際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
TERJEMAHAN DOA  DOA DALAM AL  QURAN
Segala pujian milik Allah SWT Tuhan sekalian alam.
Rahmat dan kesejahteraan ke atas Rasul kami,
Muhammad SAW dan ke atas keluarga Baginda dan semua
sahabat Baginda.
Semoga di maqbulkan Allah SWT segala doa-doa kita...
Surah 1 AL  FATIHAH
[Ayat 1  7]
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang
Segala puji bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Penguasa Hari Akhirat
Hanya kepada Engkau kami mengabdikan diri dan hanya
kepada Engkau kami meminta pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada
mereka, bukan orang yang di murkai dan bukan orang yang
sesat
Surah 2 AL  BAQARAH
[Ayat 127]
Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amalan
kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui
[Ayat 201]
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab
neraka
[Ayat 250]
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kesabaran kepada
kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah
kami menghadapi orang kafir
[Ayat 285  286]
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan
oleh Tuhannya kepadanya, begitu juga orang yang
beriman, semuanya beriman kepada Allah, para
malaikat-Nya, kitab-kitab Nya dan para Rasul Nya.
(Mereka berkata), Kami tidak membezakan antara
seorang Rasul dengan para Rasul yang lain. Mereka
berkata lagi, Kami dengar dan kami taat, (kami
pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan hanya
kepadaMu tempat kembali.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau menghukum kami
jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan keatas kami
bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau
bebankan keatas orang yang terdahulu sebelum kami.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada
kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan
maafkanlah kesalahan kami, ampunilah kami dan
rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka
tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap
kaum-kaum yang kafir
Surah 3 AL  IMRAN
[Ayat 8]
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati
kami setelah Engkau beri hidayah kepada kami dan
kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu.
Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi
[Ayat 9]
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan
menghimpunkan semua manusia untuk hari yang tidak
ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak
memungkiri janji.
[Ayat 16]
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman,
maka ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami
daripada azab neraka
[Ayat 38]
Wahai Tuhan ku! Kurniakan kepadaku dari sisi-Mu zuriat
yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa
[Ayat 53]
Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa
yang telah Engkau turunkan dan kami mengikuti rasul-
Mu. Maka catatkanlah kami bersama orang yang menjadi
saksi (yang mengakui keEsaan-Mu dan kebenaran rasul-
Mu)
[Ayat 147]
Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan
perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami,
tetapkan pendirian kami dan tolonglah kami mencapai
kemenangan terhadap kaum yang kafir
[Ayat 173]
Cukuplah Allah bagi kami dan Dia ialah Pelindung yang
paling baik
[Ayat 191  192]
Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-
benda ini (langit dan bumi) dengan sia-sia, Maha Suci
Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya sesiapa yang Engkau
masukkan ke dalam neraka maka Engkau telah
menghinanya dan orang yang zalim tidak akan mendapati
seorang penolong pun
[Ayat 193-194]
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah
mendengar seorang penyeru (rasul) yang menyeru
kepada iman, katanya, Berimanlah kepada Tuhan kamu
maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami,
ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada
kami kesalahan-kesalahan kami dan matikan kami
bersama orang yang berbakti
Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang
telah Engkau janjikan kepada kami melalui para rasulMu
dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat.
Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji
Surah 5 AL  MAIDAH
[Ayat 83]
Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka
catatkanlah kami bersama-sama orang yang menjadi
saksi (kepada kenabian Muhammad (SAW) dan
kebenaran al-Quran)
Surah 6 AL  ANAM
[Ayat 162  163]
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku,
hanya untuk Allah Tuhan seluruh alam
Tidak ada sekutu bagi-Nya dan demikian itulah yang
diperintahkan kepadaku dan aku ialah orang yang paling
awal menyerahkan diri
Surah 7 AL  ARAF
[Ayat 23]
Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri sendiri dan
jika Engkau tidak mengampunkan dan merahmati kami,
pasti kami termasuk dalam golongan orang yang rugi
[Ayat 43]
Segala puji bagi Allah yang telah memberi hidayah
kepada kami untuk (mendapat nikmat) ini dan kami tidak
sama sekali akan mendapat hidayah jika Allah tidak
memberikan kami hidayah
[Ayat 47]
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami
bersama orang yang zalim
[Ayat 126]
Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada
kami dan matikan kami dalam keadaan Islam
Surah 10 YUNUS
[Ayat 85  86]
Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum
yang zalim
Dan selamatkanlah kami dengan Rahmat-Mu daripada
angkara kaum yang kafir
Surah 11 HUD
[Ayat 47]
Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepada
Mu daripada memohon sesuatu yang aku tidak
mengetahui (hakikatnya). Jika Engkau tidak
mengampunkan dosaku dan merahmatiku, pasti aku
termasuk orang yang rugi
Surah 12 YUSOF
[Ayat 101]
Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, Engkau
Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat.
Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan
Islam dan gabungkanlah aku dengan orang yang soleh
Surah 14 IBRAHIM
[Ayat 40  41]
Wahai Tuhan ku! Jadikan aku orang yang mengerjakan
solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai
Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku
Wahai Tuhan kami! Ampunilah daku, kedua-dua
ibubapaku serta orang yang beriman, pada hari
berlakunya hitungan amal dan pembalasan
Surah 17 AL  ISRA
[Ayat 24]
Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka
berdua (ibubapaku) sebagaimana mereka telah
memelihara dan mendidikku semasa kecil (dengan penuh
kasih sayang)
[Ayat 80]
Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan
agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta
keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang
benar lagi mulia dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu
hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku
Surah 18 AL  KAHFI
[Ayat 10]
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-
Mu, dan berilah petunjuk yang benar dalam urusan kami
Surah 20 TAHA
[Ayat 25  28]
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku
Dan permudahkanlah tugasku
Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku
Supaya mereka faham perkataanku
[Ayat 114]
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku
Surah 21 AL  ANBIYA
[Ayat 83]
Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah
Yang Maha Pengasih daripada segala (yang lain) yang
Penyayang
[Ayat 87]
Sesungguhnya tiada tuhan (yang dapat menolong)
melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau!
Sesungguhnya aku adalah dalam kalangan orang yang
menganiaya diri sendiri
[Ayat 89]
Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan aku seorang
diri (tanpa zuriat) dan hanya Engkaulah yang paling baik
mewarisi
Surah 23 AL  MUMINUN
[Ayat 29]
Wahai Tuhanku, turunkanlah aku di tempat turun yang
berkat dan Engkau ialah Pemberi tempat yang paling
baik
[Ayat 93  94]
Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau hendak
memperlihatkan kepadaku (azab) yang dijanjikan kepada
mereka (di dunia)
Maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku
tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu
[Ayat 97  98]
Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada
hasutan syaitan-syaitan
Dan aku berlindung kepada-Mu wahai Tuhanku supaya
syaitan-syaitan itu tidak mendekatiku
[Ayat 118]
Wahai Tuhanku, ampunkanlah dan rahmatilah aku dan
sememangnya hanya Engkaulah sahaja Pemberi Rahmat
yang paling baik
Surah 25 AL  FURQAN
[Ayat 65  66]
Wahai Tuhan kami, hindarkanlah azab neraka jahanam
daripada kami, sesungguhnya azabnya itu ialah
mengerikan
Sesungguhnya neraka jahanam itu seburuk-buruk
tempat menetap dan tempat tinggal
[Ayat 74]
Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami isteri2 dan
zuriat keturunan kami sebagai penyejuk hati dan
jadikanlah kami ketua ikutan bagi orang yang bertakwa
Surah 26 ASY  SYUARA
[Ayat 83  85]
Wahai Tuhanku, berikan aku ilmu agama dan jadikanlah
aku bersama golongan orang yang soleh
Jadikanlah bagiku sebutan (pujian) yang baik dalam
kalangan orang yang datang kemudian
Dan jadikanlah aku dalam kalangan orang yang mewarisi
syurga an-Naim
[Ayat 87  89]
Dan jangan Engkau hinakan aku pada hari makhluk-
makhluk dibangkitkan semula
Hari dimana seluruh harta benda dan anak-anak tidak
lagi bermanafaat
Kecuali orang yang datang mengadap Allah dengan hati
yang bersih
Surah 27 AN  NAML
[Ayat 19]
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku supaya aku tetap
mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku dan
kepada ibubapaku dan supaya aku tetap melakukan amal
soleh yang Engkau redai, dan masukkanlah aku dalam
golongan hamba-hamba-Mu yang soleh dengan rahmat-
Mu
Surah 28 AL  QASAS
[Ayat 16  17]
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diri
sendiri, maka ampunkanlah dosa ku
Wahai Tuhanku, dengan nikmat-nikmat yang Engkau
kurniakan kepadaku, (peliharalah aku) supaya aku tidak
akan menjadi penyokong kepada golongan yang
bersalah
Surah 29 AL  ANKABUT
[Ayat 30]
Wahai Tuhanku, tolonglah aku menghadapi kaum yang
melakukan kerosakan (menderhaka)
Surah 37 AS  SAFFAT
[Ayat 100]
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang
soleh
Surah 38 SAD
[Ayat 41]
Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan
penderitaan dan bencana (penyakit)
Surah 39 AZ  ZUMAR
[Ayat 38]
Cukuplah Allah bagiku, kepada-Nyalah orang yang
bertawakal berserah diri
Surah 40 GHAFIR
[Ayat 7  9]
Wahai Tuhan kami! Rahmat dan Ilmu-Mu meliputi
segalanya, maka berilah keampunan kepada orang yang
bertaubat serta mengikut jalan-Mu dan peliharalah
mereka daripada azab neraka
Wahai Tuhan kami! Masukkanlah mereka ke dalam
syurga Adn yang Engkau telah janjikan kepada mereka
dan orang yang layak antara ibubapa mereka, isteri-isteri
dan keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah Yang
Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana
Peliharalah mereka daripada kejahatan-kejahatan (yang
dilakukan mereka). Sesiapa yang Engkau pelihara pada
hari itu daripada terkena (balasan) kejahatan-kejahatan
maka sesungguhnya Engkau telah merahmatinya, itu
kemenangan yang besar
[Ayat 60]
Tuhan kamu berfirman, Berdoalah kepada-Ku pasti Aku
perkenankan doa kamu. Sesungguhnya orang yang
sopmbong daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku
akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.
Surah 43 AZ  ZUKHRUF
[Ayat 13  14]
Maha Suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini
untuk kami, sedangkan kami sebelum ini tidak mampu
menguasainya
Dan sesungguhnya kepada Tuhan Kamilah, kami akan
kembali
Surah 46 AL  AHQAF
[Ayat 15]
Wahai Tuhanku, tunjukkanlah aku supaya aku tetap
mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku
dan kepada ibubapa ku, dan supaya aku tetap melakukan
kebaikan yang Engkau redai. Berikanlah kebaikan kepada
zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat
kepada-Mu, dan sesungguhnya aku termasuk orang yang
berserah diri (yang tunduk patuh kepada-Mu)
Surah 59 AL  HASYR
[Ayat 10]
Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa
saudara-mara kami yang telah beriman sebelum kami,
dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan
dengki dan dendam terhadap orang yang beriman. Wahai
Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Belas Kasihan
lagi Maha Penyayang
Surah 60 AL  MUMTAHINAH
[Ayat 4  5]
Wahai Tuhan kami Hanya kepada-Mu kami bertawakal,
dan kepada-Mu kami bertaubat, serta kepada-Mu kami
kembali
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami
sasaran fitnah kepada orang kafir dan ampunkanlah dosa
kami wahai Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau yang
Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana
Surah 66 AT  TAHRIM
[Ayat 8]
Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya
kami dan ampunkanlah kami. Sesungguhnya Engkau
Maha Berkuasa atas setiap sesuatu
[Ayat 11]
Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-
Mu di Syurga
Surah 112 AL  IKHLAS
[Ayat 1  4]
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang
Katakanlah (wahai Muhammad),  Dialah Allah Yang
Maha Esa
Allah yang menjadi tumpuan pergantungan segala
sesuatu
Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan
Dan tiada sesiapa pun yang setanding dengan-Nya
Surah 113 AL  FALAQ
[Ayat 1  5]
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang
Katakanlah (wahai Muhammad), Aku berlindung
kepada Tuhan Yang Menguasai subuh
Daripada kejahatan (makhluk) yang Dia ciptakan
Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap-
gelita
Dan daripada kejahatan perempuan-perempuan tukang
sihir yang menghembus pada simpulan
Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila dia
berdengki
Surah 114 AN  NAS
[Ayat 1  6]
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang
Katakanlah (wahai Muhammad), Aku berlindung
kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai)
manusia
Raja Yang Menguasai seluruh manusia
Tuhan yang berhak di sembah oleh seluruh manusia
Daripada kejahatan syaitan (pembisik) yang
bersembunyi
Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam hati manusia
Daripada (kejahatan) jin dan manusia

More Related Content

What's hot (20)

Hubungan Akidah dan Akhlak dalam Islam
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam IslamHubungan Akidah dan Akhlak dalam Islam
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam Islam
Muhd Danial
Doa sempena majlis penutup kursus
Doa sempena majlis penutup kursusDoa sempena majlis penutup kursus
Doa sempena majlis penutup kursus
Dzul Hilmi Mohd Jani
2. teks hijrah rasulullah
2. teks hijrah rasulullah2. teks hijrah rasulullah
2. teks hijrah rasulullah
Kamarudin Jaafar
Imam 'Asim
Imam 'AsimImam 'Asim
Imam 'Asim
farahmohammat
Contoh pidato sederhana
Contoh pidato sederhanaContoh pidato sederhana
Contoh pidato sederhana
Indras Kembaren
10 cara menenangkan hati
10 cara menenangkan hati10 cara menenangkan hati
10 cara menenangkan hati
Ajeng Pipit
Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)
Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)
Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)
Siti Nadzirah Md Supar
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Mohd Syahir Ismail
Ceramah ma'al hijrah 1431 h
Ceramah ma'al hijrah 1431 hCeramah ma'al hijrah 1431 h
Ceramah ma'al hijrah 1431 h
Dausi Nuzula
Teks pengacara konsultasi set 2
Teks pengacara konsultasi set 2Teks pengacara konsultasi set 2
Teks pengacara konsultasi set 2
latifah tarkep
Doa lawatan ipgk ipoh
Doa lawatan ipgk ipohDoa lawatan ipgk ipoh
Doa lawatan ipgk ipoh
ASYRAF ABD GHANI
Bacaan doa majlis yang mudah dan ringkas
Bacaan doa majlis yang mudah dan ringkasBacaan doa majlis yang mudah dan ringkas
Bacaan doa majlis yang mudah dan ringkas
Afifi Daud
Pesona Kenikmatan Surga
Pesona Kenikmatan SurgaPesona Kenikmatan Surga
Pesona Kenikmatan Surga
Idrus Abidin
Am & khas
Am & khasAm & khas
Am & khas
bersandar
Adat perkahwinan
Adat perkahwinanAdat perkahwinan
Adat perkahwinan
Ilyana UKM
Ismul 'azhom
Ismul 'azhomIsmul 'azhom
Ismul 'azhom
Abdul Aziz Abdul Rahim
Kepentingan solat lima waktu
Kepentingan solat lima waktuKepentingan solat lima waktu
Kepentingan solat lima waktu
Mohd Haris
Doa majlis perhimpunan
Doa majlis perhimpunanDoa majlis perhimpunan
Doa majlis perhimpunan
Ibnu Kamaruddin
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam Islam
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam IslamHubungan Akidah dan Akhlak dalam Islam
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam Islam
Muhd Danial
Doa sempena majlis penutup kursus
Doa sempena majlis penutup kursusDoa sempena majlis penutup kursus
Doa sempena majlis penutup kursus
Dzul Hilmi Mohd Jani
2. teks hijrah rasulullah
2. teks hijrah rasulullah2. teks hijrah rasulullah
2. teks hijrah rasulullah
Kamarudin Jaafar
Contoh pidato sederhana
Contoh pidato sederhanaContoh pidato sederhana
Contoh pidato sederhana
Indras Kembaren
10 cara menenangkan hati
10 cara menenangkan hati10 cara menenangkan hati
10 cara menenangkan hati
Ajeng Pipit
Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)
Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)
Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)
Siti Nadzirah Md Supar
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Mohd Syahir Ismail
Ceramah ma'al hijrah 1431 h
Ceramah ma'al hijrah 1431 hCeramah ma'al hijrah 1431 h
Ceramah ma'al hijrah 1431 h
Dausi Nuzula
Teks pengacara konsultasi set 2
Teks pengacara konsultasi set 2Teks pengacara konsultasi set 2
Teks pengacara konsultasi set 2
latifah tarkep
Bacaan doa majlis yang mudah dan ringkas
Bacaan doa majlis yang mudah dan ringkasBacaan doa majlis yang mudah dan ringkas
Bacaan doa majlis yang mudah dan ringkas
Afifi Daud
Pesona Kenikmatan Surga
Pesona Kenikmatan SurgaPesona Kenikmatan Surga
Pesona Kenikmatan Surga
Idrus Abidin
Am & khas
Am & khasAm & khas
Am & khas
bersandar
Adat perkahwinan
Adat perkahwinanAdat perkahwinan
Adat perkahwinan
Ilyana UKM
Kepentingan solat lima waktu
Kepentingan solat lima waktuKepentingan solat lima waktu
Kepentingan solat lima waktu
Mohd Haris
Doa majlis perhimpunan
Doa majlis perhimpunanDoa majlis perhimpunan
Doa majlis perhimpunan
Ibnu Kamaruddin

Similar to Himpunan doa pilihan dalam al quran (20)

Himpunan doa dlm_quran
Himpunan doa dlm_quranHimpunan doa dlm_quran
Himpunan doa dlm_quran
mustaqim rois
Himpunan doa dlm_quran
Himpunan doa dlm_quranHimpunan doa dlm_quran
Himpunan doa dlm_quran
Norita Rosdi
Doa Para Nabi Dalam al-Qur'an .PDF
Doa Para Nabi Dalam al-Qur'an .PDFDoa Para Nabi Dalam al-Qur'an .PDF
Doa Para Nabi Dalam al-Qur'an .PDF
Anas Wibowo
(4)doa doa pilihan
(4)doa doa pilihan(4)doa doa pilihan
(4)doa doa pilihan
M naim
Doa Perlindungan dan Permohonan .PDF
Doa Perlindungan dan Permohonan .PDFDoa Perlindungan dan Permohonan .PDF
Doa Perlindungan dan Permohonan .PDF
Anas Wibowo
Doa di dalam al-Quran
Doa di dalam al-QuranDoa di dalam al-Quran
Doa di dalam al-Quran
Aegis Malaysia
Doa slepas solat
Doa slepas solatDoa slepas solat
Doa slepas solat
Roslini Zakaria
Qunut merupakan doa yang dilakukan pada shalat subuh atau shalat withir
Qunut merupakan doa yang dilakukan pada shalat subuh atau shalat withirQunut merupakan doa yang dilakukan pada shalat subuh atau shalat withir
Qunut merupakan doa yang dilakukan pada shalat subuh atau shalat withir
Dwi Yanto
Doa surah yasin
Doa surah yasinDoa surah yasin
Doa surah yasin
Abdul Rahman Ramli
Doa dalam al quran
Doa dalam al quranDoa dalam al quran
Doa dalam al quran
ly infinitryx
Doa selepas sembahyang
Doa selepas sembahyangDoa selepas sembahyang
Doa selepas sembahyang
Gua Syed Al Yahya
ESTRAKURIKULER DO'A SETELAH SHALAT.pptx
ESTRAKURIKULER  DO'A SETELAH SHALAT.pptxESTRAKURIKULER  DO'A SETELAH SHALAT.pptx
ESTRAKURIKULER DO'A SETELAH SHALAT.pptx
SYARASSAPTINOSYA
Penting Penting Penting Doa Untuk Palestine
Penting Penting Penting Doa Untuk PalestinePenting Penting Penting Doa Untuk Palestine
Penting Penting Penting Doa Untuk Palestine
Ghazally Spahat
Doa selepas solat
Doa selepas solatDoa selepas solat
Doa selepas solat
fahmi adni
Doa sesudah solat
Doa sesudah solatDoa sesudah solat
Doa sesudah solat
julian ginting
Tahlil Arwah
Tahlil ArwahTahlil Arwah
Tahlil Arwah
well881
IBADAH KONDIS 2022.pptx
IBADAH KONDIS 2022.pptxIBADAH KONDIS 2022.pptx
IBADAH KONDIS 2022.pptx
lamhotdamanik56
Peristiwa Cahaya_Doa Rosario_Lingkungan MBP3.pptx
Peristiwa Cahaya_Doa Rosario_Lingkungan MBP3.pptxPeristiwa Cahaya_Doa Rosario_Lingkungan MBP3.pptx
Peristiwa Cahaya_Doa Rosario_Lingkungan MBP3.pptx
888bonifatius
Himpunan doa dlm_quran
Himpunan doa dlm_quranHimpunan doa dlm_quran
Himpunan doa dlm_quran
mustaqim rois
Himpunan doa dlm_quran
Himpunan doa dlm_quranHimpunan doa dlm_quran
Himpunan doa dlm_quran
Norita Rosdi
Doa Para Nabi Dalam al-Qur'an .PDF
Doa Para Nabi Dalam al-Qur'an .PDFDoa Para Nabi Dalam al-Qur'an .PDF
Doa Para Nabi Dalam al-Qur'an .PDF
Anas Wibowo
(4)doa doa pilihan
(4)doa doa pilihan(4)doa doa pilihan
(4)doa doa pilihan
M naim
Doa Perlindungan dan Permohonan .PDF
Doa Perlindungan dan Permohonan .PDFDoa Perlindungan dan Permohonan .PDF
Doa Perlindungan dan Permohonan .PDF
Anas Wibowo
Doa di dalam al-Quran
Doa di dalam al-QuranDoa di dalam al-Quran
Doa di dalam al-Quran
Aegis Malaysia
Qunut merupakan doa yang dilakukan pada shalat subuh atau shalat withir
Qunut merupakan doa yang dilakukan pada shalat subuh atau shalat withirQunut merupakan doa yang dilakukan pada shalat subuh atau shalat withir
Qunut merupakan doa yang dilakukan pada shalat subuh atau shalat withir
Dwi Yanto
Doa dalam al quran
Doa dalam al quranDoa dalam al quran
Doa dalam al quran
ly infinitryx
ESTRAKURIKULER DO'A SETELAH SHALAT.pptx
ESTRAKURIKULER  DO'A SETELAH SHALAT.pptxESTRAKURIKULER  DO'A SETELAH SHALAT.pptx
ESTRAKURIKULER DO'A SETELAH SHALAT.pptx
SYARASSAPTINOSYA
Penting Penting Penting Doa Untuk Palestine
Penting Penting Penting Doa Untuk PalestinePenting Penting Penting Doa Untuk Palestine
Penting Penting Penting Doa Untuk Palestine
Ghazally Spahat
Doa selepas solat
Doa selepas solatDoa selepas solat
Doa selepas solat
fahmi adni
Tahlil Arwah
Tahlil ArwahTahlil Arwah
Tahlil Arwah
well881
IBADAH KONDIS 2022.pptx
IBADAH KONDIS 2022.pptxIBADAH KONDIS 2022.pptx
IBADAH KONDIS 2022.pptx
lamhotdamanik56
Peristiwa Cahaya_Doa Rosario_Lingkungan MBP3.pptx
Peristiwa Cahaya_Doa Rosario_Lingkungan MBP3.pptxPeristiwa Cahaya_Doa Rosario_Lingkungan MBP3.pptx
Peristiwa Cahaya_Doa Rosario_Lingkungan MBP3.pptx
888bonifatius

Recently uploaded (11)

MEMBANGUN KARAKTER BAKU - USTAD TAUHID ( TAUFIQ HIDAYAT. M.Sos)
MEMBANGUN KARAKTER BAKU - USTAD TAUHID ( TAUFIQ HIDAYAT. M.Sos)MEMBANGUN KARAKTER BAKU - USTAD TAUHID ( TAUFIQ HIDAYAT. M.Sos)
MEMBANGUN KARAKTER BAKU - USTAD TAUHID ( TAUFIQ HIDAYAT. M.Sos)
TaufiqHidayat173276
Pelajaran Sekolah Sabat ke-10 Triwulan I 2025.pptx
Pelajaran Sekolah Sabat ke-10 Triwulan I 2025.pptxPelajaran Sekolah Sabat ke-10 Triwulan I 2025.pptx
Pelajaran Sekolah Sabat ke-10 Triwulan I 2025.pptx
DavidSyahputra4
MENDENGAR DAN MELAKUKAN NEW.pptx SURAT YAKOBUS
MENDENGAR DAN MELAKUKAN NEW.pptx SURAT YAKOBUSMENDENGAR DAN MELAKUKAN NEW.pptx SURAT YAKOBUS
MENDENGAR DAN MELAKUKAN NEW.pptx SURAT YAKOBUS
GilbertFibriyantAdan
DUA JENIS IBADAH NEW. KHOTBAH BERSERI SURAT YAKOBUS
DUA JENIS IBADAH NEW. KHOTBAH BERSERI SURAT YAKOBUSDUA JENIS IBADAH NEW. KHOTBAH BERSERI SURAT YAKOBUS
DUA JENIS IBADAH NEW. KHOTBAH BERSERI SURAT YAKOBUS
GilbertFibriyantAdan
MENANG ATAS PENCOBAAN NEW.INJIL MATIUS 4:1-11
MENANG ATAS PENCOBAAN NEW.INJIL MATIUS 4:1-11MENANG ATAS PENCOBAAN NEW.INJIL MATIUS 4:1-11
MENANG ATAS PENCOBAAN NEW.INJIL MATIUS 4:1-11
GilbertFibriyantAdan
Malay - The Art of Ruling (Political Governance) - Negara Brunei Darussalam.pdf
Malay - The Art of Ruling (Political Governance) - Negara Brunei Darussalam.pdfMalay - The Art of Ruling (Political Governance) - Negara Brunei Darussalam.pdf
Malay - The Art of Ruling (Political Governance) - Negara Brunei Darussalam.pdf
Filipino Tracts and Literature Society Inc.
Materi Pembelajaran Ramadan Presentasi.pdf
Materi Pembelajaran Ramadan Presentasi.pdfMateri Pembelajaran Ramadan Presentasi.pdf
Materi Pembelajaran Ramadan Presentasi.pdf
HalimahHaa
Bagaimanakah seorang muslim berhari raya 1446 H.pptx
Bagaimanakah seorang muslim berhari raya 1446 H.pptxBagaimanakah seorang muslim berhari raya 1446 H.pptx
Bagaimanakah seorang muslim berhari raya 1446 H.pptx
MohammadShoheh
Sekolah Sabat - Triwulan 1 2025 - Pelajaran 11
Sekolah Sabat - Triwulan 1 2025 - Pelajaran 11Sekolah Sabat - Triwulan 1 2025 - Pelajaran 11
Sekolah Sabat - Triwulan 1 2025 - Pelajaran 11
Adam Hiola
FAVORITISME DALAM GEREJA NEW [NEW]1.pptx
FAVORITISME DALAM GEREJA NEW [NEW]1.pptxFAVORITISME DALAM GEREJA NEW [NEW]1.pptx
FAVORITISME DALAM GEREJA NEW [NEW]1.pptx
GilbertFibriyantAdan
TAUHID KUNCI KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT - UST. TAUHID ( TAUFIQ HIDAYAT).ppt
TAUHID KUNCI  KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT - UST. TAUHID ( TAUFIQ HIDAYAT).pptTAUHID KUNCI  KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT - UST. TAUHID ( TAUFIQ HIDAYAT).ppt
TAUHID KUNCI KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT - UST. TAUHID ( TAUFIQ HIDAYAT).ppt
TaufiqHidayat173276
MEMBANGUN KARAKTER BAKU - USTAD TAUHID ( TAUFIQ HIDAYAT. M.Sos)
MEMBANGUN KARAKTER BAKU - USTAD TAUHID ( TAUFIQ HIDAYAT. M.Sos)MEMBANGUN KARAKTER BAKU - USTAD TAUHID ( TAUFIQ HIDAYAT. M.Sos)
MEMBANGUN KARAKTER BAKU - USTAD TAUHID ( TAUFIQ HIDAYAT. M.Sos)
TaufiqHidayat173276
Pelajaran Sekolah Sabat ke-10 Triwulan I 2025.pptx
Pelajaran Sekolah Sabat ke-10 Triwulan I 2025.pptxPelajaran Sekolah Sabat ke-10 Triwulan I 2025.pptx
Pelajaran Sekolah Sabat ke-10 Triwulan I 2025.pptx
DavidSyahputra4
MENDENGAR DAN MELAKUKAN NEW.pptx SURAT YAKOBUS
MENDENGAR DAN MELAKUKAN NEW.pptx SURAT YAKOBUSMENDENGAR DAN MELAKUKAN NEW.pptx SURAT YAKOBUS
MENDENGAR DAN MELAKUKAN NEW.pptx SURAT YAKOBUS
GilbertFibriyantAdan
DUA JENIS IBADAH NEW. KHOTBAH BERSERI SURAT YAKOBUS
DUA JENIS IBADAH NEW. KHOTBAH BERSERI SURAT YAKOBUSDUA JENIS IBADAH NEW. KHOTBAH BERSERI SURAT YAKOBUS
DUA JENIS IBADAH NEW. KHOTBAH BERSERI SURAT YAKOBUS
GilbertFibriyantAdan
MENANG ATAS PENCOBAAN NEW.INJIL MATIUS 4:1-11
MENANG ATAS PENCOBAAN NEW.INJIL MATIUS 4:1-11MENANG ATAS PENCOBAAN NEW.INJIL MATIUS 4:1-11
MENANG ATAS PENCOBAAN NEW.INJIL MATIUS 4:1-11
GilbertFibriyantAdan
Malay - The Art of Ruling (Political Governance) - Negara Brunei Darussalam.pdf
Malay - The Art of Ruling (Political Governance) - Negara Brunei Darussalam.pdfMalay - The Art of Ruling (Political Governance) - Negara Brunei Darussalam.pdf
Malay - The Art of Ruling (Political Governance) - Negara Brunei Darussalam.pdf
Filipino Tracts and Literature Society Inc.
Materi Pembelajaran Ramadan Presentasi.pdf
Materi Pembelajaran Ramadan Presentasi.pdfMateri Pembelajaran Ramadan Presentasi.pdf
Materi Pembelajaran Ramadan Presentasi.pdf
HalimahHaa
Bagaimanakah seorang muslim berhari raya 1446 H.pptx
Bagaimanakah seorang muslim berhari raya 1446 H.pptxBagaimanakah seorang muslim berhari raya 1446 H.pptx
Bagaimanakah seorang muslim berhari raya 1446 H.pptx
MohammadShoheh
Sekolah Sabat - Triwulan 1 2025 - Pelajaran 11
Sekolah Sabat - Triwulan 1 2025 - Pelajaran 11Sekolah Sabat - Triwulan 1 2025 - Pelajaran 11
Sekolah Sabat - Triwulan 1 2025 - Pelajaran 11
Adam Hiola
FAVORITISME DALAM GEREJA NEW [NEW]1.pptx
FAVORITISME DALAM GEREJA NEW [NEW]1.pptxFAVORITISME DALAM GEREJA NEW [NEW]1.pptx
FAVORITISME DALAM GEREJA NEW [NEW]1.pptx
GilbertFibriyantAdan
TAUHID KUNCI KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT - UST. TAUHID ( TAUFIQ HIDAYAT).ppt
TAUHID KUNCI  KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT - UST. TAUHID ( TAUFIQ HIDAYAT).pptTAUHID KUNCI  KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT - UST. TAUHID ( TAUFIQ HIDAYAT).ppt
TAUHID KUNCI KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT - UST. TAUHID ( TAUFIQ HIDAYAT).ppt
TaufiqHidayat173276

Himpunan doa pilihan dalam al quran

  • 1. TERJEMAHAN DOA DOA DALAM AL QURAN Segala pujian milik Allah SWT Tuhan sekalian alam. Rahmat dan kesejahteraan ke atas Rasul kami, Muhammad SAW dan ke atas keluarga Baginda dan semua sahabat Baginda. Semoga di maqbulkan Allah SWT segala doa-doa kita... Surah 1 AL FATIHAH [Ayat 1 7] Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Penguasa Hari Akhirat Hanya kepada Engkau kami mengabdikan diri dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan Tunjukkanlah kami jalan yang lurus Jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan orang yang di murkai dan bukan orang yang sesat
  • 2. Surah 2 AL BAQARAH [Ayat 127] Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui [Ayat 201] Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka [Ayat 250] Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kesabaran kepada kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami menghadapi orang kafir
  • 3. [Ayat 285 286] Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan oleh Tuhannya kepadanya, begitu juga orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab Nya dan para Rasul Nya. (Mereka berkata), Kami tidak membezakan antara seorang Rasul dengan para Rasul yang lain. Mereka berkata lagi, Kami dengar dan kami taat, (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan hanya kepadaMu tempat kembali. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan keatas kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan keatas orang yang terdahulu sebelum kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir
  • 4. Surah 3 AL IMRAN [Ayat 8] Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau beri hidayah kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi [Ayat 9] Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan semua manusia untuk hari yang tidak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. [Ayat 16] Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada azab neraka [Ayat 38] Wahai Tuhan ku! Kurniakan kepadaku dari sisi-Mu zuriat yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa
  • 5. [Ayat 53] Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan kami mengikuti rasul- Mu. Maka catatkanlah kami bersama orang yang menjadi saksi (yang mengakui keEsaan-Mu dan kebenaran rasul- Mu) [Ayat 147] Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, tetapkan pendirian kami dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir [Ayat 173] Cukuplah Allah bagi kami dan Dia ialah Pelindung yang paling baik
  • 6. [Ayat 191 192] Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda- benda ini (langit dan bumi) dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka Engkau telah menghinanya dan orang yang zalim tidak akan mendapati seorang penolong pun [Ayat 193-194] Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman, katanya, Berimanlah kepada Tuhan kamu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikan kami bersama orang yang berbakti Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui para rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji
  • 7. Surah 5 AL MAIDAH [Ayat 83] Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatkanlah kami bersama-sama orang yang menjadi saksi (kepada kenabian Muhammad (SAW) dan kebenaran al-Quran) Surah 6 AL ANAM [Ayat 162 163] Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku, hanya untuk Allah Tuhan seluruh alam Tidak ada sekutu bagi-Nya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku ialah orang yang paling awal menyerahkan diri
  • 8. Surah 7 AL ARAF [Ayat 23] Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan dan merahmati kami, pasti kami termasuk dalam golongan orang yang rugi [Ayat 43] Segala puji bagi Allah yang telah memberi hidayah kepada kami untuk (mendapat nikmat) ini dan kami tidak sama sekali akan mendapat hidayah jika Allah tidak memberikan kami hidayah [Ayat 47] Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang yang zalim [Ayat 126] Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikan kami dalam keadaan Islam
  • 9. Surah 10 YUNUS [Ayat 85 86] Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim Dan selamatkanlah kami dengan Rahmat-Mu daripada angkara kaum yang kafir Surah 11 HUD [Ayat 47] Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepada Mu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mengetahui (hakikatnya). Jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan merahmatiku, pasti aku termasuk orang yang rugi Surah 12 YUSOF [Ayat 101] Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat. Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang yang soleh
  • 10. Surah 14 IBRAHIM [Ayat 40 41] Wahai Tuhan ku! Jadikan aku orang yang mengerjakan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku Wahai Tuhan kami! Ampunilah daku, kedua-dua ibubapaku serta orang yang beriman, pada hari berlakunya hitungan amal dan pembalasan Surah 17 AL ISRA [Ayat 24] Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua (ibubapaku) sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil (dengan penuh kasih sayang) [Ayat 80] Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku
  • 11. Surah 18 AL KAHFI [Ayat 10] Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi- Mu, dan berilah petunjuk yang benar dalam urusan kami Surah 20 TAHA [Ayat 25 28] Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku Dan permudahkanlah tugasku Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku Supaya mereka faham perkataanku [Ayat 114] Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku
  • 12. Surah 21 AL ANBIYA [Ayat 83] Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah Yang Maha Pengasih daripada segala (yang lain) yang Penyayang [Ayat 87] Sesungguhnya tiada tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah dalam kalangan orang yang menganiaya diri sendiri [Ayat 89] Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan aku seorang diri (tanpa zuriat) dan hanya Engkaulah yang paling baik mewarisi
  • 13. Surah 23 AL MUMINUN [Ayat 29] Wahai Tuhanku, turunkanlah aku di tempat turun yang berkat dan Engkau ialah Pemberi tempat yang paling baik [Ayat 93 94] Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau hendak memperlihatkan kepadaku (azab) yang dijanjikan kepada mereka (di dunia) Maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu [Ayat 97 98] Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada hasutan syaitan-syaitan Dan aku berlindung kepada-Mu wahai Tuhanku supaya syaitan-syaitan itu tidak mendekatiku [Ayat 118] Wahai Tuhanku, ampunkanlah dan rahmatilah aku dan sememangnya hanya Engkaulah sahaja Pemberi Rahmat yang paling baik
  • 14. Surah 25 AL FURQAN [Ayat 65 66] Wahai Tuhan kami, hindarkanlah azab neraka jahanam daripada kami, sesungguhnya azabnya itu ialah mengerikan Sesungguhnya neraka jahanam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat tinggal [Ayat 74] Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami isteri2 dan zuriat keturunan kami sebagai penyejuk hati dan jadikanlah kami ketua ikutan bagi orang yang bertakwa
  • 15. Surah 26 ASY SYUARA [Ayat 83 85] Wahai Tuhanku, berikan aku ilmu agama dan jadikanlah aku bersama golongan orang yang soleh Jadikanlah bagiku sebutan (pujian) yang baik dalam kalangan orang yang datang kemudian Dan jadikanlah aku dalam kalangan orang yang mewarisi syurga an-Naim [Ayat 87 89] Dan jangan Engkau hinakan aku pada hari makhluk- makhluk dibangkitkan semula Hari dimana seluruh harta benda dan anak-anak tidak lagi bermanafaat Kecuali orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang bersih
  • 16. Surah 27 AN NAML [Ayat 19] Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku supaya aku tetap mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku dan supaya aku tetap melakukan amal soleh yang Engkau redai, dan masukkanlah aku dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh dengan rahmat- Mu Surah 28 AL QASAS [Ayat 16 17] Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diri sendiri, maka ampunkanlah dosa ku Wahai Tuhanku, dengan nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah aku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah
  • 17. Surah 29 AL ANKABUT [Ayat 30] Wahai Tuhanku, tolonglah aku menghadapi kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka) Surah 37 AS SAFFAT [Ayat 100] Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang soleh Surah 38 SAD [Ayat 41] Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan penderitaan dan bencana (penyakit) Surah 39 AZ ZUMAR [Ayat 38] Cukuplah Allah bagiku, kepada-Nyalah orang yang bertawakal berserah diri
  • 18. Surah 40 GHAFIR [Ayat 7 9] Wahai Tuhan kami! Rahmat dan Ilmu-Mu meliputi segalanya, maka berilah keampunan kepada orang yang bertaubat serta mengikut jalan-Mu dan peliharalah mereka daripada azab neraka Wahai Tuhan kami! Masukkanlah mereka ke dalam syurga Adn yang Engkau telah janjikan kepada mereka dan orang yang layak antara ibubapa mereka, isteri-isteri dan keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana Peliharalah mereka daripada kejahatan-kejahatan (yang dilakukan mereka). Sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu daripada terkena (balasan) kejahatan-kejahatan maka sesungguhnya Engkau telah merahmatinya, itu kemenangan yang besar
  • 19. [Ayat 60] Tuhan kamu berfirman, Berdoalah kepada-Ku pasti Aku perkenankan doa kamu. Sesungguhnya orang yang sopmbong daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina. Surah 43 AZ ZUKHRUF [Ayat 13 14] Maha Suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedangkan kami sebelum ini tidak mampu menguasainya Dan sesungguhnya kepada Tuhan Kamilah, kami akan kembali
  • 20. Surah 46 AL AHQAF [Ayat 15] Wahai Tuhanku, tunjukkanlah aku supaya aku tetap mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapa ku, dan supaya aku tetap melakukan kebaikan yang Engkau redai. Berikanlah kebaikan kepada zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku termasuk orang yang berserah diri (yang tunduk patuh kepada-Mu) Surah 59 AL HASYR [Ayat 10] Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-mara kami yang telah beriman sebelum kami, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan dengki dan dendam terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Belas Kasihan lagi Maha Penyayang
  • 21. Surah 60 AL MUMTAHINAH [Ayat 4 5] Wahai Tuhan kami Hanya kepada-Mu kami bertawakal, dan kepada-Mu kami bertaubat, serta kepada-Mu kami kembali Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah kepada orang kafir dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana Surah 66 AT TAHRIM [Ayat 8] Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunkanlah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas setiap sesuatu [Ayat 11] Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi- Mu di Syurga
  • 22. Surah 112 AL IKHLAS [Ayat 1 4] Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Katakanlah (wahai Muhammad), Dialah Allah Yang Maha Esa Allah yang menjadi tumpuan pergantungan segala sesuatu Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan Dan tiada sesiapa pun yang setanding dengan-Nya
  • 23. Surah 113 AL FALAQ [Ayat 1 5] Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Katakanlah (wahai Muhammad), Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh Daripada kejahatan (makhluk) yang Dia ciptakan Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap- gelita Dan daripada kejahatan perempuan-perempuan tukang sihir yang menghembus pada simpulan Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila dia berdengki
  • 24. Surah 114 AN NAS [Ayat 1 6] Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Katakanlah (wahai Muhammad), Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia Raja Yang Menguasai seluruh manusia Tuhan yang berhak di sembah oleh seluruh manusia Daripada kejahatan syaitan (pembisik) yang bersembunyi Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam hati manusia Daripada (kejahatan) jin dan manusia