3. BAHASA SENI VISUAL
 Unsur Seni Visual
• Garisan
•Warna
•Jalinan
•Rupa
•Bentuk
•Ruang
 Prinsip Rekaan
•Harmoni
•Kontra
•Penegasan
•Kepelbagaian
•Kesatuan
•Imbangan
•Ritma dan Pergerakan
Prev Next
5. Unsur seni
Terdapat enam unsur seni dalam
pendidikan seni visual. Antaranya ialah
garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan
warna. Tidak dinafikan keenam-enam
unsur ini amat penting dalam penghasilan
karya sesebuah seni mahupun dari segi
seni sentuhan ataupun seni tampak. Dalam
sesebuah karya seni sekurang-kurangnya
terdapat satu unsur seni.
Unsur-unsur seni.
1. Garisan
2. Rupa
3. Bentuk
4. Jalinan
5. Ruang
6. Warna
6. 1) Garisan
Garisan merupakan cantuman titik-titik yang
bersambungan atau yang mempunyai jarak tertentu.
Garisan memainkan peranan yang amat penting dalam
mewujudkan rupa, bentuk, jalinan, pergerakan, ton dan
corak.
Garisan juga memainkan peranan yang penting dalam
menunjukkan seseorang perasaan dalam sesebuah
karya.
1. Garisan merupakan cantuman beberapa siri titik.
2. Garisan wujud pada alam sekeliling, baik pada alam
semulajadi, alam benda, flora mahu pun fauna.
3. Terdapat pelbagai jenis garisan seperti garisan putus-
putus, garisan tebal, garisan nipis, garisan
berduri, garisan beralun dan pelbagai lagi.
4. Garisan boleh diolah dengan pelbagai cara atau teknik
dengan menggunakan pelbagai jenis media.
Contoh menggunakan teknik gosokan, capan, pualaman
atau catan.
8. Fungsi Garisan
1. Garisan menghasilkan rupa
2. Garisan menghasilkan bentuk
3. Garisan mewujudkan ruang
4. Garisan membentuk struktur dan bentuk
5. Garisan menghasilkan jalinan
6. Garisan menghasilkan motif
7. Garisan menimbulkan kesan ton
8. Garisan menunjukkan pergerakan
12. 2) Warna
Warna memainkan peranan yang penting dalam
mewujudkan suasana yang tidak bosan.
Warna dapat menunjukan perasaan seseorang
pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna
dalam penghasilan lukisan.
Warna merupakan elemen yang amat penting
dalam bidang seni visual.
Warna terbahagi kepada :
1. Warna asas - merah, biru dan kuning
2. Warna sekunder - campuran dua warna sahaja
daripada warna-warna asas
3. Warna tertiar - Warna Asas + Warna Sekunder
= Warna Tertier
4. Warna harmoni - sekumpulan warna yang
terletak sebelah- menyebelah dalam roda
warna.
5. Dll.
13. Warna
Warna Primer (asas)
terdiri daripada warna biru, merah dan
kuning.Warna asas ialah warna utama yang tidak
boleh dihasilkan melalui campuran warna lain,
tetapi boleh menghasilkan warna sekunder dan
warna tertier.
biru, merah dan kuning
Warna Sekunder
Warna sekunder terdiri daripada warna hijau,
jingga dan ungu.Warna sekunder terhasil daripada
campuran 2 warna asas.Warna Asas Warna
Sekunder
Kuning + Biru = Hijau
Biru + Merah = Ungu
Merah + Kuning = Jingga
14. Warna
Warna tertier
terhasil daripada campuran 1 warna asas dengan 1 warna
sekunder.
Warna Asas + Warna Sekunder = Warna Tertier
Biru + Ungu
Merah + Ungu
Merah + Jingga
Kuning + Jingga
Kuning + Hijau
Biru + Hijau
Warna Harmoni
Warna harmoni ialah sekumpulan warna yang terletak
sebelah-menyebelah dalam roda warna.
Ia mempunyai hubungan warna, ton dan suhu warna
yang sama. Warna harmoni dapat menimbulkan kesan
perasaan selesa dan tenang. Ia sesuai digunakan untuk
menghasilkan corak tekstil, hiasan dalaman, perabot, seni
taman dan seni halus.
Berikut ialah contoh warna yang berharmoni:
*merah jingga, jingga, jingga kuning
*hijau kuning, hijau, hijau biru
19. 3) Jalinan
Nilai permukaan pada objek boleh dialami dengan
cara melihat dan menyentuh.
Jalinan bermaksud kesan yang terdapat dalam
sesuatu permukaan objek.
Jalinan terbahagi kepada dua iaitu :
1. Jalinan sentuh
2. Jalinan tampak
20. Jalinan
1. Jalinan sentuh - dapat dilihat dan disentuh dengan
deria
Jalinan pada hasil anyaman Jalinan pada hasil kolaj
2. Jalinan tampak - Hanya dapat dilihat dengan deria
Kesan jalinan yang dihasilkan oleh Kesan jalinan yang dihasilkan
warna oleh lukisan pensel
21. 4) Rupa
Rupa ialah imej yang bersifat rata. Permukaan rupa
adalah kosong dan ini menjadikan rupa bersifat dua
dimensi.
Rupa merupakan sambungan penghujung garisan
ke titik permulaannya.
Rupa tiada jisim dan hanya mempunyai satu
permukaan sahaja.
Rupa terbahagi kepada empat iaitu :
1. Rupa geometri
2. Rupa organik
3. Rupa Positif
4. Rupa Negatif
24. 5) Bentuk
Imej atau objek yang bersifat tiga dimensi.
Bentuk ialah merupakan objek yang mempunyai
keluasan, ketinggian, jisim dan mempunyai
permukaan
yang lebih daripada satu.
Bentuk terbahagi kepada dua iaitu :
1. Bentuk konkrit
2. Bentuk ilusi
25. Bentuk
1. Bentuk konkrit
Objek maujud dapat dilihat dan disentuh
(arca,tembikar)
2. Bentuk ilusi
Objek yang boleh dilihat sahaja dan tidak dapat dirasa
oleh deria sentuh.
(gambar, lukisan, dan catan)
26. 6) Ruang
Ruang ialah kawasan kosong yang
terdapat dalam sesuatu objek ataupun
jarak yang ada pada di antara kedua-dua
objek dalam sesebuah karya seni.
Ruang mudah diwujudkan dalam
menggunakan garisan grid perspektif.
Ruang terbahagi kepada dua iaitu :
1. Ruang nyata
2. Ruang ilusi
27. 1 . Ruang Nyata Karya berbentuk 3D – arca, tembikar, ukiran kayu
Ruang fizikal merupakan ruang yang terdapat di persekitaran.Ruang
fizikal boleh
dibahagikan kepada 2 iaitu
a. Ruang terbuka – suatu kawasan lapang dan luas.
b. Ruang tertutup – suatu kawasan yang sempit dan terhad.
2. Ruang Ilusi - lukisan, cetakan, catan
Dalam konteks ini, ruang dapat diterjemahkan mengikut 3 peringkat
berdasarkan
penggunaannya dalam karya seni visual seperti lukisan, catan dan
rekaan grafik.
· 3 peringkat ruang tersebut ialah ruang dalam, ruang cetek dan
ruang rata.
a. Ruang Dalam
Ruang dalam ialah perhubungan kesan penggunaan perspektif
warna, perubahan saiz dan bentuk dalam hasil karya seni seperti
lukisan dan catan. Kajian nilai ton warna dan perubahan saiz berikut
memperlihatkan kesan ilusi ruang bergerak sama ada ke luar atau
ke dalam mengikut arah cahaya yang diwujudkan melalui nilai ton
warna.
b. Ruang Cetek
Ruang cetek merupakan ruang yang wujud dalam lingkungan yang
terbatas sama ada dari dinding ke dinding atau ruang kedalamannya
yang terhad.
c. Ruang Rata
Ruang rata terhasil dalam karya, terutama catan apabila dilukis atau
diolah elemen-elemen gambaran pada satah yang sama. Ia
memperlihatkan suasana rata dan sama pada suatu garisan ufuk.
28. Ruang
Ruang Nyata
-Dikenali juga sebagai ruang konkrit.
-Ruang konkrit wujud pada segala bentuk 3 dimensi .
Ruang Ilusi
- Dikenali juga sebgai ruang tampak .
30. Prinsip rekaan
Prinsip rekaan amat penting dalam penghasilan
sesebuah karya seni. Dengan adanya, prinsip-
prinsip ini kita dapat memberikan kritikan dan
pandangan atau huraian terhadap sesebuah karya
seni dalam bidang seni visual.
Antara prinsip yang terdapat dalam prinsip rekaan
dalam bidang seni visual ialah seperti berikut :
3K 2I PH ( singkatan nota untuk mudah diingati )
3K - " Kontra, Kepelbagaian, Kesatuan "
2I - " Imbangan , ritma & pergerakan "
P - Penegasan
H – Harmoni
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan
unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu
dalam gubahan seni visual
31. 1)Harmoni
- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud
aman dan damai
- Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil
ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan
seimbang
- Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan
warna
- Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur
yang bercanggah
33. 2) Kontra
- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang
bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu
gubahan
- Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian,
memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan
kesan pergerakan
- Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan
unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
34. Kontra
Kesan Kontra dalam gubahan diatas Kesan Kontra dalam gubahan diatas
ditimbulkan oleh warna yang berlainan. Ditimbulkan oleh satu saiz yang berlainan
36. 3) Penegasan
- Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu
unsur
yang menonjol, kontra atau ganjil dalam
sesuatu gubahan
- Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian,
memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
- Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan
unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang
hendak ditegaskan
Fungsi Penegasan
1. Penegasan yang digunakan dalam hasil seni
bertujuan untuk memberi tumpuan dan
menarik perhatian.
2. Contoh, hiasan pada kulit buku, pintu gerbang,
poster dan sebagainya.
38. Penegasan
Contoh bagaimana hendak menegaskan salah
satu bahagian daripada cogan kata. Kaedah
kontra digunakan untuk tujuan ini. JIWA itu lebih
menonjol dan menjadi unsur tumpuan.
Penegasan dari segi warna.
39. 4) Imbangan
- Imbangan bermaksud kesamaan dan
kesepadanan dari segi berat, tarikan dan
tumpuan
- Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
1- Imbangan simetri – unsur seni yang sama
antara kiri dan kanan atau atas dan bawah
(garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah
pembahagian tersebut)
2- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama
di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-
ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan
40. Imbangan
Labu sayong yang mempunyai imbangan simetri
Corak yang mempunyai imbangan tidak simetri
Corak yang mempunyai imbangan simetri
41. 5) Ritma dan Pergerakan
- Pergerakan ialah keadaan yang bergetar,
bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar
dsb
- Fungsi ritma dan pergerakan ialah untuk
memberi kesan lebih hidup dan realistic
terhadap sesuatu gubahan
- Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air,
ombak, taufan dsb
42. Ritma dan Pergerakan
Corak pualaman yang
mempunyai
pergerakan hasil dari
teknik penghasilannya.
Kapal terbang ini kelihatan
terbang dengan laju
menunjukkan pergerakan
kerana penggunaan
garisan-garisan serong
43. 6) Kepelbagaian
- Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai
gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu
gubahan
- Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi,
tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui
penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan
warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
45. 7)Kesatuan
- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea
bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
- Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang
tenteram, teratur dan selesa
- Memperlihatkan keberkesanan penggunaan
unsur seni dan prinsip rekaan media dan
teknik digabungkan untuk menjadikan
gubahan yang sempurna
46. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap
dan sempurna dapat mewujudkan
kesatuan.
47. Unsur Seni + Prinsip Rekaan
Garisan Imbangan
Warna Kontra
Rupa Penegasan Kesatuan
ruang Harmoni
Carta yang menunjukkan bagaimana kesatuan dicapai
dalam gubahan topeng muka