Kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan laman sosial dalam perbincangan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah dapat meningkatkan motivasi, gaya pembelajaran, dan kefahaman pelajar. Dapatan menunjukkan purata min bagi motivasi pelajar adalah 3.67 dan kefahaman topik adalah 4.8. Kesimpulannya, kaedah ini memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat secara aktif, mengatasi masalah, dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka.