan metamorfosis mempunyai ciri-ciri yang jelas. Kesemua batuan metamorfosis
mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfosis mempunyai mineral yang sama seperti
batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral yang hanya terbentuk pada suhu dan tekanan
yang sangat tinggi. Sesetengah batuan metamorfosis mampat dan menjadi lebih padat akibat
tekanan yang sangat tinggi yang dialaminya. Pemadatan batuan menyebabkan molekulnya
menjadi lebih rapat dan isipadu batuan lebih kecil. Sesetengah batuan metamorfosis yang
berjalur mempunyai mineral yang tersusun dalam lapisan-lapisan yang selari. Batuan
metamorfosis berjalur ini terjadi apabila mineral dalam batuan itu mengalami penghabluran
semula atau terhimpit akibat tekanan. Jaluran juga terjadi apabila mineral yang mempunyai
kepadatan berlainan terasing lalu membentuk lapisan-lapisan. Contoh batuan berjalur ialah batu
loh dan syis. Batuan ini boleh pecah menjadi lapisan-lapisan yang nipis. Batuan metamorfosis
tidak berjalur seperti batu marmar dan kuarzit pula tidak boleh pecah kepada beberapa lapisan.

More Related Content

What's hot (20)

PPTX
Luluhawa
haralhaj
DOCX
Luluhawa
nazri15
PPTX
Kuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI
Asmawi Abdullah
PPTX
LARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGI
jumal murray
PPTX
Pemendapan sungai
Hilmi Ahmad
PPTX
Kuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEM
Asmawi Abdullah
PPTX
Pemendapan ombak
Miezan Hamizan
PPTX
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
Asmawi Abdullah
PPTX
1 gunung berapi
haralhaj
DOCX
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...
Shizuka Jijie (SBP)
PPTX
Gelinciran
haralhaj
PPTX
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
haralhaj
PPTX
SEKTOR PERHUTANAN
Asmawi Abdullah
PPTX
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
Asmawi Abdullah
PPTX
Bentuk muka bumi hakisan ombak
Norhayati Saffie
PPTX
Bahagian B Kuliah 2 - Taburan Penduduk
Asmawi Abdullah
PPTX
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Asmawi Abdullah
PPTX
GEO SEM 1 STPM: IGNEUS DAN GUNUNG BERAPI
NaimMustaffa
PDF
Variasi imbangan air
kasmiah otin
PPTX
SUNGAI (SOALAN)
Meera Zaheed
Luluhawa
haralhaj
Luluhawa
nazri15
Kuliah 4 - PROSES GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI
Asmawi Abdullah
LARIAN AIR PERMUKAAN STPM GEOGRAFI SEM 2 KITARAN HIDROLOGI
jumal murray
Pemendapan sungai
Hilmi Ahmad
Kuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEM
Asmawi Abdullah
Pemendapan ombak
Miezan Hamizan
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
Asmawi Abdullah
1 gunung berapi
haralhaj
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...
Shizuka Jijie (SBP)
Gelinciran
haralhaj
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
haralhaj
SEKTOR PERHUTANAN
Asmawi Abdullah
Kuliah 8 - PROSES ENDOGENIK: LULUHAWA, HAKISAN DAN GERAKAN JISIM
Asmawi Abdullah
Bentuk muka bumi hakisan ombak
Norhayati Saffie
Bahagian B Kuliah 2 - Taburan Penduduk
Asmawi Abdullah
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Asmawi Abdullah
GEO SEM 1 STPM: IGNEUS DAN GUNUNG BERAPI
NaimMustaffa
Variasi imbangan air
kasmiah otin
SUNGAI (SOALAN)
Meera Zaheed

Viewers also liked (7)

PPTX
Pembangunan bandar mapan reka bentuk
asmawi izani
PPT
Sistem Rawatan air
Ungku OmarPolytechnic
PPTX
Sistem bekalan air
chioldschool
PPT
Sanitation system
Ungku OmarPolytechnic
PDF
Mpat tahap 3
Mohd Effendi Jamlos
PPT
Sistem bekalan air
UTHM
PPT
Pembinaan
anis
Pembangunan bandar mapan reka bentuk
asmawi izani
Sistem Rawatan air
Ungku OmarPolytechnic
Sistem bekalan air
chioldschool
Sanitation system
Ungku OmarPolytechnic
Mpat tahap 3
Mohd Effendi Jamlos
Sistem bekalan air
UTHM
Pembinaan
anis
Ad

Similar to Nota Geografi : Batuan (20)

DOCX
Laporan amali 1 batuan email kelas
Nor Laili Razali
DOC
Amali batu fizik sem 5
norainihussain83
PPTX
Macam Batuan dan Pemanfaatannya
sangdamar
PPTX
PPT MACAM-MACAM BATUAN TGGEOGRAFI KLS 12
DifaNet
PPTX
Geografi indhprmtillhi
Indah Illai II
DOCX
Batuan Pembentuk Muka Bumi
dieart
DOCX
Praktikum bebatuan
cimutttt
PDF
Handout batuan
Aulia Nofrianti
DOC
Litsfer
lukmanurhadi
PPTX
LAPISAN_LITOSFER.pptx
bambang purwanto
PPTX
remidi SMA NEGERI 1 GUBUG TAHUN SEKARANG
TelemediaGubug
PDF
Tutorial 4 -_batuan_black_and_white_geografi
Zainal Ahmad
PPTX
Mektan bab 1 proses pembentukan tanah
Shaleh Afif Hasibuan
PDF
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
Asmawi Abdullah
PPTX
Batuan
Avidia Sarasvati
PPTX
LITHOSFERrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.pptx
SubhanRasyid1
PPTX
LAPISAN_LITOSFER.pptx
NurulEfiningsih2
DOCX
Geologi Rekayasa
Juleha Usmad
DOCX
Modul penuh geomorfologi
Asmawi Abdullah
Laporan amali 1 batuan email kelas
Nor Laili Razali
Amali batu fizik sem 5
norainihussain83
Macam Batuan dan Pemanfaatannya
sangdamar
PPT MACAM-MACAM BATUAN TGGEOGRAFI KLS 12
DifaNet
Geografi indhprmtillhi
Indah Illai II
Batuan Pembentuk Muka Bumi
dieart
Praktikum bebatuan
cimutttt
Handout batuan
Aulia Nofrianti
Litsfer
lukmanurhadi
LAPISAN_LITOSFER.pptx
bambang purwanto
remidi SMA NEGERI 1 GUBUG TAHUN SEKARANG
TelemediaGubug
Tutorial 4 -_batuan_black_and_white_geografi
Zainal Ahmad
Mektan bab 1 proses pembentukan tanah
Shaleh Afif Hasibuan
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
Asmawi Abdullah
LITHOSFERrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.pptx
SubhanRasyid1
LAPISAN_LITOSFER.pptx
NurulEfiningsih2
Geologi Rekayasa
Juleha Usmad
Modul penuh geomorfologi
Asmawi Abdullah
Ad

More from nazri15 (12)

PPT
際際滷 Show: Hubungan rakan sebaya
nazri15
DOC
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
nazri15
DOC
Notes unit6
nazri15
PDF
Ch7 cultural geography
nazri15
PDF
Boundaries
nazri15
PPT
1.1 konsep sistem
nazri15
PDF
Sistem cerun
nazri15
DOC
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
nazri15
DOC
Nota pga 101
nazri15
DOCX
Sahsiah waja diri
nazri15
PPT
Interaksi spatial
nazri15
PPT
Sempadan
nazri15
際際滷 Show: Hubungan rakan sebaya
nazri15
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
nazri15
Notes unit6
nazri15
Ch7 cultural geography
nazri15
Boundaries
nazri15
1.1 konsep sistem
nazri15
Sistem cerun
nazri15
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
nazri15
Nota pga 101
nazri15
Sahsiah waja diri
nazri15
Interaksi spatial
nazri15
Sempadan
nazri15

Nota Geografi : Batuan

  • 1. Bagaimana batuan di kelaskan ? Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini berbeza daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara terjadinya, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi yang mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka perlu mempunyai pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat dan juga hubungannya dengan rupa bumi. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu mengetahui dan mengenal batu-batan yang terdapat di sekeliling kita. Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan (a) kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini. (b) tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan; (c) struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan. Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu: (a) batuan igneus; (b) batuan enapan; (c)batuan metamorfosis. Batuan Igneus Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid ini tidaklah padat dan lebih muda warnanya
  • 2. daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium. Dari segi asal kejadiannya, batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu : l. Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan - Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di bahagian bawah kerak bumi. Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara perlahan-lahan. Oleh kerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah dikenal. Batu jalar dalam ini, umpamanya granit, diorit dan gabro terdedah di permukaan bumi akibat daripada proses gondolan dan hakisan. 2. Batu Gunung Berapi atau Terobosan - Batu gunung berapi adalah batu cecair yang telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini membeku dengan cepat di permukaan bumi dan hablur yang dihasilkannya berbentuk halus. Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat ialah batu basol. Batu basol ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan tinggi lava. Setengah-setengah batu basol membeku dengan cara yang luar biasa dan menghasilkan menara-menara batu. Sebahagian daripada lava cair itu mungkin mengalir keluar melalui rekahan-rekahan. Lava cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang datar. Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan dan batu-batu nisan yang berukir. Batuan Enapan Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifat- sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga ke beberapa meter. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras. Bahan-bahan yang membentuk batuan
  • 3. enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang. Batuan enapan tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh- tumbuhan dan hidup-hidupan halus. Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali cara kejadiannya jika dibandingkan dengan batuan lain, batuan enapan dapat dikelaskan berdasarkan umurnya. Berbagai-bagai jenis batu-batan yang terjadi dalam jangka waktu yang sama telah dijeniskan ke dalam satu golongan. Mengetahui sifat-sifat pelbagai jenis batu-batan itu sangatlah penting. Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan kepada asal kejadiannya dan kandungannya iaitu : l. Batuan enapan yang terjadi secara mekanik - Batuan jenis ini terjadi daripada pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Batu pasir merupakan batuan enapan yang paling banyak terdapat. Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-kadang serpihan batu kuarza. Susunan, kandungan dan warnanya sangatlah berbeza-beza. Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan membuat rumah atau membuat batu penggiling. Batu pasir yang lebih besar dikenal sebagai grit. Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar berpadu dengan kukuhnya sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu disebut konglomeret (sekiranya bulat) dan brekia (sekiranya bersegi-segi). Batuan enapan yang lebih halus menjadi tanah liat yang banyak digunakan untuk membuat bata, syil atau batu lodak. Pasir dan batu kelikir mungkin terdapat dalam bentuk yang tidak berpadu. 2. Batuan enapan yang terjadi secara organik - Batu ini terjadi daripada bangkai hidup-hidupan yang halus. Contohnya, organisma seperti karang dan kerang yang telah reput dagingnya akan meninggalkan kulit-kulit yang keras. Kebanyakan batu yang terjadi secara ini terdiri daripada jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur. Batu yang mengandungi karbon juga terjadi secara organik. Batuan ini terjadi daripada pemendapan tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat di kawasan paya dan hutan. Batuan di atas memberikan tekanan kepada tinggalan tumbuh-tumbuhan itu dan memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat. Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang batu. Semua bahan-bahan ini sangat tinggi nilainya dari segi ekonomi. 3. Batuan enapan yang terjadi secara kimia - Batu jenis ini terenap melalui tindakan kimia larutan yang berbagai jenis. Natrium klorid (garam batu) berpunca daripada lapisan yang pada
  • 4. satu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik. Gipsum atau kulsium sulfat didapati dari penyejatan yang berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat masin airnya itu. Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama. Batuan Metamorfosis Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, baik batuan igneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh kuasa-kuasa tersebut di atas taditerutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku dan dengan cara ini tanah lempung akan berubah menjadi batu loh, batu kapur menjadi batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granit menjadi gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit dan grafit menjadi berlian. Batuan metamorfosis seperti batu marmar dan syis banyak dijumpai di Malaysia. Batu marmar misalnya boleh didapati di Pulau Langkawi dan syis pula boleh didapati di kawasan pergunungan di Sarawak. Batuan metamorfosis ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal dan kimia akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Perubahan fizikal dan kimia yang dimaksudkan itu ialah perubahan dari segi tekstur, struktur dan komposisi mineral batuan. Batuan metamorfosis mungkin berasal daripada batuan igneus, batuan enapan atau batuan metamorfosis yang lain. Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses metamorfisma ialah antara 100属C hingga 800属C. Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan lembut. Dalam keadaan yang lembut ini, batuan boleh berubah dari segi susunan mineralnya. Hablur dalam mineral pula boleh berubah dari segi saiz dan bentuknya. Komposisi batuan juga boleh berubah akibat tindak balas kimia. Tekanan yang kuat mungkin menghimpit hablur menjadi rata atau panjang. Apabila magma panas mengalir keluar ke permukaan muka bumi ataupun memasuki celah-celah rekahan, batuan kerak bumi yang disentuhnya berubah menjadi batuan metamorfosis. Proses ini dikenali sebagai metamorfisma terma. Batu marmar dan slat bintik terbentuk secara metamorfisma terma ini. Metamorfisma yang berlaku secara besar-besaran adalah metamorfisma serantau. Di kawasan kerak bumi yang pernah mengalami proses pembentukan gunung terdapat batuan metamorfosis
  • 5. seperti syis dan gneis. Hal ini terjadi apabila batuan yang terdapat jauh di dalam kerak bumi mengalami tekanan yang kuat dan haba yang tinggi. Tekanan dan haba yang tinggi menyebabkan batuan mertgalami proses penghabluran semula. Batuan metamorfosis mempunyai ciri-ciri yang jelas. Kesemua batuan metamorfosis mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfosis mempunyai mineral yang sama seperti batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral yang hanya terbentuk pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi. Sesetengah batuan metamorfosis mampat dan menjadi lebih padat akibat tekanan yang sangat tinggi yang dialaminya. Pemadatan batuan menyebabkan molekulnya menjadi lebih rapat dan isipadu batuan lebih kecil. Sesetengah batuan metamorfosis yang berjalur mempunyai mineral yang tersusun dalam lapisan-lapisan yang selari. Batuan metamorfosis berjalur ini terjadi apabila mineral dalam batuan itu mengalami penghabluran semula atau terhimpit akibat tekanan. Jaluran juga terjadi apabila mineral yang mempunyai kepadatan berlainan terasing lalu membentuk lapisan-lapisan. Contoh batuan berjalur ialah batu loh dan syis. Batuan ini boleh pecah menjadi lapisan-lapisan yang nipis. Batuan metamorfosis tidak berjalur seperti batu marmar dan kuarzit pula tidak boleh pecah kepada beberapa lapisan.