Para fuqaha ibarat doktor yang merawat pesakit. Manakala para ulama hadis ibarat pakar farmasi yang menentukan ubat-ubatan yang sesuai untuk diberikan kepada pesakit. Sebagaimana kesan buruk akan menimpa pesakit apabila tersilap menerima ubat, demikian jugalah kesan fatwa yang akan terhasil apabila hadis-hadis yang bermasalah dijadikan sebagai sumber dalam mengeluarkan hukum. Sebahagian orang beranggapan bahawa para ulama hadis tidak memahami bahkan tidak pakar di dalam ilmu usul fiqh. Persoalannya, adakah kenyataan ini tepat atau sebaliknya ? Justeru, di dalam Irsyad Usul al-Fiqh siri ini, kami akan mengulas isu ini dengan lebih lanjut. Ulama Hadis Memiliki Mazhab Tersendiri
"Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]Kaminorsabir Kamin
油
Tajuk: "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi & Manhajnya"
Penulis: Muhammad Fathi Ali (http://ansarul-hadis.blogspot.com/)
Disemak oleh: Mohd `Adlan bin Mohd Shariffuddin (http://ad-diyari.com/)
Edisi: Revisi Disember 2010 (edisi revisi dengan tambahan isi)*
* antara isi baru yang ditambah ialah nama yang sebenar dan tepat untuk Sunan Al-Tirmizi
Muka Surat: 20 muka termasuk kulit
Hak Cipta: Buku ini adalah waqaf penulis kepada seluruh umat Islam, tiada hak cipta mana-mana syarikat percetakan, dianjurkan untuk menyebarkannya dan mencetaknya dengan sebarang alat percetakan, dilarang plagiat sama sekali, dan dilarang meniagakannya tanpa izin
>> http://ansarul-hadis.blogspot.com/
Perkongsian oleh Syaari Ab Rahman mengenai "Kewajipan Ke Atas Kitabullah" berdasarkan kitab "Itqal al-Burhan fi Ulum al-Quran" karangan Syekh Dr Fadhl Hasan Abbas pada 11 Jan 2019 di Tadabbur Centre
Ini merupakan tajuk perbincangan ahli kumpulan saya.Untuk sesiapa yang ingin mengetahui lebih mendalam secara santai mengenai Imam Hanifah,bolehla jadikan ia sebagai maklumat tambahan..Semoga mendapat manfaat.
Gaya Bahasa Insha' Ayat Ruqyah Darussyifa'KOSPATI UKM
油
Kolokium Siswazah dan Prasiswazah Pengajian Arab dan Tamadun Islam (e-KOSPATI 3.0) 2021
7-9 Julai 2021; 際際滷Share.net & Channel YouTube
Pembentang: Nur Nadhirah Pathulmubin & Md Nor Abdullah
Anjuran:
1. Program Pengajian Arab dan Tamadun Islam (PPATI), FPI, UKM
2. Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam (ArabIC), FPI, UKM
3. Duta Pembelajaran Aktif @PPATI-ArabIC, FPI, UKM
4. Kluster Peradaban dan Kepelbagaian Budaya, FPI, UKM
Assigment individu bagi subjek Sejarah Pemikiran Politik Moden of Dr Osman bin Rasip of Jabatan Siasah Syar'iyyah of Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Ini merupakan tajuk perbincangan ahli kumpulan saya.Untuk sesiapa yang ingin mengetahui lebih mendalam secara santai mengenai Imam Hanifah,bolehla jadikan ia sebagai maklumat tambahan..Semoga mendapat manfaat.
Gaya Bahasa Insha' Ayat Ruqyah Darussyifa'KOSPATI UKM
油
Kolokium Siswazah dan Prasiswazah Pengajian Arab dan Tamadun Islam (e-KOSPATI 3.0) 2021
7-9 Julai 2021; 際際滷Share.net & Channel YouTube
Pembentang: Nur Nadhirah Pathulmubin & Md Nor Abdullah
Anjuran:
1. Program Pengajian Arab dan Tamadun Islam (PPATI), FPI, UKM
2. Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam (ArabIC), FPI, UKM
3. Duta Pembelajaran Aktif @PPATI-ArabIC, FPI, UKM
4. Kluster Peradaban dan Kepelbagaian Budaya, FPI, UKM
Assigment individu bagi subjek Sejarah Pemikiran Politik Moden of Dr Osman bin Rasip of Jabatan Siasah Syar'iyyah of Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.
IRSYAD USUL AL-FIQH: ILMU USUL AL-FIQH DI SISI ULAMA HADIS
1. IRSYAD USUL AL-FIQH: ILMU USUL AL-FIQH DI
SISI ULAMA HADIS
Mukadimah
Baru-baru ini, di antara tajuk yang dikupas oleh pembentang di dalam seminar Home of
Hadith adalah berkenaan dengan ilmu usul fiqh di sisi ahli hadis. Kita semua tahu bahawa
ulama feqh tidak semestinya merupakan seorang ulama di dalam bidang hadis, dan
begitulah juga sebaliknya. Ini sebagaimana yang disebut oleh Imam al Amasy
Rahimahullah:
悋
惘
愆
惺
悄悋
悋
惠
悖
悋惡悄
愀
悖悋
忰
悸
惆
悋
惶
ル
悋
Maksudnya: Wahai para fuqaha, kalian adalah para doktor dan kami merupakan
ahli farmasi. Rujuk Nasihah ahl-Hadis, al-Khatib al-Baghdadi(1/45).
Berdasarkan kata-kata di atas, dapatlah kita tahu bahawa pengkhususan kedua-duanya
di antara para fuqaha dan ulama hadis adalah berbeza. Para fuqaha ibarat doktor yang
merawat pesakit. Manakala para ulama hadis ibarat pakar farmasi yang menentukan
ubat-ubatan yang sesuai untuk diberikan kepada pesakit. Sebagaimana kesan buruk akan
menimpa pesakit apabila tersilap menerima ubat, demikian jugalah kesan fatwa yang
akan terhasil apabila hadis-hadis yang bermasalah dijadikan sebagai sumber dalam
mengeluarkan hukum. Sebahagian orang beranggapan bahawa para ulama hadis tidak
memahami bahkan tidak pakar di dalam ilmu usul fiqh. Persoalannya, adakah kenyataan
ini tepat atau sebaliknya ? Justeru, di dalam Irsyad Usul al-Fiqh siri ini, kami akan
mengulas isu ini dengan lebih lanjut. Ulama Hadis Memiliki Mazhab Tersendiri
Di antara perkara yang tidak dapat dinafikan, di sana terdapat para ulama besar di dalam
bidang hadis yang memiliki mazhab feqh yang tersendiri. Mazhab-mazhab mereka, ada
yang masih kekal sehingga kini dan ada juga yang tidak kekal dan tidak dikembangkan
oleh para pengikutnya. Namun pendapat-pendapat mazhab tersebut tidaklah hilang, akan
tetapi ia tetap disebutkan di dalam kitab-kitab feqh yang muktabar.
Di antara contoh ulama hadis yang memiliki mazhab tersendiri adalah:
1- Imam Malik Bin Anas (W. 179 H)
Imam Malik bin Anas rahimahullah terkenal sebagai ulama yang mempelopori madrasah
ahli hadis. Sebagaimana yang kita tahu, aliran ini sangat berpegang kuat dengan hadis-
hadis dan athar dari Nabi S.A.W dalam mengeluarkan sesuatu pendapat dan juga hukum.
Mereka tidak mendahulukan qiyas atau pendapat rasional ke atas hadis-hadis. Walaupun
begitu, itu bukanlah bermakna Imam Malik tidak menguasai dan pakar berkenaan ilmu
feqh. Bahkan beliau merupakan seorang mujtahid mutlak dan pemilik mazhab feqh yang
masyhur.
2. Dr. Abdul Karim Zaidan rahimahullah mendefinisikan mujtahid sebagai: Seseorang yang
memiliki kemampuan untuk berijtihad. Iaitu kemampuan untuk mengistinbat hukum-
hakam syarak yang bersifat amali daripada dalil-dalilnya yang tafsili. Lihat al-Wajiz fi
Usul al-Fiqh, Dr. Abd al-Karim Zaidan. Hlm. 402.
Berdasarkan definisi di atas, dapatlah kita fahami bahawa Imam Malik juga merupakan
seorang ulama feqh yang menguasai ilmu usul feqh dengan baik sekalipun beliau
terkenal sebagai tokoh aliran ahli hadis.
2- Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari (W. 256 H)
Beliau rahimahullah merupakan seorang ulama hadis yang sangat masyhur. Kitabnya
yang agung iaitu Sahih al-Bukhari dianggap sebagai kitab paling sahih selepas al-Quran.
Walaupun begitu, beliau juga turut menguasai ilmu feqh dan juga usul al-fiqh dengan baik.
Maka tidak hairanlah terdapat beberapa ulama yang mengatakan bahawa Imam al-
Bukhari adalah seorang mujtahid.
Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (W. 728 H) rahimahullah: Adapun al-Bukhari dan Abu
Daud maka kedua-duanya merupakan imam di dalam feqh dan juga tergolong dari
kalangan ahli ijtihad (mujtahid). Rujuk Majmuk al-Fatawa (20/40).
Kata al-Syeikh al-Allamah Anuar al-Kashmiri (W. 1352 H) rahimahullah: Dan ketahuilah
bahawasanya al-Bukhari merupakan seorang mujtahid yang tidak ada keraguan
padanya. Adapun yang mengatakan beliau bermazhab al-Syafie adalah kerana beliau
mempersetujuinya pada permasalahan-permasalahan yang masyhur sahaja. Lihat
Faydh al-Bari Ala Sahih al-Bukhari (1/58).
Kata Muhammad bin Basyar: Telah masuk ke tempat kita hari ini ketua bagi segala
fuqaha (merujuk kepada al-Bukhari). Lihat Tarikh Baghdad, al-Khatib al-Baghdadi
(2/6).
Kata Ahmad bin Abi Bakr al-Madini: Muhammad bin Ismail (al-Bukhari) lebih faqih dan
lebih alim di sisi kami daripada Ibn Hanbal (Imam Ahmad).
Kata beliau lagi: Sekiranya kau berjumpa dengan Malik dan kau melihat wajahnya serta
wajah Muhammad bin Ismail (al-Bukhari) nescaya kau akan berkata: Kedua-duanya
setaraf dalam ilmu feqh dan ilmu hadis. Lihat Tarikh Baghdad, al-Khatib al-Baghdadi
(2/19).
Justeru, sebagaimana yang kita ketahui bahawa seorang mujtahid itu tidaklah mendapat
gelaran tersebut melainkan dia menguasai al-Kitab, al-Sunnah, al-Ijmak, dan
seumpamanya dengan mendalam. Yang mana kesemuanya ini adalah termasuk di dalam
perbahasan usul feqh.
Ulama Hadis Mengistinbat Faedah Feqh Daripada Hadis
3. Sebahagian ulama hadis mempunyai kepakaran yang sangat tinggi dalam mengeluarkan
hukum dan faedah yang terdapat di dalam hadis-hadis. Di antaranya ialah al-Imam al-
Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah (W. 852 H). Beliau sangat terkenal dengan
kitabnya Fath al-Bari yang merupakan syarah bagi Sahih al-Bukhari. Bahkan sebahagian
ulama menyebut bahawa tidak ada hijrah lagi selepas al-Fath (merujuk kepada Fath al-
Bari). Di antara tanda yang menunjukkan kepada keilmuan Ibn Hajar di dalam ilmu usul
al-fiqh dan juga feqh ialah ketika beliau mengeluarkan berpuluh faedah feqh daripada
sebuah hadis iaitu sabda Rasulullah S.A.W:
悋
惡
悋
悖
惘
惺
悋
惺
惘
愃
ル
悋
Maksudnya: Wahai Abu Umair, apakah yang telah dilakukan oleh al-Nughair
(seekor anak burung yang kecil).
Sahih al-Bukhari (6129)
Berdasarkan hadis di atas, para ulama telah mengeluarkan beberapa faedah dari hadis
ini. Ia terdiri dari faedah feqh, akhlak, dan seumpamanya. Di antara yang terawal
mengeluarkan faedah daripada hadis ini ialah Imam Ibn al-Qaas al-Syafie (W. 335 H)
yang merupakan seorang faqih dari kalangan pengikut mazhab al-Syafie. Al-Hafiz Ibn
Hajar menyebutkan bahawa di antara sebab yang membawa Ibn al-Qaas mengeluarkan
faedah- faedah yang banyak daripada hadis ini adalah kerana terdapatnya sebahagian
golongan yang mencela ahli hadis dengan mengatakan mereka meriwayatkan sesuatu
yang tidak ada faedah padanya. Lihat Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar.
(10/584).
Walaupun Imam Ibn al-Qaas tergolong dari kalangan fuqaha, akan tetapi turut terdapat
para ulama hadis yang telah memberikan isyarat berkenaan feqh al-hadis yang terdapat
daripada hadis ini. Di antara mereka ialah Imam Abu Hatim al-Razi, Imam al-Tirmizi, dan
juga Imam al-Khattabi. Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar (10/585).
Selain dari itu, Imam Ibn Batthal (W. 449 H) yang merupakan seorang ulama besar di
dalam ilmu hadis dan telah mensyarahkan Sahih al-Bukhari juga turut mengeluarkan
beberapa faedah lain dari hadis tersebut sebagai tambahan dari apa yang telah
disebutkan oleh Ibn al-Qaas. Di antaranya ialah:
1Keharusan sajak (rima akhir yang sama) di dalam ucapan selama mana tidak terdapat
unsur takalluf (memberat-beratkan).
2Sajak tidak terhalang untuk berlaku daripada baginda Nabi S.A.W 揃 Bolehnya
meriwayatkan hadis dengan makna. Ini kerana kisah ini sebuah kisah yang sama akan
tetapi ia datang dengan lafaz yang pelbagai.
3Memegang kepala anak kecil untuk berlemah lembut dengannya. Demikianlah
beberapa faedah ataupun feqh al-hadis yang disebutkan oleh para ulama hadis
berdasarkan hadis tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka juga turut mempunyai
4. pengetahuan di dalam ilmu usul feqh sehingga boleh mengistinbat hukum-hakam
daripada hadis-hadis.
Ulama Hadis Menjadi Mufti Dan Qadhi
Di dalam sejarah, di sana terdapat ulama-ulama hadis yang telah di angkat ke jawatan
Mufti dan juga Qadhi. Sebagaimana yang kita tahu, kedua-dua jawatan ini memerlukan
seorang itu memiliki kepakaran dalam berijtihad, penguasaan ilmu usul feqh dan feqh
yang baik, serta mengenali dalil-dalil yang bersifat ijmali. Kata Imam Ibn Hamdan al-
Harrani Rahimahullah:
Adapun seorang yang faqih secara hakikatnya adalah mereka yang mempunyai
kelayakan yang penuh yang membolehkan dia mengetahui hukum dengannya ketika dia
memerlukannya dengan jumlah yang banyak. Yang dia ketahui dari permasalahan-
permasalahan utama dari hukum-hakam syarak yang bersifat cabang serta praktikal
berdasarkan ijtihad dan penelitian, dan hadirnya ia (hukum hakam) di sisinya.
Maka setiap faqih pada hakikatnya adalah seorang mujtahid yang memberikan hukum.
Kerana ijtihad adalah memerah keringat dan kemampuan dalam mencari hukum syarak
berdasarkan dalilnya. Maka setiap mujtahid adalah pakar usul. Oleh yang demikian, ilmu
usul feqh merupakan kefardhuan ke atas para fuqaha. Lihat Sifat al-Fatwa wal-Mufti,
Ibn Hamdan al-Harrani.
Di antara mereka ialah:
1 Imam Abu Zurah al-Dimasyqi (W. 302 H)
Beliau adalah al-Imam al-Kabir al-Qadhi Abu Zurah Muhammad bin Uthman bin Ibrahim.
Beliau diamanahkan untuk memegang jawatan Qadhi di Diyar al-Misriyyah pada tahun
284 H. Beliau merupakan seorang ulama bermazhab Syafie. Selain itu beliau juga turut
memegang jawatan sebagai qadhi di Dimasyq.
2 Imam Ibn Hibban. (W. 354 H)
Beliau merupakan al-Imam al-Allamah Syeikh Khurasan Abu Hatim Muhammad bin
Hibban iaitu pemilik kitab Sahih Ibn Hibban yang masyhur. Dalam masa yang sama beliau
juga merupakan seorang yang pakar di dalam ilmu feqh dan juga bahasa arab. Kata Imam
al-Hakim: Adalah Ibn Hibban merupakan seorang yang sangat alim di dalam ilmu feqh,
bahasa arab, hadis, memberi peringatan, dan beliau dari kalangan lelaki yang paling
berakal. Lihat Siyar Alam al-Nubala, al-Zahabi (16/94).
Beliau juga merupakan seorang qadhi (hakim) yang bertugas di wilayah Samarqand. Kata
Abu Saad al-Idrisi: Beliau menjalankan qadha di Samarqand dalam beberapa tempoh
dan beliau dari kalangan golongan yang faqih dalam agama. Rujuk Siyar Alam al-
Nubala, al-Zahabi (16/94).
5. Ini jelas menunjukkan bahawa sekalipun beliau merupakan seorang tokoh besar di dalam
ilmu hadis dan banyak menulis kitab berkenaan ilmu hadis, pun begitu beliau tetap
mempunyai kemahiran yang luas di dalam feqh dan juga usul al-fiqh.
3- Imam Ibn Hajar al-Asqalani (W. 852 H)
Pada tahun 811 H, Imam Ibn Hajar al-Asqalani dilantik untuk menjadi mufti di Dar al-Adl
sehinggalah beliau wafat. Di dalam sehari beliau mengeluarkan fatwa sebanyak 30 fatwa.
Bahkan beliau juga turut mengeluarkan fatwa dan menjawab permasalahan sekalipun
ketika beliau sedang mengembara. Ini menunjukkan kemampuan dan kemahiran beliau
dalam berfatwa. Rujuk al-Jawahir wal-Durar, al-Sakhawi (2/600).
Penutup
Akhir kalam, kami nyatakan bahawa memang di sana terdapat perbezaan di antara ulama
feqh dan juga ulama hadis. Ini disebabkan berbezanya lapangan kajian yang dilakukan di
antara kedua-dua golongan. Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa para ulama
hadis juga ramai yang menguasai ilmu usul feqh dengan baik dan menggunakannya di
dalam kitab-kitab mereka. Ini boleh kita dapati apabila kita membaca kitab-kitab yang
membicarakan tentang hadis-hadis hukum seperti Nailul Author karya Imam al-Syaukani
dan juga Subul al-Salam karya Imam al-Sonani. Kami berharap agar penjelasan yang
sedikit ini akan memberikan kefahaman kepada para pembaca. Ameen.
-Mufti Wilayah Persekutuan