Dokumen ini membahas tentang ruang dalam seni visual, termasuk definisi ruang, jenis ruang nyata dan ilusi, fungsi ruang untuk mempengaruhi warna dan saiz objek serta menampilkan jarak, dan teknik perspektif untuk menghasilkan kesan ruang dalam karya seni.
Dokumen tersebut memberikan ringkasan tentang konsep ruang dalam seni visual, termasuk definisi ruang, contoh penerapan ruang dalam seni arca dan grafik, serta jenis-jenis ruang seperti ruang fizikal, ruang ilusi, dan hubungannya dengan unsur-unsur lain seperti bentuk dan perspektif.
pembelajaran pendidikan seni visual dalam bab Seni Arca, boleh membantu pelajar dalam menguatkan lagi pegetahuan terhadap seni Arca. sesuai bagi kesemua lapisan tingkatan terutama tingkatan 4 dan 5
[Ringkasan]
Dokumen tersebut merupakan ucapan terima kasih penulis atas bimbingan dan dorongan yang diberikan oleh guru, keluarga, dan teman-teman sekelas dalam menyelesaikan tugas khusus Pendidikan Seni Visual. Penulis mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT atas limpah kurnia dan hidayah-Nya serta kepada ibu bapa, guru, dan teman-teman yang telah memberikan dukungan moral dan ide untuk menyelesaikan
Seni zaman Renaissance berkembang di Itali pada abad ke-15 sebagai kebangkitan semula seni Yunani dan Romawi purba. Ia menitikberatkan kesempurnaan bentuk manusia dan alam semulajadi dalam lukisan, ukiran, dan senibina. Pelukis terkemuka seperti Leonardo da Vinci dan Michelangelo mencapai kemahiran tinggi dalam lukisan potret, fresko, dan ukiran marmar. Senibina pula dipengaruhi oleh logik matematik dan dire
Dokumen tersebut memberikan panduan mengenai teknik-teknik lukisan seperti penggunaan garisan, komposisi, kadar banding, perspektif, cahaya dan bayang, media dan teknik lukisan. Ia juga menjelaskan langkah-langkah untuk melukis objek secara terperinci serta memberikan contoh lukisan untuk rujukan. Pelajar perlu mengikuti panduan ini supaya hasil lukisan mereka lengkap, asli dan mempunyai
Seni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaanFairuz Alwi
Ìý
Dokumen tersebut membahas tentang berbagai aspek bahasa seni dan unsur-unsur rekaan yang terdapat dalam seni visual, termasuk harmoni, kontra, keseimbangan, kadar banding, kepelbagan, eknomi, dan dominan. Dokumen tersebut juga memberikan contoh-contoh penerapan masing-masing aspek tersebut dalam karya seni visual.
Dokumen tersebut membahas proses menghasilkan seni lukis, bahan yang digunakan seperti cat, dan kemampuan menangkap kesan cahaya serta bentuk di alam sekitar. Juga dibahas beberapa pelukis ternama seperti Mohamad Fauzrol, Noorul Fatiha, Nurul Amaliah, Lim Ee Ding, dan karya mereka yang bertemakan landskap tempatan. Kemudian dibahas pula pelukis terkenal Yong Mun Sen yang dikenal sebag
Dokumen tersebut membahas prinsip-prinsip reka bentuk visual yang meliputi keseimbangan, harmoni, kesatuan, kontra, penegasan, irama dan pergerakan. Prinsip-prinsip ini membantu menyusun elemen visual secara efektif untuk menarik perhatian penonton dan menyampaikan maksud dengan lebih jelas.
pembelajaran pendidikan seni visual dalam bab Seni Arca, boleh membantu pelajar dalam menguatkan lagi pegetahuan terhadap seni Arca. sesuai bagi kesemua lapisan tingkatan terutama tingkatan 4 dan 5
[Ringkasan]
Dokumen tersebut merupakan ucapan terima kasih penulis atas bimbingan dan dorongan yang diberikan oleh guru, keluarga, dan teman-teman sekelas dalam menyelesaikan tugas khusus Pendidikan Seni Visual. Penulis mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT atas limpah kurnia dan hidayah-Nya serta kepada ibu bapa, guru, dan teman-teman yang telah memberikan dukungan moral dan ide untuk menyelesaikan
Seni zaman Renaissance berkembang di Itali pada abad ke-15 sebagai kebangkitan semula seni Yunani dan Romawi purba. Ia menitikberatkan kesempurnaan bentuk manusia dan alam semulajadi dalam lukisan, ukiran, dan senibina. Pelukis terkemuka seperti Leonardo da Vinci dan Michelangelo mencapai kemahiran tinggi dalam lukisan potret, fresko, dan ukiran marmar. Senibina pula dipengaruhi oleh logik matematik dan dire
Dokumen tersebut memberikan panduan mengenai teknik-teknik lukisan seperti penggunaan garisan, komposisi, kadar banding, perspektif, cahaya dan bayang, media dan teknik lukisan. Ia juga menjelaskan langkah-langkah untuk melukis objek secara terperinci serta memberikan contoh lukisan untuk rujukan. Pelajar perlu mengikuti panduan ini supaya hasil lukisan mereka lengkap, asli dan mempunyai
Seni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaanFairuz Alwi
Ìý
Dokumen tersebut membahas tentang berbagai aspek bahasa seni dan unsur-unsur rekaan yang terdapat dalam seni visual, termasuk harmoni, kontra, keseimbangan, kadar banding, kepelbagan, eknomi, dan dominan. Dokumen tersebut juga memberikan contoh-contoh penerapan masing-masing aspek tersebut dalam karya seni visual.
Dokumen tersebut membahas proses menghasilkan seni lukis, bahan yang digunakan seperti cat, dan kemampuan menangkap kesan cahaya serta bentuk di alam sekitar. Juga dibahas beberapa pelukis ternama seperti Mohamad Fauzrol, Noorul Fatiha, Nurul Amaliah, Lim Ee Ding, dan karya mereka yang bertemakan landskap tempatan. Kemudian dibahas pula pelukis terkenal Yong Mun Sen yang dikenal sebag
Dokumen tersebut membahas prinsip-prinsip reka bentuk visual yang meliputi keseimbangan, harmoni, kesatuan, kontra, penegasan, irama dan pergerakan. Prinsip-prinsip ini membantu menyusun elemen visual secara efektif untuk menarik perhatian penonton dan menyampaikan maksud dengan lebih jelas.
Rangkaian pelajaran pendidikan seni visual tingkatan 2 memberi tumpuan kepada unsur-unsur asas seni seperti garisan, jalinan, warna, bentuk, ruang dan prinsip-prinsip rekaan seperti harmoni, penegasan dan imbangan. Pelajar akan mengenal pasti dan mengaplikasi unsur-unsur ini dalam aktiviti praktikal untuk memahami asas seni visual.
This document discusses warm and cold colors. Warm colors like red, yellow and orange are associated with things like the sun and fire, and tend to advance toward the viewer. Cold colors like green, blue and purple are seen in naturally cold things like trees, water and clouds, and tend to recede into the background. Pablo Picasso appreciated the power of the cold color blue during his Blue Period. Two exercises are presented, one asking the reader to draw something warm or cold using the corresponding color types, and another asking the reader to depict Van Gogh's The Starry Night landscape during the day using warm colors.
1. BENTUK
penghasilan bentuk melalui teknik lukisan
bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan
1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan
bersifat tiga dimensi (3D)
2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat
realistik.
3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti
garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.
4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.
2. Ciri-ciri bentuk
1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman.
2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat
dan sempurna.
3. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan.
4. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang
Jenis-jenis Bentuk
A. Bentuk Konkrit
1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai
sudut.
2. Mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.
bentuk konkrit - meja
3. bentuk konkrit - bola
B. Bentuk Ilusi
1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti
warna, garisan dan lain-lain.
2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada
permukaan rata (bersifat dua dimensi)
3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan
bayang merupakan faktor terpenting.
bentuk ilusi teknik komputer grafik
4. bentuk ilusi teknik catan
Vincent Van Gogh 'Still Life"
Membina Bentuk Konkrit
Bentuk boleh dihasilkan melalui :-
1.Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai)
2.Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain
(topologi)
3.Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu,
kaca dan sebagainya.
5. penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit
potongan dan lipatan kadbod mecipta bentuk kotak
penggunaak kertas yang disulam dan dilipat menghasilkan bentuk
9. WARNA
Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai
paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak
untuk cahayadikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum.
Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh
jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan
cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap
sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas
utama falsafah semasa.
Oleh sebab persepsi warna berasal daripada kepekaan sel kon dalam retina yang berbeza-beza
terhadap bahagian-bahagian spektrum yang berlainan, warna boleh ditakrifkan melalui tahap
perangsangan sel-sel itu oleh panjang gelombang cahaya. Fisiologi warna dibincangkan di bawah.
Sains warna kekadang dipanggil kromatik dan termasuk persepsi warna oleh mata dan otak manusia,
asal warna dalam bahan-bahan, teori warna dalam bidang seni, serta fizik sinaran
elektromagnetdalam julat nampak (iaitu, apa yang kita biasa merujuk dengan mudah
sebagai cahaya). Sebagai fenomena persepsi, warna seakan-akan pic dalam pendengaran,
walaupun mekanisme-mekanisme pengamatan nada amat berbeza.
Jenis-jenis Warna
Warna Asas
Tiga warna asas. Dari kiri:Merah,Biru,kuning
warna asas merupakan warna-warna yang paling hebat kuasanya. Ia merupakan warna yang utama
dalam pembentukan warna-warna yang lebih pelbagai. Warna asas juga dikenali sebagai
warnaprimer. warna asas terdiri daripada 3 warna iaitu:
ï‚· Merah
ï‚· Biru
ï‚· Kuning
Warna Sekunder
Warna Sekunder ialah warna yang terhasil daripada campuran dua warna asas. tiga warna sekunder
tersebut ialah:
Warna Asas 1 Campuran Warna Asas 2 Hasil Warna
Merah + Kuning Jingga
Kuning + Biru Hijau
Biru + Merah Ungu
10. Warna Tertier
Campuran satu warna asas dengan warna sekunder di sebelahnya. Warna tertier terdiri daripada 6
warna.
Warna Asas Campuran Warna Sekunder Hasil Warna
Kuning + Hijau Kuning Hijau
Kuning + Jingga Kuning Jingga
Merah + Jingga Merah Jingga
Merah + Ungu Merah Ungu
Biru + Ungu Biru Ungu
Biru + Hijau Biru Hijau
Ton Warna
Ton Warna disebabkan oleh kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna. Ia dihasilkan melalui
campuran warna asal dengan putih atau hitam mengikut kadar tertentu. Warna lebih terang jika
dicampurkan dengan warna putih. Warna menjadi gelap apabila dicampurkan dengan warna hitam
Jika menggunakan cat air, lebih air dicampurkan untuk mendapatkan warna cera. Untuk
mendapatkan ton warna gelap, warna ditindihkan lapisan demi lapisan. Ton warna merupakan jenis
warna yang berguna untuk mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi dalam seni tampak.
Gubahan Warna
Sewarna
Sewarna adalah kesan gubahan satu warna dalam beberapa ton.Ia juga dikenali sebagai warna
monokrom Nilai warna lebih rendah jika dicampurkan dengan lebih warna putih. Nilai warna akan
terus meningkat jika dicampurkan dengan warna hitam. antara kelebihan sewarna atau warna
monokrom ini ialah:
ï‚· Dapat menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa
ï‚· Boleh menimbulkan gambaran ruang dan perspektif dalam catan
ï‚· Sesuai untuk ciptaan tekstil, hiasan dalaman, ubin, perabot dan sebagainya.
Kesan ton warna cat air
11. Contoh ton warna di alam sekeliling
Warna Kroma
Kroma adalah nilai ukuran kuasa warna. Ia dihasilkan melalui campuran warna tersebut dengan
penggenapnya. Nisbah campuran dengan warna penggenap akan menentukan nilai kuasanya.Kuasa
warna kroma boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu cerah, sederhana dan pudar Warna
kroma menggambarka kesan yang lebih pudar daripada warna asalnya.Hasil karya catan yang
menggunakan warna kroma dapat menimbulkan perasaan rindu, sunyi, sedih dan nostalgia.
Warna Neutral
Warna ton antara putih dan hitam
Warna neutral adalah pelbagai jenis warna kelabu yang tonnya terletak diantara putih dan hitam.
Warna neutral juga merujuk kepada warna kroma campuran dua warna penggenap dengan nisbah
tertentu dan menghasilkan warna baru yang telah hilang nilai kedua-dua warna asalnya. Contoh
warna seperti ini ialah perang, khaki, warna kulit , sawo matang dan sebagainya.
Kesan Warna
Inspirasi
Warna dapat mengubah citarasa, mempengaruhi cara pandang kita, akan ruang , menutupi
keketidaksempurnaan dan mewujudkan suasana atau kenyamanan yang unik untuk semua orang.
Warna adalah cara yang paling pantas dan paling kuat
Warna Panasdan Warna Sejuk
kumpulan warna panas dan warna sejuk
12. Warna Panas
1. Terdiri daripada kumpulan warna merah, jingga dan kuning, termasuk warna merah jingga, merah
ungu, dan kuning jingga.
2. Menimbulkan suasana yang ceria, meriah, riang dan sebagainya.
3. Warna-warna panas akan kelihatan lebih menonjol kehadapan.
4. Sesuai untuk catan bertemakan perayaan, peperangan, kemeriahan, pesta dan sebagainya.
5. Contoh bahan-bahan sekitar yang di dalam kumpulan warna panas
kumpulan warna merah dari cili
13. bunga yang bewarna merah
6. Contoh karya yang menggunakan warna-warna panas. Penggunaan warna-warna merah, hitam
jingga dan kuning menimbulkan suasana panas pada karya-karya berikut di bawah
14. merah, jingga, kuning, putih dan hitam dapat menimbulkan suasana panas dalam sesebuah karya
merah dan jingga serta kuning
Warna Sejuk
1. Merupakan kumpulan warna-warna biru, hijau, ungu, biru ungu, biru hijau dan merah ungu.
2. Menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar, sedih dan sunyi.
3. Warna-warna ini menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang.
4. Sesuai jika digunakan untuk menghasilkan kertas dinding, catan bertema alam semulajadi,
kematian, kesegaran.
5. Contoh objek alam yang mempunyai kumpulan warna-warna sejuk seperti
laut dan langit
bunga lily berwarna ungu berlatarbelakang daun yang hijau
15. pemandangan di kawasan laut, warna biru dan ungu
warna biru dan hijau di dasar laut
6. Contoh karya seni yang menggunakan kumpulan warna sejuk seperti
penggunaan warna biru dan kesan sewarna
16. campuran warna biru , hijau dan ungu menimbulkan suasana sejuk
Perspektif Warna
Bagi menghidupkan lagi sesebuah karya, pengetahuan dalam gubahan perspektif warna amatlah
penting kerana dengan penggunaan campuran warna yang betul dapat menampakkan kadar
kedalaman sesebuah ruang samada ruang cetek atau dalam. Selain daripada saiz objek yang dilukis
semakin kecil ke belakang.
bangunan dan manusia yang semakin jauh selain daripada dilukis dengan saiz yang lebih kecil,
diwarnakan juga dengan warna yang semakin pudar bagi menampakkan kesan ruang
bangunan dan pokok yang semakin jauh diwarnakan dengan warna
yang semakin pudar ke belakang
17. 1. Perubahan ton warna sama ada daripada terang kepada gelap atau sebaliknya iaitu daripada
gelap kepada terang dapat menampakkan kedalaman sesebuah ruang.
2. Semakin jauh kedalaman sesuatu ruang, semakin pudar warna objek-objek di dalamnya. Contoh
yang biasa kita lihat iaitu bukit bukau di sekeliling kita. Warna bukit akan berubah daripada hijau
kekuning-kuningan kepada hijau pudar kebiru-biruan.
warna hijau kekuningan akan berubah menjadi semakin
pudar kebiru-biruan pada alam semulajadi
3. Nilai ukuran kuasa warna atau warna kroma juga boleh menghasilkan perspektif warna
18. Blue Bells Woodland Walk by artist Delmus Phelps
warna objek (pokok) diwarnakan dengan warna kroma dan semakin pudar di ruangan belakang
4. Perspektif warna lebih jelas dikesan apabila gubahan tersebut menggunakan warna harmoni atau
sewarna. warna sewarna merupakan gubahan satu warna dengan hitam dan putih, semakin jauh
objek, warna dicampur dengan putih, manakala semakin dekat, warna dicampur dengan hitam atau
warna gelap.
20. 1. Ruang adalah kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua objek dan di dalam
sesuatu objek.
kawasan kosong di sekeliling objek
jarak antara dua objek
kawasan di dalam sesuatu objek
2. Ruang wujud di alam nyata dan dalam sesebuah karya seni.
3. Objek yang sama saiz akan kelihatan lebih besar jika berada di hadapan dan akan kelihatan
semakin kecil apabila berada di belakang/jauh.
21. mug merah lebih besar berbanding mug putih yang berada di belakang
bahagian bawah mug ini pula kelihatan lebih kecil berbanding bahagian atas kerana jaraknya yang
lebih jauh
pokok-pokok ini kelihatan mengecil ke atas kerana berada lebih jauh berbanding bahagian pangkal
pokok
4. Warna objek yang di hadapan akan kelihatan lebih jelas, manakala warna objek di belakang pula
akan kelihatan semakin kabur.
22. warna objek juga menjadi semakin kabur jika semakin jauh ke belakang
5. Semua unsur seni iaitu garisan, jalinan, rupa, bentuk dan warna memainkan peranan dalam
mewujudkan ilusi ruang dalam sesebuah karya seni visual.
jalinan pada sesuatu objek juga semakin mengecil dan pudar apabila jarak semakin ke belakang
Jenis-jenis ruang
1. Ruang terbahagi kepada dua jenis
ruang fizikal
23. ruang ilusi
a. Ruang fizikal atau ruang nyata
i. Ruang terbuka – ruang bagi kawasan lapang seperti padang, taman bunga, pantai dan lain-lain.
taman bunga
tepi pantai
ii. Ruang tertutup – ruang bagi kawasan yang sempit seperti di dalam bilik atau di dalam
sesebuah bangunan.
24. di dalam sebuah bangunan
di dalam bilik
b. Ruang ilusi atau maya – wujud dalam karya seni seperti lukisan, catan, cetakan, seni fotografi
dan sebagainya
i. Ruang dalam – ruang yang memperlihatkan kesan perspektif hasil daripada penggunaan
elemen asas seni reka seperti dalam catan landskap.
25. ii. Ruang cetek – ruang dalam kawasan terbatas seperti dalam sesebuah bilik.
26. iii. Ruang rata – karya seni visual yang memperlihatkan olahan pada satah atau permukaan yang
sama